Monday, December 5, 2011

BEIJING SKI TOUR

SALAM SEMUA... SAYA TIDAK MEMBUAT ENTRY SELAMA SEMINGGU KERANA BERCUTI DI BEIJING, CHINA DARI 29 NOVEMBER SEHINGGA 4 DISEMBER 2011. BERSYUKUR KEHADRAT ALLAH KERANA DAPAT MENIKMATI SALJI TURUN PADA HARI KE 3 LAWATAN KAMI DI SANA DAN KETIKA MELAWAT STADIUM OLIMPIK 'SARANG BURUNG' SALJI TURUN DENGAN LEBAT SEKALI. FOTO DIATAS ADALAH DIPINTU MASUK STADIUM TERSEBUT.


INI ADALAH SEBAHAGIAN RAKAN-RAKAN YANG MENGIKUTI LAWATAN TERSEBUT TERMASUK RAKAN PEJABAT, ANAK DAN ISTERI SELAMA 6 HARI. SUHU PALING RENDAH PADA -7 CELCIUS PALING SEJUK DAN KEBANYAKAN TUMBUHAN SUDAH TIDAK MEMPUNYAI DAUN KECUALI BEBERAPA SPESIS YANG TAHAN DENGAN SUHU SEJUK.




KALI KEDUA SAYA DAPAT MEMANJAT 'GREAT WALL' SETELAH MENDAPAT SIJIL TAHAP 3 PADA TAHUN 2001 DAHULU. WALAU PUN KALI INI CUMA DI TAHAP 2 SAHAJA TETAPI MEMADAI JUGA KERANA MASA YANG LEWAT SAMPAI DI KAKI TEMBOK BESAR INI! BATU YANG SEJUK TETAP KUKUH YANG DAPAT DILIHAT DARI ANGKASA MERUPAKAN ANTARA 7 BENDA AJAIB DIDUNIA.
KAWASAN 'TIANANMEN SQUARE' YANG JUGA ADA 'FORBIDDEN CITY' AGAK KURANG DIKUNJUNGI PADA MUSIM SEJUK INI BERBANDING DENGAN MUSIM LAIN DAN MASIH UTUH UNTUK DIPELAJARI SEJARAHNYA. WALAU BERJALAN LEBIH 5 KILOMETER TETAPI TIDAK TERASA PENAT MALAHAN TIDAK KELUAR SETITIK PELUH PUN...MALAHAN SEJUK SEKALI...

TAK ADA HASIL PERTANIAN YANG DAPAT DILAWATI KALI INI DAN HARGA BUAH-BUAHAN SERTA SAYURAN SEGAR AGAK MAHAL (STRAWBERRY RM 8.00/500 GRAM, LIMAU RM 7.50/500 GRAM DAN ANGGUR RM 10.00/500 GRAM). NAK RASA BELI JUGA 1 KILOGRAM SEBAB NAK MAKAN BUAH.


PERGI KE BEIJING....SAMBIL BERCUTI...
CUACA SANGAT SEJUK...MENUSUK HATI...
BANYAK BERBELANJA....DIBANYAK LOKASI...
SETELAH BALIK....PENAT DAH PASTI....


By,
M Anem
Majesty Hotel,
Beijing, China.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.