mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, January 26, 2020

HALATUJU SEKOR PERTANIAN SELEPAS 2020

MALAYSIA disasarkan akan menjadi negara maju menjelang 2020 akan tetapi setelah tiba tahun 2020 ini penulis blog masih belum merasai akan tahap kemajuan tersebut apa lagi didalam sektor pertanian. Mungkin ada beberapa indikator untuk membolehkan kebolehcapaian sebagai negara maju ini diukur secara betul dan sistematik. Keadaan ekonomi negara semenjak kerajaan baru memerintah mungkin dilihat tidak memberikan perkembangan baik kepada ekonomi negara dimana banyak faktur yang perlu diambil kira. Bagaimana pun penulis blog ingin merujuk kepada artikel bertajuk 'Sektor pertanian perlu hala tuju baharu' yang dikeluarkan didalam akhbar BH oleh Prof Dr Fatimah Mohamed Arshad untuk penulis blog fahami serla mengulas kenyataannya. Beliau menyatakan dimana dekad 2020 telah pun menjelma dan masih bertanya kepada rakyat semua sama ada mampukah pertanian menjelajahi era baharu?. Prof Dr Fatimah apa yang penulis blog lihat menyatakan dimana dakwanya 'mungkin tidak' kerana selagi hala tuju baharu tidak dapat dilakarkan. Padanya dinyatakan juga yang ini adalah tugas berat, namun jawapan perlu dicari. Sektor Pertanian disaluti pelbagai isu. Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia (FAO) telah pun menyenaraikan beberapa isu termasuk yang ini merangkumi aspek perubahan. Antaranya seperti faktur iklim, dinamik populasi, sumber asli, produktiviti, teknologi gangguan (disruptive technology), penyakit dan serangga, jaminan bekalan makanan yang tidak mencukupi, perubahan struktur, migrasi sistem makanan, tadbir urus dan juga kewangan. Sebaiknya untuk merangkumkan semua dengan lebih ringkas ia adalah bukan perkara mudah. Namun kita boleh menjurus kepada isu struktur yang ketara dan usang yang menuntut perubahan. Artikel tengahari selepas solat Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis semula perkara dengan pendapat peribadi daripada artikel asal oleh pakar pertanian negara untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Dalam banyak perkara penulis blog setuju dimana Malaysia memang berjaya membangunkan sektor tanaman industri seperti kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang menjadi tanaman paling luas di Malaysia mencecah jutaan hektar. Kita akui kejayaan dalam industri kelapa sawit dan tanaman getah (Hevea braziliensis) mencetus industri pembuatan bertaraf dunia yang berasaskan dua komoditi ini. Namun begitu penulis dapati sejarah pertanian kita menampilkan beberapa simptom membimbangkan dimana pengeluaran getah negara terus merosot daripada 5 pengeluar getah asli terhebat dunia masa kini dibelakang Thailand, Indonesia, Vietnam dan China. Sejak mula dulu penanaman komoditi industri banyak bertumpu kepada kelapa sawit yang mana ia kini menggunakan 75 peratus daripada tanah pertanian pada 2016. Bagaimana pun harga komoditi sawit yang terus merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga telah menyebabkan sumbangan daripada sektor ini terjejas apabila beberapa negara pengimport minyak sawit Malaysia beralih kepada negara jiran yang lebih kompetetif. Dalam masa sama sejak dahulu kuota atau syer pembangunan untuk tanaman makanan menurun daripada 30 peratus pada 1990 kepada hanya 10 peratus. Sebagai contoh kawasan tanaman kelapa (Cocos nucifera) menurun daripada 130,000 hektar pada 1990 kepada hanya 84,500 hektar sahaja pada 2019. Apa yang kita dapat lihat dimana tanaman industri menunjukkan tiga pola gelagat. Kelapa sawit (pertumbuhan eksponen), getah (kian mengecil) dan koko (menghampiri kepupusan). Cuma kelapa sawit dapat bertahan sedkit disebebkan kerana ia masih mencapai tahap siling seluas 6.5 juta hektar menjelang 2023. Penulis blog dapati keluasan tanaman di Malaysia didahului kelapa sawit, getah, padi dan kelapa.

Penulis blog setuju kenyataan dimana ada terdapat lebih 90 peratus penanaman kelapa sawit dan getah adalah tanaman tunggal sama ada dalam bentuk perladangan (estet) atau pun kebun kecil. Perkara ini memang agak terdedah kepada risiko harga merudum dan bahana ekologi terutama penyakit. Baru-baru ini negara India dan China mengurangkan jumlah import minyak sawit gara-gara pihak tertentu yang berkaitan politik. Selama ini sektor pertanian kita memberi tumpuan besar kepada kelapa sawit sebagai tanaman tunggal walaupun kerajaan menggalakkan kepelbagaian termasuk kepada tanaman makanan. Pada masa sama sebenarnya sektor kelapa sawit menyedut dengan besar sumber dan ia lantas melemahkan sektor makanan. Sumber ini termasuk tanah, buruh, modal dan sokongan institusi, terutama kajian dan pembangunan (RnD). Bukti sektor makanan terjejas adalah defisit perdagangan yang kian membesar iaitu RM18 bilion pada 2018 dan tahap sara diri (SSL) yang rendah ke atas makanan utama (bijirin, ikan, keluaran tenusu, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran dan makanan ternakan). Pada masa sama kadar produktiviti pertanian masih rendah terutama komoditi makanan berbanding negara jiran seperti di Thailand dan Indonesia. Apa pun pada penulis blog sama dengan orang ramai maklum dimana kadar pergantungan besar yang berterusan ke atas tenaga buruh asing sehingga melembapkan inovasi tempatan adalah amat kritikal. Orang tempatan terutama golongan muda sudah tidak mahu melibatkan diiri didalam sektor pertanian dan perladangan. Walau pun ada beberapa institusi pertanian akan tetapi ias mungkin masih pada takuk lama terbukti oleh kelembapan gerakan koperasi pertanian, pertubuhan peladang yang masih dipacu pegawai kerajaan dan lantikan politik.

Prof Dr Fatimah meneruskan penelitiannya mengenai isu tadbir urus yang menakutkan seperti rasuah serta gelagat rent-seeking (terma ekonomi merujuk perbuatan mengaut untung tanpa sebarang produktiviti) dalam agensi berkaitan. Dana projek untuk tujuan kesejahteraan petani didakwa diragut, lantas meninggalkan petani dalam penjara kemiskinan dan peluang terbatas untuk bergerak mendatar atau menegak dalam perusahaan mereka. Masalah struktur ini jika diperbaiki dia dakwa mampu menjanakan perubahan besar. Paradigma baharu dicadangkan seperti berikut. Sebaiknya negara perlu mengutamakan pembangunan sektor makanan. Yakni sektor makanan didahulukan. Ia membawa kelebihan seperti ujud jaminan nutrisi yang lebih baik, memperkasakan semua kepelbagaian bio tempatan, komuniti desa yang dinamik, landskap hijau, pemuliharaan sumber asli kerana petani menjaga alam sekitar mereka. Dari segi ekonomi pula dikatakan faedahnya jelas mengurangkan aliran keluar wang asing, meningkatkan taraf hidup golongan mereka B40, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutama makanan dan minuman. Ramai berpandangan Malaysia tidak berdaya saing berbanding (kelebihan perbezaan dan persaingan) dalam makanan. Namun begitu beliau mendakwa mereka lupa kedua-duanya binaan manusia. Jika tidak begiru apakah hujah menerangkan bagaimana negara kecil seperti Belanda, Denmark dan Israel yang bertanah gersang menjadi pengeksport keluaran pertanian terbesar dunia. Negara ini tidak memiliki kekayaan sumber seperti Malaysia, tetapi kemajuan teknologi sedia ada dan dibangunkan mempu mengasah daya saing mereka. Penyelesaian tiga-serampang ke arah pembangunan sektor makanan adalah komitmen jitu politik, RnD, inovasi dan juga pengembangan. Ketiga-tiga penyelesaian ini harus saling menggenapi dengan padat kerana kejayaan kita dalam bab ini masih jauh tertinggal.

Seterusnya info dari FAO menyatakan dimana oleh kerana tanah dan air kian berkurangan, maka 80 peratus pertambahan pengeluaran perlu datang daripada peningkatan hasil dan hanya 20 peratus daripada perluasan tanah. Aplikasi teknologi mampu menyelesaikan masalah produktiviti, buruh asing dan keperluan kepelbagaian pertanian. Penulis blog banyak menulis artikel mengenai sistem fertigasi untuk penanaman sayuran dan ulaman serta herba termasuk fertigasi gantung (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini dikatakan mampu meningkatkan produktiviti dan hasil lebih berkualiti. Kini hampir semua komoditi pertanian diusahakan pekebun kecil (smallholher kurang 1 hektar keluasannya) iaitu lebih 90 peratus, kecuali kelapa sawit di mana hampir separuh diusahakan estet. Namun dalam dasar pertanian kita tidak mengambil kira keperluan teknologi pekebun kecil. Memang Malaysia dilaporkan masih gagal menjana akan inovasi ladang seperti mesin tuai untuk sawah kecil, mesin dan peralatan, kilang proses kecil, aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan Internet of Things (IoT), tanaman alternatif untuk kepelbagaian. Bagaimana pun penulis artikel asal nyatakan dimana apa yang paling menyerlah kerana tiada agenda pembangunan input (seperti baja dan makanan ternakan) menggunakan bio massa tempatan untuk mengurangkan kos pengeluaran.


Memang teknologi moden boleh mampu tingkatkan kecekapan pertanian kerana kemajuan teknologi moden membantu meningkatkan kualiti dan hasil pertanian petani. Sama ada di sawah atau kebun kecil nanas sekali pun perlu ada liabiliti. Namun dengan teknologi ia boleh meningkatkan hasil tanah, buruh dan rantaian bekalan yang singkat dan pasaran yang luas. Tidak seperti estet yang meratakan landskap dan memusnahkan kepelbagaian bio, kebun kecil memelihara ekologi lantas memberi khidmat persekitaran kepada masyarakat. Pekerja ladang atau pekebun atau pun buruh datang dan buruh pergi dalam estet lantas tiada kesinambungan ilmu perladangan. Namun bagi kebun kecil keperluan asas ilmu penanaman disalurkan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Dr Fatimah seterusnya nyatakan obsesi ke atas model estet sangat mendalam di Malaysia. Walhal tidak semua tanaman sesuai seperti kelapa sawit kerana masing-masing berbeza dari segi amalan, ciri tanaman, impak iklim dan sebagainya. Ada juga kegagalan projek estet betik diusahakan syarikat berkaitan kerajaan membuktikan hujah ini (Ini penulis blog fikir beliau merujuk kepada tanaman varieti Betik 'Piola' yang diusahakan oleh MAFC di Lanchang, Pahang). Maksudnya, bukan faktor saiz menentukan kejayaan, tetapi pengurusan penyakit tanaman. Beliau nyatakan dalam kata ringkas, Malaysia memerlukan dasar khusus untuk menjana teknologi yang banyak dan pelbagai untuk pekebun kecil bagi tujuan meningkatkan kecekapan dan output.


Kilang pemprosesan kecil adalah laluan yang membolehkan petani menceburi perniagaan nilai tambah yang mampu meningkatkan pendapatan dan ia perlu dicipta dengan banyak serta meluas. Penulis blog merujuk kepada bagaimana bekas bongkah Cendawan Kelabu (Pleurotus pulminarius) yang dulu dibakar diproses menajdi baja organik yang komersil di Gersik, Johor (Sila klik disini). Usahawan ini memproses lebih dari 1 juta bungkah cendawan sebulan untuk dijadikan baja organik. Dalam pada itu beberapa institusi petani seperti koperasi dan pertubuhan peladang perlu diremajakan supaya berautonomi seperti model Taiwan yang dicontohi pada 1970-an. Kini pertubuhan peladang dipacu pegawai kerajaan dan lantikan politik. Sepatutnya ia ditadbirkan petani untuk petani sendiri. Kini hanya dengan memperkasakan pertubuhan dan badan seperti koperasi ini maka Malaysia mampu melahirkan petani yang bebas, berdaya saing dan maju sebagaimana di Taiwan dan negara lain. Pada masa sama beberapa agensi berkait pertanian perlu kembali kepada matlamat asal iaitu mampu memperkasa dan membangun petani, bukannya untuk mengkayakan subsidiari masing-masing. Prof seterusnya menyatakan dimana jika masih perlu, subsidiari perlu dipacu petani untuk petani dengan model koperasi dan bukan oleh pegawai kerajaan atau orang politik. Rejuvenasi ini akan membabitkan perkara seperti latihan dan pendidikan, pengembangan teknikal dan perniagaan, pembangunan koperasi dan keusahawanan, penglibatan petani dalam perniagaan (termasuk input). Kembali kepada matlamat asal agensi akan mengurangkan penyelewengan, budaya rent-seeking dan subsidi daripada kerajaan. Penulis Prof Dr Fatimah adalah Felo Penyelidik Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan Universiti Putra Malaysia dan Anggota Majlis Penasihat Pertanian Negara. Semuga artikel ini menjadi bahan bacaan dan rujukkan pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
HALATUJU PERTANIAN... APA BENDA....
PERLU DI TAMBAHBAIK... BAGAIMANA...
PROF DR FATIMAH... SUDAH BERBICARA...
KEPADA SEMUA... FIKIRKAN BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
WO, Malaysia.
(30 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...