RUSA (Cervus Timorensis) merupakan sejenis haiwan dari Keluarga Cervidae yang dilindungi di Malaysia dibawah undang-undang perlindungan haiwan terancam. Aktiviti penternakan rusa merupakan suatu perusahaan yang masih baru di negara kita Malaysia. Tanggapan bahawa rusa adalah hidupan liar menjadikan rusa antara perusahaan yang masih kurang mendapat tempat sepenuhnya di hati para penternak khususnya golongan belia negara. Keadaan ini menjadikan bekalan untuk produk rusa khususnya daging dan tanduk (antler/velvet) rusa sering mengalami masalah kekurangan stok. Apabila masalah ini timbul, maka harga pasaran semasa rusa sering mengalami kenaikan, khususnya rusa hidup (baka rusa). Saya beberapa kali melihat projek ternakan rusa sama ada secara besar-besaran oleh Sebuah Bank Perdagangan di Sekijang Segamat yang gagal serta beberapa penternak tempatan secara kecil-kecilan yang berjaya di Johor. Artikel kali ini saya menulis sedikit maklumat mengenai penternakan rusa untuk dijadikan bacaan umum sahaja.
Terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya yang hidup di seluroh dunia dan kawasan Asia Tenggara secara semulajadi semenjak dulu. Haiwan rusa merupakan sejenis haiwan eksotik yang diburu semenjak dahulu sehingga ianya akan pupus jika tidak dilindungi oleh kerajaan. Permintaan daging, tanduk, kulit dan sebagainya dipasaran antarabangsa adalah sangat baik kerana daging rusa mengandungi kolesterol rendah dan tujuan perubatan. Laporan menunjukkan antara beberapa jenis rusa adalah seperti Rusa sika (Cervus nippon), Rusa Sambar (Cervus unicolor), Rusa Merah - red deer (Cervus elapus), Rusa Wapiti atau Elk, Rusa Fallow Deer (Dama-Dama), Rusa Chital (AxIs-Axis), dan Rusa Timor atau exotic (Cervus timorensis). Kajian menunjukkan terdapat tiga jenis rusa utama yang diternak, khususnya di Malaysia. iaitu :-
1) Rusa Timor (Exotic) :
Rusa Timor (Cervus timorensis) merupakan jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu, tanduknya (velvet) yang berguna dalam perubatan masyarakat cina sering mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengamal perubatan. Akibat kurangnya penternakan rusa mengakibatkan kurangnya bekalan velvet kepada aktiviti perubatan dan ini membawa kepada kenaikan harga velvet dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi turut menjadikan temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak, malah kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain seperti axis.
2) Rusa Sambar :
Rusa Sambar (Cervus unicolor) merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan dengan temorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun, sambar ialah rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia. Untuk menternak rusa jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara kerana jenis ini jarang didapati dan kini masalah kepupusan menghantui rusa jenis sambar.
3) Rusa Axis-Axis :
Rusa Axis-Axis (Cervus axis-axis) merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang terlalu tinggi. Badan atau bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama rusa jenis ini dan faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis axis-axis. Pada masa ini diianggarkan harga seekor anak rusa jenis axis-axis mampu mencecah RM3,000.00 seekor keatas dan harganya yang tinggi mempengaruhi perkembangan penternakan rusa jenis axis-axis di dalam negara. Selain itu juga didapati jenis rusa axis-axis ialah rusa yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini memyebabkan rusa jenis ini kurang bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. Kadar kematian anak yang tinggi jika dibandingkan dengan jenis Cervus timorensis juga membawa kepada masalah kurangnya penerokaan aktiviti penternakan rusa jenis ini. Namun begitu dalam zoo atau hotel-hotel terkemuka kerap menternak rusa jenis axis-axis sebagai daya tarikan kepada pengunjung kepada zoo dan ini jelas mengambarkan bahawa rusa jenis axis-axis lebih sesuai untuk diternak dengan tujuan membangunkan aktiviti pelancongan negara bukan untuk aktiviti pengeluaran produk rusa secara komersial bagi pengeluaran dagingnya.
Tujuan pemiliharaan rusa di Malaysia adalah kerana untuk rekreasi dan kegemaran, sebagai tindakan mencegah kepupusan rusa, untuk Kajian bagi mengenalpasti potensi, sebagai sumber pendapatan dari hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya, sebagai makanan enak, sebagai Perhiasan dan sebagainya. Dari segi keperluan infrastruktur ladang rusa sangat gemar dengan kawasan yang sunyi dengan yang lapang dengan persekitaran berhampiran dengan hutan dan mempunyai kawasan berteduh. Perlu disediakan kawasan rumput untuk ragutan yang menghijau dan perlu dipagar agar tidak lari daripada kawasan ternakan. Perlu disediakan juga kawasan lembah berair yang ada sungai agar rusa dapat berkubang dikawasan tersebut.
Kawasan ternakan rusa perlu dipagar setinggi boleh sekurang-kurangnya 8 kaki ( sekurang-kurangnya 2 meter) dengan bahagian bawah dikonkrit serta bahagian atas dipasang kawat duri untuk mengelakan ianya melompat keluar apabila rusa terkejut atu ketakutan akibat didatangi oleh manusia yang tidak dikenali atau gangguan lain. Sebaiknya elakan menanam rumput 4 kaki dari tepi pagar kerana rumput akan mati akibat aktiviti rusa yang suka berkumpul dan bergesel dikawasan tepi pagar. Rusa tidak berapa suka duduk dalam padok diwaktu sianghari dan sentiasa aktif bergerak disekeliling ladang ternakan. Sediakan pokok0pokok teduhan yang sesuai dikawasan ternakan untuk rusa berteduh dan daunnya akan dijadikan makanan. Kalau hendak menanam pokok baru pastikan batangnya dibalut dan pokok tinggi mengelakan dirosakkan oleh rusa.
Rusa suka makan rumput hijau dan dedaun segar dikawasan ladang atau diberikan kedalam kawasan ternakan. Rusa juga makan dedak makanan haiwan, roti kering, ada yang bagi maggi kering, biskut dan sebagainya. Sediakan tong minuman air yang bersih dikawasan padok atau ujudkan kolam tau anak sungai kecil untuk bekalan air. Kapasiti stok untuk rusa sebaiknya sekitar 10 ekor bagi satu ekar uang mempunyai rumput hijau untuk ragutan. Kadar stok ini boleh diubah suai mengikut sisitem penternakan sama ada intensif atau separa intensif. Makanan tambahan dedak seperti 'Cattle Pallet' sesuai untuk dijadikan makanan rusa. Pondok teduhan untuk takung makanan perlu disediakan bagi ruma berteduh sambil makan dedak. Sebaiknya ada kolam mandi dikawasan ladang kerana rusa perlu mandi dan berkubang untuk menyejukkan badannya dan sememangnya ia satu cara semulajadi rusa berkubang. Pondok kawalan atau pimtu masuk juga perlu dibina dengan kukuh agar keselamatan ternakan rusa yang bernilai ini dapat dijaga dengan baik.
Kepada mereka yang berminat untuk menternak rusa perlukan satu kawasan yang sesuai untuk ternakan rusa seperti lokasi dijelaskan diatas. Paling penting adalah minat, modal dan kemampuan untuk mengurus ternakan rusa yang pada habitat semulajadinya adalah liar. Pasaran daging rusa ada khusus )niche market' dan tidak boleh bersaing dengan daging lembu yang diimpot dari India. Ramai rakyat jelata tidak dapat membezakan daging rusa dengan daging lembu impot jika mereka tidak pakar dalam bidang ini.
By
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Sabtu , Oktober 2011)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.