Thursday, October 13, 2011

EPAL

Buah Epal (Malus domestica) merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga ROSACEAE yang sangat popular didunia semenjak dulukala. Buah Epal banyak ditanam dikawasan tropika dan subtropika dan kawasan beriklim sederhana (temperate climate) dengan meluas. Kegunaan buah epal boleh dikatakan kebanyakannya untuk dimakan segar atau mentah walau pun ada yang diproses untuk dijadikan Jus minuman, epal kering dan juga sos epal dan pelbagai produk lain. Penanaman epal di Malaysia bukan satu aktiviti yang penting dimana walau pun terdapat usaha-usaha penanaman epal dikawasan tanah tinggi, tetapi belum sampai ketahap komersil. Saya pernah melawat Tagal Farm di pendalaman Long Semado, Sarawak pada tahun 1998 semasa bertugas disana. Pada waktu tersebut, ladang epal En Tagal menghasilkan buah epal yang sangat memberangsangkan. Kajian saya dapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan penanaman epal di Malaysia masa kini. Bekalan epal dipasaran adalah diimpot dari luar Negara dengan harga masih murah dan sangat mudah didapati dijual sepanjang tahun di negara kita. Artikel subuh ini saya menulis teknologi penanaman buah epal dalam 'Anim Agro Technology' yang merupakan buah sangat popular didunia untuk bacaan anda semua berdasarkan pengalaman penulis melawat beberapa ladang epal diluar Negara seperti di China, Korea, Mesir, Filipina, Thailand dan Indonesia serta melalui pembacaan beberapa buah buku teknikal .


Pengeluaran buah epal didunia pada masa kini adalah sekitar 64 – 65 juta metric tan setahun. Pengeluar epal terbanyak didunia adalah China (28 juta metric tan setahun) diikuti dengan USA (4.5 juta mt/tahun), Iran (2.7 juta mt/tahun), Turki (2.26 juta mt/tahun), Rusia (2.21 juta mt/tahun) , Itali (2.1 juta mt/tahun) dan India (2.12 juta mt/tahun). Tiga buah Negara lain yang banyak menanam buah epal adalah seperti Perancis (1.8 juta mt/tahun), Chile (1.4 juta mt/tahun) dan Argentina (1.3 juta mt/tahun). Dikalangan antara negara-negara Asia Tenggara, penanaman epal aktif di Indonesia terutama di kawasan tanah tinggi di Jawa Tengah seperti di Kabupaten Malang dan Pasuruan. Semasa lawatan saya sebanyak 2 kali kekawasan tersebut pada 2005 dan 2007 mendapati, aktiviti penanaman epal merupakan aktiviti sangat aktif dan menghasilkan epal segar serta dapat menarik sektor pelancongan dan ekonomi di wilayah tersebut. Kawasan tanah yang subur di kaki Gunung Bromo sangat sesuai ditanam epal dengan cuaca tanah tinggi yang sejuk dan petani mmengamalkan teknologi penanaman epal mengikut pakej teknologi sedia ada.


Epal yang ditanam di kawasan tersebut adalah dari jenis Epal Tropika (Malus sylvestris Mall) yang berbeza dengan varieti epal kawasan ‘temperate’. Pokok epal adalah pokok mempunyai batang utama tumbuh menegak dengan banyak cabang dengan ketinggian mampu mencapai 5-6 meter. Bunganya keluar dari hujung cabang dengan kelopaknya yang berwarna putih dan menghasilkan bau yang harum. Buah epal mempunyai pelbagai warna dari Merah, Hijau, Kekuningan dan kombinasi diantaranya. Buah epal mempunyai kulit tebal dan isi berwarna putih yang manis atau masam bergantung kepada varieti dan tahap kematangan.


Ladang Epal di Korea Selatan.
Penanaman epal di Malaysia tidak banyak, hanya terdapat dibeberapa lokasi seperti di Cameroon Highland, Kundasang dan yang masih kekal hingga kini di Tagal Farm, Long Semado, Sarawak. Semasa saya bertugas di Sarawak pada 1996 - 1998, Ladang Tagal Farm telah berbuah dan baru-baru ini saya dapat lihat ianya telah masuk TV3 masih dan utuh serta berbuah lagi. Kawasan Kabupaten Malang dan Pasuruan di Indonesia merupakan salah satu kawasan penanaman epal yang popular yang terletak di kaki Gunong Bromo pernah saya lawati beberapa kali. Penanaman epal untuk pasaran segar dan diproses dibuat jus epal merupakan satu aktiviti yang membanggakan di kawasan tersebut dan satu daya tarikan pelancong. Walau pun kita tidak majukan penanaman epal sebagai buah komersil, kita masih boleh membeli epal dengan harga murah di pasar malam, pasaraya dan dikedai-kedai runcit sepanjang tahun.  Adakah anda berminat untuk menanam buah epal di Malaysia!
BERSAMBUNG. . . . .


By,
M Anem
Ipoh, Perak,
Malaysia,
(Updated on 23 Oktober 2012)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.