Thursday, October 8, 2009

Program Bumi Hijau

Bahan Kit Bumi Hijau yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Muar.


Program Bumi Hijau yang di lancarkan oleh Perdana Manteri terus dilaksanakan di seluroh kawasan dalam daerah Muar/Ledang. Tujuan Program Bumi Hijau adalah untuk memberikan orang ramai peluang untuk mengeluarkan makanan sendiri di keliling rumah menggunakan kawasan sedia ada. Di Daerah Muar terdapat 10 Program Komuniti dan 1,400 Program Individu. Jabatan Pertanian membekalkan Benih Tanaman, Peralatan Asas (Plastik, Baja Kompos, Bahan Kimia) serta panduan penanaman beberapa jenis sayuran seperti Cili, Bayam, Kangkung, Bendi, Kacang Botor, Jagung dan sebagainya. Setiap Individu diberikan Beg Bumi Hijau yang mengandungi perkara diatas.



YB Asojan (ADUN Gambir) merasmikan pelancaran Projek Bumi Hijau di Taman Baru BG.

Bagi Program Komuniti ianya dijalankan di Kawasan Lapang Taman Perumahan atau di sekitar kampong atau Sekolah atau Hospital. Beberapa Sekolah telah menunjukkan kejayaan yang cemerlang seperti Sekolan Kebangsaan Ledang yang menjadi Juara di Daerah Ledang peringkat Negeri Johor. Peranan Guru dan Murid menjadikan sekolah tersebut dapat menjalankan program bumi hijau dengan baik. Program ini diteruskan pada setiap tahun untuk mempastikan orang ramai dapat menghasilkan bahan makanan yang Segar, Selamat dan berkhasiat serta dapat memupuk semangat berdikari dan mengurangkan belanja pasar.


Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian menunjukkan Program Bumi Hijau menjimatkan perbelanjaaan mingguan ebanyak RM 25 - RM 30 seminggu untuk kos pembelian sayur-sayuran segar setiap peserta. Ini bermakna sebanyak antara RM 100 - RM 120 dalat dijimatkan dalam sebulan. Temubual beberapa peserta di Taman Tun Dr Ismail di Muar mendapati hasil sayuran Program Bumi Hijau adalah segar dan selamat dimakan kerana menggunakan bahan kimia biopesticide yang juga organik.

Sebanyak RM 17.4 juta telah dijana dari aktiviti program bumi hijau melalui penanaman sayur-sayuran dan tanaman jangkapendek melalui Projek Individu dan Projek Komuniti. Kajian temubual dengan beberapa sumber menyatakan program komuniti bumi hijau sangat berjaya di beberapa lokasi sehingga terdapat peserta menjual hasilnya untuk pendapatan tambahan. Kempen Program Bumi Hijau ini perlu diteruskan sepanjang masa untuk mempastikan kelestariannya dan kesedaran penduduk Malaysia mendapatkan bekalan sayuran yang segar, berkualiti dan selamat di makan disamping menjimatkan perbelanjaan dapur.

BUMI HIJAU....PROGRAM KERAJAAN...

BENIH SAYUR DIEDAR...PETANI MENANAM...

HASIL DITUAI....DIMAKAN SENDIRI....

SELAMAT DIMAKAN...TAK PERLU BELI LAGI...




By

DOA Muar

JOHOR

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.