Saturday, March 12, 2011

KEMAN AIR


KEMAN AIR (Neptunia oleracea) adalah sejenis tumbuhan natif dikawasan tropika yang tumbuh diatas permukaan air dari keluarga LEGUMINACEAE yang digunakan sebagai sayuran. Tumbuhan ini banyak di usahakan oleh petani di Malaysia sebagai tanaman untuk kegunaan ulaman dan dijadikan sangat popular juga di Thailand. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah Setangki (Malaysia),  Water Mimosa (English), Neptunie potagere (Peranchis), Kemon (Indonesia), Keman Air ; Keman Gajah ; Tangki (Malaysia), kanchahnaet (Kemboja), Phakchit ; Phakkrachet (Thailand) dan Phakseed (Laos). Saya dapati tidak ada data statistik rasmi menganai keluasan tanaman keman air di usahakan di Malaysia tetapi saya aanggarkan lingkungan 45-65 hektar CHE sahaja. Artikel petang Sabtu kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  mengenai maklumat Tumbuhan Setangki yang dianggap sebagai tanaman Ulam berdasarkan buku bacaan, pengalaman ketika bertugas di Melaka dan kajian persendirian selama bertugas dalam sektor pertanian selama lebih 32 tahun.

Tumbuhan Keman Air adalah jenis herba yang boleh hidup sebagai parennial atau annual dan jenis tumbuhan akuatik (aquatic plants) terapong diatas air. Semasa bertugas di Melaka dulu, orang kampong tempatan lebih kenal dengan nama "TENGKI" bagi tumbuhan ini yang di tanam di kawasan kolam dekat dengan sawah padi. Tumbuhan ini mempunyai akar seperti pelampong dan juga akar rambut yang tebal dan agak keras berkayu. Batang keman air ini akan membentuk 'pelampong' yang kembong mengandungi udara dengan panjang antara 1.2 - 1.5 meter antara ruas untuk mengapong diatas air. Daunnya berbentuk bipinate dengan susunan bersilang (2-4 pasang) dengan panjang daun 3-7 cm berwarna hijau gelap kemerahan. Daunya seperti bentuk daun semalu iaitu mempunyai banyak daun kecil dalam satu tangkai panjang berwarna hijau. 

Bunga Keman Air berbentuk komposit yang mengandungi 40-50 jambak bunga sekuntum bewarna kekuningan dengan petal berukuran 3- 4.5 mm panjang. Bunga yang bisexual ini dengan 'kelopak campanulate' berukuran 2-3 mm akan membentuk buah yang berukuran 2-3 cm x 1 cm berbentuk oblong. Setiap biji buah keman air mengandungi 4-8 biji benih yang berukuran lingkungan 4-5 mm x 3-4 mm setiap biji. Biji benih keman air lazimnya berwarna coklat. Kajian juga mendapati setiap 100 gram keman air mengandungi 90 gram air, Protin (6.4 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (0.8 g), Serat (1.8 g), Ash (1.2 g), Ca (387 mg), Posforus (7 mg), Fe (5.3 mg), Vitamin A (5,155 IU) , Vitamin B1 (0.12 mg), Vitamin C (1.8 mg), Niacin (3.2 mg) dan sebanyak 134 kiloJoule tenaga. Bahagian daunnya digunakan untuk mengubati penyakit Necrosis semantara akarnya juga boleh digunakan untuk mengubati hidung berdarah. Jus akar juga telah digunakan secara tradisional di Malaysia dan Thailand untuk mengubati Penyakit Syphilis Kronik.

Kawasan yang sesuai untuk menanam Keman air mestilah dari kawasan kolam, paya atau parit yang mempunyai air yang bersih dan tidak dicemari logam berat atau sisabaki racun. Jika paras air mengurang atau kering tanaman keman air akan lemah dan akan mati jika kering terlalu lama. Tumbuhan ini perlukan air yang sentiasa mengalir dengan kedalaman antara 30 -80 cm. Kawasan yang dipilih mestilah mendapat cahaya matahari 100% dan tidak sesuai jika terlindung. Kawasan dipilih perlu di pastikan bukan dari tanah masam atau ada asid sulfat dan bukan dari kawasan air payau. Penanaman keman air boleh ditanam dengan biji benih tetapi petani sering menggunakan keratan batang untuk menanam. Penyediaan kawasan di mulakan dengan meratakan tanah dengan membajak dan merata sebelum dimasukkan air sedalam 20-30 cm. Keratan keman air sepanjang 50-150 cm di tanam dengan jarak penanaman 1 meter x 2 meter sebanyak 3-5 keratan satu point. Seminggu kemudian paras air di tambah atau di naikkan sedalam 50 cm dan pacakkan beberapa batang tiang kayu untuk mengatur perebakan keman air.

Kawalan rumpai air perlu dijalankan untuk mempastikan hanya keman air yang akan membiak dan merebak. Rumpai air seperti Pistia strattiotis, Eichornia crasipes, Lemma spp. , Ludwigia ascendens perlu dikutip dan dimusnahkan dari kawasan penanaman. Kadar pembajaan disyorkan seperti tanaman padi iaitu baja NPK 150 - 300 kg sehektar. Pemberian baja perlu di tabur secara berperingkat2. Pastikan paras air diturunkan kepada 30 cm sahaja untuk tujuan pembajaan dan naikkan paras kedalaman air semula kepada 50 cm selepas 2 hari menabur baja. Jika menanam dalam canal atau taliair sawah tidak perlu menjalankan pembajaan memadai dengan baja dari sawah padi.

Pemerhatian di Melaka saya dapati tidak ada musuh dan perosak serta penyakit yang serious menyerang tanaman keman air. Terdapat larva atau ulat pengulung daun (Synclita spp) yang merosakan tisu spongy dan batang keman air. Kawalan dengan racun serangga yang mengandungi a.i. pyrethroid sangat berkesan. Musuh lain yang makan tumbuhan ii adalah seperti kura-kura, labi-labi, ikan, itek dan angsa. Kawalan adalah dengan memasang pagar kawat mata punai atau papan di keliling kawasan penanaman jika mampu.

Penuaian Keman Air atau Tengki ini dijalankan 3-4 minggu selepas menanam. Pengutipan hasil dijalankan dengan memotong pucuk muda sepanjang 50 - 100 cm dengan pisau tajam kemudian di bersihkandan diikat atau dikumpulkan didalam bakul. kekerapan mengutip hasil adalah 5-7 hari sekali selama 4-6 bulan lamanya. Pucuk keman air yang telah di basuh diikat dalam 200 - 250 keratan satu ikat/bundle sebelum dihantar kepasar atau pemborong untuk dijual. Kajian mendapati anggaran pengeluaran hasil keman air sebanyak 30,000 - 50,000 pucok satu hektar setahun.Teknologi penanaman keman air adalah mudah dan sangat berkait dengan kualiti air. Penyelidikan mengenati teknologi tanaman ini di Malaysia perlu di tumpukan kepada sepsis yang sesuai di tanam, berhasil tinggi dan mendapat permintaan yang baik dari pengguna. Kajian mengenai penggunaan keman air perlu di teruskan agar pada masa akan datang tumbuhan ini dijadikan sebagai komoditi penting dalam sektor pertanian negara. Wasallam....

DALAM KOLAM....KEMAN AIR SEDIA...
MUDAH DITANAM...SENANG BELA...
DI PROMOSI.... PERMINTAAN ADA...
TANAM SENDIRI ...AMAT MUDAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Wetland, 
Putrajaya
Malaysia
(Kemskini pada 9 March 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.