Friday, February 4, 2011

MANGGA DALAM POT


Teknologi menanam pokok mangga dalam pot atau bekas khas adalah satu teknologi mudah yang boleh di praktikan oleh rakyat Malaysia. Program ini telah dijalankan di Indonesia sebagai satu lagi aktiviti yang menggalakkan “Penanaman Satu Juta Pohon” iaitu seperti kenyataan spanduk yang terpasang di tepi jalan semasa lawatan saya kesana. Kalau kita hendak mencuba maka tidak payah menanam pohon yang memang anda tidak dapat menjaganya . Cari dan tanam saja pokok yang mudah dan senang serta juga boleh berhasil dan menghasilkan buah segar di kemudian hari. Jadi kita dapat keuntungan berganda iaitu kesan penghijauan dan dapat makan buah segar. Artikel kali ini saya cuba menonjolkan idea teknologi menanam mangga dalam pot atau bekas berdasarkan maklumat pembacaan dan lawatan saya ke Indonesia beberapa tahun dulu untuk di kongsi bersama.

Salah satu yang perlu kita boleh usahakan adalah berkebun dengan menanam mangga di dalam pot. Namun, menanam buah di dalam pot belum tentu dapat mengharapkan hasilnya. Maka dari itu kita perlu diketahui teknik tanamnya seperti dari mula memilih benih mangga sehingga kerja-kerja penjagaan dan merawatnya.

Bagi mereka yang tidak memiliki kawasan kebun yang tidak begitu luas maka cara bercucuk tanam atau mereka yang tinggal dikawasan taman perumahan kaedah menanam dengan memakai pot adalah cara yang sangat praktikal. Apalagi kini tanaman buah dalam pot semakin banyak digemari kerana cara ini boleh menjadi alternatif penanaman dikawasan halaman rumah yang sempit. Apa yang boleh membuat dan mempesonakan juga adalah bila kita melihat buahnya yang bergantungan dimana ini akan membuat tetamu kita yang berkunjung pada ‘terliur’ kerana ingin memetiknya. Akhirnya mereka akan bertanya iaitu "Benih mangga ini di mana...? Aku mau juga lah...bagaimana kalau yang pot satunya saya beli dari awak?...Saya sanggup bayar berapa harga yang ditawarkan, tau..!?" . Itu tandanya ciri-ciri bahwa anda sebentar lagi akan jadi pengusaha tanaman.

1. Pemilihan Benih Tanaman
Kaedah memilih anak benih tanaman mangga perlu di tentukan awal lagi dengan memilih varietinya. Cari varieti mangga yang mudah berbuah seperti Mangga Chok Anan, Nam Dok Mai atau Mangga Epal. Mangga yang sederhana sesuai seperti varieti Alfonso dan Harumanis. Jangan tanam biji benih dari bijinya yang dibeli dari pasar kerana kita tidak pasti varieti dan kualiti biji tersebut. Menanam mangga menggunakan benih yang di tut dari pokok yang telah dikenalpasti kualitinya dan buahnya. Kaedah ini akan lebih cepat berbuah dibanding yang berasal dari biji. Beli anakbenih mangga dari pembekal nurseri swasta yang telah di sahkan oleh Jabatan Pertanian.

2. Persiapan Pot
Penyediaan pot atau bekas menggunakan saiz yang agak besar seperti tong drum, bekas plastik atau bekas konkrit yang disikan media tanah campuran dan baja organik. Kalau untuk pokok mangga maka jelaslah ukuran pot harus disesuaikan dengan tinggi pokok. Misalnya jika tinggi pokok mangga mencapai 1.5 meter maka pilih pot yang sesuai seperti tong drum terpakai yang berdiameter 60 cm yang dipotong setengah bahagian. Pastikan bahagian bawah mesti pot dibuat lubang untuk membuang kelebihan air. Jika tidak air tidak akan keluar dan menyebabkan pokok akan mati. Pot hendaklah diletakkan dikawasan yang cukup mendapat cahaya matahari dan elakkan dari terlindung kerana ini akan mempengaruhi sistem pengeluaran dahan, cabang dan pucuk.


3. Media Tanam
Media tanam yang digunakan adalah disesuaikkan dengan pot iaitu campuran tanah, humus, kompos serta tinjar ternakan atau serbuk gergaji. Perbandingan campuran keempat bahan itu biasanya 1:1:1:1. Tanaman mangga sesuai pada media yang gembur, berbutir-butir dan banyak mengandung unsur zat makanan dan poros. Pada masa ini penggunaan tanah atau cocopeat mudah di gunakan dan dibeli dari kedai pertanian. Isikan media tanam pada paras 3/4 daripada pot tersebut.


4. Penanaman
Cara menanam mangga dalam pot dimulakan dengan mengIsi terlebih dahulu bahagian bawah pot dengan serbuk kayu gergaji. Hal ini akan memudahkan proses air berlebihan untuk mudah keluar. Masukkan anak benih mangga kemudian isikan dengan media tanaman seperti tanah campuran atau cocopeat. Ketinggian media tanam kira-kira ¾ dari tinggi pot. Siram media perlahan-lahan agar padat secara perlahan-lahan agar tanaman cepat segar kembali.


5. Penyiraman
Pada awal penanaman mangga dalam pot kerja penyiraman dibuat secara teratur 3 kali sehari iaitu setiap hari, pagi dan petang. Jika media dalam pot cepat kering terutama masa musim kemarau maka kerja penyiraman boleh dilakukan 2 kali sehari. Jumlah air siraman atau volume penyiraman jangan berlebihan sebab membuat media tanam keluar dari pot. Pastikan dan periksa tempat air keluar untuk pastikan media tanaman tidak berkurang kerna keluar ikut lubang.


6. Program Pembajaan

Tanaman sangat memerlukan unsur nutrien baja untuk mempastikan kesuburannya terjamin. Itu sebabnya perlu pokok mangga perlukan pembajaan kerana ruang akar sangat terhad untuk mencari sumber makan dalam tanah. Jenis baja yang diberikan adalah baja jenis sebatian atau baja kimia NPK 15:15:15 atau baja buah NPK 12:12:17:2 serta baja organik. baja lain seperti urea dan baja foliar (baja semburan daun) boleh diberika jika ada kemampuan untuk menjamin kesuburan pokok mangga. . Baja tersebut diberikan dengan cara ditaburkan dan kemudian disiram. Untuk baja organik seperti tahi ayam segar atau tahi ayam proses ianya harus dipastikan tidak mengeluarkan bau busuk jika lokasi berhampiran dengan rumah atau taman perumahan kerana akan mengganggu jiran sebelah. Pengunaan baja kompos terproses tanpa bau adalah pilihan terbaik yang ada di jual dipasaran.

7. Kawalan Perosak dan Penyakit
Tanaman mangga sering terserang serangga seperta hama (Thrips spp) iaitu serangga seperti kutu dan juga lalat buah dan binatang ternakan. Bila terdapat serangan hamana maka jalankan semburan dengan racun kimia secara berhemah. Kalau boleh balut buah mangga pada peringkat awal untuk mengelakkan serangan ulat pengorek batang dan lain-lain serangga perosak. Kalau kita menanam tidak banyak dan berdekatan dengan rumah pemeriksaan setiap pokok dalam pot dapat dijalankan dengan kerap.


8. Mengutip Hasil

Buah mangga dalam pot dalat mengeluarkan hasil tidak bermusim seperti mangga didalam kawasan kebun kerana kita boleh menyediakan 'stress; kepada pokok mangga dalam pot dengan tidak menyiram pada suhu panas untuk beberapa lama. Stress ini akan menyebabkan pokok mangga mengeluarkan bunga terutama mangga chok anan. Kalau pokok bersaiz kecil lagi buat penakaian dengan meninggalkan beberapa biji sahaja satu pokok bagi mendapatkan buah bersaiz besar, manis dan berkualiti.


Semuga artikel ini akan menimbulkan minat kepada para pembaca dalam mencuba menanam pokok mangga dalam pot. Teknologi menanam mangga dalam pot merupkan satu teknologi tanaman mangga yangg popular di Pulau Jawa Indonesia dimana kawasan kebun adalah kecil dan mudah menguruskannya. Kita boleh cuba menanam konsep ini di kawasan taman perumahan yang ada ruang sebagai salah satu aktiviti dalam program menghijaukan bumi kita.


Salam 1 Malaysia.


By
M Anem
Melaka
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.