Thursday, August 19, 2010

LABU MANIS


LABU MANIS (Cucurbita spp.) merupakan sejenis tanaman menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang sesuai ditanam di Malaysia. Labu manis juga dipanggil sebagai Pumpkin (English), Peppo (Latin) dan Pompon (France). Tanaman ini dikategorikan sebagai tanaman jangkapendek kerana hanya perlukan 3-4 bulan sahaja untuk dituai. Terdapat seluas 670 hektar tanaman labu manis dengan penghasilan sebanyak 5,490 metrik tan pada tahun 2009 yang bernilau sebanyak RM 6,456,000. Kawasan utama tanaman labu manis di Malaysia adalah di Negeri Johor ,Kelantan dan Pahang. Tanaman labu diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal atau sebagai tanaman selingan. Penanaman labu manis yang telah dikategorikan sebagai tanaman ladang anaman semula kelapa sawit  hanya ditanam dikawasan yang tetap dan juga sebagai tanaman kontan apabila dibuat tanaman semula (replanting). Artikel malam ini say menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman labu manis untuk rujukan dan bacaan anda semua. 

Terdapat empat spesies utama labu di dunia iaitu Cucurbita maxima, Cucurbita mixta, Cucurbita moschata dan Cucurbita pepo. Terdapat labu yang sangat besar dipanggil 'Giant Pumpkins' (Lihat Foto di bawah) ditanam di USA dan Canada. Penanaman labu di negara temperate dibuat secara meluas dengan jenis labu kuning. Terdapat 3 jenis labu yang ditanam diseluroh dunia mengikut 3 klasifikasi saiz buah iaitu Labu Kecil (1-2 kg), Labu Sederhana (4-8 kg) dan Labu Besar (8-12 kg). Antara Labu Jenis Kecil seperti Baby Bear, Baby Pam, Small Sugar, Spoktakular, Sugar Treat sementara Jenis Sederhana seperti Autumn gold, Bushkin, Frosty, Funny Fact, Harvest Moon, Spirit , Young beauty dan Jenis Besar seperti Aspen, Big autumn, Big Tom,Ghost rider, Happy jack dan banyak lagi. Penanaman disesuaikan dengan musim panas dan musim sejuk dimana penuaian dijalankan megikut kalendar tanaman.

Tanaman Labu Manis di Malaysia adalah untuk kegunaan domestik dan ekspot. Jenis labu yang ditanam dulu dari jenis labu manis yang berbentuk leper dan besaiz agak besar. Kini hanya "Labu Taiwan' yang banyak ditanam oleh petani yang bentuk agak bulat dan saiz agak kecil sedikit. Kajian penulis di Johor dan Melaka mendapati petani menggunakan benih Taiwan yang didakwa sebagai benih hybrid dengan harga runcit sekitar RM25.00 sekilogram. Sebanyak 800 gram benih diperlukan untuk sehektar tanaman.
Daun labu berbentuk lebar berwarna hijau dan berbulu. Batang labu menjalar diatas tanah dan berwarna hijau. Pucul labu sering digunakan sebagai sayuran. Bunga labu berwarna kuning dan didebungakan oleh serangga seperti lebah, rama-rama dan juga semut. Buah labu berbagai bentuk yang bulat, leper dan mempunyai ketak-ketak. Labu muda putik berwarna hijau dan ada corak dan apabila matang akan berwarna kekuningan atau coklat dan kulit yang agak keras.

Tanah perlu dibajak dan dibuat batas untuk kawasan rendah dan jarak tanaman adalah 1.2 m x 2.4 m memberikan sebanyak 2,600 pokok sehektar. Pasang plastik penutup bumi dan buatkan lubang penanaman serta 2 biji benih selubang. Baja asas seperti tahi ayam sebanyak 2.5 - 3.0 mt tan sehektar digunakan. Pemasangan sistem pengairan adalah baik untuk menjamin bekalan air. Buat penjarangan setelah benih berumur 8-10 hari.Pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 dan baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 800 kg/ha untuk 4 kali aplikasi. Kawalan rumpai dibuat dengan manual atau racun kimia terpilih (Jika perlu).

Anatara masaalah penyakit tanaman Labu adalah Kulapok Downy (Pseudomonas cubensis) yang menyerang daun menyebabkan berbintik2 kekuningan dan dikawal dengan racun Metalaxyl atau carbendazim. Penyakit Kulapok Berdebu ( Erysiphe chicorancerum) menyerang bahagian bawah daun yang akibatkan daun menjadi kuning perang dan berkerekot dikawal dengan semburan racun kimia seperti carbendazim atau tridermorph. Penyekit Lecuh Anak Benih atau Damping-Off disebabkan oleh 3 jenis kulat (Phythoptora spp, Phytium spp atau Rhizoctonia spp) menyebabkan anak benih lecuh serta akan mati dan perlu dikawal dengan menggunakan racun mancozeb atau melataxyl. Penyakit Antraknos adalah biasa pada pokok labu manis dimana penyebabnya Kulat (Collectotricum lindemunthiamun) menyebabkan bintik2 berpusar dikawal dengan racun kulat jenis Maneb, Zineb, Chlorothalonil, carbendazim atau mancozeb.


Pokok labu di Malaysia perlukan masa selama 3 bulan satu pusingan. Labu yang telah matang akan dituai dan digredkan mengikut saiz dan bentuk. Anggaran hasil sebanyak 15,000 kg sehektar dan purata harga ladang adalah RM 0.80 dan RM 0.85 sekilogram. Buah labu agak tahan lama selepas dituai sehingga 2 bulan dengan penyimpanan yang baik. Kegunaan labu manis adalah untuk dibuat sayur masak lemak (Lihat foto sebelah) dan juga untuk dibuat kuih (Kuih Bingka dsb). Selain itu buah laabu di proses untuk dijadikan tepung dan juga kerepek labu.

Kajian penulis baru-baru ini di Jasin, Melaka dan Tangkak, Muar mendapati anggaran pendapatan kasar tanaman labu sebanyak RM 12,750.00 sehektar dengan Kos Pengeluaran sebanyak RM 10,358 sehektar menjadikan pendapatan bersih sebanyak RM 2,391 sehektar. Kiraan kasar menunjukkan kos pengeluaran labu manis sebanyak RM 0.69 sekilogram dengan kadar pulangan pelaburan setiap satu ringgit sebanyak RM 1.23. Walau pun penanaman labu kurang menguntungkan tetapi risiko kerugian juga agak rendah.



Pa Cik Ben dengan labu Giant di USA ..Wow besarnya!



ADA MINAT ...MENANAM LABU...
LABU MANIS....JENIS TAK TAHU...
TANAM LABU...UNTUNG TAK MENENTU...
LABU GIANT...AKU TENGOK MACAM TU...


By
M Anem,

Senior Agronomist,
Air Keroh, Melaka,
MLyai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.