Wednesday, February 29, 2012

BURUNG UNTA

BURUNG UNTA (Struthio camelus) atau dipanggil juga sebagai Burung Kasawari yang telah diperkenalkan di negara kita sekitar tahun 1980'an oleh kerajaan dan didakwa boleh diternak di Malaysia untuk pengeluaran dagingnya dan kini telah menjadi kenyataan. Burung ini berasal dari benua Afrika dan tergolong dalam order Ratitae iaitu burung yang tidak boleh terbang tetapi mampu berjalan dengan dua belah kakinya dengan pantas. Burung berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama dengan burung kasuari, emu, rhea dan kiwi. Saya pertama sekali melihat burung ini pada pameran Hari Penternak Peladang dan Nelayan (HPPNK) awal tahun 1980'an lagi dan terkejut dengan saiznya yang besar dan tinggi. Dalam sejarah perkembangan manusia, burung unta mula diternak secara komersial pada tahun 1860 di Afrika Selatan dengan matlamat utamanya untuk penghasilan bulu. Setelah mengalami beberapa kali kemerosotan dan pemulihan maka pada tahun 1945, industri moden burung unta mula berkembang. Artikel malam ini saya menulis mengenai burung unta berdasarkan bacaan dan rujukan beberapa sumber dan pengalaman melihat projek ternakan burung unta dibeberapa lokasi sekitar Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.


Industri Ternakan Ayam dan  Itik di Malaysia merupakan industri yang paling utama didalam sektor ternakan. Sebanyak 225,789,620 ekor ayam atau ringkasnya 225 juta ekor  ayam dikeluarkan pada 2010. Populasi itek pula sebanyak 7.927 juta ekor. Laporan tersebut tidak menyatakan berapa banyak populasi Burung Unta di Malaysia. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1.295 juta metrik tan daging ayam/itek dihasilkan dengan nilai sebanyak RM 5.776 billion. Permintaan dan penggunaan daging ayam di Malaysia adalah sebanyak 1,013 juta mt setahun berbanding dengan bekalan sebanyak 1.295 mt/setahun bermakna negara mempunyai lebihan bekalan daging ayam pada tahun 2010.   Hampir 30% kawasan pengeluaran ayam di Malaysia adalah di Johor dengan sebanyak 60.1 juta ekor setahun diikuti oleh Negeri Sarawak (32 juta ekor) dan  Perak (18.8 juta ekor).  Tidak ada laporan mengenai aktiviti penternakan ayam dan Burung Unta dilaporkan di Wilayah Persekutuan. Kalau ada pun mungkin di dalam Zoo Negara sahaja.

Burung unta mempunyai berat badan antara 65 - 130 kg tetapi ada burung unta jantan yang mampu mencapai berat badan sehingga 150 kg. Sepasang kaki dan sepasang kepak membolehkan burung unta untuk berlari laju dan mengimbangi berat badan. Burung unta dalam keadaan liar akan menendang musuhnya sebagai mempertahankan diri. Burung ini hidup berkumpulan antara 5-50 ekor satu kumpulan dan seekor jantan mampu menjaga 3-7 ekor betina dalam kawasannya. Burung unta mempunyai leher yang panjang sekitar 1.8 - 2.75 meter dengan sepasang mata yang sangat besar (mata unta merupakan mata haiwan vertebrata iaitu sekitar 50 mm -2 inci). Matanya yang besar mampu membantu mengesan musuhnya dari jarak jauh dalam keadaan terancam. Kaki burung unta mempunyai dua pasang kuku dan mampu berlari laju sehingga 70 km satu jam. Itu merupakan satu larian yang laju bagi seekor burung yang tidak mampu terbang!. Kepaknya yang lebar yang terbuka selebar 2 meter digunakan untuk pengimbang larian dan ketika mengawan dan melindungi anaknya. Burung unta mempunyai 5 sub-spesis yang mana hanya spesis Struthio camelus  sahaja yang sesuai untuk diternak secara komersil.   

Tujuan utama ternakan burung unta di negara kita adalah untuk mendapatkan dagingnya. Tetapi kini permintaan terhadap bulu dan kulit merupakan  produk sampingan yang utama juga dalam  industri ini. Pemerhatian saya mendapati sebilangan besar burung unta mula diimport pada tahun 1994 dan kini terdapat lebih 35 tempat pemeliharaan burung unta di seluruh negara. Kalau satu lokasi dianggarkan ada 40 ekor burung unta maka jumlah populasi saya agak sekitar 1,500 ekor. Dalam temubual saya dengan beberapa penternak mereka menyatakan seekor burung untuk dewasa mamou menghasilkan sebanyak 30-35 kg daging. Harga ladang daging burung unta tidak menentu bergantung kepada kuantiti, kualiti dan gred daging tersebut tetapi yang pastii lebih dari RM 25.00 sekilogram. Kulit burung unta juga sangat berharga untuk dijadikan barangan hiasan, beg tangan, kasut dan lain-lain dimana seekor burung dewasa mampu menghasilkan 1.2 - 1.5 meter persegi kulit. Bulu burung unta juga sesuai dijadikan produk hiasan dan produk kraf dimana seekor burung dewasa mampu menghasilkan sebanyak 1.5 - 1.8 kg bulu.

Daging burung unta kian popular di kalangan pengguna dan mudah diperoleh terutama di restoran dan hotel ternama. Walau pun saya hanya 2 kali makan burung unta ketika promosi makan daging unta oleh JPV ketika di Johor dahulu tetapi tidak dapat membezakan  sangat daging tersebut dengan daging lembu kerana di masak kari pekat. Memang sedap sekali kerana dapat makan free dan tengah lapar. Kalau daging unta dibakar atai disalai mungkin dapat membuat ujirasa dengan tepat. Saya tanya kepada rakan yang menternak burung unta dimana dia dapat baka burung unta?....Dia kata beli dengan kawan-kawan dan kena tunggu masa lama untuk proses penetasan telur burung unta. Katanya terdaapat tiga jenis baka tetapi hanya jenis baka South African Black juga dikenali sebagai burung unta Oudtshoorn yang dia dapat. Ia merupakan baka domestik dan paling diminati serta dipelihara serata dunia. Baka ini mempunyai kualiti bulu dan kulit yang tinggi iaitu paling banyak minyak dan daging merah yang pejal jika dibandingkan dengan tiga baka yang lain.

Seekor burung unta African Black boleh mengeluarkan 14 kaki persegi kulit. Tinggi dan berat dewasa 120 kilogram (kg) ketika berumur antara 18 dan 20 bulan. Selain itu kata rakan saya jenis baka Blue Neck atau burung unta Somali di mana jantan berwarna biru di tengkuk dan di paha agak sukar diperolehi. Baka jenis ini sangat sesuai untuk daging, bersaiz besar jika dibandingkan dengan African Blacks. Berat dewasa 160kg. Merupakan burung unta yang paling tinggi dan bahagian atas kepalanya botak tetapi mempunyai kualiti bulu yang rendah. Baka Red Neck pula atau burung unta Massai di mana jantan berwarna merah jambu atau merah di tengkuk dan peha serta jambulnya botak sedikit. Juga merupakan baka yang tinggi, berat dewasa mencecah 170kg, mempunyai kualiti bulu yang rendah tetapi terlalu agresif atau panas baran.

Mengenai sifat burung unta walau pun ianya tidak boleh terbang tetapi saya dapati saiz fizikalnya besar dan  mempunyai leher yang panjang, kuat dan mampu memecut sehingga 70 kilometer sejam (40 batu sejam) malah merupakan burung yang berlari terpantas di dunia. Oleh itu ia untuk menternak burung unta memerlukan kawasan lapang untuk berlari dan bergerak bebas yang mana  tidak kira apa jua sistem pengeluaran yang diamalkan. Sifat-sifat lain yang unik bagi burung unta saya dapati berkenaan sepasang kakinya yang besar yang hanya mempunyai dua jari, otaknya amat kecil berbanding dengan badannya yang besar, pendengaran dan penglihatannya amat tajam dan tabiatnya suka mematuk sesuatu sepanjang hari. Cara burung ini dan mekanisma kawalan suhu ada secara semulajadi pada tubuh burung iaitu di mana burung unta menggunakan kepaknya untuk menutup tubuhnya yang tidak berbulu ketika sejuk atau melebarkan kepaknya pada waktu panas bagi membebaskan haba. Dinegara kita tidak bermasaalah kerana cuaca panas lembab sesuai untuk burung ini hidup sehat.

Pembiakan burung unta saya dapati bermula dari proses pemilihan pasangan yang telah mencapai tahap kematangan seks diikuti dengan proses mengawan, penghasilan telor, pengeraman dan penetasan.  Kematangan seks burung unta adalah ketika berusia antara empat dan lima tahun manakala burung unta yang diternak akan matang lebih awal iaitu pada umur antara dua dan tiga tahun dan boleh dijual pada umur antara 10 dan 12 bulan. Seekor burung unta betina boleh menghasilkan telur sehingga antara 40 dan 80 biji setahun. Telur berkenaan boleh di eram dengan secara semulajadi atau melalui alat pengeraman dimana tempoh penetasannya memakan masa selama 42 hari. Istimewa  bagaimana seekor burung unta jantan boleh mengawan dengan beberapa ekor burung unta betina dengan nisbah jantan betina 1:1 adalah lebih sesuai.

Pengurusan untuk menternak burung unta dikatakan bermula dari peringkat perINDUKan (brooding) dari umur 0 – 3 bulan, diikuti peringkat juvenile dari empat kepada 11 bulan dan peringkat dewasa 12 bulan ke atas. Bagi burung unta pedaging 40 ekor burung unta boleh dipelihara di dalam kawasan seluas 0.4 hektar (satu ekar). Dalam sistem penternakan burung unta secara intensif lazimnya ruangan seluas 50 meter (m) persegi atau lebih diperlukan untuk sepasang burung unta. Bagi sistem separa intensif saya dapati kadar bertelor dan kadar pensenyawaan lebih tinggi kerana lebih banyak ruang makanan diperolehi dan peluang untuk mengawan. Burung unta biasanya suka memakan biji-bijian atau makanan rumusan berbentuk pelet seperti pelet ayam, rumput, buah-buahan dan bunga-bungaan dan juga serangga seperti locust (Siput). Rumput yang sesuai di makan terdiri dari Paspalum conjugatum, Panicum maximum, Pennisetum purpureum dan Asystasia coromandeliana. Burung unta mempunyai gigi yang sedikit dan lemah tetapi terdapat juga yang langsung tidak mempunyai gigi. Kebanyakannya akan menelan makanan mereka bersama batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menggiling makanan di dalam perut. Burung unta dewasa dianggarkan membawa atau ambil bersama kira-kira sekilogram batu kerikil kecil ke dalam perut mereka. Apabila makan, ia akan mengisi kerongkongnya dengan makanan yang bolus dimana mengandungi campuran makanan dan kerikil kecil akan ditolak masuk melalui esofagus dan seterusnya ke dalam perut untuk dicerna. Burung unta boleh bertahan tanpa meminum air untuk beberapa hari dengan menggunakan cecair metabolik tubuh dan kelembapan ketika menghadam tumbuhan sebagai sumber pendapatan air badan. Burung ini juga sangat menyukai air dan acap kali berendam jika air ada disekeliling mereka kerana menyejukkan badan.

Penyakit Avian Pox berlaku pada beberapa spesies burung dan kesannya adalah ketuat yang menggerutu atau berwarna coklat dan membesar di sekeliling mata atau ada juga di tepi mulut dan paruh. Penyakit ini boleh mengakibatkan kematian yang tinggi jika tidak dirawat. Serangga yang mencucuk atau mengigit seperti nyamuk adalah vektor penyebaran penyakit ini. Pemberian vaksin boleh mengawal penyakit ini. Penyakit Green Urine influenza atau influenza avian adalah sangat bahaya. Ia menjangkiti semua spesies burung. Penyakit ini menyebabkan kematian yang tinggi pada anak berumur kurang dari enam bulan. Oleh kerana jangkitan ini disebabkan oleh virus, tiada rawatan khusus untuk penyakit ini melainkan pencegahan sahaja. Simptom penyakit ini adalah urine berwarna hijau atau green urine. Penternakan burung unta saya fikir memang boleh dimajukan lagi untuk pengeluaran daging, bulu, kulit serta produk untuk tarikan pelancongan. Beg tangan dan kasut yang dibuat daripada kulit burung unta memang 'class' dan harganya juga memang mahal. 

BURUNG UNTA...BURUNG KASAWARI....
BADAN BESAR...KUAT BERLARI....
KALAU MENTERNAK...PAGAR BERDURI....
HASIL LUMAYAN....BAKA SEGERA CARI....

By,
M Anem
Kluang, Johor,
Malaysia.
(7 RabiulAkhir 1433)

KELKATU

KELKATU atau dalam bahasa Inggeris di panggil sebagai 'Termite swarmers' merupakan satu peringkat kitaran hidup bagi serangga Anai-anai (termite). Anai-anai adalah satu kelompok serangga dibawah famili TERMITIDAE yang mempunyai lebih dari 2,500 spesis diseluruh dunia dengan berbagai bentuk, saiz, warna dan kesesuaian dalam lokaliti tertentu. Mungkin ramai diantara kita yang dibesarkan dikampong dulu akan dapat melihat kelkatu berterbangan dan jatuh dimana ada lampu (dulu pakan lampu minyak tanah atau lampu gasoline) atau sekarang dengan mentol lampu letrik. Kenapa kelkatu suka meuju lampu dan terdapat beratus-ratus yang datang kerumah kita?....Adakah ianya baik atau tidak terhadap keseamatan kita?. Artikel subuh ini saya mengupas mengenai kelkatu untuk dikongsi bersama kerana subuh ini ada beberapa ekor kelkatu datang rumah.


Kelkatu sebenarnya adalah satu peringkat putaran hidup Anai-anai yang bertujuan untuk pembiakan dan mencari kawasan baru untuk membina koloni baru. anai-anai umumnya diketegorikan dalam serangga perosak dan menjadi musuh manusia kerana ianya memakan tanaman berkayu, kumah dan perabot berasaskan kayu dan sebagainya. Anai-anai merupakan serangga bersosial yang mempunyai kitaran hidup dari TELUR, NIM, PEKERJA, ASKAR, ANAI-ANAI DEWASA BERKEPAK (KELKATU) , JANTAN DAN RATU. Merujuk kepada rajah diatas menunjukkan kelkatu merupakan fasa terakhir untuk anai-anai dewasa jantan dan betina mengeluarkan kepak dan 'swarming' kekawasan baru secara berpasangan untuk proses pembiakan. Anai-anai dewasa ini mampu terbang jauh mengikut angin dan dalam keadaan cuaca panas kering diikuti dengan hujan. Jika rumah kita dikunjungi kelkatu...AWAS! musuh kepada kayu dan perabut kayu dirumah anda sebenarnya sedang diancam. 


Kelkatu lazimnya mempunyai 3 pasang kaki dengan sepasang sesungut dan sepasang kepak yang sangat besar berbanding dengan saiz abdomennya. Kepak kelkatu lazimnya berwarna kuning cerah keputihan bergantung kepada spesis dan lokaliti. Badan atau abdomen kelkatu berbeza dengan semut kerana tidak mempuntai pinggang ramping sebaliknya badan yang bulat lurus sehingga kebehagian belakang. Terdapat sepasang mata dihadapan dan kelkatu keluar dari sarangnya pada waktu siang atau malam bergantung kepada spesis. Di negara kita akan terjumpa anai-anai kayu atau busut yang seing terbang pada malam hari kerarah cahaya terang. Kenapa kelkatu suka akan cahaya lampu?....Jawabnya 'instinct' kelkatu telah dicipta sebegitu rupa bahawa mentol lampu selalunya dipasang dalam rumah (kayu atau batu) dimana disitu mesti akan ada makanan (kayu dan perabut) serta selamat dari hujan. 


Apabila kelkatu terbang dan sampai disatu lokasi maka kepak kelkatu akan gugur dan bertaburan diatas lantai. Diwaktu pagi kita akan lihat beberapa ekor anai-anai sahaja yang berkeliaran tetapi yang berpuloh atau beratus-ratus yang lain dimana?. Pastinya telah mendapat pasangan jantan atau betina dan bersembunyi dicelah-celah rumah untu membina koloni baru. Sebagagian besar pula selalunya di makan cicak...kenduri besarlah cicak dan pemangsa lain jika ada kelkatu yang datang berkunjung. Pasangan kelkatu tadi akan mencari kawasan sesuai dan akan mengawan serta anai-anai betina akan bertelur dan membesar sehingga menjadi satu koloni anai-anai ditempat baru. Walau pun peluang hidup 'survival rate' kelkatu yang terbang sangat rendah tetapi jika satu pasangan anai-anai tadi dapat hidup membina koloni maka...jahanamlah atau terancamlah harta kita. 


Sebuah rumah atau perabut kayu akan tumbang jika dimakan anai-anai kerana anai-anai makan didalam kayu dan meningalkan kulitnya yang cantik. Terdapat banyak kes laporan bumbung rumah teres atau tangki air jatuh kerana kayunya dimakan anai-anai. Maka itu banyak syarikat pemusnah anai-anai yang menawarkan kawalan anai-anai dengan kos yang murah sehingga yang mahal bergantung kepada jenis rawatan. Paling mudah membunuh kelkatu adalah dengan menyembur racun serangga aerosol apabila kelkatu datang rumah atau letakkan air dalam besen atau dulang agar kelkatu yang jatuh mati lemas dalam air. Kawalan anai-anai pula lazimnya menggunakn racun sistemik yang boleh disembur atau dimasukkan kedalam simen yang ditebuk. Racun ini akan masuk kedalam perut anai-anai dan akan memusnahkan keseluruhan koloni. 


By,
M Anem
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(7 Rabiulakhir 1433H).

Tuesday, February 28, 2012

NAMA-NAMA BULOH

BULOH atau AUR atau BAMBU atau PRING atau AWI merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali oleh ramai orang kerana mudah didapati dikawasan tebing sungai, lereng bukit atau di kawasan2 belukar. Tumbuhan buloh ini memang banyak jenis dimana dilaporkan melebihi 1,700  spesis dari 70 genera yang sangat cepat kadar tumbesarannya serta sukar untuk dimusnahkan. Walau pun rumpun buloh dipanggil juga  'Kumpulan Bamboo' ini mempunyai jenis yang sangat besar,  tetapi hanya sebahagian sahaja yang sesuai untuk di menafaatkan oleh manusia seperti untuk dimakan (rebung), dijadikan bahan asas untuk perabut serta kraftangan atau dijadikan tumbuhan ornamental atau pokok hiasan. Tumbuhan buloh juga dianggap sebagai 'Rumpai' dikawasan pertanian kerana kuat untuk bersaing dengan tanaman kita dari segi ruangan, baja, air, cahaya matahari dan juga amat sukar untuk dimusnahkan. Satu cara tradisional membunuh rumpun buluh yang saya tahu adalah dengan menuang minyak tanah pada perdu rumpun pokok sehingga pokok kering. Apabila pokok agak kering kemudian akan dibakar. Kaedah terkini dengan menggunakan jentera (KIAP) untuk mengeluarkan keseluruhan rizom buloh, dikumpulkan dan kemudian dibakar sehingga habis. Kaedah ini saya gunakan ketika membuka hutan buloh seluas 80 hektar di TKPM Sekijang, Segamat pada tahun 2004.


Rizom buloh yang ada dalam tanah mampu tumbuh semula jika tidak dimusnahkan sepenohnya. Malahan selepas rumpun buloh  terbakar akan menyebabkan tunas baru keluar dengan cepat akibat baja organik yang terhasil daripada pembakaran. Kebaikan peranan buloh yang berada ditebing sungai merupakan tumbuhan penahan hakisan tebing sungai yang sangat berkesan. Selain daripada buloh rebong yang boleh dimakan, rumpun buloh yang cukup matang sangat berguna untuk diproses kepada pelbagai perabot, produk kraf dan juga bakul anyaman untuk sayur-sayuran. Terdapat beberapa kilang yang diujudkan khusus untuk memproses batang buloh. Buloh juga pernah dijadikan  peribahasa seperti perbahasa 'Seperti Aur dangan Tebing', 'Melentur buloh biarlah dari rebungnya' dan sebagainya. Artikel hari ini saya menyenaraikan maklumat mengenai 119 jenis nama Buloh yang dikutip daripada website daripada Australia (plantnames) bagi pengetahuan anda semua. Daripada senarai ini kita dapat baca nama biasa dan nama botani Buloh Betong, Buloh Kasap, Buloh Minyak dan banyak lagi. Mari kita kenali nama-nama buloh...


1.       Buloh aao beting - Bambusa vulgaris
2.       Buloh akar - Dendrocalamus pendulus
3.       Buloh akar - Schizostachyum aciculare
4.       Buloh akar - Schizostachyum gracile  
5.       Buloh anap (Sabah) - Schizostachyum blumei
6.       Buloh aoh bukit - Bambusa burmanica
7.       Buloh aur - Bambusa vulgaris Schrad.
8.       Buloh aur - Bambusa vulgaris Schrad.
9.       Buloh balai - Bambusa tuldoides
10.   Buloh batu - Dendrocalamus strictus
11.   Buloh bersumpitan - Bambusa dolichomerithalla
12.   Buloh bersumpitan - Kinabaluchloa wrayi (Stapf)  
13.   Buloh beti - Gigantochloa wrayi Gamble
17.   Buloh betung - Gigantochloa thoii K. M. Wong
19.   Buloh busi (Kalimantan) - Gigantochloa hasskarliana (Kurz) 
20.   Buloh cina - Bambusa multiplex (Lour.)
22.   Buloh dinding - Schizostachyum zollingeri Steudel
23.   Buloh duriBambusa spinosa Roxb.
24.   Buloh engkalad (Sarawak) - Schizostachyum latifolium Gamble
28.   Buloh hantu (Sarawak) Schizostachyum hantu S. Dransf.
29.   Buloh kapal - Gigantochloa scortechinii Gamble
30.   Buloh kapor Dendrocalamus hirtellus Ridley
31.   Buloh kasap Schizostachyum jaculans Holttum
32.   Buloh kasap - Schizostachyum latifolium Gamble
33.   Buloh kasip (Singapore) - Schizostachyum latifolium Gamble
38.   Buloh minyak Gigantochloa wrayi Gamble
40.   Buloh minyak aao Bambusa vulgaris Schrad. ex J. C. Wendl.
42.   Buloh nipis Schizostachyum zollingeri Steudel
43.   Buloh padi - Schizostachyum aciculare Gamble
49.   Buloh pelupu (Sabah) - Schizostachyum latifolium Gamble
50.   Buloh pengait - Bambusa heterostachya (Munro) Holttum
51.   Buloh pisa (Sarawak) - Schizostachyum latifolium Gamble
52.   Buloh pusSchizostachyum pilosum S. Dransf.
55.   Buloh rugading -; ?????
56.   Buloh rusa Gigantochloa wrayi Gamble
57.   Buloh semantan Gigantochloa scortechinii Gamble
58.   Buloh semeliang - Schizostachyum grande Ridley
59.   Buloh seminyeh Schizostachyum grande Ridley
62.   Buloh sikai -  Bambusa spinosa Roxb.
64.   Buloh sumpitan -  Schizostachyum jaculans Holttum
65.   Buloh tali - Dendrocalamus pendulus Ridley
67.   Buloh telang (Sarawak) - Schizostachyum brachycladum (Kurz) Kurz
68.   Buloh telorSchizostachyum zollingeri Steudel
69.   Buloh telorGigantochloa scortechinii Gamble
70.   Buloh temiangSchizostachyum jaculans Holttum
71.   Buloh tikusGigantochloa ligulata Gamble
72.   Buloh tilanGigantochloa ligulata Gamble
73.   Buloh tumpatGigantochloa ligulata Gamble
74.   Buloh wadan (Sabah) - Dinochloa trichogona S. Dransf.
75.   Buluh (Java, Indonesia) - Melocanna humilis Kurz
76.   Buluh abang - Gigantochloa levis (Blanco) Merrill
77.   Buluh abe (Kalimantan) - Gigantochloa balui K. M. Wong
80.   Buluh angkalatSchizostachyum latifolium Gamble
81.   Buluh apo Gigantochloa achmadii Widjaja
82.   Buluh balui (Brunei) - Gigantochloa balui K. M. Wong
83.   Buluh batuang danto (Sumatra) -Gigantochloa pseudoarundinacea  Widjaja
84.   Buluh belangke -Gigantochloa pruriens Widjaja
85.   Buluh betongGigantochloa levis (Blanco) Merrill
86.   Buluh betung (Indonesia) - Gigantochloa levis (Blanco) Merrill
88.   Buluh bungkok (Indonesia) - Schizostachyum caudatum Backer 
89.   Buluh dabo (Sumatra) Gigantochloa wrayi Gamble
90.   Buluh deli Schizostachyum zollingeri Steudel
91.   Buluh dingdingSchizostachyum zollingeri Steudel
94.   Buluh jawa (Eastern-Indonesia) -Gigantochloa atter (Hassk.) Kurz
95.   Buluh kapal Gigantochloa scortechinii Gamble
96.   Buluh kasap Schizostachyum zollingeri Steudel
97.   Buluh kecai - Schizostachyum zollingeri Steudel
98.   Buluh lacau - Schizostachyum blumei Nees
99.   Buluh lacau (Brunei) - Schizostachyum latifolium Gamble
100.  Buluh lemang (Indonesia) - Schizostachyum brachycladum (Kurz)
101.  Buluh lemeng (Sumatra) Schizostachyum grande Ridley
102.  Buluh luleba (Indonesia) - Bambusa atra Lindley
103.  Buluh nanap Schizostachyum latifolium Gamble
104.  Buluh nehe (Indonesia) - Schizostachyum brachycladum (Kurz)
105.  Buluh nipis (Sumatra) -Schizostachyum zollingeri Steudel
108.  Buluh regenGigantochloa pruriens Widjaja
109.  Buluh riau (West Sumatra) -Gigantochloa robusta Kurz.
110.  Buluh sero (Moluccas) -Schizostachyum brachycladum (Kurz)
111.  Buluh sorik (Sumatra) -Gigantochloa hasskarliana (Kurz) Backer 
112.  Buluh suling (North Sumatra) -Schizostachyum latifolium Gamble
113.  Buluh suluk (Borneo-Kalimantan) -Gigantochloa levis (Blanco) Merrill
114.  Buluh tamiang (Indonesia) -Schizostachyum blumei Nees
115.  Buluh telor (Indonesia) Schizostachyum zollingeri Steudel
116.  Buluh toi (Moluccas) -  Schizostachyum lima (Blanco) Merr.
117.  Buluh tolang (North Sumatra) - Schizostachyum brachycladum (Kurz)
118.  Buluh tup (Borneo) - Gigantochloa levis (Blanco) Merrill
119.  Buluh yakyak - Gigantochloa pruriens Widjaja

Memang banyak jenis atau spesis buloh yang ada seperti senarai diatas dan wajar kita tahu nama-nama tempatan serta nama botani tumbuhan buloh. Kebanyakan nama mugkin diberikan berasaskan kepada marfologi buloh tersebut selain daripada ciri-ciri khusus yang terdapat pada bohon buloh tersebut. Saya masih tidak beberapa pasti nama macam 'Buloh Kasap' iaitu satu nama pekan boleh ujud di Daerah Segamat. Memang banyak rujukan mengenai buloh diluar negara tetapi tidak banyak yang dikaitkan dengan buloh di Malaysia. Semuga rencana inimemberikan sedikit pengetahuan kepada anda pembaca semua.


ADA PANGGIL BULOH...AUR PUN SAMA...
PRING DAN AWI...BAMBU DIGELAR JUGA...
BERBAGAI BENTUK...BANYAK NAMA....
TUMBUH SENDIRI...BANYAK DIGUNA...


By,
M Anem
Buloh Kasap, Sebamat,
Johor, Malaysia.
(6 Rabiulawal 1433H)