Support My Blog

Monday, March 7, 2022

DILEMA PEKERJAAN SEKTOR PERTANIAN

SEKTOR PERTANIAN  merupakan diantara sektor penting di Malaysia dimana ia menyumbangkan kepada KDNK dan juga sektor pekerjaan kepada ramai rakyatnya. Bagaimana pun kini sektor pertania menghadapi masaalah kekurangan tenaga keja setelah krisis pandemik covid19 melanda seluruh dunia dengan banyak sektor lain juga terjejas. Di Malaysia sektor perladangan kelapa sawit merupakan sektor paling teruk terjejas apabila kebanyakkan pekerja sektor ini menggunakan ramai pekerja asing sehingga sekitar 75% daripada kesemua keseluruhan jumlah pekerja sektor ini ramainya. Sehingga akhir tahun 2021 dilaporkan kekeurangan sreamai 36,000 orang pekerja ladang kelapa sawit diseluruh negara dimana ini menjejaskan pendapatan dari sektor sawit menurun sehingga 25%. Walau pun pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan dan pertanian namun ia merupakan isu yang berpanjangan sehingga tahun 2022 dimana semakin serius keadaannya. Pihak Kementerian   Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) beberapa kali memohon agar usaha mengatasi masaalah tersebut terutama didalam menambah pekerja asing melalui program rekalibrasi tenaga kerja perlu dilaksanakan segera. Walau pun dilaporkan dimana kerajaan turut memberi kelonggaran kepada majikan yang tidak mampu menggaji pekerja asing bagi memindah atau menukarkan pekerja asing kepada majikan lain yang mempunyai keperluan tenaga kerja namun ia dilaporkan masih tidak dapat menyelesaikan isu ini. Kerajaan juga turut melaksanakan kempen untuk mengajak lebih ramai rakyat tempatan termasuk golongan orang asli untuk bergiat aktif dalam sektor-sektor tersebut. Bagaimana pun dilaporkan sambutan dikalangan penduduk tempatan masih gagal kerana memang tidak ramai orang tempatan yang ingin bekerja disektor perladangan dan perkebunan. Bagi golongan muda dimana mereka dilaporkan lebih suka menjadi pemandu Grab, membawa motor bagi perkhidmatan Grabfood, Pandafood dan sebagainya daripada pergi ke estet sawit memotong buah. Walau pun ada tawaran aspek modal insan melalui latihan dan kursus kepada warga tempatan namun mereka yang berminat untuk menceburi bidang tersebut adalah negatif. Ada juga usaha agar pihak estet menggunakan teknologi mekanisasi dan automasi untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja terutama pekerja asing. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa dilema dan isu berkaitan dengan pekerjaan dalam sektor pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Penulis blog merujuk kepada laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dimana dilaporkan kini ada sebanyak 
46.6 peratus dari 168,182 individu yang bekerja sendiri hilang pekerjaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Peratusan itu diperolehi menerusi kajian responden berumur 15 tahun keatas yang menyertai Survei Khas Kesan Covid-19 terhadap Ekonomi dan Individu (Pusingan 1) yang dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) secara atas talian bermula 23 hingga 31 Mac 2021. Berdasarkan survei dimana hampir separuh iaitu 46.6 peratus responden yang bekerja sendiri menyatakan kehilangan pekerjaan dan dianggarkan 9 daripada 10 responden yang masih bekerja mengalami pengurangan pendapatan daripada biasa. Dari segi simpanan kewangan dilaporkan lebih daripada dua per tiga atau 71.4 peratus responden yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang hanya mencukupi bagi tempoh kurang daripada satu bulan. Selain itu juga hanya 6.2 peratus responden menyatakan kurang terkesan berbanding 52.6 peratus responden yang menyatakan sangat terkesan dari segi kewangan. Tempoh bekerja turut mempengaruhi kadar simpanan kewangan di mana sebanyak 69.7 peratus yang bekerja dalam tempoh kurang daripada satu tahun menyatakan simpanan kewangannya bertahan kurang daripada sebulan. Bagi responden yang bekerja antara 21 hingga 30 tahun pula sebanyak 11.7 peratus mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi sehingga 4 bulan. Hasil dari dapatan survei khas ini menunjukkan sektor Pertanian dan Perkhidmatan mencatat peratusan kehilangan pekerjaan yang lebih tinggi berbanding sektor lain kesan daripada penularan Covid-19 iaitu masing-masing sebanyak 21.9 peratus dan 15.0 peratus. Dilaporkan dimana bagi sektor pertanian sekitar 33 peratus pekerja di sub sektor Perikanan melaporkan kehilangan pekerjaan berbanding di sektor pertanian dan perladangan sebanyak 21.1 peratus (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu sektor Perkhidmatan dan iaitu pekerja di sub sektor Perkhidmatan Makanan dan Minuman pula sebanyak 35.4 peratus hilang pekerjaan diikuti sektor Pengangkutan dan Penyimpanan dengan 18.7 peratus dilaporkan. Apa pun dengan adanya survei ini ia dapat membantu kerajaan dan penduduk Malaysia dalam menangani kesan Covid-19 terhadap ekonomi dan pekerjaan. Analisis yang dikongsikan adalah berdasarkan kepada responden yang menyertai survei khas ini dan ia tidak mewakili pandangan seluruh rakyat Malaysia. Ia harus ditafsir secara berhati-hati bagi menilai kesan Covid-19 di Malaysia dan ia bukanlah statistik rasmi.

Dalam pada itu dilaporkan dimedia dimana '
Sektor pertanian masih kurang diminati' apabila hanya 2,982 jawatan diisi tahun 2021 seperti dilaporkan oleh Menteri Sumber Manusia. Dilaporkan hanya sebanyak 2,982 daripada 18,547 kekosongan yang wujud dalam sektor pertanian telah diisi tahun 2021. Hasil maklumat dari statistik Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SIP Perkeso) itu menunjukkan sektor pertanian masih kurang diminati dalam kalangan pencari kerja yang majoritinya terdiri daripada lepasan sekolah dan siswazah. Mungkin inilah masanya bagi sektor pertanian menjadi lebih kreatif dan menjenama semula pekerjaan untuk menarik perhatian golongan belia. Kenyataan ini dinyatakan dalam ucapan pada majlis perasmian Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 yang diadakan secara maya di Kuala Lumpur. Kerajaan memahami kesukaran pihak industri dalam sektor agrikomoditi berhubung isu kekurangan tenaga kerja berikutan pandemik COVID-19 yang kesannya mengakibatkan pembekuan pengambilan pekerja asing baharu dalam semua sektor. Sebagai langkah penyelesaian jangka pendek dimana kerajaan telah memberi kelonggaran kepada majikan yang terkesan, sama ada tidak berupaya ataupun mereka sukar meneruskan penggajian pekerja asing untuk memindahkan keseluruhan atau sebahagian pekerja asing mereka kepada syarikat lain melalui program Permohonan Pertukaran Majikan. Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan pihak Kementerian Dalam Negeri juga telah melancarkan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin bermula 16 November 2020 hingga 30 Jun 2021 merangkumi Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja. Selain itu ada inisiatif di bawah Program PenjanaKerjaya iaitu Program  "Malaysianization" juga telah diperkenalkan melibatkan penggantian jawatan pekerja asing oleh pekerja tempatan dengan insentif kepada majikan meliputi 40 peratus daripada gaji bulanan dengan nilai maksimum RM4,000. Sebanyak RM500 atau 20 peratus daripada gaji bulanan, atau mana yang lebih tinggi, akan dibayar terus kepada pekerja. Insentif ini layak diterima untuk tempoh enam bulan. Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 menawarkan lebih 8,600 kekosongan jawatan oleh 26 majikan merangkumi pelbagai program yang dirangka khas termasuk Webinar Kerjaya serta taklimat berkaitan PenjanaKerjaya 2.0.

Portal bharian.com menyatakan dimana 'Sektor pertanian perlu lebih 'seksi' pikat anak muda' sesuai untuk dijadikan bahan rujukkan kali ini. Mendorong anak muda terbabit dalam pertanian sangat penting kerana ia peluang keemasan didalam cara mengurangkan pengangguran belia yang mencatatkan 58.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pada tahun 2020. Ia bukan saja dapat menaik taraf kehidupan, bahkan pemangkin mengurangkan pergantungan negara pada tenaga kerja asing, memastikan bekalan makanan selamat dan meningkatkan eksport negara, sekali gus menyumbang pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Sektor pertanian dilaporkan terlah menyumbang sebahagian besar KDNK iaitu 7.2 peratus dan satu-satunya industri berkembang pada suku kedua tahun 2020. Namun begitu golongan belia seperti kurang bersemangat menceburi industri ini kerana dilihat kurang menguntungkan hingga menjadi jalan terakhir kepada mereka yang kurang berprestasi dan tidak menarik. Walaupun kerajaan berusaha menjadikan sektor pertanian sebagai menarik tetapi masih ada belia yang enggan untuk memasuki sektor ini dan sebaliknya berhijrah ke bandar mencari pekerjaan. Sebahagiannya mungkin mahu terbabit dalam pertanian akan tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula atau mendapatkan bimbingan. Keadaan ini rumit kerana mereka yang mengambil bahagian dalam pertanian ialah kumpulan kemahiran dan latar belakang sosial berbeza, tanpa mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian yang akhirnya menghalang mereka bekerja di industri ini. Akibatnya dimana potensi dan prospek pertumbuhan pertanian dilihat sebagai tanggungjawab penduduk luar bandar semakin tua yang mustahil menguasai sektor ini dalam jangka lama dan menghasilkan produktiviti lumayan. Ia boleh jadi sebab baki terbaru kekosongan pekerjaan di sektor pertanian iaitu 5.9 peratus, tertinggi antara sektor lain. Kadar pekerja mahir yang bekerja di sektor pertanian, perhutanan, ternakan dan perikanan hanya pada 6.2 peratus pada suku kedua tahun ini, terendah berbanding kumpulan seperti pekerja perkhidmatan dan penjualan (23.7 peratus); pekerjaan dasar (12.3 peratus) dan profesional (12.9 peratus). Kini apabila berlakunya kes COVID-19, kita mendapat pengajaran negara perlu memiliki hasil tempatan mencukupi kerana larangan eksport produk makanan di beberapa negara dimana ia  menyebabkan pergolakan besar dalam pasaran global dan rantaian bekalan. Seperti dinyatakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), negara ini menghasilkan lebih daripada cukup tembikai, betik, tomato, terung, tebu dan bayam dengan merekodkan kadar sara diri (SSR) lebih 100 peratus. Beberapa tanaman tidak mempunyai bekalan mencukupi untuk keperluan domestik seperti halia sebanyak 16.2 peratus; cili (30.8); mangga (32.1) dan kubis bulat (36.2). Dilaporkan dimana tanaman ini telah mencatat kadar kebergantungan import (IDR) tertinggi dengan halia menyumbang 84.3 peratus; cili (73.6); mangga (73.5) dan kubis bulat (65.4). Dari segi ternakan pula dilaporkan bekalan daging kambing dan lembu tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan tempatan berbanding lain dengan kadar SSR masing-masing ialah 12.1 dan 23.7 peratus. Oleh itu, kedua-dua ternakan ini mencatatkan kadar IDR tertinggi, iaitu 87.9 dan 76.6 peratus secara individu. Apabila melihat persepsi anak muda terhadap pertanian dan bekalan makanan tidak mencukupi untuk keperluan domestik, kerajaan harus merangka langkah dan dasar strategik baharu. Sebagai contohnya, kerajaan harus mendorong generasi muda terbabit dalam sektor ini dengan meningkatkan imej pertanian atau menjadikannya lebih 'seksi' dan lebih menguntungkan. Ia dapat dilakukan melalui pemodenan supaya pertanian tidak lagi dipandang pekerjaan ketinggalan zaman iaitu tidak menguntungkan atau kotor. Kerajaan boleh menawarkan geran bagi membantu belia membeli tanah untuk pertanian, bukan hanya menyewa tanah melalui Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang memerlukan pembaharuan lesen setiap tahun. Kerajaan perlu menghapuskan segala halangan untuk memulakan perniagaan agro-perniagaan. Contohnya adalah dengan menghubungkan mereka dengan pengguna, pembekal produk pertanian dan media sangat penting untuk menyokong serta membantu mereka turut serta dalam industri ini. Program latihan berkaitan teknologi pertanian pintar dan agro-perniagaan menguntungkan harus diutamakan. Latihan ini harus lengkap dengan kemahiran pertanian baharu yang menggunakan teknologi moden seperti sistem kedudukan global (GPS), pengimbasan tanah, pengurusan data dan internet benda (IoT) untuk meningkatkan kuantiti serta kualiti produk pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SEKTOR PERTANIAN... PENTING DIA...
MASAALAH TERKINI... TENAGAKERJA...
KURANG MEMBANTU... SAWIT TERUTAMA...
PERLU DISUSUN... STRATEGI ATASINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka,  Melaka,
Malaysia.
(30 JamadilAkhir 1443H).
Posted from
Pearl Inn Apartment.
Taiping, Perak.

Sunday, March 6, 2022

POKOK BEMBAN - KENALI DIA?

POKOK BEMBAN
(Donax grandis) merupakan sejenis lagi  tumbuhan dari keluarga Marantaceae berumpun yang apabila dilihat nampak seperti pokok buluh yang tumbuh di Malaysia. Marfologi tumbuhan ini adalah dimana daunnya berbentuk oval dengan mempunyai urat selari berada di di hujung batang dan berwarna hijau. Ia sering tumbuh dikawasan belukar yang ada kelembapan sesuai dengan berumpun. Walau pun tumbuhan ini tidak dianggap sebagai tanaman makanan untuk dikomersilkan akan tetapi keberadaan tumbuhan ini selalu dimanafaatkan oleh penduduk kampong. Sekali pandang dimana pokok bemban ini merupakan sejenis tumbuhan berumpun dengan batang yang kelihatan seakan-akan pokok buluh tetqapi tidak mempunyai ruas. Daunnya yang agak besar dan berbentuk oval itu mempunyai permukaan yang cantik berkilat. Ciri batangnya tinggi dengan daunnya terletak di bahagian hujung batang. Bunganya berwarna putih dan menghasilkan bau yang wangi yang tidak kuat. Buahnya berbentuk bulat dan bersaiz kecil. Bemban mudah membiak melalui anak yang terhasil dari rumpunnya. ia boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun. Ini kerana bergantung kepada lokaliti dimana kegunaan bahagian daun seringkali ia diguna untuk membalut beras dan kemudian akan dimasak dalam buluh seakan lapisan untuk membuat lemang. Biasanya daun bemban ini akan digulung juga untuk ianya dijadikan serunai dimana apabila ditiup akan didengar menghasilkan bunyi yang  merdu. Banyak laporan dan juga testimoni dimana antara kegunaan penting dari pokok benban ini dimana air ramasan daun akan digunakan sebagai ubat mata yang berkesan. Didakwa dimana dengan melayur daun bemban dan kemudianditekap pada bisul akan merawatnya. Dalam pada itu batang pokok bemban ini boleh juga di keringlan dan kemudian ia di\gunakan sebagai joran untuk memancing ikan. Penulis blog pernah menggunakan batang pokok bemban ni semasa remaja dahulu untuk dijadikan joran memancing juga. Paling unik adalah dimana kehebatan kulit batang bemban yang dikupas dan kemudian dijadikan bahan anyaman untuk dijadikan tali, tikar, atap dan juga raga (jut) untuk memasak ubikayu talempong yang tahan lasak. K
ulit batangnya yang telah dibelah nipis digunakan untuk menjahit atap rumbia. selain daripada itu ia juga boleh dianyam untuk dijadikan bakul. Perkataan bemban itu sendiri memberi maksud 'perangkap ikan' sesuai dengan kegunaan batangnya yang boleh dianyam dan digunakan untuk menangkap ikan. Daunnya boleh digulungkan dijadikan serunai dan boleh menghasilkan bunyi yang merdu dan menjadi permainan kanak-kanak kampung serta batangnya juga boleh dijadikan senapang mainan. Artikel subuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan mengenai info apakan dia pokok bemban dan kepentingannya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Dalam beberapa testimoni yang penulis blog semak dilaporkan dimana pokok bemban juga mempunyai khasiat perubatan yang tersendiri. Jus yang diperah dari tumbuhan ini sesuai untuk digunakan sebagai ubat titis mata untuk merawat sakit mata. Teknik perubatan ini digunakan terutamanya oleh masyarakat Orang Asli di Semenanjung dan juga kalangan masyarakat Kadazan Dusun di Sabah. Air bemban ini perlu dititiskan pada mata yang sakit sebanyak tiga kali sehari. Dalam pada itu kelebihan pokok bemban juga merupakan habitat utama bagi kelip-kelip (atau juga dipanggil kunang-kunang). Kelip-kelip ini mengeluarkan cahaya berkelip-kelip dari badannya diwaktu malam (atau gelap) sebagai satu serangga unik didunia. okok bemban jug dilaporkan amat sesuai untuk dijadikan tumbuhan hiasan atau tanaman landskap yang memaparkan ciri-ciri tropika. Pokok 
Bemban ini ada dua jenis di kenalpasti di Malaysia iaitu Bemban Batu (Donax grandis) dan juga Bemban Air (Donax arundastrum) dimana ada perbezaan diantara keduanya. Kalangan masyarakat tempatan pula ada yang memanggilnya sebagai Bemban Air, Bemban Kicap, Bemban Paya, Bemban Batu, Bemban Darat, Bemban Bukit dan sebagainya mengikut lokaliti. Habitat Bemban merupakan tumbuhan liar yang terdapat di hutan seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Biasanya jenis Bemban Air akan tumbuh di kawasan hutan berpaya atau air tawar sementara bagi jenis Bemban Batu akan tumbuh di tanah kering berpasir. Jenis Bemban Air mempunyai daun yang kecil serta batang yang lembut serta ia juga mudah dibengkokkan. Manakala Bemban Batu pula selalunya penulis blog dapati ia akan mempunyai daun yang lebar serta batang yang keras serta memang susah dibengkokkan. Pokok Bemban merupakan sejenis tumbuhan berumpun dengan batang yang kelihatan seakan-akan pokok buluh (Sila lihat foto disebelah). Daunnya yang agak besar dan berbentuk oval mempunyai permukaan yang cantik dan berkilat. Batangnya tinggi dengan daunya terletak di hujung batang. Bemban air berwarna hijau tua sementara bemban batu berwarna hijau tua kehitaman.

Dalam beberapa laporan lain dinyatakan dimana kegunaan paling selalu berkaitan dengan batang bemban (stem) adalah ia dijadikan tupas atau bidai. Bahagian akar Bemban pula selalu akan ditumbuk untuk mendapatkan jusnya dan ia digunakan untuk mengubati kurap, dititiskan ke dalam mata sebagai ubat sakit mata. Teknik perubatan ini digunakan oleh kalangan penduduk kampong. Dalam pada itu memang air rebusan bemban akan diminum sebagai penawar racun ular dan darah beracun. Dalam pada itu dilaporkan juga dimana bagi batang bemban muda boleh ditumbuk lumat bersama halia dan kayu manis ditelan dengan air untuk diminum dimana ia dipercayai akan mengatasi masalah angin dalam perut dan usus. Uniknya lagi dimana bagaian daun dan pucuk bemban digunakan dalam merawat sakit mata dan didakwa akan mengurangkan demam panas. Memang sudah maklum dimana kulit batang Bemban Air yang dibelah nipis digunakan untuk mencucuk atap rumbia. Sementara itu bagi bemban air sangat sesuai sebagai bahan asas membuat anyaman seperti bakul yang kuat (Sila lihat foto disebelah). Melihat marfologi pokok bemban dimana b
atangnya tinggi dengan daunnya terletak di bahagian hujung batang. Bunganya berwarna putih dan menghasilkan bau wangi yang tidak kuat. Buahnya yang berbentuk bulat dan bersaiz kecil dan lazimnya pokok bemban mudah membiak melalui anak yang terhasil dari rumpunnya. Ia boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun. Perkataan 'bemban' itu sendiri memberi maksud perangkap ikan sesuai dengan kegunaan batangnya yang boleh dianyam dan digunakan untuk menangkap ikan.

Dalam satu laporan kajian oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang bertajuk '
Bemban Sumber Bio Baharu Dalam Perhutanan Tani' memang wajar dikongsikan. Pokok Bemban memang dilaporkan adalah nama yang amat dikenali oleh ramai orang kampung terutamanya generasi lama yang lahir di sekitar tahun 1960an atau sebelum itu. Secara tradisi dimana bemban digunakan oleh orang kampung untuk menjahit atap rumbia yang kemudiannya dijadikan sebagai atap atau dinding rumah atau tali pengikat (Sila lihat foto disebelah). Masa dulu pun penulis blog pernah mencari bahan kulit bemban untuk memasang atap rumah di Muar, Johor sebelum atap rumbia di tukar kepada atap zink. Dalam kenyataan lain dimana bemban ini telah lama digunakan sebagai bahan asli kraf tangan unik seperti raga, bakul, tikar, tabir, dan sebagainya. Lapisan epidermis batang bemban yang cantik, licin, kilat, dan berlilin menjadikan bemban memiliki ciri-ciri estetika bagi tujuan hiasan dan kemasan permukaan. Ia juga mempunyai ciri-ciri ketahanan dan rintangan cuaca yang agak baik. UMK telah merintis pengetahuan baru dalam pembiakan dan kaedah penggunaan spesies bemban sebagai tumbuhan tidak berkayu untuk dijadikan sebagai sumber bahan bio baharu di Malaysia terutamanya dalam sektor pembinaan dan industri kraftangan. Potensi perhutanan tani spesies bemban dimana ada dua daripada spesies utama bemban iaitu Bemban batu (Donax grandis) dan Bemban air (Donax canniformis). Kedua-duanya boleh didapati di kawasan lembangan sungai akan  tetapi bemban batu tumbuh di habitat yang lebih kering di atas garis kelompok pertumbuhan bemban air. Epidermis bemban batu lebih keras sedikit daripada epidermis bemban air dan sesuai dijadikan bahan parket manakala bemban air yang lebih lembut lebih sesuai dijadikan bahan kraf tangan. Apa pun didakwa jenis pokok bemban mempunyai potensi aktiviti huluan dalam konteks pembangunan perhutanan tani di Malaysia malahan di rantau Asia Pasifik. Konsep perhutanan tani ini dapat dikembangkan di mana proses 'domestication' boleh dilakukan ke atas spesies bemban. Bagaimanapun kin dilaporkan dimana proses ini memerlukan penyelidikan dan pembangunan selanjutnya terutamanya dalam pembiakan dan pengurusan tanaman. Pihak UMK didakwa telah menemui beberapa fakta tentang spesies bemban. Anak benih yang dirawat dengan hormon tumbuh dengan sedikit lebih baik daripada anak benih yang tidak dirawat dengan hormon. Bagaimanapun, bemban dikategorikan sebagai spesies lambat membesar dan biomass yang diperolehi daripada sebatang pokok bemban adalah kecil.

Potensi Tambah Nilai Dari Bemban dijalankan melalui penyelidikan dan pembangunan produk selanjutnya dimana bemban mampu mewujudkan lebih banyak produk tambah nilai yang boleh mencipta peluang keusahawanan. Salah satu inovasi yang telah dijalankan di Universiti Malaysia Kelantan ialah ciptaan produk parket bio-komposit yang diberi nama Donaca®. Ia adalah sejenis bahan parket yang diperbuat daripada kombinasi kulit buah salak (Salacca zalacca), bahan plastik, dan kulit pokok bemban (Donax grandis) serta isi dari buluh (Bambusa spp). Ia adalah bahan binaan dalaman ringan yang berpotensi sebagai produk kemasan permukaan seperti parket lantai atau dinding. Penggunaan produk ini mampu didalam mengurangkan pergantungan sektor pembinaan kepada bahan-bahan berasaskan kayu, terutamanya bagi kemasan dalam bangunan. Didakwa hasil penciptaan produk baru ini tepat pada masanya kerana industri pembinaan di Malaysia sentiasa mencari-cari bahan binaan bukan kayu untuk digunakan sebagai produk kemasan permukaan bagi menggantikan sumber kayu kayan yang memang semakin berkurangan. Parket bemban ini yang kebanyakannya juga diperbuat daripada kayu adalah salah satu jenis produk kemasan permukaan yang telah lama berada di pasaran dan diterima oleh pengguna. Produk kemasan permukaan yang lain diperbuat daripada bahan bukan kayu seperti buluh dan rotan. Produk kemasan permukaan yang diperbuat daripada bemban masih belum terdapat di pasaran. Proses industri ini seterusnya dapat menghasilkan ciptaan automasi didalam perindustrian dalam proses pengeluaran Donaca® secara besar-besaran. Jika dimajukan dengan betul maka ia mampu membuka pintu kepada pembangunan bio-ekonomi Malaysia melalui aktiviti-aktiviti pembuatan berasaskan sumber semula jadi daripada bemban. Produk baru ini mempunyai potensi mewujudkan pembangunan komuniti. Dari sudut alam sekitar juga dengan pembangunan bahan ini mampu membantu negara dalam menggunakan kekayaan sumber tropika yang terdapat di dalam hutan Malaysia bagi pengitaran dan penggunaan semula bahan bio. Pokok bemban belum pernah menjalani proses domestication di mana ia ditanam di kebun dengan persekitaran baru yang agak berbeza dari habitat asal. Kuantiti biomass per pokok yang kecil merupakan cabaran utama dalam memfaedah guna bemban terutamanya bagi aktiviti hiliran. Pulangan yang kecil seunit kawasan mungkin tidak menarik minat petani untuk menanam bemban di kebun mereka. Walau bagaimanapun jika dibuat penyelidikan lanjut diharapkan mampu mencari jalan bagi menghasilkan dan juga pengeluaran ladang bemban secara besar-besaran di Malaysia. Keupayaan bemban untuk tumbuh dengan lebih baik dan menghasilkan biomass yang lebih tinggi perlu menjadi agenda penyelidikan di masa hadapan. Seterusnya, potensi penggunaan bemban dalam industri pembuatan perlu dimajukan dengan lebih giat untuk menjadikannya sebagai industri baru yang berdayasaing. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
POKOK BEMBAN... UNIK GUNANYA...
BEMBAN AIR... BEMBAN BATU ADA...
DALAM PERUBATAN...PELBAGAI GUNA...
KRAFTANGAN... BERMACAM HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Rejab 1443H).
Posted from:
Suites 2-12, Meru Valley Golf Resorts,
Jalan Bukit Meru, Ipoh, Perak.

Saturday, March 5, 2022

TIKUS DAN KELAPA SAWIT

TIKUS
(Rat) merupakan salah satu haiwan perosak bagi tanaman kelapa sawit dimana jika tidak dikawal akan merugikan dimana tanaman akan dirosakkan. Lazimnya di kebun sawit di Malaysia terdapat 3 spesis tikus yang boleh didapati iaitu Tikus Belukar (Rattus tiomanicus), Tikus Rumah (Rattus rattus diardii) dan Tikus Sawah (Rattus argentiventer). Tikus belukar lazimnya mempunyai habitat di hutan belukar dan tinggal dibawah timbunan pelepah sawit dan boleh memanjat pokok sawit dengan pantas. Jenis tikus rumah pula asalnya tinggal dalam rumah tetapi kini banyak dijumpai dikawasan sawit dan selalu memakan buah sawit yang telah relai diatas tanah dan kurang menyerang tandan diatas pokok. Jenis tikus sawah pula memang lazimnya berada disawah padi dan kini sering tinggal di kawasan sawit berumue 1 - 10 tahun. Tikus sawah suka menggali lubang di bawah batang kayu dan himpunan pelepah sawit serta disekeliling tunggul kayu dimana tanahnya lembut. Populasi tikus dalam ladang sawit dilaporkan boleh meningkat daripada 60 ekor kepada 300 ekor sehektar dalam masa singkat iaitu kurang 6 bulan sekiranya tidak dibuat kawalan. Penulis blog yang pernah menjalani latihan industri di Pamol Estate, Kluang, Johor dulu diberitahu dimana serangan tikus boleh mengakibatkan pengurangan hasil BTS (Buah Tandan Segar) sekitar 5 - 15%. Dua keadaan berlainan serangan tikus berlaku di pokok muda di nurseri dan pokok matang dimana buah matang atau buah muda dimakan sehingga rosak. Buah sawit yang dimakan adalah semua bahagian mesokarp sehingga ke bahagian isirongnya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan info mengenai kelapa sawit dan tikus untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Pengusaha tanaman sawit perlu sering memeriksa sama ada adalah kebun sawitnya ada serangan tikus. Sebaiknya pekebun atau pengurus perlu sering mereka menjalankan rondaan untuk memeriksa keadaan status serangan perosak dan penyakit termasuk serangan tikus. Tanda serangan apabila dilihat buah dimakan dan berterabur kesan buah yang katuh diatas tanah (Sila lihat foto disebelah). Ada kala akan dijumpai keadaan dimana ada pokok sawit yang telah dirosakkan seperti ditakik-takikkan. Paling jelas dilihat ada tanda gigitan dan kerosakan segar pada buah sawit sama ada pada tandan sawit belum masak atau tandan sawit telah masak. Ramai kena faham perbezaan antara tanda serangan tikus dengan serangan oleh tupai. Ini kerana tupai hanya memakan bahagian mesokarp sahaja dan tidak sampai kepada bahaian isirong. Buah sawit yang diserang tikus ini tentunya akan tidak berkualiti dengan beratnya yang sangat berkurangan jika ia berbanding dengan tandan yang tidak diserang. Mungkin mula-mula hanya diserang untuk satu tandan sahaja tetapi apabila populasi tius bertambah banyak maka akan ada banyak tandan buah yang diserang. Perlu diingat dimana apabila ia sudah selesa dimana ada makanan dan tempat tinggal selesa maka tikus akan membiak dengan cepat dan perlu dikawal.

Mungkin kalangan pekebun sawit hanya masuk ladang pada siang hari sahaja dan tidak melihat seekor pun tikus sepanjang pemeriksaan dijalankan. Ini kerana tikus adalah haiwan nokturnal iaitu sejenis haiwan yang aktif diwaktu malam juga. Pada siang hari tikus pun datang merosakan buah sawit diatas pokok. Kalangan saintis mendapatu dan melihat dimana bagaimana tikus buat kerja pada waktu malam dalam kajian mereka. Kemudian mereka akan mengkaji apakah yang pekebun perlu lakukan untuk kurangkan tikus kerana ada banyak cara cara untuk membendung kerosakan tikus. Antaranya ialah dengan mengurangkan populasi tikus seperti meletakkan racun tikus yang ada banyak jenama di pasaran dilokasi strategik dan juga terkini dengan kaedah kawalah mesra alam adalah dengan memasang Rumah Burung Hantu dikawasan kebun. Pekebun juga boleh menghancurkan sarang atau tempat tinggal dia. Biasanya tikus suka tinggal di tempat yang semak dan kebun yang kurang penjagaan. Cara untuk elak dia buat rumah dalam kebun seperti dengan meracun rumput supaya keadaan semak dielakkan, menyusun pelepah dengan kemas, membuang tempat paku pakis atau semak dalam kebun sawit dan juga membuat cantasan (pruning) pokok sawit dengan kemas kerana haiwan tikus pun suka tinggal di atas pokok sawit. Mengenai bagaimana cara d
an waktu tikus merosakkan tanaman sawit boleh diketahui. Biasanya tikus merupakan antara perosak utama bagi kelapa sawit dan tanaman-tanaman makanan yang lain. Kerana itu untuk membasmi perosak tikus kita kena kenali perangai dan perkara perkara yang disukai tikus.

Teknik 
kawalan populasi tikus dalam kebun sawit pertama sekali adalah aktiviti pemeriksaan yang kerap kerana pekerja yang memotong pelepah sawit atau pekerja yang menuai tandan sawit idak kisah perkera tersebut. Antara perkara penting perlu diketahui dimana tikus suka tempat yang semak dan kotor. Lazimnya kalau pekebuna pergi kedai makan atau gerai selalu dilihat ada tikus di kawasan lorong belakang dan longkang. Ini kerana antara ciri-ciri habitat sesuai tikus adalah dia suka tempat gelap (sebab tikus adalah haiwan nokturnal iaitu aktif di waktu malam) dan juga ditempat semak dan kotor. Oleh itu cara penyelesaian disyorkan dikebun sawit adalah seperti meracun kawasan kebun supaya tidak semak, membuang sungkupan yang berlebihan. Pekebun sawit juga perlu mempastikan stor kebun adalah bersih dan bebas tikus. Cara mudah adalah dengan menggunakan racun tikus jika memerlukannya. Oleh kerana tikus aktif pada waktu malam (haiwan nokturnal) maka memang tikus mencari makanan dan tempat tinggal pada waktu malam. Dlam pada itu juga tempat yang semak berteduh dan gelap juga merupakan tempat dia tinggal. Perlu diketahui dimana permakanan tikus biasanya terbahagi kepada 3 jenis iaitu ia memakan buah sawit, Larva atau Ulat serangga dan juga memakan benih bijirin tanaman. Pastinya adalah dimana tikus merosakkan proses dalam pendebungaan buah sawit. Ini akan berlaku kerana diantara punca buah sawit masak separuh atau busuk atas adalah 'Pendebungaan Tidak Sempurna' disebabkan gangguan oleh tikus. Dikebun sawit dimana agen pendebungaan yang aktif adalah sejenis kumbang yang dikenali sebagai Kumbang atay Weevil (Elaidobius kamerunicus) yang membawa pollen dari bunga jantan kepada bunga betina. Anda boleh baja artikel saya disini dengan pautan berikut (Sila klik disini). Memang tanpa kumbang berfaedah ini memang bunga betina sawit tadak akan jadi buah. Kerosakan akibat kehadiran tikus dipokok sawit dan ianya tidak ditangani dan dibiarkan maka kesannya populasi weevil ini akan hilang dan hasil sawit juga akan rosak. Sebaiknya pengurusan mengawal tikus dilakukan apabila serangan berlaku dan amalan agronomi awal perlu dilakukan sebelum kehadiran tokus dikebun anda. Wasallam!!
MENANAM SAWIT.. SATU USAHA...
SERANGAN TIKUS... DILIHAT JUGA...
PERIKSA KEBUN...PERLU SENTIASA...
TEKNIK KAWALAN... PELBAGAI CARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana Off Jalan Istana,
Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(1 Syaaban 1443H).

Friday, March 4, 2022

RAWATAN BUAH NANAS UNTUK EKSPORT

BUAH NANAS (Ananas comosus) merupakan sejenis buah tropika yang popular di tanam dan di makan didunia dalam bentuk buah nanas segar atau diproses. Tanaman Nanas termasuk varieti MD2 daripada keluarga Bromaliaceae di Malaysia merupakan satu bidangusaha yang mampu memberikan pulangan baik kepada pekebun kecil dan perladangan. Nanas MD2 yang didaftarkan dengan nombor rujukkan AC9 yang dikategorikan sebagai ‘Nanas Premium’ di Malaysia malahan di kenali diseluruh dunia kerana kualitinya dan ia mampu dipasarkan untuk pasaran domestk dan pasaran eksport. Nanas MD2 juga mempunyai ciri sebagai varieti Nanas Hibrid, berbentuk selinder, tahap kemanisan diantara 12 - 19 darjah brix dengan kandungan asid citric diantara 0.05 - 0.3% (tidak lidas) dan purata berat buat 1.2 - 2.5 kg. Nanas MD2 segar dipasarkan dengan harga premium kerana permintaan yang baik dikalangan pengguna. Di Malaysia sehingga akhir tahun 2020 seluas lebih daripada 2,000 hektar nanas MD2 telah ditanam diseluruh negara oleh 7 buah lokasi secara perladangan dan ramai pekebun kecil dan usahawan sederhana telah mengusahakannya. Pasaran eksport nanas dari Malaysia kini telah berjaya memasukki ke beberapa negara seperti negara China, Singapura Korea, Jepun, Negara-negara Arab dan banyak lagi dalam bentuk nanas buah segar. Kaedah penanaman nanas MD2 telah lengkap untuk digunakan bagi kawasan tanah mineral dan kawasan tanah gambut dengan sedikit perbezaan teknologi. Artikel ini bagi penuaian nanas MD2 ini bertujuan untuk dijadikan panduan usahawan atau syarikat untuk proses pemasaran terutama pasaran eksport. Bagaimana pun terdapat kelainan untuk rawatan eksport nanas segar yang diperlukan bagi negara tertentu. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa perkara aktiviti lepas tuai dan rawatan buah nanas untuk dijadikan rujukkan semua.

Buah nanas boleh dituai apabila telah menunjukkan ciri-ciri kematangan terutama pada kelopak mata bebuah (fruitlets) dan warna kulitnya. Buah yang cukup matang akan menjamin mutu dan memenuhi kehendak pasaran. Rujukan Marketing Of Fresh Pineapple Malaysia Standard MS:1149 (1974) dan Specification for Fresh Pineapple 1041 (1986) boleh dijadikan panduan. Nanas MD2 merupakan sejenis varieti nanas yang perlu dipastikan tahap ketulenannya daripada sumber benih yang ditanam. Nanas MD2 disyorkan ditanam menggunakan anakbenih (sulur) daripada pokok induk yang telah disahkan dan mempunyai sijil dibawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Penggunaan benih nanas MD2 daripada sumber Benih Kultur Tisu (Tissue culture Suckers) adalah TIDAK DISYORKAN kerana berlaku masaalah “Somaclonal Variation’ atau variasi yang dilaporkan menyebabkan ketidaksetragaman buah nanas MD2. Ini adalah kerana berkemungkinan walau pun buah yang hendak dituai tersebut mempunyai ciri bentuk selinder, warna yang serupa akan tetapi ciri citarasa buah tersebut mungkin tidak memenuhi spesifikasi nanas MD2 sebenar. Lebih malang apabila benih tulen yang disahkan ditanam bercampur dengan benih MD2 TC kerana ia menyukarkan semasa membuat tuaian dan proses penggredan sebelum di pasarkan. Dilaporkan dimana benih TC MD2 ini akan menghasilkan daun berduri (Ciri asal daun nanas MD2 tidak berduri), Buah yang bentuknya tidak selinder (Tappered Fruit), Kemanisan isii buah yang tidak sekata (atas dan bawah berbeza), Isi buah masam dan beberapa ciri-ciri asas buah nanas MD2 yang unik berlainan. Bagaimana pun beberapa syarikat swasta yang besar dan ingin segera menanam nanas MD2 telah menggunakan benih TC ini akibat kekurangan bekalan benih sulur. Ladang mereka bagaimana pun telah dikenalpasti oleh pihak LPNM melalui rekod dan pemantauan. Pada penulis blog aktiviti penggunaan benih nanas MD2 TC perlu diawasi atau dihalang kerana dalam jangkamasa panjang ia boleh menjejaskan industri nanas negara.

Penuaian buah nanas di ladang perlukan beberapa amalan agronomi yang perlu dipatuhi untuk mempastikan kuatiti buah yang dituai terbaik. Berikut adalah beberapa amalan semasa aktiviti penuaian nanas dijalankan dimana disyorkan kerja penuaian seeloknya dilakukan waktu pagi (8.00 - 12.00 tengahari). Penuaian lepas hujan adalah tidak digalakan (kerana buah basah). Buah yang basah akan menyebabkan berlaku serangan perosak dan penyakit. Kerja penuaian buah nanas mesti dilakukan dengan menggunakan dengan parang tajam dimana parang tersebut tidak berkarat. Semasa menuai pastikan tangkai nanas di potong tidak kurang dari 10cm panjang dari pangkal buah kerana ia perlu disesuaikan untuk piawaian pasaran eksport. Piawaian buah nanas MD2 untuk eksport segar d tangkai bersisa untuk ketahanan. Sebaiknya gunakan bekas untuk mengangkut buah nenas dipetik keluar dari ladang perlu dialas kusyen dimana sebaiknya buah disusun berbaring dengan jumlah yang tidak terlalu banyak bertimdih. Lazimnya buah yang ditindih pada paling bawah sekali akan mengalami kerosakan. Diantara kesilapan pekerja semasa menuai buah nanas MD2 boleh menyebabkan buah cedera termasuk memetik buah belum matang. Sebaiknya peralatan untuk menuai bhan nanas disediakan terdiri daripada keperluan seperti Alat Refractometer (untuk menguji kemanisan buah atau kandungan guna), Parang Tajam Nanas, Kereta Sorong dan juga Bakul Lajong. Bagaimana pun bagi ladang yang mempunyai system penuaian berjentera dnegan conveyor sesuai untuk ladang yang tanahnya agak landau dan rata

Buah nanas yang dituai dibawa kepusat pengumpulan untuk kerja-kerja rawatan pembersihan dan penggredan. Anak sulur, daun-daun yang tidak dikehendakki dan benda asing yang melekat pada buah hendaklah dibuang dengan Teknik seperti semburan air dan semburan angin kemudian untuk mengeringkannya (Sila lihat foto disebelah). Ada juga yang akan membasuh buah nanas dengan air berklorin kemudian didedahkan kepada suhu ambien untuk proses pengeringan. Bagaimana pun ada pengusaha hanya menggunakan semburan angin untuk membuang kotoran yang melekat pada buah. Bagi pasaran eksport lazimnya disesuaikan mengikut kehendak spesifikasi negara pengimport untuk jenis rawatan. Tangkai buah yang Panjang perlu dipotong sehingga 2.5 cm sahaja Buah nanas daripada varieti, gred dan tahap kematangan yang sama perlu dibumhlus menggunakan bekas atau bahan pembungkusn yang sesuai. Pembungkusan dengan bekas (lazimnya kotak khas) yang sempurna dapat memberikan perlindungan yang optimum daripada sebarang kerosakkan semasa proses pengendalian, pengangkutan dan pengedaran. Bekas pembungkusan mestikan dari jenis yang tidak ada kesan toksik, mempunyai lubang pengudaraan, kukuh dan melindungi sehingga buah sampai ke destinasi. Disyorkan bagi satu unit pembungkusan secara umumnya berat bersih yang dibenarkan tidak melebihi 30 kilogram. Kaedah pembungkusan berbeza antara pasaran tempatan dengan pasaran eksport. Bagi pasaran tempatan buah nanas dimasukkan dalam bakul. Bagaimana pun bagi pasaran eksport disyorkan nanas MD2 dimasukkan didalam kotak berukuran 21” X 16” x 5” dengan berat 10 kilogram satu kotak. Pembungkus yang disyorkan adalah jenis CFB Teleskopik atau Polisterina. Plastik polisterina PE dengan ketebalan 0.008 mm digunakan untuk menyarung bahagian jambul. Buah boleh disusun dalam kotak yang sama secara melintang atau menegak. Penyatuan kotak yang berisi buah nanas MD2 dengan menggunakan pellet digalakkan bagi mempercepat proses pemunggahan.

Kotak pembungkus ini perlu dilabel yang menyatakan keterangan tentang hasil seperti nama buah dan varieti, tarikh, berat bersih (kg), gred, saiz, nama dan alamat pengeluar, perkataan ‘Produce of Malaysia’ dan bilangan buah mengikut peraturan didalam Akta FAMA dan antarabangsa. Kotak pembungkusan yang berisi buah nanas perlukan pengendalian penyimpanan yang betul sebelum dihantar kedestinasi atau sebelum proses pengangkutan. Ia juga bertujuan untuk menunggu lokasi penghantaran dan mencukupkan kuantiti penghantaran. Buah nanas ini perlu disimpan didalam bilik sejuk dengan suhu dikawal antara 10 - 15 Celcius dengan paras kelembapan bandingan antara 80 - 85%. Susunan kotak dalam setor penyimpanan boleh mengikut 2 x 2 atau 3 x 3. Perlu diingatkan dimana jangka masa terbaik buah nanas untuk dipasarkan adalah 5 hari selepas menuai untuk pasaran domestik. Bagaimana pun untuk pasaran eksport ia boleh dianggap masih segar dalam masa 2 minggu. Susunan buah nanas bagi pengangkutan pasaran tempatan sekitar 1,200 biji dalam satu lori dengan jumlah berat sekitar 1.4 metrik tan. Ada beberapa perkara perlu dilakukan semasa pengangkutan ini seperti ia tidak boleh kena hujan atau basah dan apabila berlaku perlu dikeringkan dengan segera. Sebaiknya buah nanas perlu dikendalikan dengan berhati-hati dan cermat kerana ia mudah cedera jika keadaan jalan kurang baik atau jarak yang agak jauh. Perlu juga dipastikan kotak penyimpanan perlu sesuai dengan buah nanas. Terdapat juga isu dimana jika ada buah yang masak didalam unit pembunglusan akan mempengaruhi proses pemasakan buah nanas yang mentah. Peratus kerosakan buah nanas dalam proses penghantaran kendalian ekonomik untuk pasaran tidak melebihi 8 - 10% dalam satu-satu lot. Pengudaraan adalah sangat penting semasa penghantaran diatas lori. Berlainan pula dengan buah nanas untuk ekdport yang di susun semua kotak didalam kontena yang ada sistem kawalan suhu. Buah nanas MD2 akan tahan lama didalam kontena sehingga 14 hari sebelum sampai kepada pengguna jika semuanya dalam keadaan terkawal. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUAH NANAS...DAH MATANG DITUAI...
PERLU DIGREDKAN... IKUT PIAWAI...
DI RAWAT BERSIH... KOTAK SESUAI...
PASARAN ... KE NEGARA PELBAGAI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Rabiulakhir 1443H).

Thursday, March 3, 2022

MAKANAN - UBI TALEMPONG

MAKANAN UBI TALEMPONG  merupakan sejenis makanan tradisional yang popular di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Kedah. Penulis blog baru sekali dapat buat ujirasa makanan Talempong Ubi Kayu semasa membuat tinjauan teknologi nanas di Kedah kira-kira empat tahun dahuu dalam program melawat beberapa tanaman Nanas MD2 kelolaan LPNM. Pada saya memang sungguh enak makanan tradisi Kedah ini dimana ia seakan sama dengan masakan ubi rebus dengan gula merah oleh ibu di kampong zaman dahulu akan tetapi makanan ubi talempong saya fikir jauh lebih enak. Dari rakan yang turut sama dalam lawatan ini menyatakan dimana ubi telampong ini juga merupakan sejenis makanan tradisi di Kedah terutama di beberapa daerah di negeri tersebut  seperti yang penulis blog ujirasa di Kampung Kubu, Mukim Binjal, Jitra, Kedah serta beberapa kampong tradisional lain. Biasanya ubi kayu segar yang dibuang kulitnya dibersihkan dan ia perlu dimasak dengan air tebu dan ubi ini dibungkus didalam anyaman jut yang unik. Makanan tradisi di Kedah ini memang penulis blog percaya sesiapa juga yang sudah biasa makan makanan asas ubi memang sudah tahu keenakannya dan juga kesedapannya. Kali pertama penulis blog dapat ujirasa juga sangat suka memakannya sehingga juga merasa kekenyangan. Ciri pertama adalah kerana ia perlu dimasak dengan lama iaitu sekitar 8 - 12 jam didalam air tebu sehingga menjadi air tebu kering dan ubi kayu tersebut sudah bertukar daripada warna putih kepada warna seakan kemerahan dan likat serta amat manis.  Makanan ini selalu disediakan secara berjemaah bersama beberapa penduduk kampong didalam memasaknya kerana memerlukan beberapa petugas menjaga semasa memasaknya. Aktiviti ini seakan sama juga dengan pesta memasak dodol zaman dulu dikampong saya di Johor dimana perlu ada ramai orang atau adikberadik didalam kerja mengacau dodol dalam kuali agar ianya tidak hangus dan menghasilkan dodol berkualtiti untuk hidangan Hari Raya Puasa. Pembuatan ubi talempong ini bukan sahaja mendapat produk makanan ubi telampong yang lazat akan tetapi juga sebagai  juadah untuk ramai orang kampung kerana dibuat secara gotong-royong. Mungkin siapa yang rajin memburu makanan ini boleh membelinya di mana-mana premis IAT atau pun membuat tempahan khas daripada pengusaha di Kedah. Artikel malam in sambil menonton program Majalah 3 di TV3 mengenai pembuatan ubi talempong dalam blog "Anim Agro Technology' dikongsikan info makanan tersebut untuk ianya dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam pada itu akhbar Berita Harian (BH) telah melaporkan dimana 'Ubi telampong, sajian tradisi yang semakin dilupakan' yang menarik untuk dikongsikan. Bagi penduduk di Kampung Telok Mukim Binjal di sini dimana mereka sehingga kini masih mengekalkan sejenis makanan tradisi yang dikenali sebagai ubi telampong. Apa pun uniknya ubi ini perlu dimasak bersama air tebu selama lapan jam sehingga dua belas jam dimana ia selalunya hanya dimasak pada musim kemarau setiap tahun. Bagi seorang ahli JKKK kampong tesebut dikenali sebagai Zakaria Salleh  (62 tahun) mendakwa dimana jenis makanan itu adalah warisan nenek moyang mereka dahulu (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya kalau mereka tidak menyambung warisan ini maka orang muda tidak akan tahu makanan tradisi keturunan yang enak dan berkhasiat ini. Semasa ini ada di buat kajian mengenai makanan ini didapati dimana generasi muda ramai yang sudah tidak tahu apakah benda makanan ini apa lagi cara-cara untuk membuatnya. Zakaria mendakwa dimana antara 
dua bahan utama dalam masakan ini adalah ubi kayu dan air tebu. Ubi Kayu (Manihot esculenta) dan air tebu dari tanaman tebu (Saccharum officinarum) adalah dua jenis tanaman yang sering ditanam dikawasan kebun keiling kampong di Kedah. Ubi kayu yang dibuang kulit ini akan mereka masukkan kedalam jut (raga) yang sudah dianyam secara khusus dengan menggunakan kulit kayu bemban. Pokok Bemban (Donax grandis) merupakan sejenis lagi tumbuhan liar yang tumbuh dikawasan belukar dengan sedikit berair. Pokok bemban ini pun ramai kalangan generasi muda yang tidak mengenalinya dimana ia juga kurang dijalankan kajian saintifik. Hanya mereka yang mahir menyediakan raga dari kulit bemban tahu membuatnya dan ada dijual kepada pembuat ubi talempong dengan harga antara RM8 - RM12 sebuah mengikut saiz di Kedah. 

Memang memasak ubi talempong ini juga memerukan kemahiran, kesabaran dan ilmu pengetahuan. Hanya ubi kayu segar yang digunakan dan dikupas kulitnya dan dicuci bersih. Sebaiknya kemudian ubikayu ini dimasukkan kedalam bekas raga atau 'jut' dari pokok bemban dengan isi sekitar dua kilogram ubi bergantung kepada saiz jut yang digunakan (Sila lihat foto di sebelah). Bagi air tebu pula sebaiknya diambil daripada tebu kuning atau tebu hitam yang sudah matang. Batang tebu tersebut dibuang kulitnya dan dimesin untuk mendapatkan air tebunya. 
Kemudian air tebu ini perlu ditapis untuk membuang sisa kekotoran hampas tebu. Sediakan tungku dan letakkan kuali diatas api dan masukkan air gula kedalamnya. Setelah itu dimasukkan ubikayu yang telah disusun dalam raga atau jut tersebut kedalam kuali besar tersebut. Kemudian api hendaklah dijaga sentiasa agar tidak terlalu kuat atau terlalu kecil. Lazimnya ubi kayu perlu dimasak selama lapan hingga dua belas jam lamanya sehingga air tebu berkenaan menjadi lembut dan melekit seakan sejenis manisan. Dari hasil kajian dilaporkan biasanya setiap kawah menggunakan kira-kira 70 liter air tebu dimana sepanjang jangkasa memasak itu memang perlu untuk menambah air tebu secara berkala sehingga semua air tebu tersebut sampai habis. Apabila sudah cukup masa sekitar 8 - 12 jam maka biasanya ubi kayu ini sudah pun masak dengan sendirinya. Dalam pada itu dilihat dimana selain ubi sebagai ubi talempong dimana manisan yang terhasil dari air tebu berkenaan juga boleh dimakan. Manisan tersebut pula boleh buat cendol atau pun ia boleh makan dengan kuih atau juga boleh makan dengan ketupat. Rasanya yang memang manis ini adalah macam madu walau pun sebenarnya ia adalah pekatan air tebu. Ada kalangan penduduk juga yang suka meminumnya sebagai manisan dengan mencampur bersama air masak sahaja dimana semasa diminum memang berbau wangi dan sedap. Memang makanan ubi talempong ini enak dan semakin sukar untuk mendapatkannya masa kini.

Dalam media lain dilaporkan dimana 'Buat talempong erat ukhuwah' yang patut dikekalkan tradisi ini. Dilaporkan dimana makanan unik ini memang rasanya memang manis dan enak, ditambah lagi dengan teksturnya yang lembut dan sedikit liat menyebabkan talempong adalah sejenis makanan tradisi di daerah Kubang Pasu, Kedah sentiasa dicari ramai penggemarnya. Akan tetapi untuk mendapatkan ubi talempong yang asli dan rasanya yang sebenar bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut penduduk kampong tersebut iaitu Hamzah Adnan (67 tahun) untuk memastikan keenakan dan ubi dimasak dengan empuk maka proses memasaknya biasanya mengambil masa sehingga 12 jam. Biarpun bahan utama iaitu ubi kayu dan air tebu mudah diperolehi namun ia memerlukan kuantiti yang banyak. Ubi kayu ini akan direbus dengan air tebu dan air tebu ini perlu ditambah dari semasa ke semasa ke dalam kawah dan proses ini dikenali sebagai 'suyung'. Bagi sekawah air tebu iaitu hampir 350 kilogram tebu diperlukan dan dimesin setiap masa untuk suyung ke dalam kawah.  Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kubu mendakwa dimana makanan ini sudah wujud sejak dia masih kecil. Masa dahulu memang kerbau digunakan untuk menarik pengapit bagi memerah air tebu dan seluruh penduduk kampung datang membawa ubi kayu untuk bergotong-royong membuat talempong. Menjelaskan lanjut dimana lazimnya dahulu, ia dilakukan selepas musim menuai padi dan selepas penat membanting tulang di sawah dimana penduduk berkumpul dan seolah-olah menjadi pesta menghasilkan talempong ini.  Namun kini berlainan apabila proses membuat talempong lebih moden dan ia tertumpu musim kemarau sahaja kerana musim ini selalunya tanaman tebu akan menghasilkan air yang lebih manis. Pesta ini mereka akan melakukannya iaitu setahun sekali sahaja iaitu sekitar Februari hinggan Mac saban tahun. Ubikayu dan tebu yang ditanam setahun lsebelumnya akan digunakan untuk proses kali ini dan pokok yang baru ditanam akan digunakan untuk tahun hadapan pula. Ikatan silaturahim yang erat dalam kalangan penduduk kampung ini yang kukuh ini dieratkan lagi setiap kali musim memasak ubi talempong. Sehari sebelum proses memasak selalunya penduduk sudah mula berkumpul dan membuat persiapan. Ada yang mengupas tebu dan ada membersihkan ubi kayu. Di samping itu juga lazimnya dihidangkan pula makanan sampingan seperti pulut ikan masin bersama kopi. Bagi yang mereka yang berkemahiran menganyam, mereka akan mula memuat sarung atau raga atau jut yang diperbuat daripada kulit pokok bemban. Jut ini berperanan mengikat ubi ini supaya tidak terlerai apabila masak nanti. Ubi kayu dan air tebu perlu dimasak serentak bagi memastikan ia betul-betul diserap ke dalam ubi. Setelah 8 - 12 jam sehingg air tebu akan menjadi pekat dan menghasilkan manisan atau lebih dikenali di Kedah sebagai nisan. Nisan ini jika disimpan dengan betul selalunya ia mampu bertahan sehingga setahun dan boleh digunakan sebagai pemanis kuih-muih atau juga dimakan bersama cendol dan air batu campur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blg anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
UBI TAEMPONG... PERNAH UJIRASA...
UBIKAYU... PERLU DIBUANG KULITNYA...
DALAM JUT.. DIREBUS AIR TEBU LAMA...
MAKANAN ENAK... ADA DI KEDAH SANA...

By,
M Anem,
Taan Cendana, 
Jaan Cendana ioff Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Rejab 1443H).

Wednesday, March 2, 2022

HOBI BERKEBUN - MENGUNTUNGKAN

HOBI BERKEBUN (Gardening) merupakan salah satu hobi yang kini dilaporkan akan memberikan keuntungan dan faedah kepada pengusahanya. Hobi berkebun dilihat menjadi semakin popular semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Lockdown akibat wabak covid 19 melanda Malaysia dan seluruh dunia. Apa tidaknya ramai orang duduk rumah sahaja dan tidak ada banyak perkara yang dilakukan untuk mengisi masa lapang. Tidak mengira apa juga profession dimana ada yang mencuba-cuba menanam pokok terutaman tanaman sayuran dan ulaman dikawasan lapang keliling rumah. Apa pun mereka yang semulajadi mempunyai hobi berkebun sudah arif dengan aktiviti perkebunannya sepanjang masa. Ada yang memperluaskan aktiviti hobi berkebun dimana jika ada hasil yang banyak boleh dijual dan menjana pendapatan. Ada yang suka menanam sayuran disekeliling rumah seperti menanam cili padi, pokok pandan, daun kari, cekur (kencur), daun salam, daun sup, daun bawang dan pelbagai ulam-ulaman. Antara jenis ulam yang mudah ditanam dan segar setelah dipetik termasuk daun salam, daun kesum, ulam raja, terung pipit, salad dan beberapa lagi. Bagaimana pun ramai yang suka menanam tanaman hiasan (ornamental plant) bertujuan mencantikkan lagi landskap diluar rumah atau pun didalam rumah. Pada masa ini selain daripada amalan agronomi tradisional cara berkebun kini sudah ada teknologi fertigasi berkebun dikawasan rumah seperti fertigasi menanam cili padi (SIla lihat foto diatas). Teknologi menanam cili fertigasi selain daripada mudah dijalankan dimana ia juga menjamin penghasilan lebih baik dan berkualiti berbanding dengan cara penanaman konvensional. Artikel malam Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kisah mengenai aktiviti berkebun yang dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Kisah menarik bagaimana seorang pesara mempunyai hobi berkebun dengan 'Kebun ada lebih 30 tanaman' di Pekan, Pahang manik dirujuk. Berdasarkan kepada pengalaman bekerja hampir 36 tahun di MARDI telah memberi kelebihan kepada Abd Kadir Yusof (60 tahun) untuk dia mengusahakan kebun dengan lebih 30 tanaman bersilih ganti pada satu-satu masa. Pesara terbabit bermula dengan tanaman 120 pokok durian belanda yang dijadikan landskap utama menuju ke kebunnya yang diusahakan secara berperingkat sejak 10 tahun lalu. Kebun ini bermula dengan pokok durian belanda disusuli halia bara ditanam dengan 3,000 beg semaian, halia bentong (20 beg semaian), kunyit dan bunga kantan masing-masing 200 beg semaian. Kebun seluas 0.8 hektar turut dipenuhi deretan 1,000 pokok jagung, terung (2,000 beg semaian) dan cili besar (2,000 beg semaian). Hasil sedikit dikongsi sedikit, jika banyak, banyaklah yang dikongsi. Saya turut menanam pokok kundang hibrid, delima merah, lemon sunkist, durian matadong, kelapa pandan dan kelapa jeli. Dalam pada itu ditanam juga belimbing, jambu batu, pisang, bluberi, cermai barbados, mempelam, anggur Brazil, buah bidara dan buah nona turut ditanam dikebunnya yang terletak di Kampung Pulau Rusa, Pekan. Walau pun kebunnya pernah ditenggelami banjir beberapa kali itu turut dipenuhi deretan pokok herba, ulam-ulaman, sayuran seperti sawi, kucai, bayam, kailan, salad, kangkung, kobis, lobak, keladi telur dan serai. Dia amalkan konsep ‘berkebun secara berjemaah’ iaitu mencari keluarga susah dan bantu mereka bekerja di kebun dengan upah setimpal pekerjaan dilakukan. Tanah tidak perlu digembur, tidak perlu batas panjang dan lebih penting, memudahkan pengunjung membeli tanaman dengan membawa pulang berapa banyak beg tanaman yang dikehendaki. Kelebihan ilmu dan kemahiran dimiliki tidak hanya untuk dirinya sendiri sebaliknya turut dikongsi bersama pengunjung yang melawat kebunnya dan pada masa sama mengambil peluang belajar kaedah penananam serta pembajaan. Dia mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Pahang yang banyak membantu dari segi sokongan moral dan peralatan berkebun. Dia menggunakan sistem fertigasi iaitu kaedah titisan dengan tiga kali siraman untuk pokok besar dan sekali sehari bagi tanaman masih kecil.


Di Sungai Buluh, Selangor kejayaan  'Tanaman subur di kebun dapur' dimana biarpun kawasan halaman rumahnya bersimen dan diturap namun ia tidak menjadi hala
ngan buat Nabihah Hamid (32 tahun) menjadikan hobi berkebun dapur kerana menyedari banyak manfaat yang diperoleh daripadanya. Walaupun kawasan kosong di rumahnya di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor itu boleh dikatakan ‘sekangkang kera’, ibu kepada seorang cahaya mata ini bijak menyusun atur ruangan sedia ada dan memanfaatkan sepenuhnya kawasan itu untuk bercucuk tanam. Menurutnya, mewujudkan taman dapur tidak sesukar yang disangka malah dengan teknologi di hujung jari, maklumat mengenainya begitu mudah dicari, bergantung kepada diri sama ada hendak atau tidak mengusahakannya. Minat mula bercambah selepas saya dan suami mula-mula memasuki rumah ini tiga tahun lalu kerana melihat ruangan kosong di depan rumah. Kami berpendapat lebih elok jika tidak dibiarkan begitu saja dan dari situ timbul idea untuk menanam sayur. Dia amat berpuas hati dapat melihat buah mangga yang ditanam sendiri di laman rumah berbuah lebat. Jadi, tiada alasan untuk tidak memanfaatkan ruangan yang ada walaupun tinggal di kawasan perumahan dengan ruang terhad. Antara yang menyerikan halaman kecilnya termasuk termasuk cili, limau kasturi, kubis, pandan, kesum, bayam, pokok kari, bunga ros Jepun dan mangga. Dia banyak mempelajari cara menanam daripada laman sosial dan Internet selain berkongsi minat dengan rakan yang mempunyai minat sama. Baginya bercucuk tanam tidaklah sukar kerana kebanyakan sayuran yang dipilih senang hidup dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Ada kalanya dia perlu berulang kali menanam benih yang sama kerana tidak menjadi, namun sekiranya benih yang disemai mengeluarkan pucuk atau akar, ia cukup menggembirakan hatinya serta tidak sabar menunggu hasil daripada pokok berkenaan. Dia juga semakin mahir menanam dan seronok dengan hobi barunya itu apatah lagi anaknya dapat bermain bebas sambil menikmati keindahan kebun dapur yang diwujudkannya. Ia menjadi satu kepuasan buat saya apabila dapat masak dan makan hasil sayur yang ditanam sendiri. Memang ada sesetengah sayuran kadang-kadang ambil masa lama sebelum boleh dituai, tapi berbaloi sebab sayur kita tanam ini tidak menggunakan racun. Dakwanya kalau beli sayur di pasar, sesetengahnya tidak terjamin sama ada bebas racun serangga yang berbahaya, jadi ada baiknya saya menanam sendiri sayur di rumah. Hobi berkebun ini manfaatkan tanah sekangkang kera yang ada ini. Seronok tanam sayur, rasanya lebih segar. Macam kubis yang saya tanam di sini lebih manis rasanya. Selain menggunakan baja yang sesuai, perlu pastikan pokok disiram setiap pagi dan petang apatah lagi kini negara sedang berdepan musim panas, tanaman juga perlu disiram lebih kerap. Dia amalkan tip iaitu tanah memang boleh digunakan untuk kompos sisa makanan. Di dalam tanah, sisa makanan ini akan reput, hancur dan menjadi baja. Tanah itu kemudiannya boleh digunakan semula untuk menanam sayur. Kini dia boleh mengitar semula sisa dapur menjadi bahan berguna. Baja kompos ini selamat dan mesra, jadi kita tidak perlu bimbang kesan sampingan. Cuma, kalau boleh beli bekas bertutup yang besar untuk menampung sisa dapur kita setiap hari. Bagi tip menanam pokok mangga pula perlu pastikan batang pokok sudah kukuh. Sekiranya bunga (buah) sudah mula keluar tetapi batangnya belum kukuh lagi, maka ia perlu ditebalkan terlebih dulu. Baka mangga cakonan dari Thailand yang saya tanam ini memang bagus dan amat berpuas hati kerana ia boleh berbuah lebih daripada sekali dalam setahun.

Kisah bagaimana 'Kebun lokasi terapi minda' kepada individu yang mempunyai hobi berkebun di laporkan media di Taiping, Perak. 
Gunakan halaman rumah dengan pelbagai tanaman dan sayuran bukan saja memberi kepuasan buat mereka yang meminatinya malah menghidangkan panorama indah serta menyejukkan pandangan. Apa pun buat sesetengah orang, hobi berkebun juga menjadi antara terapi untuk menenangkan diri sambil bersantai bersama keluarga tersayang. Selain berfungsi sebagai kebun dapur, ia boleh menjadi ruang yang menarik jika bijak menyusun atur tanaman dan mungkin juga boleh mewujudkan taman mini untuk melengkapkan landskap halaman. Aktif menanam sayur dan pokok bunga sejak empat tahun lalu, Fauziah Harun antara yang memanfaatkan halaman rumahnya dengan pelbagai tanaman (Sila lihat foto disebelah). Dia mengakui minatnya itu bukan saja dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan di dapur, tetapi mampu menjadi lokasi sesuai untuk terapi minda. Pelbagai sayuran ditanamnya termasuk kubis, cili, kailan, halia, kunyit, serai, kucai, markisa selain bunga kertas dan ros dan yang mengindahkan halaman rumahnya di Kampung Sungai Punggur, Trong, Taiping, Perak. Modal bagi menanam sayur juga tidak besar malah ada di antaranya boleh didapati secara percuma. Sebenarnya bukan susah hendak mewujudkan taman dapur. Maklumat mengenainya begitu mudah dicari dan banyak di Internet, bergantung kepada diri sama ada hendak atau tidak untuk dia aktif mengusahakannya. Memang gembira bukan kepalang apabila semua tanaman mengeluarkan hasil. Selain mengindahkan landskap laman rumah, hobi ini dapat menenangkan hati dan jiwa saya setiap kali berada di luar. Dia banyak mempelajari cara menanam daripada laman sosial dan Internet selain berkongsi minat dengan rakan yang mempunyai minat sama. Baginya bercucuk tanam tidaklah sukar kerana kebanyakan sayuran yang dipilih senang hidup dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia juga satu kepuasan buatnya apabila dapat makan hasil sayur yang ditanam sendiri. Memang ada sesetengah sayuran kadang-kadang ambil masa lama sebelum boleh dituai, tapi berbaloi sebab sayur yang kita tanam ini tidak menggunakan racun. Kalau beli sayur di pasar, sesetengahnya tidak terjamin sama ada bebas racun serangga yang berbahaya, jadi ada baiknya saya menanam sayur di rumah. Hobinya itu membolehkan dia menjimatkan kos barangan dapur kerana ada antaranya seperti cili yang dijual agak mahal dapat dipetik sendiri jika dia memerlukannya. Hasil tanaman biasanya digunakan sendiri atau disedekahkan kepada keluarga dan jiran. Pokok bunga pula katanya, ada yang dijual kepada rakan dan secara tidak langsung ia juga dapat menambah pendapatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.
 Wasallam!!!.
HOBI BERKEBUN... RAMAI SUKA...
PALING MALAS... BILA NAK MULA...
RAMAI MENANAM... DIA BAHAGIA...
HASIL DITUAI... SEGAR KUALITINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist, 
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Rejab 1443H).

Tuesday, March 1, 2022

TUBA DAN KISAHNYA

TUMBUHAN TUBA
(Derris elliptica) adalah sejenis tumbuhan renek dari keluarga Fabaceae (dulu nama kluarga ini ialah keluarga Leguminaceae) yang terdapat di Asia Tenggara dan kepulauan di Pasifik Barat-daya yang biasa digunakan untuk meuba atau bertindak sebagai racun ikan. Tumbuhan ini adalah natif di Malaysia dan Indonesia dan biasanya tumbuh sendiri secara liar di kawasan hutan dan kawasan kebun yang tidak di racun atau tidak diusahakan secara intensif. Nama-nama bagi tumbuhan tuba ini yang lainn adalah tuba akar, tuwa laleur, areuy kidang (Sd.), jenu, jelun, tungkul (JAWA), tobha, jheno, mombul dan lain-lain dan sebagainya. Akar tumbuhan tuba ini memiliki kandungan bahan iaitu rotenona (rotenone) iaitu sejenis racun kuat untuk membunuh ikan air tawar dan juga boleh digunakan sebagai racun mengawal serangan serangga pada tanaman. Tumbuhan tuba adalah jenis yang menjalar dan mampu memanjat atau merambat pada pokok (tumbuhan memanjat) yang berkayu. Keupayaan memanjat pokok mempu mencapai ketinggian dengan membelit sehingga setinggi 10m. Ranting-ranting tuba yang tua berwarna kecoklatan dengan lentisel serupa jerawat. Daun-daun tuba adalah tersebar, majmuk yang menirus dengan bilangan ganjil dengan jumlah helai daun antara 7-15 helai. Tangkai daun berukuran antara 13-23 cm panjang dengan sisi bawah bahagian sisi bawah daun kekelabuan atau agak kebiruan. Daun muda atau pucuk yang muda berwarna coklat-ungu/ Tanaman tuba mempunyai bunga yang terkumpul dalam kumpulan yang panjangh tangkainya kira-kira 12-26 cm panjang. Kelopak bunga tuba berbentuk cawan dengan warna hijau dan warna ros pucat. Buah tuba berbentuk oval yang memanjang dengan saiz kira2 3.5-7cm × 2 cm serta selalu mempunyai antara 1-2 bijibenih. Apa pun a
rtikel kali ini penulis ingin berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan tuba seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

D
alam portal tempatan hmetro.com yang dirujuk kisah bagaimana 'Buru penuba ikan sungai Lepar' oleh pihak Jabatan Perikanan Pahang sedang dikesan apabila sekumpulan individu yang dipercayai terbabit dalam aktiviti menuba ikan di Sungai Lepar, dekat Kuantan telah tular di media sosial (Facebook). Pengarahnya Azahari Othman berkata dimana usaha mengesan pemilik akaun media sosial berkenaan kini dilakukan pihaknya bagi mendapatkan maklumat untuk membantu siasatan berhubung aktiviti menuba atau meracun kimia di kawasan sungai itu (Sila lihat foto disebelah). Dalam kes ini jabatan perlu bersemuka dengan individu terbabit bagi mendapatkan kepastian sama ada kegiatan yang menyalahi undang-undang itu benar dilakukan di negeri ini atau pun sebaliknya. Dalam gambar yang dimuat naik dalam Facebook individu terbabit menunjukkan banyak ikan lampam sungai dan ikan terbul dimuatkan dalam bot gentian kaca serta kenderaan pacuan empat roda yang dikatakan hasil kegiatan menuba atau meracun. Bagaimanapun bukti penggunaan bahan terlarang untuk menangkap ikan berkenaan tidak dapat dipastikan lagi dan adalah tidak mustahil mungkin mereka ini menggunakan jaring atau jala. Dilaporkan mengikut peraturan Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai) 1991 Pahang dimana individu yang terbukti menggunakan tuba atau racun untuk menangkap ikan boleh dikenakan kompaun RM500 hingga RM1,000 dan peralatan menangkap ikan mereka dirampas. Azahari berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan itu dan tindakan undang-undang menanti mereka yang tamak serta mementingkan diri sendiri. Dilaporkan pada  musim kemarau yang melanda negara kini menyebabkan banyak sungai utama dan kecil menjadi cetek, peluang itu digunakan pihak tidak bertanggungjawab menangkap ikan menggunakan peralatan yang dilarang. Kini selain daripada menggunakan tuba atau racun, penggunaan arus elektrik serta bahan letupan juga dikesan berlaku setiap kali musim kemarau terutama membabitkan kawasan pedalaman. Jabatan Perikanan berharap masyarakat termasuk nelayan darat dapat memberi kerjasama dengan melaporkan kepada jabatan sekiranya melihat kegiatan menangkap ikan mengguna tuba, racun, bahan letupan dan arus elektrik. Dalam pada itu usaha jabatan menambah taburan ikan di perairan umum negeri ini dengan mengadakan program pelepasan pelbagai spesies ikan tidak akan membuahkan hasil sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab menangkapnya menggunakan cara tidak dibenarkan.

Kisah kegunaan akar pokok tuba lebih bermakna apabila dilaporkan 'Racun serangga daripada pokok tuba' dihasilkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP). Akhbar Berita Harian (BH) menyatakan dengan mengambil idea daripada kaedah Orang Asli menghalau serangga dengan menggunakan pokok tuba maka penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencipta racun serangga mesra pengguna dikenali sebagai Pest Killa (Sila lihat foto disebelah). Ketua Projek Penyelidikan Pest Killa iaitu Abdul Syukor Abd Razak yan dakwa dimana pihaknya menjalankan kajian selama dua tahun untuk mengenal pasti potensi pokok tuba menjadi bahan utama dalam penghasilan racun serangga. Kajian itu membabitkan ujian terhadap lipas, semut, lalat dan cicak sahaja tetapi produk berkenaan kini boleh digunakan untuk 
menghalau pelbagai jenis serangga lain juga termasuk nyamuk serta lipan. Mereka memulakan kajian pada 2013 dan mendapati pokok tuba mempunyai potensi sebagai agen untuk menghalau serangga. Namun jika digunakan secara langsung, ia akan memberi kesan sampingan pada pengguna. Mereka mengambil keputusan menghasilkan racun berkenaan dalam bentuk cecair untuk semburan yang mesra pengguna, malah berbau wangi dan tidak menyesakkan pernafasan. Berikutan respons positif diterima dilaporkan produk Pest Killa dikomersialkan dengan mencatat jualan sebanyak 20,000 botol pada setiap bulan membabitkan permintaan daripada warga kampus dan masyarakat luar (Sila lihat foto paling bawah sekali). Apa pun berdasarkan testimoni diperolehi daripada 2,000 pelanggan dimana dilaporkan sebanyak 99.8 peratus bersetuju bahawa produk ini sangat berkesan menghalau serangga dan tidak memberi impak berbahaya terhadap pengguna. Mereka kini telah bekerjasama dengan UMP Holdings Sdn Bhd untuk pengedaran Pest Killa. Inovasi itu turut meraih Anugerah Produk Paling Inovatif daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada Peringkat Antarabangsa (Negara ASEAN) 2016. Antara kelebihan Pest Killa adalah kerana ia mesra alam, mudah digunakan, murah dan mampu milik pada harga RM23 sebotol. Ia didakwa membantu memelihara ekosistem kerana menggunakan bahan semula jadi dan juga sangat menjimatkan kerana sebotol boleh digunakan antara tiga hingga empat bulan.

Penulis blog merujuk kepada sumber dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dimana dilaporkan ada 'Fungsi Unik Akar Tuba' yang mana ditulis semula dalam artikel ini. Dilaporkan memang tidak ramai tahu mengenai keunikan akar tuba yang sering dikaitkan sebagai ia digunakan secara tradisi untuk menangkap ikan di sungai. Cara menuba dilaporkan memang mudah dilakukan berbanding dengan cara memasang pukat auat menjala apa lagi dibandingkan dengan memancing. Penulis blog sebenarnya banyak pengalaman semasa tinggal dikampong di Muar, Johor dahulu dimana menuba ikan di tepi parit belakang rumah untuk dapatkan ikan menjadi kebiasaan sekitar tahun 1970'an. Keberadaan pokok tuba ini dipandang sepi dan masih tidak banyak kajian dijalankan. Tuba adalah toksik kepada ikan dan toksik juga kepada serangga. Bagaimana pun di UPM pernah dilaporkan kajian mengenai tuba ini dilakukan Norhayu Asib yang diselia oleh Prof Dr Zulkifli Omar dengan bajet daripada MOSTI sebanyak RM124,000 (Sila lihat foto disebelah). Inovasi yang dilakukan adalah racun perosak biologi menggunakan ekstrak bahan aktif dalam bentuk formulasi emulsi nano. Dilaporkan keberkesanan terhadap perosak dapat dipertingkatkan berbanding dengan kaedah konvensional. Racun serangga konvensional lazimnya adalah berasaskan kepada bahan kimia tetapi kajian di UPM menggunakan bahan tumbuhan yang mesra alam sekitar. Racun organik ini didakwa sesuai digunakan untuk tanaman sayuran, ulaman dan herba dengan harga yang agak rendah. Apa yang penting dimana produk tersebut adalah produk bio yang tidak merbahaya dan tiada kesan sampingan kepada tanaman. Antara kajian dimana serangan Ulat kobis (Plutella xylostela) dan Ulat Ratus (Spodoptera litura) pada tanaman kobis bulat dimana larva yabg makan daun yang disembur racun bio akan melumpuhkan organ dalaman dan akhirnya ulat tersebut akan mati sendiri. Walau pun kajian ini sudah agak lama dijalankan akan tetapi penulis blog belum menjumpai produk tersebut dipasaran mahupun teknologi ini dikembangkan melalui agen pengembangan pertanian seperti diharapkan. Laporan kajian UPM ini pun masih tidar dapat diakses melalui laman media biasa. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
POKOK HERBA... IA ADALAH TUBA....
DIHARAMKAN GUNA... DI SUNGAI KITA...
DI UMP ... ADA PRODUK PEST KILLA...
DIBUAT RACUN BIO... DIMANA ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Rejab 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...