mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, January 21, 2020

BAJA TRAVEEKUN - APA DIA?

BAJA TRAVEEKUN kali pertama penulis blog jumpa semasa melawat kebun nanas milik Hj Zulkifli Saidin di Changloon, Kedah dimana ada beberapa agen syarikat sedang mempromosikan baja ini. Syarikat pengedar baja atau produk daripada Thailand ini memang aktif membuat ceramah dan taklimat mengenai kehebatan produk ini kepada banyak pihak termasuk pihak penyelidikan, penanam sayur, pengusaha buah-buahan, penanam sayuran, estet serta berbagai pelanggan mereka. Baja dari Thailand ini adalah salah satu produk dimana dakwa mereka kajian saintis Thailand terhadap punca permasalahan petani dimana penting tahap pengetahuan petani terhadap amalan pertanian serta kefahaman terhadap pentingnya tanah adalah rendah dimana petani perlu di didik. Akibat aktiviti penggunaan secara berterusan baja kimia telah umumnya memusnahkan kehidupan organisma dalam tanah dan menjadikan tanah makin tandus. Penggunaan baja NPK membantu memberi makanan terus kepada tanaman dan dengan hanya segelintir bahan NPK tidak mempunyai nutrien yang lengkap untuk membantu tanaman dan tanah yang subur. Semakin banyak organisma dan mikro organisma di dalam tanah semakin banyak menyumbang keperluan nutrien dan mineral kepada tanaman. Organisma dan mikrob organisma juga mampu meningkatkan daya tahan serangan penyakit dan tanaman makin sihat. Baja kimia NPK adalah makanan kepada tanaman dan bukannya makanan kepada mikrob dalam tanah. Akibatnya struktur tanah rosak dimana ini akan menyebabkan kes penyakit tanaman, pengurangan kualiti dan kuantiti hasil produk pertanian. Akibatnya juga keseluruhan kos yang semakin meningkat kerana pnggunaan baja kimia dan racun berlebihan menyebabkan pendapatan menjadi rendah. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan produk Baja Traveekun yang sesuai diketahui oleh petani di Malaysia.


Dalam dlide pembentangan kepada beberapa pelanggan pada slide ke 52 dan 53 dipaparkan info berikut untuk rujukkan. Bertajuk S'oil Amendment TAAVEEKUN' serta peranan dan fungsinya. Ia didakwa mampu untuk membantu memulih dan meningkat tahap kesuburan tanah, Menguraikan jisim organik, Meningkatkan kadar mineral sedia ada kepada tumbuhan dan Menguraikan toksin. Ia juga didakwa mampu menggalakkan pertumbuhan akar yang sihat serta membantu mengurangkan serangan Kulat , Patogen dan Nematod serta lain-lain penyakit dalam tanah. Ia juga mendakwa dapat membantu tanaman mempunyai daya tahan serangan penyakit, cuaca panas dan juga  kemarau. Akhirnya mendakwa ia mampu untuk membantu meningkatkan pH tanah. Slide 53 menyatakan dimana Soil Amendment TAAVEEKUN bukan bahan toksid serta tidak mencemar alam dan diperbuat dari bahan mineral dan organik mottar. Ia didakwa mempunyai bahan MgO dan CaO, trace elemen untuk keperluan tanah dan tanaman. Produk ini mampu memulih struktur tanah yang gersang, tandus (rosak) dan juga mampu mengekalkan ekosistem semulajadi (mikro organisma). DIdakwa mampu meningkat produktiviti pada tanaman. Produk ini memperkuat sistem ketahanan dari segi penyakit, serangan serangga dan cuaca panas/kemarau. Ia juga merupakan compliment kepada penggunaan baja kimia, juga sebagai supplement bagi membantu tanaman menyerap baja NPK. Membantu dalam mengalir nutrien secara perlahan dan bila perlu kepada tanaman.


Peranan produk TAAVEEKUN terhadap pokok yang mengendungi Asid Amino dalam kuantiti secukupnya telah diketahui lama bagi kaedah untuk menambahkan hasil dan kualiti tanaman keseluruhannya. Bahan Asid amino dibekalkan kepada pokok melalui serapan tanah. Ia membantu microflora di dalam tanah, lantas menggalakan integrasi penyerapan nutrient. Asid amino membantu pertambahan kepekatan klorofil yang membawa kepada kesan fotosintesis yang lebih sempurna. Ini akan menjadikan tanaman lebih hijau pekat. Mengenai kesan TAAVEEKUN kepada tanaman dimana dengan penggunaan Asid Amino dalam kuantiti yang betul adalah kaedah untuk menambah hasil tanaman dan kualiti pokok. Sungguhpun pokok mempunyai kemampuan asas melakukan biosintesis bagi menghasilkan asid amino yang diperlukan dari nitrogen, carbon, oxygen and hydrogen, proses biokimia ini sangat komplek dan memerlukan tenaga yang banyak. Oleh itu, penggunaan asid amino seperti dari TaaVeeKun Super membolehkan tumbuhan menjimatkan tenaga untuk proses ini, dimana boleh didedikasikan untuk pertumbuhan yang lebih sempurna semasa tahap pada pertumbuhan kritikal. Asid Amino adalah ramuan asas dalam proses biosintesis protin dan hampir 20 jenis asid amino terlibat dalan proses biosintesis ini. Kajian mendapati asid amino boleh secara terus atau separa terlibat dalam aktiviti fisiologi tumbuhan. Asid Amino yang dibekalkan dalam bentuk cecair mamp untuk menyerap ke dalam stomata tumbuhan atau melalui kawasan akar bila bercampur dengan tanah. Ini akan turut meningkatkan micro flora yang akan membantu penyerapan nutrient. 

Dalam pada itu bukan tujuan penulis untuk promo produk ini akan tetapi dengan satu beg 25 kg yang diberikan sebagai sampel semasa di kebun nanas di Changloon, tumbuhan pelbagai jenis ulam dan bunga di kawasan rumah terbukti sangat subur selepas menggunakannya. Dalam lamanweb syarika ini ada Oakej Rawatan Tanah Traveekun iaitu Perawat Dan Penyubur Tanah iaitu dengan 'Soil Amendment Bio Super Premium dijual dengan harga 25kg RM60.00. Bagi Pakkej Makanan Tanaman ada dua pakkej iaitu NPK 16:4:20 25kg berharga RM65.00 dan Pakej NPK 15:15:15 25kg RM65.00. Bagi Pakej Rawatan Tanaman (Semburan) terdapat produk Taaveekun Super 1 liter (RM130.00), Taaveekun Super 3 1liter (RM140.00),  Taaveekun Super Gold 1liter (RM160.00), Tvk Vinegar 1liter (RM130.00), Baja Organik 25kg (RM60.00) dan juga Pack Ekonomi (RM10.00). Kesemua harga dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran. Dalam pada itu kepada sesiapa berminat boleh kontek pengedar terdekat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!....
 PRODUK TRAVEEKUN... APA BENDANYA...
ASAL THAILAND... MASUK KE MALAYSIA..
BANYAK PRODUK... PELBAGAI GUNANYA...
KEPADA PETANI... BOLEH MENCUBANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 322, Hotel EDC-UUM,
Universiti Utara Malaysia,
Jalan Sintok,
Kedah, Malaysia.
(12 JamadilAKhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...