ROTAN merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Palma dari suku Calameae yang mempunyai 17 genus dan sekitar 611 spesies. Tumbuhan ini ada dalam hutan malar hijau kawasan tropika termasuk di Malaysia dan digunakan dalam industri perabut, hiasan serta lain-lain kegunaan. Rotan di Malaysia juga sering dikaitkan dengan kegunaannya untuk ‘SEBATAN’ atau ‘Canning’ bagi banduan-banduan yang menjalani hukuman sebatan. Genus rotan adalah Calamus; Calospatha; Ceratolobus; Daemonorops; Eremospatha; Eugeissonia; Korthalsia; Laccosperma; Metroxylon; Myrialepis; Oncocalamus; Pigafetta; Plectocomia; Plectomiopsis; Raphia; Zalacca; Zalacella. Rotan jenis Metroxylon pula sebenarnya masih satu genus dengan pokok sagu. Sementara rotan jenis Zalacca masih satu genus dengan salak. Daripada 611 spesies rotan yang ada didunia dilaporkan paling banyak terdapat di Indonesia iaitu sebanyak 246 spesies dimana di Malaysia (205), di Filipina (84), di Brunei (81), di Thailand (69), di India (60), di China (57), Papua New Guinea (42), Laos (29), Myanmar (27), Vietnam (21), Singapura (18), Cameroon (17), Equator Guinea (12), Bangladesh dan Nigeria 11, Sri Lanka 10, Australia 9, Angola 8, Bhutan, Ghana dan Zaire 7, beberapa negara di Afrika, Asia dan Asia Pasifik 5. Artikel subuh ini saya berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan rotan untuk bacaan umum.
Dari 205 spesies rotan yang ada di Malaysia didapati beberapa diantaranya merupakan rotan komersial yang kualitasnya sangat baik. Antaranya saya sering dengar Rotan Manau (Calamus manan), Rotan Lilin (Calamus javensis), Rotan Irit (Calamus trachycoleus), Rotan Jernang Besar (Daemonorops draco) dan juga Rotan Manis (Daemonorops melanochaeta). Rotan Manis mendapat nama kerana spesies ini mempunyai umbut (rebung) yang manis dan enak dimasak sebagai sayur. Spesis batang rotan massif pula didapati berongga seperti halnya buluh dan banyak menyimpan air. Dalam hutan kita boleh memenafaatkan rotan manis ini dengan pucuknya dipotong dan bahagian pangkalnya juga dipotong maka dari akar akan keluar air yang segar untuk diminum. Semasa saya masuk hutan Endau di Mersing pada 1999, saya diberitahu oleh tok batin dan mendapati selain rasanya yang segar, air rotan ini juga mengandungi banyak kandungan zat yang menyihatkan dan menghilangkan kehausan. Batang rotan merupakan komoditi penting yang bernilai dipasaran tempatan dan antarabangsa.
Tahap permintaan yang tinggi dan produk rotan yang ada nilai tambah menyebabkan bahan mentah rotan terus mendapat pasaran terbaik. Pengeluaran hasil rotan dari hutan simpan semakin berkurang dan perlu ada usaha untuk menanam semula rotan secara komersil di Malaysia. Pihak FRIM dan RISDA merupakan agensi yang bertanggungjawab dam industry penanaman rotan untuk dimajukan. Pada masa sekarang tidak mungkin hasil penuaian rotan harganya jatuh atau tidak boleh dijual. Terdapat dakwaan hasil dari pokok rotan diberikan harga lebih rendah dibanding rotan yang diambil dari hutan dan ini tidak betul. Penanaman rotan dibawah pokok getah di Gersik (kampong saya) dulu dikatakan agak Berjaya juga tetapi pekebun getah komplen ianya terlalu lama untuk dituai. Pemungut produk rotan dari hutan juga semakin sukar kerana semakin lama lokasi pengambilan rotan semakin jauh masuk ke dalam hutan. Kos untuk mengangkut rotan dari dalam hutan sama ada melalui darat dan sungai juga sangat tinggi. Kawasan penanaman rotan pula umumnya berada dekat dengan jalan raya maupun sungai sehingga mengurangkan kos pengangkutan.
MENCARI ROTAN ...DALAM HUTAN...
MENANAM ROTAN...BANYAK CABARAN....
DIBUAT PERABOT...HARGA TAK TAHAN....
KESELURUH DUNIA....ROTAN DIPASARKAN...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Melaka,
Malaysia.
Malaysia.
(1 Muharam 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.