Showing posts with label KHASIAT PUDINA. Show all posts
Showing posts with label KHASIAT PUDINA. Show all posts

Monday, October 15, 2012

KHASIAT PUDINA

PNGENALAN
PUDINA
(Mentha pipenta) merupakan sejenis tumbuhan kategori herba dari keluarga Lamiaceae yang sangat sinonim dengan kegunaannya sebagai penyedap makanan dan sebagai ulam. Tanaman ini juga merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak ditanam secara kecil-kecilan di Malaysia dimana kajian saya daripada Laporan Statistik Jabatan Pertanian menunjukkan, cuma terdapat seluas 12.80 hektar kawasan bertanam dengan pudina. Jumlah anggaran penghasilan adalah sebanyak 88,100 kilogram yang bernilai sebanyak RM 352,500 pada tahun 2010. Hanya dua negeri di Malaysia yang ada mencatitkan keluasan penanaman pudina secara rasmi iaitu di Pahang (Kebanyakannya di Cameroon Highland - seluas 9.30 hektar) dan juga di Pulau Pinang (seluas 3.5 hektar). Negeri-negeri lain tidak melaporkan akan penanaman pudina secara komersil untuk pasaran tempatan. Artikel petang ini saya menulis mengenai KHASIAT pudina dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.


Tumbuhan Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Laminacece atau dulu juga dipanggil Keluarga Labiatae. Ia tergolong dalam spesies "Mentha". Tumbuhan ini mempunyai batang yang bersegi dan dedaun yang harum baunya manakala sesetengahnya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah jambu. Terdapat berbagai-bagai jenis pudina di seluruh dunia yang boleh dijumpai dimana diantaranya adalah jenis Mentha spicata ( atau "moroc-can"), jenis Mentha xsmithiana (atau nama lain "rubra") , Jenis Mentha aquatica, jenis  Mentha arvensis (atau saya kata "Pudina Jepun") dan Jenis  Mentha x piperita (atau nama lain "crispa") . Kita di Malaysia tidak berapa kenal dengan jenis-jenis ini keran hanya dua kawasan utama penanaman di Pahang dan Pulau  Pinang yang lazim boleh jumpa tanaman ini itu pun tidak pasti akan varieti tersebut. 

KHASIAT DAUN PUDINA
Khasiat Daun Pudina memang telah dikaji semenjak dahulu lagi kerana kandungan bahan makanan didalamnya. Diantara spesis iaitu Pudina jenis Moroccan (Mentha spicata)  adalah diantara yang dikenalpasti sangat berkesan dalam meredakan kekejangan otot. Kesan ini amat sesuai uuntuk mereka yang aktif dalam sukan atau pun mereka yang keletihan atau telah berumur. Khasiat Daun Pudina jenis Rubra (Mentha aquatica) pula didakwa ada digunakan untuk merawat masaalah cirit birit. Caranya dengan memakan daun pudina segar sebagai ulam atau dibuat jus dari pudina ini akan membantu merawat masaalah cirit birit dengan baik. Terdapat juga laporan dimana daun pudina jenis Mentha arvensis, iaitu sejenis daun pudina Jepun boleh melegakan selsema dan menghilangkan rasa loya. Sementara itu jenis pudina dari jenis Crispa (Mentha x piperita) yang didakwa boleh menjauhkan atau mampu menghalau atau menghindar dari tikus didalam rumah atau dikawasan kebun dimana kita tidak mahu akan tikus tersebut yang merosakkan hartabenda. Saya rasa kita kena cuba dulu perkara diatas kalau hendak tahu kebenarannya.

Khasiat Daun Pudina didakwa boleh membantu Sistem Penghadaman kita apabila kita mengambilnya. Laporan dari pakar klinikal mendapati bahawa kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan 'flatulens'. Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Sifat ini sangat baik untuk menjaga kesihatan tubuhbadan kita yang tidak mudah diserang bakteria dan virus seperti Selsema, demam dan sebagainya. Ada laporan dan dakwaan bahawa pemakanan daun pudina secara betul mampu dalam meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Aktiviti berpeluh merupakan satu proses yang sangat baik dalam kesihatan. Peluh sebenarnya adalah satu proses yang mennyahkan segara toksin yang hendak dibuang oleh tubuh badan manusia. Berapa ramai diantara kita tidak pernah mengeluarkan peloh akibat bekerja didalam pejabat yang berhawa dingin dan 'passive' cara pergerakannya?. Makanlan pudina untuk membantu mengeluarkan peloh dari badan kita. Sebagimana yang anda mungkin telah tahu, Daun Pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Terdapat juga amalan dimana minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi. Itu sebabnya banyak mints dari gula-gula berperisa pudina diambil ketika kita sedng menghadapi masaalah diatas. 

Lagi Khasiat Daun PUDINA (Benefit of Peppermint) akan diceritakan selepas ini. Rata-rata kita mengetahui yang daun pudina merupakan herba yang biasanya digunakan untuk memberi kesegaran nafas,mencairkan kahak, asma, selsema, anti bakteria dan anti septik. banyak pewangi, sabun, makanan, alatan perkakasan yang menggunakan aroma dari pudina untuk tujuan kesihatan. Daun Pudina kebanyakan digunakan untuk membuat ubat gigi, gula-gula, gula-gula getah, ubat batuk, ubat kumur dan sesetengah produk selsema (in heller). Untuk perubatan tradisional, minyak rebusan daun pudina amat baik untuk masalah bengkak-bengkak sendi, masalah angin, luka, demam selsema, ekzima dan sebagainya. Dalam kaedah aromatherapy, ekstrak dari daun pudina diambil, kebiasaannya setitik minyak pati menyamai 30 titik minyak rebusan pudina itu sendiri. Nilai herbanya lebih tinggi, bermenthol, namun kesan bau dan kepekatannya tidak sesuai digunakan terus pada kulit. Kesan rengsang pada kulit akan jelas kelihatan, seperti kering, kasar dan masalah radang kulit. 

Terdapat beberapa inovasi dari beberapa syarikat seperti produk jenama yang ada dipasaran iaitu  AROMATHERAPY PLUS yang mendakwa memberikan khasiat kesihatan. Produk tersebut adalah seperti teh yang mana walau pun pencairannya mempunyai nisbah tertentu bolleh di campur dengan minyak-mimyak pati yang lain. Ini bertujuan bagi disesuaikan kegunaanya terus pada kulit dari peringkat umur bayi lagi. Khasiat Daun Pudina antaranya mampu mengatasi rawatan masalah GASTRIK. Cara rawatannya amat mudah iaitu dengan mengambil daun pudina  dan dibasuh bersih-bersih. Kemudian ambil satu cawan air panas seperti hendak buat  air teh O kosong (tanpa gula) dan rendam sebanyak 2 - 3 helai daun pudina ke dalam teh tersebut. Tutupkan dengan rapat dan biarkan lebih kurang dalam 5-10 minit. Apabila serasi dan sejuk maka kita minum air itu. Terimakaseh pada rakan saya En Abdullah yang telah memberikan petua tersebut ketika sya membuat lawatan kerja ke Chiangmai, Thailand pada tahun 2005 kerana serangan gastrik yang serious  akibat makan tomyam hari-hari. Cara mangambilnya  dengan memakan daun pudina segar dan amalkan setiap pagi dan petang sehingga rasa sembuh. 

Khasiat Daun Pudina juga didapati dapat merawat masaalah Batuk atau setidak-tidaknya mampu mengurangkan masaalah Lelah dan Batuk tanpa mengira umur. Satu petua dari rakan saya dari Singapura juga ada menyatakan kaedah rawatan dengan daun pudina diamalkan telah berjaya mengatasi masaalah ini. Caranya adalah dengan mengambil daun pudina sebanyak 14 helai dan kemudian ambil gula batu bertujuan untuk memaniskan ramuan kita nanti. Cara membuatnya adalah dengan mengambil daun pudina dan bersihkan sebanyak 14 - 20 helai helai. Sebaiknya untuk mendapatkan khasiat lebih mujarab, maka daun pudina perlu ramas sedikit dengan tangan. Kemudian masukkan dalam cawan kaca tahan panas dan bubuh air suam 3/4 penuh dan seterusnya masukkan pula gula batu. Apa yang saya ingat katanya, kita perlu masukkan cawan tersebut ke dalam periuk nasi letrik  dimana nasi sedang mendidih dan bila cawan dimasukkan ianya tidak tenggelam. Akhir sekali apabila nasi sudah masak iaitu dimana air sudah kering) akan dikeluarkan cawan dan biarkan sehingga ramuan tersebut menjadi cukup sejuk. Keluarkan daun pudina dari dalam cawan dan minunlah air tersebut selama 3 hari berturut turut. InsyAllah ...

KHASIAT PUDINA... JANGAN DITANYA...
MUDAH DITANAM.. KELILING RUMAH SAJA....
DAUN DI MAKAN...  SELALU AMALKANNYA....
BADAN DAH SIHAT.. PERLU PERGI KERJA...

By,
M Anem
Room 311, Season View Hotel,
Kuantan, Pahang, 
Malaysia
(29 Zulkaedah 1433H)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...