Thursday, December 15, 2011

KEPINDING HIJAU

KEPINDING HIJAU (Nezara viridula) adalah sejenis serangga dari keluarga Pentatomidae yang terdapat di Malaysia dan merupakan serangga perosak terutamanya kepada tanaman padi. Perosak ini menyerang tanaman padi dengan menghisap air susu padi yang sedant terbentuk diperingkat bunting dan menjadikan padi jadi HAMPA. Kadar serangan yang teruk berlaku apabila populasi Kepinding tinggi dan tidak ada kawalan dijalankan. Pengalaman saya di Skim Sawah Padi  Sawah Ring, Muar dan Sg Balang , Muar mendapati serangan serangga ini pernah mengurangkan hasil padi sebanyak 30-50% pada beberapa musim penanaman beberapa tahun dahulu. Agak mudah untuk melihat kehadiran serangga ini kerana bentuk fizikalnya yang mudah dilihat dan perlukan aktiviti 'pests surveilance' disawah padi pada waktu kritikal seperti ketika padi bunting. Artikel kali ini saya menulis sedikit maklumat mengenai perosak padi iaitu Kepiding Hijau untuk bacaan dan maklumat pembaca.


Kepinding mempunyai banyak spesis dikawasan negara sejuk dan di kawasan tropika. Serangga ini dikenali sebagai Southern Green Stink Bug di USA dan Green Stink Bug di Australia kerana serangga ini memang mengeluarkan bau busuk yang sangat kuat. Serangga ini meenyerang tanaman dari keluarga Kekacang (Legumes) seperti tanaman kacang soya dan banyak jenis tanaman kekacang lain di negara tersebut. Serangga ini mempunyai banyak perumah untuk hidup daripada tanaman sayuran, buah-buahan, pokok hiasan, tanaman singkat masa dan banyak jenis rumpai. Antara perumah yang sesuai seperti jenis limau, kobis, cucurbitaceae, mangga, tomato, kacang panjang, kentang dan banyak lagi. Warnanya yang hijau sama dengan warna daun kadang-kadang sukar bagi kita untuk melihatnya dilokasi.


Kepinding Hijau betina bertelur selalunya akan bertelur dibahagian bawah daun tumbuhan dan sebanyak 25 - 130 biji telur dalam satu kelompok. Telur ini akan menetas dan menjadi anak-anak kepinding (instar pertama) yang bergerak disekitar kulit telur dan mencari makanan secara persendirian sehingga berubah kepada peringkat instar seterusnya. Proses ini dilihat dengan pertukaran warna pada padan anak kepiding hijau dengan ketara sehingga kepada peringkat Instar ke 3 yang mempunyai warna hijau dan tanda yang jelas. Selalunya pada peringkat instar ke 5 akan timbul beberapa titik bulat putih hitam dibelakang bahagian abdomen yang jelas.


Kepinding Hijau menyeran tanaman padi dengan menghisap sairan susu dalam tanaman padi pada peringkat bunting. Saiz badannya berukuran 1.2 -1.6 cm mempunyai 6 pasang kaki dengan muncung dihijung yang berfungsi untuk dicucuk dalam biji padi muda dan menghisap cairan susu padi. Kulit padi yang muda dan masih lembut mudah ditembusi dengan muncung kepiding hijau. Akibatnya isi padi kosong dan padi akan menjadi hampa. Serangan yang teruk berlaku jika terlalu banyak populasi dalam satu kawasan. Kawalan kepinding hijau menggunakan racun serangga seperti racun Diaznon (0.45 liter/ha), Alpha-cypermethrin (0.15 liter/ha) dan juga Imidaclopid ( kadar sebanyak 0.13 lliter/ha). Pesawah perlu mengawal kehadiran serangga kepinding Hijau termasuk perumah yang ada disekitarnya untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi.  


KEPINDING HIJAU...CANTIK WARNANYA....
MENGHISAP AIR SUSU PADI...HAMPA JADINYA...
BERBAU BUSUK...TIDAK TAHAN BAUNYA...
PERLU KAWALAN...TINGKATKAN HASILNYA....


By,
M Anem
SPA Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
(18 Muharam 1433)     

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.