Support My Blog

Saturday, November 23, 2019

TANAM NANAS - TAMBAH POKOK

TANAMAN NANAS (Ananas comosus) boleh diaturkan kaedah penanamannya dengan pelbagai kaedah dan susunan. Nanas boleh dibahagina kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan Cayene, Red Spanish, Queen dan Abaxi. Di Malaysia terdapat sebanyak  12 varieti nanas telah berjaya didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Nanas tersebut adalah Moris (AC1), Nanas Sarawak (AC2), Nanas Gandul (AC3), Nanas Maspine (AC4), Nanas Josapine (AC5), Nanas Yankee (AC6), Nanas Moris Gajah (AC7), Nanas N36 (AC8), Nanas MD2 (AC9), Nanas View Of Sunset (AC10), Nanas Madu Kaca (AC11) dan Nanas Keingau Diamond (AC12). Industri nanas negara terus berkembang daripada tujuan penanaman untuk nanas kaleng kepada pengeluaran untuk nanas segar. Penggunaan perkapita buah nanas di Malaysia telah meningkat daripada 8 biji seorang setahun pada tahun 2000 kepada sebanyak 14 biji seorang setahun pada 2010 dan dijangka kepada sebanyak 2o biji seorang setahun menjelang 2020. Pengenalan varieti premium nanas MD2 (AC9) di Malaysia semenjak tahun 2010 mejadikan industri penanaman nanas di Malaysia terus meningka semula. Kini selain penanaman nanas MD2 di tanah gambut dilaporkan penanaman nanas MD2 diatas tanah mineral juga amat signifikan  untuk pasaran domestik dan eksport. Manual tanaman nanas [remium ini telah disemak semula dengan aplikasi pelbagai teknologi bagi menghasilkan nanas MD2 yang berkualiti dan mampu diterma rakyat tenpatan dengan pelbagai gelaran termasuk nanas manis madu. Bagaimana pun sistem penanaman kini telah banyak ditambah baik dengan cara penggunaan plastik silvershine dikawasan tanah mineral dan juga kaedah tanaman nanas iaitu cara berkepadatan tinggi serta sistem penanaman disesuaikan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan menulis mengenai bagaimana sistem penanaman nanas disesuaikan semula mengikut kesesuaian. 


Tanaman nanas secara konvensional diatas tanah gambut memberikan kepadatan sebanyak 37,000 - 49,000 pokok sehektar (ditanam dengan jarak 30 x 60 x 120 cm) dan ia disesuaikan pula diatas tanah mineral. Pada keadaan biasa ia mampu menmberikan kepadatan sehingga 70,000 pokok sehektar pada kepadatan tanah tinggi. Penanaman nanas ini ada yang menanamnya diatas batas untuk tanah mineral atau tiada berbatas terutama dikawasan tanah gambut. Penanaman nanas memerlukan ia ditanam didalam barisan dan lurus agar memudahkan aktiviti penjagaan tanaman seperti kawalan rumpai, membaja , menghormon serta menual hasil buah. Bagaimana pun memang dikawasan tanah yang baru dibuka ia memerlukan tali direntang untuk menjadikan penanaman nanas didalam barisan urus. Penulis blog mendapati dimana benih sulur nanas yang hendak dutanam semestinya dirawat dengan racun kulat. Benih nanas MD2 akan diikat dalam jumlah 50 sulur satu ikatan sebelum ia dicelup selama 5-7 minit didalam larutan air bercampur dengan racun kulat. Ia kemudian akan dikeringkan dan sedia dibawa keladang untuk ditanam atau dinaikkan kelori untuk dihantar kepada pembeli (Sila lihat foto dibawah sekali). Hanya sulur benih yang telah dirawat dengan spesifikasi mengikut Standard SIRIM yang sesuai untuk dijual kepada penanaman lain.  


Pada tanah gambut benih sulur nanas MD2 dan lain varieti akan di sediakan lubang penanaman dengan membuat lubang tanaman sedalam 3-4 inci sebelum dimasukkan sulur benih dan dipadatkan. Bagaimana pun lazimnya tanaman nanas dibahagian tepi akan mengalami kelainan kerana ia berada di tepi parit atau laluan jalan dimana lazimnya akan menerima 'stress' yang lebih berbanding dengan sulur benih yang ditanam ditengah barisan (Sila lihat foto disebelah). Oleh itu bagi tujuan mengurangkan 'stress' ini sebaiknya semua bahagiann hujung dengan lebih rapat diantara barisan pokok sedia ada sebagai satu strategi mengurangkan 'stress'. Jika diperiksa pada musim panas yang berpanjangan atau pokok nanas tidak dibaja atau menerima masaalah gangguan persekitaran maka nanas MD2 akan mengeluarkan 'duri' pada bahagian hujung daun. Ini dapat dilihat dengan jelas semasa berlaku 'stress' pada nanas MD2. Berlainan dengan nanas Sarawak dan Nanas Moris yang sentiasa mengeluarkan duri pada daun-daunnya. Luka duri daun nanas jika terkena pada kaki atau tangan boleh dirawat dengan mudah menggunakan 'skin lotion' atau lotion pelembab kulit dan ia akan biasanya mengurangkan kadar sakit dan gatal pada kulit tersebut. 


Diantara beberapa faktor penting dalam menentukan kejayaan untuk penanaman nanas adalah petani mesti mengikuti pakej amalan teknologi penanaman nanas. Pakej penanaman nanas untuk berkepadatan tinggi mengaplikasi pendekatan untuk memaksimumkan pokok dalam satu unit pengeluaran tanpa mengurangkan kualiti dan gred buah yang dikeluarkan. Khusus bagi nanas varieti Moris, jarak tanaman yang disyorkan adalah pada 30cm x 30cm bagi mendapatkan bilangan pokok di antara 80,000 – 85,000 pokok sehektar. Kejayaan kaedah ini bergantung kepada ketelitian petani dalam menguruskan ladang dan tanaman dengan memberi fokus kepada perkara amalan agronomi berikut iaitu : (1) Penyediaan tanah yang sempurna dan memastikan tapak penanaman betul-betul gembur dengan melakukan satu pusingan bajak piring sedalam 25cm diikuti dengan pusingan bajak putar. (b) Membina lorong kerja untuk menyembur baja, racun dan penggalak bunga selebar 75m pada setiap 30m atau pada setiap 10 baris yang berfungsi sebagai laluan air (c). Mengaplikasikan program pembajaan yang persis melalui semburan baja cecair yang dirumus khas menggunakan baja tunggal iaitu Urea, Christmas Island Rock Phospate (CIRP) dan Muriate of Potash (MOP) bagi menggantikan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17. (d) Menggunakan semburan Ethrel sebagai bahan penggalak pembungaan bagi menggantikan pil ANAA dan (e) Mengaplikasi kaedah pengurusan tanaman secara cekap dan persis menggunakan peralatan dan mekanisasi yang praktikal dan efisien. Pokok yang bertambah didalam kebun akan menambah hasil tuaian nanas kerana hanya sebiji nanas dapat dikeluarkan pada sepokok nanas. Teknik penanaman yang diamalkan ini mampu menambah bilangan pokok nanas dengan signifikan jika dijaga dengan baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anin agro technology. Wasallam!!!..
TANAM NANAS... PELBAGAI CARA...
TANAMAN PADAT... SUDAH DICUBA....
MAKSIMAKAN TANAH... BAGAIMANA...
TEPI BATAS... PENUHKAN SENUANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 102, T5 Boutique Hotel,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...