Wednesday, June 29, 2011

Nama lain : BETIK


Betik (Carica papaya L) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Caricaceae. Tumbuhan betik mempunyai 18 spesis dimana hanya 5 spesis yang boleh di komersilkan untuk dimakan iaitu Carica papaya, Carica chilensis, Carica goudotiana, Carica monoica dan Carica pubescens. Lain-lain spesis adalah dalam bentuk betik liar atau pun untuk ornamental sahaja. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan di sebarkan keseluroh dunia semanjak beratus-ratus tahun dahulu.  Pengeluar betik utama dunia adalah Brazil (6 juta mt setahun) diikuti dengan India (2.5 juta mt setahun ) dan Nigeria (0.985 juta mt setahun).  Malaysia menanam seluas 3,148 hektar pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 49,760 metrik tan. Kawasan utama tanaman betik di Malaysia adalah di Rompin, Pahang (688 ha), di Daerah Padang Terap, Kedah (295 ha) dan di Daerah Muar, Johor (182 ha).

Berikut adalah nama-nama lain bagi tanaman betik mengikut nama tempatan:


NAMA BOTANI BETIK : Carica papaya L.

SYNONYM(S) :
Carica hermaphrodita Blanco,
Carica Mamaja Vellero ,
Carica vulgaris DC.,
Papaya carica Gaertner,
Papaya papaya Karsten,
Papaya sativa Tussac,
Papaya vulgaris A. DC.


ARABIC : بابايا

BENGALI : পেঁপে.

BURMESE : Thimbaw.

CHINESE : 番木瓜 Fan mu gua.

CZECH : Papája.

DANISH : Melontræ, Papaya.

DUTCH : Meloenboom, Papaja, Papajaboom.

ENGLISH : Pawpaw, Papaya.

ESTONIAN : Harilik papaia, Papaia .

FRENCH : Papaye (fruit), Papayer (tree).

GERMAN : Melonenbaum, Papaya, Papayabaum.

GREEK : Παπάγια.

HEBREW : פפאיה .

HINDI : पपीता Papiitaa.

JAPANESE : パパイア Papaia, ぱぱいあ Papaia, パパイヤ Papaiya, ぱぱいや Papaiya, パパヤ Papaya, ポポー Popoo.

KHMER : Ihong, Doeum lahong.

LAOTIAN : Houng.

KOREAN : 파파야 Pa pa ya.

MALAY : Betek, Betik, Gedang (Indonesia), Kates (Indonesian), Ketalah, Papaya (Indonesia).

MALAYALAM : പപ്പായ

POLISH : Melonowiec właściwy, Papaja.

PORTUGUESE : Ababaia, Mamão (Brazil), Papaia, Fruto do Mamoeiro, Papaeira.

RUSSIAN : Папая Papaia.

SPANISH : Lechosa, Lechoso (Colombia, Venezuela), Lechoza (Venezuela), Mamón (Argentina), Melón de Árbol, Melón Zapote (Mexico), Papaya, Papayero, Papayo.

TAGALOG : Kapaya, Lapaya, Papaya.

TAMIL : பப்பாளி Pappali.

TELUGU : బొప్పాయి.

THAI : Loko, มะละกอ Malako, Malakor, Ma kuai thet, Sa kui se.


URDU : Papiitaa.

VIETNAMESE : Đu đủ.

Antara kultivar betik yang popular di tanam di Malaysia adalah Betik Eksotika 1, Eksotik 2, Piola, Betik Sekaki, Betik Subang dan Betik Solo. Kebanyakan tanaman betik di Malaysia adalah untuk pasaran domestik dan ekspot. Industri tanaman betik di Malaysia pernah menghadapi masaalah penyakit Papaya Ringspot Virus (PRSV) dan 'Papaya Dieback' dan dikawal dengan serious. Permintaan betik terus meninfkat setiap tahun dan wajar agar tanaman ini diberikan perhatian sewajarnya dari semua pihak untuk memajukan tanaman betik.

Pemeriksaan betik di tangkak, Johor
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.