DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga LAMIACEAE yang digunakan untuk tujuan perubatan dan penghasilan ekstrak minyak. Tumbuhan ini mempunyai 50-60 jenis yang mana berbentuk renek berasal dari kawasan Asia (iaitu India) yang digunakan didalam masakan India, Asia Tenggara serta Eropah sebagai tumbuhan yang mempunyai perisa 'Mints'. Tumbuhan ini juga di panggil sebagai Basil, Common basil, Sweet Basil, Lemon basil (English), Habaq (Arab), Luo Le (China), Babui Tulsi; babul (India), Bajiru; Mebouki (Jepun), Daun kemangi; Kemangi,; Selasih Hijau (Melayu), Ruku-ruku (Indonesia), Horapa (Thailand) dan Reu Tia (Vetnam). Tumbuhan ini hidup di kawasan tropika dari Australia sehingga Amerika Tengah. Artikel kali ini saya akan berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu teknologi tanaman kemangi berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan kajian persendirian.

Walau pun kegunaan daun ini untuk dicampur dalam permakanan dibeberapa negara tetapi khasiat utama dan kegunaan yang lebih bernilai adalah penghasilan ekstrak daun kemangi. Kebanyakannya digunakan sebagai herba berguna untuk perubatan. Kajian saya mendapati dari beberapa rujukan setiap 100 gram daun kemangi mengandungi 22 kJ tenaga, 2.65 g karbohiderat, protin (3.15 g), lemak (0.64 g), Air (92 g), Vitamin (294 microgram), Vitamin C (18 mg), Vitamin E (0.8 mg), Vitamin K (414 mg), Zat Besi (31.7 mg), Mg (64 mg), Mn (1.148 mg), P (56 mg), K (295 mg), Na (4 mg), Zn (0.81 mg) dan banyak lagi nutrien lain. kandungan pelbagai unsur ini menyebabkan daun kemangi mempunyai nilai yang sangat tinggi untuk tujuan perubatan.

Penanaman daun kemangi dijalankan kebanyakannya dalam pot atau bekas tanaman untuk kegunaan sendiri tetapi kini telah ada usaha untuk menanam daun kemangi bagi tujuan penghasilan komersial terutama untuk menghasilkan ekstrak minyak daun kemangi. Tumbuhan Kemangi adalah jenis herba renek yang mempunyai daun berwarna hijau bersaiz purata 1 cm panjang berbentuk plonjong panjang dan oval. Batangnya bersegi dan banyak cabang serta agak berbulu untuk sesetengah spesis. Kebanyakan daun kemangi yang terdapat di malaysia adalah berwarna hijau sepenohnya walau pun dibeberapa negara lain ada yang daunnya berwarna ungu kehijauan. Bunganya berbenutuk terbuka dengan mempunyai kelopak dan petiol yang jelas dibahagian pucok. Pendebungaan boleh berlaku secara bersilang kerana bunganya adalah terbuka.

Penanaman pokok daun kemangi adalah mudah dengan menggunakan biji benih yang dihasilkan dari pokok yang cukup matang. Kelongsong buah yang mengandungi biji benih akan berwarna coklat gelap apabila cukup masak dan bijinya boleh dikutip. Pilih biji daripada pokok yang bermutu tinggi sepeti mempunyai daun yang lebar, bau yang kuat, tahan serangan penyakit dan juga dari pokok yang tidak tercemar dengan bahan logam berat atau racun. Semai biji daun kemangi diatas pot atau bekas tanaman yang mengandungi tanah yang telah dicampur dengan baja organik. Jika inigin menanam terus diatas tanah pastikan kawasan tidak mudah tenggelam atau mempunyai saliran yang baik.

Benih yang disemai akan tumbuh beberapa hari setelah disiram dengan air dalam bekas atau dalam tanah. Pastikan mendapat cukup air kerana pokok akan mudah layu tanpa air yang mencukupi. Pokok kemangi yang berumur lebih 2.5-3 bulan dengan daun yang banyak boleh di kutip bahagian pucuk untuk dijadikan ulam atau tunggu sehingga pokok matang dan berbunga untuk di proses mendapatkan ekstrak minyak. Tanaman kemangi tidak banyak menghadapi masallah serangan serangga perosak dan penyakit. Peringkat awal penanaman cuma terdapat serangan Layu Anak Benih disebabkan oleh Phytium spp dan peringkat dewasa terdapat kemungkinan serangan layu akibat serangan kulat Fusarium spp. Terdapat juga kadang-kadang serangan 'Grau mold' yang disebabkan oleh Botrytis cineria dan serangan Bintik Hitam oleh Kulat Collectotricum spp pada daun dan batang.

Dari segi pembajaan sebaikanya gunakan baja-baja asas organik dan elakkan menggunakan baja kimia. Jangan menggunakan racun untuk mengatasi masalah serangan perosak dan penyakit. Adalah digalakan agar tanaman daun kemangi dibuat dengan teknologi Penanaman Organik. Buang dan musnahkan pokok yang diserang dengan penyakit dan musnahkan. Oleh kerana tumbuhan ini mempunyai nilai khasiat yang sangat baik maka wajar diberikan perhatian untuk produk organik. Amalan yang lazim untuk sistem pembajaan adalah dengan menggunakan baja kompos, baja organik proses dan kaedah Natural farming (NF).

Penggunaan daun kemangi ini ada yang makan segar daripada pucuk muda atau dikisar dijadikan jus minuman atau di proses dengan mengekstrak untuk dikutip minyak (terutama dari bahagian biji). Ramai masyarakat di Indonesia, Thailand, Laos, Filipina dn Vietnam memakan pucuk daun kemangi sebagai ulam atau sebagai ramuan dalam masakan harian. Pucuk muda juga sedap untuk dibuat kerabu, masak dengan ikan dan sebagainya. Kesannya daun kemangi dapat menghilagkan bau mulut, meningkatkan peredaran darah, mengilangkan kembung perut pada kanak-kanak dan banyak khasiat lagi. Kaedah paling mujarab menggunakan daun kemangi adalah dengan mengisar (blender) daun kemangi dengan air dan diminum. kaedah ini membantu masaalah sakit perut, musnahkan cacing dalam perut, menguatkan buah pinggang dan mengelakkan gigitan nyamuk.

Kajian saintis menujukkan yang minyak ekstrak dari kemangi adalah sangat benililai tinggi di pasaran antarabangsa. Walau pun kandungan minyak dari biji sangat sedikit dan harganya sangat mahal tetapi khasiatnya adalah sangat baik. Kualiti minyak sangat baik sehingga mampu bertahan aromanya melebihi satu minggu iaitu satu jangkamasa yang sangat tahan lama. Aroma minyak ini sangat berguna untuk menghilangkan pening kepala, menyembuhkan muntah-muntah, migrain, kekejangan otot dan yangpaling berguna adalah untuk kegunaan lelaki. kajian klinikal menunjukkan pengguna minyak dan khasiat daun kemangi akan meningkatkan kecergasan sperma lelaki dan meningkatkan lobido....wow.

Ketahuilah tumbuhan daun kemangi dan tanamlah daun kemangi untuk kegunaan keluarga anda. pastikan tumbuhan daun kemangi yang anda nak tanam dari spesis yang betul dan dari sumber yang dipercayai. Penanaman herba seperti ini dan pengetahuan bagaimana nam menanam, menjaga dan menggunakan perlu di perolehi dahulu dari mana-mana sumber rujukkan. Banyak jenis herba di Malaysia yang boleh di eksploitasi bagi mengingkatkan penerokaan dunia herba pada masa akan datang. Sekian.
DAUN KEMANGI...BAUNYA WANGI....
MUDAH DITANAM...NAMPAK BERSERI....
DIMAKAN SEGAR...DIPROSES PASTI...
BANYAK GUNANYA...SAKIT DIUBATI....
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Jalan Cendana 2, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka
Malaysia
(Updated on 23 Syaaban 1435H - 7.45 malam).
BENGKEL TEKNOLOGI TANAMAN NENAS (Ananas comosus) telah di adakan dari 17-20 Julai 2011 yang saya hadiri di Institut Pengurusan Peladang, Pulau Langkawi, Kedah. Seramai 70 orang peserta telah menghadiri Bengkel TWG DOA-LPNM Siri 1 yang terdiri daripada Pakar-pakar daripada Jabatan Pertanian, MARDI dan Lembaga Perusahaan Nenas Malaysia serta Syarikat2 swasta telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini diadakan untuk memperkasakan budaya perkongsian maklumat dan pengetahuan dikalangan pegawai-pegawai bersama pihak swasta dalam teknologi penanaman nenas. Bengkel ini juga memperkukuhkan semangat kerjasama sebagai satu pasukan nagi melaksanakan strategi 'Blue Ocean Strategy' dikalangan jabatan dan agensi dibawah kementerian. Pengembelingan pakar-pakar dalam mencipta inovasi dan merangsang kreativiti juga dikongsi untuk menghasilkan pengeluaran nenas organik melalui kaedah fertigasi.

Kertas ucaptama oleh Ketua Pengarah LPNM membincangkan status industri nenas dunia dan strategi pengeluaran nenas negara. Jumlah dagangan nenas dunia adalah bernilai RM 12.17 billion dengan kuantiti sebanyak 7.76 juta metrik tan. Menurutnya Malaysia mendudukki tangga ke 9 dalam dunia dalam ekspot buah nenas segar dunia dengan pasaran tradisionalnya ke Singapura, Negara2 Timur Tengah dan Hong Kong. Nenas MD2, Josapine, N36 merupakan 3 jenis nenas segar yang diekspot selain daripada nenas yang dikaleng dan dalam bentuk jus nenas. Kertas Pertama di bentang oleh En Yahya iaitu Penyelidik Kanan MARDI Kelantan bertajuk 'Sistem Tanaman Berbilang Nenas di Kawasan Kelapa' yang membincangkan mengenai beberapa kombinasi tanaman nenas diselangkan dengan tanaman lain seperti Pisang, Kelapa, Herba, Jagung dan sedikit sayur-sayuran bagi meningkatkan pendapatan petani.

Kertas 2 telah telah saya bentangkan bertajuk 'Sistem Tanaman Secara Fertigasi dan Tanaman Organik' yang menerangkan mengenai teknologi fertigasi dalam pelbagai jenis tanaman terutamanya sayur-sayuran bernilai tinggi. Berbagai kriteria dan kebaikan mengenai sistem fertigasi di bincangkan termasuk mengenai sistem yang sesuai dan anggaran cashflow beberapa jenis tanaman yang telah di jalankan oleh Jabatan Pertanian dan pihak swasta. Teknologi tanaman secara organik juga telah saya perjelaskan kepada peserta bengkel berdasarkan pengalaman sistem penanaman organik yang dijalankan di PPK Kelantan dan beberapa lokasi lain.

Kertas 3 yang di bentangkan oleh En Bohari (CEO Kedah) menerangkan pencapaian inovasi penanaman nenas berkepadatan tinggi dengan kepadatan sebanyak 82,500 pokok sehektar. Teknologi ini membajak tanah 2 kali menanam 10 barisan dalam 100 kaki dan jarak antara lorong 2.5 kaki. Kaedah pembajaan diubah suai dengan menggunakan baja Urea, CIRP dan NPK 15:15:15 dan 12:12:17:2 dalam kaedah semburan daun (Foliar spraying). Bagi tujuan aruhan bunga tidak menggunakan pil ANAA tetapi sebaliknya menyembur 'larutan ethrel' dengan peratus kejayaan 96%. Hasil petani mendapat pulangan tinggi iatu melebihi RM 4,500 sehektar bersih.

Kertas 4 mengenai 'High Density Potential and Model for pineapple production' oleh Dr Ahmad Selamat dari UPM yang membentangkan beberapa kombinasi tanaman dan model-model kaedah penanaman nenas dengan tanaman lain. Kertas ke 5 membincangkan mengenai Skim Persijilan SALM dan SOM oleh Pengarah Bahagian Kualiti Jabatan Pertanian. Sehingga kini sebanyak 83 penanam nenas telah memohon sijil SALM melibatkan kawasan seluas 4,294 hektar dimana hanya 17 kebun yang diluluskan melibatkan keluasan 3,870 hektar. Persijilan SOM pula hanya merekodkan 54 petani yang diluluskan akreditasinya tidak melibatkan tanaman nenas. Antara yang menarik kertas 5 adalah kesediaan jabatan Pertanian untuk program pengesahan benih nenas.

Terdapat 9 jenis nenas yang telah ada pencirian untuk poses pengesahan benih tanaman nenas. Nenas tersebut adalah varieti Gandul, Maspine, MD2, Morris, Moris Gajah, Josapine, N36, Sarawak dan Nenas yankee (Selangor sweet). Ciri-ciri unik setiap varieti telah di fahami oleh pegawai pemeriksa pengesahan varieti yang akan membuat pemeriksaan. Seramai 48 orang pegawai telah dilatih untuk kerja pemeriksaan benih sah. Masaalah anakbenih nenas Tisu Didik yang ada di Malaysia tidak ada jaminan kualiti terutama bila berhadapan dengan isu 'Somaclonal Variation' sehingga mencapai lebih 30%. Jabatan tidak akan memeiksa anak benih nenea tisu didik diatas masaalah tersebut.

Kertas 6 mengenai pengalaman penanaman kelapa denga selingan nenas di bentangkan oleh En Rosdin Kimin (AO Batu Pahat). Daerah Batu Pahat dan Muar katanya menjalankan projek tanaman kelapa dengan nenas dan projek ini berjaya meningkatkan pendapatan petani dan pengeluaran ladang. Kertas 7 oleh MARDI menyatakan keperluan nutrien tanaman oleh tanaman nenas. Katanya Tumbuhan Nenas adlah pokok jenis CAM iaitu tidak memerlukan air yang banyak. Nenas berehat pada waktu siang (ada matahari) tetapi aktif menggunakan CO2 pada waktu malam. Oleh itu pembajaan dan penyiraman pada sianghari adalah kurang berkesan untuk tanaman nenas.

Kertas 8 mengenai teknologi mekanisasi dalam industri tanman nenas. Antara perkara yang di meknisasikan oleh MARDI merupakan penggunaan trektor bajak, Alat penanaman nenas Semi-Automatik, Alat penyembur baja larutan, 'Alat conveyer harvester' dan sebagainya. Tanaman nenas masih memerlukan banyak inovasi untuk mekanisasi untuk mengurangkan kos buruh yang menjadi isu utama dalam penanaman nenas. Paling menarik ialah maklumat dan pengalaman Syarikat Johor Tropical Product Sdn Bhd (JTP) yang menanam nenas MD2 di Ulu Tiram Johor untuk pasaran ekspot keluar negara. Syarikat ini menebang kelapa sawit dan menanam nenas MD2 dan merupakan pengekspot MD2 dari Malaysia. Pengurus Besarnya iaitu En Kamaruzaman memberitahu potensi pasaran segar untu nenas MD2 dari Malaysia ke Timur Tengah adalah besar. Syarikat juga menjalankan perladangan kontrak dan membekal benih serta membeli balik nenas MD2.

Kertas 10 dibentang oleh Pengurus Syarikat Sky Enigma iaitu Mr Brian McDonald (Orang UK) yang menjelaskan mengenai produk baja organik untuk kegunaan tanaman, ornamental dan padang golf. Penceramah menjelaskan keperluan perladangan organik di perkukuhkan bagi mengimbangi hasil tanaman konvensional dipasaran. Produk syarikat ada 4 jenis denga harga antara RM 120 - RM 450 satu botol. Kertas 11 adalah mengenai kaedah Penanaman Organik menggunakan baja 'BIOJADI' yang telah diterangkan oleh CEO Syarikat iaitu Dr Justin Pereira. Beliau menunjukkan pelbagai contoh tanaman yang telah berjaya dalam bidang pertanian seperti tanaman nenas, betik, durian, strawberi dan sebaginya yang menggunakan baja 'Biojadi'. Satu botol 200 ml dijual dengan harga RM 80.00. Pemerhatian saya mendapati baja ini mengandungi mikrobs aktif dan djangkakan berfungsi sama seperti EM, BMO, IMO dan sebagainya.

Kertas ke 12 dibentang oleh En Arizal mengenai laluan pasaran nenas di peringkat dunia dan sekatan serta halangan-halangan yang perlu difahami dan diikuti oleh negara pengekspot. Dalam WTO terdapat beberap peraturan seperti TBT dan SPS yang digunakan oleh negara pengimpot sebelum kebenaran mengekspot produk segar kenegara tersebut. Perundingan yang sangat lama dan kso tinggi perlu dibuat sebelum mendapatkan luang pasaran eskpot produk segar seperti buah-buahan dan sayuran. Sehingga koni tumpuan harus diberikan kepada pengekspotan produk segar kebebarapa negara yang kurang mengenakan sekatan yang ketat.

Sebanyak 4 bengkel mengenai Tanaman Nenas Fertigasi Organik, Fertigasi Bukan Organik, tanaman Berbilang diadakan. Pembentangan dibuat oleh ketua setiap kumpulan bengkel dimana cadangan kumpulan Fertigasi 2 (Kumpulan saya) diterima sebagai satu kaedah untuk menjalankan 'test plot' bagi pengeluaran nenas organik secara 'natural farming'. Teknologi 'Foliar Fertigation Technique' akan digunakan dalam pilot projek seberapa segera untuk melihat potensinya. Beberapa model tanaman berbilang dan kaedah tanaman nenas padat juga diterimapakai dalam meningkatkan industri pengeluaran nenas negara pada masa akan datang.
TANAMAN NENAS....SATU INDUSTRI...
NENAS ORGANIK...HARGANYA TINGGI...
KELUAR BANYAK...UNTUNG DAH PASTI...
KEJASAMA TEKNIKAL...DIBUAT LAGI....
By,
M Anem
Langkawi
Kedah
NENAS (Ananas cosmosus) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang dihasilkan oleh Malaysia sebagai buah untuk kegunaan domestik dan pasaran ekspot semenjak dahulu lagi. Kawasan utama tanaman nenas adalah Negeri Johor terutama dikawasan tanah gambut. Nenas diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk SEGAR, KALENG (DALAM TIN) dan JUS. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel ini akan menulis maklumat mengenai senario pasaran ekspot nenas dalam pasaran dunia berdasarkan satu seminar yang dihadiri baru-baru ini di Langkawi, Kedah.

Jumlah keseluruhan pasaran nenas dunia pada tahun 2009 adalah berjumlah 7.76 juta metrik tan yang bernilai RM12.17 billion dimana sebanyak 51.2% atau sebanyak 5.2 juta metrik tan adalah dari jenis Nenas Segar. Bagaimana pun laporan statistik menunjukkan perdagangan nenas segar dunia telah menurun pada 2009 jika dibandingkan dengan tahun 2008 sebanyak 1% atau bernilai sebanyak RM12.296 juta. Costa Rica merupakan pengeluar nenas segar dunia terutama untuk pasaran Eropah dan Amerika Utara secara tradisinya. Ini disebabkan oleh beberapa faktur bencana alam seperti kejadian banjir, kemarau dan beberapa isu WTO mengenai Tariff Perdagangan daripada beberapa negara pengeluar utama nenas dunia.

Bagi nenas kaleng atau nenas dalam tin pula, sebanyak 2.07 juta metrik tan berjumlah RM 6.49 billion diperdagangkan diseluruh dunia pada tahun 2009. Jumlah ini walau bagaimanapun menurun jika dibandingkan dengan tahun 2008 sebanyak 14.3% iaitu berjumlah RM 7.56 billion. Thailand merupakan salah satu negara utama yang mengekspot nenas kaleng keseluruh dunia. Malaysia mengekspot nenas kaleng semenjak dulu dengan 5 buah kilang terutama oleh Kilang Lee Pineapple Pte Limited di Johor (78% pengeluaran nenas kaleng Malaysia) dan 4 buah kilang kecil yang lain. Kilang Pineapple Cannery Malaysia (PCM) yang telah lama menghasilkan nenas Kaleng telah di tutup operasi pada pertengahan tahun 2005.

Pengeluaran jus nenas dunia pula mencatit perdagangan sebanyak RM 4.17 billion atau berjumlah 492,837 tan metrik pada tahun 2008. Nilai tersebut bagaimana pun meningkat kepada RM 5.08 billion pada tahun 2009 atau sebanyak 526,191 metrik tan atau peningkatan sebanyak 18%. Jus nenas dihasilkan daripada kilang yang memproses nenas kaleng dan juga kilang-kilang kecil persendirian. Jus Nenas yang dihasilkan oleh Lee Pineapple Co. Pte Limited dengan jenama 'LEE PINEAPPLE JUICE' dihasilkan dengan secara semulajadi tanpa bahan pengawet, tiada pewarna dan tambahan bahan perisa untuk pasaran domestik dan ekspot. Kajian pemakanan jus ini pada label tin adalah protin 5.4 gram, karbohiderat 11.9 gram, vitamin C 11.6 mg dan tenaga 200 kJ bagi setiap tin 225 ml.

Secara keseluruhannya perdagangan nenas dunia pada tahun 2009 telah menunjukkan trend menurun sebanyak 1.3% daripada tahun 2008. LAporan FAO menunjukkan penurunan ini disebabkan oleh bencana alam yang berlaku terutama di Thailand, Costa Rica dan Filipina. Nenas merupakan komoditi yang terkenal diduna yang dihasilkan tanpa terpengaruh dengan cuaca, iklim dan boleh di programkan masa pengeluarannya. Antara jenis nenas yang paling terkenal untuk di perdagangkan di dunia adalah jenis MD2 atau 'Golden Pineapple' yang mempunyai warna emas dan berbentuk 'cylindrical symmetrical'. Nenas MD2 diasaskan oleh Syarikat 'DOLE' yang terkenal dimana di Filipina sahaja syarikat ini menanam lebih daripada 14,000 hektar untuk pasaran segar dunia.

Malaysia merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2010 yang menghasilkan sebanyak 416,070 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2010 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Saya berpeluang membangunkan projek tanaman nenas ketika bertugas di Daerah Muar di kawasan Bt 14, Air Hitam, Muar seluas 180 hektar di bawah projek ACDA Jabatan Pertanian iaitu dikawasan tanah terbiar. Projek ini berjaya menambahkan keluasan tanaman nenas di Negeri Johor dengan nenas morris dan Josapine.

Malaysia direkodkan sebagai pengekspot dengan kedudukan ke 9 dikalangan negara-negara pengekspot nenas dunia pada tahun 2009 dan 2010. Bagaimana pun Malaysia berada pada tangga ke 10 dalam pengekspotan nenas segar dan nenas kaleng. Nenas yang di ekspot dari Malaysia adalah dari jenis Morris , Nenas Josapine dan Nenas MD2. Potensi untuk pengekspotan nenas MD2 yang terkenal didalamm pasaran dunia akan dieksploitasi oleh Malaysia pada masa akan datang kerana kos yang lebih kompetetif berbanding dengan Filipina untuk pasaran segar di negara-negara Arab akibat faktor jarak. Malaysia menduduki tangga ke 24 dalam pasaran jus dunia dan luang pasaran jus nenas adalah sangat kompotetif.

Industri tanaman nenas Malaysia merupakan satu industri yang boleh di kembangkan lagi dengan memberikan tumpuan terhadap beberapa pasaran ekspot bagi nenas segar jenis MD2 seperti mana yang dijalankan oleh Syarikat JTP PLantation dari Kumpulan Kulim Berhad. Syarikat ini merupakan syarikat berasaskan kelapa sawit yang kini menumpukan penanaman nenas MD2 untuk pasaran ekspot dari Malaysia dengan tumpuan di negara arab iaitu UAE, Arab Saudi, Iran dan Hong Kong serta China. Syarikat ini juga yang kini dilaporkan mempunyai stok benih MD2 dengan konsep ladang kontrak dan membeli balik untuk pasaran ekspot. Jenama nenas syarikat ini adalah seperti Montel, Juanita, Golden Juanita dan Marcela.

Menurut Pengurus Besar syarikat tersebut iaitu Tn Hj Kamaruzaman prospek penanaman nenas jenis MD2 adalah cukup baik terutamanya untuk pasaran ekspot. Syarikat ini sentiasa mencari usahawan yang ada di Malaysia untuk menanam nenas secara komersil dengan konsep membekal benih MD2 berkualiti, membeli balik hasil nenas, mengekspot hasil nenas, melabur komoditi nenas dan juga menjalankan konsep ladang kontrek. Beliau seterusnya menyatakan 'Critical Success Factor' dalam industri tanaman nenas MD2 adalah seperti kesesuaian dan penyediaan tanah, saiz dan kualiti benih, amalan agronomi yang betul, taburan hujan yang mencukupi, proses pembungaan, proses penuaian dan jamian pembelian untuk jangkamasa panjang. Syarikat ini boleh dihubungi dengan melayari www.jtp.blogspot.com atau email kepada Info@jtp.com.my atai telefon pada talian 07-3333776/777.
Semuga artikel ini memberikan maklumat berguna kepada bakan usahawan tanaman nenas negara yang berminat.
TANAM NENAS...MD2 DAN MORRIS....
NENAS DITANAM...DIDALAM BARIS....
DIATAS TANAH GAMBUT..JUGA BRIS...
BUAH BERKUALITI...PASTI LARIS...
By,
M Anem
LPP Instutite
Langkawi, Kedah
(6.45 pagi)
BUAH NAGA MERAH atau Pitaya (Hylocereus costarisesis) merupakan satu tanaman yang di tanam di kawasan tropika dengan luas untuk pasaran segar. Keluasan tanaman ini di Malaysia mencecah 2,150 hektar pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 9,796 metrik tan. Kawasan utama pengeluaran buah naga di Malaysia adalah di Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Melaka. Buah Naga jenis isi putih (Hylocereus undatus) merupakan varieti yang kurang popular masa kini berbanding dengan buah naga isi merah. Kini penanaman pokok buah naga hanya di jalankan oleh usahawan-usahawan yang mampu mengatasi masaalah serangan penyakit reput batang (Ervinia spp) yang menyebabkan industri buah naga di Malaysia agak sedikit terjejas. Buah naga ini sebenarnya boleh di proses untuk dijadikan pelbagai produk selain daripada di makan segar. Artikel ini saya cuba membincangkan mengenai potensi memproses buah naga dalam "Anim Agro Technology" tajuk tersebut berdasarkan kepada pemerhatian, kajian mudah, pembacaan dan pengalaman penulis dalam bidang pertanian.
Buah Naga atau Pitaya menghasilkan buah berwarna merah yang mempunyai isi putih atau isi merah. Saya mengenali buah ini sejak 15 tahun dahulu semasa bertugas di Johor dimana pokok ini baru sahaja di komersilkan oleh beberapa petani di kawasan Kluang, Mersing, kahang dan sekitarnya. Pada tahun 2005 saya menganjurkan satu seminar mengenai tanaman pitaya di Hotel Prime City, Kluang, Johor dimana di hadiri oleh lebih dari 600 peserta dari seluruh negara. Respon yang sangat manggalakkan ini akibat ramai usahawan 'crazy' tentang tanaman baru pada waktu itu. Harga buah naga segar sangat menarik antara RM 4.00 - RM 8.00 sekilogram waktu itu dan memang kajian dayamaju projek sangat positif. Apabila seluas 2,000 lebih hektar pitaya di tanam harga buah naga turun sehingga semurah RM 0.80 sekilogram (isi putih).

Sebenarnya buah pitaya boleh di proses untuk dijadikan pelbagai produk lain. Semasa pameran pertanian di Johor Bahru dan Kuala Lumpur , terdapat beberapa usahawan memproses buah naga untuk di jadikan kordial minuman, jus, halwa, candy, teh, kapsul dan bermacam-macam lagi. Satu perkara baru yang saya dapat adalah untuk membuat kerepek buah naga dan membuat candy buah naga. Saya akan terangkan bagaimana hendak membuat dua jenis produk diatas untuk pengetahuan pembaca. Boleh cuba kalau hendak tetapi perlu fahamkan dahulu kaedah membuatnya.
MEMBUAT KEREPEK BUAH NAGA
Gunakan buah naga yang 'off-grade' yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecik pada indek kematangan yang tidak terlalu masak. Kupas dan buang kulit buah naga yang berwarna merah tersebut dengan pisau atau alatan lain dan bersihkan. Isi buah yang sederhana keras diletakkan diatas alas pemotong dan hiris setebal 5 cm dengan pisau tajam. Jangan potong terlalu nipis kerana buah ini akan hancur ketika menggoreng. Langkah seterusnya adalah merendam hirisan buah naga tadi dengan larutan garam kepekatan 2.5% selama 30 minit. Tujuannya adalah untuk mengelakan buah menjadi pudar akibat terdedah diudara dan menghilankan kandungan pektin. Bagi menyedapkan lagi rasa kerepek tambah 200 gram gula pasir dalam 1 liter air dan siramkan pada hirisan buah.
Cara menggoreng kerepek buah naga menggunakan teknologi 'vacuum frying' pada suhu minyak 80 celcius. Pastikan tekanan udara dalam vacuum pada -1 atm agar air mudah di keluarkan dari buah semasa pengorengan. Pengorengan dibuat selama 90 minit - 120 minit atau apabila dilihat tidak berbuih lagi pada minyak. Keluarkan kerepek buah naga dan toskan minyak menggunakan penuras 'spenner' untuk vacuum fry sehingga minyaknya betul-betul tos. Masukan kerepek buah naga kedalam bekas aluminium foil atau bekas plastik berkualiti tinggi yang kedap udara sebelum di 'seal'. Kerepek buah naga memang istimewa kerana masih memberikan rasa asli buah naga dimana kemanisannya dan rasa asli masih dapat dikesan. Kajian mendapati kaedah penyimpanan dengan aluminium foil boleh bertahan selama 1 tahun. Selamat mencuba!
MEMBUAT CANDY BUAH NAGA
Gunakan buah naga isi merah dan isi putih. Buang kulit dan ambil isinya sebanyak 50 gram setiap jenis dan kemudian di parut kedua-duanya. Masukkan parutan buah naga tadi kedalam bekas yang sesuai kemudian masukkan sebanyak 40 gram glukosa bersama 150 gram gula pasir. Panaskan campuran tersebut dengan api kecil sehingga mendidih. Sambil kita menunggu campuran tersebut mendidih, sediakan larutan gelatin dengan memasukkan 60 ml air panas bersama 30 gram gelatin dan kacau. Lepas 10 minit iaitu apabila suhu dalam parutan buah naga mencapai 110 celcius masukkan pula asid citrik sebanyak setengah camca teh.

Tunggu selama 5 minit lagi apabila suhu mencapaii 120 celcius pada parutan buah naga dan angkat untuk di tuangkan kedalam larutan gelatin tadi. Kacau sehingga rata sebelum di tuang kedalam bekas loyang dan biarkan selama 120 minit (2 jam) pada suhu bilik. Setelah sejuk maka sebaiknya di bubuh 'gula icing' diatasnya dan potong-potong berukuran 3 cm x 3cm x 3 cm sebelum dihidangkan. Rasa candy atau jelly buah naga memang sedap dan rupanya merah putih amat menarik untuk di berikan kepada peminat buah tropika tersebut.
SELAMAT MENCUBA!
BUAH PITAYA .... MERAH KULITNYA...
LUAS DITANAM... DIJOHOR TENTUNYA...
DIMAKAN SEGAR ... BANYAK KHASIATNYA...
DIBUAT JUS ... ENAK MEMINUMNYA...
DIJADIKAN KEREPEK .... MAHAL HARGANYA...
DIJADIKAN CANDY.... MANIS RASANYA...
JELLY PITAYA... TERKENAL ANTERO DUNIA...
By,
M Anem
Percint 11, Putrajaya,
WP Pwerskutuan,
Putrajaya,
Malaysia
SABTU 11.00 pagi.
KACANG 'PIGEON PEA' (Cajanus cajan) adalah sejenis tanaman dari kumpulan kekacang keluarga Fabaceae yang popular diantara tanaman sejenisnya. Tanaman ini yang berasal dari kawasan Sg Nile Mesir ditanam semenjak 4,000 tahun dulu walaupun ada dakwaan tanaman ini berasal dari kawasan Asia. Tanaman ini kini merupakan tanaman popular terutama di India dan Pakistan serta beberapa kawasan lain di Asia, Afrika, West Indies dan Amerika Tengah. Tanaman ini boleh ditanam dikawasan Tropika dan Sub-Tropika dan mampu hidup selama 4-5 tahun. Kajian saya mendapat nama-nama lain bagi Pigeon Pea ini adalah Kacang-kacang Dhal (Melayu), Kacang Hiris; Kacang Kayu; Kacang Gude (Indonesia), Angola Pea; Congo Pea; Gundhu (English), Mu dou (China), Toor ; Tuur (India), Strausterbeche (Jerman), Tabios (Filipina) dan Thua rae (Thailand). Entry kali ini saya konsgikan lagi info tanaman pigeon pea untuk tatapan rakyat Malaysia berdasarkan pembacaan buku terbitan Longman (1999) dan kajian persendirian.
![]()
Tanaman pigeon pea ini banyak di usahakan untuk menghasilkan biji kacang yang digunakan untuk buat 'dhal' di India selain daripada beberap jenis kekacang lain.India merupakan pengeluaran utama kacang ini didunia dengan pengeluaran mencapai 1.75 mt setahun daripada sejumlah 1.95 metrik tan setahun iaitu 82% pengeluaran hasil dunia. Kacang ini ditanam untuk menghasilkan biji kacang, sebagai tanaman penutup bumi, tanaman untuk makanan ternakan dan juga sebagai 'wind breaker' bagi tanaman koko, kola dan kelapa sawit dinegara tertentu. Tanaman ini sangat tahan kepada suhu tinggi dan cuaca kering serta dikawasan tanah yang kurang subur. Ia boleh hidup dengan kadar hujan yang kurang iaitu 550 mm setahun. Kajian mendapati tanaman ini sangat kurang diserang perosak dan penyakit serta perlukan penjagaan yang sangat minimum.
![]()
Cajanus cajan var. cajan merupakan satu spesis dari kumpulan Cajanus spp. yang ditanam untuk pengeluaran bagi mendapatkan biji. Kacang ini mempunyai dua jenis kultivar yang ditanam iaitu kultivar jangkapanjang atau sederhana yang matang dalam masa 9-11 bulan dan kultivar yang matang jangkamasa pendek 3-4 bulan sahaja. Oleh kerana tanaman ini ditanam sebagai tanaman selingan dan pemberian baja, pengairan, racun serangga dan kawalan penyakit adalah pada paras minima, maka penghasilan juga agak rendah iaitu kira-kira 700 kg sehektar. Terdapat satu jenis Cajanus yang di tanam di Afrika dimana ianya tumbuhan herba berkayu yang umur jangkahayatnya 3-4 tahun. Jenis ini berbuah selepas setahun dan seterusnya pada tahun ketiga dan keempat sebelum ditanam semula. Akar pokok jenis ini adalah akar yang dalam dengan mempunyai bintil akar. Batangnya tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 1 meter (jenis renek)sehingga 4 meter (Jenis giant). Batang berbentuk segitiga dan berbulu. Daunnya berwarna hijau gelap dibahagian atas dan kelabu pucat dibahagian bawah.
![]()
Daun utama bersaiz sehingga 15 cm panjang dengan tangkai daun yang panjang. Bunga dikeluarkan dengan warna kuning atau kemerahan diatas tangkai berasingan dengan tangkai daun. Kelopak bunga mempunyai 4 bahagian dimana bahagian atas terbentuk 2 kelopak yang lebih besar dari kelopah bawah. Kelopaknya pula kadang-kadang berwarna kuning emas atau kadang-kadang ada jalur merah. Terdapat lebih dari 10 stamens yang 'diedelphous' dengan stigma yang ada satu filamen pendek. Pendebungaan dibantu oleh serangga seperti semut dan lebah dimana ini membentuk 20% berlakunya pendebungaan bersilang (Cross pollination).
Buah kacang (pods) berbentuk lurus , berketak2 dan leper dengan berbulu berukuran 4-5 cm panjang sehingga sepanjang 10 cm. Terdapat antara 3-4 biji kacang dalam pod tersebut walau pun terdapat sehingga 8 biji (jarang2). Terdapat banyak kepelbagaian dalam saiz dan warna kacang pigeon pea ini dari yang oval, spherical, putih, coklat, merah atau kehijauan. kacang yang telah dikutip dan dikeringkan disimpan dalam bekas untuk tujuan penyimpanan dan ekspot.
![]()
Kegunaan pigeon pea adalah untuk buat dhal di India dan juga di proses untuk di buat tepong bagi kegunaan Vegetarian. kandungan protin yang tinggi meyebabkan ianya sesuai bagi vegeterians. Kacang yang masih muda dimakan di India dan Ethiopia sebagai sayuran yang di makan sebagai makanan penting. Begitu juga dengan pucuk muda yang boleh dijadikan sebagai sayuran hijau. Di hawai dan Repulik Dominica kacang ini ditanam untuk di tinkan dan di jual. Di beberapa negara seperti Trinidad, Tobago, Dominica republic dan kawasan sekitarnya kacang pea yang di campur dengan nasi iaitu makan yang diberi nama 'moro den guandules' merupakan kebangaan mereka. Tanam ini dijadikan 'pests host' di Thailand. Tumbuhan ini menghasilkan baja hijau (green manure) sebayak 40 kg baja Nitrojan dalam tanah setiap musim untuk menyuburkan tanah. Adakah anda ada menanam atau mengenali tanaman Cajanus cajan di Malaysia?
PIGEON PEA...NAMA DIBERI....
TANAMAN TAK PENTING..INDIA MARI...
DAH BACA ARTIKEL...FAHAM HARI INI...
TAK MENGAPA..ILMU DICARI....
By,
M Anem
Kuala Lipis
Pahang
KACANG SERINDING (Lens culinaris atau Lens esculenta) adalah sejenus tumbuhan dari keluarga Leguminaceae yang ditanam di kawasan Asia Barat, Italy, India dan Mesir. Tanaman ini merupakan sejenis tanaman kekacang yang tertua dalam keluarga tersebut yang di tanam untyuk mendapatkan biji kacangnya bagi kegunaan makanan manusia. Tanaman yang dipercayai berasal dari Asia Barat dan Eropah Selatan ini juga di panggil sebagai Kacang Dhal (Melayu), LENTIL (English), Kacang Koro (Indonesia), Adas (Arab), Linse ; Linsen (German), Masuur ; Masuuri (Hindi), Aoi mame (Jepun), Len So Kong (Korea), Thua daeng (Thailand) dan Patanni (Filipina). Tanaman ini ditanam pada awal musim sejuk atau kawsan datarann tinggi dinegara tersebut. Artikel ini mempaparkan tanaman Kacang Serinding (lentil) berdasarkan pembacaan saya dari sebuah buku teknikal yang diterbitkan pada 1976 oleh Longman dan capaian di laman sesawang.
![]()
Ramai petani di Malaysia dan kita tidak kenal akan kacang Serinding ini kerana memang tidak di tanam di negara kita. Saya bagaimana pun masih ingat kata-kata ibu saya untuk membeli 'Adas' atau 'Dhal' masih kecil dulu. Orang kampong lebih kenal adas daripada kacang serinding agaknya. Kajian menunjukkan terdapat beberapa jenis lentil yang ditanam iaitu Brown/ Spanish Pardina, French Green/Puy lentils , Dark speckled blue-green), Green, Black/Beluga, Yellow/ Tan Lentils (Red inside) , Red Chief (Decorticated yellow lentils), Eston Green (Small green) , Richlea (Medium green), Laird (Large green), Petite Golden (Decorticated lentils), Masoor (Brown-skinned lentils which are orange inside), Petite Crimson/Red (Decorticated masoor lentils) dan Macachiados (Big Mexican yellow lentils.
![]()
Tumbuhan lentil ini adalah pokok kekacang yang renek dengan ketinggian 40 cm (16 inchi) dengan daun berwarna hijau tersusun dalam 7 pasangan yang 'pinnate' dan bersilang (alternate). Saiz daun 12 mm panjang yang berbentuk lanceolate atau oval. Batangnya berbentuk segiempat dan membesar dengan cepat apabila ditanam. Pokok akan matang dalam masa 3-4 bulan selepas ditanam. Akar pokok dari jenis akar cetek dan akar rambut yang mempunyao bintil-bintil akar (nodules) yang berbentuk bulat dan lonjong. Terdapat satu 'pelvinus' pada pangkal tangkai daun yang menyebabkan daun akan bergulong apabila pokok mengalami kekurangan air (water stress). Bunganya werwarna putih yang kemudian menjadi ungu dalam bilangan 2-3 bunga satu tangkai. Biji kacangnya berbentuk lebar dan leper (Flatenned and broad) bersaiz 12 mm panjang dalam pelbagai warna seperti hijau, hitam, kuning, merah cerah atau kelabu.
![]()
Pengeluaran kacang ini didunia adalah sebanyak 3.92 metrik tan pada tahun 2009 dengan Canada merupakan negara utama pengeluar kacang ini sebanyak 1.5 juta mt. ini diikuti dengan India (950,000 mt), Turki (302,182 mt) dan USA (365,680 mt). Negara lain yang banyak menanam tanaman ini adalah seperti Australia, Ethiopia, China, Syria, Iran dan Bangladesh. India merupakan negara utama pengguna kacng dhal ini dengan masakan pelbagai menu yang menggunakan kacang ini. Kacang ini kaya dengan zat protin iaitu sebanyak 26% daripada kandungan didalamnya. kandungan asid amino dan bahan lain seperti lysine, methionine dan cysteine.
![]()
Kacang ini digunakan untuk masak kari di Malaysia yang perlu dipanaskan antara 20-30 minit sebelum lembut. Masakan kari sering dimakan dengan roti canai, nasi beriyani gam, nasi putih dan sebagainya. Ini merupakan komponen utama kepada pengemar makanan vegeterian di seluroh dunia sebagai sumber protin bagi menggntikan daging dan ikan. Dikalangan masyarakat Eropah kacang ini dimasak sebagai sop terutama di Eropah dan Benua Amerika. Sop ini kadang-kadang di campur dengan daging dan komponen lain untuk menambahkan kualiti makanan. Malaysia mungkin salah satu negara yang banyak mengimpot kacang ini untuk kegunaan domestik. Diharap artikel ini dapat memberikan maklumat kepada para pembaca sekelian. Salam Mesra!
KACANG SERINDING...LENTIL NAMANYA...
TEMPAT KITA...TAIDA POKOKNYA...
NAMA BIASA...KACANG DHAL NAMANYA...
SEDAP DIMAKAN..KENYANG AKHIRNYA..
By,
M Anem
Muar
Johor
Malaysia
RAMBUTAN (Nephelium lappaceum L.) merupakan sejenis pokok buah-buahan Tropika dari keluarga SAPINDACEAE yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Tanaman ini merupakan tanaman tropika yang mengeluarkan buah secara bermusim yang di tanam secara komersil atau sebagai tanaman dusun bercampor. Buah Rambutan kini bukan menjadi satu pilihan utama kepada ramai petani di Malaysia dan keluasan penanaman rambutan didapati telah menurun daripada seluas 38,765 hektar pada tahun 1995 kepada 25,460 hektar pada tahun 2010. Anggaran pengeluaran hasil rambutan pada tahun 2010 adalah sebanyak 32,740 metrik tan yang bernilai RM 171.6 juta. Persoalannya adakah tanaman rambutan akan terus kekal sebagai buah-buahan tempatan yang berpotensi untuk berkembang atau satu hari nanti akan jatuh kepada tahap Buah Nadir kerana kurang permintaan?...Artikel subuh ini cuba dalam "Anim Agro Technology" saya akan cuba membincangkan beberapa isu mengenai 'Kenapa Perlu Tanam Rambutan'?
Rambutan secara tradisinya dulu di tanam di keliling rumah di kawasan perkampongan tradisional secara dusun bercampor dengan durian, manggis, mangga dan macam2 lagi. Terdapat beberapa petani sahaja yang menanam rmbutan secara monokrop pada waktu dulu kerana mempunyai pasaran yang baik. Jabatan Pertanian dulu memajukan tanaman rambutan secara aktif di bawah 'Program Pelbagai Input Tanaman' (atau AID - Agriculture Input Diversification Program' ) yang telah berjaya mengedarkan pokok rambutan dikeliling rumah. Ini menjadikan tanaman rambutan yang ada sekarang ini adalah dari klon atau varieti rambutan manis yang boleh dimakan dan dijual. Program ini telah berjaya dengan begitu baik sekali kerana kini Rambutan Masam hampir pupus dan tiada lagi dijual. Pokok-pokok rambutan yang diedarkan pada tahun 1970'an dan 1980'an kini telah berumur lebih 25 tahun dan perlu ada program untuk menanam semula.

Antara beberapa klon rambutan yang popular di Malaysia adalah seperti R136 (Rambutan Gading Muar -Kuning), Rambutan R134 (Singapore - Merah), R 179 (Beli Cheng - Merah), R191 (Anak Sekolah - Merah) dan R193 (Deli Baling - Merah). Klon-klon tempatan lain seperti R3 (Gula batu- Asal Penang), R153 (Bunga mawar - Kedah), R171-181 (Taiping) dan R192 (Ganja - asal Kedah). Terdapat sebanyak 62 klon rambutan yang telah di daftarkan dengan Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. Adakah semua klon-klon rambutan ini masih ujud atau sebahagiannya sudah pupus?... Perlu ada usaha untuk menjejaki dan menanam semua jenis klon rambutan yang telah didaftarkan oleh pihak tertentu bagi simpanan janaplasma dan sumber genetik rambutan.

Lazimnya pokok rambutan di Malaysia akan mengeluarkan bunga pada bulan Mac hingga Julai dan juga kadang-kadang dari bulan Julai sehingga November (off season). Bunga rambutan sering keluar selepas musim kemarau yang diikuti dengan hujan. Buah rambutan dihasilkan pada hujung tangkai atau hujung ranting yang berbentuk bulat bujur dan mempunyai rambut yang berukuran 0.6 - 1 cm. Buah muda yang berwarna hijau akan bertukar merah atau kuning apabila masak. Tempoh masa buah dibentuk dari bunga hingga masak lingkungan 100-130 hari. Tempoh masak ialah selama 30 hari dari mula masak sehingga habis semuanya matang. Buah yang di tuai tidak tahan lama kesegarannya lingkungan 3-6 hari bergantung kepada cara mengendalikan, penyimpanan dan klon rambutan. Adalah dipercayai rambutan yang mempunyai bulu rambut yang lebih panjang agak tahan lebih lama kesegarannya.

Kenapa industri tanaman rambutan terus menjadi kurang popular?.... Banyak andaian untuk jawapan tersebut. Antara andaian nya ialah kerana faktur harga yang sangat tidak kompetetif akibat musim pengeluaran yang serentak dan kuantiti yang banyak. Musim tuaian cuma 30 hari sahaja setiap musim dan bulan Julai-Ogos merupakan kemuncak penuaian setiap tahun menyebabkan harga terlalu rendah sehingga RM 0.30 sen sekilogram sedangkan upah memetik setiap kilogram mencecah RM0.50. Itu sebabnya pada musim puncak banyak rambutan dibiarkan kering diatas pokok. Nak tunggu cucu petik pun tidak mahu kerana tidak meminati buah rambutan. Cucu sekarang lebih suka makan KFC, Big Mac, Apple Pie, Apple, Pear dan macam-macam lagi makanan segera. Bapanya pula jarang-jarang balik kampong musim buah-buahan. Ramai petani telah menukarkan pokok rambutan dengan kelapa sawit dan getah yang lebih menguntungkan.
Kajian saya di Daerah Baling, Kedah dengan AO Daerah iaitu Tn Hj Azmi mendapati ada satu syarikat tempatan (Anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah) membeli buah rambutan di Daerah Baling (Varieti Deli Baling) dengan harga RM 0.80 sekilogram. Katanya harga tersebut merupakan harga asas untuk kilang beroperasi dan tidak boleh lebih daripada itu untuk buah rambutan di proses dan ditinkan. Bayangkan kalau kos memetik sahaja sudah RM 0.50 sekilogram, pekebun rambutan cuma dapat RM 0.30 sekilogram sahaja. Kalau sekali petik dapat jual 500 kg cuma dapat hasil jualan RM 150.00 sahaja satu pokok semusim setahun. Kalau di tolak kos baja, racun rumpai, merumput, cantasan dan lain-lain apa yang tinggal?

Masa depan tanaman rambutan memerlukan kaedah lain untuk diteruskan penanamnanya agar tidak pupus. Satu perancangan teliti untuk meningkatkan produktiviti dan klon yang sesuai untuk pasaran ekspot serta domestik perlu di tanam. Kajian analisa kos pengeluaran dan pendapatan bagi rambutan mendapati harga titik pulang modal pengeluaran rambutan tahun 2011 adalah sebanyak RM 1.29 sekilogram. Dibawah daripada harga tersebut maka petani akan mengalami kerugian. Kajian juga menunjukkan dari tahun pertama sehingga tahun ke 5, petani masih tidak dapat apa-apa pulangan pendapatan. Purata wang timbunan kos pengeluaran juga hanya dapat balik selepas tahun ke 13 penanaman rambutan. Kadar B/C Ratio adalah RM 1.16 dengan kadar IRR pada nilai 4% iaitu kadar yang sangat rendah.

Jika ada program rambutan untuk ekspot harga ladang sepatutnya tidak kurang dari RM 1.50 dimana saya kira paling sesuai pada harga RM 2.00 sekilogram. Petani sanggup rasanya menghasilkan rambutan berkualiti Gred A jika pasti dapat jaminan pasaran dan jamian harga minima dari pembeli. Pokok-pokok lama dan pokok rambutan terbiar boleh di pulihkan semula jika ada program pembangunan buah rambutan oleh pihak tertentu. Sesungguhnya buah rambutan yang berasal dari Malaysia mengalami nasib yang merudum di negara sendiri. Buah-buah impot dari kawasan 'temperate' pula yang mendominasi pasaran buah-buahan tempatan di Pasar Malam, Pasar Buah, Pasar Tani dan apa lagi di Hypermarket.
Kenapa Rambutan?......
MAKAN BUAH....PILIH RAMBUTAN....
POKOK BANYAK...MACAM HUTAN...
HARGA RENDAH...UNTUNG KURANG...
ADAKAH NADIR...ANDA TENTUKAN...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Jalan P11/D26, Pct 11,
Putrajaya, WP
Malaysia
(Kemaskini pada 30 April 2016)