Saturday, July 2, 2011

Mangga dan Cuaca

Lawatan saya ke Projek Mangga  Kg Gelam, Melaka
Mangga (Mangifera indica) merupakan sejenis tanaman yang popular di dunia dari keluarga Anacardiaceae. Pengerluaran mangga dunia mencapai 32 juta metrik tan setahun dengan India sebagai pengeluar utama mangga didunia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 11.6 juta metrik tan atau sebanyak 40% pengeluaran dunia. Negara lain yang menanam dan mengeluarkan mangga adalah seperti Mexico, Brazil, Australia , USA dan Thailand. Terdapat sebanyak 62 kultivat mangga diseluroh dunia tetapi hanya 6-10 kultivar sahaja yang di komersilkan. Malaysia menanam seluas 9,790 hektar tanaman mangga dengan pengeluaran sebanyak 25,260 metrik tan pada tahun 2010. Antara kultivar yang popular di tanam di Malaysia adalah Chok Anan, Harum Manis, Sala, Golek, MAHA dan Melele. Artikel ini dalam "Anim Agro Technology" saya mengupas mengenai hubungkait cuaca atau iklim dengan teknologi tanaman mangga berdasarkan satu laporan teknikal yang saya baca dari sebuah majallah dari Indonesia.


Ancaman perubahan cuaca di negara kita dan Kawasan Asia Tenggara amat ketara pada masa ini. Hujan yang berpanjangan dan keadaan kemarau pendek yang tidak menentu menyebabkan pengeluaran bunga buah-buahan bermusim tidak menentu dan sangat berkurangan. Pengeluaran buah durian, mangga, rambutan, manggis pada tahun 2011 sekarang menurun dengan mendadak akibat fenomena ini. Pemerhatian saya di Stesen Pertanian Tangkak, Ledang, Johor mendapati pada musim lepas kapasiti pengeluaran buah durian di stesen   tersebut lingkungan 4,500 - 5,000 biji tetapi pada tahun ini cuma sekitar 500-600 biji sahaja. Pengurangan yang amat ketara ini banyak berlaku akibat faktur cuaca dari awal tahun walau pun amalan pertanian yang dijalankan mengikut amalan Pertanian Baik (GAP) Jabatan Pertanian. Punca utama akibat keguguran bunga kerana faktur cuaca.


Pemerhatian saya di Melaka yang banyak menanam mangga Chok Anan mendapati penghasilan tahun 2011 juga agak berkurangan. Mangga adalah sangat responsif dengan cuaca yang perlu panas dan kering untuk beberapa ketika bagi menghasilkan bunga. Laporan yang sama juga berlaku di Indonesia dimana cuaca pada awal tahun 2011 didapati berubah daripada kelaziman. Keadaan kemarau yang agak panjang hampir tidak berlaku pada tahun 2010 di Malaysia dan Indonesia mengakibatkan pokok dalam keadaan vegetatif dan tidak menghasilkan bunga seperti biasa. Beberapa spesis mangga ada mengeluarkan bunga tetapi ini di sebabkan oleh kerana perubahan suhu bukan faktur kemarau seperti biasa. Dari segi teknikal suhu yang mencapai 33 darjah keatas sesuai untuk menggalakkan pengeluaran bunga mangga walau pun pengaruh pembungaan sangat bergantung kepada kemarau agak panjang.


Kejadian suhu agak tinggi yang berulang-ulang ini menyebabkan pengeluaran bunga mangga berperingkat-peringkat sehingga ujud keadaan dimana ada bunga, peringkat putik dan mangga muda pada satu pokok. Keadaan ini kurang sesuai untuk menghasilkan buah mangga yang berkualiti. Paling tidak memuaskan petani apabila pucuk baru tumbuh pada hujung daun bukannya bunga mangga yang sepatutnya terbit. Ini akan menyebabkan kita keliru dengan program pengurusan seperti pengurusan pembajaan. kawalan perosak dan kawalan penyakit. 


Pemerhatian saya mendapati apabila munculnya bunga, buah muda dan pucuk muda serentak mungkin mengembirakan petani pada peringkat awal kerana boleh mengeluarkan hasil secara berperingkat. Penuaian diluar musim dan berperingkat akan memberikan harga 2-3 kali ganda daripada semasa pengeluaran puncak. Sebenarnya terdapat 2 ancaman yang akan berlaku jika pencegahan tidak dijalankan. Ancaman pertaman adalah tidak berlaku proses pendebungaan sempurna kerana bunga jantan dan betika akan gugur akibat hujan tidak menentu. Kelembapan dan hujan juga menyebabkan serangan kulat pada bunga mangga yang mengakibatkan ianya gugur ketanah. Kegagalan peringkat pembungaan ini mengakibatkan penghasilan putik dan buah yang sangat rendah. Perubahan cuaca akan menyebabkan petani kurang mendapat hasil.


Ancaman kedua adalah adalah ujudnya serangan kulat Antraknos yang berpunca dari Kulat Collectotricum gleossporinoides apabila bunga menjadi buah. Kulat ini akan menyebabkan kualiti buah mangga menurun dan tidak mendapat harga yang baik atau buah akan rosak.  Kulit buah mangga penoh dengan bulatan berwarna hitam yang menembusi bahagian isi yang sememangnya tidak boleh di pasarkan. Keadaan kerosakan kadang-kadang  mampu mencecah tahap kerosakan sehingga 80% kehilangan hasil jika tidak dikawal dengan baik. Penghasilan mangga terjejas mengakibatkan petani mengalami kerugian akibat faktur ciaca yang sukar untuk dikawal.


Teknologi berkaitan penanaman mangga yang berkait dengan fenomena cuaca ini perlu di perbaiki. Di Indonesia mereka membuat 'Investasi' untuk mencegah kerugian akibat kesan cuaca ini dengan memberikan banyak nutrien dan semburan racun serangga. Baja khusus diberikan kepada pokok yang sedang memulihkan dirinya akibat tenaga yang dikeluarkan untuk proses pembungaan dan proses mengeluarkan buah. Baja organik seperti tahi ayam, tahi kambing dan tahi lembu yang sesuai dibubuh pada pokok mangga. Jumlah baja organik bergantung kepada umur dan diameter kanopi pokok dimana lazimnya sebanyak 5 kg sepokok untuk 1 meter kanopi. Pokok dengan  diameter kanopi 6 meter perlukan sebanyak 30 kg baja organik. Sebaiknya campu dengan 1 kg baja NPK sepokok. Disyorkan juga diberikan baja kapor (CaMg(Ca3)2 dengan kadar sebanyak 0.5 kg sepokok. 


Teknologi ini akan membantu pokok menyerap unsur makanan (Hara) dalam tumbuhan. Sementara itu bahan Kalsium dalam Kapor akan membantu meningkatkan kualiti atu mutu buah agar tidak pecah atau busuk kerana berlaku ketegaran sel kulit buah. Unsur magnesium dalam dolomit atau kapor juga membantu menyusun klorofil dalam daun yang akan meningkatkan proses fotosintesis yang umumnya memang agak rendah pada musim hujan. Penyemburan racun kulat (Pesticide) perlu dibuat semenjak terbitnya bunga mangga. Kulat Antraknos menyerang sejak proses pembentukkan tunas sehingga buah akan masak. Kombinasi racun kulat Mancozeb (0.25%) dengan Racun Dicotophos (0.2%) memberikan kesan positif yang disembur setiap 7-10 hari sekali. Penyemburan mesti dihentikan beberapa hari sebelum buah masak untuk mengelakan kesan sisabaki racun (MRL) pada buah. Kajian juga ada dibuat untuk menggunakan mikrogarnisa yis (Debaryomycea spp. atau Schizosaccharomyces sp) yang boleh memberikan stress kepada kulat antraknos. 
SELAMAT MENCUBA!


WAKTU HUJAN....BUNGA GUGUR...
SERANGAN KULAT...BUNGA GUGUR...
POKOK MANGGA...BUAH TAK TERATUR...
ADA TEKNOLOGI...BOLEH MENGATUR..


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Sabtu 8.15 pagi)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.