Saturday, July 30, 2011

PENANAMAN PADI BERJENTERA

TANAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan salah satu daripada aktiviti pertanian yang telah dijalankan semenjak beribu-ribu tahun dahulu untuk menghasilkan padi yang akan di proses menjadi BERAS. Kawasan pasel tanaman padi di Malaysia sekitar 428,780 hektar dengan keluasan bertanam seluas 673,745 hektar (penanaman 2 kali setahun). Sebanyak 2,548 metrik tan padi dihasilkan pada tahun 2010 dimana nilai pengeluarannya adalah sebanyak RM 1.911 billion. Hasil pengeluaran beras negara adalah sebanyak 1,642.000 tan metrik  pada tahun 2010. Kajian yang saya buat daripada Laporan Rasmi Jabatan Pertanian mendapati purata hasil pengeluaran padi di Malaysia adalah sebanyak 3,782 kg sehektar. Negara mengimpot sebanyak 570,000 metrik tan beras dari negara luar bagi menampong kekurangan beras untuk kegunaan domestik. Artikel kali ini saya menulis berkenaan teknologi penanaman padi berjentera (mechanised paddy planting) berdasarkan laporan sisipan daripada AGROBIZ terbitan Utusan Malaysia pada 30 Julai 2011 dan pengalaman penulis dalam bidang pertanian selama 30 tahun di lapangan.


Teknologi penanaman padi berjentera telah lama dijalankan dinegara-negara maju seperti di USA, Jepun, Australia, Taiwan dan China dimana mereka meggunakan mesin tertentu didalam beberapa aktiviti penanaman padi.  Perkara paling kritikal dalam industri penanaman padi adalah kerja penyediaan tanah, menanam dan juga mengawal musuh tanaman padi dan juga menuai. Teknologi penuaian boleh dikatakan telah mengalami perubahan paling drastik dengan menggunakan mesin JENTUAI PADI (Combine harvester) berbanding dengan menyabit, mengikat, membanting (melerai) dan mengumpul padi sebelum dikeringkan secara manual. Dengan adanya mesin jentuai ini kerja-kerja menuai padi kini boleh dikatakan moden dimana hampir 95% kerja penuaian dijalankan oleh mesin tersebut kecuai di kawasan penanaman padi diluar skim terpencil dan penanaman padi buma atau padi bukit di Sarawak dan Sabah.


Penamanan padi dahulu melibatkan beberapa peringkat daripada menyediakan tapak semaian, menyemai, mencabut anak semaian dan menanam secara menugal menggunakan 'kuku kambing' melibatkan ramai tenaga kerja. Lazimnya kerja menanam dijalankan secara bergotongroyong oleh kumpulan petani bagi mencedung sehingga selesai satu rumpun kerumpun yang lain. Bayangkan berapa juta anak benih padi masa itu yang perlu di tanam dan berapa ramai pesawah yang terlibat. Jabatan Pertanian telah memperkenalkan kaedah penanaman padi menggunakan 'TEKNOLOGI TABUR TERUS'  pada tahun 1980'an (masa itu saya baru mula kerja selepas keluar universiti). Kaedah ini menggantikan sistem tanam 'cedung' dimana petani perlu memahaminya melalui latihan yang dijalankan. Paling kritikal teknologi tabur terus adalah benih berkualiti dan kemampuan dalam mengawal air dalam sawah.


Pada masa itu kaedah tabur terus merupakan kaedah terbaik yang dapat menjimatkan kos tenaga kerja menanam padi serta memudahkan proses penanaman. Walau pun terdapat beberapa kelemahan kaedah menanam tabur terus pada peringkat awal tetapi diatas pembangunan teknologi maka kini kaedah tersebut didapati menjadi amalan biasa pesawah padi. Kaedah penanaman mencedung hanya dijalankan dikawasan-kawasan tertentu seperti kawasan air sukar dikawal, kawasan terpencil yang bersaiz kecil serta keperluan lokaliti tertentu. Kaedah tabur terus masih lagi  mempunyai kelemahan tertentu dari segi kecekapan (efficiency) dan kadang-kadang kurang menguntungkan kerana faktur cuaca, kemahiran dan sebagainya. Kini kerajaan telah mencuba teknologi menanam padi secara cedungan berjentera seperti percubaan yang dijalankan oleh KADA di kawasan jelapang padi.


Kaedah ini didakwa telah dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran padi dan dapat menjimatkan kos pengeluaran. Disamping itu kaedah ini didakwa dapat mengurangkan masaalah pertumbuhan rumpai, memudahkan kerja penanaman padi, kadar penggunaan benih yang rendah, pertumbuhan padi yang lebih cepat dan sekata, memudahkan pengurusan air dan juga menyumbangkan kepada peningkatan hasil. Beberapa PPK di kawasan MADA seperti PPK Bakat Baru, PPK Jaya Peringat, PPK Tanjung Puri, PPK Nilam Puri, PPK Saadong, PPK Sg Ketereh dan PPK Kubang Bunut dimana 50% daripada kawasan padi telah menggunakan kaedah ini.  Kawasan Ladang Merdeka iaitu salah satu daripada Mini Estet Padi dipilihh sebagai pilot projek untuk tujuan tersebut sebelum dikembangkan kekawasan yang lain untuk menghasilkan anak semaian. PPK menyediakan anakbenih semaian secara komersil sementara kerja penyediaan sawah dijalankan oleh petani, usahawan atau pemilik tanah.


Kaedah penanaman padi berjentera dimulakan dengan menyediakan anak benih semaian padi menggunakan varieti terpipih sama ada MR219 atau MR220 didalam tray khas sebelum disusun dalam petak semaian padi yang berlantai konkrit dengan sistem pengeiran sempurna. Selepas 15 hari disemai maka anakbenih padi akan setinggi 120 cm sudah boleh ditanam disawah menggunakan jentera penanam. Kerja mengangkat tray semaian lebih mudah kerana ianya digulong sebelum diletakan diatas jentera penanam secara tersusun. Kerja menanam padi dapat dijalankan dalam barisan tanaman yang lebih teratur mengikut kemahiran pengendali jentera penanam tersebut.  Kaedah ini didakwa menyebabkan kadar pertumbuhan anakpadi adalah lebih cepat, teratur, seragam dan mudah diuruskan.


Pengurusan air dapat dijalankan dengan sempurna sekaligus membantu mengurangkan pertumbuhan rumpai dalam sawah serta memudahkan pengurusan sawah seperti membaja, mengawal perosak dan penyakit serta kerja untuk menuai padi kelak. Kaedah penanaman padi berjentera ini sememangnya sesuai dikawasan sawah padi yang rata, mempunyai sistem kawalan air sempurna, kemudahan tapak semaian baik, infrastruktur jalan dan kemudahan jentera yang mencukupi. Kemahiran mereka yang terlibat juga penting dalam menentukan kerja penanaman padi menggunakan jentera lebih cekap dan tidak berlaku pembaziran. Isu utama dalam kaedah ini adalah kemampuan petani atau usahawan untuk membeli mesin tersebut serta kos-kos asas dalam proses penyediaan bemih. Jika penanaman hanya untuk skala kecil sahaja makan harga mesin penanam padi yang mahal dan kos penyelenggaraan perlu diambil kira dalam jangkamasa panjang. 


Beberapa pihak tertentu perlu membantu didalam mempromosikan teknologi ini seperti pihak PPK yang perlu menjadikan mesin penanaman berjentera ini sebagai satu sumbangan khidmat sosial dengan caj penanaman yang munasabah dikalangan pesawah-pesawah. Penggabungan tanah-tanah sawah milik persendirian dan diluaskan setiap lot sawah secara mini estet padi adalah sangat perlu bagi menjayakan sistem penanaman ini. Jika pesawah-pesawah masih membuat persendirian maka teknologi ini agak sukar untuk dilaksanakan dilokasi tersebut. Pihak tertentu perlu mengatur strategi dalam melaksanakan teknologi ini agar pada masa akan datang bilangan pesawah padi dapat dikurangkan tetapi produktiviti padi dapat ditingkatkan berkali ganda agar bekalan beras negara pada tahap yang selamat dan mencukupi.


MENANAM PADI...MENGGUNAKAN JENTERA...
KUKU KAMBING....SUDAH BERSARA...
HASIL TINGGI...TEKNOLOGI DIUSAHA...
PERLU DIKAJI...ADAKAH IANYA BERJAYA?...


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Sabtu 30 Julai 2011 jam 11.15 pagi)    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.