Wednesday, November 2, 2011

DAUN SALAM

DAUN SALAM (Syzygium polyanthum) merupakan sejenis tumbuhan Liar dari keluarga Myrtaceae yang tumbuh secala liar dalam hutan dan kebun di negara kita dan Asia Tenggara. Daun dari tumbuhan ini sering digunakan dalam masakan sebagai bahan penambah rasa kesedapan masakan terutama gulai nangka, masak asam pedas, masak lemak dan sebagainya. Daun Salam juga memberikan khidmat khasiat kesihatan kepada mereka yang mengidap penyakit kencing manis, mengatasi masaalah gatal-gatal, merawat kudis dan banyak lagi. Saya mengenali daun salam semasa pergi kepasar dan penjual menunjukkan daun salam yang telah diikat dan katanya baik untuk perasa masakan beberapa belas tahun dulu di Melaka dan di Muar. Daun Salam juga merupakan bahan popular di Indonesia di panggil sebagai Bay Leaf, Serai Kayu, Samak Kelat, manting, maselengan dan di Thailand dipanggil sebagai Daeng klua. Artikrl subuh ini saya akan berkongsi teknologi mengenai DAUN SALAM berdasarkan pemerhatian, pengalaman, pembacaan dan rujukan dari beberapa sumber.


Pokok Salam mempunyai batang yang tumbuh menegak dan mampu mencapai ketinggian 60-90 kaki dalam keadaan liar. Dahan dan batang utama kukuh dengan pokok yang rimbun. Daun Salam berwarna hijau muda (daun muda) dan hijau gelap (daun tua) dengan panjang tangkai 12-14 cm dan susunan bertentangan. Daun berbentuk bujur dengan ringkas 5-15 cm panjang dan 2.5-6 cm lebar. Terdapat urat daun yang jelas dengan 6-12 urat. Daun Salam mempunyai ciri istimewa iaitu mengeluarkan bau yang wangi seakan serai apabila dikeringkan. Bahagian daun ini merupakan yang digunakan untuk bahan (bumbu) masakkan. Bunganya berwarna putih dengan bau yang wangi dengan ukuran 2-8 cm yang keluar dari ketiak daun atau bawah daun. Bunganya mempunyai 4 kelopak berukuran 4 mm berbentuk seperti mangkuk. 


BIJI POKOK DAUN SALAM.
Kajian saya menunjukkan keluasan tumbuhan Pokok Salam tidak diketahui luasnya atau bilangan pokok. Ini kerana pokok ini jarang-jarang diberi perhatian oleh orang ramai. Hanya mereka yang tahu dan pakar sahaja yang mengenali tumbuhan ini dan menafaatnya. Penanaman boleh dibuat dari biji yang disemai tetapi lebih mudah menggunakan KERATAN. Dahan muda atau pucuk dihujung dahan di potong atau di patahkan sepanjang 30-40 cm dan tanam diatas pasu atau lokasi sesuai dan akan tumbuh tunas. Pokok Salam juga boleh ditanam didalam pasu atau tanaman keluling rumah untuk mendapatkan daunnya. Gunakan baja organik atau baja NPK 15:15:15 untuk mempastikan pertumbuhannya. Sehingga kini tidak ada laporan mengenai masaalah serangan Serangga Perosak atau Penyakit serius merosakkan tanaman ini.


Daun Salam sangat terkenal di kalangan Masyarakat Melayu dan Jawa serta di Thailand, Filipina, Brinei dan beberapa negara ASEAN lain. Daun yang dimasak dengan Daging, Ikan, Nasi, Lauk Pauk Lain memberikan bau aroma yang lembut dan enak. Saya minat gunakan daun salam yang segar atau yang telah dikeringkan dan dimasukkan dalam Masak Asam Pedas (Ikan atau Daging), Masak Lemak Nangka Muda, Masak Tumis Sayur dan beberapa jenis lagi. Jika hendak tahu perbezaan bau dan aroma daun salam dengan masakan yang tidak dibubuh daun salam cuba buat ujikaji sendiri. Daun salam kering yang disimpan dalam peti ais (Bungkus dalam plastik) tahan sehingga lebih 6 bulan tanpa menurunkan kualiti aromanya. Pokok Salam yang dibiarkan membesar akan menghasilkan KAYU BALAK yang boleh digunakan sebagai Kayu untuk buat rumah, Perabot, Lantai, Kayu Api dan sebagainya.


Daun salam mengandungi minyak pati ekstrak yang berguna iaitu Eugenol dan Methyl chavicol sebanyak 0.17% jumklah dari berat kering daun. Minyak ini sangt berguna dalam kegunaannya sebagai Ubat Anti Bakteria, Anti-Kulat dan juga Anti-Cacing jika digunakan. Daun Salam juga boleh dikutip dengan memotong bahagian daun matang (warna cukup hijau gelap) dan kumpulkan. Jika hendak diproses untuk dibuat serbuk atau prosses segar daun-daun ini perlu dibersihkan dahulu dari kekotoran. Kisar daun salam yang telah layuatau telah kering menjadi serbuk seperti 'Teh Daun Salam'. Produk ini boleh dijual sebagai makanan kesihatan (ubat herba) kepada pengguna.


Resepi Masakan Gulai Nangka Daun Salam:


BAHAN-BAHANNYA :

1 kg nangka muda, didadu sederhana besar
500 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
3 batang serai, dititik
4 helai daun salam yang telah dikeringkan
1 liter santan cair
300 ml pati santan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
5 biji cili merah
1/2 camca teh lada hitam
1/2 inci belacan
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan minyak dalam periok dan tumis serai serta bahan kisar halus lain sehingga berbau harum atau telah terbit minyak. Masukkan daging atau babat yang telah dipotong kedalam periok. Kacau sehingga daging kecut atau separuh masak. 
2. Masukkan nagka muda tadi dan gaul dalam periok sehingga rata dan biarkan memdidih.
3. Masukkan Daun Salam dan terus pasangkan api sehingga nangka menjadi 3/4 atau suku lembut.
4. Masukkan asam gelugor dan kemudian tuang pati santan.
5. Tambah garam sehingga cukup rasa dan juga sedikit gula. 
6. Masak sehingga mendidih dan sentiasa kacau. Cek sama ada nangka tadi telah empuk.
7. Matikan api dan masukkan kedalam bekas. Makan sayur nangka dengan nasi panas, Ikan masin dan pastikan memeng and sangat lapar...Memang Best!

NAMANYA  POPULAR...DAUN SALAM,
MUDAH DITANAM...DARI ZAMAN SILAM...
BANYAK KHASIAT...MENGUBATI DEMAM...
DAH KENAL SALAM....JANGAN TIDAK TANAM..

By,
M Anem
Sungai Tengi,
Selangor, Malaysia.
(2 .11.2011)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.