Sunday, August 8, 2010

SENDAYAN

Sendayan (Rhynchospora corymbosa) merupakan sejenis tumbuhan rumpai dari jenis Rusiga dari keluarga Cyperaceae yang sering tumbuh di kawasan semak yang lembab di Malaysia dan kawasan tropika yang lain. Sendayan merupakan tumbuhan yang dianggap rumpai bermasaalah oleh petani jika tumbuh dikawasan tanaman. Penulis memang kenal secara dekat tumbuhan Sendayan kerana terdapat sendayan di dalam kebun getah kawasan tanah gambut keliling kampong. Saya cuba membuat kajian rujukan dalam buku di perpustakaan UPM Serdang dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat mengenai sendayan tetapi tidak ada maklumat diperolehi. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis dan akan berbincang mengenai tumbuhan sendayan untuk bacaan ringan sahaja.


Apa yang saya perhatikan tumbuhan sendayan mudah tumbuh di kawasan tanah lembab sama ada dibawah sinaran matahari atau dibawah naungan terutama di kawasan lembab berair. Tumbuhan ini sama keluarga dan sifatnya dengan Rumput Menerong (Scirpus grasus) iaitu mempunyai batang lembut berbentuk tiga segi berwarna hijau gelap yang mampu mencapai ketinggian antara 1 -2 meter. Daunnya juga tajam berwarna hijau dan boleh melukakan kulit tangan atau kaki jika tergesel. Sendayan mempunyai akar serabut berwarna coklat kekuningan dan mampu hidup dalam air. Bunga sendayan berbentuk composit berwarna coklat kekuningan yang tumbuh pada hujung tangkai pada kedudukan tertinggi. Bunganya agak keras dan mudah gugur bila matang.


Sendayan membiak melalui akar rhizom yang cepat membiak jika mendapat air dan juga melalui biji benih yang gugur. Sendayan apabila tidak dikawal akan menggunakan ruang dan baja untuk tanaman dengan cepat kerana ia berada dikawasan lembah dan rendah. Dikawasan pokok getah yang ditumbuhi sendayan menyukarkan penoreh untuk melalui barisan antara pokok kerana semak dan mampu menlukakan penoreh jika tidak pakaian pelindung seperti sarung kaki dan kasut serta lengan panjang. Kawasan berpaya sangat disukai untuk sendayan hidup subur. Binatang liar juga bersembunyi didalam sendayan seperti biawak, ular dan burung-burung. Binatang ternakan seperti lembu, kambing dan bebiri juga tidak mahu makan sendayan jika berada dikawasan tersebut. Mungkin daun sendayan mengandungi racun atau bahan kimia yang akan meyakitkan perut ternakan.



Tumbuhan rumpai sendayan boleh dikawal dengan cara manual atau cara kimia. LAzimnya petani tradisional menebas sendayan dengan parang panjang dan dikumpulkan kemudian perdunya dikorek dengan cangkul atau tajak. Kumpulkan dan bila kering musnahkan dengan membakar. Kaedah ini dapat melambatkan pertumbuhan berikutnya. Kawalan kimia disyorkan menggunakan racun jenis sistemik yang bertindak sehingga kebahagian akar umbi. Racun Round-up dan Basta boleh digunakan dengan kadar disyorkan.



Belum ada kajian terperinci dijalankan di Malaysia mengenai kegunaan sendayan dari segi kandungan kimia dan kegunaan lain. Mungkin perlu dibuat kajian dan analisa kimia sama ada sendayan mengandungi potensi perubatan atau untuk makanan kesihatan pada masa akan datang. Sendayan juga boleh dijadikan tanaman tutup bumi dan penahan hakisan dikawasan yang lembab dan berair serta lereng bukit yang baru dipotong. Inilah artikel berkaitan sendayan yang dapat saya huraikan kali ini. Jika ada siapa-sapa nak tambah maklumat silakan KOMEN.

TUMBUHAN HIJAU...RUSIGA SENDAYAN....
DAUN YANG TAJAM...MAMPU MELUKAKAN...
CEPAT MEMBIAK..DIKAWASAN LEMBAP KAN...
PERLU DI KAWAL... DIKAWASAN PENANAMAN...

Related articles:
1. Senduduk (klik disini)
2. Rumput Kerbau (Klik disini)
3. Selaput Tunggul (klik disini)
4. Rumput Israel (Klik disini)
5. Lalang (Klik disini)
6. Semalu (Klik disini)
7. Rumput Kapalterbang (Klik disini)
8. rumpai di Dusun (Klik disini)


By
M Anem
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Sendayan,
Sendayan, 
Negeri Sembilan
Malaysia
(13 Ramadan 1431H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.