Support My Blog

Monday, November 6, 2017

10 JENIS RACUN PALING MERBAHAYA (Part 2)


RACUN (Poison) merupakan satu perkataan yang dikaitkan dengan bahan kimia merbahaya yang boleh mendatangkan bahaya kepada hidupan sama ada mansia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, mikrob dan sebagainya. Kehidupan kita didunia memang dikelilingi racun dalam pelbagai bentuk sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Ramai keluarga dirumah ada menyimpan Racun Aerosol untuk membunuh beberapa jenis serangga seperti Lipas, Nyamok, Semut dan sebagainya. Malahan di TV anda setiap hari ada diiklankan pelbagai jenis racun terutama racun aerosol untuk kegunaan dalam rumah. Adakah anda tidak tahu bahawa kesan dari racun tersebut juga merbahaya kepada manusia jika tersalah guna?. Racun ini dikelaskan mengikut kategori khusus dalam seperti dalam bidang pertanian seperti Racun Serangga, Racun Kulat, Racun Rumpai, Racun Nematod, Racun Tikus, Racun Gas (untuk rawatan fumigasi) dan banyak lagi. Dalam bidang perubatan juga terdapat banyak jenis racun yang digunakan oleh doktor untuk membuat rawatan. Sektor pertanian dikatakan antara sektor yang paling luas aktiviti penggunaan pelbagai jenis racun walau pun tujuannya adalah untuk mendapatkan penghasilan yang tinggi dan hasil tanaman yang berkualiti. Penggunaan racun secara betul mengikut panduan yang diberikan adalah penting dilakukan oleh petani dimana jika salah guna racun akan menyebabkan kesan sisabaki racun yang memudharatkan pengguna. Apa pun selain daripada dalam pertanian racun juga digunakan sebagai senjata untuk peperangan dimana racun adalah amat berkesan dalam mengalahkan musuhnya. Dalam sejarah diberitakan penggunaan 'Agent Orange' oleh US di dalam peperangan di Vietnam dimana gas ini telah pun memusnahkan banyak kehidupan biologi dinegara tersebut. Dalam perang dunia ke 2 juga dilaporkan perkara sama dan juga dalam perang Iraq ianya juga dilaporkan berlaku. Bagaimanakah racun ini bertindak sehingga mampu membunuh manusia, tumbuhan dan hidupan lain?. Saintis telah mengkaji jenis bahan perawis (active ingredient) yang mana ia mampu membunuh sasarannya. Artikel pagi Sabtu ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis pada Raya Aidil Adha atau Raya Qurban 1438H mengenai 10 jenis racun merbahaya didunia sekadar berkongsi info dengan semua pembaca blog ini yang setia. Sila baca sama Part 1.


Rencana bertajuk '10 jenis racun paling merbahaya dan boleh membunuh didunia' akibat salah guna oleh orang yang kurang mengetahui adalah merbahaya. Kita mungkin banyak mengenali jenis racun-racun yang digunakan untuk membunuh hamama, serangga, rumput dan sebagainya. Tetapi terdapat banyak jenis racun yang sangat merbahaya kepada manusia dan alam sekitar yang perlu diketahui. Di Malaysia semua jenis racun adalah dikawal oleh pihak berkuasa dibawah kawalan Kementerian terlibat termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian (LRMP) dan juga beberapa pihak lain. Penggunaan racun kimia dalam sektor pertanian selalunya dikawal dari segi penjualannya, pengilangan, pengedaran, perlabelan dan juga cara untuk menggunakannya. Premis yang ingin terlibat dengan semua aktiviti diatas dilesenkan dan diwajibkan mematuhi syarat-syarat ketat. Antara racun yang paling banyak digunakan adalah RACUN RUMPAI (weedicide) bertujuan untuk mematikan rumput (weeds) yang menganggu tanaman. Racun rumpai umumnya ada dua jenis iaitu Jenis Racun Sentuh dan Jenis Racun Sistemik. Bagaimana pun ada beberapa jenis racun rumpai yang telah diharamkan penggunaannya akibat kesan toksik yang merbahaya seperti Paraquat. Bagaimana pun kita juga perlu tahu akan beberapa jenis racun lain didunia yang amat merbahaya hasil daripada pembacaan penulis blog.


6. RICIN
Racun Ricin mendudukki tangga ke 6 didalam senarai 10 racun merbahaya. Pokok Jarak (Ricinus communis) merupakan sejenis tumbuhan ada ditanam dari keluarga Euphorbiaceae iautu tumbuhan yang mengeluarkan getah apabila dicederakan. Pokok Jarak ada sejenis lagi iaitu Jatropha curcas juga dari keluarga Euphorbiaceae yang juga mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa. Pokok atau tanaman jarak lebih dikenal sebagai tanaman yang ditanam untuk dijadikan bahan bakar dan diambil ekstrak patinya. Bagaimana pun buah jarak (Sila lihat foto disebelah) ini dapat mengakibatkan orang yang kena akan mati disebabkan oleh gangguan sistem peredaran darah dan juga sistem pernafasan. Tahap bahaya lagi sehingga kini belum ada lagi bahan penawarnya. Menurut laporan saintis di CNN ada mendakwa dimana semasa racun masuk dalam tubuh manusia maka satu molekul ricin akan membunuh satu sel. Para ahli medik juga mendakwa dimana racun jenis ricin merupakan pembunuh ganas iaitu sekuat virus anthrax. 
Jika bahan racun ini ini terminum atau disuntikkan atau tertelan dalam saiz kurang hanya setitik kecil racun ricin maka akibatnya akan membunuh seseorang dalam jangkamasa hanya 36 - 48 jam. Semasa racun ricin tertelan maka tanda awal akan menyebabkan mual, muntah-muntah, pendarahan dalam perut dan usus. Gejala ini akan terus berlanjutan dan menyebabkan kegagalan fungsi hati, limpa dan ginjal yang menyebabkan kematian seseorang sebab kerosakkan sistem peredaran darah. Racun isin mencegah tubuh mengeluarkan bahan protin yang diperlukan untuk seseorang itu hidup lama.


7. ARSENIC (Arsenik)
Racun Aesenik amat biasa kita dengar dimana racun ini sebenarnya telah digunakan sejak abad ke-15 dan ke-16 (Sila lihat foto disebelah). Racun arsenik miliki tanda seperti terkena penyakit kolera. Mangsa lazimnya akan merasa kejang, gangguan pencernaan, koma dan boleh akhirnya mati. Arsenik dalam jumlah kecil boleh juga menyebabkan masaalah. Peracunan arsenik boleh terjadi secara akut akibat berlebihan dos atau kronik akibat terdedah secara terus-menerus meski dalam kadar rendah (misalnya disebabkan oleh terminum air yang tercemar bahan arsenik melebihi dos agak tinggi). Jika terdedah dengan racun arsenik dalam waktu lama menyebabkan nafas berbau, peluh berlebihan, otot longlai, perubahan warna kulit (menjadi gelap), penyakit pembuluh tepi, gangguan saraf pada tangan dan kaki, blackfoot disease dan kanser kulit. Dahulu racun arsenik digunakan sebagai racun dalam kaedah membunuh melalui makanan yang dibubuh arsenik. 



8. PLUMBUM (Timbal)
Logam Plumbum atau Timbal atau Timbel (Bahasa Indonesia) adalah suatu unsur kimia dalamjadual periodik yang memiliki lambang Pb dan nombor atom 82 (Sila lihat foto disebelah). Kita di Malaysia juga ada yang memanggilnya sebagai 'Timah Hitam' dimana ia merupakan logam beracun. Plumbum (Pb) adalah sejenis logam berat yang terdapat secara semulajadi di dalam kerak bumi. Kewujudan Pb ini adalah terhasil daripada aktiviti manusia adalah sebanyak 300 kali ganda daripada yang terdapat didalam perut bumi. Pb terhasil sebagai pekatan didalam deposit bijih logam. Unsur Pb digunakan dalam bidang industri moden sebagai bahan pembuatan paip air yang tahan karat dimana ia juga ada dalam bahan pembuat cat, bateri dan campuran bahan bakar minyak petrol (Kandungan Plumbum dalam RON95 dan RON97) berkait dengan bahan Pb ini. Plumbum adalah logam yang mendapat perhatian khusus disebabkan oleh kerana sifatnya yang toksik (beracun) terhadap manusia. Bahan Pb dapat masuk ke dalam tubuh melalui pengambilan bahan makanan, minuman, udara, air, serta debu yang tercemar dengan bahan Pb.


9. BRODIFACOUM
Racun Brodifacoum merupakan sejenis racun merbaya yang sering digunakan didalam racun tikus (Sila lihat foto disebelah).Bahan perawis (ai) didalam racun ini bekerja dengan cara mengurangkan  jumlah vitamin K yang diperlukan tubuh untuk pembekuan darah. Kesnnya apabila mangsa terkena racun ini akan menyebabkan darah boleh mengalir keluar melalui pembuluh darah yang halus dan ini mengakibatkan berlakunya kesan penndarahan yang luar biasa. Tikus ini akan kehausan dan apabila minum maka ia akan mati secara perlahan-lahan. Manusia juga akan menerima kesa sama jika termakan racun jenis ini.

10. STRYCHINIE
Strychinie adalah sejenis racun merbayaya daripada biji pokok dikenali dengan nama Strychnos nux-vomica yang terdapat dibeberapa lokasi di Asia Tenggara dan India (Sila lihat foto disebelah). Kajian saintis menunjukkan dimana racun ini digunakan untuk membasmi tikus sebagai pestiside. Semasa dalam  peperangan dunnia kedia dilaporkan dimana salah satu komandan NAZI kerap menggunakan racun ini dengan menyuntiknya kepada mangsa tahanan perang. mangsa ini akan mengalami kejang sebab otot berkontraksi dan mangsa akhirnya mati secara perlahan. Pada masa itu ada yang menganggapnya sebagai hiburan semata-mata. Semuga coretan dalam Part 1 dan Part 2 ini memberikan info berguna kepada pembaca semua, Wasallam!!!...
SEMUA RACUN... MEMANG MERBAHAYA...
KEPADA TANAMAN...DAN JUGA MANUSIA...
DALAM DUNIA... 10 JENIS PALING UTAMA...
SENJATA PEPERANGAN...ADA DIGUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(12 Zulhijjah 1438H)
Diposkan dari Room 2020, Hotel Mariott Naning, China

10 JENIS RACUN PALING MERBAHAYA (Part 1)

RACUN (Poison) merupakan satu perkataan yang dikaitkan dengan bahan kimia merbahaya yang boleh mendatangkan bahaya kepada hidupan sama ada mansia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, mikrob dan sebagainya. Kehidupan kita didunia memang dikelilingi racun dalam pelbagai bentuk sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Ramai keluarga dirumah ada menyimpan Racun Aerosol untuk membunuh beberapa jenis serangga seperti Lipas, Nyamok, Semut dan sebagainya. Malahan di TV anda setiap hari ada diiklankan pelbagai jenis racun terutama racun aerosol untuk kegunaan dalam rumah. Adakah anda tidak tahu bahawa kesan dari racun tersebut juga merbahaya kepada manusia jika tersalah guna?. Racun ini dikelaskan mengikut kategori khusus dalam seperti dalam bidang pertanian seperti Racun Serangga, Racun Kulat, Racun Rumpai, Racun Nematod, Racun Tikus, Racun Gas (untuk rawatan fumigasi) dan banyak lagi. Dalam bidang perubatan juga terdapat banyak jenis racun yang digunakan oleh doktor untuk membuat rawatan. Sektor pertanian dikatakan antara sektor yang paling luas aktiviti penggunaan pelbagai jenis racun walau pun tujuannya adalah untuk mendapatkan penghasilan yang tinggi dan hasil tanaman yang berkualiti. Penggunaan racun secara betul mengikut panduan yang diberikan adalah penting dilakukan oleh petani dimana jika salah guna racun akan menyebabkan kesan sisabaki racun yang memudharatkan pengguna. Apa pun selain daripada dalam pertanian racun juga digunakan sebagai senjata untuk peperangan dimana racun adalah amat berkesan dalam mengalahkan musuhnya. Dalam sejarah diberitakan penggunaan 'Agent Orange' oleh US di dalam peperangan di Vietnam dimana gas ini telah pun memusnahkan banyak kehidupan biologi dinegara tersebut. Dalam perang dunia ke 2 juga dilaporkan perkara sama dan juga dalam perang Iraq ianya juga dilaporkan berlaku. Bagaimanakah racun ini bertindak sehingga mampu membunuh manusia, tumbuhan dan hidupan lain?. Saintis telah mengkaji jenis bahan perawis (active ingredient) yang mana ia mampu membunuh sasarannya. Artikel pagi Sabtu ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis pada Raya Aidil Adha atau Raya Qurban 1438H mengenai 10 jenis racun merbahaya didunia sekadar berkongsi info dengan semua pembaca blog ini yang setia.


Rencana bertajuk '10 jenis racun paling merbahaya dan boleh membunuh didunia' akibat salah guna oleh orang yang kurang mengetahui adalah merbahaya. Kita mungkin banyak mengenali jenis racun-racun yang digunakan untuk membunuh hama, serangga, rumput dan sebagainya. Tetapi terdapat banyak jenis racun yang sangat merbahaya kepada manusia dan alam sekitar yang perlu diketahui. Di Malaysia semua jenis racun adalah dikawal oleh pihak berkuasa dibawah kawalan Kementerian terlibat termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian (LRMP) dan juga beberapa pihak lain. Penggunaan racun kimia dalam sektor pertanian selalunya dikawal dari segi penjualannya, pengilangan, pengedaran, perlabelan dan juga cara untuk menggunakannya. Premis yang ingin terlibat dengan semua aktiviti diatas dilesenkan dan diwajibkan mematuhi syarat-syarat ketat. Antara racun yang paling banyak digunakan adalah RACUN RUMPAI (weedicide) bertujuan untuk mematikan rumput (weeds) yang menganggu tanaman. Racun rumpai umumnya ada dua jenis iaitu Jenis Racun Sentuh dan Jenis Racun Sistemik. Bagaimana pun ada beberapa jenis racun rumpai yang telah diharamkan penggunaannya akibat kesan toksik yang merbahaya seperti Paraquat. Bagaimana pun kita juga perlu tahu akan beberapa jenis racun lain didunia yang amat merbahaya hasil daripada pembacaan penulis blog.

(1) HYDROGEN CYANIDE
Mendudukki senarai teratas racun paling merbahaya adalah Hydrogen Cyanide yang dilaporkan pernah digunakan didalam Perang Dunia Kedua (WW2). Dilaporkan dimana racun ini pernah digunakan tentera NAZI Jerman untuk memusnahkan orang-orang Yahudi. Racun cyanide ini juga kerap digunakan untuk tujuan menjatuhkan hukuman mati di USA kepada mereka yang dihukum mati. Racun ini juga ada dilaporkan sebagai sejenis senjata utama yang ada dibincangkan didalam buku-buku karangan penulis terkenal Sherlock Holmes dan komik Detektif Conan. Kita mungkin agak sukar untuk mendapatkan racun jenis ini kerana hanya beberapa negara tertentu didunia sahaja yang ada kepakaran untuk menghasilkan racun jenis ini.


(2) ACID FLUORIDE
Racun yang diber nama Asid fluoride ini adalah dalam bentuk hidrogen didalam air. Walau pun aasid ini merupakan bahan yang sering digunakan didalam industri logam tetapi ia merupakan sejenis racun berbisa dan perlu dikawal. Industri yang menghasilkan teflon akan menghasilkan racun asid flioride ini didalam bentuk cecair atau pun didalam bentuk gas. Kalau terkena kepada mangsa maka ianya adalah sangat merbahaya. Dilaporkan asid ini didalam bentuk gas jika terkena manusia akan membakar mata dan paru-paru. Ia mungkin boleh digunakan sebagai senjata peperangan yang hanya diketahui oleh beberapa negara didunia sahaja.


(3) BATRACHOTOXIN
Racun jenis Batrachotoxin sebenarnya sejenis racun yang diambil daripada sejenia katak (FROG) liar dihutan. Ada info menyetakan racun ini berasal dari sejenis katak Emas Colombia yang mana ia berwarna kuning kehitaman yang ada racun (Sila anda lihat foto disebelah). Ia bukan dari tubuhnya tetapi racun tersebut terhasil dari makanan yang katak tersebut makan dimana ada dakwaan kemungkinan adalah jenis kumbang. Racun dari katak Emas Colombia ini adalah sangat merbahaya. Didakwa dimana satu racun (Batrachotoxin) katak boleh membunuh 24 orang manusia sekaligus jika terkena.


(4) GAS SARAF VX
Gas Saraf VX merupakan sejenis racun dalam bentuk gas yang merbahaya kepada manusia didalam peperangan. Dilaporkan dimana pada tahun 1952 gas saraf dengan ini tidak sengaja dijumpai oleh saintis. Pada peringkat mulanya penemuannya ia pernah dijual dalam bentuk Racun Serangga (Pestiside atau amiton). Semasa Perang Dingin berlaku dilaporkan racun gas ini dikumpulkan sebagai senjata perang yang ditimbun untuk persediaan perang (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun kita berharap agar peperangan seperti ini yang menggunakan gas saraf tidak akan terjadi.


(5) AGEN OREN
Agent Orange merupakan sejenis racun yang mana ia akan membunuh tumbuhan dihutan tropika. Racun iniyang disebur dengan kapalterbang dengan berwarna oren akan jatuh kepada pokok dihutan dan kawasan kebun dimana semua pokok akan gugur daunnya dan mati. Racun ini juga pernah digunakan oleh pihak bersekutu dengan USA dalam perang di Vietnam. Walau pun ia bertujaun membunuh tumbuhan tetapi ia memberi kesan sangat buruk kepada manusia. Dilaporkan berpuloh ribu anak rakyat Vietnam telah cacat dan mati akibat terkena racun ini dan ada bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan kekal.

Artikel ini diharap dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Sila baca sambungan rencana ini dalam Part 2. Wasallam!!!...
SEMUA RACUN... MEMANG MERBAHAYA...
KEPADA TANAMAN...DAN JUGA MANUSIA...
DALAM DUNIA... 10 JENIS PALING UTAMA...
SENJATA PEPERANGAN...ADA DIGUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(12 Zulhijjah 1438H)

Posted from Room 2020,
Hotel Mariott nanning, China

KRISIS MAKANAN GLOBAL - SATU PANDANGAN (Part 2)

KRISIS MAKANAN GLOBAL (Global Food Crisis) telah pun berlaku beberapa kali dimana paling signifikan berlaku pada tahun 2008. Masalah krisis makanan global telah semakin mendapat perhatian para pemerhati ekonomi dunia dan dibincangkan dalam banyak forum antarabangsa. Antara perkara yang menjadi perhatian adalah peningkatan harga makanan di pasaran global dimana ia telahpun memberi kesan langsung terhadap harga pasaran bahan makanan tempatan serta masalah kebuluran yang telahpun mula muncul di beberapa wilayah berasingan di dunia. Pernah dilaporkan di Mahalla El-Kobra, Mesir ada ribuan rakyat yang marah dengan kenaikan harga barang tetapi tiada kenaikan gaji dan menyebabkan mereka telah membakar bangunan kerajaan serta mencuri barangan di kedai-kedai dan juga mereka melontar batu ke arah polis di bandar industri tersebut. Penunjuk perasaan menyerbu majlis perbandaran, memecahkan tingkap dan melarikan komputer serta banyak dokumen lain. Sekurang-kurangnya dua buah sekolah telah dibakar dan beberapa buah bank dirosakkan. Hampir 100 orang ditahan di seluruh Mesir ketika ribuan penduduk tidak pergi bekerja atau ke sekolah kerana membantah kenaikan harga makanan dan keadaan kerja yang semakin teruk pada Ogos 2008. Beberapa hari sebelum itu akhbar melaporkan bahawa para petani di Argentina melancarkan mogok yang telah masuk hari ke-21 dan mengadakan lebih 300 sekatan jalan di seluruh negara kerana membantah dekri Presiden yang menaikkan cukai eksport kacang soya sehingga 45 peratus dan mengenakan duti baru ke atas eksport lain. Akhbar melaporkan bahawa ia adalah krisis makanan terburuk negara itu di mana Presiden Cristina Fernandez sendiri menyamakannya dengan protes tiga minggu pada 1976 sehingga mencetuskan kekacauan dan rampasan kuasa tentera. Sementara itu di Filipina akibat dari krisis makanan telah menyebabkan kerajaan telah mengumumkan bahawa pemilik gudang dan peniaga yang didapati telah menyorokkan beras di Filipina akan didakwa atas tuduhan melakukan “sabotaj ekonomi” yang boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup. Di negara Thailand pula dilaporkan walaupun ia merupakan antara negara yang selama ini menjadi pengeksport beras utama dunia tetapi krisis kekurangan beras telah dilaporkan berlaku di penjara negara Gajah Putih itu. Harga beras yang semakin mahal dibimbangi boleh mencetuskan rusuhan di penjara berikutan kontraktor yang dilantik pihak berkuasa untuk membekalkan makanan kepada penghuni pusat tahanan dipercayai ada mengalami kerugian. Akhbar The Bangkok Post melaporkan, pihak berkuasa penjara bimbang sekiranya pembekal cuba menghentikan penghantaran beras ia boleh menyebabkan masalah kekurangan makanan di penjara yang seterusnya akan mencetuskan rusuhan di kalangan banduan. Pernah dimana PBB memberi amaran peningkatan harga makanan yang berterusan boleh mencetuskan kekacauan dan juga ketidakstabilan politik di seluruh dunia. Amaran PBB itu dinyatakan oleh John Holmes iaitu Timbalan Setiausaha Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bencana PBB di sidang bantuan kemanusiaan di Dubai. Harga purata untuk makanan pernah meningkat sehingga 40 peratus sejak pertengahan 2007. Harga makanan dunia meningkat dengan ketara akibat kesan krisis makanan dimana kini keselamatan juga tidak boleh dipandang ringan kerana rusuhan pernah meletus di beberapa negara. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai krisis makanan global yang pernah berlaku dan perlu dipantau agar tidak menjejaskan negara kita.

Terdapat beberapa faktor yang dibincang dalam Part 1 dimana ia bertentangan dengan realiti yang ada. Analisa ekonomi mengapakah boleh berlaku kekurangan bekalan makanan apabila tahap pengeluaran makanan dunia sebenarnya bertambah melebihi tahap pertambahan penduduk?. Jika dibandingkan antara jumlah penduduk pada tahun 1961 dan 2005 didapati jumlah penduduk dunia telah bertambah sebanyak 2.1 kali ganda. Tetapi jika kita hendak bandingkan tahap pengeluaran makanan antara tahun yang sama didapati pengeluaran makanan dunia telah bertambah 2.8 kali ganda (berdasarkan data terkini dari laporan World Resources Institute). Ini bermakna,jumlah makanan yang telah dihasilkan untuk setiap individu telah bertambah (semakin banyak) setiap tahun. Secara rasional bahawa antara punca krisis bekalan makanan adalah kerana faktor bertambahnya bilangan penduduk dunia adalah satu teori yang kurang tepat. Mereka yang memberikan alasan ini hanyalah gunakan teori yang dikemukakan oleh Thomas Malthus dari Britain dalam kurun ke 18. Teorinya mengatakan bahawa populasi manusia akan bertambah secara eksponen manakala pertambahan bahan makanan hanyalah secara aritmetik. Jika teori ini betul maka beberapa ratus tahun selepas zaman Malthus mungkin sebahagian populasi manusia akan mengalami kebuluran dan kekurangan makanan. Perlu diperhatikan bahawa Malthus menulis bukunya ketika Britain mempunyai populasi 11 juta penduduk dan pada kurun 21, tetapi kini populasi penduduk Britain telah bertambah sebanyak 59 juta. Namun begitu, tidak pula terdapat mana-mana kawasan di Britain yang mengalami krisis kekurangan makanan atau pun kebuluran yang serius, walaupun Britain pada hakikatnya mempunyai keluasan tanah yang tidak begitu besar berbanding dengan negara-negara lain di dunia. Pendapat Malthus hanyalah benar dari segi pertambahan penduduk dunia namun teori beliau ternyata salah dalam meramal bahawa pertumbuhan makanan tidak akan dapat menampung pertambahan penduduk dunia.


Bagi menganalisa isu perubahan tabiat makan penduduk dunia yang dikatakan menjadi punca pertambahan permintaan makanan pula pada realitinya ia harus dikaji dengan lebih teliti lagi. Jika kita bertanya benarkah penduduk dunia zaman sekarang makan lebih banyak berbanding dengan penduduk dunia puluhan atau ratusan tahun dahulu, walhal saiz perut manusia lebih kurang sama sahaja?  Apa pun secara logiknya keperluan makanan untuk bekalan tenaga manusia seharusnya menjadi semakin berkurangan oleh kerana manusia telah semakin banyak menggunakan mesin dan jentera bagi melakukan tugas-tugas dan bekerja diladang atau dikilang atau untuk tujuan bergerak. Orang dahulu yang semata-mata bergantung kepada tulang empat kerat untuk bekerja. Jadi adakah benar manusia sekarang makan lebih banyak atau sebenarnya manusia zaman sekarang ‘membazir’ lebih banyak makan berbanding orang dulu?. Jika dilihat laporan kajian tentang pembuangan sisa makanan penduduk dunia terdapat laporan dimana teoari yang kedua sebenarnya lebih tepat. Setiap tahun sebanyak lebih daripada 160 bilion kilogram makanan telah disediakan di Amerika Syarikat. Daripada jumlah ini dilaporkan hampir 45 billion kilogram (termasuk sayuran segar, buah-buahan, susu dan produk bijirin) telah dibuang ke dalam tong sampah. Secara purata sekitar 4 billion kilogram makanan sudah cukup untuk menyelesaikan masalah kebuluran penduduk dunia yang sedang melanda dunia. Secara logik tabiat pemakanan manusia dikatakan menjadi punca kepada krisis kekurangan makanan ada berkait dalam isu ini.


Bagi masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau menyebabkan kerosakan tanaman dan menjejaskan bekalan makanan (Sila lihat foto disebelah). Memang benar manusia tidak mampu untuk menghalang bencana alam yang akan berlaku. Tetapi bencana alam bukanlah sesuatu yang sentiasa berlaku setiap hari atau setiap bulan sehingga sentiasa mengganggu keseluruhan sistem pengeluaran makanan dunia. Bencana sebenarnya hanya memberi kesan jangka pendek dan ia bukan kesan jangka panjang dan biasanya masalah ini akan pulih dalam jangka waktu yang singkat sahaja. Bencana ini juga tidak pernah menjadi kesan berpanjangan sehingga susutnya jumlah makanan dunia. Kebanyakan negara didunia mempunyai stok makanan yang mencukupi untuk menghadapi kesan jangka pendek yang ditimbulkan dari bencana alam ini. Dibeberapa negara didunia ini yang dilanda bencana alam sejak ratusan tahun dahulu lagi namun krisis kekurangan bekalan tidak pula timbul. Di Malaysia sendiri sebagai contoh sering berlaku fenomena tengkujuh dan banjir besar yang selalu melanda beberapa buah negeri di Malaysia (yang bersifat sementara) setiap tahun tetapi didapati tidak pernah menyebabkan Malaysia berada di dalam krisis makanan. Jika wujud pun masalah berlaku sebenrnya berpunca mungkin daripada sistem pengagihan yang tidak betul yang dilakukan oleh petugas yang menyebabkan bekalan tidak sampai kepada mangsa. Jika berlaku sekalipun masalah kekurangan pada penulis blog mungkin sebenarnya bukanlah disebabkan oleh ‘kekurangan’ itu sendiri tetapi kerana wujudnya aktiviti ‘penyorokan’ dan juga penimbunan oleh pembekal serta pengagihan yang tidak efisien. Begitu juga dengan isu akan kekurangan bekalan makanan kerana penggunaannya untuk penghasilan bahanapi bio. Ia sebenarnya lebih bersifat isu dimana pengurusan bekalan dan bukannya punca masalah. Spekulasi harga komoditi bermotivasikan ketamakan berlaku di pasaran hadapan (futures market) yang bertanggungjawab menaikkan harga minyak dan makanan secara tidak realistik. 


Isu masalah pengurusan bekalan yang mana ia diperkatakan adalah berhubung kait dengan ‘sistem’ yang diguna pakai untuk menguruskan ekonomi di dalam sesebuah negara. Terdapat perbezaan pandangan hidup (ideologi) iaitu antara pemerintah dan sistem ekonomi yang mereka amalkan dan membezakan tahap penilaian mereka (pemerintah) dalam membuat polisi untuk menentukan apakah yang perlu disimpan, apakah yang perlu dihasilkan, apakah yang perlu dibelanjakan dan sebagainya. Jika pihak kerajaan mendominasi pemikiran kapitalisme yang sememangnya rakus dalam mengambil hak rakyat kesannya ia akan menjadi punca kepada segala kerosakan dan juga menyebabkan berlakunya krisis. Menurut Islam makanan adalah salah satu keperluan asas yang perlu dijamin oleh negara bagi setiap warganegara. Adalah menjadi tanggung jawab seorang kerajaan untuk memastikan bahawa bahan makanan dapat sampai ke setiap mulut rakyatnya.  Kerajaan perlu menatur strategi bagi memastikan bahawa isu kekurangan makanan tidak akan timbul. Strategi adalah berasaskan 4 kekuatan yang secara asas yang terdapat di dalam dunia Islam. Empat kekuatan tersebut adalah; (1) tanah yang subur, (2) sumber air yang melimpah-limpah, (3) sumber manusia yang besar, (4) kekayaan dari sumber alam semulajadi. Sebenarnya tanah yang subur dan luas yang terdapat di dalam dunia Islam ia mampu meningkatkan pengeluaran pertanian. Pengeluaran makana ini berasaskan kepada dua perkara iaitu dengan penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan kawasan penanaman.  Subsidi pertanian juga akan diberikan untuk menggalakkan aktiviti pertanian yang berkesan. Sistem pengangkutan yang efisien juga perlu dibina agar pengedaran makanan menjadi lebih berkesan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!..
KRISIS MAKANAN... 2008 TAHUNNYA...
KESAN GLOBAL...SELURUH DUNIA...
ORANG SUSAH...KERANA HARGA...
PERLU DIANALISA....SENTIASA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 730, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(14 Muharam 1439H).
Posted from Room 2020, Mariott Hotel Nanning, China.

KRISIS MAKANAN GLOBAL - SATU PANDANGAN (Part 1)

KRISIS MAKANAN GLOBAL (Global Food Crisis) telah berlaku beberapa kali dimana paling signifikan berlaku pada tahun 2008. Masalah krisis makanan global telah semakin mendapat perhatian para pemerhati ekonomi dunia dan dibincangkan dalam banyak forum antarabangsa. Antara perkara yang menjadi perhatian adalah peningkatan harga makanan di pasaran global dimana ia telahpun memberi kesan langsung terhadap harga pasaran bahan makanan tempatan serta masalah kebuluran yang telahpun mula muncul di beberapa wilayah berasingan di dunia. Pernah dilaporkan di Mahalla El-Kobra, Mesir ada ribuan rakyat yang marah dengan kenaikan harga barang tetapi tiada kenaikan gaji dan menyebabkan mereka telah membakar bangunan kerajaan serta mencuri barangan di kedai-kedai dan juga mereka melontar batu ke arah polis di bandar industri tersebut. Penunjuk perasaan menyerbu majlis perbandaran, memecahkan tingkap dan melarikan komputer serta banyak dokumen lain. Sekurang-kurangnya dua buah sekolah telah dibakar dan beberapa buah bank dirosakkan. Hampir 100 orang ditahan di seluruh Mesir ketika ribuan penduduk tidak pergi bekerja atau ke sekolah kerana membantah kenaikan harga makanan dan keadaan kerja yang semakin teruk pada Ogos 2008. Beberapa hari sebelum itu akhbar melaporkan bahawa para petani di Argentina melancarkan mogok yang telah masuk hari ke-21 dan mengadakan lebih 300 sekatan jalan di seluruh negara kerana membantah dekri Presiden yang menaikkan cukai eksport kacang soya sehingga 45 peratus dan mengenakan duti baru ke atas eksport lain. Akhbar melaporkan bahawa ia adalah krisis makanan terburuk negara itu di mana Presiden Cristina Fernandez sendiri menyamakannya dengan protes tiga minggu pada 1976 sehingga mencetuskan kekacauan dan rampasan kuasa tentera. Sementara itu di Filipina akibat dari krisis makanan telah menyebabkan kerajaan telah mengumumkan bahawa pemilik gudang dan peniaga yang didapati menyorokkan beras di Filipina akan didakwa atas tuduhan melakukan “sabotaj ekonomi” yang boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup. Di negara Thailand pula dilaporkan walaupun ia merupakan antara negara yang selama ini menjadi pengeksport beras utama dunia tetapi krisis kekurangan beras telah dilaporkan berlaku di penjara negara Gajah Putih itu. Harga beras yang semakin mahal dibimbangi boleh mencetuskan rusuhan di penjara berikutan kontraktor yang dilantik pihak berkuasa untuk membekalkan makanan kepada penghuni pusat tahanan dipercayai mengalami kerugian. Akhbar The Bangkok Post melaporkan, pihak berkuasa penjara bimbang sekiranya pembekal cuba menghentikan penghantaran beras ia boleh menyebabkan masalah kekurangan makanan di penjara yang seterusnya akan mencetuskan rusuhan di kalangan banduan. Pernah dimana PBB memberi amaran peningkatan harga makanan yang berterusan boleh mencetuskan kekacauan dan juga ketidakstabilan politik di seluruh dunia. Amaran PBB itu dinyatakan oleh John Holmes iaitu Timbalan Setiausaha Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bencana PBB di sidang bantuan kemanusiaan di Dubai. Harga purata untuk makanan pernah meningkat sehingga 40 peratus sejak pertengahan 2007.  Harga makanan dunia meningkat dengan ketara akibat kesan krisis makanan dimana kini keselamatan juga tidak boleh dipandang ringan kerana rusuhan pernah meletus di beberapa negara. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai krisis makanan global yang pernah berlaku dan perlu dipantau agar tidak menjejaskan negara kita.


Dalam membincang isu ini perlu dinyatakan bahawa makanan adalah salah satu dari keperluan asas manusia di samping tempat tinggal dan pakaian. Sebenarnya isu krisis makanan bukanlah satu isu remeh yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Apa yang membimbangkan jika krisis makanan yang pernah menimpa dunia melibatkan bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijirin dan jagung yang menjadi keperluan asas setiap individu di atas dunia ini. Kita di Malaysia pernah menjadi kecoh apabila bekalan gula dan minyak masak berkurangan di pasaran dan berlaku campurtangan semua pihak untuk menyelesaikannya. Cuba bayangkan bagaimana keadaannya jika sekiranya anda dapati tiada lagi beras dan tepung di rak-rak kedai runcit dan juga pasar raya. Walaupun setakat ini Malaysia masih belum terkesan dengan fenomena seperti ini namun berdasarkan trend ekonomi dunia adalah tidak mustahil melanda negara. Pada masa krisis masalah kekurangan makanan yang pada mulanya bersifat setempat dan hanya sinonim dengan negara-negara dunia ketiga tetapi ia kini menjadi semakin kronik apabila harga pasaran bekalan makanan di peringkat dunia juga turut meningkat. Krisis ini mula memberi ancaman kesan yang lebih global termasuklah kepada negara-negara maju. Menurut statistik Bank Dunia dilaporkan dimana harga pasaran makanan global secara purata telah meningkat sebanyak 75% sejak tahun 2000 manakala kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap terendah sejak 30 tahun. Harga gandum di pasaran dunia sahaja telah mencatatkan kenaikan sebanyak 200% manakala harga makanan ruji yang lain seperti beras dan kacang soya telah mencatatkan paras tertinggi. Kenaikan harga pasaran bijirin diwaktu itu telah memaksa kenaikan harga pasaran makanan yang lain secara langsung atau tidak langsung seperti harga daging, ayam, telur dan makanan tenusu. Keadaan situasi serta pelbagai krisis telah melanda merata tempat di dunia dan tidak lagi terbendung kepada negara-negara tertentu sahaja. Menurut Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) terdapat lebih dari 73 juta orang di 78 negara yang bergantung kepada sumbangan makanan dari pertubuhan itu akan menghadapi pengurangan bekalan pada tahun 2008. 


Krisis ini telah memberikan kesan cara langsung yang menyengsarakan ramai penduduk dunia di mana kita dapat saksikan ketidakpuasan hati terhadap apa yang sedang berlaku telah mula dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti tunjuk perasaan dan bantahan. Sebagai contoh berlaku  ‘Rusuhan Tortilla’ telah berlaku di Mexico pada 1 Febuari 2007 apabila rakyat Mexico tidak berpuas hati dengan kenaikan harga tortilla (antara makanan ruji rakyat Mexico) yang meningkat sebanyak 400% (Sila lihat foto disebelah). ‘Mogok Tempe’ selama tiga hari oleh ramai para peniaga pula telah berlaku di Indonesia pada awal Januari lalu apabila harga bahan asas pembuatan tempe iaitu bahan kacang soya meningkat dari sekitar Rp3,000 pada tahun 2007 kepada Rp7,400 pada tahun 2008. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada masa itu iaitu Ban Ki-moon juga telah mengatakan bahawa di banyak negara terutamanya di Afrika dimana pengguna terpaksa membayar lebih 2 kali hingga 3 kali ganda untuk makanan akibat dari kemelut ini. Keadaan yang lebih dahsyat telah berlaku di India apabila dilaporkan lebih 25,000 petani telah membunuh diri mereka tahun lepas akibat dari kemurungan yang mana ia berpunca daripada kekurangan hasil pertanian dan juga peningkatan hutang (Sumber: Laporan Akhbar India Today). Jumlah kematian ini tidak lagi termasuk dengan korban nyawa yang berpunca daripada masalah kebuluran dan juga kekurangan makanan yang selama ini telah lama melanda negara-negara miskin dan juga rakyat yang miskin di negara-negara yang kaya. Jika kita ikuti sepintas lalu data statistik yang ada dimana pada ketika ini terdapat lebih 854 juta manusia yang hidup dalam kelaparan seperti yang dilaporkan oleh ‘State of Food Insecurity in the World 2006’ sumber info daripada PBB. Dari jumlah ini dilaporkan hampir 16,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari akibat dari masalah yang berkaitan dengan kekurangan makanan yang berlaku pada 2008.


Pendapat kenapa menjadi Punca Krisis oleh pakar ekonomi kapitalis tidak pernah kering dengan idea dengan pandangan apabila berlaku kekangan yang melibatkan ekonomi dunia. Ramai pakar dan saintis tidak pernah kurang dengan seribu satu macam kaedah didalam penyelesaian bagaimanakah caranya untuk mengatasi permasalahan yang timbul. Bagaimana pun belum ujud cara penyelesaian dapat dilakukan dengan baik dimana ia sebenarnya tidak pernah selesai. Mereka membincangkan ‘teori’ yang menjadi punca kepada krisis. Bagi golongan kapitalis terdapat dua elemen asas yang menjadi punca dalam isu krisis ini. Teori pertama adalah isu ‘jumlah bekalan makanan’ dan yang keduanya adalah isu ‘harga bahan makanan’. Kapitalis selalu menuding bahawa kerana kedua masalah inilah yang telah menyebabkan timbulnya kekangan bagi pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan. Kedua-dua elemen ini juga masing-masing ada faktor penyebab tertentu dan juga faktor penyebab yang dikongsi bersama yang dikatakan menjadi punca mengapa krisis makanan global boleh berlaku (Sila anda lihat foto disebelah)Masalah pertambahan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran makanan adalah antara alasan yang sering dijadikan ‘punca’ mengapa boleh berlakunya kekurangan makanan di dunia. Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melebihi dari seramai 9 bilion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan ini dikatakan boleh mendesak kepada isu keperluan bahan makanan yang mendadak dimana ini tidak mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kelangkaan (kekurangan) sumber-sumber yang ada seperti air, tanah ladang dan sebagainya. Kepesatan permintaan secara mendadak dari kawasan ekonomi yang sedang pesat membangun seperti di China dan India juga dikatakan menjadi penambah kepada ketidakseimbangan antara pengeluaran makanan dunia (supply) dan permintaan (demand) yang memerlukannya. Tabiat makan penduduk China telah berubah di mana secara per kapita penduduk China menghabiskan 50kg daging pada tahun 2007 iaitu berbanding hanya 20kg pada tahun 1985. Keadaan yang ada dikatakan menjadi semakin rumit apabila faktor pengeluaran juga telah terjejas akibat bencana alam, pencemaran dan perubahan iklim dunia. Australia dikatakan mengalami kemarau terburuk pada tahun lepas menyebabkan hasil gandum negaranya telah menyusut sebanyak 60%. Hasil tuaian dari China juga telah menyaksikan penyusutan sebanyak 10% sepanjang 7 tahun yang lalu. Faktor-faktor ini dikatakan menjadi sebab secara langsung kurangnya bekalan makanan yang boleh diperolehi oleh penduduk dunia.


Pada masa yang sama didapati faktor kenaikan harga barang makanan juga dikatakan menggandakan lagi kesan yang berlaku. Perkara ini disebebkan apabila harga barang makanan meningkat, maka semakin sukar bagi kebanyakan penduduk dunia secara amnya untuk mendapatkan makanan tersebut selari dengan teori mekanisma harga yang menjadi mekanisma asas pengagihan dalam sistem ekonomi kapitalis. Kenaikan harga barang dagangan ini pula dikatakan berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia (Sila lihat graf disebelah). Harga makanan memuncak pada tahun 2008 dan kemudian trend ini menurun. Faktur kenaikan harga minyak juga telah memaksa kenaikan kos bagi mengeluar dan memasarkan makanan (ianya adalah kos untuk menjana tenaga bagi menggerakkan kilang, jentera, kos pengangkutan dan sebagainya). Peningkatan harga minyak juga dilihat menjadi penyebab kenaikan kos baja sekali gus melonjakkan harga input tanaman menjurus kepada kos bahan makanan di pasaran. Terdapat juga faktur ‘kegilaan’ terhadap fenomena penghasilan bahanapi bio bukan dimana ia bukan sahaja dikatakan telah melambungkan harga sumber makanan yang berkaitan tetapi juga sekali gus mengurangkan jumlahnya dalam pasaran untuk keperluan pemakanan. Pada tahun 2008 suku daripada jumlah tuaian jagung Amerika Syarikat telah digunakan untuk penghasilan etanol (antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahanapi bio) yang mana jumlah ini pastinya memberikan impak yang besar kerana Amerika Syarikat menyumbang kepada 60% pasaran jagung dunia. Ia merupakan diantara sebab-sebab popular yang sering diutarakan oleh pakar ekonomi Kapitalis. Namun sebelum dibuat kesimpulan dan bertindak mencari kaedah penyelesaian sebaiknya di teliti dulu akan realiti ‘punca-punca’ yang dinyatakan diatas sama ada ia berpunca dari yang hakiki atau hanya merupakan ‘justifikasi’ kerana mahu menuding kesalahan kepada yang lain dimana ianya sekali gus dapat menutup kelemahan didalam ‘sistem Kapitalis’ itu sendiri. Artikel ini bersambung pada Part 2. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasalam!!..
KRISIS MAKANAN... 2008 TAHUNNYA...
KESAN GLOBAL...SELURUH DUNIA...
ORANG SUSAH...KERANA HARGA...
PERLU DIANALISA....SENTIASA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 730, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(14 Muharam 1439H).
Posted from Room 2020, Hotel Mariott Nanning, China.

TANAMAN MENGHALAU NYAMOK - APA DIA? (Part 2)

NYAMOK (Mosquito) merupakan sejenis serangga yang penghisap darah untuk tujuan pembiakan. Bagaimana pun nyamok ini juga membawa bersama beberapa jenis virus yang merbahaya dan mengamcam manusia sehingga ada yang boleh membawa maut. Sebut sahaja Demam Denggi Berdarah, Penyakit Zika, Malaria dan beberapa lagi yang dibawa oleh nyamok amat menakutkan. Nyamik yang semulajadi hidup dikawasan panas lembab tropika cepat membiak didalam air dengan kadar pembiakan yang cepat. Pada masa ini nyakok aedes merupakan ancaman nombor satu di Malaysia kerana ia mampu menjejaskan kesihatan terutama dikawasan bandar yang tidak dijaga kebersihan dengan baik. Pelbagai kempen menghapuskan nyamoh dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang tahun dan operasi menyembur asap serta racun serangga dilakukan sepanjang masa. Saya yang tinggal lama di Putrajaya akan mendengar aktiviti fogging dan semburan bahan kimia subuh hari sepanjang masa. Ini kerana Putraja adalah antara lokasi dimana kehadiran nyamoj aedes sentiasa tinggi. Memang orang ramai pun tahu jika ada kes demam denggi maka Kemterian Kesihatan akan segera membuat fogging dan kaedah kawalan nyamok yang lain. Penggunaan aerosol spray yang dijual secara komersil tidak mampu membunuh nyamuk yang ada didalam rumah anda. Kawalan tempat pembiakan nyamuk ii perlu dibuat secara kolektif dalam masyarakat kerana kecuaian seorang dua yang tidak mahu melalukannya akan memberi ruang kepada nyamok yang merbahaya untuk terus membiak. Dalam kawasan iaitu perumahan sering dilaporkan berlaku pembiakan nyamok dalam lubang tandas yang tidak digunakan, sinki dan sebagainya tanpa diketahui oleh jiran-jirannya. Bagaimana pun kali ini saya merujuk kepada beberapa penulisan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang boleh ditana disekeliling rumah dan komuniti yang didakwa mampu untuk menghalau nyamok. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis tumbuhan dipercayai mampu menghalau nyamok.


Terdapat sebanyak 10 jenis tanaman didakwa berfungsi sebagai Pengusir Nyamuk Semulajadi yang baik untuk diketahui anda semua. Selalunya pada dimusim hujan seperti pengujung tahun kehadiran nyamuk merupakan salah satu perkara yang patut dielakkan. Apa tidaknya kerana nyamuk seringkali membawa berbagai macam penyakit seperti Demam Denggi Berdarah, Malaria, Zika dan lainnya. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk kita menyingkirkan nyamuk dari rumah diantaranya dengan tanaman penghalau nyamuk. Terdapat banyak jenis tanaman yang terbukti dapat menghalau atau mampu mengusir nyamuk. Tanaman ini sudah digunakan oleh nenek moyang kita sejak zaman dahulu sebelum sebelum adanya ubat nyamuk lingkaran dan racun aerosol. Mereka biasanya akan menanam tanaman ini di sekitar rumah atau menggosokkan daunnya ke tubuh mereka. Penggunaan jenis tanaman anti nyamuk juga lebih sihat dan selamat untuk keluarga kita. Pada masa ini semua jenis ubat nyamuk yang beredar dipasaran mengandung bahan kimia yang berbahaya jika sampai tertelan terutama oleh kanak-kanak. Oleh itu berikut adalah beberapa alternatif tanaman yang didakwa mampu menghalau kehadiran nyamok didalam rumah kita untk dibaca dan diamalkan anda semua.

6. Serai Wangi 

Serai (Cymbopoin citrata) merupakan salah satu ramuan masakkan didapur dapur yang banyak digunakan di negara kita. Selain ia selalu digunakan sebagai penyedap dalam masakan, serai juga ternyata dapat untuk mengusir nyamuk. Serai Makan dan Serai Wangi mengandungi bahan dikenali dengan nama zat Geraniol dan Sitronelal yang sangat tidak disukai oleh nyamuk. Namun ada dakwaan dimana tanaman serai bukan tanaman yang sesuai untuk ditanam dalam pasu tetapi diatas tanah disekeliling rumah sahaja kerana ia perlukan air dan ruang. Serai biasanya tumbuh dengan subur di pekarangan rumah atau di kebun-kebun sebagai satu pilihan terbaik kepada petani. Serai juga dapat tumbuh sendiri tanpa perawatan khusus karena memang sudah sangat cocok dengan iklim dinegara kita. Ambil daun serai dan hancurkan dan boleh dijadikan cecair disembur untuk ianya menghasilkan bau dan nyamok tidak datang dekat.



7. Akar Wangi
Sama juga seperti Serai, Tumbuhan Akar Wangi didakwa adalah satu jenis tanaman pengusir nyamuk yang sesuai untuk ditanam dikeliling rumah. Tanaman yang termasuk dalam jenis rumput ini biasanya tumbuh dengan liar di kawasan pekarangan rumah seperti rumput lainnya. Ada dakwaan dimana bahagian akar Tumbuhan Akar Wangi ini memiliki bau yang sangat menyengat sehingga membuat nyamuk pergi ketika menciumnya. Akar Wangi juga dipercaya sebagai tumbuhan pencegah demam denggi berdarah (DDB) kerana nyamuk penyebab iaitu Aedes aegypti tidak suka dengan aromanya. Penanaman rumput ini jarang dilakukan oleh kita kerana tidak mengenali akan tumbuhan ini disamping tidak tahu untuk menggunakannya bagi menghalau nyamok.


8. Bunga Kantan

Bunga Kantan (Etlingera eliator) atau  Kecombrang di Indonesia merupakan tumbuhan yang menghasilkan buunga untuk digunakan dalam masakan seperti membuat asam pedas dan laksa (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan ini lazimnya akan mengeluarkan bunga yang cukup berharga jika ditanam secara komersil. Tumbuhan yang memiliki bunga, biji, serta buah kantan dimana ia juga dapat digunakan untuk menghalau nyamuk dengan cara menanamnya di pekarangan rumah. Warnanya yang merah terangs juga menjadikannya sebagai tanaman landskap yang menarik dikawasan keliling rumah diamping ada hasilnya. 

9. Mintrosa Of Lady Diana 

Melihat tumbuhan ini seakan Bunga Tahi Ayam atau sejenis Bunga Marigold yang mempunyai bau yang kuat (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun diperingkat antarabangsa bunga ini yang berasal dari negara Belanda kini diberikan nama sebagai Mintrosa Of Lady Diana. Didakwa dimana bunga ini adalah sangat efektif untuk tujuan menghalau nyamuk. Tanaman yang berasal dari belanda ini memiliki aroma yang sangat menyengat sehingga nyamuk enggan mendekatinya. Namun sama seperti jenis Citrosa Mosquito masa kini tanaman ini juga masih sukar untuk ditanam atau dijumpai dinegara kita kecuali mereka yang ada membeli benihnya.


10. Selasih 

Pokok Selasih (Ocimum basillicum) kini merupakan salah satu jenis rempah herba yang banyak digunakan negara kita. Biji selasih sering digunakan dalam minuman sementara daun selasih digunakan sebagai bahan masakan dan ulam. Namun tidak hanya itu sahaja tetapi selasih juga ternyata dapat menghalau nyamuk dengan aromanya yang khas. Tanaman selasih biasanya tumbuh liar di pekarangan keliling rumah atau dikebun tanpa perlu adanya penjagaan khusus. Penyediaan benih tanaman atau anakbenih selasih amat mudah dilakukan. Tanaman ini boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan batang namun secara biji benih lebih banyak digunakan. Bijibenih selasih mudah didapati daripada lengai yan telah matang dan bijinya dikeluarkan (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun bagi kedua-dua cara sebaiknya disediakan kotak semaian dengan medium 50% pasir dan 50% tanah boleh digunakan. Anak benih disimpan dalam eti simpanan yang sejuk untuk tahan lama. Lazimnya kaedah pembiakan secara biji benih mudah dilakukan dan cepat. Bagi pembiakan cara ini sebanyak 2-4 biji disemai ke dalam setiap petak semaian dan kemudian ditutup nipis dengan lapisan tanah halus. Bijibenih mesti disiram selepas aktiviti penyemaian. Penyiraman dilakukan setiap hari sekiranya perlu untuk memberikan percambahan benih yang seragam. Percambahan bermula selepas tiga hari disemai sehinggalah lebih kurang tujuh hari. Anak benih dipelihara sehingga mempunyai 4-5 peringkat helai daun. Tempoh masa dari penyemaian biji sehingga tanaman di ladang adalah lebih kurang 6-7 minggu. Sebanyak 200-300g biji benih diperlukan bagi penanaman seluas satu hektar. Bagi tujuan kaedah pembiakan secara keratan disyorkan agar bahan tanaman diperoleh dari keratan batang pokok yang mempunyai 3-4 pasang daun. Keratan dibuat pada buku keempat dari bahagian pucuk. Penanaman ke ladang boleh dilakukan selepas lebih kurang empat minggu kemudian. Semuga tulisan rencana ini memberi info terbaik kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
SERANGGA NYAMOK... ADA BAHAYA...
PERLU DIKAWAL... DIMANA SAHAJA...
MUSNAH PEMBIAKAN...SENTIASA...
TANAM POKOK... MENGHALAU SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Mlaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Muharam 1438H)
Posted from Room 2020, 
Mariott Hotel Naning, China

TANAMAN MENGHALAU NYAMOK - APA DIA? (Part 1)

NYAMOK (Mosquito) merupakan sejenis serangga yang penghisap darah untuk tujuan pembiakan. Bagaimana pun nyamok ini juga membawa bersama beberapa jenis virus yang merbahaya dan mengamcam manusia sehingga ada yang boleh membawa maut. Sebut sahaja Demam Denggi Berdarah, Penyakit Zika, Malaria dan beberapa lagi yang dibawa oleh nyamok amat menakutkan. Nyamik yang semulajadi hidup dikawasan panas lembab tropika cepat membiak didalam air dengan kadar pembiakan yang cepat. Pada masa ini nyakok aedes merupakan ancaman nombor satu di Malaysia kerana ia mampu menjejaskan kesihatan terutama dikawasan bandar yang tidak dijaga kebersihan dengan baik. Pelbagai kempen menghapuskan nyamoh dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang tahun dan operasi menyembur asap serta racun serangga dilakukan sepanjang masa. Saya yang tinggal lama di Putrajaya akan mendengar aktiviti fogging dan semburan bahan kimia subuh hari sepanjang masa. Ini kerana Putraja adalah antara lokasi dimana kehadiran nyamoj aedes sentiasa tinggi. Memang orang ramai pun tahu jika ada kes demam denggi maka Kemterian Kesihatan akan segera membuat fogging dan kaedah kawalan nyamok yang lain. Penggunaan aerosol spray yang dijual secara komersil tidak mampu membunuh nyamuk yang ada didalam rumah anda. Kawalan tempat pembiakan nyamuk ii perlu dibuat secara kolektif dalam masyarakat kerana kecuaian seorang dua yang tidak mahu melalukannya akan memberi ruang kepada nyamok yang merbahaya untuk terus membiak. Dalam kawasan iaitu perumahan sering dilaporkan berlaku pembiakan nyamok dalam lubang tandas yang tidak digunakan, sinki dan sebagainya tanpa diketahui oleh jiran-jirannya. Bagaimana pun kali ini saya merujuk kepada beberapa penulisan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang boleh ditana disekeliling rumah dan komuniti yang didakwa mampu untuk menghalau nyamok. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis tumbuhan dipercayai mampu menghalau nyamok. 

Terdapat sebanyak 10 jenis tanaman didakwa berfungsi sebagai Pengusir Nyamuk Semulajadi yang baik untuk diketahui anda semua. Selalunya pada dimusim hujan seperti pengujung tahun kehadiran nyamuk merupakan salah satu perkara yang patut dielakkan. Apa tidaknya kerana nyamuk seringkali membawa berbagai macam penyakit seperti Demam Denggi Berdarah, Malaria, Zika dan lainnya. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk kita menyingkirkan nyamuk dari rumah diantaranya dengan tanaman penghalau nyamuk. Terdapat banyak jenis tanaman yang terbukti dapat menghalau atau mampu mengusir nyamuk. Tanaman ini sudah digunakan oleh nenek moyang kita sejak zaman dahulu sebelum sebelum adanya ubat nyamuk lingkaran dan racun aerosol. Mereka biasanya akan menanam tanaman ini di sekitar rumah atau menggosokkan daunnya ke tubuh mereka. Penggunaan jenis tanaman anti nyamuk juga lebih sihat dan selamat untuk keluarga kita. Pada masa ini semua jenis ubat nyamuk yang beredar dipasaran mengandung bahan kimia yang berbahaya jika sampai tertelan terutama oleh kanak-kanak. Oleh itu berikut adalah beberapa alternatif tanaman yang didakwa mampu menghalau kehadiran nyamok didalam rumah kita untk dibaca dan diamalkan anda semua.

1. Lavender 
Kita pasti sudah tidak asing lagi dengan bunga Lavender. Tanaman hias pengusir nyamuk ini memang sudah banyak tampil dalam iklan lotion anti nyamuk di televisi. Maka dari itu tidak heran jika bunga Lavender selalu diidentikan dengan bunga pengusir nyamuk. Bunga lavender sendiri berasal dari kawasan pegunungan Alpen di Swiss. Bunga ini memiliki kandungan linalool dan lynalyl acetate yang aromanya sangat tidak disukai oleh nyamuk. Konon gerombolan nyamuk akan langsung pergi ketika mencium aromanya karena merasa pusing. Bunga ini biasanya dijadikan sebagai lotion anti nyamuk dengan cara menyulingnya terlebih dahulu. Namun Anda juga dapat menggunakannya secara langsung dengan cara menggosokkan bunganya ke area kulit yang terbuka. Cara ini sangat cocok dilakukan ketika Anda akan bepergian. Sedangkan untuk mengusir nyamuk yang ada di sekitar rumah, maka Anda cukup menanamnya di dalam sebuah pot saja. Selain aromanya yang wangi, warna bunganya yang cantik juga dapat memperindah tampilan pekarangan rumah Anda. 

2. Geranium 
Tanaman untuk mengusir nyamuk yang selanjutnya adalah Geranium. Di beberapa daerah di Indonesia, tanaman ini juga dikenal dengan nama Tapak Dara. Tanaman ini dipercaya mampu mengusir nyamuk berkat kandungan zat geraniol dan sitronelol. Kedua zat tersebut dapat dengan mudah terbawa angin sehingga membuat semerbak wilayah sekitarnya. Geranium juga merupakan salah tanaman pengusir nyamuk indoor karena aromanya dapat memenuhi ruangan dengan cepat. Namun ingat, tempatkan bunga ini di dekat jendela atau di tempat yang mudah terkena angin agar aromanya dapat menyebar dengan cepat. 


3. Rosemary 
Rosemary merupakan bunga yang memiliki aroma seperti minyak telon atau minyak kayu putih. Seperti kita ketahui, kedua minyak tersebut sering dioleskan pada bayi karena aromanya dapat mencegah gigitan nyamuk. Nah dengan aroma yang sama tersebut, maka bunga Rosemary juga ternyata ampuh untuk mengusir nyamuk. Bunga Rosemary ini dapat ditanam langsung di tanah ataupun di pot. Namun pastikan agar selalu mendapatkan cahaya matahari serta air yang cukup agar pertumbuhannya bisa berjalan dengan baik. Selain bunganya, Anda juga dapat menggosokkan daunnya ke kulit agar terhindar dari gigitan nyamuk ketika pergi keluar rumah. 

4. Zodia 
Pada kita orang Malaysia mungkin jarang atau tidak kenal akan tumbuhan ini. Teteapi bagi orang Papua tanaman Zodia pasti sudah tidak asing lagi di telinga mereka. Ini kerana dikalangan orang Papua biasanya mengambil daun Zodia dan kemudian mereka akan menggosokannya ke tubuh mereka sebelum berburu ke dalam hutan (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana pada daun tumbuhan ini ada bau atau aroma pokok  Zodia ini terbukti dapat melindungi mereka dari gigitan serangga dan nyamuk. Tumbuhan Zodia sendiri merupakan daun pengusir nyamuk yang memiliki bahan kandungan seperti Evodiamine dan Rutaecarpine. Keduanya merupakan zat yang sangat tidak disukai oleh nyamuk dan serangga. Selain digosokkan ke kulit, tanaman asli Indonesia ini juga dapat ditanam di dalam pot agar aromanya dapat terbawa oleh hembusan angin. 


5. Citrosa Mosquito 
Dari namanya saja mungkin kita sudah dapat meneka jika tumbuhan ini ada sangkut pautnya dengan nyamuk. Tumbuhan dikenali dengan nama Citrosa Mosquito merupakan salah satu tanaman yang mampu mengusir nyamuk terbaik sebab mampu mengeluarkan aroma lemon yang sangat kuat (Sila lihat foto disebelah). Selain nyamuk didakwa terdapat berbagai banyak serangga lain yang tidak suka dengan aroma yang dikeluarkan oleh tumbuhan tersebut. Citrosa Mosquito merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari negara Belanda. Cara menanam tumbuhan ini juga cukup mudah iaitu dengan hanya dengan menanam , menyiram dan memberinya sinar matahari secara teratur. Sayangnya tumbuhan ini masih jarang di tanam di Malaysia dan sebaiknya harus diimport dari negara asalnya tersebut untuk mendapatkan menafaatnya. Artikel ini bersambung pada tajuk yang sama dalam Part 2. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
SERANGGA NYAMOK... ADA BAHAYA...
PERLU DIKAWAL... DIMANA SAHAJA...
MUSNAH PEMBIAKAN...SENTIASA...
TANAM POKOK... MENGHALAU SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Mlaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Muharam 1438H)
From Room 2020, Mariott Hotel Nanning, China

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...