Tuesday, March 15, 2011

Penduduk Dunia


Terdapat seramai 6.5 billion penduduk dunia yang memerlukan makanan, tempat tinggal dan ruang untuk hidup selesa pada masa kini. Jangkaan jumlah penduduk dunia seramai 9 billion pada tahun 2050 (Lihat geraf dibawah). Adakah anda tahu berapa ramai bayi lahir setiap saat dan sebagai perbandingannya berapa ramai pula yang mati setiap saat?.... Keadaan permodenan kehidupan pada masa kini telah menyebabkan kesihatan manuisa lebih terjamin dan umur manusia semakin meningkat jankahayatnya berbanding dengan dulu kala. Keperluan bahan makanan, tenaga, ruang tempat tinggal dan peluang pekerjaan menyebabkan penduduk dunia kini lebih bersaing dalam mendapatkan bahan mentah. Kecanggihan sistem teknologi maklumat, sistem pengangkutan dan infrastruktur asas yang canggih menyebabkan manusia bergerak pantas masa kini. Artikel ini saya cuba mengupas mengenai beberapa isu tentang penduduk dunia berdasarkan pandangan peribadi dengan membuat sedikit rujukan kepada beberapa buku serta laman sesawang.


Mungkin kita semua telah tahu bahawa Negara China merupakan sebuah negara yang paling ramai penduduk didunia iaitu mencapai 1,321.9 billion pada 2009 diikuti dengan Negara India seramai 1,129.9 billion dan ketiga teramai didunia adalah negara Amerika Syarikat atau USA iaitu seramai 301.1 juta dan keempat adalah Negara Indonesia dengan penduduk seramai 234.7 juta orang. Tempat ke lima penduduk paling ramai didunia adalah Pakistan (164.7 juta) diikuti Bangladesh (147.4 juta) , Jepun (127.5 juta). Negara yang kurang dari 100 juta tetapi masih ramai penduduk adalah seperti Filipina (91.1 juta), Vietnam ( 85.3 juta), German (82.4 juta) , Iran (65.4 juta), United Kingdom (61.1 juta), Thailand (65.1 juta), Peranchis (62.8 juta) dan Italy (68.1 juta). Negara-negara lain mempunyai penduduk kurang dari 50 juta. Malaysia mempunyai seramai 27.7 juta penduduk termasuk lebih atau hampir 1.5 juta pekerja asing.

Kalau seorang penduduk di China makan sebanyak 50 kg beras seorang setahun, bolehkah kita kira berapa banyak beras yang diperlukan untuk dimakan oleh semua penduduknya?...Saya congak-congak dalam 65,700 billion kilogram atau 65.7 billion metrik tan. Kalau satu hektar sawah dapat menghasilkan 8 metrik tan setahun (2 musim penanaman atau 4 metrik tan semusim) maka keperluan penanaman padi adalah sebanyak 8.21 billion hektar atau 4.1 billion hektar keluasan fizikal untuk keperluan penduduk di negara China sahaja. Tetapi kita tahu bahawa tidak semua rakyat China makan nasi kerana ada yang makan kentang, buah-buahan, sayur-sayuran serta pelbagai jenis makanan. Itulah sebabnya orang cina suka makan bubur dan macam-macam sup.... kalau semua makan nasi banyak keperluan beras yang diperlukan.

Negara China merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang pertanian seperti juga di Jepun, Taiwan, USA, Korea Selatan, Belanda, dan beberapa negara lagi. Kebanyakan negara yang maju dalam bidang pertanian mampu menghasilkan bahan makanan mentah untuk kepeluan domestik selain daripada untuk pasaran ekspot. Negara kecil seperti Belanda, Jepun, Taiwan dan beberapa negara di Eropah mampu mengeluarkan bahan makanan dengan teknologi moden dengan yang hasil dan kualiti produknya sangat tinggi. Contohnya penghasilan buah tomato di Natherland dalan struktur pelindung hujan SPH mencapai sehingga sebanyak 80 mt sehektar berbanding dengan pengeluaran tomato di Malaysia di Malaysia sekitar 8-10 mt sehektar sahaja.

Makanan dan bahan mentah dari sektor pertanian untuk keperluan penduduk dunia semakin meningkat kuantitinya setiap tahun dengan pertambahan penduduk. Kawasan tanah pertanian semakin berkurangan akibat proses perbandaran dan juga kemusnahan tanah pertanian akibat bencana alam seperti banjir, ketiadaan air (arid area), muntahan lahar gunung berapi, tsunami dan banyak sebab lagi. Ini akan menyebabkan harga bahan makanan terus meningkat saban tahun dan paling ketara semasa krisis makanan dunia pada tahun 2008 yang menyebabkan purata harga makanan biririn meningkat hampir 2-3 kali ganda. Cara pemakanan penduduk dunia perlu diubahsuai agar keperluan bahan mentah untuk pengeluaran makanan akan terus mencukupi. Teknologi pemprosesan dan penyimpanan makanan masa kini menyebabkan kestabilan bekalan makanan dapat di tingkatkan.


Kejadian kes-kes dimana manusia kebuluran seperti di benua Afrika dan beberapa kawasan di Asia banyak disebabkan oleh faktur peperangan, bencana alam dan juga pergolakan yang berlaku dalam negara tersebut. Apabila sesebuah negara tidak dapat di urus dengan baik dan berlaku peperangan (terutamanya perang saudara) akan menjejaskan semua aktiviti ekonomi. Akibatnya ramai rakyat akan jadi miskin serta kebuluran terutamya dari golongan kanak-kanak yang terhimpit dan terkesan akibat kekurangan makanan. Ramai masih ingat di Habshah, Sudan, Etophia yang menghadapi isu kebuluran (Famine) beberapa kali akibat pengeluaran makanan yang tidak mencukupi.


Penduduk dunia akan terus berkembang dengan kadar tetap setiap. Terdapat beberapa negara yang menghadkan kelahiran penduduknya tidak mempunyai anak atau zuriat yang ramai atau hanya seorang satu keluarga. Bagaimana pun jika jumlah penduduknya melebihi 1 billion seperti di China (Lihat gadis China disebelah) dan India, bilangan bayi lahir setiap hari angaknya beribu-ribu juga jumlahnya. Ini sangat berbeza dengan negara di Eropah yang mempunyai penduduk yang sedikit dan tahap pendidikan terbaik, kemudahan prasarana yang lengkap dan kecukupan makanan.


Penduduk dunia akan terus bertambah setiap tahun. Bersama-samalah kita menjadikan kehidupan manusia pada masa akan datang lebih selesa, mewah, mudah mendapatkan makanan, tahap kesihatan yang baik serta yang paling penting "BAHAGIA". Malaysia perlu merancang pembangunan negara selari dengan pertambahan penduduk pada masa akan datang.

Sekian.

PENDUDUK DUNIA...SEMAKIN BERTAMBAH.....
LEBIH 6 BILLION....TERUS BERCAMBAH.....
TANAH PERTANIAN...TERANG2 DI UBAH....
KAWASAN KEBUN...JADI BANDAR DAH.....

Related articles :
1. Penduduk vs Hasil Pertanian (Klik disini)
2. Sifir Pertanian (Klik disini)
3. Talks about vegetable fact (Click here)
4. Plant Nutrition (Click here)
5. Business Plan TKPM (Click here)

By,
M Anem
Lawat Kg Gubah,
Jasin, Melaka,
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.