Support My Blog

Saturday, July 6, 2024

ISU 'TRANSLUCENT' BUAH NANAS

MASAALAH TRANSLUCENT pada buah nanas (Ananas comosus) merupakan kerosakan fisiologi yang dicirikan dimana isi daging buah nanas akan berubah dilihat menjadi  berwarna jernih bila di belah dan mempunyai kadar air dalam buah yang cenderung lebih tinggi daripada buah buah nanas normal. Pada penulis blog masaalah 'Translucent' ini terjadi disebabkan oleh pecahnya pembuluh pada buah nanas yang menyebabkan kadar air pada isi daging buah nanas kemudian ia meningkat dan boleh menyebar ke seluruh bahagian isi buah nanas (Sila lihat foto diatas). Akibatnya pembeli atau pengguna buah nanas segar (termasuk nanas premium MD2) akan kecewa apabila membelahnya di rumah dan nanas tersebut tidak dapat di nikmati. Ini kerana 'appearance' buah nanas yang ada masaalah translucent ini dilihat ia sempurna dipandang dari luaran tidak seperti buah rosak atau cedera lain yang dapat dilihat jelas. Apa pun isu ' Translucent' pada nanas dilaporkan akan muncul pada 2 - 4 minggu sebelum proses penuaian buah nanas dilakukan dimana kesan dari masaalah translucent iaitu buah nanas  tersebut ada tanda seperti keluarnya sari buah (cairan pati buah) di kawasan buah nanas yang rosak. Buah nanas juga boleh menjadi rosak iaitu semasa aktiviti penuaian hasil, proses pengangkutan hasil, aktiiviti lepastuai serta aktiviti pemprosesan buah nanas tersebut. Selalunya jika lebih banyak pergerakan termasuk buah nanas ada pertindihan semasa di susun atau dibawa dimana buah nanas ini akan bersentuhan dan tekanan akan mejadi salah satu sebab masaalah translucent ini lebih mudah berlaku. Kajian menunjukkan dimana masalah t
ranslucent merupakan kerosakan yang tahap penyebarannya susar atau sukar untuk di kesan secara langsung. Ia hanya dapat dilihat apabila buah nanas di belah atau dibuka terlebih dahulu untuk mengetahui thap kejadian translucent yang sebenarnya. Setakat ini belum ada teknologi sesuai di gunakan untuk mengesan kejadian buah nanas translucent tanpa membelah buah nanas dikenalpasti sebagai Thermal Image. Bagaimana pun dilaporkan. Dalam pada itu selalunya penyebaran 
suhu pada dalam isi buah nanas tidaklah merata disebabkan kadar air yang berbeza pada bahagian isi buah yang terkena dengan translucent dan pada isi buah nanas adalah normal. Masaalah translucent juga mengakibatkan perbezaan warna isi daging bua nanas dimana bagi buah nanas normal ia memiliki warna kuning pucat hingga kuning keemasan sesuai dengan varieti  nanas dan indeks kematangan buah. Bagaimana pun dilihat buah nanas yang terkena translucent isinya akan berwarna kuning jernah dan berair. Selain berlaku perubahan kepada kualiti daging buah di laporkan dimana buah nanas yang terkena translucent biasanya mengalami perubahan ciri-ciri atau parameter fisizikal seperti kenaikan berat buah ini. Penulis blog belum lagi melihat penggunaan thermal image di gunakan secara meluas di Malaysia untuk tujuan memeriksa buah nanas (terutama nanas MD2) dikalangan pengusaha nanas. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan apakah dia isu atau masaalah translucent dan bagaimana cara untuk mengenali buah yang terkena isu ini untuk dijadikan bahan rujukkan seua.


Apa pun pada penulis blog dimana isu kerosakan buah n
anas perlu sentiasa di tangani untuk mengekalkan kualiti buah. Tanaman nanas itu secara umumnya akan dikatakan 'sakit' apabila ada perubahan seluruh atau sebahagian organ-organ tanaman yang menyebabkan terganggunya kegiatan fisiologis sehari-hari. Secara singkat penyakit tanaman nanas ini adalah berkait penyimpangan proses pertumbuhan iaitu dari keadaan pertumbuhan normal. Apa pun lazimnya suatu jenis tanaman dapat dikatakan sihat atau normal jika tanaman tersebut dapat menjalankan fungsi-fungsi fisiologinya dengan baik iaiti seperti proses pembelahan dan perkembangan sel, penyerapan air dan nutrien makanan, proses fotosintesis dan lain-lain proses pertumbuhan tanaman. Apa pun jika berlaku keadaan dimana ujud gangguan pada proses fisiologinya atau fungsi-fungsi tanaman yang lain ia akan dapat menimbulkan penyakit. Penyakit tanaman adalah sesuatu yang menyimpang dari keadaan normal dimana simptomnya dapat dilihat jelas menimbulkan gejala yang dapat dikenali seperti didalam ianya akan menurunkan kualiti atau nilai ekonomi hasil tanaman. Apa pun kadar serangan ini akan lebih teruk jika tidak dikawal atau ia berlaku tanpa disedari dalam masa agak lama. DIlihat dimana tanaman sakit adalah salah satu dalam proses hidup tanaman yang menyimpang dari keadaan normal dan akibatnya akan menyebabkan kerosakkan tanaman dan hasilnya. 
Kerosakan tanaman adalah keadaan dimana pada setiap perubahan pada pertu,nuhan tanaman terganggu akan menyebabkan penurunan kualiti dan kuantiti hasil tenaman tersebut.  Bagi kes buah nanas dimana ia mengkin adalah disebabkan oleh faktor biotik dan abiotik. Faktor biotik berupa serangan oleh patogen mikrob dan serangga sedangkan jika ada faktor abiotik ianya disebabkan oleh pengaruh internal dan pengaruh eksternal. Pengaruh internal (internal factor) adalah ia berupa proses metabolisme seperti aktiviti enzim dan cara respirasi akan tetapi faktor eksternal (external factor) mencakupi aspek suhu, mekanikal, cahaya, kelembapan dan kerosakan mekanikal. Bagi kes buah nanas dimana isu kero
sakan nanas akan terjadi semasa sebelum kerja menuai buah, semasa menuai dan semasa pasca tuai (post harvest). Kerosakan buah nanas juga boleh berlaku semasa aktiviti pemprosesan dan juga semasa simpanan. Apa pun selalunya kerosakan sebelum penuaian berlaku di kebun dimana berlaku serangan serangga perosak atau penyakit termasuk serangan oleh Kutu Putih (Mealybug) yang merupakan jenis perosak yang utama menyerang buah nanas. Kerosakan buah nanas dilihat dengan terjadinya perubahan warna kulit buah nanas, berkurangnya aroma, munculnya bau, perubahan warna yang menandakan buah sudah kehilangan vitamin C, buah menjadi lembut dan perubahan tekstur pada buah. Kerosakan buah nanas di antaranya adalah berlaku apa yang dikatakan sebagai proses 'pencoklatan' dimana ia disebabkan oleh tindakbalas diantara enzim dengan tindakbalas atau reaksi enzimatic dan non-enzimatic. Proses pencoklatan 'internal' akan berlaku atau muncul selama penyimpanan terutama jika disimpan pada suhu rendah dalam jangka waktu yang lama. Dilaporkan diantara faktor biotik penyebab berlaku kerosakan selepas tuai (pascatuai) bagi buah nanas meliputi serangan mikrob yang baik seperti cendawan, bakteria dan patogen lain. Cendawan jenis Thielaviopsis didapati akan menyerang buah nanas masih utuh semasa di kebun dan kekal berada selama proses penyimpanan dan kemudian ia akan menyebabkan masaalah busuk hitam atau 'black rot'. Serangan ini dilaporkan ia akan terjadi pada bahagian hujung tangkai buah nanas dan jika ianya dibiarkan maka kemudian akan menyebar pula ke bahagian dalam buah. Isi dalam buah nanas diserang akan menjadi lembut, berwarnakehitaman, berair dan mengeluarkan bau tidak enak. Ini akan menyebabkan berlaku kerosakan ciri fisiologi buah nanas yang terdiri dari titik yang berwarna hitam seakan arang pada kulit buah (seakan ia terkena isu sunburn). Apa pun lazimnya kejadiana boleh berlaku pada buah nanas yang mempunyai ukuran saiz iaitu di bawah standard atau piawaian dengan berat kurang dari 0.5 kg sebiji dengan saiz 20 - 30 (under size) dimana isi daging buah berwarna jernih (translucent) dan buah nanas terlalu matang (over ripe).


Teknologi dengan cara iaitu menggunakan k
amera termal (thermal camera)  berfungsi dimana dengan menggunakan sensor gelombang inframerah (infrared) yang tidak terlihat oleh mata kasar dan kemudian dipancarkan melalui buah nanas dan seterusnya diproses menjadi gambar termal sehingga kelihatan jelas secara visual akan kejadian translucent (Sila lihat foto disebelah). Buah nanaa yang normal akan di lihat berlainan dimana akan jelas di tunjukkan yang mana buah nanas yang kadar translucent sangat seriun (gambar bertanda 5). Akan kelihat bagaimana akan sebaran dan saiz besa atau kecil kejadian translucent pada buah tersebut. Secara teorinya dimana pada setiap benda dengan suhu di atas 0 Celcius akan memancarkan energi panas dalam bentuk infrared dimana sehingga setiap objek dapat di kenali dengan menggunakan thermal camera dimana beberapa kajian makmal mendapati kaedah thermal image sesuai digunakan untuk mengesan suhu buah nanas yang terkena translucent atau pun mengetahui bagaimana foto buah nanas sihat secara tidak merosakkan buah nanas tersebut. Teknologi 'thermal image' merupakan salah satu kaedah pilihan alternatif atau kaedah terbaru yang boleh dijadikan kaedah mudah untuk mengesan buah nanas yang translucent secara efektif, cepat dan tidak merosakkan buah tersebut. Sebagai salah satu tanda aras atau indikator standard menentukan mutu buah penting diketauiakan apsek perbezaan parameter fizikal buah nanas termasuk ciri berat buah, ciri warna kulitm ciri suhu dalam buah dan sebagainya didalam menentukan kualiti buah nanas. Penulis blog yang telah melawat beberapa ladang nesar yang menanam nanas MD2 mendapati kini amalan atau teknologi paling lazim di amalkan adalah dengan memasukkan buah nanas yang baru di petik kedalam kolam besar. Air kolam ini di bubuh bahan untuk merawat buah dan buah nanas MD2 yang tenggelam akan di assingkan dengan buah nanas yang terapong. Ini kerana buah nanas yang tenggelam lazimnya adalah buan translucent kerana ia adalah berat (banyak kandungan air). Sementara buah nanas yang bagus akan timbul kerana ada banyak ruangan udara didalam buah tersebut. BUah yang tarnslucent ini akan di bawa kebahagian 'buah reject' sama ada ia sesuai untuk di proses menjadi produk lain seperti jus dan sebagainya.

 
Varieti nanas MD2 merupakan nanas hibrid yang digunakan untuk ditanam dan menjadi pilihan pengguna diselruruh dunia dan ia adalah jenis nanas diambil sebaiknya sebagai Nanas Segar untuk nikmat sebenar. Nanas MD2 mempunyai rasa yang dominan manis dengan sedikit rasa masam dan yang paling penting ia tidak lidas. Warna kulitnya yang lebih cerah dibandingkan nanas lain yang menjadikan nanas MD2 lebih diminati untuk dijadikan nanas segar. Kulit buah yang lebih tebal menjadikan MD2 dapat dieksport jauh keluar negara melalui berbagai cara sama ada kapal laut atau kapalterbang dengan sebab hanya sedikit potensi buah yang akan rosak. Secara umumnya kebanyakan buah nanas adalah termasuk buah yang mudah rosak, mudah susut nilai beratnya dan cepat busuk kerana aspek kandungan kadar airnya yang relatif tinggi dan tekstur buah yang lembut. Sejak dulu di Malaysia dimana buah nanas (Varieti Morris, N36, Gandul) dan sebagainya akan di proses menjadi nanas keleng atau menjadi puri atau jus agar ia boleh di pasarkan dalam masa lebih lama ke seluruh dunia. Bagaimana pun kini industri nanas dsudah berubah dimana lebih banyak permintaan buah nanas segar dipasaran domestik dan globak kerana khasiat dan keenakannya terutama untk nanas premium seperti nanas MD2. Bagaimana pun hanya buah berkualiti sesuai dijual kerana selelunya buah nanas tidak masuk dalam gred mutu terbaik disebabkan buah telah mengalami kerosakan fisiologi, mekanikal atau pun masaalah biologi sejak di tuai dari kebun. Kerosakan fisiologi ini adalah berupa bintik atau noda yang berwarna kecoklatan pada kulit buah atau sering disebut dengan 'sunburn', kejadian buah nanas yang memiliki ukuran di bawah standard iaitu memiliki berat kurang dari 0.5 kg/biji, isu isi daging buah berwarna jernih (translucent) dan buah nanas MD2 yang terlalu masak (overripe). Kerosakan mekanikal pula dimana berlaku kerosakan buah nanas yang disebabkan oleh 'bruises' atau cedera akibat tekanan semasa pengangkutan atau bergesar semasa proses menuai di ladang sehingga cedera. Dalam pada itu berlaku juga jenis kerosakan biologis yang diakibatkan oleh respirasi. Respirasi adalah suatu proses berlaku dimana ada aktiviti gas keluar masuk pada buah nanas yang mengakibatkan proses metabolisme perukaran makromolekul menjadi karbon dioksida, air dan energi pada buah yang telah di tuai.


Pada penulis blog b
uah nanas termasuk buah yang mudah rosak, susut beratnya dan cepat busuk sebab ia ada kandungan airnya yang relatif tinggi. Translucent merupakan kerosakan fisiologi dengan isi daging buah nanas berwarna jernih (bening), memiliki kadar kadar air tinggi dan berat jenis buah yang cenderung lebih tinggi dari buah nanas yang normal. Sejauh ini agak sukar untuk petani biasa mampu untuk membuktikan buah nanas terkena masaalah translucent ini di lapangan atau tidak dilakukan dengan cara membelah buah nanas. Bagaimana pun kajian menggunakan ‘thermal image’ dilakukankan untuk mengesan atau mengesan buah nanas yang terkena isu translucent atau pun buah nanas sihat secara tidak merosakkan dari suhu buah yang diradiasikan dari permukaan buah. Dengan kata lain teknik thermal image ditawarkan sebagai satu kaedah alternatif atau cara baru yang dicadangkan untuk mengesan isu translucent buah nanas secara tidak merosakkan buah nanas. Translucent juga dilaporkan ia akan mengakibatkan perbezaan warna isi daging buah nanas. Daging buah normal memiliki warna kuning pucat hingga kuning keemasan sesuai dengan jenis dan tingkat kematangan dari buah nanas, akan tetapi daging buah nanas yang terkena translucent akan berwarna kuning bening. Selain perubahan kualiti daging buah, buah nanas yang terkena translucent biasanya mengalami perubahan parameter fizikal seperti misalnya berat jenis buah. Penulis blog ulangi dimana masaalah translucent terjadi kerana pecahnya pembuluh pada buah nanas yang berakibat dari kadar air pada isi daging buah nanas meningkat dan kemudian ia menyebar ke seluruh bahagian isi daging buah nanas. Translucent pada nanas muncul pada 2 - 4 minggu sebelum proses penuaian berlangsung dimana kesan kerosakan buah yang mengalami translucent ditandai dengan keluarnya sari buah di daerah yang rosak (berair). Buah ini akan menjadi tersebar kerosakannya semasa menuai, pengangkutan, berlaku tekanan pada buah ini dan juga semasa pemprosesan. Lazimny buah nanas translucent yang memiliki warna daging buah berwarna jernih ini disebabkan oleh kerusakan fisiologi. Buah nanas translucency disebabkan oleh beberapa faktor iaitu curah hujan yang tinggi, kelebihan unsur Fe (zat besi), buah besar, suhu buah dan brix yang tinggi iaitu >15% (Shalihah, 2020). Translucent pada nanas biasanya berhubungan erat dengan kekurangan kalsium, suhu buah dan ukuran mahkota. Indeks tembus pandang buah menurun karena jumlah kalsium yang diterapkan meningkat. Akan lebih parah ketika suhu maksimum dan minimum 3 bulan sebelum panen masing-masing lebih rendah dari 23 °C dan 15 °C. Nanas ditutupi dengan plastik bening selama 3 minggu dapat menambah tingkat translucent. Buah nanas dengan jambul (mahkota) yang lebih besar mempunyai potensi kejadian insiden translucent yang lebih rendah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUAH NANAS ... TRANSLUCENT TERJADI...
ISINYA JERNIH... KALAU BELI JADI RUGI...
APAKAH PUNCA...BAGAIMANA MENGATASI...
BACA ARTIKEL... MAKLUMAT DI KETAHUI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 202, Rompin Beach Resort,
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(21 Zulkaedah 1445H).

Friday, July 5, 2024

TANAMAN INDIGOFERA - APA DIA?

TANAMAN INDIGOFERA
merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam daripada keluarga Fabaceae atau pun dalam kategori Legume atau kekacang yang mudah di tanam. Apa pun spesis Indigofera zollingeriana adalah spesis tanaman ini yang banyak di tanam di Malaysia dan beberapa negara ASEAN yang lain untuk di jadikan makanan ternakan terutama ternakan pelbagai jenis. Dilaporkan dimana tumbuhan jenis 
Indigofera mempunyai sekitar 700 spesies lebih dimana ada beberapa spesis di kawasan Asia Tenggara yang sudah pun  di komersialkan. Tanaman ini berasal dari tropika seperti di kawasan Afrika, Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan dimana ia kemudian menyebar keseluruh zon kawasan kering seperti di Afrika, Asia dan masuk ke Asia Tenggara termasuk di Malaysia dan Indonesia sekitar tahun 1900-an oleh penjajah kolonial. Secara agronomi apa yang penulis blog tahu dimana tumbuhan Indigofera sp. merupakan tumbuhan dari keluarga leguminosa yang toleran terhadap keadaan yang kekeringan dimana ia juga adalah tanaman tahunan yang mampu berhasil selama 25 tahun. Tanaman ini sangat mudah dibiakkan dan di usahakan sebab mampu menghasilkan potensi hasil yang tinggi untuk menghasilkan buah lengai atau polong dan biji benih yang sangat bernas. Di kalangan penternak mereka tahu dimana tanaman Indigofera sp. adalah merupakan jenis tanaman ini berpotensi tinggi sebagai sumber makanan ternakan berkualiti sebab dilaporkan ia mempunyai protein dan tenaga yang tinggi untuk membantu bagi meningkatkan produktiviti ternakan haiwnan ruminan yang di pelihara. Apa pun dilaporkan dimana disamping dijadikan sebagai sumber makanan ternakan dimana tumbuhan Indigofera sp. adalah tanaman yang ada banyak kegunaan atau fungsi antaranya termasuk sebagai bahan pentinf atau sumber pewarna biru untuk kain (warna nila) serta boleh di proses menjadi sejenia ubatan tradisional, bahan anti-mikrobe, menjadi baja organik hijau dalam sistem pertanian yang ditanam berasaskan padi. Ia juga ditanam untuk dijadikan sebagai tanaman penutup bumi (covercrop) serta ia mempunyai ciri tumbuhan herba antaranya spesis Indigofera spicata dan spesis Indigofera astragalina. Dalam pada itu ada jenis tumbuhan ii yang mempuntau jenis perdu atau batang yang sesuai untuk landskap seperti spesis Indigofera tinctoria, Indigofera natalensis dan juga Indigofera australis. Tumbuhan ini dapat dibiakkan melalui bahan biji benih atau pun keratan batang dimana ianya adalah bergantung dari spesies. Penulis blog dpatu kaedah pembiakan atau penanaman dengan kaedah menggunakan bahan biji benih adalah ia relatif mudah dan cepat. Dalam pada itu spesies yang dapat ditanam dengan biji maupun keratan batang adalah dari spesis Indigofera picata dan juga spesis Indigofera arrecta. Sedangkan spesis yang sesuai dibiakkan dengan keratan batang adalah Indigofera suffructicosa dan Indigofera hirsuta. Di Malaysia suah ada beberapa kajian dilakukan terhadap tanaman ini akan tetapi masih belum banyak ianya di perluaskan penanamannya tidak seperti di negara jiran Indonesia. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai info agronomi tanaman Indigofera untuk dijadikan bahan rujukkan para pembaca semua. Artikel ini di tulis seepas membuat tinjauan teknologi tanaman indigifera di Jonggol, Bogor Indonesia bersama pihak IPB, BRIN dan juga sebuah syarikat swasta anjuran JBiotec.


Mengenali tumbuhan Indigofera ini perlu tahu akan beberapa ciri asas dimana selalunya tumbuhan ini akan mempunyai jenis daun yang susunan d
aunnya berseling atau dilihat seakan ia bersirip ganjil (Sila lihat foto disebelah). Daun ini berwarna hijau seragam dengan pada pucuknya agak hijau terang sedikit. Apa pun pokok ini bercabang banyak dengan batang yang mampu membesar menjadi sebatag pokok yang besar dan tinggi. Mengenai akan ciri bunganya selalu dilihat ia akan tersusun dalam suatu tandan dimana ciri pada bentuk  kelopaknya berbentuk genta bergigi lima dangan pada daun mahkotanya dilihat seakan berbentuk kupu-kupu. Paling unik dimana sama dengan beberapa jenis pokok kekecang lain dimana ia akan menghasilkan buah dalam bentuk Buah Lengai (pod) atau polong apabila pokok sudah matang. Diliht secara terperinci dimana pod ini mempunyai bentuk pita sama ada ia berbentuk lurus atau bengkok dengan selalu berisi diantara sebanyak 1 - 20 biji yang berbentuk bulat sehingga berbentuk agak lonjong. Daripada bahagian biji ini boleh di proses menjadi makanan manusia dan pelbagai produk lain. Pod yang sudah matang ini boleh di tuai dan di keluarkan isi bjijnya untuk di kumpulkan sebagai hasil. Biji Indigofera dilaporkan ia mudah di semai dan cepat tumbuh dimana selalu dilihat cara pertumbuhannya adapab 'epigeal' dimana dilihat ada kepingan bijinya tebal dan cepat gugur keatas tanah apabila matang dan tumbuh semula. Semua spesis tumbuhan indigifera ini mempunyai jenis Akar Tunjang yang kuat dimana ia selalu tahan daripada kejadian tumbang dari di tiup angin kencang. Berbatang tegap yang tumbuh menegak dan banyak cabang sebaiknya ia selalu di cantas untuk mendapatkan cabang dan daunnya bagi tujuan dijadikan makanan ternakan melalui beberapa proses tertentu. Makanan hasilan silaj dari tumbuhan ini dilaporkan amat di sukai oleh haiwan ternakan terutama lembu, kambing dan sebagainya.


Kajian menunjukkan dimana produk silaj dari tumbuhan ini yang merupakan sumber makanan ternakan berkualiti tinggi yang memiliki kandungan nutrisi terdiri daripada Protein kasar (28-32%), Serat kasar (13-14%), Vitamin A (5,054.5 IU/100mg), Vitamin D (34.17 bagi setiap mg/100g), Vitamin E (13.2 bagi setiap mg/100g) dan bahan TDN (sebanyak 75%-78%). Kehebatan tumbuhan ini juga dilaporkan ia mempunyai tahap kecernaan bahan kering sekitar 78-80%, tahap kecernaan bahan organik (77%) dan juga tahap kecernaan protein kasar (86,32%). Dalam pada itu merujuk kepada beberapa hasil kajian dimana tumbuhan ini juga mengandungi bahan mineral iaitu Kalsium (Ca) sekitar 1.78% dan juga Posforan (P) sekitar 0.34% dimana lazimnya tumbuhan ii dijadikan makanan kepada pelbagai jenis ayam, 
itik, lembu, kambing, rusa, arnab sa,a ada dalam bentuk segar atau di proses menjadi bokashi, silaj atau pun pellet. Apa pun ada banyak laporan kajian menyatakan dimana makanan ternaiak dari tumbuhan indigifera ini jika di berikan kepada lembu tenusu ia mampu memnghasilkan susu banyak dan juga anak lembu akan cepat membesar. Dalam aspek lain di laporkan bagi jenis lembu daging ia adalah bahan makanan pengemuk ternakan yang signifikan. Kajian saintis mendapati dimana bahan atau kandungan bahan mebahaya yang terkandung dalam tumbuhan indigofera ini untuk makanan ternakan seperti bahan Tanin dan Saponin dalam jumlah relatif rendah dimana bahan Tanin cuma 0.08% dan bahan Saponin cuman 0.41% sahaja dan selalunya ia tidak dapat di kenan jika ianya ada mengandungi bahan bahaya seperti tri-nitro propionat.


Apa pun lazimnya dimana tumbuhan jenis Indigofera ini memang ia unggul di tanam kerana cirinya seperti amat 
mudah jika ia ditanam dan di jaga dengan baik. Ciri khas seperti tumbuhan ini yang tahan hidup dikawasan tanah agak ekstrim dan ia mampu untuk bertolerasi terhadap keadaan yang agak kering terutama di musim kemarau amat berguna. Apa pun dilaporkan juga dimana tumbuhan ini juga tahan dalam keadaan tergenang air di musim hujan serta sesuai juga jika di tanam di kawasan agak masin atau kadar saliniti di kawasan pantai membolehkan tumbuhan ini sesuai dijadikan bahan makanan ternakan sepanjang tahun. Kalangan penternak tradisional dilaporan tumbuhan ini di tanam denga tidak pun mereka menggunakan bahan kimia dalam aktiviti penjagaan tanaman sebaliknya tumbuhan ini dilaporkan ia mampu untuk memperbaiki unsur nutrien dalam tanah dan mampu menahan masaalah hakisan tanah. Ramai penternak telah mengetahui dimana tanaman indigofera ini sebenarinya mampu memenuhi kriteria bahan makanan ternakan yang baik, praktikan serta agak murah. Kajian saintis endapati dimana jika ia digunakan untuk ternakan mampu untuk meningkatkan tahap pencernaan yang tinggi (sehingga 77%), menjadikan kawasan kandang ternakan relatif tidak berbau dengan kotoran najis yang lebih kering dan juga mengurangkan pengeluaran (emmision) gas methan. Didakwa juga ia akan menghasilkan produk susu dan daging lebih sihat dan berkualiti berbanding beberapa bahan makanan ternakan lain. Ada juga laporan kajian menyatakan makanan ini akan dapat meningkatkan kesuburan ternakan termasuk kemampuan pembiakbakaan, kualiti sperma dan kualiti susu yang baik. Produk ternakan juga berkolesterol rendah dengan kandungan conjugajed Linoleic Acid yang tinggi serta marbling skor lebih tinggi dan lembak berbahaya juga rendah. Kajian terhadap ternakan arnab yang diberikan makanan dari Indigofera ini berjaya dalam menyebabkan ia mampu menunrunkan insiden arnab yang mati semasa di ternak. Sementara itu dilaporkan jik adiberikan kepada ternakan unggas seperti ayam dan itek dilaporkan dimana ia mampu hasilkan telur dengan saiz 'yolk egg color' skor terbaik, bahan antioksk dan bahan albumin lebih tebal dalam telur. Disamping itu didalam kandang ternakan akan mampu ia menghasilkan baja organik (najis ternakan) yang berkualiti dan baik untuk tanaman.


Penanamanan dan amalan agronomi tanaman indigifera adalah mudah untuk ia di jalankan. Penyediaan bahan tanaman boleh menggunakan biji benih atau keratan batang. Biji benih indigofera ia boleh di sediakan dari mengambi pod yang telah matang dimana umurnya 
sudah tua berumur sekitar 12 bulan. Biji benih juga boleh di beli dari penjual benih atau secara on-line sahaja. Ketika disemai sebaiknya biji benih ini diletakkan pada nurseri yang teduh sehingga benihnya sudah mencapai tinggi lebih 30 cm. Jika petani memilih untuk gunakan benih dari keratan batang sebaiknya induk diambil daripada pokok matang dari cabang-cabang yang paling baik pertumbuhannya terutama pada pokok induk yang sudah berhasil dan matang. Semasa memotong dahan bagi tujuan dijadikan keratan anakbenih sebaiknya sepanjang 30 cm. Apa pun keratan tersebut sebaiknya ia tidak segera ditanam tetapi diikat dibiarkan selama 1 - 3 hari ditempat yang teduh dengan dihujung keratan ini diletakkan menghala keatas. Kemudian setelah permukaan potongan kering barulah keratan indigofera bersedia untuk ditanam. Kawasan tanah perlu dibajak atau di gemburkan dahulu sebelum menanam. Adalah lebih baik di bubuh baja organik dengan kadar 10 mt/ha dan juga rawatan tanah 25 kg/ha serta baja lain seperti baja ZA, TSP, KCI dan dolomite (kadar disyorkan 3:4:1:3:3) dengan kadsr 25 kg/ha. Jarak tanaman indigofera di syorkan adalah pada jarak antar barisan 75 cm dan 50 cm dalam barisan. Tanam bahan tanaman berasal dari kertan batang setelah ia berdaun dan berakardan kalau guna biji benih boleh disemai dulu dimana setelah berumur 4-6 minggu maka ia sesuai untuk ditanam dalam lubang penanaman. Amalan agronomi seterusnya adalah mengawal rumpai dan membaja. Cara pembajaan susulan dengan apabila tanaman berumur 3 bulan maka diberikan baja berikut iaitu dengan kadar 100 Kg/Ha, kemudian pembajaan ke 2 sebanyak 80 kg/ha pada umru 8 bulan dan pembajaan ke 3 pada umur 12 bulan sebanyak 80 kg/ha juga. Baja digunakan adalah jenis campurnan Urea, ZA,TSP, KCL dengan kadar 3 : 4 : 1 : 3 dan juga baja organik sebanyak 20 kg/Ha untuk 5 kali pemberian. Jika pokok ini tidak dibaja maka penghasilan akan kurang kerana pokok tidak subur.


Penuaian indigofera boleh dilakukan setelah pokok berumur 240 hari (8 bulan) selepas ditanam untuk tuaian kali pertama. Kemudian s
elanjutnya dapat di tuai dalam jangkamasa 60 - 90 hari iaitu selepas penuaian pertama. Tuaian dilakukan dengan cara memotong dahan tanaman dari batang sampai daun dan disisakan batang bawah untuk pertumbuhan tunas baru yang berikutnya. Kjian mendapati dimana jangkamasa umur bagi tanaman indigofera dapat mencapai 3 tahun. Umumnya sebagai panduan memetik hasil tanaman Indigofera sp dibuat apabila pokok berumur 8 bulan untuk potong pertama, dalam masa 60 - 90 hari untuk pemotongan berikutnya. Sebaiknya kerja pemotongan ini dilakukan seteah pokok setinggi 1-1.5  meter dari permukaan tanah dimana jumlah hasil dituai adalah pada kapasiti 1.0 - 2.0 kg sehari seekar. Kajian mendapati dimana penghasilan dari tanaman Indigofera yang utama adalah untuk dijadikan makanan ternakan. Bahan kehijauan Indigofera sp dapat digunakan sebagai bahan asas untuk juga dijadikan produk organik dimana ia adalah sebagai sumber utama protein sebagai makanan ternakan. Proses untuk menyedianan hijauan indigofera selepas dituai sesuai untuk ianya dilakukan alat mesin pengeringan atau pengeringan secara manual atau manual iaitu dengan dijemur. Pproses lanjutnya adalah memootong dahan dan ranting indigofera menggunakan nmesih peracik (chopper). Kemudian kesenua bahagian ini boleh juga di kisar sehingga boleh menjadi bentuk serbuk (powder) indigofera. Selalunya proses ini dapat dilakukan dengan menggunakan mesin seperti jenis 'Dismilasatau' atau pun menggunakan mensin 'Hammer mils'. Setelah menjadi serbuk maka produk ini boleh di proses lagi sehingga menjadi makanan mudah di gunakan iaitu dengan menggunakan mesin 'wafer processor' atau boleh juga gunakan bahan concentrate tepung indigofera ini sehingga boleh menjadi produk 'Green concentrate' dan 'Green wafer' yang mudah di simpan dan digunakan  saban waktu sebagai bahan makanan haiwan. Semua tulisan ini memberi info berguna kepada semya para pembaca bog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAMAN INDIGOFERA... APA DIA....
MUDAH DI TANAM...SERTA DI JAGA...
MAKANAN TERNAKAN...SESUAI IA...
BACA ARTIKEL... AMAT BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 710, Hotel Ciputra Cibubur,
Cibubur, Jakarta,
Indonesia.
(22 Dzulhijjah 1445H).
Bersamaan 27 Jun 2024).

Thursday, July 4, 2024

KUNDUR - STANDARD PIAWAIAN DI MALAYSIA

BUAH KUNDUR
(Benincasa hispida syn Cerifera savi) adalah sejenis buah yang di hasilkan oleh tanaman kundur iaitu sejenis tumbuhan menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara tetapi kini telah di tanam di seluruh dunia. Tumbuhan ini sama dengan timun, tembikai dan keluarga cucurbit yang lain adalah dalam keluarga sayuran cuma kundur mengeluarkan buah paling besar diantara keluarga cucurbit. Banyak nama kundur diberikan mengikut lokaliti seperti Wax Gourd, Ash Gourd, Winter Melon, Fuzzy melon, green pumpkin, white gourd, Hairy melon (English), To'gan (Jepun), donggua (China), tak, Faeng, mafaeng (Thai), Courge a la cire ; courge cireuse (Perancis), Kondol, tabiyan (Filipina), Kundo ; kundur, bligo (Indonesia) dan banyak lagi. Tanaman ini kini banyak diusahakan di Asia Selatan dan Asia Barat. Tanaman kundur di Malaysia bukan menjadi tanaman yang popular kerana ia kurangnya jumlah permintaan buah segar dipasaran domestik. Kebanyakan petani yang masih lagi menanam kundur secara komersil ini merupakan orang yang sama sahaja dan amat sukar mencari petani baru yang menanam kundur kecuali sebagai tanaman hobi sahaja. Antara sebab petani tidak suka menanam kundur adalah kerana tidak ada jaminan pasaran dimana buah kundur mahu dijual. Pasaran buah kundur adalah terhad dan mereka yang ada perjanjian 'Ladang Kontrak' dimana ia mungkin tidak menghadapi masaalah. Beberapa negeri yang ada menanam kundur ini termasuk di Johor, Pahang, Perak dan Kelantan. Apa pun dilaporkan k
awasan pengeluaran utama kundur ialah Negeri Johor (386 ha), Pahang (275 ha) dan Perak (188 ha). Negeri lain yang ada juga menanam kundur ialah seperti Sabah, Kelantan dan Selangor dengan keluasan kurang 70 hektar. Kebanyakkan tanaman kundur dibuat secara tanaman kontan atau tanaman selingan dikawasan penanaman semula getah atau kelapa sawit dan hanya untuk pengeluaran segar sahaja. Penulis blog juga masih percaya dan mendapati varieti kundur tidak ada dalam sistem pendaftaran Varieti Tanaman (National variety listing) kerana belum ada yang membuat pendaftaran secara rasmi. Sila baca beberapa artikel tulisan saya dengan antaranya pautan (Sila Klik Disini). Artikel pada subuh  ini dalam blog "Anim Agro Technology"  saya suka menulis mengenai standard atau piawaian hasil tanaman kundur di Malaysia berdasarkan kepada bahan dan maklumat daripada FAMA untuk dijadikan panduan kepada semua bakal petani dan pembeli kundur semua.


Buah kundur akan di tuai mengikut peringkat kematangan dan tujuan pemasaran. Bagi petani yang menanam kundur keliling rumah dan hendak petik muda untuk dibuat sayur boleh petik kundur seminggu selepas proses anthesis. Buah yang matang akan dituan 100-160 hari selepas menanam diladang. Buah yang matang dikenali dengan warna hijau dan keputihan berdebu seperti berlilin dan tangkai buah kundur akan di potong dengan pisau tajam. Buah perlu di bersihkan dari kekotoran seperti tanah, lumpur dan sebagainya kemudian digredkan mengikut saiz dan kualiti sebelum dijual. Buah kundur merupakan buah yang mudah rosak jika tidak dikendalikan 'post harvest handling' dengan baik. Ia akan busuk sebelum dijual apabila buah ini dicampakkan dengan kasar dimana buah boleh pecah. Kajian saya mendapati berat setiap biji buah kundur antara 1 - 15 kg bergantung kepada penjagaan tanaman. Anggaran hasil tanaman kkundur secara komersil sebanyak 20 -50 mt/ha. Buah muda tidak tahan lama tetapi buah matang tahan hingga beberapa minggu kerana lapisan lilin membantu menghalang serangan organisma perosak dan dijaga dengan cara baik. Kajian penulis di Mersing, Johor dahulu juga mendapati kos pengeluaran untuk sehektar penanaman kundur sebanyak 
RM 9,140 sehektar dimana ia mampu menghasilkan sebanyak 45,000 kg buah kundur segar yang dijual dengan harga 
RM 0.30 sekilogram. Analisa kewangan menunjukkan jumlah pendapatan kasar sebanyak RM 13,500 sehektar. Anggaran untuk pendapatan bersih sebanyak RM 4,350 sehektar. Analisa penulis mendapati Kos setiap bagi kg kundur ialah sebanyak RM 0.20 sekilogram dan keuntungan setiap ringgit dilaburkan sebanyak RM 1.47. Tanaman kundur di Malaysia juga merupakan sistem perladangan yang tidak meluas diusahakan kerana agak sukar untuk mencari pasaran tetap. Kajjian saya mendapati hanya terdapat kurang dari 10 pengusaha kundur komersial yang aktif menanam kundur di Malaysia iaitu di sekitar Johor (Daerah Kota Tinggi dan Mersing serta Kluang) dan Pahang serta beberapa lokasi di Selangor. Penanaman kundur lazimnya dilakukan oleh petani yang biasa menanamnya dan mengikut keperluan pasaran.


Penting untuk petani dan pembeli buah kundur dimana perlu ikut s
tandard yang disediakan FAMA untuk kundur Jenis Panjang dan kundur Jenis Bulat (Benincasa hispida syn. Cerifera savi) daripada famili Cucurbitaceae untuk pasaran segar. Apa pun bagi tujuan spesifikasi ini, terma-terma yang digunakan akan bermaksud 'Bersih' iaitu ia bebas daripada kotoran dan benda asing. Bagi terma 'Kecacatan; merujuk isu mempunyai tanda - tanda yang menjejaskan rupa keseluruhan antaranya adalah 'Cacat bentuk' dimana buahnya berbentuk tidak normal bagi varietinya seperti terbantut dan berlekuk. Seterunysa ujud 'Cacat rupa' jika ada tanda-tanda yang mencacatkan rupa luaran seperti karat, dan kesan parut yang tidak boleh pun ia dibersihkan, tetapi tidak menjejaskan isi buah. Istilah bagi 'Kematangan' buah kundur terdiri daripada empat (4) indeks seperti iaitu Indeks 1, Indeks 2, Indejks 3 dan Indeks 4. Bagi buah dari Indeks 1 (Belum matang) dimana dilihat pada permukaan kulit berwarna hijau muda dan berbulu halus. Biji belum terbentuk sepenuhnya, lembut dan berwarna putih jernih dimana isinya masih padat. Bagi Indeks 2 (Matang) dimana ia mempunyai permukaan kulit berwarna hijau, bulu halus mulai gugur dan diliputi debu/lilin putih di sekeliling tangkai.Biji mulai terbentuk, mulai keras dan berwarna putih. Agak berongga di bahagian berbiji dengan isi padat. Bagi tahap seterusnya iaitu Indeks 3 (Matang) dimana ia selalu mempunyai permukaan kulit berwarna hijau, tiada bulu halus dan sebahagian besar diliputi debu/lilin putih. Biji telah terbentuk dengan sempurna dan berwarna keperangan. Berongga di bahagian berbiji dengan isinya yang padat. Akhir sekali adalah Indeks 4 Terlebih Matang) dimnana pada keseluruhan permukaan kulit berwarna hijau dan diliputi debu putih sepenuhnya. Ia mempunyai biji keras dan berwarna perang dimana dilihat rongga semakin jelas di bahagian berbiji dan ketika ini isinya mulai kurang padat. Petani perlu tahu akan tahap indeks kematangan bagi menentukan buah yang akan di tuai mengikuti standard atau piawaian untuk pasaran sama ada pasaran domestik atau eksport atau untuk tujuan buah kundur yang di proses.


Salah satu faktur standard buah kundur yang perlu di ketahui adalah istilah 'Kematangan seragam' dimana setiap konsainan menuai buah akan dianggap seragam apabila mempunyai satu indeks sahaja atau gabungan beberapa indeks kematangan seperti antara indeks 2 dan 3 sahaja dalam satu pembungkusan. Kerja ini dilakukan di ladang atau di pusat pengumpulan hasil sebelum di bungkus dan dihantar kepasaran. Penting juga di ketahui akan ciri 'Kerosakan Buah Kundur' semasa membuat penggredan. Taktif 'Rosak' dikaitkan dengan isu sebarang kecederaan disebabkan oleh perosak dan penyakit atau berlaku disebabkan kesan mekanikal dan/atau fisiologi yang menjejaskan kualiti dan jangkahayat pasaran. Jika berlaku situasi kecederaan yang disebabkan oleh perosak seperti kesan gigitan serangga, lubang, busuk, reput dan berkulat maka ia pelru diperiksa dengan teliti. Kecederaan mekanikal boleh berlaku  semasa pengendalian semasa menuai atau selepas menuai seperti tangkai tercabut, luka, pecah, lebam atau calar. Kecederaan fisiologi disebabkan oleh keadaan seperti kekurangan nutrien, perubahan cuaca dan suhu yang ketara. Contoh kerosakan buah kundur yang mungkin boleh berlaku adalah seperti kejadian buah merekah, kecederaan dingin dan nyahwarna. Kecacatan seperti cacat bentuk, membengkok, buah berkarat kulitnya, buah pecah, buah yang berlubang, tangkai yang tercabut dan sebagainya perlu diasingkan daripada buah yang berkualiti. Pastikan semua buah kundur di tuai dalam keadaan ;Buah Segar' dimana selalu pastikan seakan ia adalah buah k
undur seperti hasil yang baru dituai (dari segi kulit dan tekstur). Bagi tujuan pengkelasan saiz dimana ia di bahagikan kepada buah Saiz Sangat Besar (XL), Buah Besar (L), Buah Sedang (M) dan buah Kecil (S). Bagi kundur, saiz ditentukan oleh berat dalam unit (kg) bagi Kundur Panjang XL lebih 9 kg sebiji, L antara 6 - 9 kg sebiji, M antara 3 - 6 kh sebiji dan S kurang dari 3 khg sebiji. Bagi jenis Kundur Bulat pula di tentukan kelasnya dimana ukuran Saiz XL beratnya lebih 4.5 kg sebiji, Saiz L beratnya 3.0 - 4.5 kg sebiji, Saiz M beratnya 1.5 - 3.0 kg sebiji dan saiz S beratnya adalah kurang dari 1.5 kg sebiji.


Standard buah kundur selalu memerlukan ciri minima untuk dipasarkan dimana ia termasuh buah kundur yang masih segar,
bersih dan bebas daripada kecederaan oleh perosak atau penyakit. Buah kundur ini hendaklah agak bebas daripada kecederaan mekanikal, fisiologi dan kecacatan termasuk cacat berlubang (Sila lihat foto disebelah). Buah kundur hendaklah mencapai peringkat pembentukan yang sempurna mengikut ciri-ciri varieti dan kawasan di mana ia ditanam. Ia juga sebaiknya mempunyai varieti yang sama dalam satu bungkusan dan hendaklah bertangkai tidak melebihi 3cm. Apa pun buah yang telah mencapai peringkat kematangan yang dikehendaki oleh pasaran sesuai di petik. Pengkelasan gred buah kundur di bahagikan kepada 3 kategori iaitu Gred Premium, Gred 1 dan Gred 2. Bagi Gred Premium Kundur dimana buahnya hendaklah daripada varieti yang sama, bebas daripada kerosakan dan/atau kecacatan, buah ini mempunyai kematangan yang seragam. Ia juga mestilah memempunyai saiz yang seragam dimana boleh dikekalkan segar kualiti dan persembahan dalam pembungkusan. Apa pyn bagi gred ini tahap kerosakan hendaklah tidak melebihi 3% dengan kadar maksimum 5% mengikut bilangan atau berat yang tidak mencapai keperluan Gred Premium tetapi memenuhi keperluan Gred 1. Bagi Buah Kundur Gred 1 pula ia hendaklah daripada varieti yang sama, agak bebas daripada kerosakan dan atau kecacatan. Kesan kerosakan ini hendaklah tidak melebihi 5% daripada jumlah keseluruhan permukaan kulit serta ia mempunyai kematangan yang seragam. Gred 1 ini dipilih dimana ia mempunyai saiz yang seragam dan boleh dikekalkan kualiti dan persembahan dalam pembungkusan. Kerosakan hendaklah tidak melebihi 5% dengan tahap maksimum 10% mengikut bilangan atau berat yang tidak mencapai keperluan Gred 1 tetapi memenuhi Gred 2. Bahi Buah Kundur Gred 2 pula ia hendaklah daripada varieti yang sama dimana hampir bebas daripada kerosakan dan/atau kecacatan. Kesan kerosakan ini hendaklah tidak melebihi 10% daripada keseluruhan permukaan kulit serta buahnya mempunyai kematangan yang seragam. Ia masih juga mempunyai saiz yang seragam dimana boleh ia dapat  dikekalkan kualiti dan persembahan dalam pembungkusan; dan perlu menepati keperluan minimum sebagaimana ditetapkan akan tetapi tidak termasuk bagi Gred Premium dan Gred 1. Kerosakan hendaklah tidak melebihi 10% dangan tahap maksimum 15% mengikut bilangan atau berat yang tidak mencapai keperluan Gred atau keperluan minimum.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUAH KUNDUR... DI TANAM DI MALAYSIA...
TANAMAN KONTAN...TIDAK LUAS JUGA...
TUJUAN PASARAN...STANDARD DISEDIA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT INFONYA JUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Zukhijjah 1445H).

Wednesday, July 3, 2024

KENTANG DAN KEGUNAANNYA

TANAMAN KENTANG
(Solanum tuberosum L.) memang agak kurang diketahui dikalangan petani di Malaysia akan tetapi merupakan tanaman popular di beberapa negara ASEAN lain termasuk di Indonesia terutama di Pulau Jawa yang pernah penulis blog membuat tinjauan teknology. Kentang atau 'Potato' dalam bahasa Inggeris memang antara produk makanan pertanian yang banyak diimpor oleh Malaysia terutama daripada beberapa negara pengeluar kentang duia sama ada dalam bentuk kentang segar atau kentang siap proses. Kentang tumbuh di lebih dari 100 negara didunia dan tanaman kentang juga boleh ditanam di kawasan tropika dan sub-tropika dimana faktur suhu memainkan peranan penting. Suhu menentukan kadar pertumbuhan umbisi kentang dimana pada suhu di bawah 10°C dan di atas 30°C ia jejaskan hasil. Suhu paling optima untuk penanaman kentang diantara 18 - 20 ° C dari beberapa laporan kajian. Bagaimana pun orang Malaysia di antara orang yang banyak makan kentang kerana ia digunakan dalam banyak jenis masakkan daripada jenis masakan tradisional sehingga makanan moden dan makanan segera. Kalau pembaca blog pergi ke Restoren KFC atau pun McDonald atau lain-lain rangkaian restoren makanan segera menu makanan berasaskan kentang memang manjadi satu menu utama dan kebiasaannya disukai terutama produk 'Kentang Goreng'. Tanaman kentang tidak menjadi pilihan petani di Malaysia kecuali dibeberapa lokasi tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan beberapa lokasi tanah rendah yang lain. Difahamkan dimana sejarah tanaman kentang di negara Indonesia antara yang banyak dalam usaha menghasilkan kentang bermula semenjak abad ke 17 hingga abad ke 18 daripada benih yang didatangkan daripada kawasan iklim subtropika iaitu dari Eropah. Kawasan utama penanaman tanaman kentang di Indonesia yang penulis blog pernah pergi adalah terletak di Lembang dan Pangalengan (Jawa Barat), Magelang (Jawa Timur) dan juga ada di Bali. Pengeluran kentang Indonesia pada tahun 2022 mencapai 1.42 juta tan dan sekarang telah bertambah jumlahnya. Dalam pada itu tanaman kentang adalah ia termasuk jenis tanaman sayuran semusim yang berumur pendek dan mempunyai perdu dan tumbuh seakan semak. Kentang termasuk tanaman semusim sebab ia hanya satu kali untuk mengeluarkan hasil kemudian pokok mati. Biasanya jangkamasa umur tanaman kentang antara 90 -180 hari bergantung kepada varieti, sistem pengurusan agronomi tanaman, umur tuaian, jenis tanah dan juga cuaca. Dalam pengkelasan tumbuhan dilaporkan kentang diklasifikasikan sebagai dari keluarga Solanaceae. Kumpulan tanaman ini ada juga spesies-spesies lain yang merupakan spesies liar di antaranya Solanum andigenum Linn, Solanum anglgenum Linn, Solanum demissum Linn dan lain-lain lagi. Varieti kentang yang banyak ditanam di Indonesia adalah kentang isi kuning seperti Granola, Atlantis, Cipanas dan juga Segunung. Artikel subuh ini pada 29 Ramadan 1445H dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai info akan kegunaan kentang dan laporan media untuk menjadi bahan rujukkan dan bacaan semua.


Kentang adalah salah satu sumber bahan karbohidrat yang cukup digemari ramai penduduk dunia sebagai pengganti nasi bagi rakyat beberapa negara. Jenis umbi-umbian ini mudah diolah sehingga ia akan menjadi menu pembuka di meja makan (apetizer) dan juga dijadikan sebagai makanan penutup yang tentu saja enak dihidangkan dalam pelbagai cara. Makanan berasaskan kentang dilihat oleh penulis blog buan sahaja ia lazat akan tetapi lazimnya ia memberikan pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan. Apa lagi kalau kentang yang diambil terus dari ladang dan masih segar. Bekalan kentang di Malaysia memang kebanyakannya diimort dimana tahap kesegarannya sudah kurang berbanding dengan kentang yang baru dituai d beberapa negara yang menanam dengan meluas. Selalunya dengang teknologi lepas-tuai yang baik membolehkan kentang mamu bertahan lama di pasaran sehingga ia merupakas sejenis komoditi penting di seluruh dunia. Beberapa negara menjadikan eksport kentang sebagai salah satu komoditi yang di perdagangkan dengan nilai yang amat tinggi. Mengetahui akan apakah kandungan nutrisi dalam kentang juga penting kerana kentang adalah diantara komoditi yang popular di makan manusia. Ia adalah sejenis tanaman umbi-umbian atau jenis umbisi yang awalnya berasal dari kawasan Amerika Selatan dimana ia kini menyebar hampir ke seluruh dunia. Seperti dijelaskan dimana di Indonesia dilaorkan tanaman  kentang umumnya tumbuh subur terutama di kawasan dataran tanah tinggi dengan iklim yang sejuk. Kini kentang menjadi salah satu sumber karbohidrat yang umumnya dijadikan pengganti makanan ruji utama seperti nasi selain daripada hasil tuaian seperti Gandum, Ubi Kayu, Ubi Keledek, Jagung dan beberapa lagi. Kajian saintis menyatan dimana selain dari kandungan karbohidrat tentunya tinggi dilaporkan dimana ubi kentang juga kaya akan berbagai vitamin dan mineral penting bagi kesihatan tubuh. Bagi setiap 100 gram kentang dianalisa dimana ia selalunya mengandungi bahan Air (83.4 gram), Tenaga (62 kcal), Protein (2.1 g), Lemak (0.2 g), Karbohidrat (13.5 g), Serat (0.5 g), Kalsium (63mg), Fosforus (58 mg), Zat besi atau Ferum (0.7 mg), Natrium (7.0 mg), Kalium (396 mg),  Tembaga (0.4 microgram), Zink (0.3 microgram), Thiamin (Vit. B1 iaitu 0.09 mg), Riboflavin (Vit. B2 sebanyak 0.10 mg),  Niacin (Vit. B3 iaitu 1.0 mg) dan juga Vitamin C (21 mg).


Banyak rujukan paparkan mengenai akan manfaat kentang dalam pelbagai bahasa, kajian dan penulisan. Ini kerana boleh dikatakan makanan berasaskan kentang amat meluas yang ada dimana sahaja sehinggakan ia antara jenis bahan makanan yang paling meluas diambil dan di komersialkan. Penulis blog lebih tertarik membincangkan diama dari berbagai kandungan zat yang di punyai kentang memang ada banyak kebaiknyannya untuk kesihatan (Jika dimakan mengikut kadar di syorkan dan tidak berlebihan). Kehebatan yang pertama adalah kentang mampu menurunkan risiko penyakit kronik. Ini kerana dilaporkan dimana kentang sangat kaya akan zat flavonoid, karotenoid, dan asid fenolik. Unsur-unsur ini berperanan sebagai bahan antioksidan di dalam tubuh yang akan mencegah radikal bebas yang muncul dan kesannya ia boleh merosakkan sel tubuhbadan. DInyatakan pakar dimana radikal bebas adalah satu faktor pemicu kepada berbagai jenis penyakit kronik diantaranya seperti penyakit jantung, diabetes sehingga kepada penyakit kanser. Kasil penyelidikan yang dijalankan dan ditulis dalam journal Nutrition and Cancer pada tahun 2011 dilaporkan bahwa antioksidan dalam kentang dapat menekan pertumbuhan kanser hati dan kanser usus besar. Kehebatan kedua adalah dimana kentang membantu mengendalikan kadar gula dalam darah. Kehebatan ini apa pun berkait dengan kehadiran gula (karbohidrat) didakwa ia adalah selamat bagi pesakit diabetes. DIlaporkan dimana makanan dari kentang yang banyak mengandung pati resisten yang tidak boleh diserap sepenuhnya oleh tubuhbadan.  HAsil kajian mendapati bahawa pati resisten dapat mengoptimakan kerja bahan insulin iaitu hormon pengawl kandungan gula dalam darah. Merujuk jurnal dari Medicine pada tahun 2015 yang melaporkan dimana individu yang telah mengambil makanan dengan pati resisten diilihat kandungan gula dalam darahnya menjadi lebih stabil pada penderita diabetes jenis 2. Kehebatan yang ke 3 mengenai kentang dilaporkan ia akan dapat m
enjaga kesihatan sistem pencernaan. Kandungan pati resisten dalam kentang ternyata juga boleh ia membantu memperbaiki sistem pencernaan. Kentang yang di makan akan masuk bahagian usus dimana pati resisten ini akan dimakan oleh bakteria baik yang kemudian akan menukar pati menjadi asid lemak rantai pendek dimana bentuk rantaian ini dilaporkan dalam ia mengurangkan risiko peradangan teruttama pada bahgian usus besar seterusnya ia akan juga memperkuatkan akan sistem pertahanan usus besar. Ada laporan dimana dengan memakan kentang makan akhirnya ia akan membantu memulihkan pesakit yang terkena infeksi usus (penyakit Crohn atau divertikulitis). Cara terbaik memakan kentang adalah mengambil Kentang Rebus atau Kentang Kukus di sejukkan dahulu sebelum dimakan pada esok harinya.


Kentang adalah bahan makanan yang b
ebas kandungan gluten (gluten free). Dilaporkan dimana bagi orang yang mengalami masalah dalam mengambil jenis makanan yang mengandung gluten seperti pesakit celiac adalah disyorkan agarr dia menjadikan kentang sebagai makanan alternatif yang tepat. Walau pun dilaporkan yang kentang sendiri bebas gluten akan tetapi ada beberapa jenis hidangan dari olahan kentang boleh ia mengandungi bahan gluten seperti bahan makanan didalam sos atau roti kentang. Pesakit Celiac atau keaddan yang sensitif dengan bahan gluten perlulah dipastikan membaca apakah yang terkandung didalam jenis makanan yang diambil terlebih dahulu. Perlu mpesakit ini juga awas dengan beberapa produk sudah mempunyai label gluten free yang perlu di pastikan kebenarannya. Kentang jug adilaporkan mampu untuk menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati dimana banyak sumber kalium yang mana kajian mendpati kalium akan bekerja dengan merangsang pembuluh darah untuk melebarkan ukuran pembuluhnya. Kentang juga bahan yang mengandungi tinggi kalsium dan magnesium yang berperanan penting dalam mengawal tekanan darah agar ia menjadi lebih normal. Laporan kajian oleh Institute for Food Research juga mendapati dimana kentang mengandungi bahan dikelali sebagai 'kukoamines' yang berikan kesan terhadap penurunan tekanan darah. Kentang dilaporkan dapat meningkatkan fungsi saraf dan otak dengan adanya bahan  Vitamin B6 dalam kentang yang sangat penting untuk menjaga kesihatan neuron atau sel-sel pembawa singnal dari dan ke dalam otak. Vitamin B6 berperanan dalam pembentukan bahan kimia otak iaitu serotonin, dopamin dan noreprinefrin. Memang kentang adalah baik untuk kesihatan saraf dan otak. Keadaan otak yang sihat selalunya akan dapat membantu mengurangi stress, tekanan (depression) sehingga kurangkan lagi kes-kes gangguan kecemasan. Bahan Kalium dalam kentang yang akan mendorong melebarkan pembuluh darah yang mana inidapat  membantu memastikan otak akan cukup dalam mendapatkan darah. Siapa sangka kalau memakan kentang akan dapat menjaga kesihatan jantung kerana adanya bahan karotenoid dalam kentang yang dapat membantu menjaga fungsi jantung dengan baik. Zat ini didakwa mempunyai fungsi sebagai agen antiradang untuk mencegah aterosklerosis atau kes-kes penyumbatan dinding dalam arteri jantung (penyebab serangan jantung mengejut). Apa pun kandungan vitamin C dan vitamin B6 juga membantu mengurangkan kes radikal bebas pada sel jantung dan sel-sel tubuh yang lainnya. Vitamin B6 juga memiliki peranan penting dalam proses perubahan homosistein menjadi metionin atau ia adalah juga sejenis protein. Kadar homosistein yang tinggi dapat merosakkan dinding pembuluh darah. Bagaimana oun bagi penulis blog perlu tahu akan beberapa petua baik semasa makan kentang. Kentang boleh menjadi bahaya dimakan jika cara menyimpannya tidak betul. Ini kerana hasil kajian mendpati dimana biji kentang yang terkena terus kepada sinaran matahari boleh menghasilkan zat Solanine. Solanine menimbulkan rasa pahit dan beracun apabila ia diambil untuk dimakan terutama dengan jumlah banyak. Sebaiknya teknik terbaik semasa menyiman kentang adalah diletakkan di tempat yang sejuk, kering dan ada siste pengudaraan baik. Jika kentang sudah dikupas maka ia sebaiknya di rendam dalam mangkuk berisi air bersih untuk mencegah timbulnya perubahan warna. Langkah penyediaan makanan dari kentang juga harus diperhatikan. Ini kerana jika seseorang iru terlalu banyak makan kentang goreng maka kesannya ia akan meningkatkan risiko penyakit seperti kes-kes serangan jantung, diabetes atau gangguan ginjal. Ini keran dalam kentang goreng dilaporkan ia mengandungi lebih banyak lemak trans dan lemak teou serta kalori tinggi iaitu ia sama seperti nasi. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca  blog anim agro technology kali ini . Wasallam!!!...
MAKANAN KENTANG.... RAMAI SUKA...
IA ADA DI MAKAN...DISELURUH DUNIA...
BANYAK MANAFAAT... HEBAT FAKTANYA...
MAKAN IKUT ATURAN... SIHAT JADINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pintu 5 (departure Hall), Airport Senai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(9 Ramadan 1445H).

Tuesday, July 2, 2024

DAGING KATAK - FAKTA DI MEDIA

KATAK (Frogs)
merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang saya lihat mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan tidak berekor. Kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim mengawan. Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk subartik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', kini terdapat beberapa spesis katak yang diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik. Penulis blog ada beberapa kali semasa bertugas dahulu membuat tinjauan teknologi iaitu ia berkaitan industri ternakan katak di Johor, Perak dan di Melaka. Apa pun artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" iaitu beberapa fakta dan laporan di media mengenai isu daging katak yang sesuai dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.


Menarik laporan dalam sinarharian.com yang bertajuk 'Daging katak perlu diasing daripada makanan halal oleh Ustad Mohd Izhar' untuk di kongsikan. Apa pun sebenarnya tindakan pihak peniaga yang mencampurkan daging katak dengan makanan halal di pasar disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati prinsip makanan halal umat Islam di Malaysia. Merujuk kepada kenyataan Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, sebagaimana daging babi, makanan tidak halal lain seperti katak dan lain-lain wajib dipisahkan dengan makanan halal. Dakwanya daging katak haram dimakan berdasarkan hadis riwayat Abu Daud bahawa nabi melarang membunuh katak. Dalam Mazhab Shafie sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Kitab Majmuk bahawa orang Islam tidak boleh makan katak. Oleh kerana Malaysia berpegang dengan Mazhab Shafie, maka umat Islam di Malaysia berpegang bahawa daging katak adalah haram dimakan memberitahu kepada Sinar Harian. Dilaorkan sebelumya portal Sinar Harian melaporkan gambar tular memaparkan isi daging yang bentuknya seperti katak dikesan dijual di sebuah pasar raya di Selayang. Kejadian ini didakwa berlaku pada pagi Selasa apabila salah seorang pelanggan pasar raya berkenaan mengesan terdapat isi daging katak diletakkan dalam pinggan bercampur dengan bahagian ikan. Apa pun situasi tersebut menimbulkan rasa kurang senang pengguna terutama dalam kalangan pelanggan muslim yang turut membeli keperluan asas di pasar raya berkenaan. Pinggan yang digunakan bagi mengisi katak itu perlu dibasuh bersih sebelum digunakan untuk makanan halal lain. Dia juga menasihatlan kalangan para pengusaha dan peniaga untuk peka aspek pengasingan makanan halal dan haram bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan pengguna. Memberitahu wartawan dimana dia juga memberitahu peniaga agar menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia supaya tidak menimbulkan perbalahan dan khilafan dalam kalangan rakyat Malaysia.


Media sama laporkan kemudian dimana 'Isu 
Daging katak: NSK mohon maaf secara terbuka' berkait dengan lapornan sebelumnya. Kisah di petik dari Kuala Lumpur dimana Syarikat NSK Trade City Sdn Bhd (NSK) membuat permohonan maaf secara terbuka selepas salah satu pasar raya mereka didapati menjual daging didakwa daging katak. Pihak NSK dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat berkenaan sedar isu tersebut adalah sangat serius dan tindakan sudah diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. Syarikat ini memohon maaf atas insiden yang berlaku pada 24 Oktober 2023. Syarikat sudah memahami akan tahap keseriusan isu ini dan tindakan telah diambil serta-merta dimana sudah diberikan amaran keras juga telah diberikan kepada pekerja yang terlibat. Apa pun isu ini jugs adalah mula tular di media sosial mengenai daging dipercayai adalah daging katak yang dijual bersama barang lain di pasar raya NSK di Selayang. Difahamkan dilakukan siasatan lanjut dibuat NSK mendapati pengedar menghantar barangan terbabit bersama tempahan lain dan diletak di bahagian jualan barang basah. Pekerja yang menguruskan bahagian tersebut membuka dan mempamerkan daging berkenaan tanpa mengetahui ia adalah daging katak. Selepas ia dimaklumkan kepada pekerja pasar raya berkenaan, daging itu dimana ia kemudiannya dialihkan dari meja jualan. Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya akan memastikan tidak ada lagi kejadian seumpama itu berulang. Syarikat sudah memohon maaf akan memastikan sebaik-baiknya tidak berlaku lagi kesilapan tersebut.


Dalam portal hmetro.com di laporkan dimana isu '
Jual hidangan Daging Katak Demam, restoran diserbu Perhilitan' sesuai d kongsikan. Kisah dari Kuala Lumpur menyatakan dimana selera pelik terhadap sajian katak goreng antara punca spesies katak demam yang juga hidupan liar dilindungi menjadi buruan dan mendapat permintaan tinggi restoran di Malaysia masa ini. Apa pun spesies katak gergasi yang boleh mencapai berat satu kilogram itu dikesan dijual mencecah ratusan ringgit di restoran yang menyajikan hidangan eksotik. Merujuk kepada kenyataan dari Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, walaupun menyedari aktiviti memburu dan menjualnya dilarang namun haiwan amfibia itu masih dipasarkan secara haram. Dilaporkan dimana ada isu apabila pihak Perhilitan bertindak melakukan operasi dan rampasan melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 6/2023 Zon Tengah di Bentong, Pahang baru-baru ini. Sebelumbya ia libatkan 9 orang pegawai Perhilitan bertindak melakukan pemeriksaan di sebuah restoran di Bentong, Pahang setelah aktiviti risikan dan susulan risikan dilakukan. Dilporkan ada seorang lelaki tempatan yang juga pemilik premis berusia 40-an disoal siasat sebelum pegawai Perhilitan menemui 16 ekor spesies katak demam disimpan di dalam bakul plastik. Aktiviti pemeriksaan lanjut di dapur premis menemui 16 ekor lagi katak demam serta seekor labi-labi diletakkan di dalam baldi plastik. Dilaporkan bagi Abdul Kadir percaya, katak demam dan labi-labi itu dijual sebagai salah satu hidangan eksotik di restoran makanan laut berkenaan. Aktiviti pemeriksaan juga mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen sah untuk menyimpan kesemua hidupan liar itu. Di nyatakan dimana semua haiwan liar dilindungi itu dirampas dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dimana kesalahan akan didenda mahkamah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KATAK... DUA ALAM DIA...
ADA DI TERNAK... DALAM MALAYSIA...
DAGINGNYA ENAK... SIAPA YANG SUKA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU TAHU FAKTA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Pytrajaya,
Malaysia.
(16 Dzulhijjah 1445H).
Posted from
Apartment 12A-12B,
3rd Floor, D' wharf Hotel & Service,
Port Dickson, NS.

Monday, July 1, 2024

POKOK RESAM DAN FAKTA MENARIK

POKOK RESAM
(Dicranopteris linearis) merupakan sejenis tumbuhan kumpulan rumpai dari keluarga Gleicheniaceae dn ia adalah tumbuhan invasif yang banyak tumbuh di negara kita. Tumbuhan ini hidup subur terutama dikawasan yang lembab dengan sedikit naungan bersama-sama dengan rumpai lain yang cepat membiak. Bagaimana pun resam ini amat gemar dengan kawasan tanah ditepi jalan yang dipotong dan mendapat sinaran matahari banyak. bagi penulis blog yang memang sudah kenal akan tumbuhan resam kerana memang banyak terdapat di kampong terutama dikawasan tepi parit sepanjang kebun getah dan kelapa sawit sepanjang jalan kekebun. Resam tumbuh secara berkumpulan atau ianya memanjat kepada tumbuhan lain untuk persaingan dalam mendapatkan cahaya matahari dan ruang. Resam merupakan jenis tumbuhan pakis yang telah ujud lama dari zaman dahulu. Marfologi tumbuhan resam mempunyai RIZOM yang mana akan mengeluarkan batangnya pada ruas yang akan naik keatas. Pokok Resam adalah kategori Pakis (Fern) yang primitif dan mempunyai daun bersilang berwarna hijau dalam satu pelepah (Frond). Lihat foto sebelah dimana setiap pelepah mempunyai daun hijau berbentuk bujur depanjang 3 - 7 cm panjang dimana panjang pelepah diantara 10 - 20 cm bergantung kepada umur pokok dan habitat. Beberapa rujukkan menyatakan ada pokok resam yang setinggi sehingga 7 meter (20 kaki) dengan tumbuh menumpang kepada pokok lain. Kemampuan batang dan daun resam yang bersilang dan padat menyebabkan ia mampu menghalang pertumbuhan pokok lain dikawasan dimana ia tumbuh dalam keadaan yang sangat padat. Lebih dahsyat lagi apabila kita tidak dapat melalui kawasan kelompok dimana terdapat pokok resam yang padat. Pokok ini mampu tumbuh dilokasi yang ada cahaya matahari di kawasan hutan atau belukar di negara kita. Kalau kawasan resam ini dikawasan tanah gambut pula, saya juga takut untuk melaluinya kerana mungkin ada haiwan bayaka seperti ular dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis mengenai tumbuhan pokok resam dalam ''Anim Agro Technology'' yang mempunyai beberapa fakta manarik untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pada penulis bog dimana a
pa yang 'kurang menarik' dan fakta mengenai rumput jenis resam adalah kerana ia tidak boleh dimakan untuk dijadikan sayuran atau ulam seperti jenis Pokok Paku Pakis yang lain. Bayangkan kalau pucuk dan daun resam itu sedap jika boleh ia dimakan memang puaslah orang Malaysia dapat makan kerana ia mudah tumbuh dan banyak boleh didapati disekeliling kawasan lapang. Struktur dan tekstur daun dan batangnya yang agak keras mengeluarkan bau atau 'aroma' tidak enak apabila di ramas dimana ujud bau kuat dimana ramai yang tidak mahu untuk memakannya. Bagaimana pun pucuk resam yang berbentuk bulat melentur adalah lembut dan cantik bentuknya seakan pucuk pakis gajah yang enak dimakan. Mungkin akan ada kajian khusus mengenai apakah dia dan bagaimana untuk menggunakan pucuk resam untuk dijadikan makanan berkhasiat dalam bentuk proses dan sebagainya. Pucuk rumput resam akan berkembang dan menghasilkan daun baru terutama semasa musim hujan. Kaedah untuk menghapuskan resam adalah dengan cara menebas pokok tersebut atau pun kemudian ia disembur demham jenis racun rumpai sistemik dan kemudian dibakar dan dibajak tanah jika kita hendak majukan kawasan yang ada rimbuhan resam tersebut dengan aktiviti pertanian. Saki baki pokok resam perlu dibakar untuk menghapuskan spora-spora dan rizom sehingga tanah boleh digunakan untuk bercucuk tanam setelah ia menjadi gembur. Bagaimana pun selalunya kaedah kawalan pokok resam perlu dijalankan secara berterusan didalam menjadikan yang di kawasan kebun akan bebas dari pokok resam yang merupakan tumbuhan yang invasif serta sukar dikawal jika ia sudah merebak luas. Cara mengawal resam perlu dilakukan kerana ia bersaing dengan tanaman sayuran dan buah-buahan dalam mengguna ruang, makanan dan juga menjadi perumah kepada serangga perosak dan patogen. Sifat pokok resam seakan menyamai lalang dimana apabila ia sudah 'established' disuatu kawasan perlukan ilmu dan cara yang tepat untuk proses mengawalnya. 


Penulis blog merujuk kepada kompas.com dengan fakta bertajuk 'Kopiah dari resam, produk asal Bangka' yang menarik dikongsikan. Menarik dimana u
saha atau pun kerajinan topi atau kopiah resam Ermi Belit di Desa Belit, Kecamatan Kelapa, Bangka Barat, Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia yang telah berjalan selama 20 tahun. Usaha ini mampu bertahan walau pun ada isu pamdemik Covid-19 do sini apabila ramai kalangan usahawan lokal lebih konsisten dan sabar dalam usaha mnereka menghasilkan bahan dari resam ini. Kemudian melalui kegiatan promosi di media sosial dan berbagai usaha pameran kini dilaporkan produk dari resam dengan nama 'Ermi Belit' sduah pun semakin terkenal luas oleh masyarakatliar. Produk jenama 'Ermi Belit' iddakwa ia berasal dari nama 'Ermi' sebagai pengusaha dan 'Belit' yang merujuk pada Desa Belit dimana usaha ini dimulakan. Produk ini yang dilihat halus dan kasarnya adalah ia  bergantung kepada bagaimana bahan asas membuat tpi ini dan ketelitin pengusha menganyam produk tersebut (Sila anda lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana produk anyman topi atau pun ia juga di panggil sebagai 'kopiah resam' selalunya akan ia menggunakan bahan asas utama dari tanaman pokok resam. Tanaman resam ini merupakan jenis tumbuhan paku pakis liar yang biasanya tumbuh di belukar atau tei hutan ataupun ada dikawan lembah kawasan perbukitan. Ciri tanaman ini dimana ia mempunyai jenis daun yang menirus dan berjajar dengan dua dengan batang atau tangkai kecil yang bercabangan. Apa pun diteliti dimana batang resam yang digunakan untuk bahan asas dimana batang yang sudah tua berwarna cokelt ataupun cokelt kehitaman. Serat bahagian dalam batang lembut dan ia juga mudah untuk dilenturkan sehingga mudah dibentuk semasa mengamyam menjadi kopiah atau topi. Pengusaha produk ini akan menjalankan aktiviti mereka dengan saling berkolaborasi diantara kalangan kaki membuay anyaman dan mereka yang terlibat dengan aktiviti pemasaran atau jualan.  Apa pun nilai dan kualiti kopiah yang dihasilkan mestikan sangat kemas mengikut piawaian yang di kawal. Dilaporkan di kalwngan Kpulauan Riau khususnya dikalangan masyarakat Melayu Bangka sendiri sudah pun mereka mengenali kopiah resam sebagai budaya asli yang merupakan sebahagian pakaian khas semasa ada majlsi rasmi adat istiadat Melayu.  Pembuatan kopiah resam selalunya dimulakan dengan proses pengambilan tanaman resam dari hutan dan kemudian dipisahkan serat resam dari batangnya dengan diserut sesuai keperluan dari serat halus maupun serat kasar. Pengusaha hanya perlu masa selama tiga hari untuk merendam serat resam di dalam air. Kemudian ia mesti dikeringkan dan ia akan dihaluskan menggunakan alat penarik dari tutup tin susu. Proses penganyaman baru boleh ia dimulakan setelah proses-proses persiapan bahan menganyam ini selesai. Ermi Belit dilaporkna masih kekal bertahan hingga zaman ini oleh masyarakat lokal sebagai produk kebangaan mereka. Apa pun dilaporkan dimana di Kepulauan Bangka Belitung sendiri dimana usaha kerajinan kraf dari resam banyak dilakukan oleh kalanga masyarakat Bangka. Kerajinan dari pokok resam umumnya dilakukan dalam skala kecil-kecilan rumah tangga. Ada dakwaan dimana produk kopiah resam dari Pulau bangka ini didakwa paling halus kualitinya. Terdapay banyak saiz dan ukuran topi atau kopiah resam yang sesuai dijadikan pakaian bikepala bila-bila masa sahaja. Penulis blog baru sekali dapat melihat bagaimana kopian resam ini semasa mereka ada mempuat kunjung  hurmat ke Johor Bahru dalam program mesyuarat kerjasama BIMP-EAGA lama dahulu. 


Di Malaysia pula akhbar tempatan hmetro.com laporkan fakta dimana '
'Sentuhan emas dari kayu resam" sesua dikongsikan. Menurut kenyataan oleh Ketua Jabatan Kaligrafi Yayasan Restu, Mohd Zulfikri yang melakukan kerja penulisan khat di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Shah Alam dimana pokok kayu resam yang tumbuh meliar dalam hutan di negara ini adalah kalam utama untuk penulisan kaligrafi ayat al-Quran. Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Jabatan Kaligrafi Yayasan Restu trsebut yang juga penulis al-Quran di yayasan berkenaan sejak 19 tahun lalu. Dilaporkan diantara k kelebihan kayu resam ini adalah ia mampu memberikan 'sentuhan emas' yang menghasilkan tulisan khat al-Quran sangat cantik, halus dan unik. Setiap kayu ini dipotong sepanjang 15 sentimeter (cm) untuk dijadikan pensel khat, dengan bahagian hujungnya dibentukkan mata pena khat (mata serong). Apa pun kayu akan dicelup dengan dakwat hitam akrilik yang diimport dari Jerman untuk menulis setiap perkataan khat di atas kertas muqahar (kertas khas untuk tulisan khat). Bagi peringkat pertama, lakaran akan dibuat bagi menghasilkan al-Quran. DIlaporkan juga kertas muqahar adalah kertas tradisi yang digunakan sejak zaman Uthmaniah dimana walaupun kini ramai penulis menggunakan pen khat besi akan tetapi di Yayasan Restu masih mengekalkan kaedah penulisan tradisional iaitu tulisan tangan menggunakan kayu pokok resam kerana hasil penulisannya sangat baik.   Sebatang pensil khat pokok kayu resam ini boleh bertahan hingga ratusan tahun. Satu lagi kelebihan pensil khat pokok kayu resam ini ialah, ia boleh menulis khat di atas batu atau cengkerang siput. Dilaporkan dimana setakat ini dia sudah menulis lima naskah al-Quran mushaf Malaysia. Setiap naskah al-Quran mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk disiapkan sepenuhnya, termasuk membuat zukhuf (hiasan). Seorang jurukhat boleh menyiapkan dua hingga tiga muka surat al-Quran sehari. Ini adalah masa standard yang ditetapkan. Kerja-kerja penulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dilakukan secara terlalu laju atau perlahan kerana ia boleh menjejaskan ketelitian hasilnya. Bagaimana pun apa yang lebih istimewanya di Malaysia dimana semua kerja-kerja penulisan khat ayat al-Quran dilakukan beramai-ramai (lima orang) yang mengetengahkan konsep kerjasama dan berjemaah. Ini berbeza di negara Arab apabila hanya seorang jurukhat yang menulis senaskah al-Quran. Di yayasan ini sudah ada lima penulis al-Quran tetap dan dibantu penuntut Restu International College yang mengikuti pengajian seni khat dan kaligrafi serta dilatih sebagai pelapis. Dilaporkan meskipun sudah 19 tahun dalam bidang berkenaan, dia masih meneroka ilmu seni khat dan kaligrafi kerana ianya sangat meluas. Ia satu ilmu yang sangat menarik dan masyarakat tidak seharusnya melepaskan peluang menguasainya. Dia dakwa sudah mempunyai hasrat mahu menyebarkan ilmu ini dengan cara mengajar kepada masyarakat terutama generasi muda dimana Malaysia perlu mempunyai ramai pelapis agar kesenian ini kekal terpelihara. Semuga artikel i\ni memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK RESAM... APA GUNANYA...
TU,BUH MELIAR.. DI BIAR SAHAJA...
DI ANYAM VANTIK.. KOPIAH JADINYA...
TULISAN QURAN... MENARIK JUGA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1445H).
Posted from
Room 445, Le Grande Resort,
Senai, Johor.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...