Thursday, September 19, 2024

KELADI BUNTING VS BUNTIL DAUN KELADI

KELADI BUNTING DAN BUNTIL DAUN KELADI
adalah dua perkara yang berbeza kepada tanaman Keladi (Colocasia esculenta) daripada famili Araceae. Aktiviti menanam keladi seperti jenis Keladi Cina dilihat ia 
adalah menguntungkan jika dilakukan dengan skala komersil. Ia juga merupakan sejenis tanaman umbisi yang di percayai berasal dari Malaysia atau India yang hidup subur di kawasan rendah (khususnya tanah gambut) dan mempunyai saliran yag baik seperti di kawasan tanah gambut sederhana dalam. Keladi adalah tumbuhan umbisi dari keluarga Araceae. Tanaman Keladi juga di panggil Taro (Indonesia), Callalo, Coco dan Cocoyam digunakan sebagai sumber makanan ramai penduduk semanjak dulu kala. Keladi mengandungi banyak zat mineral dan vitamin seperti Thiamin, Riboflavin, Zink, Posforus, Kalium, Manganese dan juga Zat Besi. Kandungan vitamin pula seperti Vitamin C, Niacin, B6 dan juga asid Oksalik. Keladi mempunyai sumber Kanji yang sangat tingggi. Dibeberapa negara seperti Irian Jaya, Papua New Guinea, Timor Leste dan beberapa masyarakay di Afrika menjadikan keladi sebagai makanan ruji mereka. Ini telah menjadikan tanaman keladi amat penting dinegara mereka dengan ditanam untuk sumber makanan negara. Keluasan tanaman keladi di Malaysia sekitar 890 hektar dengan pengeluaran sebanyak 7,153 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian 2023). Aantara negeri yang banyak menanam keladi adalah seperti Johor, Selangor, Sarawak dan juga di Sabah. Kebanyakan tanaman keladi adalah dikawasan tanah gambut walau pun ada segelintir petani menanam ditanah mineral. Penanaman keladi juga dijalankan secara monokrop dan juga secara tanaman campuran dengan tanaman makanan lain. Pasaran keladi adalah untuk bekalan domestik dan juga dieksport keluar negara terutama ke Singapura. Artikel pada kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perbezaan diantara perkataan Keladi Bunting dengan Buntil Daun Keladi untuk ianya jadi dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Pertama penulis blog konsikan akan istilah 'Buntil Daun Keladi' yang menjadi kesukaan penulis sejak zaman kanak-kanak lagi di Kampong di Muar, Johor dalam komuniti masyarakat Jawa yang suka membuatnya. Makanan tradisional ini memang enak dimakan bila-bila masa terutama waktu makan tengahari dan ia masuh suam panas baru di masak. Ia sesuai di akan begitu sahaja atau di jadikan lauk bersama nasi putih juga. Apa pun ia jarang di jual di pasar malam, restoren atau mana-mana premis dan terpaksalah membuatnya sendiri jika mengidam atau kempunan. Menarik saya kongsikan resepi yang selalu arwah ibu membuatnya dikapong dahulu. Bahan bagi membuat 
Buntil Daub Keladi (ada yang guna daun ubi kayu, daun lain yang sesuai), 1/2 biji kelapa parut putih yang muda dan basah, 10 biji cili padi ( jika suka pedas boleh di tambahkan), 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih
segengam ikan bilis yang di rendam, 2 inci kunyit , sedikit lengkuas, 1 c.makan ketumbar dan juga secubit jintan putih (yang halus), 1 sudu teh pes asam jawa, 1/2 suduteh garam
2 ekor ikan masin kembung (perlu di potong dua) dan juga 2 helai daun keladi muda yang belum kembang besar Apa pun perlu ada ilmu dan kesabaran untuk mebuatnya dimana cara-caranya dengan menumbuk cili padi, garam, bawang2 , kunyit, lengkuas, ketumbar jitan dan ikan bilis sampai semua lumat. Kemudian perlu digaulkan bahan tumbuk dengan kelapa parut dimanan perlu ditambah sedikit isi asam jawa (buang bijinya) dan perlu ia dibiarkan sebentar. Seterusnya ambil 2 helai daun keladi dan isi dengan sebahagian kelapa tadi dan kemudian diambil sehelai daun lagi dan bubuh lagi sedikit kelapa dan ikan berselang seli dengan dibuat 3/4 lapis (lagi tebal penulis blog lagi suka dan enak dimakan). Kemudian dilipatkan kekiri dan kanan daun keladi ke dalam bersama-sama seperti melibat tepi kuih dadar dan akhirnya di gulung dengan kemas. Pastikan isi buntil ini tidak terkeluar-keluar dan sentiasa di kemaskan dengan menambahkan helaian daun di bahagian luar. Ikat gulungan buntil dengan tali rafia pada beberapa bahagian sehingga seua inti dan daun keladi habis. Didihkan air dan bila mendidih masukan buntil dan rebus selama 2 jam dengan api sederhana dan kepingan daun keladi menjadi lembut. Bila sudah masak di toskan dan sedia untuk dihidangkan untuk dinikmati. Ada ka kalau tersilap ambil daun keladi akan ada rasa gatal di tekak juga.


Buntil Daun Keladi
adalah sejenis makanan yang enak sedangan istilah Keladi Bunting adalah sejenis tumbuhan akuatik yang menjadi masaalah kepada pertanian. Apa pun saya sudah posting beberapa tulisan mengenai tentang keladi bunting pada Febuari 2020 dimana boleh di akses dengan pautan (Sila Klik Disini) untuk membacanya. Popular dengan beberapa nama diman ada yang gelarnya sebagai 
Keladi bunting, Kemeling telur, Lembayung atau Bunga Jamban dengan nama saintifik sebagai Eichhornia crassipes. Pada penulis blog yang selalu jumpa tumbuhan ini dimana sahaja mendapati dimana ia adalah sejenis pokok bunga berwarna putih ungu daripada keluarga Pontederiacea. Ia tumbuh asal di lembangan Amazon dan merupakan spesies ceroboh di tempat-tempat lain. Tumbuhan ini boleh membiak dengan banyak dan menyebar cepat di kawasan berair tenang seperti tasik tanpa haiwan kawalan biologi. Ia boleh menjadi rumpai yang sukar dihapuskan kerana bersaing dengan tumbuhan dan alga asli lain merebutkan sumber mineral, cahaya matahari dan sebagainya. Anak tumbuhan ini boleh menutupi permukaan air lalu membantutkan pertumbuhan organisma dan alga dalam air mengganggu ekosistem tersebut. Pokok ini mempunyai batang yang tak nyata, tangkai daun yang bergabus dan boleh membesar untuk menyimpan air. Daunnya berbentuk C dan mempunyai lapisan permukaan daun seperti lilin. Ia membiak secara vegetatif dan anak pokok akan tersebar apabila terpisah dari pokok induk. Menyentuh mengenai kegunaan dimana disesetengah tempat iaitu bunga ini digunakan iaitu semasa keramaian dengan disemat di baju batik. Untuk mendapatkan bunga ini pokok keladi bunting ini perlu ditanam di permukaan air (dijadikan satu industri di Thailand, China dan Vietnam) kerana tumbuhan ini adalah a amat cepat membiak dimana ciri bunganya mudah diperolehi. Memang ada orang memakannya kerana enak dan paling selalu di gunakan sebagai makanan ternakan. Ada yang menjadikan keladi bunting sebagai agen tumbuhan yang mampu untuk merawat kandungan logam berat dalam sistem akuatik dan bahan buangan seramik serta sebagai bahan bakar. Oleh kerana kehadiran keladi bunting sebagai 'pest' maka aktiviti kawlan mesti dilakuan. Selalunya kaedah penggunaan mesin mekanikal memakan kos yang tinggi, manakala penggunaan racun akan merosakkan ekosistem kerana ia tumbuhan akuatik. Kegagalan menangani pokok ini pula akan selalu ia mampu untuk mendatangkan bencana seperti banjir apabila ia menutup aliran air keluar dari sistem pengairan. Akibat daripada cuasa dan berlaku penambahan hujan yang lebat banjir boleh berlaku dimana pokok keladi bunting boleh menghalang laluan air terutama di kawasan sawah, tasek dan sungai.


Menarik fakta dalam bharian.com bertajuk '
Kaji manfaat keladi bunting untuk sumber ekonomi' untuk dikongsikan dengan pembaca blog semua. Kisah dari Mukah di Sarawak dimana isu keladi bunting atau nama saintifiknya 'Elichhornia crassipes' yang bunganya berwarna ungu mampu menarik perhatian orang ramai terutamanya di beberapa lokasi di Semenanjung. Namun bagi penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Oya di Dalat risu apabila kehadiran banyak tumbuhan akuatik yang terapung di permukaan itu sangat tidak dialu-alukan. Dilaporkan yang tumbuhan ini ia membiak dengan cepat itu mendatangkan masalah kepada penduduk yang masih menggunakan perahu sebagai pengangkutan. Apa pun berikutan membiak dengan cepat, tumbuhan itu akan menutupi laluan sungai sekali gus menyukarkan penduduk untuk melaluinya dan paling membimbangkan buaya menjadikannya sebagai tempat persembunyian. Kini sebagai penyelesaian jangka pendek bagi menangani masalah keladi bunting, pelbagai usaha dijalankan antaranya penduduk bergotong-royong mengutipnya dan selain itu, kontraktor turut untuk melakukan pemusnahan tumbuhan itu dalam skala besar. Prestasi kontraktor yang bertanggungjawab melakukan pemusnahan sudah mengumpul sebanyak 1,895 metrik tan tumbuhan itu. Tinjsusn olrh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah nyatakan dimana kaedah itu bagaimanapun tidak mampu membebaskan sepenuhnya Sungai Oya daripada keladi bunting yang dipanggil 'teparok' dalam bahasa tempatan Dalat. Pihaknya sudah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) untuk mencari kaedah sesuai sebagai penyelesaian jangka panjang masalah itu. Mereka akan berbincang dengan dua pihak terbabit bagi menjalankan kajian apakah langkah yang perlu diambil termasuk mengkaji apakah manfaat ekonomi yang boleh dikembangkan daripada tumbuhan itu. Kajian itu akan meneliti kesesuaian tumbuhan itu untuk dijadikan makanan haiwan atau diproses menjadi baja kompos. Pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) juga sudah menjalankan penyelidikan untuk mengurangkan kesan tumbuhan itu terhadap ekosistem marin di Sungai Oya. Jika keladi bunting sesuai untuk diproses menjadi baja atau makanan haiwan, ia sekali gus membuka peluang ekonomi kepada penduduk.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!
NAMA MAKANAN... BUNTIL ENAKNYA...
IDI IKAN DAN KELAPA...DI MASAKNYA...
KELADI BUNTING... BERLAINAN DIA...
PERLU DI KAWAL... ANCAM BAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(Full Moon 15 Rabiulawal 1446H).

Wednesday, September 18, 2024

FAKTA LENGKAP KETUMBAR (PT 3)

KETUMBAR
(Coriandrum sativum) merupakan sejenis herba atau tanaman dari keluarga Apiaceae yang dikategorikan sebagai tanaman rempahratus dimana kalangan rakyat Maaysia selalu membeli biji ketumbar atau daun ketumbar. Apa pun bagi penulis blog dimana tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Eropah Selatan, Benua Afrika Utara dan Kawasan Asia Barat. Rakyat Malaysia menggunakan ketumbar dalam bentuk biji ketumbar dan juga daun ketumbar dalam makanan mereka. Sealaunya dalam kuliner masakan ada rasa ketumbar mesti ada dimana ia ia sealalu disimpan di dapur kerana khasiatnya dan memberikan rasa makanan yang sangat lazat. Nama lain bagi tumbuhan ini seperti Ketumbar (Malaysia atau di Indonesia), Coriander or Chinese Parsley (English), Cilantro (USA), Dhania (India), Phak Chee (Thailand) dan berbagai lagi. Tanaman Ketumbar bukan tanaman popular di Malaysia untuk menghasilkan bijirin ketumbar tetapi ia ada ditanam terutama dikawasan tanah tinggi untuk menghasilkan daun ketumbar bagii tujuan masakkan. Kajian penulis mendapati tidak ada maklumat rasmi mengenai tanaman ketumbar di Malaysia setiap tahun kerana ia amat kecil dan kurang signifikan dikumpulkan. Daun ketumbar ada dijual sebagai 'daun ketumbar segar' untuk bahan masakkan. Tumbuhan ketumbar adalah satu jenis tumbuhan yang lembut dengan ketinggian mampu mencapai sehingga 50 cm dengan batang yang lembut. Daun ketumbar berwarna hijau, bergigi dan berbentuk 'open lobed' serta berbagai bentuk lain. Daun ketumbar mempunyai aroma yang kuat dan sering dijadikan ramuan penting masakan Thai Tomyam atau nasi minyak. Batang Ketumbar berwarna hijau yang sederhana lembut. Bunganya berwarna putih atau merah jambu yang lebar 5-6 cm dan lebar 2-3 cm. Akar ketumbar seperti 'annual herbs' yang lain mempunyai akar serabut. Komponen terpenting ketumbar adalah bijinya yang buat berwarna cokklat kekuningan bersaic garispusat 1-2 mm. Biji-biji ketumbar kering merupakan bahagian yang dikomersilkan sebagai produk ekspot beberapa negara pengeluar didunia. Saya ada meulis mengenai ketumbuar sebelum ini dengan boleh di rujuk dengan pautan (Sila Klik Disini). Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta menarik tentang sebagai bahan pembacaan dan rujukkan semua.


Walau pun dalam Part 2 di kongsikan fakta akan khasiat dan manafaat mengambil daun ketumbar kepada kesihatan akan tetapi ada juga kajian bagaimana l
angkah berjaga-jaga jika mengambil Ekstrak Ketumbar. Dilaporkan dimana ketumbar dan ekstraknya mungkin sangat berkesan untuk menurunkan tekanan darah manusia sehingga boleh mengganggu pengambilan beberapa jenis ubat tekanan pesakit. Isu ini mungkin boleh mengakibatkan tekanan darah yang sangat rendah atau ia di dalam bahasa knilonal di pnanggil sebagai 'hipoglikemia'. Beberapa gejala apabila berlaku keadaan masaalah hipoglikemia termasuk pening kelapa, rasa kebimbangan, rasa berdebar-debar, rasa berpeluh dan rasa seakan kelaparan. Ini menyebabka pesakit akan perlu mendapatkan makanan atau jika serius perlu mendapatkan rawatan segera dengan doktor. Apa pun adalah lebih baik untuk mengambil hanya sedikit ketumbar setiap hari dan lebih sedikit jika sesiapa merancang untuk menggunakan bentuk ekstrak herba ini. Pastikan sentiasa memantau tahap tekanan darah anda dan melaporkan sebarang isu kepada doktor yang mungkin menasihatkan agar tidak meneruskan pengambilan ekstrak ketumbar setiap hari jika ia menjejaskan tekanan anda terlalu banyak. Dalm pada itu ada Amalan Mengambil Teh Daun Ketumbar. Diaporkan dimana kepada sesiapa yang tidak suka tekstur daun ketumbar dalam segar ada dalam masakan dan sebagai hiasan maka disyorkan agar meminum teh daun ketumbar sahaja. Meminum teh daun ketumbar bertujuan untuk meningkatkan kesihatan juga. Ia juga amat mudah disediakan dan mempunyai banyak kelebihannya jika diamalkan sebagai minuman sihat meminum teh daun ketumbar setiap hari. Resepi ini menggunakan asas bahan-bahan iaitu 4-5 helai daun ketumbar, 1 bunga lawang, 1 secubit kunyit an 1.5 cawan air. Cara membuatnya dengan mendidihkan air dalam periuk dan selepas seminit maka boleh dimasukkan bunga lawang dan kunyit. Biarkan mendidih selama seminit kemudian masukkan daun ketumbar. Tutup dengan tudung dan biarkan ia masak selama 2-3 minit dan boleh dimatikan gas dan tuangkan ke dalam cawan. Ia juga boleh diminum dengan cara menambah pemanis semulajadi jika mahu. Meminum teh daun ketumbar masih kurang diamalkan di kalangan orang Malaysia agaknya.


Apakah dia asas kepada p
erbezaan Ketumbar Dengan Herba Lain sesuai di kongsikan. Jika membandingkan diantara Herba Parsley Vs Cilantro dilaporkan ada tiga (3) asas kelainan iaitu RUPA, RASA dan BAU. Dari segi rupa dilaporkan yang Parsley ialah tumbuhan kecil berwarna hijau gelap dengan daun kerinting, manakala daun ketumbar adalah hijau yang lebih cerah dan mempunyai penampilan yang lebih berbulu. Ciri kelainan lain iaitu Rasa dimana apabila bercakap tentang rasa didapati daun pasli lebih lembut daripada ketumbar. Ia juga mempunyai rasa sedikit berumput dengan sedikit kepahitan. Ketumbar segar, sebaliknya, mempunyai rasa yang kuat yang sesetengah orang menggambarkan sebagai 'sabun'. Akhirnya adlah perbezaan dari segi bau dimana daun pasli segar mempunyai bau yang ringan dan tanah manakala ketumbar segar boleh menjadi agak pedas. Seterusnya dibincangkan apakah dia berbezaan BIJI KETUMBAR dengan DAUN KETUMBAR secara betul. Apa pun dilihat dmana kedua-dua adalah berasal dari tumbuhan yang sama iaitu Coriandrum sativum. Di Amerika Syarikat mereka menggunakan istilah 'ketumbar' untuk merujuk kepada daun dan batang tumbuhan manakala biji ketumbar merujuk kepada biji keringnya. Tetapi di peringkat antarabangsa dimana istilah itu diterbalikkan iaitu dengan ketumbar digunakan untuk daun dan batang dan biji ketumbar merujuk kepada benih keringnya. Ciri-ciri berbeza biji ketumbar dan ketumbar telah menyebabkan orang ramai menggunakannya secara berbeza dalam resipi masakan di seluruh dunia. Apa pun rasa citrus daun ketumbar yang mana ia menyegarkan telah menjadikannya sebagai hiasan biasa dalam masakan Amerika Selatan, Mexico, Asia Selatan, Cina dan Thai. Apa pun daun ketumbar segar yang penulis blog lihat di Asia dan Malaysia adalah ia biasanya ditambah sejurus sebelum dihidangkan disebabkan tambahan daunini adalah kerana ada panas haba didakwa ia boleh mengurangkan rasanya dengan cepat. Dalam dunia masakan sebenarnya daun dan biji eketumbar berlainan cara menggunakannya. Ini kerana kedua profil rasa yang berbeza dimana biji ketumbar dan daun ketumbar tidak boleh digunakan secara bergantian. Apa pun dilaporkan yang daun ketumbar mempunyai tahap vitamin yang lebih tinggi akan tetapi hanya ada tahap mineral yang lebih rendah. Sebaliknya dalam biji ketumbar dilaporkan ia mempunyai kadar vitamin yang lebih rendah akan tetapi lebih banyak mineral.


Penting mengetahui fakta bagaimana hendak menanam Ketumbar di dalam rumah sendiri yang sesuai di lakukan. Secara umum dimana tanaman ketumbar tumbuh subur dalam suhu antara 17° - 27°Celcius. Ketumbar lebih baik disemai terus dalam pasu daripada menanamnya dalam dulang benih dan kemudian memindahkan pucuk. Cara menanam ketumbar di bawah sinar matahari penuh dan tanah yang dikeringkan dengan baik dengan pH 6.2 hingga pH6.8. Taburkan biji ketumbar kira-kira setengah hingga satu inci dalam tanah. Jarakkan benih pada jarak kira-kira 6 inci. Tekan tanah di atas benih dan tutup dengan lapisan sungkupan halus setengah inci dan di siram air dengan teliti iaitu menyiram tumbuhan dalam tempoh kering. Pastikan anda tidak menyiram tanaman secara berlebihan untuk mengelakkan reput akar. Saliran tanah yang baik adalah penting untuk memastikan kesihatan akar yang sihat kerana ketumbar mempunyai akar tunjang yang dalam. Selalunya proses percambahan ketumbar mengambil masa sehingga 2-3 minggu. Ingatlah untuk menipiskan pokok muda pada jarak 20 cm untuk membolehkan mereka membesar dengan saiz penuh. Untuk memanjangkan penuaian ketumbar, kerap potong batang lembut, putar tanaman semasa anda menuai. Apa pun setiap kali hendak masak menu seperti Tomyam, sudah pastinya akan menggunakan daun ketumbar sebagai ‘penghias’ di waktu akhir supaya masakan menjadi wangi. Begitu juga dengan masakan lain khususnya Masakan Thai dimana penggunaan daun ketumbar sangat penting tetapi setiap kali nak masak mesti kena beli daun ketumbar yang baharu. Mudah untuk menanam pokok ketumbar ini di rumah dan ia tidak semestinya perlu membeli anak pokok untuk disemai, anda juga boleh menggunakan biji ketumbar untuk mencambahkan benih dan pokok. Mudah sahaja rupanya, jadi tak perlu lagi susah-susah nak beli daun ketumbar yang baharu setiap kali hendak masak. Apa pun bahan-bahan yang digunakan pun tidak susah. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengambil 1 gengam biji ketumbar dan direndam selama 5 jam. Kemudian bijji ini ditabur atas tanah (tanah yang subur main peranan juga ye, pakai tanah hitam atau tanah kompos kalau di Malaysia. Apa pun lselepas buat batas sebaiknya benih jangan tekan ke dalam tanah dan perlu hanya ditabur. Kemudian diambil gengaman tanah lain tabur nipis sahaja untuk tutup lapisan atas dan kemudian siram. Terus meletak bekas tanaman ketumbar ini dalam kawasan ada cahaya  matahari selepas semai dan ia tidak perlu letak tempat redup. Perlu ingat dimana siram selalu kerana ketumbar suka air akan tetapi  jangan sampai air bertakung. Apabila tumbuh subur maka daun pokok ketumbar dan boleh digunakan dalam masakan.  Artikel ini adalah ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

NAMANYA KETUMBAR...SELALU DIGUNA...
PERASA MASAKAN... ENAKKAN CITARASA...
MEMANG MUDAH DI BELI...DIMANA SAJA...
TANAM SENDIRI... IA MUDAH CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 RabiulAwal 1446H). 

Tuesday, September 17, 2024

FAKTA LENGKAP KETUMBAR (PT 2)

KETUMBAR
(Coriandrum sativum) merupakan sejenis herba atau tanaman dari keluarga Apiaceae yang dikategorikan sebagai tanaman rempahratus dimana kalangan rakyat Maaysia selalu membeli biji ketumbar atau daun ketumbar. Apa pun bagi penulis blog dimana tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Eropah Selatan, Benua Afrika Utara dan Kawasan Asia Barat. Rakyat Malaysia sering menggunakan ketumbar dalam bentuk biji ketumbar dan juga daun ketumbar dalam makanan mereka. Sealaunya dalam kuliner masakan ada rasa ketumbar mesti ada dimana ia ia sealalu disimpan di dapur kerana khasiatnya dan memberikan rasa makanan yang sangat lazat. Nama lain bagi tumbuhan ini seperti Ketumbar (Malaysia atau di Indonesia), Coriander or Chinese Parsley (English), Cilantro (USA), Dhania (India), Phak Chee (Thailand) dan berbagai lagi. Tanaman Ketumbar bukan tanaman popular di Malaysia untuk menghasilkan bijirin ketumbar tetapi ia ada ditanam terutama dikawasan tanah tinggi untuk menghasilkan daun ketumbar bagii tujuan masakkan. Kajian penulis mendapati tidak ada maklumat rasmi mengenai tanaman ketumbar di Malaysia setiap tahun kerana ia amat kecil dan kurang signifikan dikumpulkan. Daun ketumbar ada dijual sebagai 'daun ketumbar segar' untuk bahan masakkan. Tumbuhan ketumbar adalah satu jenis tumbuhan yang lembut dengan ketinggian mampu mencapai sehingga 50 cm dengan batang yang lembut. Daun ketumbar berwarna hijau, bergigi dan berbentuk 'open lobed' serta berbagai bentuk lain. Daun ketumbar mempunyai aroma yang kuat dan sering dijadikan ramuan penting masakan Thai Tomyam atau nasi minyak. Batang Ketumbar berwarna hijau yang sederhana lembut. Bunganya berwarna putih atau merah jambu yang lebar 5-6 cm dan lebar 2-3 cm. Akar ketumbar seperti 'annual herbs' yang lain mempunyai akar serabut. Komponen terpenting ketumbar adalah bijinya yang buat berwarna cokklat kekuningan bersaic garispusat 1-2 mm. Biji-biji ketumbar kering merupakan bahagian yang dikomersilkan sebagai produk ekspot beberapa negara pengeluar didunia. Saya ada meulis mengenai ketumbuar sebelum ini dengan boleh di rujuk dengan pautan (Sila Klik Disini). Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta lengkap menarik tentang sebagai bahan pembacaan dan rujukkan semua.


Fakta yang menarik apakah dia Faedah Kesihatan Daun Ketumbar sesuai di bincangkan kali ini. Pertama di laporkan dimana daun dan biji ketumbar mampu menjadikan Mata Penglihatan Sihat. Dalam ilmu perubatan tradisional di laporkan orang dulu akan memasukkan ketumbar dalam makanan yang diambil bertujuan untuk mata yang sihat. Ini kerana daun ketumbar mengandungi jumlah Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan karotenoid yang sangat baik, yang boleh membantu menggalakkan penglihatan yang baik. Diantara resepi kegemaran penulis blog adalah Ayam Masak Ketumbar (Sila lihat foto disebelah).
Bahan-bahan diperlukan adalah 1/2 ekor atau 800g potongan ayam, 1 sudu kecil (sk) garam, 1 sk serbuk kunyit, 2-3 biji bawang merah kecil, 4 ulas bawang putih, 1/2 inci halia, 2 sb sos tiram, 2 sb kicap manis, 5 tangkai cili padi, 2 sb ketumbar, Sedikit air (untuk kuah), 3 tangkai cili merah, 1/2 biji bawang besar serta daun bawang atau daun ketumbar untuk hiasan. Cara penyediaan adalah dengan menggaul ayam dengan garam dan kunyit dan diketepikan dan perap ayam dulu. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia dan potong kasar bawang holland dan cili besar untuk taburan akhir. kemudian disangai ketumbar sampai naik bau, tuang masuk dalam lesung batu dan tumbuk sederhana halus. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Apabila ayam dah separuh masak, boleh keluarkan dan ketepikan dulu. Keluarkan minyak ayam goreng (kalau rasa banyak). Tumis bawang dan halia tumbuk tadi dimana bila bahan tumis dah garing, masukkan cili padi, sos tiram dan ayam goreng. Tambah kicap manis, biji ketumbar tumbuk dan air (untuk kuah). Tutup tudung kuali dan biar ayam masak sebati dengan kuah. Akhir sekali tabur bawang holland, cili merah dan daun sup untuk hiasan. Apa pun sebagai petua dan tips dimana jangan goreng ayam penuh kuali nanti ayam lambat masak dan lambat garing dan seeloknya split 2 dan masak sikit-sikit.Kajian juga telah mengesahkan bahawa pengambilan harian ketumbar boleh membantu melambatkan degenerasi makula berkaitan usia (ARMD) dan juga menyembuhkan konjunktivitis. Hidangan ini memang enak dimakan semasa tengahari atau waktu lain.


Kehebatan daun ketumbar yang kedua adalah ketumbar membantu
Menyokong Imuniti TubuhDaun ketumbar kaya dengan Vitamin C dan Vitamin E dan kedua-dua nutrien ini bersama-sama Vitamin A boleh membantu meningkatkan sistem imuntit secara beransur-ansur. Vitamin C boleh menjadikan sel darah putih berfungsi dengan berkesan dan juga membantu dalam penyerapan zat besi. Ketiga adalah dimana daun ketumbar akan membantu membantu dalam menguruskan Tahap Gula Darah dalam badan. Dilaporkan dimana warna hijau terang ketumbar adalah disebabkan oleh kehadiran antioksidan yang didakwa ia boleh membantu menggalakkan aktiviti enzim. Kesannya dimana ia merangsang rembesan insulin yang boleh menurunkan paras gula dalam darah. Menambah ketumbar pada setiap hidangan atau minum air yang diselitkan ketumbar setiap hari mungkin bermanfaat untuk orang yang mengalami paras gula darah tinggi. Keempat kehebatan fakta dan manafaat ketumbar adalah dilaporkan ia boleh membantu menurunkan Kolesterol Jahat dalam badan. Kini dalam gaya hidup hari ini dilaporkan setiap orang ketiga mengalami masalah kolesterol tinggi. Sesiapa yang mengambil secara tetap daun ketumbar didakwa ia boleh membantu mengurangkan kolesterol LDL (buruk) dan boleh meningkatkan kolesterol HDL (baik). Kelima adalah ketumbar ini dilaporkan ia boleh menguatkan Kesihatan Tulang. Apa pun daun ketumbar diberkati dengan sejumlah besar mineral yang diperkayakan tulang seperti kalsium (Ca), manganese (Mn), Magnesium (Mg) dan fosforus (P). Fungsi anti-radang ketumbar juga melindungi tulang daripada kesakitan yang berkaitan dengan arthritis. Seterusnya keenam adalah dimana daun ketumbar ini juga dilaporkan boleh membantu untuk Meningkatkan Kesihatan UsusDaun ketumbar dilapor ia mengandungi jumlah serat yang baik, yang boleh membantu melegakan masalah pencernaan. Ia juga sedang dikaji untuk pelbagai masalah penghadaman seperti sakit perut, cirit-birit, kekejangan usus, gas atau loya.


Ketujuh adalah daun ketumbar didakwa ia b
oleh Membantu Kesihatan Kulit dimana apabila ia banyak zat besi, Vitamin E dan Vitamin A, yang kemudian ia akan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Ketumbar juga bertindak sebagai ubat untuk kulit berminyak kerana keupayaannya menyerap minyak berlebihan. Ia juga merupakan agen antimikrob, antiseptik dan antikulat yang boleh membantu menenangkan dan menyejukkan kulit. Khasiat daun ketumbar yang ke lapan adalah dimana ia boleh meningkatkan Kesihatan Jantung pengguna. Dilaporkan ekstrak ketumbar telah diuji di makmal dan mungkin bertindak sebagai diuretik, membantu mengeluarkan lebihan air dan natrium daripada sistem anda. Ini membantu menurunkan tekanan darah dan seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia juga boleh membantu menguruskan tahap kolesterol. Faktor-faktor ini sahaja boleh mengurangkan risiko penyakit jantung tetapi ketumbar juga digunakan sebagai hiasan dan perasa. Menambah ketumbar pada makanan boleh membantu orang ramai mengurangkan pengambilan natrium mereka kerana mereka memerlukan lebih sedikit perasa tambahan dengan garam meja. Fakta ke semblan adalah dimana daun ketumbar dilaporkan ia boleh Melindungi Otak dimana dalam beberapa laporan kajian dimana ekstrak ketumbar didapati dapat melindungi sel-sel dalam otak daripada kerosakan dan juga meningkatkan daya ingatan pada tikus. Ini mungkin disebabkan oleh sifat anti-radang ketumbar kerana kebanyakan bentuk degenerasi otak dicetuskan oleh keradangan. Satu lagi faedah yang mengejutkan pada tikus ialah ekstrak ketumbar adalah berkesan dalam merawat gejala keresahan seperti ubat keresahan sedia ada. Khasiat yang ke sepuloh adalah dimana daun ketumbar akan Membantu Melawan Jangkitan dimana ketumbar mempunyai sifat antimikrob yang boleh memberi manfaat terhadap jangkitan seperti isu bawaan makanan kerana sebatian tumbuhannya. Salah satu daripada sebatian ini dipanggil Dodecenal, yang mungkin berguna terutamanya terhadap jangkitan Salmonella. Dilaporkan juga dimana biji ketumbar telah terbukti memberikan beberapa bentuk perlindungan dalam memerangi jangkitan saluran kencing. Minyak yang berasal dari ketumbar juga boleh ditambah kepada produk antimikrob untuk membantu menangani penyakit berkaitan makanan. Faedah ketumbar terhadap jangkitan boleh dinikmati sama ada dengan memakan herba atau menggunakan pelbagai produk terbitan yang mana ia mengandungi ekstrak tumbuhan ketumbar.  Artikel ini adalah ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KETUMBAR...SELALU DIGUNA...
PERASA MASAKAN... ENAKKAN CITARASA...
MEMANG MUDAH DI BELI...DIMANA SAJA...
TANAM SENDIRI... IA MUDAH CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 RabiulAwal 1446H). 

Monday, September 16, 2024

FAKTA LENGKAP KETUMBAR (PT 1)

KETUMBAR
(Coriandrum sativum) merupakan sejenis herba dan tanaman dari keluarga Apiaceae yang dikategorikan sebagai tanaman rempahratus dimana dikalangan rakyat Malaysia selalu ada membeli biji ketumbar atau pun daun ketumbar. Apa pun bagi penulis blog dimana tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Eropah Selatan, Benua Afrika Utara dan Kawasan Asia Barat. Rakyat Malaysia selalu ada menggunakan ketumbar dalam bentuk biji ketumbar dan juga daun ketumbar dalam makanan mereka. Selalunya dalam kuliner masakan ada rasa ketumbar mesti ada dimana ia ia selalu disimpan di dapur kerana khasiatnya dan memberikan rasa makanan yang sangat lazat. Nama lain bagi tumbuhan ini seperti Ketumbar (Malaysia atau di Indonesia), Coriander or Chinese Parsley (English), Cilantro (USA), Dhania (India), Phak Chee (Thailand) dan berbagai lagi. Tanaman Ketumbar bukan tanaman popular di Malaysia untuk menghasilkan bijirin ketumbar tetapi ia ada ditanam terutama dikawasan tanah tinggi untuk menghasilkan daun ketumbar bagii tujuan masakkan. Kajian penulis mendapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman ketumbar di Malaysia setiap tahun kerana ia amat kecil dan kurang signifikan dikumpulkan. Daun ketumbar ada dijual sebagai 'daun ketumbar segar' untuk bahan masakkan. Tumbuhan ketumbar adalah satu jenis tumbuhan yang lembut dengan ketinggian mampu mencapai sehingga 50 cm dengan batang yang mana lembut. Daun ketumbar berwarna hijau, bergigi dan berbentuk 'open lobed' serta berbagai bentuk lain. Daun ketumbar mempunyai aroma yang kuat dan sering dijadikan ramuan penting masakan Thai Tomyam atau nasi minyak. Batang Ketumbar berwarna hijau yang sederhana lembut. Bunganya berwarna putih atau merah jambu yang lebar 5-6 cm dan lebar 2-3 cm. Akar ketumbar seperti 'annual herbs' yang lain mempunyai akar serabut. Komponen terpenting ketumbar adalah bijinya yang buat berwarna cokklat kekuningan bersaic garispusat 1-2 mm. Biji-biji ketumbar kering merupakan bahagian yang dikomersilkan sebagai produk ekspot beberapa negara pengeluar didunia. Saya ada meulis mengenai ketumbuar sebelum ini dengan boleh di rujuk dengan pautan (Sila Klik Disini).  Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta lengkap dan menarik tentang sebagai bahan pembacaan dan rujukkan semua.


Pada penulis blog dimana k
etumbar ialah sejenis herba yang biasa digunakan untuk menyedapkan masakan tempatan dan juga makanan antarabangsa. Apa pun herba yang berasal dari tumbuhan Coriandrum sativum dan berkaitan dengan pasli, lobak merah dan saderi yang selalu ditanam secara komersial atau tanaman keliling rumah untuk kegunaan sendiri. Selain bahagian Daun Ketumbar yang selau digunakan sebenarnya untuk tujuan perdagangan memang biji ketumbar yang di jual di paaran dalam bentuk Biji Ketumbar Kering (Dried) atau Serbuk Ketumbar (powder) dimana ia tahan lama dalam sipanany yang baik. Menanam ketumbar dirumah merupakan satu perkara yang sangat mudah di lakukan sendiri iaitu dengan menggunakan asu atau pun bekas dari bahan terbuang dan media tanaman sesuai (Sila lihat foto disebea\lah). Kelebihan menanam ketumbar di rumah kebanyakannya adalah untuk di ambil bahagian daunnya yang segar dan di sunaknan dalam masakan atau untuk hiasan hidangan. Ada banyak teknologi bagaimana cara menanam dan menjaga tanaman ketumbar di rumah yang boleh di rujuk untuk dijadikan panduan pembaa blog semua. Apa yang penulis blog lihat dimana ramai orang menggunakan ketumbar dalam hidangan seperti sup dan salsa serta dilihat pada jenis hidangan India, Timur Tengah dan Asia ia adalah satu bahan penting didala menu nasakkan seperti Masakan Kari, Masakan Masalla dan sebagainya. Apa pun daun ketumbar selalunya digunakan secara keseluruhan akan tetapi enyeidiaan bagi bijinya digunakan dikeringkan atau dikisar. Pertama mari semak apakah dia 'Daun Ketumbar' atau nama lian spesisnya adalah (Eryngium foetidum) iaitu sejenis herba yang terkenal dengan daunnya yang halus dan hijau terang, mengingatkan pada pasli daun rata (Sila lihat foto paling bawah sekali).Apa pun ramai pembaca blog ini yang percaya dimana ketumbar mempunyai rasa hijau herba pedas dimana bagi sesetengan orang dakwa ketumbar rasanya seperti sabun atau logam. Bagaimana pun membeli aun ketumbar di pasar atau di pasaraya adalah mudah. Ia tahan di simpan didalam bahagian kotak sayuran selama beberapa hari dan minggu.


Menarik kerana tumbuhan ini adalah ia d
iambil daripada tumbuhan bernama Coriandrum sativum atau tumbuhan 'Cilantro' dan di Malaysia ia dikenali sebagai ketumbar. Apa pun dilaporkan dimana perkataan 'cilantro' ini berasal dari perkataan Sepanyol bagi ketumbar. Dalam pada itu salah satu campuran paling mudah dalam bahagian hasil adalah antara Daun Pasli dengan Daun ketumbar (cilantro) diana sepintas lalu ia di lihat walaupun ia kelihatan serupa sebenarnya daun ketumbar ia lebih halus dengan gerigi bulat. Sebanrunya sama ada daun atau bji ketumbar ia akan memberikan sejenis rempah yang berikan kesan sangat segar. Rasa lemonnya yang sedikit manis sering digunakan bersama-sama dengan rempah-rempah lain dalam resipi berperisa sehingga ada pengguna yang sering melihat jintan manis dan ketumbar digandingkan sehingga mamu menghasilkan citarasa hebat. Dalam pada itu ada pula mendakwa yang daun ketumbar ada kala beri rasa yang menyegarkan, masam dan rasa citrus. Biji ketumbar adalah buah kering yang boleh digunakan secara keseluruhan atau dikisar sehingga menjadi serbuk (powder).  Bagi pencinta masakan asas ketumbar dimana sebenarnya rasanya seakan berikan rasa masam dan manis dengan 'aroma bunga' yang keluar apabila dibakar. Dalam mempelajari kan kegunaan ketumbar untuk masakan terutama dalam masalah ala Timur Tengah dimana ia selalunya digabungkan dengan jintan manis dan kayu manis. Rasa halus dan pedas biji ketumbar akan ia berfungsi paling baik apabila digunakan dalam adunan rempah dalam usaha membantu menyatukan rasa yang kompleks kepada makanan. Merujuk kepada cara masakan Mesir (penulis blog ke Cairo, Mesir pada tahun 2006) dimana dijumpai ia ada dalam dukkah Mesir dan garam masala yang digabungkan dengan rempah seperti jintan, kayu manis dan adas. Masakan 'Kari Thai' pula dimana akar pedas tumbuhan ketumbar digunakan untuk menambah kedalaman rasa pada pes kari Thai dan tumis. Di Mexico pula daun ketumbar (atau daun ketumbar segar) mempunyai rasa yang cerah seperti rasa limau ini dijadikannya herba penting dalam makanan seperti 'Salsa' dan 'Guacamole Mexico'. Di Vietnam pula dimana dilaporkan masakan 'Pho' disediakan dengan kuahnya dipanaskan daun ketumbar segar yang memberikan tekstur kepada mangkuk 'Pho Vietnam'. Dalam masakan Tumis Cina pula dilaporkan dimana selalunya penggunaan ketumbar meredakan kepanasan lada yang pedas dan mencerahkan citarasa daging goreng dalam masakan klasik asal cina ini. Di kalangan orang Malaysia dan suku Jawa dimana ketumbar biji aadlah ramuan penting dalam Masakan Ungkep Ayam bersama jintan dan herba yang lain. Dalam masakan rendang kjuga ada menggunakan banyak bahan termasuk ketumbar dimana ia juga ada dlam berpuloh-puloh kuliner makanan di Malaysia.


Salah satu kaedah atau cara untuk penyimpanan ketumbar sama 
seperti rempah-rempah lain dimana sebaiknya ketumbar dan biji ketumbar perlu untuk disimpan dalam bekas kedap udara dari haba dan juga cahaya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun sebaiknya botol ini di letakkan dalam almari, kabinet atau laci rempah yang kemas bersma bahan lain. Perlu disimpan dengan betul agar biji ketumbar secara keseluruhan akan bertahan lebih lama daripada ketumbar kisar, sehingga tiga atau empat tahun lamanya. Selalunya jenis ketumbar dikisar (powder) akan bertahan sehingga dua tahun sahaja akan tetapi ia boleh kehilangan potensi dan rasa aslinya selepas beberapa waktu. Apa pun ammalan terbaik adalah dengan cara menulis atau menandakan botol rempah dengan tarikh beli atau tarikh luput supaya ia boleh dengan mudah sesuai dibuang dan digantikan rempah baru. Penulis blog kongsikan petua bagaimana cara untuk menyimpan ketumbar supaya ia kekal segar lebih lama iaitu dengan cara meletakkannya di dalam balang kaca atau bekas dengan penutup dan kemudian ia diltakkan di dalam peti sejuk. Dilaporkan dengan suhu dan persekitaran kedap udara akan membantu mengekalkan kesegaran herba dalam masa lama. Boleh juga menympan daun ketumbar dengan ia di balut daun ketumbar segar dalam tuala kertas atau kain lembap dan letakkan dalam beg plastik sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk. Ini akan dilihat ia membantu mengelakkan ketumbar daripada kering. Kaeah lain adalah dengan membekukan daun ketumbar dengan memotongnya dan menyimpannya dalam bekas yang selamat dalam peti sejuk. Apa pun dilihat cara memang ia bagus untuk menyediakan ketumbar segar di sediakan untuk memasak walaupun semasa tidak bermusim di negara empat musim. Memang bagi tukang masak akan tertanya apakah dia bahan yang boleh menggantikan ketumbar apabila ia tidak ada?. Bagi tujuan ini sebenarnya biji adas, jintan manis atau jintan putiih ia boleh digunakan. Menarik bagaimana menyediakan ketumbar kisar atau serbuk. Apa pun semasa memasak dan resipi diperlukan biji ketumbar tetapi cuma hanya ada ketumbar yang dikisar maka boleh di tukarkan setiap sudu teh biji ketumbar dengan ¾ sudu teh ketumbar yang dikisar. Artikel ini adalah ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KETUMBAR...SELALU DIGUNA...
PERASA MASAKAN... ENAKKAN CITARASA...
MEMANG MUDAH DI BELI...DIMANA SAJA...
TANAM SENDIRI... IA MUDAH CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 RabiulAwal 1446H). 

Sunday, September 15, 2024

SERANGGA DAN PENTINGNYA (Part 3)

SERANGGA (Insect)
merupakan sejenis haiwan kecil yang selalunya dikaitkan dalam sektor pertanian selain daripada Bakteria, Virus, Kulat dan sebagainya. Pada penulis blog mendapati dimana serangan serangga dan kerosakan tanaman di Malaysia ini memberi gambaran yang lengkap tentang alam serangga perosak berpotensi menyerang tanaman di Malaysia terutama tanaman makanan. Apa pun memang hebat cabaran pelbagai jenis serangga perosak tanaman yang selalu bertambah pentingnya kerana sering menyebabkan kerugian besar kepada jumlah hasil yang dituai dan kualiti hasil pertanian. Bermula dengan konsep dan maklumat asas tentang serangga dan sifat semula jadinya sebagai haiwan kecil untuk hidup ia akan berhadapan dan berselisih haluan dengan manusia, tetapi tidak kurang juga peranan serta manfaatnya dalam perkembangan tamadun manusia. Serangga adalah haiwan yang mustahak dalam pertanian dan kehidupan manusia seharian. Penulis blog belajar mengenai dunia serangga atau pun Entomologi semasa tahun dua (2) di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang (kini di panggil Universiti Putra Malaysia) dimana subjek ini adalah diantara yang paling susah untuk skor. Apa pun akhirnya setelah bekerja dan menjadi sebahagian daripada keperluan dalam bidang pengembanhan pertanian kebanyakan spesis serangga yang menganvam tanaman sudah menjadi kepakaran pula. Apa pun sebenarnya serangga merupakan haiwan yang membentuk kelas Insecta (berasal dari bahasa Latin iaitu 'insectum' iaitu satu kata serapan dari bahasa Yunani (éntomon) yang maknanya 'terpotong menjadi beberapa bahagian'. Serangga adalah invertebrata dalam filum Artropoda dan subfilum Heksapoda yang mempunyai eksoskeleton berkitin (chitin). Bahagian badannya terbahagi menjadi tiga bagian iaitu KEPALA, TORAKS dan ABDOMEN. Serangga juga mempunyai jenis mata majmuk, tiga pasang kaki yang terhubung ke toraks dan selalu ada sepasang antena (sesungut). Serangga termasuk salah satu kelompok haiwan yang paling beragam, mencakupi lebih dari 1 juta spesies dan merupakan lebih dari setengah organisma yang ada hidup di mukabumi. Jumlah spesis serangga yang masih ada dianggarkan antara 6 - 10 juta dan berpotensi mewakili lebih dari 90% bentuk kehidupan haiwan yang berbeza ada di dunia ini. Serangga dapat dijumpai dihampir semua kawasan dan lingkungan walau pun jumlahnya kecil yang mampu hidup di lautan iaitu serangga yang didominasi oleh jenis artropoda iaitu krustasea. Kelas Insecta dibahagi lagi menjadi 29 ordo termasuk Kelas Coleoptera (kumbang), Lepidoptera (Kupu-kupu), Diptera (Lalat) dan Hymenoptera (Semut, tebuan dan lebah). Kelompok Apterigota terdiri dari 4 ordo karena semua serangga dewasanya tidak memiliki sayap dimana 25 ordo lainnya termasuk dalam kelompok Pterigota kerana ia mempunyai sayap. Serangga merupakan haiwan beruas dengan kemampuan beradaptasi yang sangat tinggi. Ukuran serangga relatif kecil dan beberapa kali berjaya ia mengelilingi dunia. Struktur peredaran darah serangga adalah sistem peredaran darah terbuka dimana asasnya kesemua serangga bertelur (ovipar). Petani perlu mengetahui akan ancaman serangga dan cara mengawal bagi mempastikan ia terkawal dan mampu menghasilkan tuaian terbaik. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis serangga dan kepentingannya kepada manusia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Kes berkaitan serangga dimana '
Ternak serangga Black Soldier Fly sebagai makanan ayam' juga sesuai di kongsikan. Apa pun kerajaan perlu kempen dan juga mempertimbangkan untuk menternak serangga dikenali sebagai 'black soldier fly' (BSF) sebagai alternatif jangka masa panjang bagi menggantikan kacang soya sebagai makanan ayam sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada import bahan berkenaan. Ia disebabkan larva serangga itu boleh digunakan sebagai sumber protein kepada ayam dimana sebenarnya serangga ini makanan semula jadi kepada ayam. Kalau ayam di kampung kita lihat memang dia makan ulat dan serangga. Sekiranya negara ini mahu menternak serangga berkenaan, bahan makanannya adalah terdiri daripada bahan buangan industri kelapa sawit dan sisa makanan. Selain daripada ia dapat membantu industri ternakan ayam, ia juga dapat menyelesaikan masalah pengurusan sisa di Malaysia. Apa pun Malaysia mempunyai kelebihan untuk menternak serangga ini kerana faktor iklim yang sesuai di samping turut mempunyai kepakaran. Kini industri BSF di Malaysia pada peringkat permulaan dan sangat baharu dimana larva yang dihasilkan tak cukup menampung keperluan ayam yang ada di Malaysia. Setakat ini hanya ada dua syarikat daripada luar negara yang menternak serangga itu di Malaysia iaitu di Selangor dan Johor. Dipercayai beberapa penyelidikan juga perlu dijalankan tentang kesesuaian untuk menternak serangga berkenaan sebagai bahan makanan ayam. Selain daripada penternakan serangga dicadangkan agar kerajaan menggalakkan penggunaan hampas kelapa sawit yang telah diproses untuk dijadikan sebahagian makanan ayam. Ada terdapat kajian yang menunjukkan hampas kelapa sawit boleh menggantikan penggunaan kacang soya dan juga jagung sebagai makanan ayam.


Menarik dalam bernama dengan kisah 'Agensi Makanan Singapura benarkan 16 spesies serangga sebagai makanan manusia' untuk dilihat akan kepentingan serangga kepada manusia. Pihak Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, mealworm, ulat sutera dan lebah madu. Kini dengan serta-merta SFA akan membenarkan import serangga dan produk serangga yang berasal daripada spesies yang dinilai mempunyai kebimbangan peraturan yang rendah. Serangga dan produk serangga ini boleh digunakan sebagai makanan manusia atau sebagai makanan haiwan untuk haiwan pengeluaran makanan. Rangka kerja peraturan serangga yang dimuat naik di laman sesawangnya pada hari yang sama, meletakkan garis panduan untuk serangga yang diluluskan sebagai makanan di Singapura. Ia merangkumi garis panduan yang harus dipatuhi oleh perniagaan jika mereka berhasrat untuk mengimport, menternak atau memproses serangga menjadi makanan manusia atau makanan haiwan. Serangga dalam senarai berkenaan mempunyai sejarah sebagai makanan manusia. Serangga lain yang tidak tersenarai perlu menjalani penilaian oleh agensi itu sebelum boleh dijadikan sebagai makanan manusia. Apa pun garis panduan ini dibangunkan selepas kajian saintifik menyeluruh dengan merujuk kepada negara dan wilayah yang membenarkan penggunaan serangga tertentu sebagai makanan termasuk Kesatuan Eropah, Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Thailand. Pada masa ini masih tiada piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Codex Alimentarius atau Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia untuk penjualan dan penggunaan serangga sebagai makanan atau makanan haiwan. Syarikat yang menjual makanan prabungkus, termasuk yang mengandungi serangga sebagai ramuan, dikehendaki melabel pembungkusan produk untuk menunjukkan sifat sebenar produk itu. Sama seperti makanan lain yang tersedia di pasaran, produk serangga tertakluk kepada pemeriksaan dan pengawasan SFA, yang termasuk pensampelan untuk ujian keselamatan makanan. Jenis makanan yang didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan makanan SFA tidak akan dibenarkan dijual. Ini kali pertama SFA mengadakan rundingan awam mengenai peraturan serangga dan produk serangga pada 2022.


Kempen berterusan pihak kerajaan telah mendapat liputan apabila laporan 'Sayur bebas racun serangga mendapat permintaan' seperti dalam bharian.com terkini. 
Malaysia perlu memperbanyak lagi penghasilan produk sayur-sayuran premium menerusi insiatif penanaman ladang tertutup yang pasaran global dijangka mencecah AS$55 bilion menjelang 2030. Pasaran membabitkan sayur-sayuran berasaskan bioteknologi itu semakin mendapat permintaan, selain menjadi antara penyelesaian kepada keterjaminan makanan negara. Tinjauan di mana demo memetik sebanyak 4,000 pokok sayur-sayuran yang dihasilkan secara kerjasama strategik oleh Bioeconomy Corporation dan MSD Innovation dihantar ke Singapura. Apa pun jumlah penghantaran itu akan ditingkatkan selaras dengan persefahaman di antara MSD Innovation dan rakan kerjasama di Singapura serta sasaran kedua-dua pihak untuk memenuhi permintaan sebanyak 60 tan sayur-sayuran bernilai RM5 juta setahun. Akan ada lebih banyak negara akan cuba mendapatkan produk sayur-sayuran terbabit dari Malaysia. Kini Singapura hanya permulaan dan selepas ini sudah tentu kita akan mempromosikan produk terbabit ke negara lain kerana permintaan terhadap sayur-sayuran bebas racun serangga ini semakin mendapat permintaan. Akan ada lebih memperbanyak lagi program serta inisiatif seperti ini untuk bantu negara dalam memastikan keterjaminan makanan.  Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi ingo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN SERANGGA.... PENTING ADA...
ADA PEROSA... ADA YANG BERGUNA...
KEHADIRANNYA...MAJORITI DIDUNIA...
PELBAGAI KISAH... BANYAK FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melak,
Melaka,
Malaysia.
(6 Rabiulawal 1446H).

Saturday, September 14, 2024

SERANGGA DAN PENTINGNYA (Part 2)

SERANGGA (Insect)
merupakan sejenis haiwan kecil yang selalunya dikaitkan dalam sektor pertanian selain daripada Bakteria, Virus, Kulat dan sebagainya. Pada penulis blog mendapati dimana serangan serangga dan kerosakan tanaman di Malaysia ini memberi gambaran yang lengkap tentang alam serangga perosak berpotensi menyerang tanaman di Malaysia terutama tanaman makanan. Apa pun memang hebat cabaran pelbagai jenis serangga perosak tanaman yang selalu bertambah pentingnya kerana sering menyebabkan kerugian besar kepada jumlah hasil yang dituai dan kualiti hasil pertanian. Bermula dengan konsep dan maklumat asas tentang serangga dan sifat semula jadinya sebagai haiwan kecil untuk hidup ia akan berhadapan dan berselisih haluan dengan manusia, tetapi tidak kurang juga peranan serta manfaatnya dalam perkembangan tamadun manusia. Serangga adalah haiwan yang mustahak dalam pertanian dan kehidupan manusia seharian. Penulis blog belajar mengenai dunia serangga atau pun Entomologi semasa tahun dua (2) di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang (kini di panggil Universiti Putra Malaysia) dimana subjek ini adalah diantara yang paling susah untuk skor. Apa pun akhirnya setelah bekerja dan menjadi sebahagian daripada keperluan dalam bidang pengembanhan pertanian kebanyakan spesis serangga yang menganvam tanaman sudah menjadi kepakaran pula. Apa pun sebenarnya serangga merupakan haiwan yang membentuk kelas Insecta (berasal dari bahasa Latin iaitu 'insectum' iaitu satu kata serapan dari bahasa Yunani (éntomon) yang maknanya 'terpotong menjadi beberapa bahagian'. Serangga adalah invertebrata dalam filum Artropoda dan subfilum Heksapoda yang mempunyai eksoskeleton berkitin (chitin). Bahagian badannya terbahagi menjadi tiga bagian iaitu KEPALA, TORAKS dan ABDOMEN. Serangga juga mempunyai jenis mata majmuk, tiga pasang kaki yang terhubung ke toraks dan selalu ada sepasang antena (sesungut). Serangga termasuk salah satu kelompok haiwan yang paling beragam, mencakupi lebih dari 1 juta spesies dan merupakan lebih dari setengah organisma yang ada hidup di mukabumi. Jumlah spesis serangga yang masih ada dianggarkan antara 6 - 10 juta dan berpotensi mewakili lebih dari 90% bentuk kehidupan haiwan yang berbeza ada di dunia ini. Serangga dapat dijumpai dihampir semua kawasan dan lingkungan walau pun jumlahnya kecil yang mampu hidup di lautan iaitu serangga yang didominasi oleh jenis artropoda iaitu krustasea. Kelas Insecta dibahagi lagi menjadi 29 ordo termasuk Kelas Coleoptera (kumbang), Lepidoptera (Kupu-kupu), Diptera (Lalat) dan Hymenoptera (Semut, tebuan dan lebah). Kelompok Apterigota terdiri dari 4 ordo karena semua serangga dewasanya tidak memiliki sayap dimana 25 ordo lainnya termasuk dalam kelompok Pterigota kerana ia mempunyai sayap. Serangga merupakan haiwan beruas dengan kemampuan beradaptasi yang sangat tinggi. Ukuran serangga relatif kecil dan beberapa kali berjaya ia mengelilingi dunia. Struktur peredaran darah serangga adalah sistem peredaran darah terbuka dimana asasnya kesemua serangga bertelur (ovipar). Petani perlu mengetahui akan ancaman serangga dan cara mengawal bagi mempastikan ia terkawal dan mampu menghasilkan tuaian terbaik. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis serangga dan kepentingannya kepada manusia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Di Malaysia '
Kawalan serangga perosak mesra alam' ada di laporkan oleh beberapa media tempatan utama. Kini dengan sentuhan teknologi nano, input pertanian organik yang dirintis Universiti Putra Malaysia (UPM) membuka satu lembaran baharu dalam sektor pertanian negara. Projek yang diketuai Dr Nur Kartinee Kassim bersama dua lagi penyelidik, Dr Norhayu Asid (Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian UPM) dan Dr Norazlinaliza Salim (Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM) membuktikan keupayaan pakar penyelidik tempatan dalam menghasilkan produk botani novel yang selamat dan mesra alam. Apa yang pasti, rumusan formula tersebut dapat meningkatkan kestabilan formulasi dan memanjangkan hayat penyimpanan serta penggunaan bahan yang membantu kebanyakan golongan petani. Ia bukan sahaja selamat digunakan untuk membasmi serangga perosak, bahkan produk dihasilkan mudah dikendalikan dan sangat efektif buat tanaman sayuran. Sudah semestinya, selain pemain industri pertanian, pendekatan formulasi tersebut dapat menguntungkan negara sekali gus kita untuk mendapatkan konsumsi makanan selamat. Kajian yang menggunakan Geran Penyelidikan Pembangunan Inovasi UPM itu dimulakan sejak 2014. Menariknya, penyelidikan tersebut menggunakan bahan semula jadi yang sangat berkesan sebagai antifeedant dan penghalau serangga. Kesannya efektif terutamanya kepada sayur-sayuran Cruciferous iaitu kelompok sayuran seperti kubis, brokoli dan lobak. Mengulas lanjut mengenai kajian saintifik itu, Dr Nur Kartinee menjelaskan, formulasi Armigard berfungsi sebagai kawalan organik (biopestisida) dalam pengurusan serangga perosak. Rumusan formula ini dibangunkan menggunakan teknologi nano. Bahan aktifnya dapat meningkatkan kestabilan formulasi dan memanjangkan tempoh penyimpanan dan penggunaan. Ia bukan sahaja selamat digunakan untuk membasmi serangga perosak, produk ini juga mudah dikendalikan dan sangat berkesan kepada sayuran tersebut. 


Signifikan penyelidikan alami itu adalah berikutan kebergantungan petani terhadap racun sintetik dalam industri pertanian untuk melindungi hasil tuaian mereka daripada serangan serangga perosak seperti projek tanaman kubis yang menjadi pilihan salah satu tapak percubaan ujian Armigard di Cameron Highland 
(Sila lihat foto sebelah). Meskipun mengetahui penggunaan racun kimia adalah berbahaya kepada kesihatan dan persekitaran, namun petani tiada pilihan lain untuk membendung serangga perosak durjana. Kajian ini diteruskan sebab ada permintaan produk kawalan perosak semula jadi semakin meningkat disebabkan kos lebih rendah dan manfaat kelestarian sektor pertanian organik. Dipercayai yang biopestisida mampu meningkatkan hasil pertanian petani tanpa memberi kesan buruk kepada alam sekitar untuk jangka masa panjang. Armigard juga terbukti sebagai produk organik alternatif yang baik dan boleh digunakan untuk melindungi sektor perladangan secara cekap, selamat, kos efektif dan mesra alam. Formulasi Armigard mengandungi bahan tumbuhan yang kaya dengan terpene. Sebatian organik semula jadi dan sintetik berasal daripada isoprena hidrokarbon itu disifatkan sebagai bahan aktif. Rumusan Armigard cukup pekat. Jika menggunakan mesin penyembur, ia perlu disukat untuk mencapai tahap cecair yang ditetapkan sebelum disembur secara terus kepada tanaman. Penggunaannya cukup mudah. Kami turut menyediakan pek percubaan kepada golongan petani yang berminat,” bicaranya yang positif penggunaan produk itu untuk keperluan industri. Antara keebihan inovasi tersebut adalah impak penyelidikan Armigard cukup besar terhadap aktiviti pembangunan mampan seiring Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara. Penyelidikan itu dikatakan berupaya meningkatkan hasil tanaman, malah pendapatan petani! Kata Dr Nur Kartinee, ia berikutan perangkaan menunjukkan 45 peratus golongan itu masih mempunyai pendapatan bawah tahap kemiskinan. Penggunaan biopestisida terbukti mampu menghasilkan tanaman organik, bebas racun perosak kimia berbahaya dengan tahap residu yang rendah. Kawalan perosak ‘bio’ adalah produk yang boleh biodegradasi dan mesra alam. Barangkali isu alam sekitar boleh diselesaikan dengan penggunaan biopestisida seumpama Armigard. Apa pun pengurangan penggunaan racun perosak kimia akan memastikan pengeluaran tanaman lebih selamat sekali gus meningkatkan sekuriti tabung makanan negara. Mereka kini sudah bersedia untuk peringkat pengkomersialan produk ini. Mereka sedang menjalinkan kerjasama bersama Nanocipta Sdn Bhd melalui perjanjian pelesenan yang berupaya dalam memimpin pemasaran dan pengkomersialan biopestisida Armigard di seluruh negeri. Kini promosi pemasaran dan pengkomersialan turut dijalankan melibatkan negara luar terutamanya Australia, Indonesia dan India.


Kisah bagaimana 'Kontena mengandungi serangga perosak diarah pulang ke India' ada dilaporkan dalam bharian.com untuk di rujuk. Foto sebelah menunjukkan penguat kuasa MAQIS memeriksa hasil pertanian dari India dikesan mengandungi serangga perosak di Pelabuhan Klang. Pihak  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengarahkan sebuah kontena dihantar kembali ke negara asal iaitu India selepas didapati membawa masuk hasil keluaran pertanian yang mengandungi serangga perosak. Kontena berkenaan dibawa masuk melalui pintu Pelabuhan Klang Utara pada 9 Julai lalu dan mengandungi kunyit goreng dan produk kekacang seperti dal mysore, toor dal, kacang hijau, moong dal dan kacang kuda. MAQIS dalam kenyataannya memaklumkan, pemeriksaan mendapati kontena terbabit mengandungi hasil keluaran pertanian dianggar seberat  berjumlah19 tan bernilai RM150,271. Apa pun semua bahan diimport dari India itu mengandungi serangga perosak Sitophilus zeamais.  Konsainan terbabit ditolak kemasukannya dan MAQIS mengarahkan ia dihantar pulang ke negara asal. Kemasukan tumbuhan dan hasilan bersama perosak adalah kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta 728 kerana mengimport barangan dengan perosak, penyakit atau bahan cemar. MAQIS berithu jika sabit kesalahan syarikat yang membawa masuk boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Pegawai MAQIS di lapangan komited dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisme yang dibawa masuk ke Malaysia bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.


Kes lain berlaku di Singapura apabila 'Lori Singapura bawa sayur dicemari serangga perosak diarah patah balik' berkaitan dengan hasil pertanian agak menarik di kongsikan. Foto menunjukkan dimana sayur kubis panjang yang dicemari dengan serangga perosak disyaki dari jenis Phyllotreta spp yang masih hidup. Pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengarahkan sebuah lori dari Singapura yang membawa muatan 216 kotak sayur jenis kubis panjang berpatah balik setelah dikesan mempunyai serangga perosak. MAQIS dapati lori berkenaan ditahan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Gelang Patah dimana ada serangga perosak disyaki dari jenis Phyllotreta spp yang masih hidup. Pihak Maqis telah mengarahkan lori berkenaan yang membawa kubis panjang bernilai anggaran RM6,800 itu berpatah balik ke negara asal. Perbuatan mengimport apa-apa keluaran pertanian dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta yang sama. Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. Penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kesemua langkah berkenaan adalah bagi memastikan biosekuriti makanan negara sentiasa terkawal. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi ingo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN SERANGGA.... PENTING ADA...
ADA PEROSA... ADA YANG BERGUNA...
KEHADIRANNYA...MAJORITI DIDUNIA...
PELBAGAI KISAH... BANYAK FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melak,
Melaka,
Malaysia.
(6 Rabiulawal 1446H).