Sunday, June 19, 2011

AYAM - INDUSTRI TERNAKAN AYAM

Ternakan ayam daging komersil.
INDUSTRI TERNAKAN AYAM DI MALAYIA merupakan satu jenis industri ternakan yang berskala besar di negara kita dan banyak negara lain di dunia. Ayam (Birds) juga merupakan jenis daging yang di makan oleh semua bangsa di dunia dan semua kaum di Malaysia dalam pelbagai bentuk dan paling terkenal adalah Makanan Ayam Goreng Kentucky (Kentucky Fried Chicken) yang di pasarkan keseluruh dunia sebagai satu produk Fast Food. Siapa yang tidak menyukai ayam goreng KFC?... dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang-orang tua pun suka akan ayam goreng KFC.  Dari manakah bekalan ayam yang di goreng di KFC ini di perolehi?... Sebenarnya negara kita adalah sangat kedepan dalam teknologi penternakan ayam daging dimana sehingga mampu membekal keperluan domestik dan juga sebahgian untuk di ekspot ke negara jiran. Penternakan ayam juga menyebabkan kita menjadii 'net importer' bahan makanan ayam iaitu jagung dan kacang soya yang menyebabkan jumlah impot makanan negera amat tinggi. Kebanyakan makanan ayam adalah rumusan daripada jagung dan kacang soya serta bijirin lain yang dihasilkan oleh beberapa kilang makanan ternakan utama eperti Gold Coin, Cargill, Seng Heng Chan dan beberapa lagi. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya akan mengupas status industri ternakan ayam di Malaysia berdasarkan kepada laporan Agro Makanan Kementerian Pertanian Malaysia dan kajian oleh penulis sendiri yang bertugas dalam bidang pertanian lebih 30 tahun.

Ternakan ayam meliputi pelbagai kategori iaitu untuk  AYAM PEDAGING,  AYAM PENELUR, AYAM KAMPONG, AYAM PEMBIAK BAKA, ITEK dan juga termasuk ternakan BURONG PUYOH. Industri Ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia dengan sebanyak 225,789,620 ekor di ternak pada tahun 2010.  Sebagai perbandingan jumlah ternakan ayam ini cuma sebanyak 174.7 juta pada tahun 2005 telah meningkat kepada 179.2 juta ekor (2006), 188.83 juta ekor (2007), 192.69 juta ekor (2008) dan sebanyak 208.33 juta ekor pada tahun 2009. Ternakan itek pula mencatitkan populasi sebanyak 7,927,860 ekor pada tahun 2010.  Kajian saya mendapati tahap jumlah pengeluaran daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,295 ,000 metrik tan yang bernilai sebanyak RM 5.776 billion. Penggunaan daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,103,000 metrik tan setahun. Daging ayam merupakan jenis daging putih yang banyak diambil oleh rakyat Malaysia seharian. Kita adan jumpa daging ayam di restoran semaa sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sehingga makan lewat malam (supper). Ia dimasak menjadi sate ayam, kari ayam, ayam percik, ayam golek, ayam goreng, ayam ungkep, ayam kicap, ayam Uncle John dan banyak resepi lagi ianya dihidangkan.


Pengeluaran tempatan bagi telur ayam dan telur itek pula adalah sebanyak 9,820 juta biji pada tahun 2010 dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 2,400.06 juga atau ringkasnya RM 2 billion. Rakyat Malaysia menggunakan sebanyak 8,515 juta biji telur ayam setahun untuk pelbagai kegunaan termasuk industri.  Pengeluaran telur tempatan telah meningkat daripada hanya 7,384 juta biji pada tahun 2005 kepada 7,751 juta biji (2006), 8,201 juta (2007), 8,715 juta biji (2008) dan sebanyak 9,720 juta biji pada tahun 2009. Peningkatan ini dengan penambahan reban ayam telur dan peningkatan produktiviti telur ayam. Harga telur ayam Gred A dijual pada harga purata RM 10.00 setiap satu rak telur (30 biji satu rak). Penggunaan telur ayam satu rak 30 biji cuma untuk 7-10 hari sahaja dan saya perlukan 3 - 4 rak sebulan untuk membeli telur atau purata 100 biji sebulan untuk satu keluarga 5 orang. Telur juga dimakan setiap pagi semasa sarapan dan dimakan waktu tengahari dan juga makan malam. Hidangan telur goreng di restoren tom yam juga menjadi satu kemestian bersama nasi putih, kailan ikan masin dan juga sambal belacan.


Negeri Johor merupakan peneraju utama ternakan ayam di Malaysia dengan bilangan ayam sebanyak 60.097 juta ekor diternak pada tahun 2010 diikuti dengan Sarawak (312.604 juta ekor), Perak (31.988 juta ekor), Melaka (18.899 juta ekor), Kelantan (17.140 juta ekor), Pulau Pinang (14.218 juta ekor), Negeri Sembilan (13.116 juta ekor) dan Selangor (12.634 juta ekor). Negeri lain memelihara kurang dari 10 juta ekor pada tahun 2010 iaitu Pahang (9.042 juta ekor), Sabah (5.586 juta ekor), Terengganu (4.621 juta ekor), Kedah (2.968 juta ekor) dan Perlis (2.881 juta ekor).  Tidak ada laporan mengenai ternakan ayam di Wilayah Persekutuan. Ayam yang diternak di Johor adalah untuk kegunaan domestik dan sebahagian ekspot ke Singapura. Ladang-ladang Ayam di Johor juga menyumbangkan keujudan banyak lalat dikawasan kampong saya di Gersik yang semenjak adanya ladang ayam telah menjadi ancaman ketika hendak makan. Keadaan bertambah teruk jika mengadakan majlis kenduri kendarat...maka lalat dulu lha yang menjamah makanan!.


Ternakan itek di Tangkak, Johor
Ternakan itek pula mendapati Negeri Perak merupakan pengeluar utama itek di Malaysia dengan populasi sebanyak 5,137,639 ekor pada tahun 2010 diikuti dengan Johor (1.315 juta ekor), Pulau Pinang (450,580 ekor), Kedah (299,836 ekor), Sarawak (264,589 ekor) dan Melaka (182,873 ekor).  Negeri-negeri lain mempunyai populasi itek kurang dari 60,000 ekor pada tahun 2010 di mana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaporkan tiada itek. Populasi ternakan itek di Malaysia telah menurun daripada sebanyak 8,052,997 ekor pada tahun 2005 kepada hanya 7,927,857 ekor pada tahun 2010. Anda boleh baca artikel mengenai ternakan itek dan jenis-jenis itek yang sesuai diternak didalam artikel saya sebelum ini (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan (Sila Klik disini). Kebanyakan pengguna itek adalah kaum tionghua dan orang Melayu amat kurang makan daging itek di Malayia. Perasaan bahawa itek merupakan haiwan ternakan yang kotor bermain dengan tanah dan lumpur mengurangkan permintaan daging itek dikalangan Mayarakat Melayu.

Ayam pedaging di ternak secara komersil oleh Syarikat-syarikat terkemuka seperti Sin Mah, CP, Leong Hup dan beberapa lagi dan juga penternakan ayam secara 'Contract Farming'. Harga pasaran untuk pasaran kontrak ditetapkan mengikut perjanjian yang di tandatangani. Semasa lawatan saya ke Syarikat Al-Jabree di Bt 14 Air Hitam Johor yang mengikat kontrak dengan KFC Holding Berhad mengeluarkan ayam pedaging mengikut jadual pengeluaran matrik. Sistem ternakan syarikat ini merupakan teknik ayam pedaging secara tertutup atau orang kampong 'Ayam Aircond' dimana reban di buat untuk 2 lapisan ternakan iaitu aras 1 dan aras bawah yang ada sistem pengudaraan tersendiri untuk menyejukkan udara dalam kandang. Cara ini mengurangkan risiko bau dan pencemaran lalat (memang tiada lalat di kawasan ternakan) tetapi kos pengeluaran untuk bil letrik dan air agak tinggi berbanding dengan kaedah konvensional. Kini teknologi ternakan ayam telah dimodenkan dengan Kaedah Ternakan Tertutup untuk mengurangkan gangguan bau dan lalat yang menjadi isu utsma kebanyakan reban ayam daging di Malaysia. Kehadiran dan pembiakan lalat 'menghabtui' penduduk kampong menyebabkan sistem penternakan ayam perlu lebih moden dan lestari.


Ayam Kampong ada dua kategori iaitu Ternakan ayam kampong Tradisional dan juga secara komersil. Ternakan ayam kampong tradisional dijalankan oleh ramai penduduk kampong yang memelihara ayam secara tradisi untuk kegunaan sendiri dagingnya dan telurnya. Ternakan ayam kampong komersil menggunakan ayam kacukan (berwarna hitam, coklat atau coklat kehitaman) yang dihasilkan melalui biakbaka dan diternak secara lepas dibawah kebun getah atau kelapa sawit. Makanan ternakan ayam kampong menggunakan campuran makanan ayam komersil dan jagung serta lain-lain. Lawtan saya ke Kg Baru Labis melawat 3 ladang ternakan ayam kampong mendapati perlu ada 'niche market' untuk pasaran ayam kampong dengan harga RM 10.00 - RM 15.00 sekilogram hidup untuk terus kekal dan berdaya maju. Industri ternakan ayam di Malaysia mencapai tahap matang dengan pembekalan melebihi permintaan. Industri ini juga melibatkan nilai pelaburan dan perniagaan berbillion ringgit setahun dan terus berkembang setiap tahun. Wasallam!

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Ayam Al-Jubree,
Bt 16, Air Hitam, Batu Pahat,
Johor, Malaysia
(Kemaskini pada 29 Disember 2014)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.