Saturday, January 8, 2011

LOKIO


LOKIO (Allium chinense syn Allium bakeri) adalah sejenis tanaman Keluarga LILIACEAE atau bawang yang ditanam di Malaysia terutama di kawasan tanah tinggi yang sejuk seperti di Cameroon Highland, Kundasang dan sebagainya. Tanaman ini juga di kenali sebagai Rakkyo (English), Bawang Bergganda (Indonesia), Lokyo; Lokio (Malaysia), kra-ti-am-chin ; hom-orang ; hom-paenyuay (Thailand) dan Kalleju (Vietnam). Tanaman ini dipercayai berasal dari Kawasan Tengah Negera China dan kini ditanam di kawasan Asia terutama China, Jepun dan kawasan Asia Tenggara. Artikel kali ini saya akan membentangkan teknologi tanaman lokio berdasarkan pembacaan Buku PROSEA :Vegetables in South East Asia tahun 1994 dan membuat lawatan ladang serta menemubual beberapa petani yang lazim menanam lokio. Penanaman lokio di Malaysia dianggarkan sekitar 30 - 50 hektar (Laporan statistik Jabatan Pertanian). Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman lokio untuk dijadikan bahan bacaan.      

Lokio sering digunakan sebagai sayuran segar atau dijeruk sama ada jeruk masam atau jeruk manis. Penggunaan sayur lokio di Malaysia kebanyakannya adalah untuk segar. Pada masa ini pengeluar dan pengguna lokio yang terbesar didunia adalah Negara China dengan Jepun dan sebahagian Asia Tenggara oleh Masyarakat China. Kandungan zat bagi setiap 100 gram nutrisi dalam lokio adalah air (86 g), Karbohiderat (12.6 g), Serat (0.3 g) dan Tenaga (315 kJ). Maklumat rasmi keluasan penanaman lokio di Malaysia bercampur dengan tanaman lain kerana ia di kategorikan sebagai tanaman bawang dan daun bawang. Belum ada varieti lokio yang didaftarkan di Malaysia dibawah 'Plant Variety Listing' sehingga artikel ini ditulis. 

Tanamann lokio seperti bawang lain adalah tumbuhan renek berumpun yang tumbuh dengan daun bulat dan hollow (Kosong ditengahnya) dan berwarna hijau gelap setinggi hingga 60 cm. Bawang berbentuk 'elipsoidal', berwarna putih keunguan, saiz 2-4 cm x 7-15 cm yang berangkai atau berumpun dalam tanah. Akar lokia adalah jenis akar rambut yang cetek dan tumbuh disetiap bawang. Kultivar yang ditanam di China dan Jepun dari jenis 'Bulb Kecil' dan 'Bulb Besar'. Di Indonesia pula dari kultivar lebih kecil sering dipanggil dengan nama Allium shhoeprassumLokio lazimnya akan dibiakkan dengan menggunakan umbisi (bulb) dari pokok matang yang telah disimpan selama 1-2 bulan untuk pecahkan 'dormancy'. Lazimya jarak tanaman yang disyorkan adalah 10-15 cm x 10-15 cm diatas batas tanaman. Tanaman lokio tahan dalah keadaan cuaca kering dan jika diberikan sistem pengairan sempurna akan berhasil lebih baik lagi. Lokia akan musnah jika terendam dalam air atau dalam musim hujan yang air tidak mengalir. Selepas ditanam bawang/bulb baru akan bertambah bersama-sama daun menjadi satu rumpun. Bunga akan keluar setelah beberapa minggu tetapi tiada biji dihasilkan.

Antara masaalah tanaman lokio adalah Penyakit 'CLOROSIS' iaitu masaalah bahagian daun yang akan terbantut dan mempunyai simptom kekuningan. Kajian mendapati kejadian ini berkaitan dengan kekurangan zat zink dalam tanah dan lazimya kawalan dijalankan dengan membuat semburan baja foliar yang banyak unsur zink. Kawalan rumpai dijalankan dengan manual. Pembajaan dijalankan semasa penyediaan tanah dengan baja organik yang digaul diatas batas. Pembajaan NPK jarang dilaporkan dalam penanaman lokio. Penyakit kain yang menyerang lokio adalah hamama jenis Rhizoglyphus yang menyerang bahagian daun dan pangkal terutama musim kering.

Tanaman lokio akan dituai dalam masa 45-60 hari selepas ditanam. Pada masa ini kita boleh lihat daun lokio mulai kering dan dicabut dengan tangan, bersihkan dari kekotoran tanah dan kumpulkan. Di Jepun hasil lokio mencapai sebanyak 15-20 mt tetapi dikawasan tropoka Asia Tenggara tidak sampai separuh dari potensi tersebut. Penanaman di Malaysia untuk tujuan penghasilan daun lokio bersama-sama dengan bulb untuk kegunaan segar. Tanaman ini mungkin sukar untuk dikembangkan di negara kita kerana kebanyakan kultivar yang ada untuk 'temperate region' sahaja. Semuga kita dah faham akan tanaman lokio setelah membaca artikel ini. Salam 1 Malaysia. Wasallam!

BELI LOKIO...DAPAT DI PASAR...
CARA MENANAM...HATI TAK GUSAR...
BACA ARTIKEL....MASIH BERSABAR....
TANAMAN LOKIO.... JANGAN BIAR....

By,
M Anem

Senior Agronomist,
Room 302, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,

Malaysia.
(26 MAc 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.