Sunday, January 2, 2011

KLON SALAK

Salak (Salacca glabrecens syn Salacca endulis) merupakan sejenis buah-buahan yang kurang popular masa dulu dan di tanam secara kecil-kecilan. Pada masa ini terdapat seluas 1,190 hektar direkodkan tahun 2010 dengan potensi hasil sebanyak 4,530 metrik tan (Dari 798 hektar yang berhasil) yang bernilai RM 15.824 juta. Rekod Jabatan Pertanian menunjukkan kadar hasil salak di Malaysia sekitar 5,900 kg sehektar. Salak banyak di tanam di Daerah Kuala Krai Kelantan (329 ha), Daerah Dungun Terengganu (256 ha) dan Daerah Tumpat Kelantan (233 ha). Artikel kali ini saya menulis beberapa klon salak yang telah didaftarkan masa ini dengan MOA.


Tanaman Salak mempunyai beberapa klon tetapi yang popular ialah Klon SJ15, Klon SJ 17, Klon SJ 34, Klon SJ 36, Klon SJ 39, Klon SJ 40 dan yang terkini petani mencuba Salak Pondoh (Indonesia). Di pasaran terdapat salak impot dari seberang yang agak popular iaitu Salak Medan. Buah salak kebanyak untuk pasaran segar tetapi ada yang dijerukan dan dijual dalam bekas khas. Berikut ialah daftar buah salak dengan Jabatan Pertanian Malaysia :-

1. Salak : Klon Z2
Salak ini didaftarkan pada 15.1.1988 oleh Jabatan Pertanian PPK Ulu Paka Terengganu. Nama tempatan klon ini ialah 'Salak Nangka' dimana kulit buah berwarna merah keputihan. Isinya tebal, manis, kelat , sedikit berair yang mempunyai aroma agak wangi seperti bau nangka. Saya berpeluang makan klon ini ketika lawat PPK Terengganu 12 tahun dulu.


2. Salak : Klon Z3
Klon ini juga dipanggil 'Salak Kesumba' yang didaftarkan pada 15.1.1988 pegawai Jabatan Pertanian Ulu Paka , Terengganu. Buahnya berwarna kuning coklat dan pangkal buah agak memanjang serta apex yang bulat rata. Isinya putih kemerahan dengan rasa manis-manis kelat, kering dan agak berbau wangi.


3. Salak : Klon Z4
Salak ini dipanggil juga 'Salak Kelubi' yang didaftarkan oleh pegawai Jabatan Pertanian PPK Ulu Paka Terengganu pada 16.1.1988. Buahnya berbentuk bulat bujur yang mempunyai warna kulit kemerahan. Rasa isinya masam-masam kelat yang berwarna putih kemerahan.


4.Salak : Klon Z4
Klon salak Z4 didaftarkan pada 15.1.88 oleh Jabatan Pertanian Ulu Paka, Terengganu dimana buahnya berbentuk bulat dan gemuk serta warna kulit merah kehitaman. Kulit klon jenis ini keras tetapi isinya manis, keras dan lekang. Orang tempatan panggil klon ini sebagai ' Salak Belulang'.



5. Salak : Klon Z6
Klon ini adalah klon paling popular satu masa dulu iaitu dipanggil 'Salak Raja' yang didaftarkan pada 8.6.1988 oleh pegawai Jabatan Pertanian Terengganu. Asal klon ini ialah PPK Ulu Terengganu. Buahnya mempunyai kulit merah keputihan dan isinya sederhana tebal, rasanya manis walau pun buah dimakan masih muda.


6. Salak : Klon Z7
Klon Salak 7 dipanggil juga 'Salak Bali' dimana ianya didaftarkan pada 8.6.1988 oleh 'unknown owner' yang dipercayai berasal dari Indonesia. Buahnya bersaiz bersa dan bentuk bulat serta kulit berwarna hitam kemerahan. Pangkal buah meruncing dengan apex yang rata. Isinya sangat tebal berwarna kuning keputihan dan kemanisan adalah sederhana. Klon ini banyak dibawa masuk dari Indonesia dan boleh di beli sepanjang tahun di kawasan pasar Chow Kit dengan harga RM 4.00 - RM 6.00 sekilogram bergantung kepada kualiti dan musim.


KLON SALAK.... 7 KLON DAH DIDAFTARKAN....
SALAK PONDOH....BELUM PASTI DIMASUKKAN....
SALAK MEDAN ... SENANG DI MAKAN....
TANAN SALAK.... KENA TANYA RAKAN-RAKAN...


By,
M Anem
Pct 11

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.