Tuesday, July 5, 2011

KUTU BERAS



KUTU  BERAS (Sitophilus oryzae) merupakan sejenis serangga perosak yang terdapat dalam beras dan birijin lain dari keluarga Circulionidae. Haiwan ini dipanggil sebagai KUTU BERAS , KUMBANG BERAS atau juga dipangil sebagai BUBUK BERAS. Dalam bahasa Inggeris ianya digelar 'Rice Weevil'. Ramai diantara kita yang menyimpan beras dirumah untuk beberapa ketika dan apabila dibuka terdapat beberapa ekor kutu beras dan beras tersebut telah rosak. Serangga ini juga menyerang bijirin gandum, oats, shorgum, barli dan bijirin jagung (Sitophilus zeamais). Ianya dijumpai di kawasan tropika dan sub-tropika. Industri penyimpanan beras memerlukan teknologi khusus untuk mengawal serangga ini dari terus memusnahkan stok simpanan beras dalam simpanan di setor, dalam kapal atau telah di bungkus untuk pasaran runcit. Kaedah pengawalan ini perlu di sesuaikan agar tidak kesan kimia terhadap beras yang akan digunakan oleh manusia. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat mengenai kutu beras untuk tatapan pembaca.


Kutu Beras merupakan serangga kecil yang berukuran 2.5 - 3.5 mm panjang dan yang dewasa kebanyakan berwarna coklat kehitaman atau kehitaman. Haiwan ini tinggal dalam bijirin beras dengan Kutu Beras betina akan mengigit dan masukkan telur halus berbentuk bulat lonjong didalam biji beras. Seekor kutu beras betina mampu mengeluarkan 300 - 400 biji telur sekali.  Telur adalah berwarna putih akan di tutup (sealed) dengan cecair khas kutu betina. Telur ini akan menetas dan larva yang berukuran 4 mm panjang tanpa kaki akan makan biji beras sehingga merosakan biji beras dan kemudian membentuk kepompong atau pupa. Pupa akan dewasa dan keluar dari dalam biji beras dengan mempunyai 6 kaki serta dua sesungut pendek serta muncong dikepalanya. 


Kutu beras dewasa mampu bergerak laju dalam simpanan beras sambil memakannya. Kutu Beras yang berwarna coklat atau kehitaman ini akan hidup selama 5 bulan kemudian akan berkeupayaan untuk terbang kelokasi lain dalam setor simpanan beras. Jangkahayat kutu beras lazimnya selama 5 bulan sahaja dalam suhu kurang dari 30 celcius dengan kadar kelembapan sebanyak 70%. Kadar optimum kutu beras hidup dalam beras adalah pada suhu 27-28 Celcius dengan kelembapan sekitar 60%. Kajian menunjukkan kutu beruang akan mati atau musnah dalam suhu kurang dari 17 celcius. 


Kaedah kawalan kutu beras dijalankan dengan beberapa kaedah yang tidak memberikan kesan kepada pengguna. Beberapa kaedah yang sering dijalankan ialah dengan kaedah FUMIGASI, SUHU TINGGI atau KAEDAH BIOLOGI. Kawalan menggunakan kaedah fumigasi dengan methyl bromide dijalankan dalam keadaan ptotokol khusus yang selamat dan mengikut keperluan khas. Pengilang dan pengedar yang ingin menjalankan fumigasi mesti mendapat kelulusan dan kebenaran daripada pihak berkuasa. Kaedah fumigasi ini adalah merbahayakan manusia jika tidak dijalankan dengan betul. Kawalan menggunakan suhu tinggi akan membunuh kutu beras dalam kontena khas yang dibina dan ianya lebih murah , selamat tetapi keberkesanannya kurang sempurna.


KUTU BERAS...WARNA HITAM KERAS...
MEROSAKAN KUALITI ... JAGUNG & BERAS..
KAEDAH FUMIGASI...KAWALAN DITUMPU...
AWASLAH PEMBACA ... JANGAN TERTIPU...


By ,
M Anem
111, Hotel Sri Malaysia,
Kuala Terengganu
Terengganu 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.