Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah


Asalamualaikum wbt!

Sempena tahun baru Hijrah 1432 dan Sambutan 1 Muharram 1432 yang masuk jam 7.04 tadi saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam. Saya berdoa dan berharap agar dikurniakan segala kerahmatan, kesihatan, dipanjangkan usia, dilberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki pada tahun baru yang mendatang.

Saya berharap lebih banyak karya2 dan artikel yang berguna untuk ditulis dalam blog saya ini pada masa akan datang. Ilham dan cetusan idea menulis ini memang anugerah Allah swt dimana kalau ilham diberikan memang baru kita dapat menulis.... kadang-kadang kalau tidak datang berhar-hari tidak dapat menulis. Purata artikal lingkungan 20 sebulan akan inysAllah di kekalkan pada tahun baru.

Saya mohon ampun dan maaf kepada semua para pembaca dan followers jika ada kekurangan dalam penulisan yang lepas. Diharap pada masa akan datang idea dan tulisan akan lebih kreatif dan inovatif.
Wassalam.

Nota : Foto saya di atas beca di Masjid Beijing , China Oktober 2002

By,
M Anem
Putrajaya
7.07 malam
1432 Hijrah (Muharam)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.