Pokok Bunga Tanjung ini tergolong dalam keluarga Sapotaceae dimana asalnya ia adalah sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di tepi pantai, kawasan berbatu dan dalam hutan. Pokoknya boleh mencapai ketinggian sekitar 3 meter dan boleh menghasilkan batang atau kayu balak sepanjang 15 - 20 meter. Pokok tanjung menghasilkan banir yang sangat kecil atau besar sehingga 2 meter tinggi dalam keadaan biasa. DIlihat pada bahagian daun pokok tanjung adalah dari jenis ringkas diman ia mempunyai susunan bersilang-seli dan bahagian tepi daun beralun-alun dan bengkok ke atas. Daunnya licin dan ia berkilat. Bunganya pula ada jenis dwijantina dimana dilihat yang bunganya berwarna putih dan bercampur kuning. Apa pun lazimnya bunganya ini dihasilkan secara tunggal atau dalam jambak kecil. Pokok bunga tanjung dilaporkan ia ada buah dimana buahnya jenis beri berbentuk bujur telur. Apa pun selalunya sebelum matang, buahnya berwarna hijau dan ia kemudian akan bertukar kepada warna oren dan merah setelah masak. Apabila matang dimana buahnya rasa manis dan mempunyai kandungan bahan 'Astringen'. Astringen ini adalah bahan yang boleh bertindak sebagai agen yang boleh mengecutkan tisu dan protein pada kulit dan lendir. Dalam pada itu bunga pokok tanjung mengandungi bahan minyak mudah meruap manakala bijinya pula ia mengandungi minyak tidak boleh meruap. Kulit pokok bunga tanjung ia ada banyak mengandungi unsur tanin dan sedikit alkaloid sementara pada pokoknya pula mengandungi saponin. Bahagian kayu yang diambil daripada pokok bunga tanjung adalah dalam kategori sungguh keras, kuat dan berkualiti tinggi. Spesies tanaman ini disukai oleh ramai orang kerana ia mepunyai haruman yang manis dan segar dimana aroma ini adalah memberikan keselesaan. Selain itu ada di laporkan kalau bunga tanjung juga ia merupakan bunga wilayah Yala di Thailand. Dalam pada itu bunga tanjung adalah sejenis pokok hiasan yang sangat popular di Malaysia kerana keharuman bunganya yang tetap wangi walaupun setelah kering.
Pokok Bunga Tanjung ialah pokok malar hijau yang rendang dan berkayu keras, mencapai ketinggian 9 -18 meter dimana ia sering dijadikan peneduh. Ciri utamanya ialah ia dapat menghasikan bunga kecil berwarna putih krim, berbau sangat wangi, berbentuk bintang dan mekar waktu senja. Ia juga menghasilkan buah kecil berbentuk bujur yang bertukar jingga apabila masak dan dilaporkan ia juga boleh dimakan. Dijelaskan lagi akan ciri-ciri terperinci pokok bunga tanjung terutama Bahagian Bunga dimana ia emang berbau sangat harum dan wangi, bertahan lama walaupun telah kering dengan ukurannya bersaiz kecil (kira-kira 1.2 cm). Ia juga berbentuk seperti bintang serta selalunya ia berwarna putih atau krim dan biasanya mekar pada waktu senja dan mengeluarkan bau wangi. Pokok bunga tanjung adalah dari jenis pokok malar hijau (sentiasa hijau), berkayu keras dan tumbuh rendang dimana di kawasan taman rekreasi, di tpi jalan dan premis bangunan akan ditanam agar menjadikannya pokok peneduh yang baik. Daunnya berbentuk bujur berwarna hijau berkilat dan rimbun. Apa pun pokok bunga tanjung ini akan menghasilkan buah bila matang dimana buahnya selalu berbentuk bujur kecil (seperti bola ragbi kecil) dengan panjang sekitar 3 cm. Selalunyanya buah yang masih muda ia berwarna hijau dan bertukar menjadi jingga atau merah apabila masak dimana dilaporkan ia mempunyai rasa yang manis dengan ada sedikit kelat. Kegunaan: Bunga sering digunakan sebagai hiasan rambut, hiasan kepala tradisional, dan dalam upacara keagamaan. Ia juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat ruam, sakit kepala, dan cirit-birit. Tanaman pokok bunga tanjung memerlukan banyak cahaya matahari penuh dan air secara sederhana. Paling orang suka pokok bunga tanjug ini sebab keharuman dan baunya yang manis dan sangat harum sering dikaitkan dengan pelbagai lagu tradisional dan puisi Melayu. Dalam perubatan tradisional dimana air rebusan kulit kayu atau bunganya sering digunakan dalam rawatan cara tradisional untuk merawat sakit gigi atau sebagai ubat kumur. Pucuk mudanya juga ia boleh dimakan sebagai ulaman yang enak bersama sambal dan nasi putih. Dilaporkan dimana reka bentuk bunga ini sering dijadikan inspirasi dalam seni kraf tangan seperti ukiran kayu atau barang kemas di Habib Jewels. Ada lagenda tersendiri bung aini iaitu kisah rakyat atau legenda yang mengaitkan bunga ini dengan kesetiaan dan penantian seperti kisah Gadis Bunga Tanjung di Kedah.
Dalam industri kraf dimana Bunga Tanjung selalu ia di jadikan bahan rujukkan. Bunga tanjung bersifat bulat dan kecil dimana kelopak bunga ini halus dan panjang dengan berwarna putih dan berbau wangi menjadi kesukaan ramai. Selalunya bunga tanjung ini sering digunakan sebagai hiasan tradisional bagi kaun wanita zaman dahulu dengan cara memakainya pada sanggul. Sanggul atau 'kundai' atau 'ban rambut' ialah gaya rambut di mana rambut ditarik ke belakang, dipintal dan dibalut menjadi bentuk bulat dan ia biasanya di belakang kepala, atas kepala atau di tengkuk. Ia diikat menggunakan getah, penyepit, atau pin, serta sering digunakan untuk dilihat kekemasan atau fesyen tradisional. Jenis dan Ciri sanggula ada banyak bentuk sama ada ia boleh jadi bulat, tinggi (seperti donat), atau sanggul rendah yang longgar. Apa pun selalunya penggunaan untuk majlis rasmi, tarian tradisional atau santai dan ada gunakan bunga tanjung sebagai hiasan dan aroma wangi. Bunga Tanjung adalah bunga klasik berbau harum yang sering dijadikan hiasan sanggul tradisional Melayu yang boleh melambangkan keanggunan, kesopanan dan budi pekerti halus wanita. Bunganya yang putih kekuningan, kecil, dan berbau wangi sering dirangkai atau dicucuk pada sanggul, di samping digunakan dalam majlis adat dan bunga rampai. Apa pun dalam kegunaan tradisional dimana hiasan sanggul dengan gunakan Bunga Tanjung sering dirangkai menjadi rantai atau dicucuk menggunakan tali pada sanggul dimana ia juga seringkali menggunakan batang pisang sebagai tapak. Memang kelebihan bunga tanjung adalah bau atau aroma bila ciri keharuman bunga ini digunakan sebagai pewangi semula jadi pada rambut. Ia mnjadi simbolik apabila didalam budaya Melayu ia dikaitkan dengan keharuman budi dan keanggunan, malah menjadi motif popular dalam seni ukiran dan tenunan. Ia popular dalam majlis pernikahan dan adat istiadat, serta pernah menjadi calon bunga kebangsaan Malaysia. Selain di Malaysia, bunga tanjung juga dikenali dalam tradisi lain sebagai simbol kesetiaan iaitu seperti dalam hiasan pengantin Sunda. Keharuman bunganya pula digunakan sebagai pewangi. Bunga Tanjung juga berguna mengandungi minyak pati yang berwarna kuning muda kehijauan yang boleh digunakan dalam perawatan. Motif Bunga Tanjung lahir dari sifat kelopaknya yang membujur dan menganjur keluar. Biasanya terdapat anatra 12 hingga 14 belahan kelopak. Setiap 3 kelopak bercantum dalam bentuk empat penjuru. Motifnya diolah dari sudut empat penjuru itu menjadi empat persegi dengan petak-petak kecil seperti membentuk kelopak bunga. Motif Bunga Tanjung biasanya terdapat dibahagian badan kain yang disusun sama ada secara corak bertabur atau bercorak penuh. Motif Bunga Tanjung boleh digunakan di bahagian kepala kain dan punca kain. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...




