Sunday, August 2, 2009

PEGAGA - Khasiat Tradisional


Pegaga (Centella asiatica) atau juga dikenali sebagai pokok antanan (Dipanggil 'pennywort' dalam Inggeris) adalah sejenis pokok ulam dari keluarga Mackinlyaceae yang terdapat di Malaysia serta di negara-negara ASEAN lain. Tumbuhan ini merupakan tanaman jenis herba dan ulaman yang mengandungi khasiat yang penting. Tiada catitan rasmi keluasan tanaman pegaga di Malaysia tetapi penulis menganggarkan lingkungan 40-70 hektar CHE. Tanaman ini kebanyakannya ditanam dalam pasu atau keliling rumah dan hanya sebahagian kecil petani menanam secara komersil di kebun sayur. Artikel ini mempaparkan dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman pegaga sebagai sejeni tanaman herba yang mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya untuk kesihatan.


Beberapa kajian mengenai tanaman pegaga telah dibuat oleh saintis2 di Malaysia mengenai khasiat pegaga. Tanaman ini merupakan sejenis tanaman renek yang mempunyai daun berwarna hijau dan dikatakan sangat mudah menyerap air dan bahan galian. Kajian menunjukkan jika pegaga ditanam dikawasan yang tercemar (terutama dengan logam berat) akan menyerap bahan tersebut dan tidak sesuai untuk dimakan. Pegaga mudah ditanam diatas tanah atau pun di dalam pasu atau kontena dikeliling rumah. Kaedah penanamannya juga mudah iaitu dengan benih keratan batang.


Kajian mengenai kandungan pegaga yang di jalankan oleh beberapa penyelidik mendapati setiap 100 gram pegaga mengandungi 87.7% air, 2.0% protin, 6.7% Kaarbohiderat, 0.2% lemak dan 1.6% Serat. Zat lain yang terdapat dalam pegaga seperti Vitamin A (0.4 mg), Vitamin B1 (0.09 mg), Vitamin B2 (0.19 mg), Vitamin B3 (0.2 mg) dan Vitamin C (1.6 mg) setiap 100 gm pegaga. Pegaga juga kaya dengan bahan galian seperti Kalsium (171.0 mg), Ferus atau Zat Besi (5.6 mg), Sodium (21.0 mg), Pottasium (391.0 mg) dan Posforus (32.0 mg). Pegaga juga mengandungi komponen PECTIN yang sangat penting dalam sistem imunisasi badan manusia. Terdapat 4 jenis asid penting dalam jus pegaga iaitu Asid Asitik, Asid Medekasic, Asid Mendekasida dan Asid Terunasid yang perlu untuk kesihatan badan manusia.


Terdapat beberapa jenis pegaga di Malaysia seperti berikut:

a. Pegaga cina atau pegaga nyonya
b. Pegaga Daun Lebar

d. Pegaga Kelantan

e. Pegaga Renek

f. Pegaga Salad

g. Pegaga Gajah

h. Pegaga Brunei



Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di negara lain seperti Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada adalah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan. Ianya di tanam atau tumbuh secara liar dan digunakan sebagai ulaman dalam makanan harian. Pegaga mempunyai daun berbentuk separa bulat atau oval yang tepinya ada bentuk. Batangnya menjalar dan mempunyai ruas-ruas yang akan mengeluarkan akar setiap ruas apabila berada diatas tanah. Akar pegaga merupakan akar cetek yang perlukan kawasan agakl lembab untuk tumbuh subur. Pokok pegaga di tanam dengan keratan melalui kaedah Vegetatif.

Tanaman dalam pasu atau bekas keliling rumah menggunakan media tanah yang dicampur dengan baja organik. Penanaman diatas batas sesuai dengan jarak 30 cm x 50 cm dan pastikan batas diberikan baja asas organik. Benih tanaman menggunakan keratan batang sepanjang 6-10 cm dan sebaiknya mempunyai akar untuk mempercepatkan pertumbuhan. Penyiraman dengan air bersih adalah perlu. Pembajaan disyorkan menggunakan baja organik (Baja Tahi ayam atau tahi kambing) tetapi baja tambahan dengan baja NPK 15:15:15 sebanyak 10-15 gm sepokok untuk kesuburan daun adalah perlu untuk menjamin kesuburan. Pengalaman saya di Melaka mendapati petani menggunakan baja organik dan baja Foliar (Baja daun yang disembur pada daun).


Kawalan rumai dibuat dengan cara manual iaitu dengan mencabut dengan tangan. Penanaman diatas batas yang subur biasanya tidak membenarkan rumpai untuk tumbuh (Rumpai berada ditepi2 batas atau laluan antara batas). Elakkan sama sekali menggunakan racun rumpai (Jika nak guna sebelum nenanam seperti Racun Rumpai Pra-Cambah).Tanaman pegaga tidak mudah diserang perosak dan penyakit. Pegaga sesuai dituai 3-4 bulan selepas ditanam untuk mendapatkan khasiat yang optima. Daun pegaga boleh dipetik 1-2 bulan selepas ditanam untuk dijadikan ulam. Penuaian dijalankan dengan mencabut keselruhan rumpun pokok dan dibersihkan dari tanah. Jika untuk jualan ulam boleh dihantar terus ke pasar dan jika untuk di proses boleh dihantar kekilang memproses pegaga.


Pegaga Segar dimakan segar sebagai ulam dan juga kini telah ujud industri memproses pegaga untuk dijadikan makanan kesihatan. Kandungan Pectin dalam pegaga telah dibuat kajian klinikal sememangnya terbukti meningkatkann imunisasi badan dan menyebabkab awet muda. Pegaga di proses untuk dijadikan Teh Pegaga, Jus Pegaga (Foto sebelah), Pil Pegaga, Komestik Pegaga dan sebagainya di Malaysia. Jika di kaji ianya akan banyak lagi pproduk2 baru yang boleh di cipta dan dipasarkan dipasaran dunia.


Khasiat Pegaga memang kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga adalah:

a. penawar alahan
b. banti kanser
c. melawaskan air kencing
d. penawar batu karang
e. penawar kencing berdarah
f. penawar ulser
g. merangsang peredaran darah
h. merawat cirit birit
i. mengurungkan tekanan darah



Penanaman ulam pegaga patut digalakkan dikalangan penduduk dalam bandar dan luar bandar sebagai Tanaman Ulaman. Kaedah penanaman dan penjagaan adalah mudah selain daripada dapat bekalan pegaga yang segar. Saya suka makan pegaga sebagai ulam dengan sambal belacan atau di buat "Urap Pegaga". Urap pegaga dibuat dengan menyediakan ramuan terdiri dari cili api, bawang merah dan bawang putih (Goreng dahulu), ikan bilis , garam serta sedikit gula yang ditumbunk dalam lesung batu. Gaulkan ramuan tersebut dengan kelapa parut dan kemudian dipanas sekejap atas api. Pegaga yang dihiris halus digaul dengan ramuan tadi. Menambakkan lagi keenakan Urap masukkan daun cekur yang dihiris halus. Dah siap...dimakan dengan nasi panas yang lembik... SELAMAT MENCUBA!


Related articles:
1. Ulam Raja (Klik disini)
2. Selom (Klik disini)
3. Ulam Tenggek Burung (Klik disini)
4. Maman (Klik disini)
5. Pucuk Gajus (Klik disini)

TANAM ULAM....PILIH PEGAGA...
DALAM PASU....SENANG DIJAGA....
MAKAN SEGAR...KHASIAT TERPELIHARA....
BACA ARTIKEL....INGIN MENCUBA...


By,
M Anem
Senior Agronomist,
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka
Malaysia
(Kemaskini pada 3 September 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.