Wednesday, June 30, 2021

PASARAN UDANG GALAH DAN PKP

UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) merupakan hidupan air tawar yang enak dimakan dimana dilaporkan menghadapi masaalah pasaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik covid-19. Udang galah adalah haiwan dalam air tawar yang sangat aktif pada waktu malam dimana kini udang galah telah sesuai diternak secara komersil oleh usahawan tempatan. Lazimnya udang galah pada kebiasaannya akan hidup di sungai, saliran, tasik dan di muara sungai. Ianya merupakan udang yang amat digemari kerana isinya yang lebih enak jika dibandingkan dengan udang-udang jenis-jenis lain yang ada di perairan Malaysia. Harga udang galah segar biasanya akan dijual di dipasaran dimana ia kini mencecah RM 40 ringgit - RM60 sekilogram. Harga udang galah yang tinggi sebegini menjadi pemangkin kepada penternak ikan lain untuk bertukar kepada aktiviti penternakan udang galah. Walaubagaimanapun, Malaysia tetap jauh ketinggalan dalam industri udang galah ini jika dibandingkan dengan Thailand, Indonesia, Taiwan dan Vietnam dalam beberapa aspek teknikal dan pengeluaran. Di negeri Pahang ada bandar mana ia sering menghasilan udang galah iaitu Daerah Rompin. Ini kerana banyak sungai-sungai didaerah ini merupakan 'syurga' kepada pemancing dan nelayan sungai untuk mencari udang galah. Udang galah mudah dijumpai di Sg Endau, Sg Pontian dan banyak lagi sungai yang ada habitat udang galah mengikut musi, Pengalaman penulis blog yang dulu merupakan pemancing udang galah di Sg Endau juga faham akan musim memancing udang galah paling baik iaitu sekitar Januari - Febuari (musim panas setiap tahun). Tangkapan udang galah liar di sungai-sungai didaerah ini telah menjadikan beberapa restoren dan gerai khusus memasak udang gsalah untuk peminatnya. Seekor udang galah berukuran sedang dimasak sambal dijual dengan harga RM12 - RM15 seekor. Bagaimana pun penulis leih suka saiz udang galah saiz sedernana yang masih segar. Artikel pada subuh kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai masaalah dan isu pasaran udang galah oleh penternak tempatan seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca. 

Akhbar Harian Metro melaporkan dari Jelebu Negeri Sembilan dimana 'Ramai tauke udang galah bakal gulung tikar' menarik dikongsi sama pembaca semua. Ini kerana pemili kolam ternakan udang galah untuk tujuan rekreasi atau 'kolam pancing udang' bakal 'gulung tikar' apabila ternakan mereka gagal dijual susulan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan di seluruh Malaysia. Salah seorang penternak bernama Wong Put Long berumur 54 tahun yang mengusahakan kolam ternakan udang galah sejak lebih 20 tahun di Kampung Renal di sini telah mengakui perniagaannya terjejas teruk. Dia dakwa dimana tiada kebenaran beroperasi bagi pengusaha kolam pancing udang galah dan ikan antara punca pendapatannya merosot mendadak. Sebelum ini dia membekalkan udang galah untuk pengusaha kolam memancing namun udang galah diternak gagal dijual sejak larangan aktiviti rekreasi (memancing) ketika PKP 3.0. Bagaimanapun saya masih perlu menampung kos selenggara kolam dan selain membeli makanan udang yang semakin mahal iaitu RM135 bagi setiap 25 kilogramSebahagian besar pasaran utama udang galah diternak adalah untuk kolam pancing dan sedikit sahaja dijual untuk orang ramai. Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) telah menyukarkan orang ramai bergerak ke kolam ternakannya untuk membeli udang. Put Long mempunyai 13 kolam ternakan udang dengan enam kolam berisi dua tan udang galah sudah sedia untuk dipasarkan. Dia bakal menanggung kerugian sehingga RM150,000 sekiranya udang berkenaan tidak dipasarkan. Jabatan Perikanan telah mengenal pasti masalah dihadapi ramai penternak udang galah. Kini dilapor kebanyakan penternak mahu menjual udang berkenaan kepada orang ramai namun syarat Prosedur Operasi Standard (SOP)menyukarkan usaha mereka untuk menjual hasil ternakan itu.

Negeri Sembilan merupakan salah satu negeri yang ramai penternak udang galah dimana dilaporkan seramai 
45 pengusaha udang galah gagal pasarkan hasil ternakan dan terkesan apabila gagal memasarkan hasil ternakan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2021. Media melaporkan mengikut Pengerusi Kluster Penternak Udang Galah Seri Menanti iaitu Mohamad Qayyum Abdul Jalil berumur 30 tahun dari Kampung Gunung Pasir Seri Menanti, Kuala Pilah berkata lebih dua tan ternakan itu yang bernilai kira-kira RM130,000 tidak berjaya dipasarkan kerana tiada pembeli. Menurutnya permintaan utama adalah adalah kalangan pengusaha kolam memancing di sekitar Negeri Sembilan selain Johor, Melaka dan Singapura. Dilapor dimana disebabkan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) maka tiada aktiviti kolam memancing yang dibenarkan beroperasi membuatkan pengusaha pusat itu tidak membeli udang galah seperti biasa. Keadaan ini dilaporkan telah menyebabkan dia dan ramai pengusaha serta penternak udang galah di negeri ini menerima kesan ketara apabila pendapatan mereka terjejas selepas udang galah tidak dapat dipasarkan apabila cukup tempoh matang (Sila  lihat foto disebelah). Dia dakwa pengusaha menanggung beban lain termasuk kos makanan udang galah yang tinggi selain harga benih udang sekitar lapan sen seekor. Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan En Halimi Abu kini sudah terdapat 45 pengusaha dan penternak udang galah di seluruh Negeri Sembilan yang menerima kesan langsung sepanjang tempoh PKP dan PKPB ini. Pengusaha kolam memancing rekreasi adalah pembeli utama udang berkenaan dan kini penternak udang galah sukar memasarkan ternakan mereka lantaran kolam memancing menutup operasi atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menyekat penularan Covid-19.

Dilaporkan dari Melaka dimana akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) mendorong nelayan sungai di Lubok Cina, Alor Gajah, Melaka terpaksa menternak udang yang tidak laku dijual di kolam sementara untuk mereka memastikan hasil tangkapan tidak akan terbuang. Sepanjang PKP dilaksanakan dari 18 Mac lalu hingga sekarang dimana jumlah pelanggan yang hadir untuk membeli udang galah di Jeti Nelayan Kampung Paya Lebar, Lubok Cina boleh dibilang dengan jari. Ini juga sekali gus mendorong nelayan mencari alternatif bagi menyimpan udang galah agar sentiasa segar. Bagi Abdul Maulud yang berumur 57 tahun dia mengambil inisiatif membina kolam yang mana sudah dilengkapi sistem peredaran udara bagi memastikan udang galah ditangkap dengan menggunakan perangkap bubu dan menjala, mampu dipelihara di dalam kolam (Sila lihat foto disebelah). Jika udang galah yang didapati sudah mati ianya akan disimpan dalam peti sejuk akan tetapi ia menyebabkan bukan setakat pucat warnanya malahan sudah hilang keenakannya berbanding yang hidup dan masih segar. Biasanya udang galah yang terperangkap dalam bubunya yang diletakkan di geladak perahu yang diisi air sungai bagi memastikan ia boleh hidup sebelum saya pindahkan ke dalam kolam sementaranya di belakang rumah. Cara ini dia akan dapat mengekalkan kesegaran udang galah dan jika PKP ditamatkan diharap hasil tangkapannya itu boleh dijual pada harga RM90 sekilogram bagi udang hidup manakala udang galah yang sudah mati hanya RM70 sekilogram. Beliau kini merupakan yang giat menangkap udang di Sungai Rembau, Lubok Cina. Mereka sering menangkap udang galah dengan menjala dan memasang bubu iaitu perangkap udang galah yang diperbuat daripada jaring besi yang dipasang umpan kelapa di dalamnya. Biasanya nelayan sungai yang turun ke sungai sejak berusia 15 tahun itu mendakwa dimana sejak PKP dilaksanakan, dia menghadapi kesukaran untuk tujuan memasarkan udang galah kerana tidak ada pelanggan yang sanggup turun ke jeti berkenaan seperti sebelum kes PKP dikuatkuasakan. Bagaimanapun hasil tangkapan ikan sungai seperti siakap, kurau, duri pulut dan seumpamanya mampu dihantar kepada peraih di Pasar Kuala Sungai Baru dan ia lebih mudah dijual berbanding udang galah. Dia sentiasa berhara agar penularan wabak Covid-19 tamat segera dan jika keadaan kembali pulih seperti sedia kala memang dia yakin udang galah itu bakal mendapat permintaan pelanggan berasaskan keadaannya yang masih hidup dan segar. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
UDANG GALAH ... MAHAL HARGANYA...
AKIBAT PKP... PERGERAKAN TIADA...
SUKAR MENJUAL... RAMAI KECEWA...
PENJUAL PENING... PENGGUNA NANGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Zulkaedah 1442H).

Tuesday, June 29, 2021

KENALI BUAH-BUAHAN TEMPATAN (Part 3)

BUAH-BUAHAN TEMPATAN merupakan jenis buah-buahan yang dihasilkan oleh sesebuah negara tersebut. Seperti di Malaysia yang merupakan sebuah negara beriklim tropika yang kaya dengan buah-buahan tempatan selalunya boleh menikmati buah-buahan ini sepanjang tahun bagi buah tidak bermusim atau masa tertentu sahaja bagi buah yang keluar bermusim. Banyak jenis buah-buahan tempatan yang ditanam untuk pasaran domestik, pasaran eksport dan juga untuk diproses menjadi pelbagai pproduk lain berasaskan kepada buah-buahan. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Antara contoh buah-buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan sebagainya. Manakala bagi jenis buah-buahan bermusim pula adalah seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis, rambai dan sebagainya. Rakyat Malaysia memang digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar diperolehi dengan harga berpatutan. Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang atau dusun dimana ia sudah tentu ada khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara.  Buah-buahan tempatan juga mudah didapati secara percuma (lazimnya musim durian ramai balik kampong untuk makan durian keluarga) dan membelinya di gerai buah-buahan, pasar malam, pasar tani, pasar basah, pasaraya malahan kini telah ada jualan buah-buahan tempatan secara on-line. Bagi sesetengah buah bermusim memang seakan ada pesta buah-buahan terutama raja segala buah kalau bukan Durian. Ramai orang tempatan akan memburu durian premiumseperti Durian Musang King, Durian Udang Merah, Durian Duri Hitam, Durian Tekka dan beberapa lagi. Harga buah-buahan tempatan juga jauh lebih murah jika ianya dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport dimana tahukah pembaca jika ada buah-buahan import dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan dengan ramai peminat buah-buahan tempatan akan dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian. Buah-buahan tempatan juga tiada bahan pengawet yang boleh ianya merbahayakan kesihatan. Kebanyakan buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan lama. Semua dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan. Buah-buah tempatan didakwa mengandungi banyak vitamin dan zat yang diperlukan oleh manusia. Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology"  mengenai beberapa jenis buah-buahan tempatan yang berpotensi untuk dikomersilkan dan dibuat ujirasa untuk bahan rujukkan semua.

Di Malaysia penanaman buah-buahan dilakukan oleh pekebun kecil dan estet swasta sama ada secara kecil-kecilan atau pun secara meluas. Antara jenis buah tempatan yang telah ditaam secara estet perladangan adalah seperti Buah Nanas, Buah Durian, Buah Betik dan juga buah Nnagka. Buah nangka ini ditanam secara meluas d beberapa Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seperti di TKPM Lanchang, TKPM Kota Perdana, TKPM Tengaroh dan banyak lagi lokasi. Potensi buah-buahan tempatan untuk pasaran eksport membolehkan lebih ramai pengusaha yang berani menanam buah tembikai, buah nanas, buah durian, buah betik dan buah belimbing. Sebagai contoh dimana buah nanas seperti Nanas MD2 merupakan jenis buah segar yang menembusi eksport kebanyak negara seperti Singapura, China, Jepun, Negara2 Timur Tengah dan banyak lagi. BUah durian pula kini memang mempunyai potensi pasaran besar ke China. Bagi buah buahan tempatan ini memang jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai kepelbagaian sumber genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi akan datang untuk mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama. Usaha giat perlu dijalankan untuk menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis buah-buahan yang boleh dimakan terdapat dinegara ini. Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim yang boleh dimajukan didalam pelbagai lokasi dan kaedah pengurusan agar ia menjadi satu industri yang menguntungkan kepada negara. Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan Jabatan menggariskan beberapa jenis buah-buahan tempatan (19 jenis) yang sesuai dimajukan iaiitu Tembikai, Nanas, Buah Naga, Jambu Batu, Jambu Air, Mangga, Rambutan, Belimbing, Ciku, Nangka, Cempedak, Limau Bali, Limau Manis, Betik, Dokong, Durian, Manggis, Pulasan dan Pisang.  

Buah Pisang (Musa sapientium) atau 'banana' sememangnya dikenali sebagai buah tropika yang terbaik dan dimakan oleh sebahagian besar penduduk dunia. Pisang adalah salah sejenis buah yang paling sihat untuk dimakan dan juga paling versatil. Terdapat beratus-ratus jenis pisang dari yang jenis pisang yang manis, keemasan, senang dikupas dan boleh dimakan begitu sahaja. Pisang yang hijau hanya digunakan untuk bahan masakan sahaja. Biasanya pisang masak dimakan segar atau sebagai pencuci mulut, hiasan dan perisa minuman. Pisang mentah pula diproses menjadi makanan ringan seperti kerepik yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Antara beberapa jenis pisang yang popular ditanam dan dijual di Malaysia adalah seperti Pisang Berangan, Pisang Mas, Pisang Tanduk, Pisang Hipah, Pisang Masak 40 hari (ada yang panggil sebagai Pisang Lemak hijau), Pisang Nangka, Pisang Cavendish dan beberapa lagi.

Buah Limau 
Bali (Citrus maxima) pula merupakan buah sitrus yang terbesar di dunia. Saiz limau bali boleh mencecah 30 cm diameter, memiliki tekstur kulit yang licin dan lembut berwarna hijau kekuningan. Isinya berulas berwarna putih ataupun merah jambu jernih. Kebiasaannya dimakan secara segar sama seperti buah limau yang lain. Rasanya manis menyenangkan dan rasa kesegaran yang tajam. Ulasnya boleh diperah untuk dijadikan jus. Cara makan dengan memotong kulit secara membujur dengan menggunakan pisau yang tajam. Potong juga bahagian yang lembut dari tangkai ke bahagian bawah. Kupas kulit yang tebal untuk mendapatkan ulasnya yang lembut. Pisahkan setiap ulas menggunakan pisau yang kecil dan kupas kulit ulas tersebut. Sajikan setiap ulas dan buang biji di dalamnya. Di Malaysia ada tiga varieti limau bali popular seperti Limau Bali Shanting (PO51), Limau Bali Tambun (PO52) dan juga Limau Bali Ledang (PO55). Limau Bali merupakan antara buah yang penting dalam perayaan kaum Cina di Malaysia.

Walau pun Limau Manis (Citrus recticulata blanco) merupakan salah satu jenis keluarga limau akan tetai yang ditanam di Malaysia kulitnya agak mudah untuk dikupas dengan jari. Buah ini selalunya mempunyai kulit tebal meliputi lekuk di bahagian atas buah dimana setelah dkupas kulitnya makan dilihat isinya dilihat dipisahkan mengikut ulas isinya tanpa mengeluarkan jus buah tersebut. Limau manis atau juga dipanggil sebagai 'Limau Langkat' ini sebenarnya mudah untuk dimakan di mana-mana sahaja tanpa menggunakan peralatan untuk memotongnya. Di Malaysia ada beberapa limau manis yang popular ditanam seperti Varieti Limau Manis Tempatan (M32) dan varieti Limau Manis Madu (M33). Limau manis ini semakin kurang ditanam di Malaysia kerana masaalah serangan oleh Citrus Greening Disease (CGD) yang pernah memusnahkan industri ini di Sarawak, Terengganu dan Johor.

Buah Betik atau Buah Papaya (Carica papaya) merupakan sejenis buah popular ditanm di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. M
alaysia telah dikurniakan dengan buah betik yang lazat dengan rasa yang manis. Sesetengahnya akan kekal berwarna hijau setelah matang akan tetapi kebanyakannya bertukar menjadi kuning keemasan atau oren setelah matang. Betik mempunyai isi yang cantik, wangi dan berwarna merah jambu seperti ikan Salmon, dengan biji berwarna kelabu hitam yang banyak di bahagian tengah buah tersebut. Hidangkan secara kepingan atau kiub sebagai pencuci mulut yang menyelerakan dan boleh ditambah di dalam salad buah, kari, salsa atau yogurt. Cara makan betik dengan memotong buah kepada dua bahagian secara membujur dengan menggunakan pisau yang tajam. Dengan menggunakan sudu, buangkan semua biji yang berada pada bahagian tengah buah secara perlahan-lahan. Kupaskan kulit. Hidangkan sejuk secara kepingan atau kiub. Potong buah menjadi empat bahagian dan buang kulit luarnya. Antara vareti betik popular di Malaysia seperti Betik Eksotika, Betik Sekaki, Betik Subang, Betik Batu Arang dan beberapa lagi.

Seterusnya buah tempatan yang bermusim adalah Buah D
okong (Lansium domesticum) dimana apabila buahnya masak maka ia dapati secara gugusan dan memiliki kulit nipis berwarna kuning cair. Setiap isinya berulas 5 serta lutsinar. Bau isinya amat menyenangkan atau wangi di samping rasa manis serta teksturnya yang berair. Isinya terdapat biji yang pahit dan tidak boleh dimakan walau pun kualiti buah dokong yang baik selelunya tiada berbiji atau ada sebiji sahaja. Sebenarnya ada dua jenis dokong ditanam do negara kita iaitu jenis Dokong Air dan Jenis Dokong Kering. Negeri yang luas menanam dokong adalah Terengganu dan Kelantan dimana muism berbuah sekitar Ogos sehingga September.

Buah tempatan yang semakin popular kini adalah Buah Manggis (Garcinia mangostana
dimana bentuknya seakan buah epal mempunyai kulit tebal berwarna ungu gelap. Isinya terdiri daripada 5 hingga 7 ulas berwarna putih yang berair dan manis rasanya. Apa pun selalunya sebahagian ulasnya memiliki biji besar berwarna merah jambu gelap yang tersimpan di dalam empulur bagaimana pun lazimnya ia perlu dibuang terlebih dahulu sebelum dimakan. Isinya manis menyegarkan dan mempunyai aroma yang kuat seperti kuih tat. Buah manggis mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Boleh dimakan secara segar ataupun sebagai salad buah-buahan. Cara makan buah manggis dengan memotong kulit manggis yang tebal sama ada menggunakan pisau kecil yang tajam di bahagian tengah keliling buah tersebut. Keluarkan bahagian atas kulit yang dihiris supaya dapat dilihat isi yang putih dan berair. Buah ini boleh disajikan di atas piring hidangan tanpa mengeluarkan bahagian bawah kulit buah tersebut. Nikmati isi manggis dengan menggunakan garfu kecil. Buang biji jika ada. Ada 3 jenis manggis didaftarkan di Malaysia iaitu Manggis Tanpa Biji (GA1), Mesta (GA2) dan juga Manggis Tempatan (Tiada nombor rujukkan). 

Buah tempatan yang semakin mendapat perhatian di Malaysia adalah Buah Pulasan (Nephelium mutabile) dimana ia merupakan sejenis 
buah bermusim. Pulasan mempunyai kulit berduri tumpul, lembut dan berwarna merah. Isinya yang sangat manis dan enak menyerupai buah rambutan. Enak dinikmati begitu sahaja atau dijadikan salad buah-buahan, jeli atau minuman. Apa pun penulis blog dapati daripada sebanyak 18 varieti pulasan yang pernah didaftarkan di Malaysia hanya varieti Pulasan Ah Hock 94 (P66) daripada Muar, Johor yang masih ditanam secara komersil. Saya ada menulis beribu artikel mengenai semua 19 jenis buah-buahan tempatan dalam blog anim agro technology yang boleh dibaca untuk memperincikan semua buah tersebut. Artikel ini dibahagikan kepada 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUAH TEMPATAN... 19 SEMUANYA...
BUAH BERMUSIM..TIDAK MUSIM ADA...
DIMAKAN SEGAR... DIPROSES ADA...
MEMBELI BUAH... BUATLAH UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1442H).

Monday, June 28, 2021

KENALI BUAH-BUAHAN TEMPATAN (Part 2)

BUAH-BUAHAN TEMPATAN merupakan jenis buah-buahan yang dihasilkan oleh sesebuah negara tersebut. Seperti di Malaysia yang merupakan sebuah negara beriklim tropika yang kaya dengan buah-buahan tempatan dimana selalunya boleh menikmati buah-buahan ini sepanjang tahun bagi buah tidak bermusim atau masa tertentu sahaja bagi buah yang keluar bermusim. Banyak jenis buah-buahan tempatan yang ditanam untuk pasaran domestik, pasaran eksport dan juga untuk diproses menjadi pelbagai pproduk lain berasaskan kepada buah-buahan. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Antara contoh buah-buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan sebagainya. Manakala bagi jenis buah-buahan bermusim pula adalah seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis, rambai dan sebagainya. Rakyat Malaysia memang digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar diperolehi dengan harga berpatutan. Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang atau dusun dimana ia sudah tentu ada khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara.  Buah-buahan tempatan juga mudah didapati secara percuma (lazimnya musim durian ramai balik kampong untuk makan durian keluarga) dan membelinya di gerai buah-buahan, pasar malam, pasar tani, pasar basah, pasaraya malahan kini telah ada jualan buah-buahan tempatan secara on-line. Bagi sesetengah buah bermusim memang seakan ada pesta buah-buahan terutama raja segala buah kalau bukan Durian. Ramai orang tempatan akan memburu durian premiumseperti Durian Musang King, Durian Udang Merah, Durian Duri Hitam, Durian Tekka dan beberapa lagi. Harga buah-buahan tempatan juga jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport dimana tahukah pembaca jika ada buah-buahan import dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan dengan ramai peminat buah-buahan tempatan akan dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian. Buah-buahan tempatan juga tiada bahan pengawet yang jika dimakan boleh  merbahayakan kesihatan. Kebanyakan buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan lama. Oleh itu dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan.  Buah-buah tempatan dilaporkan mengandungi banyak vitamin dan zat yang diperlukan oleh manusia. Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  mengenai beberapa jenis buah-buahan tempatan yang berpotensi untuk dikomersilkan dan dibuat ujirasa untuk bahnan rujukkan semua.

Di Malaysia penanaman buah-buahan dilakukan oleh pekebun kecil dan estet swasta sama ada secara kecil-kecilan atau pun secara meluas. Antara jenis buah tempatan yang telah ditaam secara estet perladangan adalah seperti Buah Nanas, Buah Durian, Buah Betik dan juga buah Nnagka. Buah nangka ini ditanam secara meluas d beberapa Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seperti di TKPM Lanchang, TKPM Kota Perdana (Di Pahang), TKPM Tengaroh (Di Johor) dan banyak lagi lokasi. Potensi buah-buahan tempatan untuk pasaran eksport membolehkan lebih ramai pengusaha yang berani menanam buah tembikai, buah nanas, buah durian, buah betik dan buah belimbing. Sebagai contoh dimana buah nanas seperti Nanas MD2 merupakan jenis buah segar yang menembusi eksport kebanyak negara seperti Singapura, China, Jepun, Negara2 Timur Tengah dan banyak lagi. BUah durian pula kini memang mempunyai potensi pasaran besar ke China. Bagi buah buahan tempatan ini memang jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai kepelbagaian sumber genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi akan datang untuk mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama. Usaha giat perlu dijalankan untuk menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis buah-buahan yang boleh dimakan terdapat dinegara ini. Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim yang boleh dimajukan didalam pelbagai lokasi dan kaedah pengurusan agar ia menjadi satu industri yang menguntungkan kepada negara. Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan Jabatan menggariskan beberapa jenis buah-buahan tempatan (19 jenis) yang sesuai dimajukan iaiitu Tembikai, Nanas, Buah Naga, Jambu Batu, Jambu Air, Mangga, Rambutan, Belimbing, Ciku, Nangka, Cempedak, Limau Bali, Limau Manis, Betik, Dokong, Durian, Manggis, Pulasan dan Pisang. 

Buah DURIAN (Durio zibethinus) yang juga digelar sebagai “Raja Segala Buah“ merupakan antara jenis tanaman buah yang terluas di Malaysia. Buahnya besar berwarna hijau gelap diselaputi duri yang bujur lebar dan tajam di hujungnya. Ianya perlu dipegang dengan cermat kerna duri yang tajam boleh melukakan tangan. Isi buah durian enak dimakan secara segar dan pastinya penuh nikmat. Rasanya lemak manis dan lembut. Kepada yang menyukai rasa dan bau yang sederhana boleh memasukkan isi durian ke dalam ais krim, jem atau pencuci mulut. Antara beberapa varieti durian yang popular di Malaysia adalah seperti Durian Musang King (D197), Durian Bukit Merah (D24), Durian Ochee/Duri Hitam (D200), Durian Tekka (D160), Durian Merah/ Sukang, Durian D24, Durian IOI atau Hajah Asmah (D168) dan beberapa varieti durian kampung terpilih. Musim durian di Malaysia selalunya jatuh daripada bulan Mei sehingga September sebagai musim utama dan Disember hingga Januari pada luar musim. Harga durian kini semakin mahal kerana kualiti dan keunikannya tersendiri apa lagi apabila ia sudah mula di eksport ke China yang tinggi permintaannya sepanjang tahun.

Buah tempatan ke 8 yang tidak kurang popularitinya adalah Buah Rambutan (Nephellium lappaceum) dimana buah ini mempunyai kulit berwarna merah pekat atau kuning cerah berserta rerambut yang terkeluar dari permukaan kulit dimana ia kerinting dan berwarna hijau di hujungnya. Isinya lutsinar dan ia mempunyai rasa yang dihalusi dengan bau yang manis tajam. Boleh dimakan begitu sahaja menggunakan tangan. Ianya merupakan makanan ringan diwaktu cuaca panas. Banyak digunakan juga dalam pelbagai minuman dan pencuci mulut. Terdapat sekitar 67 varieti rambutan yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian akan tetapi hanya kurang dari 7 varieti yang dikomersialkan. Hanya 10 varieti rambutan yang disyorkan dan dikomersilkan di Malaysia iaitu R134, R156(Muar Gading), R160 (Khow Thow Bak), R162 (Oh Heak), R167 (Chai Thow Chin), R168 (Che Embong), R170 (Lychee), R185 (Lekang Nyior), R191 (Anak Sekolah atau Rong Rien) dan R193 (Deli Baling). Walau bagaimana pun varieti R156 (Muar Gading), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling) adalah merupakan varieti paling popular ditanam dan beberapa varieti baru MARDI seperti varieti Rambutan Mas Merah.

Buah Belimbing (Averrhoa carambola) sememangnya enak untuk dimakan juga cantik apabila dipandang. Isi belimbing mempunyai bau yang menyerlah dan memiliki rasa masam manis, seringkali digunakan dalam pelbagai minuman komersial. Buah belimbing mampu menghilangkan rasa dahaga dan sejenis buah tempatan yang baik untuk kesihatan. Apabila dipotong secara melintang maka hasil potongannya akan berbentuk seperti bintang (star) dan selalunya digunakan sebagai hiasan untuk salad dan pencuci mulut. Malaysia merupakan sebuah negara yang menanam buah belimbing untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog dapati di Malaysia terdapat 19 varieti belimbing didaftar dengan Jabatan Pertanian akan tetapi hanya beberapa varieti belimbing yang popular di tanam adalah Varieti B10, B2, B17 dan varieti terbaru hasil biakbaka MARDI iaitu Varieti Bintang Mas (Dilancarkan pada tahun 2019). Belimbing merupakan sejenis buah-buahan tropika yang mengandungi banyak zat nutrien untuk kesihatan manusia terutama mereka yang menghadapi masaalah tekanan darah tinggi dan kencing manis. Terdapat seluas 1,310 hektar tanaman belimbing di Malaysia pada tahun 2020 (Laporan Buku Statistik Jabatan Pertanian Malaysia) dengan kawasan utama pengeluaran sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Seterusnya buah tempatan yang ke 10 adalah Buah Ciku (Manikara achras) yang juga dikenali dengan nama sapodilla dimana buah ini mempunyai rasa unik yang tersendiri. Buah ciku yang masak mempunyai kulit berwarna coklat dan agak licin dan isinya adalah lembut berwarna seperti madu dan mempunyai rasa yang manis seakan campuran vanilla, gula perang dan rut bir. Di bahagian tengahnya terdapat biji hitam yang tidak boleh dimakan akan tetapi boeh disemai untuk menjadi anakbenih. Ciku enak dimakan segar atau sebagai pencuci mulut atau sebagai campuran kek dan dijadikan inti pankek yang eksotik. Ada juga buah ciku yang dibuat jus minuman. Antara varieti buah ciku yang popular ditanam di Malaysia adalah seperti varieti Ciku Subang (C63), Ciku Betawi (C61), Ciku Raja (C65),  Ciku Mega (C64), Ciku Jantung (C62) dan beberapa lagi. Keluasan tanaman ciku di Malaysia pada tahun 2012 adalah sebanyak 1,115 hektar dengan hanya sekitar 515 hektar sahaja yang menghasilkan buah. Sebanyak 6,050 metrik tan ciku dihasilkan pada tahun 2012 terutama untuk pasaran domestik. 

Buah Nangka (Artocarpus heterophyllus) merupakan buah tempatan yang sangat popular sebagai buah pencuci mulut. Berat buah nangka mencecah lebih 15 kg bergantung kepada umur dan jenisnya. Purata saiz buahnya adalah diantara 30-60 cm panjang dan 23-30 cm lebar. Kulitnya berwarna hijau kekuningan dan selalu kelihata seperti bertompok-tompok. Isinya rangup mempunyai rasa yang manis, wangi dan nyaman. Setiap ulas dari isinya mengandungi biji putih dan boleh dimakan setelah direbus atau dibakar. Penanaman nangka kini banyak di dominasi oleh peserta TKPM di Pahang dimana nangka varieti Tekam Yellow (J33) dijadikan nangka untuk pasaran domestik dan eksport. Selain varieti nangka Tekam Yellow diantara varieti popular lain adalah seperti Nangka NSI (J31), Nangka Manin (J32), Nangka Uncle Hong (J34) Nanka Mastura (J37) dan dua varieti baru iaitu Nangka Subang Lao Zhang (J39) serta Nangka Subang Chap Boy (J39). Buah nangka kini sudah semakin mendapat pasaran baik terutama dengan nanga Madu (Tekam Yellow) seperti yang dijual di gerai tepi jalan disepanjang jalanraya Raub-Bentong di Pahang.

Buah Cempedak (Artocarpus cempeden) memiliki rasa yang hampir sama seperti buah nangka dan sukun dengan sedikit rasa durian. Isinya yang manis, lembut dan berair menyelaputi biji yang kelihatan seperti kacang. Berada di antara jerami dan empulur yang tidak boleh dimakan. Jerami luar buah sedikit melekit. Buah ceempedak adalah paling sesuai digoreng bersama sakutan tepung yang mengeluarkan aroma wang sehingga pelanggan membelinya. Antara beberapa varoeti cempedak popuar di tanam dan dijual di Malaysia adalah Cempedak Paya Jaras (C28), Cempedak Kuang 5 (CH30) dan Cempedak Chin (CH33). Sejenis varieti cempedak yang pernah mendapat perhatian orang ramai adalah Cempedak-Durian walau pun isinya sedikit tetapi aromanya 'sangat kuat' popular ditanam di Perak. Artikel ini dibahagikan kepada 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUAH TEMPATAN... 19 SEMUANYA...
BUAH BERMUSIM.. TAK MUSIM ADA...
DIMAKAN SEGAR...ENAK RASANYA...
DAPAT PERCUMA... BUAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1442H).

Sunday, June 27, 2021

KENALI BUAH-BUAHAN TEMPATAN (PART 1)

BUAH-BUAHAN TEMPATAN
merupakan jenis buah-buahan yang dihasilkan oleh sesebuah negara tersebut. Seperti di Malaysia yang merupakan sebuah negara beriklim tropika yang kaya dengan buah-buahan tempatan selalunya boleh menikmati buah-buahan ini sepanjang tahun bagi buah tidak bermusim atau masa tertentu sahaja bagi buah yang keluar bermusim. Banyak jenis buah-buahan tempatan yang ditanam untuk pasaran domestik, pasaran eksport dan juga untuk diproses menjadi pelbagai pproduk lain berasaskan kepada buah-buahan. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Antara contoh buah-buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan sebagainya. Manakala bagi jenis buah-buahan bermusim pula adalah seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis, rambai dan sebagainya.  Rakyat Malaysia memang digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar diperolehi dengan harga berpatutan. Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang atau dusun dimana ia sudah tentu ada khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara.  Buah-buahan tempatan juga mudah didapati secara percuma (lazimnya musim durian ramai balik kampong untuk makan durian keluarga) dan membelinya di gerai buah-buahan, pasar malam, pasar tani, pasar basah, pasaraya malahan kini telah ada jualan buah-buahan tempatan secara on-line. Bagi sesetengah buah bermusim memang seakan ada pesta buah-buahan terutama raja segala buah kalau bukan Durian. Ramai orang tempatan akan memburu durian premiumseperti Durian Musang King, Durian Udang Merah, Durian Duri Hitam, Durian Tekka dan beberapa lagi. Harga buah-buahan tempatan juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport dimana tahukah pembaca jika ada buah-buahan import dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan dengan ramai peminat buah-buahan tempatan akan dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian. Buah-buahan tempatan juga tiada bahan pengawet yang boleh merbahayakan kesihatan. Kebanyakan buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan lama. Oleh itu pembaca blog dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan.  Buah-buah tempatan mengandungi banyak vitamin dan zat yang diperlukan oleh manusia. Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis buah-buahan tempatan yang berpotensi untuk dikomersilkan dan dibuat ujirasa untuk bahnan rujukkan semua.

Di Malaysia penanaman buah-buahan dilakukan oleh pekebun kecil dan estet swasta sama ada secara kecil-kecilan atau pun secara meluas. Antara jenis buah tempatan yang telah ditaam secara estet perladangan adalah seperti Buah Nanas, Buah Durian, Buah Betik dan juga buah Nnagka. Buah nangka ini ditanam secara meluas d beberapa Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seperti di TKPM Lanchang, TKPM Kota Perdana (di Pahang), TKPM Tengaroh (Di Johor) dan beberapa lagi lokasi. Potensi buah-buahan tempatan untuk pasaran eksport membolehkan lebih ramai pengusaha yang berani menanam buah tembikai, buah nanas, buah durian, buah betik dan buah belimbing. Sebagai contoh dimana buah nanas seperti Nanas MD2 merupakan jenis buah segar yang menembusi eksport kebanyak negara seperti Singapura, China, Jepun, Negara2 Timur Tengah dan banyak lagi. BUah durian pula kini memang mempunyai potensi pasaran besar ke China. Bagi buah buahan tempatan ini memang jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai kepelbagaian sumber genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi akan datang untuk tujuan mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama. Usaha giat perlu dijalankan untuk menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis buah-buahan yang boleh dimakan terdapat dinegara ini. Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim yang boleh dimajukan didalam pelbagai lokasi dan kaedah pengurusan agar ia menjadi satu industri yang menguntungkan kepada negara. Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan Jabatan menggariskan beberapa jenis buah-buahan tempatan (19 jenis) yang sesuai dimajukan iaiitu Tembikai, Nanas, Buah Naga, Jambu Batu, Jambu Air, Mangga, Rambutan, Belimbing, Ciku, Nangka, Cempedak, Limau Bali, Limau Manis, Betik, Dokong, Durian, Manggis, Pulasan dan Pisang.  

Buah Tembikai
(Citrullus lunatus) adalah buah bebas lemak, rendah kalori dan merupakan makanan yang ideal kerana kandungan seratnya yang tinggi. Tembikai juga mempunyai kandungan tenaga yang tinggi, menjadikannya penambah tenaga yang hebat. Ia amat menyegarkan dan mampu menghilangkan dahaga dan boleh didapati sama ada berisi merah mahupun kuning cerah. Sesuai dijadikan jus segar dan diminum. Fakta nutrisi bagi 100 gram buah tembikai yang boleh dimakan terdiri daripada 
Tenaga 28 Kcal, Air 92.60 g, Protin 0.60 g, Karbohidrat 6 g, Serat 0.20 g, Kalsium 6 mg, Fosforus 11 mg, Zat Besi 0.20 mg, Sodium 4 mg, Potassium 78 mg, Kerotin 410 µg ,Persamaan Retinol 68 µg, Vitamin B1 0.04 mg, Vitamin B2 0.05 mg, Vitamin C 5.50 mg dan Niasin 0.20 mg. 
Antara varieti ISI MERAH adalah seperti New Dragon 117, Semangka 144, Sky Light 162, New Grand Baby N123, Summer Delicious 174, Hi-U 168, Bow Long 288, Big Mel 202, Taipan 275, Hitam Manis S 108, Golden Crown 167, Diana, China Boy, Pearl 275, King Black Gold 7733 dan Super Sweet Black Lady. Varieti Isi Kuning pula seperti Golden Delight 363, Bow Fong 272, Yellow Baby, New Orchid, New Sweet Baby, Jingga Manis 383, Orange Beauty dan Yellow Beauty 262. Sementara itu Varieti Tembikai Tanpa Biji adalah seperti Red Victor 226, Red Star 1818, Quality 126, Fengshan 106, Pure Luck 128, Unique 129, Sin Fon dan Seedless 200.

Buah N
anas (Ananas comosus) merupakan buah tidak bermusim yang mempunyai jambul hijau yang tajam dan mencacak. Buah nanas boleh dianggap sebagai buah yang paling eksotik dan menakjubkan. Ianya memiliki aroma yang unik, hangat dan mempesonakan. Buah ini amat versatil dan memiliki isi yang sedap. Ianya enak dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang perisa tambahan. Kini nanas MD2 merupakan varieti nanas premium yang sesuai dimakan segar dan diproses dimana mempunyai rasa manis, aroma wangi dan tahan lama sesuai untuk pasaran domestik dan eskport. Buah nanas juga sesuai untuk dijadikan jus atau ditambah ke dalam acar, kebab, kari, pencuci mulut dan sebagai hiasan makanan. Beberapa varieti nanas di daftarkan di Malaysia seperti Nanas Moris (AC1), Nanas Sarawak (AC2), Nanas Gandul (AC3), Nanas Maspine (Ac4), Nanas Josapine (AC5), Nanas Yankee (AC6), NanasMoris Gajah (AC7), Nanas N36 (AC8), Nanas MD2 (AC9), Nanas View of Sunset (AC10), Nanas Madu Kaca (AC11) dan Nanas Keningau Diamond (AC14).

Buah Naga
(Hylocerus undatus) juga dikenali sebagai buah pitaya atau dragon fruit. Terdapat tiga (3) jenis buah naga yang boleh ditanam iaitu Buah Naga Isi Putih, Buah Naga Isi Merah dan Buah Naga Kuning namun yang paling meluas ditanam dan mendapat pasaran terbaik adalah Buah Naga Merah. Ia juga memiliki bentuk seakan buah zaitun dan kebiasaannya berwarna merah dengan sisik yang menyerlah. Kulitnya nipis meliputi isi putih ataupun merah yang besar dan memiliki aroma kemanismanisan berserta dengan biji hitam yang boleh dimakan. Merupakan sumber vitamin C yang terbaik dan serat yang boleh larut bersama air. Buah naga berisi merah sangat baik untuk membantu memperbaiki penglihatan kerana kandungan beta keratin yang tinggi. Enak dimakan sejuk ataupun dijadikan sebagai jus. 
Isi buah naga putih dan merah boleh dimakan segar dan boleh dibuat kordial dan jem. Buah naga kaya dengan zat vitamin dan mineral yang dapat membantu meningkatkan daya tahan dan metabolisme badan. Kulitnya boleh dijadikan pewarna makanan semula jadi (natural food colours), pengemulsi (emulsifier), pemekat (thickener), pentekstur (texturiser) dan penstabil (stabiliser) dalam makanan. Kajian terbaru melaporkan buah naga mengandungi pektin 20% daripada berat kering ataupun rendah kandungannya berbanding dengan epal (12%) dan limau (25%). Kajian juga mendapati ekstrak kulit buah naga merah berpotensi menghalang pertumbuhan sel tumor. Komponen bioaktif seperti enzim pada bunga dan daunnya boleh digunakan sebagai minyak wangi dan produk perawatan diri. Buahnya yang mengandungi mineral kalsium dan fosforus berfungsi untuk menguatkan tulang, mencegah osteoporosis serta zat besi yang dapat mencegah anemia. Protein, vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung dalam buah naga berperanan dalam pemeliharaan, pertumbuhan dan metabolisme tubuh badan. Buah ini juga dipercayai dapat melancarkan peredaran darah, mengurangkan radang saraf, membantu proses detoksifikasi, mencegah infeksi mulut, mencegah pendarahan dan mengubati keputihan. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan buah naga dapat meningkatkan penglihatan mata dan mengawal gula. Biji buah naga pula didakwa dapat membantu mengawal kadar kandunga gula pesakit diabetis, mengurangkan perut buncit dan masalah endokrin.


Buah Jambu Batu (Psidium guajava) memiliki aroma yang sangat harum dengan rasa aromatik manis-asid. Bersaiz sekecil bola besball, berkulit hijau nipis dengan isi putih yang mempunyai tekstur yang amat rangup dan manis. Di Malaysia terdapat 14 varieti jambu batu didaftarkan akan tetapi antara varieti buah Jambu Batu paling popular adalah Varieti Lohan (GU16) dan Varieti Kampuchea (GU8). Walau pun keduanya merupakan jambu batu yang mempunyai biji tetapi kualiti buahnya menyebabkan ia meluas ditanam untuk pasaran domestik dan sebahagian di eksport. Penanaman varieti jambu batu tanpa biji juga di lakukan di beberapa lokasi terutama di Perak dan Johor. Sesuai dimakan secara segar ataupun sejuk. Isinya yang manis sering juga digunakan sebagai perisa tambahan dalam pelbagai jenis minuman, salad buah-buahan, pencuci mulut, gula-gula dan jem. 
Jambu Batu merupakan buah yang banyak khasiat dan perlu penjagaan rapi untuk mempastikan hasilnya banyak dan berkuaiti. Selain dimakan segar, jambu batu kini diproses untuk dijadikan makanan ringan dan juga jus jambu batu. Produk jambu batu segar dipromosikan sebagai Jambu Batu 88, Jambu Batu 99 dan banyak lagi yang menjuak jambu batu segar secara franchais. Selin daripada kangungan vitamin dan mineral yang tinggi, jambu batu juga memounyai pelbagai kelebihan untuk dimakan oleh rakyat Malaysia.

Seterusnya Buah Jambu Air (Syzygium samarangense) merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang berbentuk seperti loceng dan tergolong dalam keluarga beri yang boleh dimakan. Boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, hijau pucat, hijau, merah, ungu, ungu seakan kemerahan ke ungu gelap atau hitam. Terkini terdapat 7 jvarieti jambu batu didaftarkan di Malaysia akan tetapi varieti Jambu Batu Asahan (E6) yang didaftarkan pada tahun 2013 (penulis blog ada terlibat dalam pendaftaran varieti ini) merupakan sejenis varieti jambu air yang meluas ditanam di Labis, Johor untuk pasaran domestik dan eksport.  Apabila matang biasanya kulit bawahnya akan terkeluar sedikit dan mempunyai lekuk di tengah. Jambu air yang segar biasanya kelihatan berkilat dan menyerupai buah epal apabila matang. Jambu air sangat kaya dengan vitamin A dan C. Enak dimakan segar.

Buah-buahan tempatan ke 6 adalah Buah Mangga (Mangifera indica) dimana ia merupakan buah yang paling popular dan mewah di dunia. Mangga Malaysia terdiri daripada pelbagai bentuk, saiz, tekstur, aroma, dan rasa. Memiliki isi kuning yang sangat lembut dan rasa manis dengan sentuhan masam yang amat lazat. Antara varieti mangga popular di Malaysia adalah seperti Mangga Harumanis (MA128), Mangga Chokanan (MA224), Mangga MAHA 65, Mangga Mas Mdad, Mangga Sala dan beberapa lagi. Pada kebiasaanya buah mangga akan dimakan secara segar dan isinya juga boleh digunakan untuk dijadikan jus, jem, pencuci mulut dan juga sebagai bahan perisa dalam pelbagai jenis masakan. Jeruk mangga pula kebanyakannya diperbuat daripada manga pauh atau mempelam kecil yang sangat popular seperti Jeruk Mangga Pak Ali yang di Pulau Pinang. Artikel ini dibahagikan kepada 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUAH TEMPATAN... 19 SEMUANYA...
BUAH BERMUSIM... IKUT BULANNYA...
DIMAKAN SEGAR... DIPROSES ADA...
KENALI BUAH INI... BUAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1442H).

Saturday, June 26, 2021

BUAH NANAS - TIPS PENTING

NANAS
(Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropika yang luas ditanam di Malaysia. Tanaman nanas adalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia dan Paraguay yang dibawa masuk ke negara kita oleh penjajah kolonial dahulu. Tumbuhan ini berada dalam keluarga Bromeliaceae dimana ia merupakan sejenis tumbuhan yang rendah saka seperti jenis herba (herbaceous perennial) dengan mempunyai 30 helai atau atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal sama ada berduri atau tidak berduri. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai 'pineapple' dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain (pine tree). Makna 'anana' adalah bermaksud "buah yang sangat baik". Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang dengan keluaran sekitar 16,500 hektar. Tanaman nanas ditanam daripada benih iaitu diambil daripada bahagian sulur dan jambul. Diantara varieti nanas yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia ialah MD2, Josapine, Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris) dan N36. Hanya varieti MD2, Josapine dan N36 berjaya menembusi pasaran eksport kerana mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain daripada mempunyai permintaan yang baik di pasaran domestik dan eksport kini tanaman nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada keadaan kemarau. Iklim untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman Nanas ialah pada suhu sekitar 30°C dengan taburan hujan sebanyak 1250 mm setahun. Kadar pertumbuhan nanas amat bergantung kepada kelembapan tanah, pembajaan dan aruhan pembungaan dan pokoknya selalunya tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Sebaiknya kawalan dan pengurusan air dan rumpai penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik. Didunia dilaporkan pengeluaran buah nanas komersil boleh didapati di Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan, Brazil, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Mexico, Puerto Rico dan Taiwan. Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi Asid citrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Dalam aspek perubatan didakwa dimana buah nanas lazimnya dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung. Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah (cancer).  Dua jenis molekul daripada nanas didakwa ada menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Terdapat beberapa kajian yang giat dilakukan berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi. Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taiwan. Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapat pada buah nanas dikatakan boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi maklumat mengenai tips penting bagi buah nanas untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Bergantung kepada varieti nanas dan cara penjagaan tanaman lazimnya jangkamasa kematangan buah berbeza seawal kurang setahun dan selama hampir dua tahun. Bagi penanaman nanas komersil ia selalunya ditanam secara Monokrop dan ada juga petani yang menanam secara selingan dengan pokok lain seperti tanaman getah (Sila lihat foto disebelah). Kepadatan tanaman nanas secara monokrop di Malaysia sekitar 49,000 pokok sehektar sementara jika ditanam secara selingan sekitar 20,000 pokok sehektar. Kini teknologi penggunaan baja semburan daun (foliar fertilizer) telah meluas dilakukan untuk mendapatkan buah nanas yang lebih berkualiti dan seragam saiznya bagi mendapatkan harga lebih baik. Perkara penting didalam menentukan penuaian adalah aktiviti membuat aruhan pembungaan atau selalunya dipanggil sebagai menghormon nanas. Proses ini akan menjadikan buah nanas dapat dituai dengan lebih terancang bagi pasaran domestik dan eksport yang dipetik mengikut indeks kematangan buah. Bagaimana pun lazimnya terdapat beberapa 
cara untuk menuai nanas di lakukan. Cara yang paling mudah adalah dengan mengira tarikh menghormon dan tarik memetik berdasarkan kepada varieti. Sebagai contoh bagi varieti Nanas MD2 lazimnya buah sesuai dipetik sekitar 140 hari selepas dihormon bagi indeks kematangan sesuai untuk pasaran domestik. Bagaimana pun bagi tuaian untuk pasaran eksport nanas MD2 dilaporkan sesuai dipetik pada umur 132 - 135 hari selepas dihormon. Ada jenis varieti nanas yang mengambil masa lebih lama untuk sesuai dipetik seperti Nanas Yankee dan nanas Sarawak (ada yang hampir dua tahun baru berbuah). Buah yang dipetik akan dipasarkan dengan segera terutama buah nanas yang tidak tahan lama disimpan. Buah nanas sesuai dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus serta digunakan didalam masakan.

Antara beberpa tips orang dulu menyatakan dimana perlu meletakkan buah nanas diatas rak kayu s
elama beberapa hari (4-5 hari) dimana didakwa simpanan cara ini memang membolehkan buah nanas merata manisnya dan mampu untuk tujuan meningkatkan kemanisanya. Cara meletak adalah mendatar dan bukan menegak dimana dilaporkan bahawa kanji selalunya akan tertumpu di bahagian bawah buah dimana dengan kedudukan berbaring ini maka gula ini akan diagihkan secara merata ke seluruh pulpa buah. Penulis blog mendapati banyak kajian melaporkan dimana kandungan bahan Enzim Bromelain didalam buah hijau lazimnya lebih tinggi jika ia  dibandingkan dengan buah nanas yang telah masak ranum. Rasa masam payau pada empulur buah nanas merupakan bahagian dimana enzim bromelain inin banyak berkumpul. Ada kajian agar kia cuba elakkan memakan buah nanas yang dibakar kerana kesannya menyebabkan rasa buah nanas menjadi hambar serta kadang kada merbahaya untuk terus dimakan. Kandungan Asid Citrik dalam buah nanas sering merujuk kepada kes kejadian Lidas pada mulut. Semakin tinggi kandungan asid didalam buah nanas maka semakin terasa pada mulut untuk rasa Lidan tersebut. Buah mentah lazimnya mempunyai kandungan asid yang tinggi dan cepat lisas memakannya.

Buah nanas yang telah masak untuk dituai selain daripada merujuk kepada jangkamasa selepas dihormon boleh dilihat daripada ciri fizikalnya. Petani tidak perlu 
membuat teka-teki tentang bagaimana memetik buah nanas mastang yang lebih enak untuk dipetik dengan mengetahui akan beberapa tanda-tanda kematangannya. Biasanya bagi buah nanas yang masak mempunyai aroma yang enak dimana selalunya pada keadaan cuaca terlalu panas maka baunya akan menjadi kuat atau lebih tajam. Pada bahagian daun nanas yang sesuai untuk dituai berlaku keadaan dimana daun mudah ditarik keluar dari perdu pokok walau pun sebenarnya perlu juga berhati-hati melakukannya. Jika silap langkah cara menarik daun ini menyebabkan pokok cedera dan boleh menyebabkan buah nanas akan menjadi busuk. Buah kelihatan padu dengan kulitnya ada sedikt warna hujau kekuningan pada mata paling bawah sekali (berbeza mengikut varieti nanas juga). Buah nanas yang matang boleh dipilih dari pokok yang sedia dituai mengikut indeks kematangan, saiz dan juga keperluan pasaran. Perkara peling penting menuai buah nanas adalah dengan melihat keperluan pasaran barulah aktiviti menghormon dilakukan mengikut jadual. Jika pasaran hanya untuk sebanyak 5,000 biji seminggu maka pokok yang dihormon perlu untuk sebanyak 5,000 lebih kerana tarikh menuai adalah hampir serentak. Ada kalangan penanam nanas baru berkecimpong melakukan aktiviti menghormon nanas serentak kepada semua tanamannnya dan apabila mahu menjualnya bermasaalah kerana buah masak serentak. Buah yang dipetik akan digredkan mengikut indeks kematangan, saiz buah dan juga destinasi pasaran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH NANAS... ADA APA CERITA...
SUDAH MASAK... DIPETIK JUGA...
BUAH MANIS... SEGAR RASANYA...
NANAS MD2.. RAMAI TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1442H).

Friday, June 25, 2021

FAKTA - KELAPA LAUT AFRIKA

BUAH KELAPA LAUT AFRIKA 
(Borassus flabellifera) ialah sejenis buah daripada pokok kelapa laut iaitu dari jenis palma yang juga kita di Malaysia kenali sebagai pokok tal, pokok lontar, pokok tah, pokok tai, pokok ental dan pokok etal. Bagaimana pun minuman air kelapa laut menjadi kegemaran ramai pada penduduk di Malaysia terutama di musim panas sepertii sewaktu artikel ini ditulis. Air kelapa laut didakwa mampu menyejukkan badan dan baik untuk kesihatan. Pokok kelapa laut terdapat dengan banyak dibeberapa negara seperti di India, Myanmar dan Thailand. Pokok Kelapa Laut ini juga banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi. Dalam beberapa kajian menunjukkan pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Antara kegunaan pokok kelapa laut ini dilaporkan dimana nira yang boleh diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula atau pun todi sama seperti pokok kelapa biasa. Masa dahulu kala juga dilaporkan bahawa bahagian daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul terutama dikawasan kampong dipendalaman. Kita di negara Malaysia cuma kenali kelapa laut yang di jadikan Ubat Batuk dan juga Minuman Air Kelapa Laut sebagai penghilang dahaga yang dijual digerai atau dalam tin. Penulis dapati tidak ada maklumat keluasan penanaman kelapa laut di Malaysia
(Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Bagaimana pun tumbuhan ini hanya terdapat tumbuh liar di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis, Kedah dan Kelantan sahaja. Teknologi dan Amalan Agronomi mengenai tanaman ini juga amat sukar dicari dinegara kita kerana ia adalah tumbuhan yang kurang popular atau kurang diberikan perhatian untuk dikomersilkan. Bagaimana pun sering kita lihat setandan buah kelapa laut diletakkan di tepi gerai jualan minuman aie kelapa laut ini sebagai satu daya terikan kepada pembeli. Anda boleh baca info mengenai kelapa laut ini dalam artikel saya sebelumnya (Sila klik disini). Artikel sempena PKP 3.0 di Malaysia pada subuh dalam blog  "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai beberapa fakta berkaitan kelapa laut untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca semua.

Dari segi pengelasan taksonomi beberapa rujukan dilaporkan dimana p
okok Kelapa Laut atau dalam bahasa Perancis dipanggil 'Coco de mer' juga merupakan pokok yang tunggal dalam genus Lodoicea atau pun sejenis palma yang berasal dari Pulau Praslin dan Pulau Curieuse di Seychelles. Pokok ini juga dilaporkan memang ada dan boleh didapati di Pulau St. Pierre, Pulau Chauve-Souris, dan Pulau Round yang merupakan sebahagian kepulauan Seychelles akan tetapi kini sudah dilaporkan pupus. Pokok Kelapa Laut kini merupakan salah satu spesies nadir yang dilindungi dbawah undang-undang. Bagaimanapun terkini pokok ini kini ditanam di Seychelles untuk tujuan penyimpanan germplasma dan juga ditanam di banyak kawasan tropika sebagai pokok hiasan tetapi erlainan dengan pokok Tal yang mana jenis ini mempunyai nama botaninya Lodoicea maldivica. Wikipedia melaporkan dimana Pokok Kelapa Laut bertumbuh sehingga 25-34 meter tinggi. Daun-daunnya yang berbentuk kipas adalah sepanjang 7-10 meter dan selebar 4.5 meter, dengan petiol yang panjangnya 4 meter. Pokok ini bersifat dioesius, iaitu pokok jantan dan pokok betina adalah berasingan. Bunga jantan seolah-olah katkin, dan sepanjang satu meter. Buah Kelapa Laut mengandungi biji yang terbesar dalam alam tumbuhan. Diameter buah yang matang sebanyak 40-50 sentimeter dengan berat sebanyak 15-30 kilogram (Sila lihat foto disebelah). Buah ini memerlukan 6-7 tahun untuk mencapai kematangan, dan lagi dua tahun untuk bercambah. Buah Kelapa Laut kekadang juga digelarkan double coconut (kelapa kembar), coco fesse, atau Seychelles nut (kekeras Seychelles) di luar negeri.

Berbalik dengan Pokok Tal yang popular dan ia menghasilkan buah kelapa laut di Malaysia dimana p
okok Kelapa Laut ini juga banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi. Dalam beberapa kajian menunjukkan pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Antara kegunaan pokok kelapa laut ini dilaporkan dimana nira yang boleh diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula atau pun todi sama seperti pokok kelapa biasa. Masa dahulu kala juga dilaporkan bahawa bahagian daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul terutama dikawasan kampong dipendalaman. Kita di Malaysia cuma kenali kelapa laut yang di jadikan Ubat Batuk dan juga Minuman Air Kelapa Laut sebagai penghilang dahaga yang dijual digerai atau dalam tin. Penulis dapati tidak ada maklumat keluasan penanaman kelapa laut di Malaysia. Bagaimana pun tumbuhan ini hanya terdapat tumbuh liar di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis, Kedah dan Kelantan sahaja. Teknologi dan Amalan Agronomi mengenai tanaman ini juga amat sukar dicari dinegara kita kerana ia adalah tumbuhan yang kurang popular atau kurang diberikan perhatian untuk dikomersilkan. Bagaimana pun sering kita lihat setandan buah kelapa laut diletakkan di tepi gerai jualan minuman aie kelapa laut ini sebagai satu daya terikan kepada pembeli.

Pokok Tal menghasilkan buah tal segar dan didakwa sesuai digunakan sebagai ubat batuk di Malaysia. Kegunaan buah tal adalah untuk dijadikan sumber nira yang berkualiti dimana disesetengah negara air nira akan ditapaikan untuk menjadi air todi (Banyak di India). Air nira yang manis ini apabila ianya ditapaikan mengandungi 5-6% alkohol dan jika di proses seterusnya mampu menjadi ethanol (Arak) yang memabukkan dan juga menjadi cuka makan. Air Kelapa Laut Afrika di Malaysia merupakan satu produk minuman sangat popular dimana ianya telah di komersilkan dengan dijual digerai-gerai di tepi jalan. Air Kelapa Laut Afrika apa yang penulis blog tahu dimana kebanyakkannya dijual dengan menggunakan mangkuk atau gelas dengan air batu yang sejuk. Wow, enaknya ketika kita sangat minum semasa kehausan!. Di Melaka penulis blog dapat ujirasa ir ini dengan harga RM 2.00 - RM 2.50 satu cawan bergantung kepada saiz cawan dan lokasi jualan seperti gerai di Jalan Bendahara, Melaka. Lazimnya penjual akan meletakkan satu tandan buah kelapa laut Afrika di hadapan sebagai satu tarikan pembeli. Dalam pada itu tinjauan penulis blog ke Baling, Kedah mendapati dimana ada p
eniaga buah kelapa laut atau dikenali juga dengan nama buah Thai oleh penduduk tempatan di sini dimana dia mampu meraih keuntungan sehinga RM300 sehari hasil jualan buah yang mendapat banyak peminat permintaan terutamanya dalam Ramadan. Buah yang berwarna kelabu kehitaman dan rata-ratanya dibawa dari wilayah Selatan Thai terutamanya Pattani yang pokoknya tumbuh subur di kawasan itu. Penulis pernah menebual Encik Azman Sudin berumur 50 tahun yang berniaga di pekan Baling dimana dia sudah lama membuat tempahan buah Thai dari peniaga di Pattani sejak dua minggu sebelum Ramadan tiba kerana tahu buat itu mendapat permintaan tinggi ketika bulan ramadan. Buah tal ini mempunyai isi seakan-akan agar-agar yang lembut dan rasanya adalah manis dimana biasanya dijadikan campuran dalam minuman serta mempunyai khasiat terbaik seperti mengurangkan panas dalam badan dan batuk. Penulis blog membayar RM2.00 satu cawan plastik (Sila anda lihat foto disebelah) dan memang enak ketika diminum sejuk (sebelum puasa). Beliau juga ada menjual buah tal tersebut dengan pelbagai harga berbeza mengikut saiz buah tal iaitu RM8, RM5 dan RM4 dimana dalam sehari dia mampu menjual sebanyak 50 biji kelapa laut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agrii technology kali ini. Wasallam!!!..
KELAPA HITAM.. KELAPA LAUT AFRIKA... 
COCO DE MER... BERLAINAN JENISNYA...
BUAHNYA DIBELAH... DIAMBIL ISINYA...
DIJADIKAN MINUMAN... ADUH ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Outrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Syawal 1442H).