Tuesday, April 27, 2010

Tanaman KANTAN


Kantan (Phaeomeria speciosa) atau jenis lain (Erlingera elator Jack)merupakan sejenis tanaman dari keluarga Zingiberaceae sama seperti tanaman halia, lengkuas dan dari jenis pokok Herba. Bunga kantan merupakan ulam yang pentingdalam masakan Tradisional Melayu semenjak dulu kala. Pokok kantan dipercayai berasal dari Malaysia terutama tumbuh meliar di kawasan tanah lembab. Antara negeri yang mengusahakan tanaman kantan di Malaysia ialah di Johor, Perak, Pahang, Kelantan, Selangor dan Terengganu dengan keluasan kira-kira 120 - 150 hektar pada tahun 2009. Terdapat beberapa usahawan di Batu Pahat yang menanam kantan secara Komersial terutama untk bekalan tempatan dan ekspot ke Singapura. Penulis pernah menemui usahawan tersebut semasa lawatan ke Ladang Kantan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kantan sekadar memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca blog ini.
Bunga Kantan di gunakan dalam masakan seperti asam pedas, kuah laksa asam, ulam nasi kerabu dan ramuan dalam sambal belacan. Beberapa kegunaan lain seperti untuk tujuan perubatan tradisional. Kantan mengandungi pelbagai unsur khasiat seperti Protein, Vitamins dan serat. Pokok kantan mempunyai akar serabut dimana daunnya lurus dan berupih. Bunga kantan berwarna merah jambu yang kemerahan dimana bunga jantan dan betina terdapat pada satu bunga. Setiap jambak mempunyai 240- 345 kuntum bunga tersusun melingkari jambak bunga. Buah kantan bersegi mempunyai 3-5 segi seperti berlian yang mengandungi 150-180 biji benih.
Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan elakkan kawasan yang bertakung air. Di Malaysia belum ada kultivar yang di kenalpasti tetapi kebanyakkannya Kultivar Tempatan. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom atau biji benih. Penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil sedangkan biji benih lama untuk berhasil ( 2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk pertumbuhan.

Jarak penanaman disyorkan ialah 2 m x 1 m dalam lubang penanaman. Letakkan rizom bersusun dan pada peringkat awal tutup dengan sungkupan dari rumput/ daun untuk melindungi tunas baru. Sistem tanaman disesuaikan dengan tanaman selingan atau tanaman tunggal. Bagi kaedah tanaman selingan dengan getah ditanam dalam jarak getah 6m x 3m (555 pokok/ha) dan jarak kantan ( 2m x 1 m sebanyak 333 pokok/ha). Jika selingan di kawasan dusun buah2an sebanyak 3,333 pokok/ha dan jika di tanam secara tunggal sebanyak 4,200 pokok/ ha.
Pangkas daun kantan yang tua untuk elakkan penyakit dan glakkan pengeluaran bunga kantan. Daun yang dipangkas diletak selari dalam barisan tanaman untuk kawal rumpai dan sebagai sungkupan. Pembajaan bermula dengan CIRP (50 gm/pk) dan 125 gm/pk semasa menanam dan 4 bulan pertama dengan tahi ayam (1 kg/ pk). selepas 5 bulan guna NPK 15:15:17:2 (30 gm/ pk) dinaikkan kepada 70 gm, 100 gm pada bulan ke 7 dan ke 9. Pembajaan selepas 15 bulan sebanyak 0.5 kg/pk setahun di buat 2 kali.

Belum ada musuh perosak dan penyakit yang serious untuk tanaman kantan di Malaysia. Terdapat serangan anai-anai dikawasan yang berpotensi dimana kayu reput ada di ladang. Jika keadaan serious dikawal menggunakan racun chlorpyrifos pada kadar 0.1% bahan aktif. Kawalan rumpai dengan cara manual atau kimia (glyphosate 0.6 ka/ha). Gunakan muncung nozel sesuai semasa menyembur racun rumpai. Pokok kantan dewasa tak perlukan racun kimia untuk kawalan rumpai.

Pokok kantan mula berbunga selepas 9 bulan di tanam dan bunga kantan yang matang dipotong sepanjang 30 cm. Pastikan memetik bunga kantan setiap hari (paling ideal) untuk elakkan bunga matang dan elakkan kudup berkembang (Tidak ada kualiti). Potensi hasil bunga kantan sebanyak 14,700 kuntum sebulan/ha (dari 4,200 pokok/ha). Bunga yang dipetik di masukkan dalam bakul dan elakkan dari kena panas matahari. Kajian penulis di Batu Pahat mendapati kemampuan seorang pekerja mahir mampu memetik antara 650-850 kuntum sehari. Bersihkan bunga kantan dari sebarang kekotoran dan asingkan mengikut saiz dan gred. Pastikan bunga kantan di pasarkan segera untuk kekalkan kualiti dan harga.
Kajian mendapati penghasilan kantan untuk 5 tahun sebanyak 742,000 kuntum bunga dan jika purata harga sebanyak RM 0.10/bunga maka pendapatan kasar ladang sebanyak RM 74,200 atau RM 14,840 setahun. Kos pengeluaran sebanyak RM 39,083 (5 tahun) dan pendapatan bersih ladang sebanyak RM 35,117 (5 tahun). Tahun kedua operasi petani akan mendapat pulangan bersih sebanyak RM 4,903/tahun (RM 408/bulan) dan akan manjadi RM 2,926 sebulan pada tahun ke 5 operasi penanaman kantan. Kajian mendapati nilai NPV sebanyak RM 21,234 dimana kadar pulangan dalam (IRR) sebanyak 192.2% dan nisbah BC Ratio sebanyak 1.82. Penanaman kantan adalah mudah dan sesuai di majukan oleh petani yang telah buat kajian pasaran dahului sebelum menanam.

MAKAN SEDAP...ADA KANTAN....
TANAM KANTAN....CARI PASARAN...
BENIH RIZOM.. CARA PEMBIAKAN....
BILA MEMETIK.... HASIL BERKOYAN...
DI BATU PAHAT ...RAMAI USAHAWAN...

By
M Anem

Senior Agronomist
Kg Parit Hylam,
Batu Pahat, Johor
Malaysia.
(Kemaskini pada 7 Julai 2014)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.