Saturday, October 15, 2011

KHASIAT CENDAWAN (Part 2)

CENDAWAN adalah sejenis hidupan yang tumbuh secara semulajadi dan diusahakan secara komersial semenjak dulu kala dan cendawan yang dimakan oleh manusia mempunyai khasiat tersendiri. Diantara cendawan yang popular di negara kita adalah seperti Cendawan Shiitake, Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Jerami, Cendawan, Jarum Emas, Cendawan Kukur, Cendawan Butang, Cendawan Telinga Kera / Jeli Htam, Cendawan Ganoderma / Ling Zhi dan Cendawan Bunga Kobis. Cendawan yang ada dipasaran terdiri daripada cendawan segar, cendawan kering dan cendawan yang telah diproses dalam pelbagai bentuk seperti cecair, makan siap sedia, kapsul, serbuk, pil dan sebagainya. Pengalaman saya dalam projek cendawan tiram kelabu yang bayak di kawasan Pagoh, Muar selama 7 tahun mendapati cendawan tersebut diantara spesis cendawan yang paling banyak dimajukan oleh usahawan di kawasan tersebut. Artikel pagi ini saya 'posting' khasiat beberapa jenis cendawan untuk perkongsian maklumat dengan pembaca.


5) Cendawan Shiitake
Cendawan Shiitake (Lentinus edodes) adalah sejenis cendawan macam bunyi "Bahasa Jepun"  yang sukar orang Melayu nak sebut. Cendawan ini ada ditanam di negara kita terutama dikawasan sesuhu sejuk dikawasan tanah tinggi dan juga ada juga ditanam dikawasan rendah. Cendawan ini mengandngi bahan Lentinan iaitu sejenis ubat antikanser khusunya untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara.  Cendawan ini dapat membantu merencatkan kejadian semula sel kanser.  seperti kebanyak jenis cendawan yang dikenali, cendawan Shiitake memang mempunyi keupayaan meningkatkan sistem imun badan dengan merangsang limfosit dan Makrofaj melawan bakteria, virus dan sel tumor serta toksin dalam badan manusia.


6) Cendawan Kukur
Cendawan KUKUR (Schizophyllum commune) merupakan sejenis cendawan yang sukar kita jumpai di negara kita kalau kita tidak mengenalinya. Cendawan ini mengandungi bahan Schizophyllan iaitu sejenis ubat yang dikenalpasti sebagai ubat anti tumor dan kanser. Cendawan ini mampu meningkatkan sistem imun badan manusia jika dimakan mengikut kesesuaiannya. Khasiat lain cendawan ini seperti sebagai antiradangan (anti inflamatory system) dan anti bakteria serta anti parasit. Keistimewaan cendawan ini adalah untuk mengawal dan melindungi Hati manusia.


7) Cendawan Butang
Cendawan BUTANG (Agaricus brasilliensis) adalah sejenis cendawan berbentuk butang dibahagian atasnya yang berwarna kepurihan. Cendawan Butang ada ditanam di Malaysia oleh beberapa usahawan seperti di Kelang Selangor untuk padaran segar tepatan. Cendawan Butang yang telah dikeringkan banyak djual di pasaraya dan sering digunakan oleh ramai penduduk Malaysia. Cendawan Butang didakwa dapat merencatkan sel tumor dalam badan manusia serta membantu mengawal tekanan darah. Keistimewaan cendawan butang adalah dapat merawat penyakit Gastrik dengan memakannya. Cendawan butang yang kering direndam dahulu atau terus masukan dalam sup, masakan tumis dan sebagainya untuk dihidangkan. Rasanya sedap dan lazat.


8) Cendawan Jarum Emas
Cendawan jarum Emas (Flammulina velutipes) adalah cendawan berbentuk jarum yang mempunyai batang pabjang berwarna keemasan dibahagian kudup.  Cendawan ini tidak ditanam di negara kita secara komersil dan banyak dihasilkan di negara China, Jepun dan Korea selain daripada di Eropah. Khasiat cendawan Jarum Emas adalah merupakan toksik kepada sel tumor manusia. Cendawan ini juga didapati meningkatkan sistem imun dalam badan bagi menghalang jangkitan kulat dan juga virus kepada pemakannya. Secara klinikal juga terbukti bertindak sebagai antiradangan, meningkatkan aktiviti pelindung sel yang menghalang kerosakan DNA Sel Darah.


Khasiat cendawan memang telah terbukti baik dalam meningkatkan kesihatan. Pengeluaran cendawan memerlukan modal dan ilmu pengetahuan dalam proses pengeluaran. Banyak masaalah dalam pengeluaran yang perlu diatasi seperti pengeluaran  benih, kawalan penyakit, masaalah lepas tuai dan masaalah media untuk bongkah. Industri ini perlu disokong dengan baik agar pengeluaran cendawan untuk pasaran domestik akan menuju kearah pasaran ekspot pada masa akan datang.


KHASIAT CENDAWAN...TELAH TERBUKTI....
DITANAM SENDIRI...KURSUS DAH DIBERI....
KELUAR HASIL...JANGAN MAKAN SENDIRI...
MENINGKATKAN KESIHATAN...LAMBAT MATI...


Related articles:
1. Avocado (Klik disini)
2. Nona Kapri (Klik disini)
3. Lempoyang (Klik disini)
4. Pimento (Klik disini)


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(17 Zulkaedah 1432H - 5.20 pagi)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.