Support My Blog

Monday, November 25, 2019

BUKO - MINUMAN ENAK

BUKO merupakan sejenis hidangan minuman dari air kelapa muda (Cocos nucifera) yang sangat popular di Filipina iaitu campuran air kelapa muda dengan susu. Penulis blog yang berkunjung ke Buko Shop, Cagayan de Oro, Misamis Orientalis, Philipines dengan rakan pejabat sempat untuk menikmati air minuman Buko ini di kedai khusus menjual buko dimana amat ramai orang berbaris untuk mereka mendapatkannya (Sila lihat foto diatas dan bawah sekali). Makna 'Buko' adalah 'peringkat pengeluaran awal bunga buah' atau pun 'peringkat awal pengeluaran tunas dahan pokok' secara botaninya. Apa pun minuman air kelapa buko ini amat popular di Filipina dimana saya lihat berbaris orang tempatan untuk membeli minuman enak ini dijual dengan harga 25Peso (RM2.10) satu cawan sederhana saiznya. Saya melihat seramai 5 orang pekerja melayan pengunjung dimana 3 orang mengupas dan mengekuarkan air kepala muda serta isinya dan 2 orang lagi melayan pelanggan. Memang sangat mudah menyediakan minuman jus buko ini daripada pemerhatian yang dibuat dimana air kelapa ini akan dimasukkan kedalam bekas besar sebelum dimasukkan susu pekatan manis atau susu cair (jenis buko bergantung kepada permintaan peminatnya) dan dimasukkan air batu. Bergantung kepada permintaan ada yang diminum bersama isinya dan ada yang diminum kosong begitu sahaja. Pada penulis blog dapat satu cawan kertas sederhana pun sudah mencukupi untuk kenyang dan memuaskan kerana ia adalah minuman berkhasiat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info asas mengenai minuman buko (Buko juice) dan Buko Pandan yang lebih diminati dibeberapa negara tropika yang lain untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Minuman air kelapa muda atau Buko Juice merupakan sejenis minuman berkhasiat yang kini dikomersilkan. Terdapat dua jenis yang biasa dijual iaitu Buko Segar dan juga Buko Dalam Tin atau Botol yang telah disejukkan. Biasanya bagi jualan jus dalam tin atau botol ini secara komersil dibeberapa premis dengan cara pembungkusan sesuai (Sila lihat foto disebelah). Ia didakwa sebagai 'natural drinks' yang asli dimana memberikan kesegaran dan kekenyangan kepada peminumnya. Ada juga jenis jus buko yang dijual sebagai 'Pekatan' atau 'concentrate buko' yang dijual dan boleh dibancuh dengan air minuman. Dalam penerangan yang diberikan rakan disana menyatakan minuman jus buko ini adalah kaya dengan nutrien serta mengandungi bahan-bahan antioksidan. Ia baik diminum oleh pengidap diabetis dan juga didakwa mampu menghancukran batu karang didalam buah pinggang. Selain itu minuman buko ini juga mampu didalam menurunkan kadar tekanan darah tinggi, mengurangkan kandungan gula dalam badan dan juga  mengelakkan kekeringan air dalam badan (dehydration). Minuman ini juga sangat baik diminum selepas menjalankan senaman berat sebagai pemulih tenaga yang cekap.


Khasiat air kelapa muda telah lama dipromosikan dimana selalunya pada situasi cuaca panas dan kurang minum air menyebabkan tubuh terdedah kepada masalah dehidrasi dan keletihan yang melampau. Kehilangan atau kekurangan air dalam badan boleh di atasi dengan minum banyak air. Terkini didakwa dimana ada gabungan air isotonik dengan air kelapa dan seumpamanya yang mampu memulihkan dehidrasi dan dipercayai berfungsi melancarkan proses berkenaan bagi mengembalikan semula cecair yang hilang (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog juga merujuk kepada artikel temuan oleh Ahli Strategis Nutraseutikal Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Azhar Mat Easa yang menyatakan pihaknya telah berjaya menerokai keajaiban air kelapa yang memberi manfaat kepada tubuh. Kini minuman isotonik daripada ekstrak air kelapa memang ia kaya dengan elektrolit semula jadi yang berfungsi memberikan tenaga. Dakwanya elektrolit yang terkandung di dalamnya seperti natrium, kalsium, kalium dan magnesium membekalkan tenaga untuk anda kekal segar sepanjang hari. Ini sama dengan minuman jus Buko yang popular di Filipina dimana minuman ini berjaya membekalkan zat dan mineral yang menampung keperluan nutrisi badan, melancarkan proses rehidrasi bagi ianya membolehkan air diserap segera dalam tubuh. Kandungan gula semula jadi dalam air kelapa membekalkan tenaga. Sebaiknya anda disaran minum air kelapa pada waktu pagi untuk kekal cergas sepanjang hari. Kini bukan saja Air kelapa sedap tetapi cecair ajaib ini juga rendah kalori, rendah lemak, dan penuh dengan vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan.


Pada penulis blog yang merujuk kepada minuman air kelapa muda dan buko juice mendapati ada 10 sebab kenapa anda perlu minum air kelapa. Pertama kerana ia didakwa mampu mengurangkan Berat Badan. Ini kalau di banding dengan minuman yang lain maka kandungan lemak Air Kelapa sungguh rendah membuat anda tidak perlu takut berat badan anda naik kalau anda minum banyak skali pun. Kalau anda hendak minum sesuatu selain dari air kosong sambil mengekalkan berat badan anda air kelapa sesuai sebagai pilihan. Ke 2 dimana ia mampu dalam proses Penjagaan Kulit kerana kepada yang hendak memiliki kulit yang sempurna maka air kelapa boleh memastikan kulit anda licin berseri. Apabila anda minum air kelapa ia membantu memulihkan kelembapan semulajadi kulit anda. Kulit yang kering selalunya bererti kulit yang rosak. Kulit bergantung kepada lapisan Lipid untuk melawan iritasi kulit yang disebabkan oleh bakteria, virus dan kulat. Ke 3 adalah dimana buko ini membantu Proses Penghadaman yang disebabkan air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masaalah pencernaan . Tambahan pula, air kelapa dapat mengurangkan berlakunya refulks asid dalam perut anda. Air kelapa ini juga menggalakkan Penghidratan kerana apabila anda berseman ataupun menjalankan aktiviti fizikal, badan anda akan kehilangan mineral penting yang membuat anda rasa letih. kini daripada anda minum Air Isotonik yang penuh dengan gula, anda boleh menggantikan mineral yang hilang dengan cara yang lebih sihat. Air Kelapa membawa kesan yang sama seperti minuman Isotonik dalam menggantikan elektrolit yang hilang ketika bersenam. ilaporkan secawan Air Kelapa mengandungi 294 mg Kalium dan 5 mg Gula semulajadi. (Sila lihat foto disebelah). Kandungan gula yang rendah dibandingkan dengan minuman Isotonik menjadikan ia alternatif yang sihat bagaimana pun gula didalam susu pekatan akan menambahkan kandungan gula dalam buko.


Minuman Buko atau air kelapa muda didakwa mampu menurunkan Tekanan Darah dimana tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh dianya menyebabkan tekanan darah yang tinggi. Didakwa air kelapa ini mempunyai kandugan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbang semula kandungan elektrolit dalam badan. Kajian yang boleh dijumpai di dalam West Indian Medical Journal 2005 berjaya juga untuk menunjukan air kelapa dapat mengurangkan kadar tekanan darah 71% dari perserta kajian tersebut. Buko adalah kaya Dengan Nutrien dan Vitamin. Berbeza dengan jus lain yang ada di pasaran, air kelapa mengandungi dos Vitamin dan Nutrien yang penting untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Lihat sendiri betapa banyak Vitamin dan Mineral buko. Ke 7 dimana ia kaya dengan Potassium yang mambanu didalam membina protein dan bertanggung jawab untuk merangsang saraf dan otot seluruh badan. Ia juga membantu tulang anda mengekalkan kalsium. Secawan air kelapa mengandungi 600 milligram Potassium yang merupakan 17% dari jumlah harian yang disyorkan. Ini sama seperti anda makan satu biji pisang yang besar. Cukup sebab untuk anda jadikan Air kelapa sebagai satu sumber bekalan Potassium harian anda. Buka juga didakwa mengimbangkan kadar pH Badan. Dalam keadaan Stress dan tekanan pada kehidupan harian, tambahan pula makananan segera yang penuh dengan bahan kimia, boleh meningkatkan kadar asid dalam badan ke tahap yang bahaya. Ini membuat badan kita rasa lemah dan mengurangkan keupayaan semulajadi tubuh kita menyerap mineral yang penting. Kadar pH badan yang tinggi juga boleh meletak tekanan pada hati untuk berkerje lebih keras. Selain daripada itu diantara penyakit lain yang boleh disebabkan oleh kadar pH tinggi adalah seperti masaalah penyakit seperti artritis reumatoid, Kencing Manis, osteoporosis,  tekanan darah tinggi dan juga kurang daya tahan. Air kelapa memberi kesan alkali dan bertindak untuk mengimbangkan kadar PH dalam badan. Ke 9 dimana buko atau air kelapa muda mampu mengawal Kadar Gula Dalam Darah dimana air kelapa mengandungi asid amino dan serat yang boleh membantu mangawal kandungan gula dalam darah. Ia juga meningkatkan sensitiviti insulin. Kajian menunjuk air kelapa membawa kesan terapeutik kepada tubuh manusia dengan cara membantu mengurangkan paras glukosa darah. Buko didakwa mampu melambatkan Proses Penuaan kerana air kelapa mengandungi Cytokinins yang mempunyai kesan anti-penuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Ini mengurangkan risiko mendapat penyakit degeneratif yang berkaitan dengan usia. Kuasa Penghidratan Air Kelapa juga memastikan kulit anda mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit. Berapa Banyak perlu anda minum adalah bergantung kepada kehendak akan etapi jangan berlebihan. Ada banyak cara anda boleh menikmati Air Kelapa dan cara yang paling sihat adalah minum terus daripada buah tanpa menambah gula. Betapa bagus pun sesuatu makanan itu untuk tujuan kesihatan etapi jika diambil secara berlebihan maka ia boleh mendatangkan kemudharatan. Petua pilih buah kelapa yang sesuai untuk di minum adalah kelapa muda dimakan bersama sengan isinya. Dinasihati supaya anda pilih yang hijau dan muda kerana ia mempunyai kandungan air yang lebih banyak.


Buko Pandan adalah hidangan paling popular masa kini dibanyak negara termasuk di pesta dan acara rasmi di Filipina. Rasanya segar dan biasanya disajikan dalam keadaan sejuk atau beku dan dibuat dari kelapa muda dan aroma daun pandan. Resepi membuatnya juga mudah dimana bahan-bahan digunakan adalah 2 tin susu cair, 1/2 tin susu pekatan manis, nata de coco yang buang airnya, bahagian isi kelapa muda, Air kelapa Muda dan juga 100 gram sagu mutiara warna putih. bahan lain adalah 1 bungkus agar-agar hijau, 3 sudu makan mendapan daun pandan (3 titisan paste pandan) serta garam secukupnya. Cara untuk membuatnya dengan merebus sagu mutiara dengan air panas dan selembar daun pandan yang dimasak sampai masak dan matang dan disisihkan. Masak agar-agar dengan cara menggunakan air kelapa dan setelah sejuk ia dipotong-potong dadu disisihkan. Kemudian didalam bekas besar maka dimasukkan susu cair dan susu pekat manis. Seterusnya dimasukkan nata de coco, isi kelapa muda, sagu mutiara dan potongan agar-agar. Ia digaul rata dan juga ditambahkan sedikit garam dan pewarna dari mendapan daun pandan. Biarkan beberapa minit dan dalam peti ais dimana sedia disajikan apabila perlu. Enak diminum bersama ketulan ais dan ketih]ka haus. Selamat mencuba. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MINUMAN BUKO... IA AIR KELAPA MUDA...
SENANG DIBUAT... KELAPA SENTIASA ADA...
MEMBELI DI FILIPINA... BUAT UJIRASA PULA...
BACA  ARTIKEL... SUDAH INGIN MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 103, A1 Express Hotel,
Cagayan de Oro, Misamis Oriental,
Mindanao, Philipines.
(27 RabiulAwal 1441H).

Sunday, November 24, 2019

ESTET NANAS BUKIDNON - TINJAUAN

ESTET NANAS BUKIDNON milik Syarikat Del Monte Philipines Incooperated (DPMI) di Lanao, Mindanao merupakan sebuah ladang nanas MD2 yang luas dan diusahakan secara pengurusan estet. Dikatakan sebagai perladangan nanas terluas di Asia Tenggara dengan dimulakan operasinya semenjak tahun 1926 lagi telah menjadikan banyak aktiviti pertanian. Terdapat 4 lokasi perladangan dengan tanaman nanas iaitu di kawasan Manolo Fortich, Sumilao, Impasug-Ong dan juga Libona dimana kilang pemprosesannya terletak di Bugo, Cagayan de Oro. Syarikat DPMI ini merupakan pengeluar nanas terlengkap didunia dengan mempunyai beribu hektar ladang nanas dan juga kelengkapan mesin dan jentera untuk pasaran domestik dan eksport termasuk rangkaian darat dan perkapalan sendiri. Selain nanas mereka juga merupakan pengeluar utama buah pisang jenis cavendish ke seluruh dunia. Penulis blog berkesempatan untuk membuat tinjauan teknologi ke ladang tersebut yang diaturkan oleh pihak tempatan untuk melihat sendiri salah satu dari ladang tersebut dan melihat bagaimana teknik penanaman nanas MD2 yang luas dikawasan tanah volkanik yang memang sesuai untuk pelbagai tanaman makanan lain seperti jagung manis, pisang, ubikayu, kacang tanah dan sebagainya. Kedudukan Pulau Mindanao yang beriklim panas dan tropika dengan sinaran matahari yang mencukupi membolehkan tanaman nanas seperti nanas hibrid MD2 mampu dalam memberikan buah nanas yang berkualiti. Bersama saya adalah beberapa rakan yang mana ada diantara mereka pernah bekerja di Mindanao dan dia memberikan sedikit penerangan mengenai penanaman nanas di negara tersebut. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan tinjauan teknologi dan pandangan peribadi iaitu berdasarkan kepada lawatan singkat keladang Del Monte ini untuk dijadikan bahan bacaan anda semua.


Lawatan singkat ke ladang Del Monte di Bukidnon ini adalah tidak dirancang pada peringkat awal dan merupakan lawatan persendirian. Perjalanan ke Bukidnon Pineapple Farm seluas lebih 5,000 hektar ini mengambil masa selama 2.5 jam daripada tempat penginapan kami di Xaviers Estate Chalet Club House yang terletak dikawasan ekslusif di Cagayan de Oro, dalam negeri Misamis Oriental, Philipines. Menaiki keenderaan Toyota Fortuner yang dipandu Paksan dan melalui perkampungan yang sibuk dan padat memang aktiviti yang memenatkan. Setibanya di sempadan masuk ke Bukidnon diminta berhenti kereta dan diminta turun semua penumpang untuk memijak tapak kaki didalam struktur konkrit yang basah dipercayai mengandungi bahan kimia (Sila lihat foto paling bawah). Saya pun pijak sehingga basah tapak kasut sebelum menaiki kereta dan kereta akan melalui kolam takungan yang mana ia mengandungi ubat pembasmian sebelum meneruskan perjalanan. Amalan ini adalah sebagai satu langkah bijak mengawal patogen bawaan kaki untuk keladang nanas dan tanaman makanan lain. Memasukki estet nanas milik Del Monte ada sebuah tugu buah nanas MD2 yang agak besar setinggi 10 kaki dan melalui kawasan pejabat dan juga perumahan serta pusat pengumpulan hasil (tidak singgah). Meneruskan perjalanan barulan terlihat ladang nanas MD2 yang luas dan sayup mata memandang. Penulis blog turun melihat sendiri tanaman nanas MD2 dikira berumur 2.5 bulan (Sila lihat foto disebelah). Memang cukup subur tanaman nanas disini dilihat dari mata kasar dan penjagaan pokok amat memuaskan.


Tanah jenis volkanik di sini memang penulis blog dapati telah pun dikenalpasti semenjak zaman penjajah lagi sebagai tanah yang subur untuk tanaman jenis makanan. Disepanjang perjalanan dilihat kawasan ini juga luas ditanam dengan Jagung Manis (Zea mays) ,Tebu Biasa  (Saccharum spp) dan juga Pisang (Musa acuminata) serta rumput napier dan banyak ladang lembu. Tanaman nanas (Ananas comosus) di ladang ini didakwa menggunakan bahan tanaman dari benih sulur dan kultur tisu seperti yang dipaparkan didalam youtube. Penulis blog turun memeriksa tanah yang peroi dan subur dimana ia berwarna coklat kehitaman (Sila lihat foto disebelah). Penanaman nanas MD2 diatas tanah volkanik ini tidak menggunakan plastik silvershine seperti amalan di Malaysia. Kawalan rumpai dilakukan dengan sistematik dimana memang tidak ada rumpai langsung didalam baris tanaman nanas disini yang luasnya beribu-ribu ekar. Seluas mata memandangkan yang kebanyakan blog ladang yang penulis blog lalui disepanjang perjalanan sehingga ke Tanah Tinggi Monolo Fortich Resort Highland adalah diperingkat awal penanaman. Purata ketinggian tanah di Bukidnon adalah sekitar 915 meter (3,002 kaki) diatas paras laut denga ketinggian puncak Gunung Kitanglad adalah 2,900 meter (9,511 kaki). Pusat peranginan ini ada tempat penginapan, pelbagai aktiviti riadah dan terkenal dengan 'Superman Flying Fox' yang mana ramai pengunjng setiap masa kerana cuacanya yang dingin.


Menurut rakan yang sama-sama dalam mengikuti tinjauan ini memang luas sekali penanaman nanas MD2 disini. Misi untuk meninjau akan sumber benih nanas MD2 dari ladang ini dapat dilihat dari segi kesesuaian varieti. Dari sumber yang diperolehi mendapati syarikat ini ada mengeksport benih sulur serta pastinya buah nanas segar dan nanas kaleng keseluruh dunia termasuk pasaran ke USA, Eropah, Asia Barat, China, Asia Tenggara dan merata lokasi. Keupayaan untuk mereka hasilkan nanas premium Del Monte dengan jenama 'Dole' sudah lama wujud dimana mereka menjual dengan harga yang sukar untuk ditandingi dengan negara-negara lain. Teknik pengurusan perladangan moden dan cekap membolehkan pengeluaran sentiasa konsisten dimana mereka mampu menanam sepanjang tahun diladang mereka. Kos dapat dikurangkan dengan tidak memasang plastik silvershine dan tidak memasang tudung atau cap nanas seperti yang perlu dilakukan di negara kita (Sila lihat foto disebelah). Kedudukan dikawasan tanah yang agak sederhana tinggi menyebabkan cuaca tidak panas sehingga mampu menurunkan kualiti buah nanas MD2. Pernah saya katakan dimana nanas yang ditanam dikawasan tanah agak tinggi memang lebih manis daripada buah nanas di tanah rendah atau gambut. Keadaan tiada rumpai yang tunbuh membolehkan kos pengeluaran nanas disini mempunyai daya saing yang baik. Semasa pebulis blog hadir World Food Intertional Fair di Dubai, UAE dimana nanas dari Filipina ditawarkan pada harga USD8.50 FOB sedangkan dari Malaysia hanya mampu menawarkan USD10 FOB iaitu lebih tinggi. Jumlah pengeluaran yang besar sertakualiti serta harga nurah sukar untuk kita bersaing cara biasa.


Sepanjang perjalanan dllihat pengurusan ladang menanam pokok kekacang dengan jarak penanaman 50 kaki diantara pokok. Pokok ini berbunga merah dan berbuah tetapi ketinggiannya dikawal hanya setinggi 1.5 meter sahaja dari paras tanah (Sila anda lihat foto disebelah). Selain daripada tumbuhan ini berfungsi sebagai tanaman hiasan disepanjang jalan kiri-dan kanan dengan bunga berwarna merah dipercayai ia mampu menghasilkan unsur Nitrijan (N) dan menarik serangga perosak dikawasn ladang nanas untuk jadi 'trap crop'. Pokok ini sentiasa dilihat berbunga dan berbuah sepanjang masa diakwasan tanah setinggi 3,000 kaki dari paras laut. Didakwa cuaca di sini adalah agak sejuk diantara 20 - 34 Celcius dengan purata taburan hujan sebanyak 2,800 mm setahun. Tanah subur dengan cuaca yang bagus membolehkan kawasan di sekitar Bukidnon merupakan kawasan pengeluaran penting makanan di Mindanao dengan produk seperti susu, tomato, kobis, kacang tanah, nanas, kopi, getah, pisang, bunga dan juga ubi kayu. Kawasan Bukidnon juga sangat aktif menghasilkan ikan air tawar seperti ikan tilapia, gourami, kap, ikan keli dan sebagainya dan juga hasilan ternakan.


Kawasan penanaman nanas di Bukidnon yang penulis blog dapat buat tinjauan singkat ini mampu menghasilkan bahan makanan kepada penduduk tempatan dan juga pasaran eksport. Nanas yang dihasilkan adalah dari jenis premium iaitu MD2 walau pun terdapat beberapa varieti lagi yang dikeluarkan. Walau pun Del Monte adalah syarikat gergasi didalam pengeluaran nanas di Bukidnon akan tetapi terdapat ramai petani kecil dan usahawan sederhana yang menanam buah nanas dan tanaman makanan lain.  Dalam tinjauan ke pasar besar di Cagayan de Oro oenulis dapat lihat bagaimana pelbagai buah tempatan termasuk Nanas, Mangga Carabao (Mangga Manila), Pisang dan sebagainya dijual dengan harga berpatutan dan buahnya segar lagi. Tinjauan ke ladang Del Monte di Bukidnon kali ini memberikan satu pengalaman baru kepada saya didalam sektor pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!!... 
MENINJAU JAUH... MINDANAO SANA...
TANAMAN NANAS... MD2 VARIETINYA...
KAWASAN DEL MONTE... LUASNYA....
PASARAN EKSPORT...AMAT BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 502, Xaviers Estates Sports and Country Club,
Xaviers Estates, Fr, Masterson Avenue,
Cagayan de Oro, Misamis Oriental,
Philipines.
(20 RabiulAwal 1441H).

Saturday, November 23, 2019

TANAM NANAS - TAMBAH POKOK

TANAMAN NANAS (Ananas comosus) boleh diaturkan kaedah penanamannya dengan pelbagai kaedah dan susunan. Nanas boleh dibahagina kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan Cayene, Red Spanish, Queen dan Abaxi. Di Malaysia terdapat sebanyak  12 varieti nanas telah berjaya didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Nanas tersebut adalah Moris (AC1), Nanas Sarawak (AC2), Nanas Gandul (AC3), Nanas Maspine (AC4), Nanas Josapine (AC5), Nanas Yankee (AC6), Nanas Moris Gajah (AC7), Nanas N36 (AC8), Nanas MD2 (AC9), Nanas View Of Sunset (AC10), Nanas Madu Kaca (AC11) dan Nanas Keingau Diamond (AC12). Industri nanas negara terus berkembang daripada tujuan penanaman untuk nanas kaleng kepada pengeluaran untuk nanas segar. Penggunaan perkapita buah nanas di Malaysia telah meningkat daripada 8 biji seorang setahun pada tahun 2000 kepada sebanyak 14 biji seorang setahun pada 2010 dan dijangka kepada sebanyak 2o biji seorang setahun menjelang 2020. Pengenalan varieti premium nanas MD2 (AC9) di Malaysia semenjak tahun 2010 mejadikan industri penanaman nanas di Malaysia terus meningka semula. Kini selain penanaman nanas MD2 di tanah gambut dilaporkan penanaman nanas MD2 diatas tanah mineral juga amat signifikan  untuk pasaran domestik dan eksport. Manual tanaman nanas [remium ini telah disemak semula dengan aplikasi pelbagai teknologi bagi menghasilkan nanas MD2 yang berkualiti dan mampu diterma rakyat tenpatan dengan pelbagai gelaran termasuk nanas manis madu. Bagaimana pun sistem penanaman kini telah banyak ditambah baik dengan cara penggunaan plastik silvershine dikawasan tanah mineral dan juga kaedah tanaman nanas iaitu cara berkepadatan tinggi serta sistem penanaman disesuaikan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan menulis mengenai bagaimana sistem penanaman nanas disesuaikan semula mengikut kesesuaian. 


Tanaman nanas secara konvensional diatas tanah gambut memberikan kepadatan sebanyak 37,000 - 49,000 pokok sehektar (ditanam dengan jarak 30 x 60 x 120 cm) dan ia disesuaikan pula diatas tanah mineral. Pada keadaan biasa ia mampu menmberikan kepadatan sehingga 70,000 pokok sehektar pada kepadatan tanah tinggi. Penanaman nanas ini ada yang menanamnya diatas batas untuk tanah mineral atau tiada berbatas terutama dikawasan tanah gambut. Penanaman nanas memerlukan ia ditanam didalam barisan dan lurus agar memudahkan aktiviti penjagaan tanaman seperti kawalan rumpai, membaja , menghormon serta menual hasil buah. Bagaimana pun memang dikawasan tanah yang baru dibuka ia memerlukan tali direntang untuk menjadikan penanaman nanas didalam barisan urus. Penulis blog mendapati dimana benih sulur nanas yang hendak dutanam semestinya dirawat dengan racun kulat. Benih nanas MD2 akan diikat dalam jumlah 50 sulur satu ikatan sebelum ia dicelup selama 5-7 minit didalam larutan air bercampur dengan racun kulat. Ia kemudian akan dikeringkan dan sedia dibawa keladang untuk ditanam atau dinaikkan kelori untuk dihantar kepada pembeli (Sila lihat foto dibawah sekali). Hanya sulur benih yang telah dirawat dengan spesifikasi mengikut Standard SIRIM yang sesuai untuk dijual kepada penanaman lain.  


Pada tanah gambut benih sulur nanas MD2 dan lain varieti akan di sediakan lubang penanaman dengan membuat lubang tanaman sedalam 3-4 inci sebelum dimasukkan sulur benih dan dipadatkan. Bagaimana pun lazimnya tanaman nanas dibahagian tepi akan mengalami kelainan kerana ia berada di tepi parit atau laluan jalan dimana lazimnya akan menerima 'stress' yang lebih berbanding dengan sulur benih yang ditanam ditengah barisan (Sila lihat foto disebelah). Oleh itu bagi tujuan mengurangkan 'stress' ini sebaiknya semua bahagiann hujung dengan lebih rapat diantara barisan pokok sedia ada sebagai satu strategi mengurangkan 'stress'. Jika diperiksa pada musim panas yang berpanjangan atau pokok nanas tidak dibaja atau menerima masaalah gangguan persekitaran maka nanas MD2 akan mengeluarkan 'duri' pada bahagian hujung daun. Ini dapat dilihat dengan jelas semasa berlaku 'stress' pada nanas MD2. Berlainan dengan nanas Sarawak dan Nanas Moris yang sentiasa mengeluarkan duri pada daun-daunnya. Luka duri daun nanas jika terkena pada kaki atau tangan boleh dirawat dengan mudah menggunakan 'skin lotion' atau lotion pelembab kulit dan ia akan biasanya mengurangkan kadar sakit dan gatal pada kulit tersebut. 


Diantara beberapa faktor penting dalam menentukan kejayaan untuk penanaman nanas adalah petani mesti mengikuti pakej amalan teknologi penanaman nanas. Pakej penanaman nanas untuk berkepadatan tinggi mengaplikasi pendekatan untuk memaksimumkan pokok dalam satu unit pengeluaran tanpa mengurangkan kualiti dan gred buah yang dikeluarkan. Khusus bagi nanas varieti Moris, jarak tanaman yang disyorkan adalah pada 30cm x 30cm bagi mendapatkan bilangan pokok di antara 80,000 – 85,000 pokok sehektar. Kejayaan kaedah ini bergantung kepada ketelitian petani dalam menguruskan ladang dan tanaman dengan memberi fokus kepada perkara amalan agronomi berikut iaitu : (1) Penyediaan tanah yang sempurna dan memastikan tapak penanaman betul-betul gembur dengan melakukan satu pusingan bajak piring sedalam 25cm diikuti dengan pusingan bajak putar. (b) Membina lorong kerja untuk menyembur baja, racun dan penggalak bunga selebar 75m pada setiap 30m atau pada setiap 10 baris yang berfungsi sebagai laluan air (c). Mengaplikasikan program pembajaan yang persis melalui semburan baja cecair yang dirumus khas menggunakan baja tunggal iaitu Urea, Christmas Island Rock Phospate (CIRP) dan Muriate of Potash (MOP) bagi menggantikan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17. (d) Menggunakan semburan Ethrel sebagai bahan penggalak pembungaan bagi menggantikan pil ANAA dan (e) Mengaplikasi kaedah pengurusan tanaman secara cekap dan persis menggunakan peralatan dan mekanisasi yang praktikal dan efisien. Pokok yang bertambah didalam kebun akan menambah hasil tuaian nanas kerana hanya sebiji nanas dapat dikeluarkan pada sepokok nanas. Teknik penanaman yang diamalkan ini mampu menambah bilangan pokok nanas dengan signifikan jika dijaga dengan baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anin agro technology. Wasallam!!!..
TANAM NANAS... PELBAGAI CARA...
TANAMAN PADAT... SUDAH DICUBA....
MAKSIMAKAN TANAH... BAGAIMANA...
TEPI BATAS... PENUHKAN SENUANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 102, T5 Boutique Hotel,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1441H).

Friday, November 22, 2019

CUKA DALAM ISLAM

CUKA DALAM iSLAM merupakan salah satu bahan dalam masakan bagi mendapatkan rasa yang lebih sedap dari jenis yang halal. Sebenarnya cuka telah pun ujud didunia dan digunakan semenjak berkurun-kurun dulu. Ada yang setuju dimana bau cuka memang tidak menyenangkan akan tetapi ia mampu mencegah dan merawat beberapa  jenis penyakit. Antaranya adalah seperti masaalah gangguan pencernaan, mwmwcahkan lemak dan ia sekali gus membantu dalam menguruskan dan kurangkan berat badan. Diriwayatkan olej Jabir bin Abdullah bermaksud ''Bahawa Nabi saw bertanyakan ahli keluarganya tentang hidangan lauk, lalu mereka menjawab 'Kita tidak mempunyai apa-apa pun melainkan cuka. Baginda meminta cuka dibawa, memekannya sambil bersabda 'Sebaik-baik hidangan ialah cuka.". Diriwayatkan daripada Aishah bermaksud '' Bahawa Nabi saw bersabda, "Lauk-pauk (campuran roti) yang terbaik adalah cuka.".  Diriwayatkan oleh Ummu Hani binti Abu Talib dimana maksudnya (Riwayat Al Tirmizi)  "Rusullulah telah menemui saya lalu bersabda 'Adakah ada sesuatu (yang boleh dimakan) pada kamu?. Saya menjawab 'Tiada melainkan roeti kering dan cuka, Maka Nabi bersabda 'Dekatkanlah ia kepadaku, Suatu rumah yang mempunyai cuka tidak akan kehabisan laukpauk.". Ini menunjukkan bahawa cuka merupakan bahan penting didalam permakanan Islam semenjak zaman dahulu lagi. Cuka adalah satu bahan perasa yang dibuat daripada pelbagai bahan yang mannis dan berkanji melalui proses fermentasi alkohol dan fermentasi asetik. Cuka asli dibuat daripada buah-buahan yang sangat tinggi karbohiderat seperti buah anggur, epal, delima dan nira kelapa. Artikel malam ini dalam blog iaitu "Anim Agro Technology'' saya menulis menganai kepentingan dan fakta tentang cuka makan dapam Islam untuk bahan rujukkan anda semua.


Di Malaysia berdasarkan kepada Peraturan Makanan 1985 (2011) dinyatakan Cuka hendaklah hasil cecair yang dihasilkan daripada penapaian beralkohol dan diikuti dengan penapaian asetus mana-mana makanan yang sesuai. Cuka hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 4% Asid Asetik dan tidak boleh mengandungi apa-apa asid mineral. Cuka boleh mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan seperti karamel sebagai bahan pewarna dan rempah sebagai bahan perisa yang dibenarkan. Di Malaysia Cuka Buatan cap JALEN diantara produk cuka bumiputra yan djiual dipasaran (Sila lihat foto disebelah) Setiap jenis cuka akan melalui proses pembentukkan ethanol sebagai produk pertengahan dimana setersunya dengan abntuan oksijen maka bahan ethanol akan bertukar kepada asid asetik, Orises ini hanya boleh berlaku dengan adanya Oksijen daripada udara dimana kualiti rasa bergantung kepada bahan mentah digunakan. Biasanya agak sukar membuat piawaian cuka makan ini kerana setiap jenis bahan mentah, teknik fermentasi dan sebagainya mempengaruhi perbezaan kemasaman dan aroma cuka.  Bagaimana pun bagi mereka yan tidak tahu mengenai cuka dilaporkan dimana kebanyakan cuka dipasaran adalah Cuka Tiruan. Adakah anda salah seorang pengguna cuka Tiruan?.


Dalam pada itu terdapat beberapa prinsip  asas untuk usahawan atau kilang menghasilkan cuka. Proses fermentasi akan berlaku dimana buah (eg Buah Epal) akan diperap dimana pemerapan alkohol secara semulajadi berlaku bila ada tindakbalas daripada udara. Ia juga boleh dibuat daripada pelbagai jus buah-buahan terpilih sehingga jadi cuka berkualiti.  Cuka yang dimakan oleh Rasulullah adalah jenis cuka daripada buah-buahan (semulajadi) dan dari jenis cuka tiruan. Arab panggil cuka sebagai 'Khal'. Khal adalah cuka buah-buahan daripada epal, anggur atau buah tin yang disimpan atau diperam. Yis akan tukarkan kepada asei asetik dan akhirnnya sebagai cuka (Khal).  Cuka terbaik adalah jenis cuka yang apabila dimakan dicampur dengan minyak zaitun.. Cuka-cuka ini digunakan untuk tujuan kesihatan. Terdapat 3 jenis cuka iaiti CUKA SULING, CUKA SEBATIAN dan juga CUKA BUATAN / CUKA TIRUAN. Cuka Suling adalah cuka yang dibuat dengan menyuling cuka yang dhasilkan daripada penapaian alkohol dan penapaian asetus. Cuka Sebatian adalah jenis cuka suling dengan mengandungi tidak kurang daripada 50% cuka dan 4% Asid Asetik serta tidak boleh mengandungi cuka tiruan. Cuka Tiruan campuran antara asid asetik gred makanan dengan air. Cuka buatan mestikan mengandungi tidak kurang daripada 4% asid asetik dan 12.5% bahan berat dimana ia sering digunakan tujuan kesihatan dan juga didalam masakkan.


CUKA EPAL dibuat daripada buah epal yang diperam dimana bakteria kan menukar gula kepada asid asetik. Bau atau aroma cuka epal bergantung kepada jenis buh epal yang digunakan dimana semakin sedapad atau tingggi kualiti buah epal maka semakin beraroma cuka epal. Cuka epal boleh memecahkan molekul lemak dimana secara tidak langsung menurunkan berat badan. Cuka ini menyembuhkan penyakit seperti selesema, jerawat, jangkitan sinus, kolesterol tinggi, sakit ulu hati, keletihan yang kronik, dermatitis, anthritis (bengkak sendi), gout dan tekanan darah tinggi. Cuka epal juga mampu mengekatrak Kalsium daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan juga daging untuk kuatkan tulang.  Cuka epal membantu didalam proses detiksifikasi harian untuk kecantikan kulit, elak kerapuhan kuku dan juga menegangkan kulit. CUKA KURMA pula dibuat daripada buah kurma yang diperam dan kaya dengan vitamin C, E, B1, B6, Betakarotin dan juga Bioflavoid serta Kalium. Sebelum mengambil cuka kurma digalakkan serselawat dan baca bismillah disusuli dengan m=inum air masak selepas itu. Cuka kurma mampu mencegah pembengkakan badan, baiki pencernaan, atasi gastik, masaalah hempedu, baiki fungsi limpa, rawat pada masaalah rahim, lancarkan pengeluaran susu ibu, rawat kahak dan batuk berpanjangan dan beberapa lagi.


CUKA ANGGUR pula merupakan cuka yang dibuat daripada buah anggur bukan sahaja baik untuk mesihata malahan juga baik untuk mengubati penyakit.  Ramai pengamal perubatan menggunakan cuka anggur yang kaya dengan antioksidan menrawat penyakit yang berkait dengan usia. Cuka anggur mampu kuangkan kolesterol dalam badan dan mencegah risiko serangan penyakit jantung dan stroke.  Ia mampu mengawal paras gula dalam darah dan sangat baik untuk pesakit diabetis, mengalakkan penyerapan kalsium dan menentang bakteria yang merbahaya. Membanu dalam siste penghadaman serta mampu melangsingkan badan. Cuka anggur juga mampu menjaga kulit serta mudah untuk tidur serta meredakan sakit kepala. CUKA DELIMA adalah antara jenis cuka paling mahal harganya kerana buah delima segar itu sendiri mahal. Cuka ini mampu dalam mengawal kolesterol dalam badan dan melancarkan peredaran darah.  Cuka delima mengandubgi bahan Flavanoid dan Polifenol yang mampu mengatasi penyakit jantung dan juga kanser.  Cuka deima membaiki persedaran darah dan menguatkan sistem pertahanan dalam badan. Memang banyak lagi khasiat dan kegunaan cuka delima didalam menjaga kesihatan pengguna. Semuga anda semua pembaca anim agro technology  mendapat info berguna mengenai cuka dan beberapa jenis cuka seperti Cuka Epal, Cuka Anggur, Cuka Kurma dan juga Cuka Delima kali ini. Wasallam!!..
 CUKA MASAK...ASID ASETIK RUPANYA...
CUKA EPAl KURMA...ANGGUR DAN DELIMA...
CARI YANG HALAL.. ADA PERATURANNYA...
BANYAK KHASIAT... PENYAKIT DISEMBUHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan P11/D, Precint 11,
Putrajaya, Wilayah Persekutuam,
Malaysia.
(22 Safar 1441H).
Posted from:
Terminal 2, Ninoy Aquino International Airport,
Pasay City,  Metro Manila,
Philipines.

Thursday, November 21, 2019

FAKTA TENTANG SERAI DAN PETUA

FAKTA TENTANG SERAI (Cymbopogon citratus) dalam  kehidupan harian orang Malaysia memang tidak asing. Serai atau Lemon Grass (English), Camel's Hay, Citronella, Geranium grass, herbe de citron (Perancis), intronegras (Germany), erba de limone (Italy), hierba de limon (Spanish), bushtrina (India), sera, layu, Sereh (indonesia), bai makk nao' (Laos)  dan Takrai (Thai). Serai adalah sejenis tumbuhan daripada famili Poaceae yang mudah ditanam dan dijaga. Serai merupakan sejenis pokok herba berumpun dan tidak mempunyai batang sebenar sebaliknya mempunyai  seludang yang terbentuk sebagai batang palsu. Serai mudah tumbuh didalam rumpun membesar dimana ia mampu naik setinggi 1 meter dimana batang serai tumbuh menegak. Daunnya tumbuh menirus dengan berwarna hijau sepanjang 50 - 100 mm dengan lebar sekitar 0.5 - 1.5 cm dimana pada permukaan daunnya ada bulu-bulu halus yang mana ia boleh menyebabkan rasa miang atau gatal-gatal apabila kena bahagian yang sensitif.  Serai sebenarnya mampu berbunga apabila cukup matang dan keadaan sesuai walau pun dilihat biasanya serai yang ditanam dijaga dan dibaja jarang sekali berbunga. Batang serai yang dikupas selalunya berwarna putih kehijauan. Batang serai yang dituai akan membentuk pseudobulbil serta ia memberikan rasa dan aroma yang kuat. Biasanya penanaman serai menggunakan benih dari batang serai yang telah dewasa. Dari segi sejarah dilaporkan serai didakwa berasal dari Sri Lanka dan tersebar keseluruh dunia termasuk Asia Tenggara untuk dijadikan bahan penting didalam masakan. Terdapat dua jenis serai yang biasa ditanam di Malaysia iaitu SERAI BIASA (Cymbopogon citratus) dan SERAI WANGI (Cymbopogon nardua). Serai biasa digunakan dalam masakan sementara serai wangi akan diekstrak patinya dan dijadikan ubatan serta kegunaan lain. Artikel malam Isnin ini saya mennulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai fakta serai daripada pandangan Islam, perubatan dan juga fungsinya yang semakin besar.


Tanaman serai banyak di usahakan secara kecil-kecilan dan juga komersial. Keluasan tanaman serai di Malaysia seluas 1,822 hektar dengan penghasilan sebanyak 14,291 metrik tan (Sumber: Booklet Stattistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2018). Kawasan utama tanaman serai di Negeri Johor, Selangor, Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan. Diluar negara pula serai banyak di tanam seperti di India, China, Guatamala dan Brazil untuk kegunaan domestik dan eksspot bagi penghasilan minyak pati serai. Laporan ststistik juga menunjukkan anggaran pengeluaran minyak pati serai dunia meningkat dari 310 mt setahun pada awal 1980'an kepada lebih 520 mt setahun pada tahun 2005. Minyak pati ini digunakan dalam pelbagai industri sampingan seperti Kosmetik, Makanan, Kimia dan juga minyak wangi. Penanaman serai di Malaysia hampir kesemuanya adalah untuk tujuan kegunaan segar sahaja sebagai perasa dalam masakkan. Terdapat beberapa usahawan IKS kecil-kecilan ada membuat minyak serai di Johor, Selangor dan Negeri Sembilan. Secara marfologinya serai makan dengan serai wangi adalah sama bagaimana pun marfologi serai wangi daunnya lebih lebar dan panjang dimana aromanya minyak patinya lebih kuat. Serai wangi yang diproses mampu dalam menghasilkan minyak pati serai yang pelbagai kegunaannya.


Kegunaan utama serai di Malaysia adalah sebagai penambah perasa makanan khususnya masakan seperti Rendang, Tomyam, Nasi Goreng Serai, Sate dan banyak lagi. Ketiadaan serai didalam rendang seakan rendang tersebut tidak lengkap dan tidak enak dimakan (Sila lihat foto disebelah). Batang serai hanya dititik dan dimasukkan didalam rendang  dan mampu ia untuk menambahkan aroma dan rasa unik rendang tersebut. Dalam pada itu minyak serai juga digunakan didalam agen perisa makanan dan minuman, barang makanan bakar, bijirin, gula-gula, produk tenusu, gelatin dan puding. Dalam pada itu dilaporkan dimana daun serai juga menyingkirkan bau hanyir pada daging dan ikan. Bagi mengatasi masaalah bau didalam kereta anda juga boleh meletakkan daun serai atau daun pandan didalam kereta, Daun serai dalam kereta didakwa mampu menghalau lipas daripada ia ''menumpang' didalam kereta anda. Pelikik kereta juga boleh mengamalkan beberapa cara lain menghalau serangga didalam kereta dan juga menghilangkan bau didalam kereta. Serai yang mudah didapati bole dimasukkan didalam bonet kereta atau dibawah tempat duduk untuk mendapatkan aromanya.


Serai juga merupakan tumbuhan yang ada khasiat perubatan.Bahagian daun, batang dan akarnya boleh digunakan didalam dunia perubatan sama ada ia didalam bentuk asal atau didalam bentuk serbuk serai. Serai wangi mempunyai kandungan nutrien yang hampir sama dengan serai makan walau pun komponen bahan pati serai wangi iaitu Geraniol 80-97% dan kandungan Sitronelal sebanyak 30-45%. Minyak yang dihasilkan oleh serai wangi boleh digunakan didalam rawatan Aromaterapi iaitu rawatan menenangkan fikiran. Akarnya boleh digunakan bagi rawatan diuretik dan berfungsi untuk mengalakkan pengeluaran peluh. Penulis blog suka dengan minyak pewangi didalam kereta yang ada bahan daripada serai atau pandan. Ia akan memberikan kesegaran semasa memandu keenderaan. Dalam pada iu serai mampu menghalau nyamuk dan semut dan juga air rebusan serai sesuai untuk mandian mereka yang demam panas. Penulis blog juga diberitahu dimana air rebusan daun serai wangi yang panas bersama dengan daun gandarusa dan dicampur dengan lada hitam sangat baik untuk mandian ibu selepas bersalin. Dalam pada itu khasiat serai dalam perubatan Melayu dan Islam didakwa mampu merawat demam kuning, merawat masaalah pencernaan, merawat sengugut, melebatkan rambut, mengelak gigitan nyamuk, menurunkan paras kolesterol dan juga melegakan sesak nafas. Serai juga didakwa mampu elakkan gusi berkarat dengan ambil batang serai dan ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan arang dan dijadikan ubat gigi digosok pada bahagian gigi sehingga bersih dan berkmur. Ia juga sesuai kurangkan masaalah sakit gigi berlubang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!!..
HARUM BAUNYA ...SERAI NAMANYA...
MUDAH DITANAM... DIMANA-MANA....
DALAM MAKANAN ...SELALU GUNA....
BANYAK  KHASIAT.. UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutian,
Malaysia.
(21 Safar 1441H).
Posted From:
Languindingan Cagayan Airport,
Misamis Oriental, 
Philipines.
(Fly Philiine Airlines Cagayan-KLIA).

Wednesday, November 20, 2019

LORI KECIL KEBUN NANAS GAMBUT

LORI KECIL untuk kebun nanas mempunyai banyak jenis kegunaan daripada mengangkut bahan input, tong racun, pekerja sehingga kepada paling utama pengangkutan buah nanas. Sebenarnya sistem pengangkutan didalam kebun nanas ini ada berbagai jenis jentera, peralatan dan juga kenderaan komersil. Penanam nanas komersil ada yang menggunakan Ceketeng (Sila lihat foto paling bawah), Motorsikal, Motorsikal dengan Treler, Lori, Badang, Kereta Sorong, Basikal dan sebagainya diladang mereka. Tanaman nanas di tanah gambut (Peat Soil) ini mempunyai banyak cabaran dan halangan yang perlu diatasi didalam pekebun nanas menghasilkan buah nanas segar yang berkualiti dan mendapantkan keuntungan kepada pengusahanya. Dikalangan mereka ada menggunakan pelbagai jenis lori akan tetapi dalam tinjauan penulis blog dikawasan utama penanaman nanas seperti di Simpang Rengam, Parit Ghani, Parit Mandirono, Parit Sikom dan banyak lagi  kawasan tanah gambut mereka memilih jenis lori yang RINGAN, MUDAH MASUK LADANG, MUATAN SEDERHANA dan MUDAH DISELENGGARA. Pilihan salah satu usahawan muda di Parit Ghani adalah menggunakan kereta Daihatsu Model Hijet. Walau pun ada pekebun disekitar kampung ini yang membeli lori kecil model lain tetapi bagi Encik Jumaat ia amat sesuai membelu lori kecil 'secong hand' atau lori terpakai ini. Jika lori tersebut sudah tidak boleh diguna maka ia akan memperbaikinya sama ada menukar injin atau pun menukar 'spare part' lain yang sesuai. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan menulis bagaimana lori kecil Daihatsu Hijet ini beropersi dikebun nanas tanah gambut untuk dijadikan bahan rujukkan.


Kenderaan keluaran kilang Daihatsu kebanyakannya adalah jenis yang 'compact' dan ringan sehingga kepada yang canggih. Mereka mengeluarkan pelbagai jenis keenderaan daripada kereta, van, lori sehingga kepada jenis keenderaan SUV dan sebagainya. Kilang dari Jepun ini ada keluarjan Model Hijet untuk Lori, Lori Kecil dan juga Van yang dibawa masuk ke Malaysia semenjak awal 1980an lagi. Model Lori Kecil ini daripada 660 cc kepada 1600 cc mempunyai pelbagai variasi yang sesua untuk dijadikan kenderaan mengangkut barang dagangan (Sila lihat foto disebelah). Kalau dikawasan bandar lori jenis ini banyak digunakan dan disesuaikan dengan konsep 'Food Truck' kerana ia mempunyai strtitur body yang rendah dan sesuai untuk perniagaan makanan. Selain itu lori Daihatsu Hijet ini sering digunakan oleh penjaja ikan dan sayur untuk bergerak daripada satu taman perumahan kepada taman perumahan lain. Dalam industri IKS dan Kilang Kecil juga lori kecil ini sesuai digunakan kerana ia memerlukan space kecil untuk parking dan memasukki kawasan kilang IKS yang kecil dibeberapa kompleks tapak IKS yang disediakan. Pada tinjauan penulis blog memang ramai usahawan kecil yang membeli lori kecil seperti model ini untuk perusahaan mereka. Mengikut Model Hijet, harga keenderaan ini berbeza mengikut model, tahun dibuat, penggunaan, aksessori dan juga lokasi. Dalam tinjauan di lamaneb jualan kenderaan ia dijual semyrah RM2,500 (Model 1998) kepada RM28,000 (Model 2019) bagi yang second hand.


Lori ini kebanyakannya adalah berwarna putih (tidak pasti kenapa pengilang mengecat putih krim) adalah jenis lori yang rendah dan mudah digunakan ketikan membuat 'loading' dan tujuan menurunkan barang. Bagi En Jumaat beliau akan mencari lori Daihatsu Hijet buatan tahun 1990'an yang murah tetapi didalam keadaan baik dan kemudian diperbaiki bahagian injin dan badannya (yang karat akan di welding semula) agar ia kukuh dan sesuai digunakan. Perkara penting bagi kegunaan diladang nanas adalah semestinya dibahagian belakang lori yang akan dipasang dinding kayu untuk mengisi buah nanas (Sila lihat foto disebelah). Bergantung kepada keadaan lori tersebut biasanya kos membaiki semula lori second-hand ini sehingga mencecah lebih RM5,000. Apa yang penting adalah ia sesuai digunakan dikebun nanas seluas 60 ekar di Kg Parit Ghani, Pontian, Johor yang menanam nanas Moris dan Josapine serta N36. Sehingga kini beliau mempunyai 4 biji lori jenis ini dan sedang mencari beberapa lagi untuk kegunaan kebun nanas lain dikawasan yang baru dibuka.


Lori kecil Daihatsu Hijet diladang tanah gambut nanas ini mudah dikendalikan oleh dia sendiri dan pekerja upahan seramai 18 orang. Pekerja upahan ini terdiri dari penduduk kampung dan juga pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh. Mereka mampu memandu sendiri lori kecil ini dengan mudah dan membawa muatan kekebun nanas seperti baja sebelum menaburnya. Semasa aktiviti menuai buah nanas, pekerja akan memotong tangkai nanas dan membawanya dengan bakul nanas ketepi jalan. Bakul buah nanas ini selalu dipanggil sebagai 'Bakul Lajung' dikalangan pekebun nanas. Pekerja yang memandu lori ini akan menaikkan buah nanas keatas lori dengan menyusun mengikut gred. Ini memudahkan pemasaan dipusat pengumpulan (Sila lihat foto disebelah). Bergantung kepada saiz buah biasanya ia mampu memuatkan diantara 150 - 450 biji nenas mengikut saiz dan varieti. Apa yang penting adalah ketia meletakkan lori hijet ini jangan berada ditepi jalan kerana ia membolehkan tayar terbenam dikawasan tanah gambut yang lembut. Uniknya menurut En Jumaat kalau lori Daihatsu Hijet ini masih kosong dan terbenam ia boleh ditolak keluar oleh 2 orang sahaja. kalau sudah berisi buah nanas dan terlalu berat masa buah nanas tersebut dikeluarkan dahulu dan kemudian ditolah secara manual sahaja. Artikel ini memberikan info bagaimana penggunaan lori sesuai untuk kegunaan ladang nanas ditanah gambut hasil tinjauan dan temubual dengan usahawan nanas di Johor untuk rujukkan anda. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MENUAI NANAS... GAMBUT TANAHNYA...
LORI KECIL... SESUAI RINGAN DIGUNA...
DAIHATSU HIJET ... ITULAH JENAMA... 
KEGUNNAN LADANG... PETANI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 102, T5 Boutique Hotel, 
Bandar Pontian,
Johor, Malaysia.
(16 Rabiulawal 1441H).
Posted from:
Room 102, Xaviers Club House,
Materson Ave., Cagayan de Oro,
Misamis Oriental, Philipines.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...