Support My Blog

Saturday, February 6, 2016

TANAH (Part 3)

TANAH (Soils) merupakan satu lapisan paling atas pada permukaan bumi. Ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Dalam keadaan semulajadi lapisan tanah bolehh dikelaskan kepada 3 iaitu (1) Tanah Atas (2) Tanah Bawah dan (3) Batuan (Sila lihat foto diatas). Tanah Atas merupakan lapisan yang ada sisa tumbuhan dan haiwan. Lazimnya tanah atas mempunyai ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur untuk tanaman dan kehidupan lain. Tanah ini juga mempunyai sistem pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi. Ini merupakan dimana akar dapat tumbuh dengan baik untuk menyerap air dan zat galian serta merupakan tempat tinggal organisma tanah. Tanah Bawah pula berada di bawah tanah atas dimana ia adalah jenis tanah lebih padat dan keras dimana ini selalunya akan menghalang pertumbuhan akar dan sistem pengaliran air. Ia mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap dan hanya sedikit organisma tanah tinggal di sini. Bagi lapisan ke 3 iaitu Batuan merupakan lapisan bahan induk tanah. Ia akan mengalami proses luluhawa yang lama untuk menjadi tanah lapisan atas. Kepentingan tanah adalah amat penting dalam sektor pertanian yang akan menghidupkan tanaman dan sumber makanan kepada manusia dan haiwan serta organisma lain. Tanah memberi sokongan kepada akar dimana akar mencengkam tanah dan dapat tumbuh tegak. Ini menyebabkan pokok yang tumbuh menegak ia akan dapat menerima cahaya. Tanah juga membekalkan nutrien dam tempat menyimpan nutrien. Bahan organik yang reput menjadi nutrien pada tanah boleh digunakan sebagai sumber makanan pada tumbuhan dan baja yang beri juga terkumpul di dalam tanah. Tanah akan membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan dimana udara dalam tanah serlalunya mengandungi gas Karbon dioksid (CO2) dan Oksijan (O2). Gas CO2 lebih banyak dalam tanah disebabkan oleh proses respirasi akar, organisma dan pereputan bahan organik. Selain itu ada kandungan air tanah dalam bentuk lapisan air, wap air dan cecair. Artikel subuh ni saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bertajuk 'Tanah' dan perkara penting mengenai tanah dalam kehidupan manusia. 


Aktiviti Pengapuran (Liming) dilakukan kepada tanah untuk menyuburkannya. Bahan digunakan adalah Kapur seperti Batu Kapur (CaCO3), Kapur Tohor (CaO) atau pun jenis Kapur Mati Ca(OH)2.  Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan aktiviti pengapuran adalah Jenis Tanaman dimana petani perlu faham bahawa bahan kapur diberi mestilah ikut jenis tanaman. Perkara ini adalah kerana kadar keperluan kapor bagi setiap jenis tanaman berbeza (Sila lihat foto disebelah). Faktur ke 2 adalah Jenis Bahan Kapur yang digunakan dimana jenis Kapur Dolomit mampu membekal Ca dan Mg sesuai tanaman kelapa sawit, koko dan jagung. Perlu dinyatakan jenis Kapur Tohor adalah jenis kapor dimana kandungan Ca tinggi dan kurang kaustik serta ia tidak mudah diguna. Faktur ke 3 adalah mengenai Jenis Tanah yang hendak ditanam dimana jika ia dari jenis tanah berasid (acid sulfate soil) atau tanah gambut sesuai dirawat dengan menggunakan bahan kapur. Pengapuran secara berlebihan menyebabkan ketoksikan. Faktur ke 4 adalah faktor jumlah Kandungan Bahan Organik dalam tanah tersebut. Kelebihan bagi bahan organik adalah dimana ia mampu untuk menyerap H+ dimana aktiviti pengapuran ini sebenarnya akan menyebabkan kapur sukar mengubah pH di kawasan banyak bahan organik.


Tanah yang baik perlu dilakukan beberapa aktiviti Pemugaran. Pemugaran Tanah ialah ditaktifkan sebagai aktiviti atau kerja untuk memecah, menggembur dan menghapuskan rumpai. Terdapat beberapa langkah untuk proses pemugaran iaitu Pemugaran Primer dan Pemugaran SekunderPemugaran Primer adalah kerja awal dengan memotong dan membalik tanah dengan menggunakan alatan khusus (Sila anda lihat foto disebelah). Ia kemudian diikuti dengan aktiviti memecah dan melonggarkan lapisan struktur tanah keras. Aktiviti menyediakan tanah untuk tujuan pemugaran sekunder selalunya menggunakan peralatan seperti bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan bajak pahat. Pemugaran sekunder pula adalah aktiviti memusnahkan rumpai dan mencampur baja dan racun kimia bertujuan sebagai teknik pengawal perosak ke dalam tanah. Ini termasuk menimbus dan menggaul sisa tumbuhan serta aktiviti memusnah atau untuk mengawal perosak serta aktiviti menyediakan batas tanaman. Ini akan menghasilkan tanah dimana permukaan tanah lebih halus dimana ianya akan sesuai untuk menyemai dan menanam. Tanah yang dipugarkan membolehkan dimana tanaman subur dan memberikan hasil baik.


Dalam berbicang menganai Tanah, Isu mencegah dan mengawal hakisan tanah adalah penting. Ini kerana hakisan tanah ada dua jenis iaitu Hakisan Permukaan, Hakisan Alor dan Hakisan Lurah. Hakisan Permukaan merupakan proses hakisan peringkat permulaan pembukaan kawasan dimana ini akan menyebabkan iaitu lapisan bahagian atas tanah menjadi nipis dan permukaan tanah hilang. Tanah atas sekali merupakan jenis tanah yang subur untuk tujuan penanaman.  Hakisan Alur merupakan sejenis hakisan diperingkat ke dua dimana tanah akan dihakis lebih dalam sehingga membentuk seperi alur yang sering jadi semulajadi untuk laluan air (Sila anda lihat foto disebelah). Seterusnya adalah jenis Hakisan Lurah yang berasal atau sambungan daripada aktiviti hakisan alur jika dibiarkan atau dilakukan kawalan hakisan, Hakisan ini jika berterusan membentuk lurah dan sukar untuk dipulihkan kembali. Antara prinsip pencegahan dan kawalan hakisan tanah oleh air dengan menjalankan kawalan mencegah hakisan tanah. Paling popular disyorkan adalah dengan menanam penutup bumi dengan jenis kekacang seperti Centrosema pubecens dan Calopogonium mucinoides. Ada yang menanam penutup bumi jenis Peuraria spp. Tumbuhan  penutup bumi dapat menutup permukaan tanah bagi tujuan untuk mengurangkan kelajuan aliran air apabila berlaku timpaan hujan. Cara kedua mengawal hakisan dengan membuat teres. Teres lazimnya akan dapat untuk memperlahankan larian air menuruni lereng bukit. Cara ke 3 dengan meenanam mengikut kontor dan lereng seperti menanam pokok getah dan kelapa sawit ditanam mengikut kontor bagi menghalang kelajuan air menuruni lereng bukit. Seterusnya dengan membuat sungkupan dengan gunakan bahan sungkupan yang diletak di permukaan tanah untuk melindung permukaan tanah ditimpa hujan. Selain itu kaedah sungkupan dapat mengelakkan hakisan tanah dan berupaya menggelakkan tanah menjadi padat. Teknik menanam secara jalur mampu menghalang air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam. Cara kawalan hakisan ke 6 adalah dengan membina sistem perparitan dimana parit ini akan dapat memindahkan air berlebihan yang menyebabkan banjir. Ia juga dapat menyediakan tempat air mengalir dan dapat mengelakkan hakisan alur dan lurah. Kawalan hakisan amat kritikal dilakukan pada kawasan berbukit dan banyak curahan hujan. Sila baca sama artikel mengenai tanah Part 1 dan Part 2. Wasallam!.
TANAH PERTANIAN...KAPOR DITABUR...
PERINGKAT AWAL....DIBAJAK PUGAR...
HAKISAN TANAH...USAHA DIIKHTIAR...
TINDAKAN SEGERA... JANGAN DIBIAR...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 13, Desaminium Flora,
Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
(23 RabiulAwal 1437H)

Friday, February 5, 2016

TANAH (Part 2)

TANAH (Soils) merupakan satu lapisan paling atas pada permukaan bumi. Ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Dalam keadaan semulajadi lapisan tanah bolehh dikelaskan kepada 3 iaitu (1) Tanah Atas (2) Tanah Bawah dan (3) Batuan (Sila lihat foto diatas). Tanah Atas merupakan lapisan yang ada sisa tumbuhan dan haiwan. Lazimnya tanah atas mempunyai ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur untuk tanaman dan kehidupan lain. Tanah ini juga mempunyai sistem pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi. Ini merupakan dimana akar dapat tumbuh dengan baik untuk menyerap air dan zat galian serta merupakan tempat tinggal organisma tanah. Tanah Bawah pula berada di bawah tanah atas dimana ia adalah jenis tanah lebih padat dan keras dimana ini selalunya akan menghalang pertumbuhan akar dan sistem pengaliran air. Ia mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap dan hanya sedikit organisma tanah tinggal di sini. Bagi lapisan ke 3 iaitu Batuan merupakan lapisan bahan induk tanah. Ia akan mengalami proses luluhawa yang lama untuk menjadi tanah lapisan atas. Kepentingan tanah adalah amat penting dalam sektor pertanian yang akan menghidupkan tanaman dan sumber makanan kepada manusia dan haiwan serta organisma lain. Tanah memberi sokongan kepada akar dimana akar mencengkam tanah dan dapat tumbuh tegak. Ini menyebabkan pokok yang tumbuh menegak ia akan dapat menerima cahaya. Tanah juga membekalkan nutrien dam tempat menyimpan nutrien. Bahan organik yang reput menjadi nutrien pada tanah boleh digunakan sebagai sumber makanan pada tumbuhan dan baja yang beri juga terkumpul di dalam tanah. Tanah akan membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan dimana udara dalam tanah serlalunya mengandungi gas karban dioksid (CO2) dan Oksijan (O2). Gas CO2 lebih banyak dalam tanah disebabkan oleh proses respirasi akar, organisma dan pereputan bahan organik. Selain itu ada kandungan air tanah dalam bentuk lapisan air, wap air dan cecair. Artikel subuh ni saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bertajuk 'Tanah' dan perkara penting mengenai tanah dalam kehidupan manusia. 


Tanah berkait rapat dengan berlakunya penyakit tumbuhan. Lazimnya tanah pada pH rendah boleh menyebabkan kulat (Fungi) mudah membiak sementara tumbuhan sukar memperoleh nutrien dan pertumbuhan akar terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah. Ini menyebabkan tumbuhan akan mudah terkena penyakit. Terdapat beberapa unsur perlu untuk pertumbuhan tanaman dalam tanah. Unsur tersebut adlah MAKRONUTRIEN (Macronutrient) iaitu terdiri daripada O,C,H,N,P,K dan MIKRONUTRIEN iaitu Fe, B, Mn, Zn, Cu, Mo dan Cl. Jika dalam tanah tiada atau tanpa bahan nutrien ini akan menyebabkan tumbuhan tidak membesar dengan sempurna dimana ada fungsi spesifik sesuatu nutrien tidak boleh diganti dengan nutrien lain. Fungsi unsur Nitrojen (N) adalah untuk menjadi komponen proteín untuk menghasilkan klorofil  dan mempercepatkan tumbesaran tumbuhan Kerana kadar fotosíntesis tinggi. Unsur Fosforus (P) pula berfungsi sebagai unsur untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan akar, mencepatkan kematangan bunga, buah dan pokok, menguatkan tangkai buah dan bagi tujuan untuk menghasilkan tenaga diperingkat awal tumbesaran. Unsur Kalium (K) pula berfungsi untuk mempercepatkan proses pengeluaran bunga dan buah, memberi ketahanan terhadap penyakit, tujuan diperlukan untuk metabolisme kanji dan protein dan mengaktifkan enzim.


Di Malaysia terdapat beberapa jenis Tanah Bermasaalah iaitu terdiri daripada Tanah Asid Sulfat, Tanah Gambut, Tanah Bris, Tanah Bekas Lombong dan Tanah Lempung (Liat). Jenis Tanah Asid Sulfat adalah berciri sebagai tanah liat dengan nilai pH kurang daripada 3.5 iaitu kategori tanah tidak subur, toksik aluminium, Fe dan Mn. Kedua adalah Jenis Tanah Gambut (Peat) dimana cirinya ia mempunyai bahan organik tinggi, sistem saliran tidak baik, tidak menyokong akar, tanah berasid serta lazimnya kurang nutrien Cu, Mn, Zn, Fe, Mo dan Bo. Tanah Bris merupakan jenis tanah dengan kandungan pasir tinggi, ia tanah tidak berstruktur dengan ada lapisan keras dibawahnya. Tanah Bris juga mempunyai daya simpanan air rendah, kurang air pada musim panas dengan nilai diantara pH 4.3- pH 5.8. Ke 4 adalah Tanah Bekas Lombong (Tin tailing) dimana ia mempunyai kandungan Pasir sebanyak 80%, tiada struktur, mengandungi mineral kuarza dan tiada air. Jenis Tanah Lempung pula mengandungi bahan liat tinggi dengan sistem saliran kurang baik, agak sukar dikerjakan dan selslu melekit bila basah dan akan menjadi keras bila kering. Kesemua jenis tanah yang dinyatakan diatas terdapat di negara kita dengan taburan di seluruh negeri. 


Beberapa teknologi atau amalan untuk membaiki keadaan tanah boleh dibuat. Antaranya melalui aktiviti Pembajaan, Pengapuran, Pemugaran serta Mencegah dan Mengawal Hakisan. Pertama adalah aktiviti Pembajaan dimana gred baja ialah kuantiti nutrien utama yang terdapat dalam baja.( % N, P2O5 dan K). Antara jenis-jenis baja sesuai digunakan seperti Baja Campuran iaitu baja yang dicampur secara fizik antara beberapa unsur tetapi tidak disebatikan. Sementara itu Baja Sebatian adalah sejenis baja mengandungi beberapa bahan nutrein yang disebatikan secara kimia dibuat di kilang. Baja Lengkap pula adalah kombinasi semua nutrien utama, mikro nutrien, enzim dan pengawal atur (Growth regulator)Baja Terus (Straight fertilizer) adalah jenis baja yang membekalkan satu jenis atau satu nutrien sahaja yang aplikasinya untuk tujuan tertentu sahaja. Akhirnya adalah Baja Organik daripada najis (tinja) ternakan dan sisa ladang seperti kompos. Cara untuk membaja lazimnya dilakukan melalui 4 kaedah iaitu Secara Tabur, Secara Alur, Secara Poket dan Secara Semburan adun. Membaca Secara Tabur dilakukan dengan menabur baja dengan sekata atau digaul dalam tanah atau pun diletak disekeliling pokok (Dibawah kanopi daun). Jenis baja sesuai untuk ditabur sebaiknya dari jenis baja butiran halus atau granule. Membaja Cara Alur bilamana baja akan diletak di kiri dan kanan tanaman atau pun dibarisan biji benih yang baru ditanam iaitu dengan jarak 4 - 5cm dalam sisi barisan pokok. Pembajaan Cara Poket dilakukan dengan cara meletakkan baja dalam lubang poket yang digali iaitu di hujung kanopi pokok. Baja ini akan di letak dalam poket dan kambus semula. Kaedah membaja dengan Cara Semburan Daun (Foliar spray) menggunakan jenis baja larutan atau cecair yang disembur terus pada daun. Kaedah membaja semburan daun amat sesuai untuk sayuran jenis daun dan tanaman singkat masa lain. Pembajaan adalah penting untuk menjadikan tanah terus subur dan memberikan tumbuhan sihat dan mampu memberikan hasil baik. Sila baca artikel Part 1 dan Part 3 mengenai info selanjutnya mengenai apakah dia tanah. Wasalam!.

PENTINGNYA TANAH...KEPADA KITA....

5 KOMPONEN... ADA AIR DAN UDARA....
WARNA TANAH... HITAM SUBURNYA....
KEMASAMAN TANAH...ADA JULATNYA...

By,
M Anem,  
Senior Agronomist,
Aras 13, Desaminium Flora,
Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
(23 Rabiulawal 1437H)

Thursday, February 4, 2016

TANAH (Part 1)

TANAH (Soils) merupakan satu lapisan paling atas pada permukaan bumi. Ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Dalam keadaan semulajadi lapisan tanah bolehh dikelaskan kepada 3 iaitu (1) Tanah Atas (2) Tanah Bawah dan (3) Batuan (Sila lihat foto diatas). Tanah Atas merupakan lapisan yang ada sisa tumbuhan dan haiwan. Lazimnya tanah atas mempunyai ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur untuk tanaman dan kehidupan lain. Tanah ini juga mempunyai sistem pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi. Ini merupakan dimana akar dapat tumbuh dengan baik untuk menyerap air dan zat galian serta merupakan tempat tinggal organisma tanah. Tanah Bawah pula berada di bawah tanah atas dimana ia adalah jenis tanah lebih padat dan keras dimana ini selalunya akan menghalang pertumbuhan akar dan sistem pengaliran air. Ia mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap dan hanya sedikit organisma tanah tinggal di sini. Bagi lapisan ke 3 iaitu Batuan merupakan lapisan bahan induk tanah. Ia akan mengalami proses luluhawa yang lama untuk menjadi tanah lapisan atas. Kepentingan tanah adalah amat penting dalam sektor pertanian yang akan menghidupkan tanaman dan sumber makanan kepada manusia dan haiwan serta organisma lain. Tanah memberi sokongan kepada akar dimana akar mencengkam tanah dan dapat tumbuh tegak. Ini menyebabkan pokok yang tumbuh menegak ia akan dapat menerima cahaya. Tanah juga membekalkan nutrien dam tempat menyimpan nutrien. Bahan organik yang reput menjadi nutrien pada tanah boleh digunakan sebagai sumber makanan pada tumbuhan dan baja yang beri juga terkumpul di dalam tanah. Tanah akan membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan dimana udara dalam tanah serlalunya mengandungi gas karban dioksid (CO2) dan Oksijan (O2). Gas CO2 lebih banyak dalam tanah disebabkan oleh proses respirasi akar, organisma dan pereputan bahan organik. Selain itu ada kandungan air tanah dalam bentuk lapisan air, wap air dan cecair. Artikel subuh ni saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bertajuk 'Tanah' dan perkara penting mengenai tanah dalam kehidupan manusia. 


Terdapat Lima (5) komponen tanah yang perlu penulis paparkan untuk rujukan anda. Komponen tersebut adalah Bahan Mineral, Bahan Organik, Udara, Air dan Organisma Tanah (Sila lihat rajah sebelah). Komponen pertama adalah Bahan Mineral yang merupakan komponen terbanyak sekitar 45%. Ia terdiri dari bahan atau kumin mineral seperti pasir, kelodak dan liat hasil proses luluhawa. Kedua adalah Bahan Organik iaitu bahan humus, hasil akhir pereputan sisa tumbuhan dan haiwan yang diurai oleh bacteria dan kulat. Antara ciri-ciri humus adalah dimana ia adalah stabil, berwarna gelap, tidak larut dalam air, mampu untuk menyimpan air dan menyimpan kation. Antara kebaikan bahan organik dimana ia membekalkan nutrient kepada tumbuhan dan membaiki struktur tanah. Bahan humus bertindak sebagai bahan pelekat yang melekatkan kumin-kumin tanah dan membentuk agregat tanah. Lazimnya susunan agregat ini dipanggil butir rapuh dan memperbaiki pengudaraan dan saliran air tanah. Bahan organik akan menambahkan daya penampungan air tanah, tanah pasir jika dicampur dengan bahan organik dapat memegang air. Ia juga menghalang kehilangan nutrien dalam tanah. Proses pereputan bahan organik akan menghasilkan bahan becas yang dapat menarik ion. Komponen ke 3 adalah Udara yang terdiri dari Karbon dioksida (CO2) dalam kandungan yang lebih banyak di dalam tanah berbanding atmosfera. Udara seperti Oksigen (O2) dalam tanah penting untuk respirasi akar dan organisma tanah. Penulis juga dapati komponen ke 4 adalah Air (Water) dimana air terdapat di celah rongga yang halus. Selalunya rongga tanah yang lebih besar terisi dengan gas yang banyak berbanding sebaliknya. Ini untuk memastikan bekalan oksigen untuk akar dan organisma tanah mencukupi. Ciri-ciri muatan air tanah dimana muatan medan (had basah) iaitu kandungan air berlebihan dalam tanah mengalir keluar mengikut tarikan graviti. Jika berlaku dimana tanah tepu air bermakna rongga tanah dipenuhi air. Istilah Had Layu (titik layu) adalah keadaan dimana jika air tiada maka akar tidak dapat mengambil air kesannya akan menyebabkan pokok layu. Komponen ke 5 adalah terdiri dari Organisma Tanah iaitu bakteria, actinomycetes, nematod, cacing tanah dan algae (kulat). Bakteria akan membantu proses pereputan bahan organik dan ia adalah penting untuk pengedaran C,N,P dan S dalam tanah. Organisma Aktinomisit pula akan membantu proses pereputan. Sementara itu Kulat selain membantu proses pereputan akan bersimbiosis dengan akar tumbuhan untuk memegang nutrien. Cacing Nematod juga membantu dalam proses pereputan. Bahan Algae pula akan melakukan proses fotosintesis iaitu menukarkan CO2 kepada O2 di dalam sawah padi. Ini membantu dalam proses menyerap N daripada udara dan diberikan kepada pokok padi. Organisma Cacing tanah selalunya menggaul hasil reputan daun di atas tanah ke bahagian dalam tanah dan akan memindahkan tanah dari satu lapisan ke lapisan lain. Cacing tanah akan membaiki udara dan saliran tanah melalui terowong yang dibina dimana tinja cacing mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah.


Mengetahui sifat-sifat Fizikal Tanah ada 4 perkara penting. Ianya adalah mengenai warna tanah, tekstur tanah, struktur tanah dan kimia tanah. Warna Tanah akan dapat menggambarkan keadaan fizikal dan kandungan tanah (Sila lihat foto disebelah). Warna Tanah juga akan dapat menggambarkan kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah. Umumnya tanah yang berwarna gelap lebih subur dan tanah yang pudar paling tidak subur. Penggunaan Carta warna Munsell (Munsell Colour Chart) boleh digunakan untuk membandingkan warna tanah. Tekstur Tanah lazimnya boleh dikesan dengan merasa dengan tangan atau kaedah mendapan. Tekstur tanah ialah peratus perbandingan antara pasir, kelodak dan liat tanah. Kepentingan tekstur tanah adalah dimana bila tekstur kasar, air dan gas mudah dan gas boleh mengalir meresap. Jika teksur tanah halus maka ia boleh menyimpan dan menyerap nutrien. Pemugaran sukar bila tekstur tanah halus. Struktur Tanah dimaksudkan dengan susunan kumin-kumin tanah (soil particles). Terdapat beberapa jenis struktur tanah seperti jenis Butir Rapuh, Jenis Berlapis, Jenis Berblok, Jenis Prismatik, Jenis Kolumnar dan akhirnya Jenis Tidak ada struktur iaitu dikatakan sebagai bongkat atau butir tunggal. Lazimnya jenis tanah pasir tiada struktur. Struktur tanah yang paling baik ialah butir rapuh. Kepentingan struktur tanah adalah dimana jika struktur tanah yang baik maka air dan udara mudah meresap, oleh itu akar mendapat air dan oksigen yang mencukupi. Struktur yang baik menambah daya tahan tanah terhadap hakisan. Struktur yang baik mengurangkan kesan toksik CO2 kerana udara mudah meresap keluar.



Sifat Kimia Tanah penting diketahui semua dimana ia diukur dengan istilah 'pH tanah'. Tanah tropika bersifat asid kerana menerima banyak hujan yang membekalkan banyak ion hidrogen. Lazimnya pH tanah boleh ditentukan dengan dua cara iaitu Kaedah Kuhn (Penunjuk universal) dan gunakan Meter pH. Rajah diatas menunjukkan Julat pH Tanah yang umumnya perlu diketahui sama ada ia sesuai untuk tanaman. Nilai pH diantara 6.0 - 6.8 dikatakan paling sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Tanah terlalu asidik dan alkaline tidak sesuai untuk kebanyakan jenis tanaman. Diantar beberapa faktor yang mempengaruhi pH tanah kandungan bahan induk tanah dimana bahan asal dari mana tanah itu terbentuk. Contohnya, batu granit mengandungi aluminium yang bila berhidrolisis akan mengeluarkan ion hidrogen. Ini akan menurunkan pH tanah dan tanah menjadi berasid. Faktur Larutresapan (Leaching) akan menyebabkan kehilangan ion Ca, Mg dan K. Penggunaan baja kimia seperti baja amonium sulfat akan hasilkan ion Nh+ dan H+ menurunkan pH tanah. Proses pereputan bahan organik juga menyebabkan asid organik merendahkan pH tanah. Ia juga berkait dengan penambahan asid karbonik dan asid nitrik dalam tanah. Proses respirasi akar dan organisma tanah menyebabkan pelepasan CO2 dihasilkan bertindakbalas dengan air menghasilkan Asid karbonik. Beberpapa perkara penting yang mesti diketahui adalah kesan pH kepada tanaman. Pada keadaan dimana (1) Ketersediaan nutrien tanah dianalisa dimana walaupun nutrien dibekalkan kepada tanah, tumbuhan tidak dapat mengambil nutrien tersebut kerana beberapa sebab. Antaranya apabila pH rendah, ion ferum dan magnesium dibebaskan sebaliknya bila pH tinggi, ion kalsium dan magnesium dibebaskan. Ion ini akan memegang ion yang terdapat di dalam nutrien menyebabkan tumbuhan tidak dapat mengambil nutrien tersebut. Aktiviti mikrob atau mikroorganisma yang bermanfaat adalah dimana kebanyakannya hidup pada Ph 5.5 – 7.8 sahaja. Kebanyakkan mikroorganisma yang menjalankan proses penitratan terjejas bila pH kuran 5.5. Perlu ingat bahawa pada pH rendah (Asidik) akan merencatkan aktiviti cacing tanah. Artikel ini bersambung pada Pat 2 dan Part 3. Wasallam!.
PENTINGNYA TANAH... KEPADA KITA....
5 KOMPONEN... ADA AIR DAN UDARA....
WARNA TANAH... HITAM SUBURNYA....
KEMASAMAN TANAH...ADA JULATNYA...

By,
M Anem,  
Senior Agronomist,
Aras 13, Desaminium Flora,
Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
(23 Rabiulawal 1437H)

Wednesday, February 3, 2016

TEKNOLOGI TANAM TEH ORGANIK

TANAMAN TEH ORGANIK (Organic Tea) memerlukan satu amalan agronomi yang berbeza dengan cara tanaman teh konvensional (tidak organik). Pokok Teh (Camelia sinensis) atau Camelia assamese merupakan dua varieti tanaman teh yang akan diambil daun dan batang muda dibahagian pucuk untuk dijadikan produk teh. Minuman teh telah pun diketahui sebagai sejenis perisa minuman telah diambil oleh manusia semenjak beribu tahun dahulu sebagai minuman untuk menghilangkan haus dan dahaga serta memberikan nilai perubatan tersendiri. Minuman teh diambil oleh berjuta manusia setiap hari diseluruh dunia iaitu selain daripada perasa minuman seperti produk kopi, susu dan jus buah-buahan. Rujukan dari FAO Statistic 2014 ada maklumat mengenai pengeluaran daun teh untuk digunakan atau diminum oleh berbillion manusia yang suka minum air rendaman daun teh dangan jumlah pengeluaran dunia sebanyak 4.52 juta metrik tan setahun. Negara China merupakan pengeluar utama teh dunia dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.64 juta mt setahun diikuti dengan India (1.06 juta mt setahun), Kenya (0.38 juta mt setahun), Sri Lanka (0.33 juta mt setahun) dan Turki (0.22 juta mt setahun). Negara lain yang tersenarai 'top 5' dalam senarai pengeluar teh utama dunia seperti Vietnam, Indonesia, Argentina, Iran dan Jepun. Pokok teh dipercayai berasal dari kawasan hutan hujan tropika di Delta Sungai Irrawady sebelum di sebarkan ke kawasan Selatan Barat China dan kawasan lain di Asia Tenggara dan kini luas ditanam di kawasan tanah tinggi di kawasan tropika merupakan lokasi atau kawasan penanaman teh popular. Industri tanaman teh dahulu di pelopori oleh penjajah kolonial British dan Belanda pada masa dulu lagi terutama dikawasan tanah jajahan mereka. Orang British merupakan pengguna teh yang tegar pada kurun ke 19 dengan mereka membuka ladang-ladang teh di banyak kawasan tanah jajahannya termasuk di Malaysia, Sri Lanka, Indonesia dan banyak lagi. Permintaan daun teh organik diseluruh dunia semakin meningkat dengan mendadak akibat kesedaran umum mengenai khasiat dan kebaikannya. Artikel kali ini saya terus menulis tanpa jemu dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi dalam penanaman teh secara organik daripada lawatan saya ke ladang teh organik Nature's Farm di Chiang Rai, Thailand untuk dikongsi dengan pembaca. Lawatan penulis ke beberapa buah ladang teh organik disekitar tanah tinggi Doi Cha'ang dan Chiang Rai memberikan pendedahan amat baik sempena hadir mesyuarat anjuran NFPWG Asean yang mana penulis terlibat bersama.


Tumbuhan teh ini kurang berprestasi jika di tanam di kawasan tanah rendah iaitu ditanah kawasan tropika berbanding jika di tanam di tanah tinggi dari segi cara pertumbuhan, kualiti daun dan juga penghasilan pucuk daun teh baru. Teh sesuai di tanam di tanah subur dengan pH 6, lembab, sejuk dan juga menerima hujan melebihi 1,500 mm setahun dan musim kering lingkungan 50 mm setahun. Suhu antara 13-30 celsius sangat sesuai untuk pertumbuhan teh yang hanya terdapat dikawasan tanah tinggi kawasan tropika. Di Malaysia pada pemerhatian penulis penanaman teh di Cameroon Highland dan di Kundasang, Sabah masih menjadi satu perusahaan penting dan juga menjadi tarikan pelancong. Kunjungan penulis ke Chiang Rai iaitu kawasan paling utara di negara Tahailand pada Ogos 2015 juga telah memberikan satu pengalaman baru dan belajar bagaimana cara penanaman teh secara organik dijalankan secara meluas dan mendapat pengiktirafan dunia sebagai 'Teh Organik'. Beberapa petani disana kini berjaya untuk mereka mengamalkan perladangan organik dimana asasnya telah mendapat bimbingan Jabatan Pertanian Thailand dan pengiktirafan asas organik daripada badan organik lain peringkat global (Ada sebanyak 5-9 persijilan organik antarabangsa). Beberapa pengamalan agronomi dijalankan mengikut SOP perladangan organik walau pun ia agak sukar dilakukan pada peringkat permulaan mereka melakukannya. Memang mereka kurang percaya pada awal dulu bahawa teknologi penanaman teh organik sebenarnya mampu diterima oleh pengguna diperingkat global dan domestik. Walau pun harga produk organik mereka agak tinggi sedikit daripada teh konvensional, tetapi dengan pengiktirafan persijilan global produk mereka diterima menyebabkan ia menjadi viable diusahakan.


Jenis pokok teh yang ditanam dipilih daripada Camelia sinensis No 12 dan ada sedikit Camelia sinensis No 17 yang memberikan hasil baik dan berkualiti. Penanaman teh ini lakukan dikawasan tanah rata dan beralun untuk mudah diselenggara. Benih Asas dipilih dari sumber betul ditanam dengan jarak 1m x 1m dimana jarak tersebut memberikan ruang sesuai untuk aktiviti amalan agronomi teknologi organik. Teknik Kawalan rumpai diladang teh organik tidak boleh menggunakan Bahan Racun Weedicide (racun rumpai). Mereka hanya menggunakan tajak dan cangkul untuk mengawal rumpai yang tumbuh diantara pokok teh. Teknik lain adalah dengan memasang atau rentangkan plastik silvershine hitam diantara tanaman agar rumput tidak tumbuh (Sila lihat foto disebelah). Plastik ini akan dialihkan kelorong sebelah untuk tujuan mengawal rumpai. Dicelah-celah tanaman pokok teh ini mereka akan menanam pokok jenis kekacang (seperti kacang tanah - Arachis hypogea) untuk memberikan baja Nitrojan (N) kepada tanah. Penggunaan Hasilan Kelapa (Cocos nucifera) dan Sekam Padi (Oryza sativa) sebagai baja dikawasan ladang teh organik ini dilakukan bagi tujuan untuk menambahkan unsur Posforan (P) dan unsur Kalium (K) kepada tanah. Hampas kacang soya (Glycine max) juga telah dibubuh untuk dijadikan baja organik. Saya dapati jenis baja organik lain seperti tahi ayam tidak pun digalakkan diguna diladang teh ini kerana dakwa mereka ianya akan membawa masaalah lain kepada isu kesuburan tanah dan hama perosak. Pokok teh memerlukan kawasan bercerun (Slope) agar saliran baik dan unsur baja dari bahagian atas cerun (daripada tanaman kacang tanah dan nutrien lain) akan mengalir dan turun kebahagian bawah tanaman teh yang kurang dibubuh baja tersebut (For me it was a very simple statement by farmers there as an agronomist). Itu sebab pemilihan tapak untuk ladang teh organik semuanya dari tanah mineral berceruan sekitar 3 - 7 darjah.


Kawalan musuh dan perosak pokok teh dilakukan dengan cara organik dan mereka mengharamkan penggunaan racun kimia dan memang ia tidak dibenarkan sama sekali. Bayangkan daun teh yang dipetik telah menggunakan racun kimia yang mana ia kemudian akan diproses dan terus jadi bahan diminum dan ia merbahaya. Penggunaan bahan kimia akan menjejaskan kualiti produk teh yang dihasilkan dimana tujuan asal untuk mendapatkan khasiat teh sebaliknya mengandungi racun dan bahan toksik. Daun teh segar akan dipetik setiap 45 hari pusingan sekali bagi setiap pokok atau setiap plot penuaian. Ini membolehkan dalam tempoh 45 hari pokok teh akan mampu menumbuhkan pucuk baru yang sesuai dipetik dan ia dikira mengikut piawaian (standard). Penggunaan pelekat kuning (Yellow sticker) merupakan satu cara memerangkap seranga perosak (walau predator pun kena juga) diamalkan diladang mereka. Penulis juga dimaklumkan tentang penggunaan lampu UV Light yang diletakkan dibeberapa lokasi strategik dalam ladang mereka. Kawalan dengan tanaman 'trap crop' dan beberapa spesis burung memainkan peranan dalam kawalan perosak dimana burung ini akan makan serangga. Beberapa spesis burung tempatan yang memakan serangga perosak di dapati membiak dengan baik dikebun teh organik selepas beberapa tahun ladang teh organik ini berlangsung. Walau pun proses untuk menjadikan ladang teh organik memerlukan masa lama dan perlukan tahap kesabaran tinggi, hasilnya akan dapat dilihat apabila produk akhir teh organik dihasilkan dan disahkan memang betul organik mengikut analisa makmal.  Diharap produk teh berasaskan ladang teh organik akan mendapat tempat dikalangan petani, pengusaha, pengilang dan paling penting adalah menerima kepercayaan kualiti oleh pengguna. Wasallam!...
LADANG TEH... ORGANIK CARANYA...
MEMANG SUKAR...PERINGKAT MULA...
SUDAH ESTABLISH... SOP DI UTAMA...
PRODUK ORGANIK.. DICARI PENGGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Chiang Rai Coffee and Tea Festival 2015,
Central Plaza, Chiang Rai,
Thailand.
(22 Ogos 2015)

Tuesday, February 2, 2016

KUMBANG RPW - RM 4 JUTA KOS KAWAL

Kumbang berkenaan mengorek masuk ke dalam pokok palma 
dan memusnah tisu di dalam pokok, menyebabkan batang 
pokok mudah patah dan musnah dalam masa singkat. - Gambar fail


(1) BERITA ASTRO

Tarikh: 31 Januari 2016
RM4 juta untuk hapus ancaman kumbang merah palma


PASIR PUTEH: Jabatan Pertanian memperuntukkan sebanyak RM4 juta mulai tahun ini bagi membendung, mengawal dan menghapus kumbang merah palma (RPW).

Ketua Pengarah Pertanian Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek berkata kumbang tersebut yang mula dikesan sejak 2010, berupaya merosakkan pokok jenis palma seperti kurma, kelapa dan kelapa sawit.

"Kumbang berkenaan dipercayai masuk ke negara ini menerusi pintu sempadan di Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan telah merosakkan 465 pokok kelapa dan 335 pokok kurma di seluruh negara.

"Jika kumbang itu tidak dikawal, kita bimbang ia akan mengancam jutaan hektar tanaman kelapa sawit di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kebun kurma di Kampung Wakaf di sini, hari ini.

Beliau berkata kumbang berkenaan mengorek masuk ke dalam pokok palma dan memusnah tisu di dalam pokok, menyebabkan batang pokok mudah patah dan musnah dalam masa singkat.

"Berikutan itu, kita telah menempatkan 2,465 perangkap feromon di Semenanjung, dan sehingga kini sejumlah 3,013 ekor kumbang berkenaan telah dapat ditangkap," katanya.

Katanya, jabatan itu akan memperketat Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 untuk menghalang kemasukan pokok palma tidak sah di pintu-pintu masuk di seluruh negara.
"Tindakan pemantauan dan kawalan pada tanaman kelapa dan pokok palma hiasan telah dan sedang dijalankan Jabatan Pertanian di Semenanjung Malaysia," katanya.

Sementara itu, Pengurus Syarikat Madatul Ilmi Sdn Bhd Shamsuddin Mat Daud yang mengusahakan ladang kurma di kampung berkenaan berkata, pihaknya mengalami kerugian kira-kira RM200,000 apabila kesemua tanaman kurma yang diusahakan sejak lima tahun lepas musnah sama sekali akibat serangan kumbang pemusnah itu.

(2) AKHBAR BERITA HARIAN
Tarikh: 31 Januari 2016
RM4j untuk hapus kumbang merah palma 


PASIR PUTEH:
Jabatan Pertanian memperuntukkan RM4 juta mulai tahun ini bagi membendung, mengawal dan menghapus kumbang merah palma (RPW). Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek, berkata kumbang berkenaan yang mula dikesan sejak 2010, berupaya merosakkan pokok jenis palma seperti kurma, kelapa dan kelapa sawit. 

"Kumbang berkenaan dipercayai masuk ke negara ini menerusi pintu sempadan di Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan telah merosakkan 465 pokok kelapa dan 335 pokok kurma di seluruh negara. "Jika kumbang itu tidak dikawal, kita bimbang ia akan mengancam jutaan hektar tanaman kelapa sawit di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kebun kurma di Kampung Wakaf di sini, hari ini. 

Beliau berkata kumbang berkenaan mengorek masuk ke dalam pokok palma dan memusnah tisu di dalam pokok, menyebabkan batang pokok mudah patah dan musnah dalam masa singkat. Berikutan itu, kita telah menempatkan 2,465 perangkap feromon di Semenanjung, dan sehingga kini sejumlah 3,013 ekor kumbang berkenaan telah dapat ditangkap," katanya. Katanya, jabatan itu akan memperketat Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 untuk menghalang kemasukan pokok palma tidak sah di pintu-pintu masuk di seluruh negara. "Tindakan pemantauan dan kawalan pada tanaman kelapa dan pokok palma hiasan telah dan sedang dijalankan Jabatan Pertanian di Semenanjung Malaysia," katanya. 

Sementara itu, Pengurus Syarikat Madatul Ilmi Sdn Bhd, Shamsuddin Mat Daud yang mengusahakan ladang kurma di kampung berkenaan berkata, pihaknya mengalami kerugian kira-kira RM200,000 apabila kesemua tanaman kurma yang diusahakan sejak lima tahun lepas musnah sama sekali akibat serangan kumbang pemusnah itu. - BERNAMA

KUMBANG RPW... SERANG KURMA...
KINI IA SERANG....POKOK KELAPA...
PERLU DIKAWAL...DENGAN SEGERA...
PERUNTUKKAN LULUS...RM4 JUTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Sura, Dungun,
Terengganu,
Malaysia.
(31 Januari 2016)

Monday, February 1, 2016

MELENTUR BULUH DARI REBUNGNYA


MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA merupakan satu peribahasa Melayu yang membawa maksud 'mendidik anak hendaklah hendaklah sejak dari kecil lagi'. Peribahasa in dibuat oleh bijak pandai Melayu sejak dahulu setelah mereka membuat pemerhatian teliti akan sifat-sifat marfologi dan fisiologi tumbuhan buluh. Terdapat beratus jenis buluh diseluruh dunia dimana Buluh Minyak (Bambusa vulgaris) atau Buloh Betong (Dendrocalamus asper L) merupakan dua jenis buluh yang sering tumbuh di negara kita. Tumbuhan buluh sebenarnya merupakan sejenis tumbuhan juga dikenali sebagai aur atau bambu dimana ia merupakan suku bagi tumbuhan saka berbunga daripada keluarga Poaceae. Terdapat 92 genus dan lebih 5,000 spesis pokok buluh yang ujud diseluruh dunia daripada tanaman saka, ornamental sehingga jenis yang kecil.  Buluh mempunyai struktur pokok dimana batang buluh iaitu didalamnya ada rongga di bahagian tengah. Jika dibuat keratan rentas berkas vaskularnya terletak bertaburan di seluruh batang. Batang buluh pada saya unik kerana ia tidak mempunyai xilem. Dalam banyak laporan dinyatakan iaitu buluh adalah antara tumbuhan yang paling pantas ianya membesar di dunia disebabkan oleh sistem bersandar rizomnya yang unik. Tumbuhan ini mempunyai kepentingan dari segi ekonomi dan kebudayaan di rantau Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dimana ia digunakan sebagai bahan binaan, sumber makanan dan juga bahan mentah serbaguna. Di Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 50 spesis buloh yang dikenalpasti dan didaftarkan walau pun hanya sekitar 11 spesis yang dikomersilkan atau ada nilai ekonomi yang nyata. Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya adalah bertepatan dari segi marfologi tumbuhan buluh itu sendiri kerana apabila batang buluh sudah matang memang tidak boleh dilenturkan lagi kerana batangnya sudah keras. Kalau hendak melentur buluh semestinya semasa peringkat rebungnya kerana apabila ia dewasa adalah keras dan tidak boleh dilentur lagi. Ia dikiaskan dengan aktiviti mendidik anak mestilah daripada peringkat kecil lagi kerana masih menurut kata ibubapanya. Adalah sukar untuk mendidik anak yang dewasa kecuali dengan pendekatan dan menganggapnya sebagai 'kawan' sahaja. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai rangkap peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya dalam sektor pertanian dan perkara yang berkait dengannya. 


Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Batang Buluh yang dewasa memang sejenis batang yang keras strukturnya walau pun dibahagian tengahnya kosong (hollow) kerana ia mempunyai ruas-ruas yang banyak untuk mengukuhkan strukturnya. Batang Buluh apabila dibelah-belah kepada kepingan lebih kecil pula bersifat lembut dan boleh dilentur dengan menggunakan api sederhana panas (layur) semasa membengkokannya. Batang Buluh merupakan komoditi yang memberikan nilai ekonomi kepada tanaman buluh dari spesis terpilih untuk digunakan dlam industri buluh. Batang buluh yang matang akan ditebang dengan memotong bahagian pangkal dan membuang bahagian daun dan pucuknya. Ia juga kemudian dipotong-potong mengikut ukuran panjang yang dikehendakki oleh pihak industri. Buluh juga dahulu memang dijadikan galah untuk memetik tandan kelapa sawit sebelum logam besi aluminium mengambil alih untuk mengait tandan kelapa sawit. Buluh panjang yang kering ini ringan dan tahan untuk memotong tandah sawit dan buang pelepah kelapa sawit. Bagi tujuan membuat rakit pula batang buluh perlu dikeringkan dahulu sebelum diikat dan dijadikan rakit dalam sungai.

Rebung Buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal atau perdu pokok pada dipermukaan tanah untuk tujuan ia membiak dimana isinya masih lembut lagi. Rebung buluh adalah tunas yang keluar secara semulajadi sebelum ia terus memanjang atau meninggi menjadi batang buluh dewasa. Ia mempunyai tekstur yang masih lembut dan boleh dilenturkan jika mahu. Bagaimana pun sebenarnya aktiviti melentur buluh ini amat jarang dilakukan kecuali dikawasan taman bunga untuk tujuan mencantikkan lanndskap sahaja (Sila lihat foto disebelah). Lenturan rebung buluh ini mungkin akan dilakukan oleh pekerja untuk mendapatkan pertumbuhan pokok seimbang, merendahkan pokok buluh selain daripada tujuan lain yang kurang diketahui. Bagaimana pun dari satu sudut kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan daripada perdu pokok buloh. Kiasan untuk melentur buluh diperingkat rebung tepat kerana masa ini jika kita letakkan oblek keras seperti kayu atau logam diatas rebung maka ia akan membengkok atau melentur keatas mencari cahaya matahari. Batang buluh yang matang jika dilentur sama ada tidak boleh melentur atau batang buluh tersebut akan pecah atau pun ia patah. Peribahasa yang digunapakai oleh bijak pandai bahasa sejak dulu saya kurang pasti sama ada mereka adalah ahli botanis yang mahir dalam aktiviti melentur rebung dan cuba melentur batang buluh dewasa. Apa pun maksudnya amat jelas dimana peribahasa ini mengingatkan smeua orang agar mendidik anak-anaknya daripperingkat kanak-kanak lagi. Ini termasuk mendidik anak untuk kuat beribadat, taat kepada orang tua, berbudibahasa dan banyak lagi.

Pada masa artikel ini ditulis ada beberapa pembaca blog bertanya soalan sama ada industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang menguntungkan?. Dalam pada itu saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Betung Hitam (Gigantochloa atroviolacea), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). (Sila klik disini). Buluh yang batangnya boleh digunakan untuk kraftangan dan industri perlu dipilih untuk ditanam dikawasan yang sesuai. Walau pun rumpun pokok buluh kebanyakannya tumbuh liar (kecuali jenis buluh ornamental untuk landskap) tetapi ia masih mempunyai nilai ekonomi juka ditanam dikawasan tanah marginal untuk tanaman makanan lain atau dikawasan tanag terbiar yang sukar dibangunkan.  Akhir kalam saya masih menyatakan peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' sebagai tepat dengan ciri-ciri marfologi pokok buluh itu sendiri. Mendidik anak perlu dilakukan mengikut peringkat umur. Semasa kecil kalau di pukul sedikit tidak mengapa tetapi mereka akan melawan jika umur dewasa. Proses mendidik anak dirumah oleh ibubapa memerlukan kesenian, kemahiran, kesabaran, kebijaksanaan, toleransi dan kaunseling sehingga mereka menjadi manusia yang taat dan menghormati ibubapa. Wasallam!.
MELENTUR BULUH...APA GUNA...
BUKAN MUDAH...UNTUK LAKSANA...
MENDIDIK ANAK..KECIL MULANYA...
SUDAH BESAR... SUKAR DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(18 Muharam 1437H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...