mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, December 3, 2019

LALANG DAN KECANTIKANNYA

LALANG (Imperata cylindrica) adalah sejenis rumpai spesis daripada keluarga Poaceae (dulu Graminae) yang menjadi ancaman kepada manusia. Bagaimana pun fenomena di Malaysia baru-baru ini amat unik kerana apabila lalang yang luas berbunga telah dijadikan SESSI FOTOGRAFI yang cantik dan menjadi viral dalam internet. Penulis blog percaya ramai dikalangan kita yang mungkin kenal akan tumbuhan lalang yang tumbuh liar di kawasan padang, keliling rumah, di tepi sungai, kawasan pantai, tepi jalan raya dan dimana-mana juga. Tumbuhan lalang merupakan di kategorikan sebagai antara 10 jenis rumpai merbahaya didunia dan ada juga setengah negara menjadikan lalang sebagai rumpai yang perlu di kuarantin. Ini adalah disebabkan kemusnahan yang mampu dilakukan olehnya dan kawalan untuk tujuan mereka memusnahkannya dimana ia memerlukan kos yang amat tingi selain daripada kesukaran untuk dikawal. Membasmi lalang agak sukar yang menyebabkan ianya membiak dengan cepat dan menjadikan masaalah kepada orang lain. Lalang mempunyai daun pedang (Blade leaf) yang panjang keluar dari pangkal rumpun dengan ukuran panjang 1- 4 kaki dan 2-3 inci lebar. Daun berwarna hijau akan bertukar kepada hijau merah dan akhirnya mati dan kering berwarna coklat. Artikel malam ini dalam blog popular "Anim Agro Technology" saya mengupas bagaimana lalang yang apabila berbunga telah menjadi panorama yang manarik sehingga ramai aktivis fotografi di negara kita yang akan berselfie, berkumpul dan mengambil akan keunikan lalang yang hanya sesekali sahaja dalam setahun kita boleh melihatnya iaitu pada musim panas dan lalang berbunga.


Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang sangat toleran dengan suhu dan cuaca kering terutama dikawasan lapang mahu pun di kawasan yang ada teduhan (Sila lihat foto disebelah). Lalang akan tumbuh dengan mudah asalkan ada kawasan tanah, cahaya matahari, air dan mampu 'survive' dalam suhu kepanasan akibat terbakar. Rizom Lalang yang ada dalam tanah tidak akan musnah walau pun di bahagian atas tanah semua bahagian daun dan batang telah di bakar atau hangus (Silla klik disini). Ini kerana rizom lalang mempunyai simpanan makanan dan akar serabut berada di sekelilingnya. Rizom lalang mampu keluar untuk tumbuh dan membiak diatas tanah selepas terbakar dan lazimnya akan lebih subur dari sebelumnya. Lalang mampu tumbuh dengan cepat dalamapa juga keadaan (fast growth weed) dan ianya amat sukar juga untuk tujuan dimusnahkan. Haiwan ternakan tidak suka untuk ia memakan lalang kerana struktur daun lalang yang keras, tidak enak dan tajam selain mengandungi bahan toksik yang akan menyebabkan haiwan ruminan sakit perut. Kalau haiwan ternakan suka akan lalang, penulis blog gembira kerana tidak menjadi masaalahlah untuk kita menanam lalang bagi tujuan makanan ternakan ruminan. Malangnya kejadian alam tidak berlaku begitu. Musim angin yang kencang mampu menerbangkan benih lalang yang ringan sehingga berkilometer jauhnya dalam proses pembiakan.


Penulis blog dapati setakat ini belum ada laporan mengenai penggunaan lalang selain daripada ianya sebagai rumpai merbahaya yang menjadi masaalah kepada petani. Hanya beberapa negara seperti di Papua New Guinea, Afrika dan beberapa kawasan Pendalaman di Asia Tenggara yang menggunakan daun lalang untuk dijadikan atap dan dinding rumah. Bagi kawasan penempatan orang asli kita juga yang masih menggunakan daun lalang sebagai atap dan dinding rumah mereka. Memang sejuk, berangin dan selesa jika kita ada pondok atau rumah yang mempunyai daun lalang waktu tengahari. Bagaimana pun ianya agak merbahaya kerana mudah terbakar. Kawasan tebing sungai dan kawasan lereng bukit yang ditumbuhi lalang mampu membantu mengawal hakisan tanah walau pun lalang tidak menpunyai akar panjang seperti 'vertiver grass'. Rizom Lalang ini mempunyai pucuk yang tajam yang memanjang dalam tanah dan ada yang terus naik di permukaan tanah. Saya masih ingat ketika berjalan di kawasan kebun getah yang ada lalang dengan kaki ayam atau pakai selipar jepun, aduh sakitnya terkena cucuk rizom lalang yang tajam. Rizom ini akan memanjang dalam tanah dan amat sukar untuk dimusnahkan. Hanya racun lalang jenis sistemik (Seperti Round-up) yang mampu membunuh rizom lalang jika aplikasi dibuat dengan betul mengikut kadar. Tanah yang ada lalang jika dibajak dan diterbalikkan permukaan tanah dengan cepat rizom yang ada akar ini akan tumbuh. Saya pernah ambil rizom ini (yang berwarna putih krim) kemudian digigit mempunyai rasa agak manis. Kepada mereka yang belum pernah rasa jus rizom lalang bolehlah anda mencubanya.


Tumbuhan Lalang juga adalah tumbuhan liar senang tumbuh di cuaca Malaysia tanpa ada penjagaan yang rapi. Rujukkan dari artikel dari Wikipedia menyatakan lalang juga dikategorikan sebagai pokok dan saintis menamakannya Pokok Lalang. Lalang juga dianggap sebagai rumpai air. Nama lain untuk Pokok Lalang juga dipanggil Pokok Keladan atau nama botaninya Imperata cylindrica. Jangan beranggapan lalang sebagai tumbuhan yang tiada peranan di dalam kitaran kehidupan tumbuhan. Peranan lalang amat besar terutamanya menghalang tanah terus dari ia terhakis terutama sekali pada waktu hujan yang lama. Lalang juga mampu menghalang tanah dari dihanyut terus ke sungai. Salah satu kaedah untuk mengelakkan tanah runtuh terjadi dengan berleluasa dan kesuburan tanah juga terjamin. Apa yang kita kata masaalah kepada petani sebenarnya ada nilai ekonomi tidak langsung kepada persekitaran. Pendek kata tumbuhan tumbuhan yang asal pada mata kasar manusia tiada guna pada awalnya kini menjadi satu bantuan dari segi ekonomi dan pengurusan tanah terhakis. Anda boleh membaca artikel mengenai rumput dan lalang dengan pautan (Sila klik disini). Kesimpulannya rumput mahupun lalang harus dipelihara sebaik mungkin dan diguna sebijak bijaknya agar ekosistem berada pada tahap seimbang dan sejagat.

Dalam pada itu media tempatan Sinar Harian dengan artikel bertajuk ''Selepas rumput karpet, bunga lalang pula jadi tumpuan'' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Berita dipetik dari Kuala Ketil, Kedah ini menyatakan selepas fenomena jerami gulung dan rumput karpet tular di media sosial, kali ini padang yang dipenuhi bunga lalang menjadi tumpuan ramai untuk bergambar. Kawasan seluas lebih satu hektar berhampiran Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pekan Kuala Ketil itu, dipenuhi bunga lalang berwarna putih kekuningan sekali gus menjadi tarikan pengunjung. Kini ada penduduk Kuala Ketil bernama Nurul Sofia Rejab berumur 18 tahun tidak menyangka kawasan yang dahulunya belukar kini begitu cantik (Sila lihat foto diatas). Keindahan kawasan itu hanya disedari selepas melihat gambar yang tular di media sosial. Mereka akan datang ke sini bila tengok tempat cantik seperti ini tular di Facebook dan tidak pernah di Kuala Ketil ada kawasan seperti ini. Kawasan ini tanah orang, tetapi terbiar dan terbakar pada Februari. Selepas kejadian, lalang tumbuh meliar dan baru-baru ini ia mengeluarkan bunga. Semantara itu bagi rakannya Alia Aliana Rosli, 18, dari pekan Kuala Ketil berkata, gambar bunga lalang yang tular di media sosial membuatkan dia teruja untuk datang berswafoto di situ. Dakwanya bunga lalang seperti ini pun ada tumbuh di tempat lain, tetapi apabila ia tumbuh dengan banyak menjadi kawasan ini sangat cantik. Dalam pada seorang warga senior En Rahman Hashim berumur 68 tahun juga mendakwa kawasan tersebut menjadi tumpuan sejak beberapa hari lalu pada setiap petang. Biasanya sekitar jam 6 ke atas, ramai pengguna kenderaan singgah di sini untuk ambil gambar. Beliau yang tahu kewujudan bunga lalang ini apabila lihat ramai yang singgah sewaktu pulang dari Sungai Petani ke Kuala Ketil. Ketika berkunjung di kawasan lalang berkenaan lazimnya pengunjung dinasihati menitikberatkan keselamatan ketika parkir kenderaan. Tempat ini di tepi jalan raya utama, jadi pengguna letak kenderaan di bahu jalan yang ruangnya sempit. Beliau akan memberi nasihat supaya lebih berhati-hati kerana kenderaan di sini laju dari kedua-dua arah (Kuala Ketil-Sungai Petani). Dalam pada itu dinasihatkan kena waspada apabila bergambar di sini kerana dibimbangi ada haiwan berbisa. Memang artikel ini berjaya menunjukkan bahawa ada guna juga pokok lalang berbunga.

Dalam akhbar My Metro pula dengan jatuk "Bunga lalang jadi tumpuan" juga dilokasi sama melaporkan dimana orang ramai tidak melepaskan peluang merakam gambar di kawasan padang yang dipenuhi bunga lalang di Jalan Kuala Ketil. Lapor wartawan Nor Farhani nyatakan dimana memang tiada siapa sangka kawasan yang berada di tepi jalan tidak jauh dari pekan Kuala Ketil yang sebelum ini dipenuhi belukar, bertukar menjadi pemandangan indah apabila ia dipenuhi dengan tumbuhan bunga lalang. Dilapor dimana fenomena itu dikatakan berlaku selepas kawasan berkenaan terbakar pada Februari lalu dan kini ia menjadi tumpuan pengunjung termasuk pengantin yang menjadikan ia sebagai lokasi penggambaran. Bagi pengunjung dari Kuala Ketil, Mohd Shamsul Ismail, 41, dia tidak menyangka kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai sejak seminggu yang lalu kerana baginya tumbuhan itu hanyalah sekadar tumbuhan biasa. “Awalnya saya hairan melihat orang ramai memenuhi kawasan ini kerana jika diikutkan bunga lalang adalah tumbuhan biasa yang dapat dilihat di tempat lain.  “Namun, bila saya berkunjung dan mendekati sendiri kawasan ini, ternyata memang cantik dan berbeza daripada bunga lalang biasa yang saya lihat,” katanya. Nor Shahidatul Hayati Mohd Adam, 22, dari Baling berkata, dia tidak melepaskan peluang berkunjung ke kawasan itu selepas ia tular di media sosial. “Saya tidak berkesempatan berkunjung ke jerami gulung, rumput karpet atau melihat pokok bunga tecoma memandangkan lokasi itu berada jauh dari tempat tinggal saya. “Bila dapat tahu fenomena bunga lalang ini berlaku di sini, saya tidak lepas peluang untuk datang bersama kawan-kawan dan bergambar di sini,” katanya.  Sementara itu bagi jurugambar dari Yan, Omar Sharib, 33, berkata, pemandangan itu memberi peluang kepada jurugambar perkahwinan mendapatkan lokasi menarik untuk sesi fotografi. Saya mengetahui lokasi ini ketika dalam perjalanan ke rumah pelanggan yang terletak di Kupang, Baling. “Bunga lalang yang berwarna putih kekuningan memberi kesan berbeza pada gambar sekali gus memberikan hasil gambar yang lebih cantik dan sempurna,” katanya. Semuga artikel ini memberi infi berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
RUMPUT JENIS LALANG.. SUDAH BERBUNGA...
LEMBUT MEMUTIH... MELAMBAI-LAMBAI DIA...
NAMPAK CANTIK... BERFOTO BERSAMA-SAMA...
LALANG MEMBIAK... SUKAR KAWALANNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(5 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...