Support My Blog

Wednesday, October 25, 2017

BAKUL TUAI NANAS

BAKUL TUAIAN NANAS merupakan satu alat yang penting digunakan dalam industri penanaman nanas. Bakul nanas ini selalunya digunakan oleh petani dan pekerja upahan dalam mengumpul mengisikan buah nanas didalamnya sebelum dihantar ke pusat pengumpulan. Memang bukan mudah untuk memetik buah nanas kalau tidak ada bakul seperti ini yang diletakkan dibahagian belakang pemetik buah nanas. Terdapat banyak jenis dan bahan yang digunakan untuk membuat bakul tuaian buah nanas seperti bakul yang dibuat daripada Plastik, Buluh, Rotan, Kanvas dan sebagainya. Penulis bloh bagaimana pun mendapati bakul yang paling popular dikalangan penanam nanas di Malaysia adalah yang diperbuat daripada Rotan. ROTAN merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Palma dari suku Calameae yang mempunyai 17 genus dan sekitar 611 spesies. Tumbuhan ini ada dalam hutan malar hijau kawasan tropika termasuk di Malaysia dan digunakan dalam industri perabut, hiasan serta lain-lain kegunaan. Penggunaan bahan asas rotan ini kerana ia merupakan jenis bahan yang amat tahan lasak berbanding dengan material lain. Bahan buluh juga ada yang digunakan didalam membuat bakul tuaian nanas seperti di negara jiran Indonesia. Terdapat beberapa jenis buluh yang sesuai dianyam untuk dijadikan bakul tuaian nanas. Ia adalah lebih murah daripada bakul yang dibuat daripada rotan. Bakul ini perlu dikendong dibahagian belakang pemetik buah dengan dua tali mengikat dibadan. Lazimnya jumlah buah yang boleh diisikan kedalam bakul adalah diantar 10 - 15 biji bergantung kepada varieti, saiz dan juga jambul. Pemetik hasil perlu ada kemahiran untuk memotong tangkai buah dan seterusnya mencampakkannya kedalam bakul dibelakangnya (Sila lihat foto diatas). Apabila sudah penoh maka ia akan dihantar kepada lokasi atau bekas pengumpulan dikebun nanas. Artikel malam ini saya berrkesempatan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis alat penting kepada oenanam nanas iaitu Bakul Tuaian Nanas sekadar untuk dijadikan bahan rujukkan anda.

Kini telah ada jentera untuk memetik buah nanas tetapi tahap penggunaannya terhad dikawasan perladangan luas yang komersil dibeberapa negara. Jentera ini diciptareka untuk memetik, mengumpul dan seterusnya menggred buah nanas yang dituai diladang secara automatik sepenohnya atau separa-automatik (Sila lihat foto disebelah). Mesin ini ada digunakan di Brazil dan beberapa negara pengeluar nanas utama dunia walau pun ianya masih menggunakan teknologi ubahsuaian terutama semasa memotong buah nanas dan meletakkannya melalui conveyor dan dihantar ke treller hasil. Alat jentera ini masih kurang digunakan di negara kita kerana tiada loksai penanaman luas diatas tanah rata yang keras. Kebanyakan petani sedia ada adalah secara kecil-kecilan atau sederhana sahaja yang belum sesuai menggunakan jentera ini. Kawasan tanah gambut juga tidak membolehkan jentera seperti ini mudah terbenam dalam tanah gambut. Bagaimana pun beberapa prototaip mesin tuaian nanas ada digunakan oleh beberapa penanam nanas. 

Penulis blog baru-baru ini melawat kebun tanaman nanas varieti Crsytal Honey (Masih lagi belum didaftarkan dibawah Senarai National Variety Listing, Jabatan Pertanian Malaysia). Dengan gunakan Handphone OPPO ia mampu hasilkan foto yang jelas (Sila lihat foto disebelah) dikebun nanas di Alor Gajah, Melaka. Bakul Tuaian Nanas yang dibuat oleh orang asli berdekatan Tampin, NS ini menggunakan bahan rotan yang dianyam dan dipasang dengan kain untuk bakul dikendong. Penulis blog dapati ia amat tahan lama semenjak digunakan dikebun nanas ini iaitu sudah hampir 5 tahun lamanya. Bakui rotan ini menggunakan rotan tua dan dianyam bersilang dan mampu membawa muatan sekitar 10 - 20 kg bergantung kepada saiz buah dan varieti serta kaedah pasaran. Bagi buah kecil ia mampu diisi dengan kapasiti 8 - 10 biji nanas sahaja tetapi bagi nanas sederhana saiznya boleh membawa muatan sekitar 16 kg. Bakul jenis ini dibeli dengan harga RM150 - RM180 sebuah daripada pembuat anyaman rotan di sekitar Tampin. Ia diikat dengan dua tali leper daripada kanvas pada asalnya tetapi telah terputus setelah 3 tahun digunakan. Kini kain perca dipintal-pintal dan digunakan sebagai tali yang juga agak kukuh.

Penuaian nanas di negara jiran Indonesia juga mereka menggunakan bakul tuaian nanas yang mana besar dibahagian atas dan kecil dibahagian bawahnya (Sila lihat foto disebelah). Bakul ini didapati mampu diisi dengan jumlah sekitar 10 -15 biji buah nanas bergantung kepada jenis nanas dan saiz buah nanas. Pengendalian diperingat tuaian ini amat penting dilakukan dengan baik agar buah tidak cedera semasa memetik dan mengangkut dengan baik. Jika buah nanas ini cedera maka ia akan rosak pada proses lepas tuai berikutnya. Ia perlu diangkut dengan baik sehingga keperingkat kilang atau pun dijual segar kepada pengguna. Lazimnya kadar kerosakkan buah nanas rendah jika pada peringkat tuaian awal dikendalikan dengan baik. Buah yang telah dipetik ini perlu dikumpulkan untuk tujuan digredkan mengikut saiz, kerosakan dan juga destinasi pasaran. Buah nanas yang dipotong dan dijaga dengan baik tahan beberapa minggu untuk dipasarkan. Bagi jenis nanas Josapine, N36, Md2 dan beberapa varieti lagi ia perlu diasingkan mengikut varieti sebelum dinaikkan keatas lori pemasaran.

Terdapat juga bakul tuaian daripada plastik yang digunakan untuk memungut buah nanas seperti petani di Ivory Coast (Sila lihat foto disebelah). Mereka akan terus menyusun bakul plastik tersebut dalam barisan tanaman. Buah yang dippetik akan dimasukkan dalam bakul plastik tersebut dan kemudian akan diangkat kepusat pengumpulan buah. Kaedah menggunakan bakul plastik ini juga disesuaikan dengan jentera semi automatik untuk disusun dengan lebih mudah dan cekap. Penuaian buah nanas adalah peringkat yang penting kerana jika buah tidak dikendalikan dengan baik maka ia akan menyebabkan buah rosak dan akhirnya merugikan petani. Walau pun usaha untuk menyesuaikan teknik penuaian nanas masih dikaji dan diteruskan terutama untuk kawasan tanah gambut tetapi ia memerlukan masa agak lama dinegara kita. Menanam nanas adalah aktiviti yang menguntungkan jika buah nanas yang dihasilkan berkualiti dan boleh dijadualkan masa menuai. Permintaan nanas segar seperti untuk Nanas Premium MD2 kini semakin meningkat permintaannya dikalangan pengguna di Malaysia. Teknik penanaman, amalan agronomi dan cara menuai yang betul akan membolehkan industri ini terus berkambang dimasa akan datang. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
YB Menteri Pertanian dan Exco Pertanian Johor menggunakan bakul nanas.
MENUAI NANAS... BAKUL DIGUNA...
DARI ROTAN... BULUH PUN ADA...
MESIN MODEN...MAHAL HARGANYA...
BUAH BERKUALITI... TUJUAN UTAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 530, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(17 Zulhijjah 1438H)

Tuesday, October 24, 2017

DAUN KUNYIT - APA GUNA

DAUN KUNYIT merupakan sejenis daun yang selalu dicari terutama dimusim perayaan orang Islam pada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji.Daun kunyit diambil daripada pokok Kunyit (Cucuma domestica) yang mudah ditanam dalam kebun mahupun dalam pot atau pasu disekeliling rumah. Menanam kunyit mudah sahaja dengan mengambil umbiai kunyit matang yang segar dan ditanam dalam tanah atau media tanaman dalam pasu. Ia akan tumbuh dengan mudah dengan menyiram dan membaja mengikut amalan yang telah ada. Biasanya daun kunyit yang ditanam sendiri disekeliling rumah sesuai digunakan, segar dan selamat dimakan. Pada penulis blog mendapati dimana khasiat dan kegunaan tanaman kunyit tidak asing lagi bagi seluruh warga Malaysia yang telah turun temurun menggunakannya sebagi rempah-rempah dan bahan ubat yang mujarab yang mudah serta murah didapat. Kunyit (Curcuma longa linn. syn. dengan nama Curcuma domestica val. ) tergolong dalam kategori tanaman rempahratus atau herba dijadikan bahan ubatan semulajadi di Asia Tenggara. Tanaman ini kemudian tersebar ke wilayah Indonesia, India, Australia sampai ke Afrika. Rempah Kari yang merupakan komponen penting didalam masakkan India menjadikan makanan ini popuar dinegara kita. Rempah kari dibuat dengan menggunakan komponen serbuk kunyit sebagai bahan utama. Kunyit yang dikelaskan didalam keluarga Zingiberaceae juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Turmeric ( English), Kurkuma (belanda), Kunyit (Indonesia serta Malaysia), Kunir (Jawa ), Koneng (Sunda), Konyet (Madura) dan sebagainya. Kunyit (Curcuma longa) dari famili Zingiberaceae ini sesuai tumbuh dengan baik ditanah mineral yang gembur dengan banyak bahan organik. Selain daripada bahagian umbisi kunyit yang berad didalam tanah untuk dituai dan digunakan, DAUN KUNYIT juga mempunyai nilai ekonominya yang tersendiri. Artikel subuh ini saya menuis dalam "Anim Agro Technology" megenai daun kunyit dan perkara yang berkaitan dengannya untuk dijadikan bahan rujukkan. 
Kandungan kunyit.

Tanaman kunyit menghasilkan umbisi dan daun yag kesemuanya berguna kerana ia mengandungi bahan yang berkhasiat untuk dijadikan ubat. Bahan tersebut dikenali dengan nama Curkuminoid yang terdiri dari Curkumin, Desmetoksikumin sebanyak 10% dan bahan lain iaitu bahan penting seperti Bisdesmetoksikurkumin sebanyak sekitar 1-5%. Terdapat beberapa zat- zat bermanfaat lainnya seperti minyak pati yang terdiri dari Keton Sesquiterpen, Turmeron, Tumeon 60%, Zingiberen 25%, Felandren , Sabinen, Borneol dan Sineil. Kunyit juga mengandungi bahan Lemak sebanyak 1 -3%, Karbohidrat sebanyak 3%, Protein 30%, Pati 8%, Vitamin C (45-55%) dan garam-garam mineral seperti Ferum, Posforan dan juga Kalium. Pada saya mendapati kuyit segar terasa agak pahit dengan campuran sedikit pedas, berbau khas aromatik, berwarna kuning serta tidak beracun. Kandungan bahan kimia utama yang terdapat didalam jejari kunyit seperti minyak pati serta kurkuminoid. warna kuning kunyit datang dari kurkuminoid yang memiliki kandungan kurkumin. Aroma khasnya yaitu dari minyak pati yang memiliki kandungan alkohol sesquiterpen. Manfaat dan kegunaan kunyit dalam rumah tangga mmang tidak asing lagi. Kunyit boleh menambahkannya perisa enak didalam masakan sebagai di antara ramuan. Kunyit juga dipakai sebagai pewarna semulajadi dalam masakan yang tidak carsinogenik diamana ia tidak menyebabkan sebarang kesan sampingan serta selamat dimakan meskipun didalam jumlah yang agak banyak. Ia memberikan warna kuning dan turut memberikan aroma yang khas serta boleh menutup bau yang tidak enak yang ujud pada telur serta daging.

Mengenali tumbuhan kunyit ini mudah kepada mereka yang selalu berkebun atau kepasar untuk membelinya. Kunyit sudah digunapakai semenjak lebih 2,500 tahun dulu iaitu di India. Mereka telah lama menggunakan bahan kunyit didalam cara perubatan tradisional termasuk Ayurverda. Kunyit banyak dipakai disebabkan ai memang mempunyai mutu antiseptik serta antibakteria terbaik disamping mampu untuk memberikan kesan yang sama juga dengan Fluoride untuk gigi, mengubati Psoriasis serta peradangan sendi dan mengatasi masalah pencernaan serta tekanan (depression). Pada tanaan kunyit antara cirinya seperti batangnya tidak bercabang, bentuknya memanjang dan merupakan batang perdu yang tertutup rapat oleh pelepah daun, berwarna hijau agak keunguan (Sila lihat foto disebelah). Setiap tumbuhan dewasa ada daun 3-8 helai daun, panjang daun beserta pelepahnya sekitar 70 cm, tanpa lidah daun, berambut halus jarang-jarang, helai daunnya berbentuk lanset lebar, hujung daun tirus dengan panjangnya 28-85 cm dan lebar 10-25 cm. Biasanya bahagian tepi daun rata, tulang daun menyirip dengan bentuk umbisi sempurna bercabang-cabang yang selalunya berwarna jingga dan berbau aromatik. Morfologi akar kunyit selalunya berbentuk bulat dan panjang dengan diameter 1-2 cm serta panjang 3-6 cm dari ruas-ruasnya dapat tumbuh tunas baru yang akan berkembang menjadi tanaman baru. Tangkai bunga selalu berambut, bersisik, daun kelopak berambut, bentuk lanset. Kelopak bunga berbentuk tabung dengan ukuran panjang 9-13 mm. Tanaman kunyit perlukan tanah subur dengan saliran yang baik dan mudah dijaga.

DAUN KUNYIT kini telah dikomersilkan sebagai salah satu bahan pnting untuk masakkan. Sebut sahaja masakan rendang daging atau endang ayam pastinya daun kunyit diperlukan sebagai bahan ramuan penting. Keenakan rendang ini memang berkait dengan hirisan daun kunyit yang ditabut didalamnya. Begitu juga ikan dibalut dengan daun kunyit yang memberikan citarasa tersendiri akan rasa dan aromanya (Sila lihat foto disebelah). Ikan ini enak dimakan bersama nasi putih dan dihidangkan semasa suam panas bersama ahli keluarga. Ayam Goreng Balut Daun Kunyit atau Daun Pandan juga kini menjadi pilihan ramai kerana rasa dan aromanya yang memang enak. Tanpa daun kunyit penulis blog fikir masakan pindang ikan memang kurang keenakannya. Daun kunyit yang dimasukkan didalam masaakan pindang bersama halia, tomato, serai dan sebagainya akan memberikan kenakkan dan menghilangkan bau hanyir ikan yang dimasak. Ada juga dikalangan suri rumah yang menjadikan daun kkunyit sebagai bahan hiasan masakkan mereka. Selain daripada khaiat dari daun kunyit dan ia mudah didapati, adalah amat digalakkan agar lebih ramai dikalangan kita menanamnya sendri dalam pasu disekeliling rumah sendiri. Ia mudah dijaga jika ditanam dengan menggunakan media tanaman seperti cocopeat dan sebagainya. Daun kunyit yang ditanam ini boleh diguna sendiri, dihadiahkan kepada jiran atau dijual kepada orang yang memerlukannya. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAM KUNYIT... MUDAH SAHAJA...
DALAM PASU... COCOPEAT DIGUNA...
SELALU DISIRAM...ELAK SERANGGA...
GUNA SENDIRI... SEGAR ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(27 Muharam 1439H)

Monday, October 23, 2017

PUTU MAYAM

PUTU MAYAM adalah sejenis makanan daripada kategori kuih yang dipercyai berasal daripada India. Nama makanan ini dalam bahasa Tamil pula adalah 'Indiyappam' iaitu sejenis makanan yang popular di Negeri Tamil Nadu Selatan India. Kini ia merupakan makanan yang popular dikalangan masyarakat Malaysia terutama di Semananjung Malaysia sebagai makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan. Makanan inii juga popular di Singapura, Sri Lanka dan Indonesia. Di Indonesia makanan ini dipanggil sebagai 'Putu Mayang' yang dihidangkan dengan santan dan gula melaka. Melihat foto diatas tentunya anda yang tidak kenal akan kuih ini ingin menikmati kelazatannya. Bagaimana pn di Malaysia terdapat makanan yang hampir menyerupai iaitu PUTU PIRING atau PUTU BAMBU yang mempunyai rasa hampir serupa. Kesemua jenis putu disediakan menggunakan tepung beras yng diadun dan dikukus untuk dijadikan bahan asasnya. Di India putu mayam ini dimakan dalam beberapa cara sama ad dimakan bersama gula melaka tau dimakan dengan kuah kari. Bagaimana pun di Malaysia penjualan putu mayam biasa disediakan dengan gula melaka dan kelapa parut. Kelapa Parut (Cococs nucifera) akan dapat menambah keenakan putu mayam kerana ia lemak dan sesuai dimakan bersamanya. Penulis membeli sebungkus makanan putu mayam di Pasar Tani UDA dengan harga RM5.00 satu set. Ia mencukupi untuk dimakan sekitr 3-4 orang dengan kelapa parut dan gula melaka disusun dalam pek polystyrene. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan popular dinegara kita iaitu Putu Mayam untuk menambahkan ilmu kita sentiasa.


Makanan Putu Mayam pada penulis blog memang enak ketika dimakan semas suam panas. Ini kerana ketika sejuk ada beberapa kelazatan yang tidak dapat dinikmati iaitu aromanya. Komponen yang paling penting pada makanan putu mayam adalah bagaimana untuk nda menyediakan kirainya. Membuat sendiri putu mayam lebih confident daripada membeli daripada mamak atau gerai yang menjualnya dari segi kebersihannya dan juga kualitinya. Makanan “Putu Mayam” atau di Penang dipanggil “putu mayung” atau pun orang India Selatan gelar “Idi Apom” dan didalam bahasa Inggeris di panggil ”String Hoppers” mudah disediakan. Makanan ringan atau separa berat ini berasal dari benua India dan Sri Lanka. Makanan ini adalah khas untuk majlis keramaian atau pun sebagai satu jenis sarapan pagi atau petang. Biasanya orang India makan putu mayom ini dengan kari tetapi di Malaysia ia lebih enak dimakan bersama kelapa parut dan gula perang (Gula Merah). Bahan-bahan yang digunakan adalah mudah diperolehi dan peralatan digunakan juga mudah didapati. Perlu ada dapor gas dan kuali kukus serta alat kirai tepong beras (Sila lihat foto diseblah). Kepada mereka yang memang pandai masak kuih tidak sukar bagi mereka membuat putu mayam dengan baik.


Bahan asas membuat putu mayam adalah terdiri daripada 2 cawan tepung beras, 2 dan 1/2 cawan Air Panas, 1/2 sudu kecil garam dan juga 2 sudu kecil minyak masak. Peru jug disediakan alat atau acuan membuat kuih muruku (dipilih daripada alat yang ada lubang atau mata paling halus). Cara membuat putu mayam dimulakan dengan memasukan tepung beras dalam sebuah bekas bersih. Kemudian perlu didihkan air dalam kukus dan masukkan garam supaya larut. Masukkan air panas sedikit demi sedikit kedalam tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi doh. Kemudian boleh diadunkan dengan menggunakan tangan dan doh yang dibentuk perlulah tidak melekat pada tangan anda. Bahagikan doh kepada 3 atau 4 bahagian. Seterusnya panaskan air dalam bekas kukus. Lapikan kain putih bersih sebagai pelapis pada bekas pengukus. Masukkan bahagian doh kedalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang perlukan. Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terbarai apabila sedia masak. Ia perlu dikukus selama 5-10 minit iaitu sehingga ia kental dan masak. Sebaiknya putu myam sesui untuk dihidangkan dengan kelapa parut (100gm) dan gula perang (100gm). Kalau ingin warna hijau atau ada bau khas wangi pandan boleh dimasukan dua helai daun pandan dalam air mendidih dan campurkan perwarna hijau. Memang mudah untuk menyediakan putu mayam dirumah sendiri.


Penulis juga meninjau satu resepi membuat putu mayam yang hampir sama. Agak pelik juga kerana ada yang suka makan putu mayam dengan bau pandan berwarna hijau (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya putu mayam yang tradisional adalah berwarna putih beras. Dalam penulis membuat putu mayam dirumah minggu lepas saya telah menggunakan bahan terdri daripada 2 cawan air, 1 sudu teh garam, 2 cawan tepung beras, 1 sudu makan minyak jagung, gula merah hiris halus, kelapa parut putih gaul sikit garam dan juga seikat daun pisang. Mula-mula disiapkan daun pisang yang dah di cuci bersih dan keringkan daun pisang dan kemudian ia dipotong. Daun pisang ini digunting dengan bentuk bulat dan sapukan sikit minyak jagung supaya adunan putu mayam tidak melekat pada daun pisang kemudian tepikan. Lepas tu panaskan air hingga mendidih, jika air dah mendidih masukkan minyak jagung bersama garam dan gaul hingga rata. Tutup api dan masukkan tepung beras sedikit demi sedikit hingga semua tepung beras masuk dalam kukus pada daun pisang berminyak dan garam tadi. Kemudian ia dikacau sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Semasa adunan tu masih panas masukkan dalam acunan maruku dengan pilih lubang yang paling kecil tuk putu mayam. Kemudian putar acunan maruku bentuk bulatan dan biarkan adunan bertali jatuh di atas daun pisang yang dah siapkan bentuk bulat tadi dan sbiknya jangan terlalu tipis dan jangan pula terlalu tebal. Selepas mengukus sebaiknya dimasukkan putu mayam dalam kukus lagi. Sebelum itu perlu dibiarkan air dalam kukusan tu mendidih kemudian kukus putu mayam. Pastikan sentiasa tutup pengukus dengan kain supaya air pada tutup kukusan tu tak menitik pada putu mayam. Jika terkena titisan atau wap air akan menyebabkn putu mayam menjadi lembik nanti. Kukus dalam masa 3 minit lepas angkat dan toskan dimana selepas itu dah bolehlah disusun atau disediakanuntuk di hidangkan. Sediakan juga bersama kelapa putih parut dengan sikit garam juga gula malaka atau gula merah hiris halus. Bagi putu mayam yang masih baru dimasak memang enak dimakan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepad pembaca blog Änim Agro Technology kali ini. Wasallam!!!..

NAMA PUTU MAYAM... ASAL INDIA...
TEPONG BERAS... BAHAN UTAMA....
DIKUKUS DIKIRAI...MASAKLAH DIA...
DENGAN GULA...SAMA KELAPA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Sekolah Dataran Feda Bukit Aping Timor,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(3 Muharram 1438H)



Sunday, October 22, 2017

TANAM KACANG BOTOR - TIPS

KACANG BOTOR (Psophocarpus tetragonolobus) atau kacang kelisa adalah sayuran kekacang yang menjadi kegemaran orang ramai untuk dijadikan ulam yang enak dimakan. Penulis blog selalu menanam kacang botor ini dikawasan keliling rumah semasa tinggal dikuarters dibanyak lokasi. Kacang botor atau kacang botol atau ''Kecipir'' ini adalah pokok memanjat secara melilit sepanjang di antara tiga dan lima meter (m), akarnya banyak dan tumbuh pada permukaan tanah. Biasanga ia berbuah dengan membentu Buah Lenggai dimana ia bergaris bentuk oblong, antara 16 dan 36 sm panjang, 2.5 hingga 3.5 sm lebar. Diteliti dimana semasa buah muda maka lenggai berwarna hijau muda dan bertukar perang bila masak. Kacang botor dipercayai berasal dari Papua New Giunea dan Asia Tenggara. Ia memerlukan kayu pancang atau junjung untuk memanjat tetapi paga rumh juga sesuai untuk dijadikan kawasan tanaman kacang bootor. Walau pun ada petani yang menanam di kebun sayur atau di tepi pagar rumah tetapi memang mudah menjaganya. Pada penulis blog kacang botor merupakan jenis sayuran tradisional, lenggai muda, pucuk , bunga, ubi dan bijinya boleh dimakan. Ada juga kalangan pengguna akan mengambil bahagian bijinya kemudian ia diproses menjadi tempe atau taufu. Lazimnya bahagian daun dibuat dan diguna sebagai ubat pencuci mata yang bengkak, bisul dan kudis, daun yang direbus boleh merawat penyakit vertigo. Memang mudah untuk menanam kacang botor sendiri dikawasan rumah asakan ada minat, kawasan yang menerima banyak cahaya matahari, disiram selalu, dibaja dan dipetik hasilnya. Pengalaman penulis mendapati dengan menanam sendiri kacang botor membolehkan kita bersedekah juga kepada jiran-jiran sebelah rumah. Artikel petang Cuti Deepavali ini saya menulis dalam "Anim Agro Tehnology" mengenai kacang botor dan beberapa tip menjaganya untuk dijadikan bahan bacaan.

Bagi petani yang ingin menanam kacang botor secara koersil perlu membuat keja-kerja penyediaan tanah. Kacang botor boleh ditanam di pelbagai jenis tanah, elakkan menanam di tanah yang berair. Biasanya jenis tanah yang gembur, subur dan pH antara 5.5 dan 6.5 adalah yang paling sesuai. Membajak dan gemburkan tanah sedalam 20 hingga 30 sm bagi memudahkan pertumbuhan akar yang baik. Sebaiknya dibina batas disediakan berukuran satu hingga 1.2 meter lebar dan panjang mengikut kesesuaian kawasan (Sila lihat foto disebelah). Cara menanam mudah iaitu dengan mebubuh benih dengan jarak tanaman ialah 60 sm antara pokok dan jarak antara barisan ialah antara 60 hingga 100 sm. Biji benih boleh ditanam terus ke ladang, gali lubang sedalam dua sm, masukkan satu atau dua biji benih dan dikambus semula. Biasanya biji benih akan bercambah antara 10 dan 14 hari selepas penanaman. Kemudian anak benih yang tumbuh ditinggalkan satu pokok yang sihat pada setiap lubang selepas dua minggu penanaman. Ini bertujuan tidak ada persaingan dalam mendapatkan ruang, air, cahaya, makanan pada tanaman. Penyediaan junjung dilakukan pada peringkat awal sebelum menanam atau pun selapas pokok tumbuh.  Kacang botor memerlukan junjung, penyokong atau para untuk membolehkan pokok memanjat dan memudahkan proses penuaian. Sistem yang boleh digunakan iaitu dengan memacakkan kayu beruti berukuran 5 sm x 5 sm x 6.5 meter panjang setiap tiga meter, kemudian regangkan dawai kasar antara puncak kayu beluti dan sambungkan tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas, gunakan paku untuk memasang dawai. Tali diguna bagi membantu anak pokok memanjat bila telah berumur dua minggu.

Tanaman ini sangat memerlikan air dan sistem pengairan. Tanaman disiram dua kali sehari di peringkat awal penanaman kerana anak pokok memerlukan air untuk pokok ini membesar. Penyiraman boleh dilakukan secara manual atau menggunakan hos untuk pengairan. Pastikan pengawalan rumpai dilakukan sepanjang masa bagi memastikan tanaman hidup subur, kawalan rumpai perlu dilakukan (Sila lihat foto disebelah)Rumpai di atas batas dibuang secara manual dan antara lorong tanaman rumpai boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai yang disyorkan. Pastikan semasa penyemburan racun ia tidak mengenai tanaman. Pembajaan asas dengan baja organik atau baja asli yang sudah reput digaulkan pada batas dengan kadar satu hingga tiga kg /meter persegi. Baja yang disyorkan ialah 45 kg N:100 kg P2O5:100 kg K2O setiap hektar, tetapi ia bergantung pada keadaan tanah di sesuatu kawasan. Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 untuk pembajaan pertama boleh di gunakan dengan kadar 30gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 sm dari rumpun pokok serta dikambus. Pembajaan ulangan kedua dan ketiga boleh menggunakan NPK biru 12:12:7 dengan kadar antara 40 dan 50 g sepokok diselangkan setiap dua minggu, tambahan baja berikutnya boleh dibuat selepas tiga atau empat minggu disebabkan jangkamasa penuaian kacang botor yang panjang. Kawalan perosak perlu dibuat sepanjang penanaman. Antara jenis serangga yang biasa menyerang kacang botor ialah lalat kacang, pengorek kacang dan penyakit yang menyerang ialah karat dan virus mosaic. Daun dan buah yang diserang perlu dimusnahkan, kebersihan kawasan dijaga, amalkan tanaman giliran dan sembur racun perosak jika perlu. Lazimnya aktiviti pungutan hasil dilkukan atau dikutip antara 10 dan 12 minggu selepas ditanam. Pilih buah yang hijau serta rapuh dan berukuran dia antara 15 dan 20 sm panjang. Kutipan hasil dibuat dua atau tiga hari sekali untuk mengelakkan buah menjadi tua. Buah yang tua akan berserabut dan tidak sedap dimakan. Pokok yang subur menghasilkan 10 hingga 12 biji buah sepokok sekali petik selang sehari. Hasil purata buah yang boleh diperolehi anggaran 4,000 hingga 5,000 kg/0.4 hektar.

Bagi menambah infi penulis blog dapati nama Kacang Botor juga dipanggil sebagai kacang botol, kacang kelisa, kacang sirek, atau kalkang (Inggeris: winged bean atau Goa bean) ialah tumbuhan kekacang tropika yang dikatakan berasal dari Papua New Guinea. Pokok ini tumbuh dengan baik dalam iklim tropikalembap dengan hujan lebat dan oleh itu, banyak terdapat di kawasan khatulistiwa dari Filipina, Indonesia, Myanmar, hinggalah ke India, dan Sri Lanka. Ia adalah tumbuhan memanjat separa berkayu, batang berbentuk silinder, licin tanpa bulu, liat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar perang setelah tua. Daun jenis majmuk trifoliat, susunan berselang-seli, tangkai panjang, halus. Anak daun bersaiz sederhana, berbentuk bujur dengan hujung menirus, nipis, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang, tepi rata. Bunga majmuk, bersaiz sederhana, kelopak berwarna ungu, terdapat 1-10 kuntum dalam 1 jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun. Buah memanjang, bersegi empat dengan sayap di setiap sisi, sepanjang tepi sayap bergerigi kecil, berwarna hijau ketika muda bertukar coklat apabila tua, mengandungi banyak biji benih di tengahnya. Biji sederhana besar, berwarna hijau ketika muda, coklat kehitaman apabila telah tua, berbentuk bulat membujur, keras seperti biji kacang soya. Buah kacang muda mengandungi 1-3% protein dan kaya dengan mineral besi, kalsium dan vitamin A. Rangting ubi pula mengandungi 8-10% protein, 30% karbohidrat, banyak fosforus dan kalsium. Daunnya mengandungi 5-7% protein dan banyak mineral, vitamin A dan C. Manakala bij masak mengandungi 11% air, 33% protein, 32% karbohidrat, 16% lemak dan 5% serat. Kandungan asid amino dalam kacang botor seakan-akan kacang soya tetapi kacang botor mengandungi lebih lisin dan leusin. Minyak kacang botor seakan-akan minyak kacang tanah, 67% minyak kacang botor adalah asid linoleik dan asid oleik. Kandungan tokoferol dalam minyak kacang botor juga adalah tinggi. Bahan lain dalam minyak kacang botor yang sederhana banyak ialah fosforus, kalsium, zink, sedikit mineral lain, sederhana banyak tiamina dan riboflavin. 

Pokok kacang botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Setinggi 3-4 meter, pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa yang lain. Ia ialah tumbuhan herba saka dengan tempoh pengeluaran optimum di antara tiga hingga empat tahun, tetapi juga boleh ditanam sebagai pokok semusim mengikut kegunaan penanamannya.  Pokok kacang botor merupakan salah satu pokok mengikat nitrogen yang terbaik, dengan penodulan dilaksanakan oleh Rhizobium, sejenis bakteria tanah. Disebabkan keupayaannya untuk mengikat gas nitrogen dari atmosfera, pokok ini tidak memerlukan banyak baja nitrogen tetapi masih memerlukan baja lain seperti fosforus dan kalium. Sebagai pokok tropika, ia amat peka akan fros. Pokok ini tidak akan berbunga jika panjang siang melebihi 12 jam. Biji benihnya mempunyai kulit yang keras, dan untuk membantu percambahan, biji benih boleh direndam sebelum menanam. Pokok ini bertumbuh dengan cepat, dan mencapai panjang sebanyak empat meter dalam hanya tempoh beberapa minggu sahaja. Ia ditanam secara biji dan akan bercambah antara 5-7 hari selepas disemai dan selalu bergantung kepada varieti. Lebih kurang dua bulan setengah selepas disemai, ia akan mula berbunga, tetapi ada jenis baka yang berbunga selepas lima bulan ia ditanam. Buah kacang botor mencapai panjang maksimum dalam masa 20 hari selepas berbunga dan masih lembut ketika itu, serta sesuai dijadikan sayur. Ia matang dalam masa 65 hari selepas berbunga. Antara jenis perosak dan penyaki bagi kacang botor perlu diketahui. Perosak utama kacang botor adalah ulat pengorek lenggai (Maruca testulalis Geyer) dan kutu daun atau afid kacang (Aphis craccivora Koch). Larva ulat pengorek lengai menyerang pucuk, daun muda, bunga, lenggai menyebabkan bunga gugur dan lenggai berlubang. Manakala afid kacang menghisap cecair di bawah daun, pucuk, bunga dan lenggai menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut. Penyakit utama kacang botor adalah karat (false rust) (Synchytrium psophocorpi) dan bintik daun cercospora (Cercospora capsici). Penyakit ini menyerang batang, daun dan lenggai. Kawasan serangan akan terhasil spora berwarna jingga cerah. Bintik mata burung pada daun kelihatan. Selain itu, kacang botor boleh dijangkiti penyakit virus dan mikoplasma. Penyakit lain disebabkan oleh bakteria dan kulat. Satu cara untuk mengatasi penyakit adalah dengan menanam baka yang baik yang akan menghasilkan tanaman yang tahan lasak. Akarnya kerap diserang oleh nematod. Manakala daun mudah diserang pelbagai jenis ulat dan serangga.

Khasiat kacang botor telah banyak diperkatakan. Pokok kacang botor amat berguna kerana hampir semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan seperti bahagian lenggai mudanya yang selalu digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepas penanaman. Buah yang muda dan lebut dijadikan sayur mentah, digoreng, dibuat kerabut atau jenis makanan lain dan ia mempunyai rasa yang hampir sama dengan pucuk asparagus. Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri. Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun dan rasanya hampir serupa dengan daun bayam. Ubinya yang mempunyai perisa seperti kacang tanah boleh digunakan sebagai sayur berubi dan ia hampir serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya protein berbanding ubi kentang. Ia amat digemari di Papua New Guinea dan juga amat popular di negara Myanmar sebagai juadah makanan. Biji yang masak telah diiktiraf sebagai makanan yang berkhasiat kerana mengandungi banyak protein seperti kacang soya. Biji kacang botor boleh diproses seperti kacang soya iaitu dijadikan pelbagai produk yang boleh dimakan atau diminum. Daun kacang botor boleh dibuat teh dan sesuai digunakan sebagai ubat pencuci mata yang bengkak serta bisul dan kudis. Daun ditumbuk lumat dan ditampa pada bisul. Daun dan biji kacang botor dimasak dan dimakan untuk mengubati penyakit kulit seperti bisul dan ulser. Manakala akar direbus dan diminum untuk merawat penyakit vertigo. Demikianlah beberapa tip dan info mengenai kacang botor yang dihidangn pada petang ini. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KACANG BOTOR... HIJAU WARNANYA...
MUDAH DITANAM... PERLULAH DIJAGA....
DIPTIK SELALU... BERBUAH SENTIASA..
TANAM SENDIRI... PUAS HATI RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Oktober 2017)

Saturday, October 21, 2017

JAMBU GELAS - BUAH NADIR

JAMBU GELAS (Syngium spp) merupakan sejsnis buah nadir yang tumbuh di Malaysia dan kini semakin ramai generasi muda yang mengenalinya. Jambu Gelas ini diberikan nama kerana bentuk yynga yang bear seperti gelas dengan lazimnya berwarna putih susu (Sila lihat foto diatas). Saya mengenali pokok jambu gelas ini kerana ada beberapa pokok jambu ini di Kamong dahulu di Muar, Johor yang mana ia berbuah mengikut musim setiap tahun. Jambu Gelas ini juga dipercayai berasal daripada luar negara atau ada dilaporkan ia adalah natif dari Asia Tenggara. Sesetangah orang ada yang dakwa ia sebagai sejenis Jambu Bol yang berwarna putih tetapi pada saya memang berbeza. Anda boleh membca tulisan saya mengenai Jambu Bol (Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Anda juga boleh dengan jelas dapat membezakannya dengan Jambu Mawar dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Kepada yang berminat untuk mengetahui jambu air pula lebih banyak artikel yang saya terbitkan sebelum ini (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi pautan dalam blog popular ini. Penulis pada masa ini agak sukar untuk dapat membeli Jambu Gelas ini kerana ia adalah buah bermusim (biasanya berbuah pada Jun - September) setiap tahun dan hanya ditanam dikawasan eliling rumah sebagai tanaman hiasan dan juga untuk teduhan walau pun apabila berhasil ianya boleh dimakan juga. Baru-baru ini penulis berkunjung di Kg Parit Amal, Muar dimana dirumah saudara ada dua pokok jambu gelas yang sedang masak ranum. Walau pun buahnya tidak dipungut malahan bertaburan jatuh diatas tanah namun pemilik pokok tersebut memang sudah tidak mahu memakannya. Ini kerana daru dua pokok tersebut buahnya terlalu banyak dan sebahagian besar guhr akibat masak ranu. Artikel subuh ini sempena cuti rehat Deepavali 2017 saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis jambu yang dikelaskan sebagai buah nadir iaitu Jambu Gelas untuk dikongsi dengan pembaca blog ini.


Pokok Jambu Gelas tersebut lazimnya ditanam daripada anakbenih yang disemai daripada bijinya. Buah jambu gelas yang masak selalunya ada mengandungi biji ibenih bersaiz besar guli dan boleh tumbuh apabila ia disemai dalam polibeg. Benih ini boleh ditanam dengan jarak 10 meter x 10 meter dalam bentuk empat segi sama. Lazimnya dengan penjagaan baik ia mula berbunga selepas seawal 5-6 tahun ditanam (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun kini telah ada viral dimana pokok jambu gelas yang masih muda dan kecil ini telah berbunga dan berbuah (Viral selalunya diambil daripada benih Siam). Apabila pokok jambu gelas matang maka ia berbunga dengan banyaknya dan bunga tersebut akan mempunyai banyak dimana jadual berbunga ini selalu sama dengan pokok jambu bol. Bunga dengan jambak yang besar ini akan didebungakan serangga dan membentuk putik buah jambu gelas berwarna keputihan.

Lazimnya putik buah yang terbentuk adalah bersaiz kecil dengan warna kehijauan (Sila lihat foto disebelah). Jika putik tersebut daripada pokok kecil dan rendah maka pemiliknya boleh membalutnya untuk mengelakkan daripada serangan Lalat Buah (Bactocera carambolae) yang selalu akan menusuknya telurnya kedalam putik dan buah jambu. Larva daripada ulat pengorek buah ini akan seterusnya merosakkan buah dan menjadikan buah tersebut tidak sesuai untuk dimakan atau dijual. Pokok jambu gelas sama dengan pokok jambu bol mempunyai daun yang menggerutu atau ada gelembong intil pada permukaan daun.  Daunnya yang berwarna hikau muda semasa muda akan bertukar kepada hijau gelap dan berkilat apabila ia sampai peringkat matang. Walau pun buan atau putik jambu gelas ini jrang dibalut pada pokokk yang tinggi tetapi serangan oleh lalat buah selalunya merosakkan buah. Sebaiknya jika ada kemampuan buah jambu gelas ini dibalut dengan kertas suratkhabar dengan sarung plastik diluarnya. Ini membolehkan buah jambu gelas ini selamat daripada larva lalat buah.


Buah Jambu Gelas yang telah masak akan bertukar daripada warna hijau kepada putih cerah. Buah ini sebaiknya dipetik pada indeks sederhana masak kerana kelau terlalu masak isinya akan menjadi sedikit lembik walau pun rasanya lebih manis. Bergantung kepada kadar penjagaan dan pembajaan lazimnya buah yang manis akibat daripada program pembajaan dengan baja organik dan baja NPK 12:12:17:2: TE yang diberikan. Apabia dibelah, buah jambu gelas ini mempunyai isi yang padat dan ada jenis yang sedikit 'spongy' bergantung kepada varieti yang ditanam. Semasa zaman remaja dulu penulis blog memang boleh terus gigit dan kunyah terus jambu gelas ini dengan apa juga rasa sama ada ianya sedikit masam atau pun yang betul-betul manis (cukup masak). Kadang kla buah jambu gelas ini enak dipotong-potong kecil dan dicecah dengan sambal kicap atau garam halus untuk menambahkan keenakannya atau mengurangkan rasa masamnya (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis memang agak sukar untuk membeli atau pun mendapatkan jambu gelas ini pada masa ini. Orang tua dikampong dahulu pernah memproses jambu gelas ini untuk dijadikan halwa dan memang enak sekali kerana ia direndam dalam air gula sehingga manis. Kepada mereka yang ingin menanam pokok jambu gelas boleh mendapatkan anak benih daripada beberapa nursery semaian di Muar, Johor untuk menanamnya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology petang Jumaat ini. Wasallam!!!...
NAMANNYA JAMBU GELAS... PELIKNYA...
WARNA PUTIH... MACAM GELAS DIANYA...
BUAH NADIR... JUARANG DI JUMPANYA...
MENULIS ARTIKEL... INGATAN DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(29 Muharam 1439H)

JAMBU GELAS - BUAH NADIR

JAMBU GELAS (Syngium spp) merupakan sejsnis buah nadir yang tumbuh di Malaysia dan kini semakin ramai generasi muda yang mengenalinya. Jambu Gelas ini diberikan nama kerana bentuk yynga yang bear seperti gelas dengan lazimnya berwarna putih susu (Sila lihat foto diatas). Saya mengenali pokok jambu gelas ini kerana ada beberapa pokok jambu ini di Kamong dahulu di Muar, Johor yang mana ia berbuah mengikut musim setiap tahun. Jambu Gelas ini juga dipercayai berasal daripada luar negara atau ada dilaporkan ia adalah natif dari Asia Tenggara. Sesetangah orang ada yang dakwa ia sebagai sejenis Jambu Bol yang berwarna putih tetapi pada saya memang berbeza. Anda boleh membca tulisan saya mengenai Jambu Bol (Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Anda juga boleh dengan jelas dapat membezakannya dengan Jambu Mawar dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Kepada yang berminat untuk mengetahui jambu air pula lebih banyak artikel yang saya terbitkan sebelum ini (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi pautan dalam blog popular ini. Penulis pada masa ini agak sukar untuk dapat membeli Jambu Gelas ini kerana ia adalah buah bermusim (biasanya berbuah pada Jun - September) setiap tahun dan hanya ditanam dikawasan eliling rumah sebagai tanaman hiasan dan juga untuk teduhan walau pun apabila berhasil ianya boleh dimakan juga. Baru-baru ini penulis berkunjung di Kg Parit Amal, Muar dimana dirumah saudara ada dua pokok jambu gelas yang sedang masak ranum. Walau pun buahnya tidak dipungut malahan bertaburan jatuh diatas tanah namun pemilik pokok tersebut memang sudah tidak mahu memakannya. Ini kerana daru dua pokok tersebut buahnya terlalu banyak dan sebahagian besar guhr akibat masak ranu. Artikel subuh ini sempena cuti rehat Deepavali 2017 saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis jambu yang dikelaskan sebagai buah nadir iaitu Jambu Gelas untuk dikongsi dengan pembaca blog ini.


Pokok Jambu Gelas tersebut lazimnya ditanam daripada anakbenih yang disemai daripada bijinya. Buah jambu gelas yang masak selalunya ada mengandungi biji ibenih bersaiz besar guli dan boleh tumbuh apabila ia disemai dalam polibeg. Benih ini boleh ditanam dengan jarak 10 meter x 10 meter dalam bentuk empat segi sama. Lazimnya dengan penjagaan baik ia mula berbunga selepas seawal 5-6 tahun ditanam (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun kini telah ada viral dimana pokok jambu gelas yang masih muda dan kecil ini telah berbunga dan berbuah (Viral selalunya diambil daripada benih Siam). Apabila pokok jambu gelas matang maka ia berbunga dengan banyaknya dan bunga tersebut akan mempunyai banyak dimana jadual berbunga ini selalu sama dengan pokok jambu bol. Bunga dengan jambak yang besar ini akan didebungakan serangga dan membentuk putik buah jambu gelas berwarna keputihan.

Lazimnya putik buah yang terbentuk adalah bersaiz kecil dengan warna kehijauan (Sila lihat foto disebelah). Jika putik tersebut daripada pokok kecil dan rendah maka pemiliknya boleh membalutnya untuk mengelakkan daripada serangan Lalat Buah (Bactocera carambolae) yang selalu akan menusuknya telurnya kedalam putik dan buah jambu. Larva daripada ulat pengorek buah ini akan seterusnya merosakkan buah dan menjadikan buah tersebut tidak sesuai untuk dimakan atau dijual. Pokok jambu gelas sama dengan pokok jambu bol mempunyai daun yang menggerutu atau ada gelembong intil pada permukaan daun.  Daunnya yang berwarna hikau muda semasa muda akan bertukar kepada hijau gelap dan berkilat apabila ia sampai peringkat matang. Walau pun buan atau putik jambu gelas ini jrang dibalut pada pokokk yang tinggi tetapi serangan oleh lalat buah selalunya merosakkan buah. Sebaiknya jika ada kemampuan buah jambu gelas ini dibalut dengan kertas suratkhabar dengan sarung plastik diluarnya. Ini membolehkan buah jambu gelas ini selamat daripada larva lalat buah.


Buah Jambu Gelas yang telah masak akan bertukar daripada warna hijau kepada putih cerah. Buah ini sebaiknya dipetik pada indeks sederhana masak kerana kelau terlalu masak isinya akan menjadi sedikit lembik walau pun rasanya lebih manis. Bergantung kepada kadar penjagaan dan pembajaan lazimnya buah yang manis akibat daripada program pembajaan dengan baja organik dan baja NPK 12:12:17:2: TE yang diberikan. Apabia dibelah, buah jambu gelas ini mempunyai isi yang padat dan ada jenis yang sedikit 'spongy' bergantung kepada varieti yang ditanam. Semasa zaman remaja dulu penulis blog memang boleh terus gigit dan kunyah terus jambu gelas ini dengan apa juga rasa sama ada ianya sedikit masam atau pun yang betul-betul manis (cukup masak). Kadang kla buah jambu gelas ini enak dipotong-potong kecil dan dicecah dengan sambal kicap atau garam halus untuk menambahkan keenakannya atau mengurangkan rasa masamnya (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis memang agak sukar untuk membeli atau pun mendapatkan jambu gelas ini pada masa ini. Orang tua dikampong dahulu pernah memproses jambu gelas ini untuk dijadikan halwa dan memang enak sekali kerana ia direndam dalam air gula sehingga manis. Kepada mereka yang ingin menanam pokok jambu gelas boleh mendapatkan anak benih daripada beberapa nursery semaian di Muar, Johor untuk menanamnya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology petang Jumaat ini. Wasallam!!!...
NAMANNYA JAMBU GELAS... PELIKNYA...
WARNA PUTIH... MACAM GELAS DIANYA...
BUAH NADIR... JUARANG DI JUMPANYA...
MENULIS ARTIKEL... INGATAN DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(29 Muharam 1439H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...