Support My Blog

Friday, December 13, 2019

NANAS YANKEE - TELUK PGLIMA GARANG

NANAS YANKEE atau 'Varieti Selangor Sweet' merupakan sejenis nanas yang luas ditanam dan popular di Negeri Selangor. Penulis blog membuat tinjauan teknologi ke kebun Wak Baharin berumur 40 tahun di Kampong Sungai Rambai, Teluk Panglima Garang, Daerah Kuala Langat, Selangor bersama pegawai daripada LPNM Selangor. Nanas (Ananas comosus) daripada keluarga Bromaliaceae mempunyai lebih daripada 70 jenis dimana hanya sebanyak 12 varieti sahaja yang telah didaftarkan sebagai nanas yang sesuai untuk dikomersilkan di Malaysia. Nanas Yankee didaftarkan pada tahun 2013 (penulis blog terlibat semasa proses pendaftaran di Jabatan Pertanian) serta berikan nombor daftar AC6 dimana nanas ini adalah daripada kumpulan QUEEN yang mana daunnya berduri. Penulis blog dapati dari segi sejarah nanas Yankee dahulu banyak di tanam di sekitar Simpang Rengam, Johor tetapi benih ini kemudian telah dibawa ke Selangor dan menjadi varieti nanas yang utama ditanam di negeri ini. Nanas Yankee ditanam oleh pekebun-pekebun kecil dan kelompok disekitar Banting, Kelang dan beberapa daerah lain terutama dikawasan tanah gambut. Keluasan keseluruhan penanaman nanas di Selangor pada tahun 2018 adalah seluas 546.04 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 9,560 metrik tan (Sumber: Laporan Tahunan LPNM 2018). Didakwa sekitar 60% daripada varieti nanas tersebut adalah varieti Yankee, 20% nanas MD2 dan bakinya daripada nanas Moris dan lain-lain varieti. Kekangan serta kekurangan kawasan baru untuk bertanam nanas secara monokrop menyebabkan pekebun kecil nanas seperti di Daerah Banting yang menanam nanas Yankee ini secara berintergrasi dengan tanaman kelapa sawit atau kelapa yang dibersihkan untuk tanam semula. Bagaimana pun En Baharin mempunyai 4 lokasi menanam nanas Yankee di Kampung Sg Rambai ini diatas tanah keluarga secara monokrop. Dakwanya sehingga kini beliau belum pernah menghadapi masaalah menjual nanas Yankee kerana beliau menjual terus sendiri digerainya dan ada pemborong yang akan datang memborong semua gred buah nanas yang dihasilkan setiap musim penanaman. Artikel malam ini selepas membuat  tinjauan teknoloogi di kebun Baharin saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai prestasi dan teknologi penanaman nanas yenkee untuk bahan rujukan dan bacaan anda semua.

Menurut pengusaha muda ini, beliau telah berhenti bekerja lebih 10 tahun dulu dan menjadi usahawn penanam nanas yankee. Dakwanya pendapatan baik dari tanaman nanas yankee ini memang perlukan kerajinan dan ilmu pengetahuan serta teknik pemasaran yang tepat. Nanas Yankee yang ditanam di tanah gambut dalam (dakwanya kedalaman gambut di kampung iini adalah lebih 6 kaki) menghasilkan buah selepas 18 bulan ditanam (Sila lihat foto disebelah). Nanas Yankee yang ditanam di kawasan tanah gambut secara ini mempunyai kepadatan sekitar 8,000 - 9,000 pokok seekar sahaja. Jarak tanaman adalah 1.5 kaki x 2 kaki kerana pokok nanas jenis ini besar. Apa yang unik mengenai varieti nanas ini adalah terdapat banyak sulur sisi disekeliling buah nanas Yankee yang matang. Sulur Sisi ini lazimnya diantara 8 - 10 unit setiap biji buah yang matang dan sesuai untuk digunakan sebagai bahan tanaman. Adalah tidak menjadi masaalah untuk mendapatkan sumber benih nanas Yankee dari kawasan yang hendak menanam nanas jenis ini. Sepokok nanas yankee mampu menghasilkan sehingga 12 sulur benih jika dijaga dengan baik. Sukur tanah dakwanya boleh dihormon selepas 6 bulan ditanam sedangkan suur udara hanya boleh dihormon selapas 12 bulan.

Nanas Yankee adalah jenis Kumpulan Nanas Queen yang mana ia kurang responsif terhadap aruhan pembungaan. Masaalah ini sejak dahulu merupakan salah satu isu untuk penanam nanas menentukan penghasilan buah nanas yankee akan tetapi kini masaalah ini sudah dapat dikurangkan dengan aplikasi hormon karid dan beberapa bahan lain. Penulis blog dapati dimana nanas Yankee atau digelar juga 'Selangor Sweet' ini memang istimewa kerana pokoknya besar dan tahan lasak daripada beberapa varieti lain. Pokoknya besar dengan ketinggian hampir 1 meter bagi pokok dewasa yang subur. Mempunyai saaiz daun yang lebar dan panjang tetapi juga terdapat duri yang agak tajam. Penanam nanas terpaksa memakai dua lapis seluar (yang luar adalah seluar jeans) bagi mengelakkan duri yang keras dan tajam ini. Penulis yang hanya berseluar slacks nipis semasa melalui celah pokok nanas Yankee luka-luka banyak menunjukkan duri nanas Yankee memang tajam dan perlu disapu dengan 'lotion' dengan segera untuk ia elakkan berlaku infeksi. Nanas varieti ini ditanam dengan jarak 3 kaki x 2 kaki dan 4 - 5 kaki diantara barisan. Ia kurang diserang penyakit utama nanas seperti BHR seperti varieti MD2 dan mudah diuruskan. Pembajaan sama dengan pakej amalan teknologi tanaman nanas di tanah gambut iaitu semasa vegetatif menggunakan baja NPK 15:15:15 dan untuk pembuahan dengan baja NPK 12:12:17:2 TE serta baja semburan yang lain. Nanas varieti ini hanya sesuai menggunakan Karbid (Calcium carbide) untuk aruhan bunga. Bahan hormon lain seperti ethephon (ethrel) dan Pil ANAA tidak memberi kesan kepada aruhan bunga bagi varieti ini. Buah nanas Yankee akan matang dalam masa 12 bulan selepas ditanam.

Nanas ini mempunyai warna kulit masih hijau apabila masak dengan terdapat tanda warna tompok kuning pada beberapa mata nanas. Kulitnya juga nipis menjadikan buah ini tidak tahan lama untuk dihantar kelokasi yang jauh. Ia juga mempunyai kulit nipis dan lembut dan mudah berair jika ditindih-tindih semasa proses pengangkutan. Bahagian isi Nanas Yankee mempunyai isi yang berwarna putih dengan sedikit kekuningan dan ada tompok kecil warna putih (Sila lihat foto disebelah dan diatas). Isi buah yang masak sangat berair (very juicy) dan sepotong nanas akan menitiskan airnya yang manis. Dari apa yang dilihat nanas ini mempunyai tekstur fiber yang halus dan lembut. Kemanisan bagi buah nanas yankee yang masak diantara 12 - 16 darjah Brixs dan bahagian atas buah masih sesuai dimakan segar. Buah nanas yankee ini sangat sesuai untuk dimakan segar dan juga dijadikan produk lain seperti Jus Nanas, Paceri Nanas, Pes Nanas, Kordial dan sebagainya. Lazimnya semasa kenduri kahwin masyarakat tempatan di Daerah Banting menggunakan nanas ini sebagai pilihan untuk dijadikan juadah. Nanas ini dijual dengan harga ladang sekitar RM2.50 sekilogram bagi gred A dan mampu untuk mencecah RM3.50 sekilogram bagi gred AA. Setakat ini belum ada masaalah mengenai harga untuk nanas Yankee kerana permintaan terhadap nanas ini terus tinggi di Lembah Kelang dan berdekatan.

Antara beberapa isu dan masaalah dalam penanaman nanas yankee ini menurut Baharin adalah kejadian buah yang rosak. Terdapat ketika dimana bahagian atas nanas yankee ini akan reput dibahagian atasnya dibawah jambul. Kejadian ini akan akibatkan dua keadaan dimana jika reput ini serius menyebabkan buah tersebut tidak boleh dijual atau dimakan sebaliknya jika hanya bahagian atas sedikit rosak ia masih boleh dijual sebagai buah potong (cut fruit). Lazimnya ia agak sukar dikesan semasa buah masih muda akan tetapi setelah hampir masak maka simptom reput tersebut dilihat dengan jelas (Sila lihat foto disebelah). Baharin belum tahu apakah punca utama kejadian buah ini reput dan bagaina hendak mengawalnya. Pada penulis blog nanas ini mungkin telah disengat dengan serangga pada peringkat muda dan kemudian apabila buah hampir matang maka bahagian tersebut rosak dan serangan kulat adalah sebagai 'secondary infection'. Kerosakan ini berlaku mengikut musim dan amalan agronomi sehingga kadang-kadang mencecah lebih 10%. Beliau pernah buat semburan racun serangga dan memasang penutup buah untuk elakkan masaalah terbakar (scorching) akan tetapi masaalah ini masih juga berlaku walau pun selalu berkurangan selepas rawatan. 

Apa yang istimewa adalah bahagian empulur (batang tengah) buah nanas Yankee yang lembut dan berjus. Penulisan saya mendapati empulur nanas adalah bahagian p[enting dalam buah nanas yang mengandungi komponen Bromelin yang tinggi. Penulis terus gigit dan kunyah bahagian empulur ini dengan rasa manis dan lembut tidak seperti nanas varieti lain. BROMELIN adalah satu jenis enzim proteolitik yang selau didapati daripada bahagian tengan (empulur) buah nenas (Ananas comosus). Bromelin adalah enzim proteolitik yang selalu dijumpai dalam bahagian dalam batang dan buah nanas. Enzim ini selalu dihasilkan sebagai hasil sampingan daripada pembuatan memproses jus nanas. Dalam kilang menghasilkan atau mengekstrak Bromelin terdapat beberapa teknologi atau cara khusus yang dapat digunakan untuk proses Pemendapan (presipitation) enzim ini dengan menggunakan bahan yang dikenali dengan nama Amonium Sulfat dan Alkohol. Kepada mereka yang makan nenas segar dan memilih isi buah nenas serta makan bahagian tengah berserat bermakna ia telah mengambil bromelin yang didakwa mampu untuk mencegah kes kanser. Ini adalah kehebatan makan buah nenas yang selama ini kurang diketahui umum. Rata-rata kita semua hanya suka makan bahagian isi nenas yang lembut dan manis sahaja sedangkan bahagian empulur nenas tawar, keras sedikit dan berserat ada yang membuangnya. Nanas Yankee amat berpotensi ditanam bukan sahaja di Lembah Kelang tetapi sesuai dinegeri-negeri lain di Malaysia asalkan ada tanah sesuai dan mendapat khidmat nasehat daripada LPNM dan Jabatan Pertanian. Terimakasih kepada usahawan Baharin yang berkongsi info amalan agronomi kepada penulis blog dengan perbincangan positif. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NANAS YANKEE ...DISELANGOR ADA..
TANAH GAMBUT... SUBUR POKOKNYA....
BERBUAH DIA...16 BULAN LAMANYA... 
RASA MANIS... SANGAT BERJUS DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Sg Rambai, Teluk Panglima Garang,
Kuala Langat,
Selangor, Malaysia.
(14 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...