Wednesday, March 31, 2010

Pokok Nipah

Pokok Nipah (Nypa fruticans) merupakan tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan bakau dimana ada air pasang surit di Malaysia dan tropika dimana berhaampiran dengan laut. Pokok ini seperti pokok rumbia mempunyai daun yang keras dan merupakan pokok dari Keluarga Arecaceae yang hanya bahagian daun atas tanah dan akaar serta batang tenggelam dalam lumpur atau bawah air bila pasang. Pokok nipah boleh mencapai ketinggian sehingga 9 meter dangan panjang akar serabut sehingga 13 meter dalam tanah berlumpur.

Pokok nipah mempunyai banyak daun seperti kelapa dan berstruktur keras serta lebar antara 4-7 cm dengan bilangan daun mencapai 100 helai setiap dahan. Daun nipah sangat baik digunakan sebagai bahan membuat atap oleh masyarakat tempatan daan tahan sehingga 5-7 tahun. Atap nipah merupakan sejenis atap yang memberikan teduhan yang sejuk pada rumah-rumah tradisional. Dahulu harga sekeping atap cuma RM 1.20 - RM150 (Semasa saya kecil) tetapi kini harga sekeping atap nipah mencecah RM 3.00-RM5.00 bergantung kepada kualiti dan saiz.

Penulis baru-baru ini siasat pokok Nipah di Sg Endau dan Sg Muar. Bunga nipah akan terbit dari ketiak pokok dimana bunga betina dibahagian hujong jambak dan bunga jantan tersusun dalam tangkai pada bahagian bawahnya. Bunga jantan mempunyai saiz sehingga 5 cm panjang. Terdapat aktiviti menyadap bunga nipah untuk mendapatkan hasil nira nipah. Tangkai buah atau bunga nipah yang berumur 3-4 bulan sangat sesuai untuk dapatkan nira nipah dengan penghasilan maksima!.

Musuh tanaman nipah ialah serangan babi, monyet , tupai dan serangan ulat larva Kumbang Artona (menyerang bahangian batang nipah).

Pokok nipah mempunyai pelbagai guna. Daun nipah sangat popular unttuk di buat Atap Nipah yang tahan dan menyejukkan. Lidi daun nipah juga diraut untuk dijadikan bahan Lidi Penyapu yang tahan dan sangat digemari. Kerja-kerja meraut daun nipah untuk dijadikan penyapu sangat mudah. Daun muda nipah juga di proses untuk dijadikan bahan Kulit Rokok Daun yang lembut dan digemari penghisap rokok daun. Pelepah nipah boleh dijadikan bahan bakar atau di mengandungi pulpa yang tinggi untuk dibuat kertas. Terdapat beberapa negara seperti di Filipina gunakan bahan pokok nipah untuk bahan dibuat rumah kediaman sepenohnya.

Ramai rakyat Malaysia tidak menghiraukan keujudan pokok nipah ditepi-tepi sungai dan kajian perlu dibuat bagaimana peranan pokok nipah kerana pokok nipah berperanan sebagai pengimbang EKOSISTEM. Peranan nipah sebagai zon penampan hakisan dan pembiakan hidupan air seperti ikan dan udang perlu di pertahankan.

Buah nipah tumbuh dari pangkal pokok dengan tangkai sepanjang 1-1.5 meter dan mempunyai tangkai yang membentuk buah jenis mesokarp. Buah yang masak berwarna gelap kehitaman dengan purata antara 30-50 biji setiap tangkai. Buah yang berbentuk bulat dan leper ini dilitupi kulit seperti gabus dan buah yang masak akan gugur dan terapung kedalam sunag. Buah tersebut akan membiak dilokasi yang baru apabila cukup matang. Buah nipah boleh di makan dengan mengopek terutama yang belum tua dan rasa yang manis seperti rasa isi kelapa muda. Buah nipah yang tua mempunyai isi agak keras.


BUAH NIPAH...NIRA NIPAH...
ATAP NIPAH...PENYAPU LIDI NIPAH...
ILMU NIPAH... JE NIPAH....
FAHAMILAH... POKOK NIPAH..
By
M Anem
Endau ,Mersing,
Johor

Monday, March 29, 2010

Udang Galah Endau


Udang galah yang saya dapat di Sg Endau....jadilah daripada tak ada lesen...


Memancing udang galah di Sungai Endau,Mersing, Johor merupakan satu aktiviti riadah yang menjanjikan satu keseronokkan kepada peminat-peminat udang galah semulajadi. Penulis baru-baru ini mempunyai peluang untuk pergi memancing udang galah di Sungai Endau bersama rakan-rakan pejabat Negeri Johor diketuai oleh Sanusi. Kami telah mudik Sungai Endau yang bersempadan dengan Negeri Pahang kira-kira 25 minit dari jeti Kg Orang Asli Labong. Saya telah diberitahu oleh Hasan bahawa air laut mulai pasang dan kurang sesuai untuk memancing udang galah. Saya mengemudi bot kecil 5 kuasa kuda dengan Aris dan Rosdin dimana pengemudi bot adalah saya sendiri dibahagian belakang. Apabila tiba dikawasan tebing sungai terus mengikat tali bot kepohon. Kami terus melabohkan 3 pancing udang setelah memasang umpan cacing tanah. Joran dan kekili untuk memancing udang memang berlainan dengan peralatan untuk memancing ikan di sungai atau memancing dilaut. Saya membeli 3 set joran dan kekili memancing udang dari kedai pancing di Pekan Kahang dengan mata kail udang yang khas. Bagaimana pun mata pancing udang yang dibuat sendiri oleh Pak Abu didapati lebih sesuai dan mudah sangkut ketika dimakan udang galah. Artikel malam ini saya kemaskini entry lama dalam "Anim Agro Technology" aktiviti memancing udang galah di Sungai Endau, Mersing, Johor untuk dikongsi bersama.


Menurut jurupandu dan ketua penyelaras memancing kami iaitu Encik Hassan, waktu puncak untuk memancing udang galah sudah berlalu iaitu pada minggu kedua bulan Febuari (Musim Raya Cina). Kami hanya dapat ikut program memancing udang pada bulan April dimana 'Pesta memancing Udang Galah Sungai Endau' ia sudah pun berakhir tetapi tidak bermakna tidak boleh dapat udang galah. Katanya peluang untuk kami dapat kerseronokan memancing udang galah telah berlalu. Bagaimanapun kami terus mencuba menghulur joran udang ke sungai. Setelah hampir 1 jam menghulur joran, akhirnya saya hanya dapat 2 ekor udang galah sahaja manakala rakan satu sampan Rosdin dan Aris tidak dapat udang galah langsung (cuma dapat anak ikan sahaja). Rakan saya Sanusi bagaimana pun memang hebat 'mendremnya' dimana beliau dapat lebih daripada 15 ekor udang galah termasuk 1 ekor yang dikatakan 'Sepit Biru'.  

Setelah air masin dari laut pasang penuh tiada reaksi langsung daripada joran yang dihulurkan kedalam sungai. Memancing udang pada waktu begini memang memerlikan kesabaran dan penoh minat. Dalam aktiviti memancing udang galah pada bulan Januari lalu, saya mampu menaikan hampir 1.2 kilogram udang galah selapas 3 jam memancing udang di lokasi sama termasuk 3 ekor udang galah sepit biru. Akhirnya saya cuma dapat 2 ekor udang galah dan 5 ekor ikan baung ( 1 Okey juga dan 4 ekor anak ikan). Kumpulan Yusof dan Mazlan cuma dapat ikan sahaja iaitu 5 ekor anak baung (sila lihat foto sebelah). Ini merupakan pengalaman paling kurang baik kerana biasanya saya boleh mendapat antara 50 - 70 ekor udang galah pada tahun lepas kerana memang ada musim. Aktiviti memencing kali ini akan dicuba lagi lain kali...InsyAllah... 


Kini setelah menetap di Putrajaya, saya sudah lama tidak dapat untuk menjalankan aktiviti memencing udang galah seperti ketika bertugas di Johor dahulu. Semuanya tinggal kenangan dan yang tinggal adalah kepakaran atau skill untuk memancing udang galah yang melekat di dalam kepala. saya dapati aktiviti memancing udang galah, memburu ayam hutan, memancing di laut sekitar pulau-pulau di Mersing dahulu amat enjoy... ramai rakan-rakan telah pun pun bersara dari buat aktiviti dan bersara sebagai penjawat awam. Wasalam! 


Hasil udang galah Endau musim lepas...Lumayan!
UDANG GALAH...MUSIM TAK SALAH...
DAPAT 2 EKOR ...ALLAMDULLILAH...
TAHUN DEPAN ...DATANG MENCELAH...
SUNGAI ENDAU..... AKAN DI TELAAH..

By
M Anem

Senior Agronomist
Sungai Endau, Endau,
Mersing, Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 15 Ogos 2013)

Saturday, March 27, 2010

Agro activity at Endau

Fresh fish landing at Endau LKIM Jetty, Mersing yesterday...so fresh!

Endau? Where is it?
Endau is a small town in North East Johore about 180 km from Johor Bahru. It was considered as Fishing Town where more than 117 vessel landing at about 15 jetty own by private and one jetty by LKIM. Most of the locals work in agriculture and service sector. I recently attend a meeting and manage to visits agriculture projects conducted by Mersing Agriculture District Office.

The first visit is to LKIM Jetty at 8.30 am and briefed by Mr Shukri as a PNK Manager. He said about 117 boat vessels landed in Sungai Endau (Both Johore side and Pahang side). The fisherman mostly used Pukat Tunda or Pukat harimau and must went outshore more than 12 nautica miles . One sea trip took about 7-8 days and landing period for 1-2 days. The collected fish put in a special boxes with grinded ice before distributed to Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan and as far as as Bukit Kayu Hitam and Singapore. Most of the boat owner was a tycoon (Chinese community) and according to Mr Shukri no one was Bumiputra even though license belong to bumi. This due to high operating cost up to more than 1.2 million do start business including buying big boat, engine, fishing tools and cost of fuel. According to Mr Shukri one trip may collect about RM 15,000- RM20,000 of fish and 50% were cost of fuel or maintenance the rest divided to boat owner (25%) and the boat captain (10%) and the rest divided to 5 members of boatman.

The second visit is to Agrobased Industry project by En Mahmud at Kg Simpang Penyabong, Endau. We served with 'Nasi Dagang" as our breakfast. According to En Zani KPPK Endau, the DOA provide training and provide a grant of "Dough Devider Mchine" to him last year. He produced about 1,200 - 1,500 unit pau daily using about 25 kg of flour. There was 9 variety of pau produced by Pak Mat including Ordinary Kacang Pau, Ayam Pau, Daging Pau, Stawberry Pau and others as posters nest. He sell at 70 sen per unit at Friday Market at Endau and retail. He plan to produce chilled pau next year with the advise of DOA's personnel. The group enjoyed to get 3 pieces of Pak Mat for free...


Coconut Replanting Program
was one of the popular project in coastal peninsular Malaysia with MATAG Coconut Variety.
We went to Kg Teluk Sari and Kg Tanjung Resang to see the 25 hectare of coconut planting program on Bris Soil (Rudua Series). It was previously an old coconut tree and some are bushes. The first seedling planted in September 2008 and there is so many difficulties occurred during initial stage. The most critical is to gather the land owners and convinced them to start the project. Only about 50% land owner was in Mersing District whereby the others stay outside such at Johor Bahru and Kuala Lumpur. Upon planting the most unwanted pests was monkey and wild boar. It damage more than 30% of the area and replanting was not happy ending story. The was 2 month drought in the project site and some trees was attacked by pests.

Next to coconut replanting project was a beautiful Tg Resang Challet and Camping site. The owner plant about 50 MATAG coconut as shade and young coconut used as coconuts drinks for tourist attraction. The beaches is very clean and facing Tioman Island and Sribuat Island. We are lucky to check the MATAG performance in this area whereby as we count there is 15-20 coconut nut in one bunch. The tree was only 2.5 years old and producing tremendous numbers of nuts. The owner thanks to DOA by introducing MATAG Coconut.She purchased about RM 80,00 per seedling 2 years ago from local seedling supplier.

Mushroom oyster project at Kg Triang Kecil by Pak Wahab ended our trip to KPPK Endau. He started the mushroom project 4 years ago without any assistant from anybody. Last year DOA provide him a special allocation under Meningkatkan Pelbagai Pendapatan Program for about RM 10,000 to purchase begging machine, steamed machine and some material for mushroom housing structure. He activity assisted by 2 local workers to fill the media bag about 4,000 - 5,000 daily. He purchase the inculcation media from Seremban at RM 3.50/ packed. Pak Wahab sell the fresh mushroom at Endau and Mersing area and Tg Gemok (Pahang) at RM 10.00/kg. With the premium price he can make a profit margin compare to retail price at Muar and Johor Bahru only RM 6.00-RM7.00.kg. He thanks to all DOA Officer who involved in his success story of producing oyster mushroom.
VISIT ENDAU AGRO....REMEMBER THE PREVIOUS AO'S...
I WAS SERVING THERE FOR 5 YEARS....
THERE IS POTENTIAL AGRO AT MERSING...
THANKS TO OUR CORLICK THERE!...
By,
M Anem
DOA Muar

Wednesday, March 24, 2010

Potential Yield- Industrial Crop



 Rubber plantation in Muar District, Johor by smallholders.

Do you know Potential Yield for Industrial Crop?
Potential yield are the terminology used as an indicator how much yield produced from one hectare or crop in different age.

Rubber (Hevea brazilliensis muell) is a major commodity since independence. More than 450,000 hectare of rubber plantation in Malaysia mostly clone rubber. Planting distance for rubber recommended were 5m x 5m with about 440 tree /ha. According to RISDA the potential yield of clonal rubber tree was 0.9 mt/ha at the age 8-9 years and 1.5 mt/ha for 14-15 years old. The latex production increase to 1.2 mt/ha at the age of 24-25 years old. 

Oil Palm (Elaeis guinensis) is the largest industrial crop grown in Malaysia by Estate Sector, Government Linked Company and Smallholders. Recommended planting distance was 9m x 9m giving about 136 tree/ha. Most operators sell their fruit bunches to selected nearby palm oil factory to ensure high oil quality. In Malaysia recorded the potential yield of oil palm was 7 mt/ha (3-4 years old) increase to 18 mt/ha (6-7 years old), 24 mt/ha (10-11 years old) and about 23 mt/ha (14-15 years old tree). After 20 years normally the farmers start to replant new crop.

Coconut (Cocos nucifera) is a traditional industrial crop since long time before. Most coconut area located at coastal area in Peninsular Malaysia (Perak, Selangor and Johore coastal area) , Sarawak and Sabah. Planting distance for new coconut (MATAG Variety) is 8.2m x 8.2 m giving at 156 trees/ha. Potential yield for MATAG was 4.55 mt/ha (5-6 years old), 16.6 mt/ha (9-11 years old) and 22 mt/ha (more 18 years old). 
Fragrant Coconut produced about 23.5 mt/ha (6-7 years old) and 37.5 mt/ha (above 8 years). Kelapa Pandan planting distance was 6m x 6m giving 277 trees /ha.
Malaysian Tall Coconut (Traditional Local Coconut) grown by smallholders at 12m x 6m planting distance for about 138 trees/ha. Potential yield also low about 7 mt/ha (6-7 years old) up to 8 mt/ha (10-11 years) and only 9 mt/ha (above 12 years).



Cocoa (Theobroma cacao) ia a popular drink crop late 8o's in Malaysia. It was grown by estate sector and smallholders but not many in recent years. Planting distance for cocoa was 3m x 3m giving about 790 trees/ha. Potential yield for cocoa 1.1 mt/ha (3-4 years), 2.6 mt/ha (5-7 years), 3.75 mt/ha (8-9 years) and 4.3 mt/ha (more 10 years old).

Coffee (Coffea robusta) grown at a distance 3m x 3m giving 1,110 trees/ha. Latest variety of coffee in Malaysia was MKL Variety. Coffee are grown by smallholders under coconut or orchards. The Liberica coffee planted in Malaysia since colonial but the Arabica Variety planted at the Notherern Region due to climate suitability. Potential yield of coffee in Malaysia recorded at 3.7 mt/ha (3-4 years old), 12 mt/ha (6-7 years), 15 mt/ha (8-9 years) and 13 mt/ha (more 18 years).

Pepper (Piper nigrum) was mostly grown in fertile area Sarawak by smallholders. Other pepper growing area was in Johore and Sabah. Planting distance for pepper was 8.2 m x 8.2 m giving 156 tree/ha. Most pepper was grown with Wooden post or recently using Gliricidia tree (symbiosis). Potential pepper yield in Malaysia about 2.2 mt/ha (3-4 years) to 4.4 mt/ha (5-9 years) and 2.2 mt/ha (10-12 years). 

POTENTIAL YIELD......ECONOMIC ANALYSIS...
MORE TO KNOW... EASY TO PLAN....
MAY BE MORE FROM THE POTENTIAL YIELD...
MOSTLY BELOW POTENTIAL YIELD....

By
M Anem
DOA Sarawak
Jalan Simpang Tiga,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.

Tuesday, March 23, 2010

Pemeriksaan Kebun

Penggunaan trektor di ladang sayur komersial di Kg Bt 20, Sengkang, Muar, Johor.

Pemeriksaan kebun dijalankan untuk petani yang memohon persijilan SALM dan SOM serta mereka yang memohon pelepasan insentif cukai sektor pertanian. Pemeriksan dijalankan oleh Pegawai Pertanian untuk memeriksa beberapa aspek berkaitan dengan status tanah, amalan pertanian, penggunaan input pertanian, rekod ladang, kualiti sumber air, setor ladang, keselamatan pekerja ladang, kualiti produk, persampelan hasil dan sebagainya. Peringkat pertama pemeriksaan kebun berkaitan dengan ststus hakmilik tanah sama ada mempunyai milik sah atau tanah bukan milik. Tanah ceroboh atau tidak bermilik tidak akan diproses.

Kualiti air yang digunakan untuk ladang akan diperiksa sama ada air tersebut bersih dan sesuai untuk digunakan bagi tujuan perkebunan. Air yang mempunyai kandungan logam berat (Hg, Cd, dll) tidk sesuai untuk tanaman sayuran. Penggunaan baja organik juga diperiksa sama ada campuran najis binatang seperti najis Khinzir ada digunakan dalam kebun. Baja kimia yang digunakan juga mesti mempunyai maklumat mengenai kandungan baja dan di keluarkan oleh pembekal yang berdaftar.
Pasukan pemeriksa kebun juga memeriksa setor tempat simpanan input pertanian seperti racun, baja dan alatan ladang. Setor yang sesuai untuk ladang mesti mempunyai saiz yang sesuai serta dipisahkan antara bahan kimia dan bahan lain serta mempunyai sistem pengudaraan yang sesuai. Kaedah pelupusan bekas racun diperiksa agar petani dapat mengikuti kaedah yang disyorkan. Kegagalan petani untuk menyediakan sistem penyimpanan input ladang yang sesuai tidak akan disyor untuk persijilan.

Pemeriksaan rekod ladang merupakan satu perkara penting dalam pemeriksaan kebun. Petani mesti berupaya menunjukkan Buku Rekod Ladang yang dikemaskini. Buku ini pada asasnya mesti mempunyai maklumat mengenai penggunaan bahan input (Benih, Racun, Baja, Lain2) serta maklumat pembelian dan jualan hasil. Bagi pekebun sayur komersial seperti En Tan dan En Jhoo di Sengkang mereka menggunakan sistem komputer tersendiri untuk menyediakan rekod ladang. Kedua-dua mereka menerima persijilan SALM dan seorang lagi memerima Pelepasan Insentif Cukai Pertanian. Mereka menerima persijilan akan terus dipantau setiap 3 bulan dan enam bulan untuk mempastikan peraturan di patuhi.
Pemeriksaan kebun memerlukan kerjasama antara pegawai pemeriksa dan petani. Terdapat kadang-kadang petani sukar dihubungi untuk kerja-kerja pemeriksaan kebun. Kebanyakkan petani komersil mempunyai kemudahan telipon bimbit sebelum diperiksa kebun. Jika semua syarat dipenuhi maka sijil SALM atau SOM atau Insentif Perlepasan Cukai Pertanian akan disambung dan sebaliknya. Petani yang menerima Insentif Cukai Pertanian kini mesti memohon atau mempunyai persijilan SALM atau SOM. Aktiviti pemeriksaan kebun merupakan satu tugasan bagi pegawai pemeriksa Jabatan Pertanian. Semuga aktiviti pemeriksaan kebun akan manjadikan petani di Malaysia akan mengeluarkan produk sayuran dan buah-buahan yang berkualiti serta Selamat di makan untuk rakyat Malaysia!

PERIKSA KEBUN...KENA RANCANG...
PERIKSA KEBUN...SATU AKTIVITI PENGEMBANGAN....
PERIKSA KEBUN... PEREKSA SEMUA...
by
M Anem
DOA

Thursday, March 18, 2010

DURIAN PACKAGE TECHNOLOGY


Durian Sale at Car Bonet at Tangkak, Johor.

Many people want to know about Durian Package Technology.

How to grow Durian?

Durian (Durio zibethinus Murr) is a tropical fruit popular in Malaysia as "King of the Fruit". The durian technology in Malaysia developed many years ago and grown as hobby without proper system in traditional orchard. Dept of Agriculture Malaysia recorded about about 200 durian clones in Malaysia. The names of the clones mostly identified by locality and origin or names of the founder. Durian in Malaysia selected from popular clones for domestic market and recently for export market. Total area grown with Durian was 110,615 hectare in 2009 producing about 288,900 metric ton. Muar District in Johor has the largest durian area with 7,048 hectare recorded followed by Segamat District in Johor (6,741 hectare) and third largest was Kuala Kerai District in Kelantan (5,365 hectare).

Durian seedling from vegetative planting material using root stock resistant to Canker Disease such as Durio lowainus (Wild durian) as seed. My observation shown that durian tree able to produce fruit between 5-7 years depend on clones and management system. Normally the fruit ripening period between 90-120 days after flowering and fall. The popular durian such as D24 maturity period between 105-115 days, D99 (90-100 days), D123 (90-100 days), D 145 (100-115 days), D158 (105-120 days), D159 (105-120 days), D169 (100-110 days), D 188(100-115 days), D189 (100-110 days) and D190 (106-115 days). Durian has a Rich nutrient content especially Protein (2.7 gm/kg), Carbohydrate (27.9 gm), Calcium (40 mg), Vitamin A (150 mg) and many others.

Land preparation for durian is important to burning and preparing contour (if any) and major infrastructures such as main drain, secondary drain, farm roads, ponds and store. Ploughing is important on new area for durian plantation minimum of 35 cm depth. Durian planting distance was 9m x 9m x 9m (123 tree/ha) as Triangle Design. If the Design was Rectangular recommended planting distance was 9 m x 9m (100 tree/ha) or 10 m x 12 m (83 tree/ha). Installation of drip tape of Micro-spray system recommended before planting. Planting hole of 60cm x 60 cm x 60 cm prepared with basic fertilizers application of 5-10 kg organic fertilizer, 500 gm GML and 150-250 gm NPK 15:15:15 per hole.

Selected durian seedling planted with mixed clones (minimum 2-3 clones each farm) to ensure better pollination and high quality durian. main clones at least 50-70% of the total tree count. Seedling planted more than 5 cm above ground level and ensure a post to indicate the planting hole. Irrigate new planted seedling everyday except rainy day. Ensure the PE Tubing (piping) was layered at least 20-30 cm underground because it will damage under direct sunlight using 'furrower'. Pest surveillance is a must to check pests and diseases at all stages. Weed control bya manual and chemical method. Use Glufosinate ammonium at 132 ml/ 18 liter water sprayed in between rows at least every 2- 3 months.

Manuring program follow Package Technology by DOA with NPK 15:15:15 about 0.5 kg / tree/year, Organic Fertilizer (20 kg/tree at 2 application), GML (0.5 kg/ha). Apply manure at the end of canopy system to ensure maximum absorption of fertilizer. Apply GML to reduce acidity about 0.5 kg /tree/ year accordingly. Pruning is important to cut unwanted shoot or branching system.

Durian has largest pest beginning from early stage of planting up to matured old tree and about 18 was recorded by DOA. Koya (Pseudococcus spp) attack the new shoot and spray with Dimethoate (5.8 ml/4.5 liter water) or Carbaryl (5-10 ml/4.5 liter water). Snail (Achantia fulica) eats young seedling cause death to the seedling controlled by Metahydehyde. The third pest was Scale Insect or Teritip (Coccus spp) and controlled with insecticide called Domethoate or Deltamethrin. Lintah Bulan (Limax spp) attack young seedling and controlled by Meta 5G. Thrips (Thrips spp) attack the leaves cause crinkle and use chemical spray of Amitraz or Dicofor or Propagite or Sulfer tp control. Hamana (Teranhyus spp) attack durian leaves controlled with chemical as Thrips.
The seventh pest was Cockchafer (Kumbang Makan Daun) or Apogonia spp which eat durian leaves controlled with Fenthion. Lavana Moth attack leaves and controlled by Dimethoate chemicals. White Fly (Aleurodicus disperses) attack leaves by sucking and controlled by Lefenuron/ Cyromaizine / Prefenos. Scale Insect (Asrerolancium lecanium) also attack durian leaves and control by chemical. Skin Stem Borer (Synanthedon spp) attack durian stems from early stage controlled by Dimethoate. Nematode (Meloidogyne incognite) attack durian root and very important to early control by Carbofuran or Fenamiphos.

The 13th pest was Belalang Kunyit (Vollangga nigriconis) that eat young leaves and control by insecticide. Termites (Microfermes pallidus) damage durian rooting system and controlled with Chlorpyrifos at 4.5 liter poured in 1 meter square attacked area. Durian Stem Borer (Bactocera gultata) and (Zeuzera coffeane) attack durian stem and controlled through trunk injection with Dimethoate or Fenthion. Fruit Borer (see photo above) has 3 species for durian that is Mudaria magniplaga, Cognogetes puntiferralis and Tonica spp cause damage to durian flesh and controlled with Lambda cyhalothrin or Fenthion or Deltamethrin. Kumbang Pengorek Batang (Playtypus spp) attack durian trunk and controlled by chemicals such as Dimethoate. The last listed pest for durian was Squirrel or Tupai that eat ripe fruit and use trap of shoot them!


Durian also has 7 serious disease in the long list. Top of the list was Root Rot (Phytium spp) and cause mortality to the tree and control with Methalaxyl. Damping Off the durian seedling caused by Phythopthora parasitica controlled by 3 types of chemicals namely Methalaxyl, Dimethomorph and Fosetyl aluminium. Hawar daun (Rhizoctonia sonali) is the third durian disease in the list controlled by 3 type of chemicals. Antracnose (Collectotricum gloesporoides) attack durian leaves and controlled with mancozeb or Thiophanate methyl at recommended dosage. Alga Leaf Spot (Cephaleuros virescens) attack leaves and control with chemicals. Stem/Fruit Canker (Phythopthora palmivora) is the most scary durian disease among all. It attack the durian stem and able to kill durian tree controlled with Metalaxyl direct to the attacked area by removing the skin before chemical application. The last durian disease called "Cendawan Angin" caused by Corticum salmonicolor and controlled with Tridemorph or copper based chemicals.

As you read above article on pest and disease control there was so many chemical used to make sure we can eat nice durian fruit. Seems that durian has so many enemies interested in his development career. Why durian has so many enemies? May be he was "King of The Fruit". The king has to survive even though the enemies attacked from early seedling stage till matured stage. So if you wants to buy durian... make sure there is Organic Certified or there is some pests attack that means less chemical has been used by farmers. Is that true...

DURIAN CLONES....SELECT THE BESTS...
BUY DURIAN... TRADITIONAL TREE ARE SAFE...
CLONAL DURIAN... TREMENDOUS TASTE...
DURIAN INDUSTRY.... GOING TO SUNSETS...
YOUNG GENARATION... DONT LIKE DURIAN...
THINK, THINK... WHAT HAPPEN TO THE KING...


By
M Anem
Johore

Wednesday, March 17, 2010

BAJA TAHI AYAM


Longgokan baja tahi ayam yang sedia untuk digunakan 
di Kebun sayur Sengkang Bt 20 Muar,Johor.


Apakah itu Baja Tahi Ayam?
Baja tahi ayam atau tinja ayam adalah sejenis baja organik dan merupakan satu pilihan Baja Terbaik, Termurah dan disyorkan kepada petani.


Ternakan Ayam merupakan satu industri ternakan yang menghasilkan Daging, Telur dan Tahi atau Tinja . Daging ayam digunakan sebagai bahan utama sumber protein di Malaysia selain daripada hasilan akuakultur dan ikan dimana semua kaum memakannya begitu juga makanan telur ayam. Pengeluaran secara komersil oleh penternak ayam daging dan ayam telur juga menghasilkan Tahi Ayam atau Tinja Ayam. Tahi Ayam menghasilkan bau yang kurang enak dan mengundang lalat untuk membiak jika tidak dirawat dengan betul. Syarikat ayam multinational seperti Sin Mah, Leong Hup, CP, Cargill dan sebagainya mengeluarkan berjuta tan tahi ayam dan hampir kesemuanya di gunakan sebagai Baja Organik (Chicken manure) yang akan digunakan untuk tanam-tanaman. Tahi ayam sangat popular dikalangan penanam sayur komersil terutama untuk sayuran jenis daun dan sayuran buah selain daripada untuk kebanyakkan tanaman buah-buahan (Betik, Pisang, Tembikai, Jambu Batu) serta tanaman industri seperti Kelapa sawit dan lain2). Pada masa ini tahi ayam proses merupakan satu pilihan terbaik dipasaran untuk petani membelinya.


Tahi ayam di kumpulkan oleh penternak Ayam Daging daripada mula secara berperingkat-peringkat. Lazimnya tahi ayam Daging (Broilers) setelah tamat tempoh pemeliharaaan akan digaul dengan habuk papan atau habuk kayu dan menjalani proses pereputan untuk dijadikaan baja. Warna baja ini bergantung kepada jenis habuk papan yang digunakan. Jika abuk papan baru maka warnanya cerah dan jika abuk papan lama warnanya gelap. Tahi Ayam kaya dengan kandungan NITROGEN (N) dan Posforan (P) dan Kalsium (K). Baja ini merupakan baja jenis "SLOW RELEASE" iaitu tahap pengambilan nutrient lambat dalam tanah dimana ada dakwaan ia mampu memberikan nutrien kepada tanaman sehingga 6 bulan. Sifat struktur baja ini bersifat menggemburkan tanah, memberikan kelembaban tanah, mengekalkan kesuburan tanah, memperbaiki pH tanah,memperbaiki tekstur tanah dan sebagainya.




Penelitian penulis dalam bidang pertanian selama 35 tahun juga mendapati kesan penggunaan Tahi Ayam Telur lebih baik daripada Tahi Ayam Daging. Ini berdasarkan kepada kesan baja tersebut kepada kesan terhadap pertumbuhan tanaman. Harga Tahi Ayam Daging tidak diproses cuma RM 300 /metrik tan beberapa tahun dulu kini telah meningkat kepada lebih RM 500 /mt dan terus meningkat. Bagaimana harga tahi ayam telur adalah lebih tinggi iaitu diantara RM450 - RM700/mt dimana ianya mendapat permintaan yang lebih baik. Baja Tahi Ayam Telur yang tidak dicampur dengan habuk kayu atau bahan lain mengandungi kadar nutrien lebih tinggi berbanding dengan baja tahi ayam daging tadi. Pada awal 1990'an satu beg baja tahi ayam segar cuma RM 1.50 - RM 2.00/20 kg tetapi kini telah dijual dengan harga RM 5.00 - RM 6.00/20 kg/beg. Penggunaan tahi ayam segar (Belum diproses) banyak dari kawasan penanaman sayuran utama seperti di Cameroon Highland, Daerah Johor Bahru, Sengkang (Muar), Kota Tinggi, Sungkai (Perak) dan Kundasang (Sabah). Mereka selalunya akan membeli tahi ayam menggunakan lori treller dan dihantar terus kelokasi kebun-kebun sayur dan pusat pengedaran. Tanpa baja tahi ayam maka penghasilan hasil sayuran daripada kawasan ini sangat terjejas dari segi kuantiti dan kualitinya.

Penggunaan baja tahi ayam perlu di buat dengan cara yang betul mengikut amalan pertanian baik. Kaedah pertama ialah dengan menggaulkan baja tahi ayam kedalam tanah semasa penyediaan kawasan dengan menggunakan alatan seperti cangkul bagi kawasan tidak luas atau gunakan trektor (Rotovator) untuk kebun komersil. Ia dijalankan 7-14 hari sebelum penanaman bersama bahan lain seperti Kapur (GML) dan dan baja organik lain. Baja tahi ayam tersebut dirotor dalam tanah atau atas batas dengan rata. Kaedah kedua ialah dengan membubuh baja tahi ayam semasa tanaman pada peringkat awal pertumbuhan dan peringkat dewasa. Kadar pembajaan bergantung kepada jenis baja tahi ayam digunakan, jenis tanaman dan jenis tanah. Bagi jenis tanaman cepat matang seperti sayuran daun sebaiknya petani boleh gunakan tahi ayam yang di bancuh dalam air dan terus di siram (Cara Tradisional). Bagaimana pun kaedah ini semakin kurang dijalankan. Bagi jenis tanaman sayur buah pula baja tahi ayam ini sesuai di bubuh di antara barisan tanaman atau di antara pangkal pokok. Kini terdapat jenis tahi ayam proses yang dibubuh didalam lubang plastik silvershine. Bagi jenis tanah yang kurang subur seperti Tanah Bris(Tanah Pasir), Tanah Liat (Lempung) dan Tanah Gambut (Peat) kadar baja organik tahi ayam ini diperlukan dengan kadar yang lebih berbanding dengan mineral biasa.


Kini Teknologi penggunaan baja tahi ayam telah maju. Kebanyakkan penternak ayam telah berkerjasama dengan beberapa syarikat untuk memproses tahu atau menghasilkan produk dikenali dengan nama "BAJA TAHI AYAM PROSES".  BajaTahi Ayam Proses lebih baik berbanding dengan tahi ayam biasa. Tahi ayam akan dikeringkan dan diperkayakan dengan Baja NPK serta bahan Mikroorganisma Berfaedah (Effective microrganism). Baja jenis ini di bungkus dalam bentuk Debu, Palet, Serbuk dan sebagainya menggunakan teknologi moden dan kualiti yang menjadi salah satu pilihan terbaik kepada pelanggan dan petani. Harga tahi ayam proses yang ditawarkan pembekal berbeza-beza bergantung kepada beberapa ciri-ciri yang ada seperti kadar kandungan NPK dalam baja, Kandungan mikrob, Saiz Pembungkusan, Jenama dan juga Promosi . Paling murah harga Tahi Ayam Proses yang penulis tinjau di Tangkak, Muar, Johor adalah sekitar RM 20.00/20 kg (beg) sehingga ada yang capai lebih RM 50.00/20kg (beg). Kelebihan baja tahi ayam proses ialah kesan yang cepat terhadap tanaman, Kurang Bau, Mengandungi baja tambahan NPK yang seimbang, Mudah untuk di simpan dalam setor, mudah untuk pengangkutan, Bungkusan Menarik, Mempunyai maklumat di label dan mudah difahami dinyatakan pada beg pembungkusan. Kini tahi ayam proses telah menjadi satu industri yang canggih dengan teknologi pemprosesan yang lebih moden. 


Jika ada yang bertanya mana yang hendak dipilih antara baja tahi ayam biasa dengan baja tahi ayam proses maka banyak pertimbangan perlu dikaji oleh petani. Kedua-dua baja ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Bagi penanam sayur komersial di Cameroon Highland, Sekitar Johor Bahru dan Sengkang (Muar) penelitian penulis blog mendapati dimana mereka masih memilih tahi ayam biasa (Bukan Tahi Ayam Proses) kerana faktor kos, faktor senang guna, mudah kedapatan dan keberkesanannya. Pernah satu ketika berlaku "PERANG BESAR" direkodkan diantara pengusaha baja proses dengan Persatuan Penanam-penanam Sayur Malaysia kerana kes seperti berlkunya perebutan bahan tahi ayam yang tidak mencukupi dari penternak ayam. Kebanyakan syarikat kini mengikat perjanjian untuk mempastikan bekalan bahan mentah tahi ayam mencukupi untuk diproses dikilang. Akibatnya penanam sayur yang selalu gunakan tahi ayam segar akan sukar mendapatkan bekalan kerana perjanjian jangkapanjang diantara penternak ayam dengan pemilik kilang yang menghasilkan tahi ayam proses. Baja Tahi ayam merupakan nadi kepada kesuburan tanah untuk pengeluaran bahan makanan negara. Walau pun sering timbul isu "Kebanjiran Lalat" akibat penggunaan baja tahi ayam di kebun sayur dan Betik di Muar sehingga di bawa kepada akhbar... Jabatan Pertanian akan terus memberikan nasihat bagaimana untuk menggunakan baja tahi ayam dengan betul. Semuga artikel ini memberi info asas kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

BAJA TAHI AYAM.....BAJA ORGANIK SAMA...
TAHI AYAM PROSES...TERBAIK KUALITINYA ...
TANAH JADI DISUBUR....PETANI GRMBIRA...
HASIL BERKUALITI....UNTUNGLAH MEREKA...



Artikel berkaitan:
1. Ayam Telur (Klik disini)
2. Ternakan Ayam di Malaysia (Klik disini)
3. Industri Ternakan di Malaysia (Klik disini)
4. Cocoapeat (Klik disini)
5. Plant Nutrition (Click here)


By
M Anem,

Senior Agronomist,
Projek Sayuran Komersil Kelompok Bt 19, 
Sengkang, Muar, Johor,
Malaysia
(Sengkang, Bukit Gambir)
Kemaskini pada 1 Ogos 2017

Friday, March 12, 2010

TNI and TNA in Extension



TNI and TNA in Extension?

What is it?


TNI or Training Need Indicator is a tool to determine factors or indicators in training program for extension training system. TNA or Training Needs Analysis is a method to analyse the training needs for extension officer or trainer.



In Agriculture Extension System the most important factors for The Extension agent and The Clientele (that was Farmers) to meet in transferring the technologies. Impact point in training requirement gathered during two weekly discussion or meeting during Training & Visiting (T&V) System. Some of the impact point follow the Crop Calendar and Package Technology.


Training need Indicator determined by the Extension Supervisor to check each extension agent ability and competency in extension delivery system. Indicators include the ability of each extension agent to conduct training and the weakness for them to go for training. The training criteria is grouped in different categories such as Motivation, Technical and Management. The Technical Training may categorised by Crops (Vegetables, Fruits, Perennial , Cash Crop, Pests and Diseases, Post Harvest etc).

Training Needs Analysis (TNA) is an exercise by supervisors based on information for training need by subordinates. Some extension agent ask to train in Motivation and others ask for Technical Know how. However the actual training requirement will be determined by grouping the list of training program.

TO BE CONTINUE....

By
AO

Growing Brassica (SAWI)

Brasicca or Sawi (Brassica spp) is a leafy vegetable under CRUCIFERAE family and grown as commercial CASHCROP. The height of sawi ranged from 25-30 cm and has 5-6 leaves with between 9-12 cm width. It suitable in tropical climate and grown on standard raised bed. It also suitable to grow using Hydroponic and Fertigation Technology. Among popular variety of sawi in Malaysia are Sawi Bunga, Sawi Kerinting, Sawi Pahit, Sawi Pendek and Sawi Putih. Every 100 gram of sawi contain 2.1 gm protein, 4.7 gm carbohydrate, 147 gm calcium , many other vitamins and Niacin.

In 2009 about 8,890 hectare (CHE) of sawi was grown in Malaysia producing 118,610 metric tons of fresh sawi. Johore is the largest state growing sawi in Malaysia with Johor Bahru District (1,567 ha) followed by Muar District (735 ha) and Kota Tinggi (612 ha) in 2009. From my experience the average production of sawi about 8-14 mt/ha based on study at Kg Sengkang Muar, Johor on shallow peat soil. With proper management system in the farm, sawi normally harvested in 28-30 days after planting. The shortest sawi was harvested in 24-25 days.

Land preparation started 14 days before planting and bed preparation accordingly. GML (Rate at 2.5 mt/ha) and organic fertilizer (at 3.5 mt/ha) application prepared on raised bed. Most sawi seeds was imported and expensive. Seeds at 1.5 kg/ha treated with fungicide (about 4.5 gm of Thiram) before mixed with fine sand ( 1 tin milkpot) and arrange planting in rows on the beds. Fertilizer application with NPK 13:13:6:4 after 6-7 days after sowing and start the thinning activity after 9-10 days with planting distance 10 cm x 15 cm. Second manuring program with NPK 15:15:15 about 100 kg/ha applied on 10 days after sowing. Weeding done manually and whereby the leaves count between 4-6 leaves. After 17 days apply NPK 15:15:15 (200 kg/ha) and spray foliar fertilizer (20 gm Fertilizer with 16 liter water).

Among popular pest for sawi in Malaysia was Helulla Worm (Hellula undalis) controlled with BT (Bacillus thruringiesis) or Trichloron, Chlorifluazuron, deltamethrin or dimethoate. Other pests was Ratus Worm (Spodoptera litura) which attack leaves and shoots and controlled by spraying cypermethrin, trichlorin or deltamethrin as label. Plutella (Plutella xylostella) attack the leaves and make holes and controlled with BT or pesticide. Other pest was Phylloretta cruciferae, Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon) , Mites (Aphids spp) and Leaf Miner (Phytomyza spp). The most recent pest for sawi is Snail (Lamellasis gracillis - small snail and Sabulina octona -Long Snail) and controlled with methaldehyde or drainage improvement.

Sawi diseases was Soft Rot (Erwinia carotovora) that damage the leaves and bad smell and controlled by Good agriculture Practices (Burnt affected sawi and improve drainage system and water logged area). Leaf Rot or Reput Pangkal daun (Rhizoctonia solani) controlled with difenoconazole or pencycuron. Other disease in sawi was Lecuh anak benih (Phytium spp) and controlled by spraying propamocarb hydrochloride.

From my survey study, cost of production of sawi in Muar, Johor about RM 4,900.00 /ha and if yield for 9,000 kg produced in a hectare and farm gate price at RM 1.00/kg give gross farm income about RM 9,000.00/ha. Net Farm income calculated at RM 4,100/ha for 30 days period. Cost of production for every kg of sawi about RM 0.54 and farmers gain RM 1.83f or every one ringgit spent. Growing sawi is a profitable ventures.

PLANT SAWI.... ALWAYS HAPPY...
EAT SAWI.... GAIN HEALTHY....
KNOW THE SAWI TECHNOLOGY.... DONT WORRY..
SAWI...BRASSICA..

By
M Anem
Muar, Johor
Malaysia

Tuesday, March 9, 2010

BAWANG MERAH - PENGALAMAN DI MERSING


Tanaman bawang merah di Kelompok Kg Sri Pantai, 
Mersing pada tahun 1999.


Bawang Merah (Allium cepa) merupakan sejenis tanaman umbisi yang boleh ditanam di Malaysia. Penulis mempunyai pengalaman menanam bawang merah ketika bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Mersing dari tahun 1996 - 2001. Pada tahun 1998 berlaku krisis bekalan bawang merah dunia menyebabkan harga bawang merah yang biasanya dijual runcit pada purata harga RM 1.20/kg telah meningkat sehingga RM 5.40/kg. Krisis ini disebabkan oleh beberapa negara pengekspot utama bawang ke Malaysia seperti India, China, Thailand, Indonesia dan sebagainya mengalami bencana kemarau akibat El.Nino. Harga yang mahal pun okey jika ada bekalan tetapi isunya ialah ia amat sukar untuk mendapatkan bekalan bawang merah ketika itu. Kementerian Pertanian melalui Jabatan Pertanian Negeri melancarkan beberapa program pemerhatian untuk menanam bawang merah. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pengalaman penulis dalam membuat percubaan menanam Bawang Merah (Shallot) di Pusat Pertanian Teluk Sari, Endau dan Projek kelompok Sayuran Koersil Kg Sri Pantai, Mersing untuk dijadikan catitan teknikal dan rujukkan kepada mereka yang baru mencari maklumat mengenai bawang merah.


Projek tanaman bawang merah di Mersing seperti arahan pihak negeri telah di jalankan di Pusat Pertanian Teluk Sari, Endau dan Projek Kelompok Sayuran Kg Sri Pantai Mersing. Tanah di Teluk Sari adalah jari jenis tanah bris jenis berpasir halus tepi pantai dan tidak mempunyai sistem pengairan sempurna. Tanah ini jauhnya sekitar 50 meter dari gigi pantai. Tanah PB Sayuran sri Pantai pula merupakan tanah jenis berliat dan jauhnya dari laut sekitar 1 km sahaja. Pemilihan ini berdasarkan kepada andaian bahawa tanaman bawang masa itu perlukan kawasan panas, lapang dan tidak terlindung naungan. Terdapat 3 jenis bawang yang dipilih untuk kajian prestasi yang ditanam di lokasi iaitu Jenis SIAM, INDONESIA dan INDIA (Sila lihat foto sebelah). Bawang Jenis dari China tidak dipilih kerana didapati harga mahal. Tanah yang sesuai untuk bawang merah mesti mempunyai saliran yang baik dengan pH 6.0 - 7.0 dan tidak boleh di tenggelami air seperti dua lokasi yang dipilih ini. Penanaman bawang mesti dibuat diatas batas berukuran 4-10 inci tinggi dan lebar 36-48 inci lebar serta panjang ikut kesesuaian. Bubuh baja asas organik dan sebaiknya sungkupan jerami padi kering digunakan. Tanpa sungkupan merosakan benih yang baru ditanam akibat hujan dan hakisan (Tanah Bris di Mersing).


Benih bawang segar di pasaran digunakan (Jenis India dan Indonesia) dengan harga RM 40.00 -  RM60.00 satu bakul buluh (lingkungan 8-10 kg). Benih dipilih dari pembekal dar Bandar di Kluang dan Mersing dan dipreiksa agar ia tidak ada yang busuk. Proses mengasingkan umbisi bawang dari rumpun dilakukan dan kemudian didedahkan kepada udara dalam dulang. Kerja seterusnya adalah untuk memotong bahagian atas sedikit untuk mempercepatkaan pertumbuhan semasa penanaman. Kalau tidak dipotong bahagian atas lewat pertumbuhan antara 3-5 hari seperti pemerhatian yang telah dijalankan didalam pasu sebelum ini.  Keperluan benih antara 1,200 -1,500 kg/ha kerana kepadatan penanaman masih dibuat kesesuaian. Biji umbisi bawang kemudian di celup dalam racun cendawan dan racun kulat sebelum ditanam dengan jarak 13 cm x 13 cm (5 inci x 5 inci) dengan 2/3 dalam tanah. Aktiviti Penyiraman dijalankan sekali sehari dan jangan biarkan terlalu basah atau terendam sebab bawang akan reput.


Semburan racun rumpai pra-cambah (Lasso) adalah digalakkan untuk kurangkan gangguan akar bawang jika dijalankan aktiviti mencabut rumput secara manual. Pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 (Cpd 88)peringkat awal dan baja ICI Compound 55. Boleh dikatakan tiada musuh tanaman bawang yang serious tetapi Lembu telah musnahkan tanaman bawang di Kg Sri Pantai, Mersing. Serangan Ulat ratus (Spodoptera litura) terdapat di Mersing dan kurang serious, Penyakit utama didapati di Mersing ialah Hawar Daun atau Tumpok dan kawalan dengan Mancozeb boleh dijalankan. Bagainama pun plot tanaman di Teluk Sari (Tanam Bris) serious diseranag penyakit iini. Penyakit lain ialah Reput Bawang /Umbisi akibat terendam atau serangan kulat. Serangan Penyakit tumpuk ungu (Altenaria porri) boleh dikawal dengan racun kulat. Penyakit pucuk putih (White tips) terdapat di kedua2 plot dan menyebabkan daun jadi kering dan hasil sangat kurang. Kawalan rumpai sangat penting sebab kajian di Sri Pantai mendapati batas yang mempunyai rumpai banyak merosakkan pertumbuhan bawang sehingga 70%. Pokok bawang di Mersing matang dan di tuai selepas 75 - 90 hari ditanam iaitu apabila daun bawang telah mulai kering. Kajian daripada buku menyatakan potensi hasil tanaman bawang merah sebanyak 10-13 mt/ha tetapi pemerhatian di Mersing cuma 3.8 mt/ha di Stesyen Teluk Sari, Endau dan sebanyak 4.5 mt/ha di Kelompok Sri Pantai Mersing. Pencapaian cuma 40-45% dari hasil potensi ini dijangka kerana serangan layu daun/white tips dan kerosakan akibat reput bawang. Tanah Bris juga kekurangan bahan organik serta suhu yang panas pada tengahari.


Rumpun bawang yang dituai diikat dan dikeringkan dibawah sistem pengudaraan yang baik. Bawang ini tahan disimpan dan boleh digunakan semula untuk dijadikan benih tanaman dan sebahagian dijual dikalangan kakitangan jabatan dengan harga RM 1.50/kg serta penduduk disekitar Mersing. Kajian penulis mendapati satu biji bawang akan jadi sebanyak antara 15 - 25 biji bawang serumpun walaupun kajian mendapati di India mencapai 40 -60 biji/rumpun. Pengalaman penulis mendapati penanaman bawang di Mersing seperti berikut:-

a. Penamanan bawang kurang ekonomik. Kos benih (Bawang segar) yang mahal dan belum ada bahan tanaman murah yang sesuai (Biji Benih - belum ada).

b. Kejadian serangan penyakit "White Tips" atau Pucuk Putih mudah berlaku pada setiap umur penanaman dan sukar dikawal. Kes di Mersing akibat penyakit ini sehingga lebih 70%

c. Kos buruh agak tinggi untuk kerja menyediakan biji benih, menanam dan kawalan rumpai sebab racun rumpai tidak boleh digunakan (Walau pun racun pre-emergence ada)


d. Harga jualan ladang RM 1.20 tidak menguntungkan (Kiraan mendapati kos pengeluaran setiap kilogram di Mersing RM 2.80 (Endau) dan RM 2.65 di Mersing.


Penanaman bawang merah di Malaysia memerlukan kajian lebih lanjut dan teknologi baru. Pengalaman di Mersing membolehkan penulis tahu mangenai pelunya teknologi penanaman bawang merah dimajukan. Pada saya varieti dan teknologi penanaman bawang perlu diutamakan kerana belum ada kjian mendapatkan varieti bawang merah yang sesuai dilakukan. Teknologi di Indonesia dan Thailand boleh di adaptasi jika betul penanaman bawang hendak ditanam secara komersil di Malaysia!.


BAWANG MERAH...SELALU GUNANYA...
DIIMPOT...TIADA TANAM DI MALAYSIA...
PERCUBAAN DI MERSING... BAGAIMANA...
LAPORAN AKHIR....KAJIAN BERJAYA...
KURANG SESUAI... LALU BAGAIMANA...
KALAU BEGITU... RANCANG SEMULA...

By
M Anem
Senior Agronomist
Pegawai Pertanian Daerah Mersing
Jalan Ibrahim, Mersing, 
Johor, Malaysia.
(Mersing 1997-2000)