Saturday, July 9, 2011

CILI KULAI FERTIGASI

CILI (Capsicum annum) merupakan sejenis tanaman popular di Malaysia yang ditanam seluas 3.280 hektar dengan pengeluaran sebanyak 32,807 metrik tan pada tahun 2010 dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 206.7 juta. Pengeluaran cili di Malaysia adalah untuk tujuan penggunaan segar. Cili Kering yang ada di Malaysia adalah diimpot dari India, China, Thailand dan beberapa negara lain yang benilai jutaan ringgit setahun. Masakan masyarakat Malaysia sememangnya menggunakan cili sebagai komponen utama untuk perisa makanan. Artikel saya kali ini berkisar mengenai maklumat tanaman cili merah atau orang ramai kata cili kulai berdasarkan pemerhatian, kajian dan pembacaan beberapa buku teknikal dan laman sesawang.


Di Malaysia terdapat banyak jenis cili yang di tanam untuk pelbagai kegunaan dan tujuan pasaran. Petani menanam cili sebagai satu komoditi yang menguntungkan jika mencapai hasil potensi dan harga jualan yang meemuaskan. Cili Besar dan Cili Padi adalah dua kategori cili yang ditanam. Benih cili di perolehi daripada pembekal atau pekedai jual benih atau di buat sendiri oleh petani. Kajian saya menunjukkan industri pengeluaran benih cili merupakan bidang yang menguntungkan. Cili hibrid dikatakan mempunyai permintaan yang amat tinggi dikalangan petani. Kajian saya mendapati antara jenis2 cili merah hybrid yang ada di Malaysia adalah (a) Cili Kulai MC 11 yang mana tinggi pokok adalah 80–110 cm dengan panjang buah 8–10 cm serta berat buah 7–10g/biji. Cili kedua ialah  (b) Cili Kulai MC 12  dimana tinggi pokok 60–80 cm, panjang buah 10–13 cm dan berat buah 12 – 14 g/biji. Kini ada cili terbaru iaitu (c) Cili Kulai Hibrid F1 469 dengan ketinggian pokok 35 cm dan kapasiti buah sebanyak 180 biji sepokok. Jenis lain ialah (d) Cili Hibrid 833 ketinggian pokok 2- 6 kaki dan kapasiti buah sebanyak 55 biji berat untuk 1 kg buah bagi sepokok.


Kajian saya menunjukkan juga beberapa jenis cili merah yang ada di Malaysia adalah seperti berikut :
e) CA 905 - F1 Cili Kulai 905
f) CA 907 - F1 Cili Kulai 907
g) CA 910 - Kulai Tempatan
h) CA 914 - F1 Cili Kulai Pedas
i) CA 915 - F1 Cili Kulai Kering
j) CA 908 - Cabai Kulai Kerinting
k) Cili No. 8338 - Kulai King.


Penanaman cili perlukan penyediaan anak benih yang sempurna untuk mempastikan tidak berlaku masaalah serangan aphids dan akan menyebabkan masaalah serangan viirus dan layu bakteria. Biji benih perlu di semai dengan menggunakan struktur kalis serangga. Pastikan cara cara memindah anak pokok ke polibag mengikuti amalan pertanian baik seperti menggunakan tanah yang gembur. Kemudian untuk menanam perlu buat lubang untuk anak pokok yang bersaiz lebih kurang sama dgn saiz corong tray dimana kedalaman tidak lebih dari ketinggian corong tray. Picit sedikit bahagian bawah corong tray untuk melonggarkan anak pokok yang hendak dipindah. Pegang pangkal anak pokok dan tarik keluar perlahan-lahan dimana jika gagal ulang langkah 2. Letak kan anak pokok ke lubang dan pastikan akar berserta holland peat yang melekat terletak secara baik. Kambus lubang tersebut dan tidak perlu timbus pangkal anak pokok. Akhirnya gunakan tapak tangan tekan sedikit sekali di bahagian kiri kanan anak pokok.


Terdapat beberapa Sistem tanaman yang di amalkan untuk menanam cili merah sama ada sistem terbuka diatas tanah , sistem fertigasi dan beberapa sistem lain. Penanaman di atas tanah meliputi 95% dari keluasan penanaman cili di Malaysia seluas 3,800 hektar setahun. Kawasan penanaman cili lazimnya di usahakan secara komersil oleh petani yang berpengalaman. Cili Kulai (MC10) merupakan varieti yang paling popular berdasarkan kepada potensi hasil, harga yang stabil dan permintaan yang tinggi. Lawatan saya ke Ladang GWG di Rawang mendapati mereka mempunyai lebih dari 15 varieti cili kulai yang boleh di komersilkan. Apa yang menarik perhatian saya adalah Cili Kulai Giant yang buahnya sepanjang 5-7 inci panjang (belum ada di pasaran).


Salah satu sistem fertigasi yang di panggil sebagai MIRACLE SISTEM FERTIGATION (sila rujuk diweb fertigasi.blogspot.com) dimana kaedah ini menggunakan konsep pembajaan dicampur dengan racun organik, bahan media yang di campur dengan sekam wap, sekam kuning, baja kompos, baja asas dan  campuran topsoil. Pembacaan saya mendapati sistem ini iaitu fertigasi miracle sistem mempunyai set pembjaan dan set racun yang tersendiri. Bagi SET KAWALAN iaitu set AF 1- AF 9 (terdapat 9 jenis semburan kawalan) semburan ini dilakukan 5 hari sekali mengikut turutan. bermula dari AF1-AF 2 sampailah AF 9 kemudian diulang kembali. SET PEMBAJAAN kaedah ini iaitu baja ketul ( baja tulin) dan AF-HUMIC(penggalak bakteria) digunakan.


Kos penanaman cili cara fertigasi berbeza dengan kos pengeluaran untuk penanaman cili kulai dia atas tanah biasa. Kajian menunjukkan Anggaran kos tanaman cili dengan fertigasi bagi 1,000 pokok cili adalah seperti berikut :-


1. Bekas Polytank 400 gallon =RM400.00
2. Sistem pam 0.75hp =RM250.00
3. Set main pipe poly 32mmx100m =RM120.00
4. Set poly tubing 13 mmx300m =RM120.00
5. Set dripper(putih)1000 =RM80.00
6. Set nipple 1000 =RM100.00
7. Keperluan media cocopeat 70 bag =RM315.00
8. Media sekam bakar 70 bag =RM175.00
9. Polybag 15 x 15 x 40kg. =RM300.00
10. Tong baja a/b x 2 =RM70.00
11. Tubing 4 mm 9 roll x 80m =RM198.00
12. Silver shine 0.035mm x 250m=RM70.00
13. Fitting lump sum =RM200.00
14. Set timer digital 1 minit cutoff =RM60.00
15. Alat tray semai anak benih 10kpg.=RM30.00
16. Biji benih 10 gm. =RM30.00
17. Set baja a/b 1 set 50kg. =RM240.00
18. Disk filter 1 kaki =RM55.00
JUMLAH DI ATAS SEMUA = RM2,813.00
Kos luar jangka dan operation cost spt. racun, baja ulangan dll. = RM 150.00




Kos Pembajaan baja asas fertigasi untuk penggunaan bagi 1000 pokok baja fertigasi ada 2 jenis yang diperlukan iaitu set A dan set B, dimana dijual
'pakej siap lengkap' untuk set A 24 KG dan satu beg set B 24KG -RM160. Penyediaan campuran set A dan set B bagi menyimpan air baja dalam satu tong 2700 liter (600 gelen). Bancuhan pati baja Set A akan dibancuh dalam satu tong air 100 liter dan bancuhan pati baja Set B akan dibancuh dalam satu lagi tong air 100 liter. Sebanyak 100 liter pati baja Set A - RM49.08 dan 100 liter pati baja Set B- RM65.84. Keseluruhan kos set pembajaan berjumlah RM114.9262. Bagi satu tangki air 2700 liter (600 gelen)- 12 liter A + 12 liter B
Bacaan EC 1.9 dan PH 6.9. Anggaran tempoh kegunaan tangki 600 gelen (2700liter) adalah 5 hari. Dalam 1 bulan pengisian sebanyak 5 ½ kali
100% sabut kelapa, setiap pokok memerlukan 0.5 liter air baja setiap hari, maka bagi 1000 pokok kita memerlukan 500 liter air baja setiap hari maka 
kos baja Set A + baja Set B bagi tanaman 1000 pokok/30 hari atau sebanyak  RM114.9262 / 100 liter X (66.72 liter) iaitu = RM76.68.


Kaedah untuk sukatan pada paket baja warna hijau muda tu kalau untuk semburan harian guna 1 sudu teh dalam 1 liter air maknanya berdasar kan apa yang saya faham setakat ni ada 21ppmN 21ppmP 21ppmK dalam 1000ml air, jadi bila tambah lagi 6000ml air ia tetap 21:21:21 tetapi dalam 7000ml air
RM 160 semusim baja fertigrasi tu untuk 1000 pokok..hasil lebih hebat dari baja. Baja ada dijual dalam bentuk kristal warna hijau di jual di nurseri.
Bahan kimia untuk buat set baja A dan B adalah seperti berikut:-
1)Calcium Nitrate 25KG = RM55
2)Iron Chelate (EDTA) 1KG = RM42
3)Potassium Nitrate 25KG = RM70
4)Mono Potassium Phosphate 25KG = RM155
5)Magnesium Chelate 25KG = RM27.50
6)Manganese Chelate (EDTA) 1KG = RM42
7)Hybor 0.5KG = RM14 << 8)Zink Chelate (EDTA) 1KG = RM42
9)Copper Chelate (EDTA) 1KG = 45
10)Ammonium Molybdate 0.5KG = RM190
11)Boron 25KG = RM50

Beberapa maklumat mengenai jenis dan varieti cili merah adalah seperti berikut untuk makluman mereka yang hendak menanam cili secara fertigasi.
Info benih cili merah. Berikut ialah cili merah kulai dipasaran yang popular iaitu
CA 905 (F1 Cili Kulai 905), CA 907 (F1 Cili Kulai 907), CA 910 (Kulai Tempatan), CA 914 (F1 Cili Kulai Pedas), CA 915 (F1 Cili Kulai Kering), CA 908 (Cabai Kulai Kerinting), 8338 (Kulai King.), MC 11, MC 12, Cili Hibrid 833, Cili S469 (amat pedas, bukan plastik, besar mencecah 20cm, amat besar, maka ia kurang sesuai untuk tanaman secara komersial, kurang digemari pengguna, -1gm purata140-150biji)dan harga  RM 9), Cili 568 (
kurang pedas, bukan plastik, rupa dan saiz sama dengan Kulai).


Cili Kulai tempatan adalah varieti yang amat sesuai untuk tanaman secara komersial kerana cili jenis ini lebih pedas dan mudah dihancurkan tidak liat mudah dibuat sos. Cili Hibrid 568 pula akan memberikan buah pertama dengan sebanyak 40-90 biji (iaitu purata sebanyak 40-45 biji/kg) dimana setiap pokok boleh menghasilkan sebanyak  2-2.5 kg. Lazimnya tinggi pokok jenis ini adalah 4 kaki dan buah kurang pedas. Pokok jenis ini sambil berbuah sambil berpucuk dan berbunga dan pasaran tiada masalah langsung.

Tanaman cili secara fertigasi perlukan kawalan dari musuh2 tanaman cili seperti ulat ratus, kutu daun/afid. kutu trip, hama merah, hama kuning, lelompat daun, pelombong daun, lalat putih, ulat pengorek buah, lalat buah dan juga ulat pangkas. Serangga ini boleh dikawal menggunakan kaedah manual, IPM atau semburan racun serangga mengikut pengesyoran pada label. Elakkan menyembur racun sesuka hati. Perlu diingat bahawa petani perlu ikuti "tempoh dilarang mengutip hasil" yang di cadang kan oleh pengeluar racun adalah di uji di dalam makmal. Lihat faktur sekitar seperti udara, hujan, keadaan cuaca panas serta lembab untuk kawalan serangga perosak.
Antara kaedah atau tips untuk mengawal serangan lalat buah adalah dengan memerhatikan sikap lalat buah ini yang akan menyerang buah cili yang masak dan muda. Akibat serangan ini akan menyebabkan kerosakan boleh mencapai  sehingga 60-80%. Perhatikan iaitu tanda kerosakan buah ialah buah menjadi berair lembik,busuk dan gugur. Jika koyak makan kita akan lihat ulat atau larva dalam buah yang berwarna kuning. Diluar buah cili kadang-kadang ada tanda bintik kena cucuk. Kalau nak lihat rupa lalat buah ni warna kuning dan ada belang hitam dengan sayap yang lut sinar. Kajian menunjukkan serangan boleh di kesan 3 minggu selepas putik keluar. Cara kawalan ialah dengan mengutip semua buah yang kena serang dan masukkan dalam plastik. Kemudian guna sebatian methyl eugenol untuk menarik dan memerangkap lalat jantan. Cara ini akan kurangkan kadar pensenyawaan. Cara buat perangkap ialah dengan mengambil botol air mineral dan potong buat tingkap (W 2 inci dan H 1 inci).
Masukkan dan campur methyl eugenol dengan air kedalam botol tu dan gantung di kawasan pokok cili. Sediakan lubang dan lalat buah akan masuk dalam botol dan hisap cecair lalu mati. Botol yang di warna kuning terang mampu menarik serangga (attract serangga). Serangga yang hinggap perlu sembur dengan NEOPACE (gam) pada permukaan botol kuning tu yang digantung pada kawasan pokok cili. Maka lalat buah akan melekat pada permukaan botol tu sebab NEOPACE tu ada gam.

Kajian menunjukkan harga silver shine untuk rumah kalis hujan sekitar -RM60.00 segulung (250m panjang x 4kaki lebar) dan boleh dapat kat kedai racun/alat alat pertanian. Jika jangka hayat pokok cili mengambil masa dari semai benih hingga mula tuai selama 2.5-3 bulan dan memetik hasil maksimum 6 bulan. Kajian menunjukkan jangka hayat 8 bulan dari mula semai (max. yield) dan Jangka Hayat cili sehingga 12 bulan dimana bulan ke-4 memberikan hasil. Buahnya sederhana besar. Hasilnya mencapai sehingga 10kg sehari bagi 100 pokok (purata). Analisa menunjukkan jangka hayat pokok berbuah untuk 6 bulan atau pun sebanyak 30 kali tuai. Jika anggaran bagi  sebiji cili ialah 7 gram makan jumlah hasil adalah 5 bijiX7gram iaitu 35 gram. Jika harga ladang sekitar RM6.00 sekilogram maka pulangan dari setiap pokok sebanyakt RM 0.21 sen.
Penanaman cili kulai secara fertigasi adalah menguntungkan jika kita mendapat pulangan dan harga yang baik. Kos awal adalah agak tinggi berbanding dengan kaedah penanaman terbuka. Ramai petanid  sekitar Kg Parit Jamil, Pagoh dan Bukit Pasir di Muar yang menanam cili dengan sistem 'Open Fertigation. di sekeliling kawasan rumah. Ini kerana terdapat beberapa syarikat bumiputra tempatan yang aktif mempromosikan kaedah pertanian cara ini. Pemantauan saya keprojek tersebut bersama-sama DO Muar mendapati projek ini adalah berdaya maju dan memberikan pendapatan tambahan kepada golongan belia-belia di kawasan tersebut.



CILI DITANAM ... CARA FERTIGASI...
GOLONGAN BELIA...TIDAK SANGSI...
TANAM CILI...KENA BERANI....
KALAU TAK UNTUNG..PASTI RUGI...


By,
M Anem
Muar
Johor
Malaysia
(Sabtu 7.25 pagi)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.