mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, November 8, 2019

TANAMAN NANAS MD2 BENIH TC -PENELITIAN

TANAMAN NANAS BENIH KULTUR TISU (Ananas comosus) merupakan satu kaedah penanaman nanas yang masih didalam perhatian pihak usahawan nanas dan pihak berkuasa. Sehingga kini penanaman nanas hibrid MD2 hanya dibenarkan menggunakan sulur (suckers) daripada pokok induk MD2 yang telah disahkan melalui persijilan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) sahaja. Skim SPBT ini dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian dimana semua bekalan benih nanas untuk penanam yang diberi bantuan oleh LPNM semestinya menggunakan benih asas daripada sulur yang disahkan. Penggunaan benih nanas daripada Kultur Tisu (TC) ini masih belum boleh digunakan berdasarkan keputusan oleh pihak Kementerian Pertanian, Jabatan Pertanian dan LPNM kerana berlakukan kes ketidakstabilan kualiti benih atau bahasa sainsnya sebagai "Somaclonal Variation Issue". Daripada banyak laporan di dalam negara dan luar negara benih nanas hibrid masih terdedah kepada 'somaclonal variation' ini sehinga boleh menjejaskan kualiti buah dan juga anakbenih yang bakal dikeluarkan kelak. Nanas MD2 dihasilkan daripada proses kacukan beberapa varieti nanas yang dibuat di Hawai sehingga terhasilnya varieti ini yang kini dianggap nanas premium di dunia. Penulis blog terkini dapat melawat satu plot tanaman nanas TC di Pusat Penyelidikan (ARS) Bukit Quoin, Tawau untuk membuat penelitian (Sila lihat foto diatas). Di Semananjung Malaysia terdapat beberapa syarikat swasta yang menghasilkan benih nanas TC dan menanamnya dengan jumlah yang luas (estet). Bagaimana pun mereka menghadapi masaalah mengenai kualiti buah dan juga benihnya tidak boleh digunapakai sebagai benih nanas sulur MD2. Tinjauan terkini keladang TC mendapati hasil nanas TC ada 3 kategori selepas melalui proses rendaman. Nanas yang timbul adalah premium sementara yang tenggelam untuk proses. Artikel malam ini dalam blog ''Anim agro Technology" saya akan menulis mengenai penelitian tanaman nanas MD2 dengan benih TC.


Plot tanaman nanas MD2 di ARS dapat dilihat dengan jelas oleh penulis blog dimana semua pokok mempunyai duri tajam dari perdu dan bentuk daun berbeza dengan jika pokok nanas MD2 di tanam dengan menggunakan sulur. Benih nanas MD2 yang ditanam bagaimana pun dilihat menunjukkan tahap pertumbuhan yang mempunyai keseragaman tumbesaran. Tanah jenis gambut volkanik dilihat sesuai dengan tanaman nanas disini. Benih nanas TC  ini diperolehi daripada syarikat pembekal benih TC tidak jauh daripada lokasi ARS ini dimana mereka menghasilkan anakbenih nanas MD2 TC, halia, pisang dan beberapa lagi. Penulis blog dapat melihat sendiri prosedur pengeluaran benih nanas MD2 TC didalam makmal tersebut dimana mereka mengikuti SOP pengeluaran benih TC termasuk sanitasi dan juga prosedur lain. Plantlet didalam bekas di makmal ini dibuat diatas agar (media daripada agar-agar makan biasa dicambur beberapa jenis hormon) untuk hasilkan anakbenih (Sila lihat foto disebelah). Mangkuk plastik yang diguna antara kaedah paling sesuai dimakmal ini dimana ia jimatkan ruag, boleh diguna semula dan juga tahan haba tinggi.


Penulis blog telah pun diberikan asas penerangan bagaimana membuat kawalan kualiti benih nanas MD2 dimakmal tersebut. Foto disebelah menunjukkan dimana mangkuk plastik diatas adalah keratan tisu atau plantlet nanas yang berjaya mengeluarkan akar dan Normal untuk digunakan sebagai bahas asas untuk dijadikan benih nanas. Mangkuk yang dibawahnya adalah plantlet tidak bejaya mengeluarkan akar dan perlu disinglirkan untuk proses selanjutnya. Ia tidak mengelarkan akar tanaman dan menjejaskan proses pertumbuhan benih seterusnya di peringkat kedua apalagi di persingkat semaian kelak. Kos untuk menghasilkan benih kultur tisu bukan murah berbanding dengan kos menggunakan sulur nanas hibrid. Jumlah pengeluaran banyak akan mengurangkan kos pengeluaran berbanding kalau hanya sedikit dihasilkan untuk jualan. Bagi jenis nanas biasa seperti nanas Sarawak, nanas Morris ianya tidak begitu kritikal untuk dibuat benih secara TC dimakmal kerana harga sulur nenas jenis ini murah dan mudah didapati. Peratus kejadian somaklonal untuk nanas varieti tradisional ini amat rendah terjadi.


Pemeriksaan lanjut di tapak tumbesaran atau tapak semaian benih nanas TC. Apa yang penulis lihat dimana saiz anak pokok nanas TC ditanam didaalam dulang semaian (seeding tray) dimana anakbenih nanas hibrid ini akan dijaga sehingga ia boleh dijual atau ditanam diladang. Kira-punya kira dilaporkan keseluruhan proses menyediakan benih nanas MD2 perlu dimakmal selama 3 minggu dan tumbesaran dinurseri untuk tanaman sehingga 8-9 bulan. Sulur nanas (suckers) MD2 seperti mana amalan yang disyorkan mengambil masa selama 1-3 bulan untk dikutip dan ditanam. Penghasilan benih nanas MD2 benih TC bagaimana pun sebenarnya mampu menghasilkan jumlah yang banyak sehingga berjuta unit jika ada  permintaan tinggi. Apa pun tetap penulis blog katakan bagi tujuan menanam nanas Josapine, MD2 dan beberapa nanas hidbrid lain memang tidak disyorkan. Ditapak semaian dilihat anakbenih nanas akan menjalani proses belainan dengan pekerja akan mengasingkan mana anakbenih yang baik dan jenis off-type. Penjagaan bagi anakbenih TC ini di tapak semaian mengambil masa beberapa bulan sehingga benih ini dalihkan sekali lagi kedalam polibeg lebih besar sebalum ditanam dikebun. Apa pun pada penulis blog penggunaan benih nanas MD2 dari TC masih tidak disyorkan selaras dengan keputusan dasar Moa, Jabatan Pertanian dan LPNM. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

BENIH NANAS MD2... PERLU ADA...
BENIH SULUR... BAIK IA DIGUNA...
BENIH TC NANAS MD2...ELAKANNYA...
BACA ARTIKEL...DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 420, Hotel Mutiara,
Jalan dato Sulaiman, Kebun Teh,
Johor Bahru, Johor, 
Malaysia.
(8 Zulhijjah 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...