mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, October 15, 2019

VANILLA TEMERLOH - TINJAUAN TEKNIKAL

TANAMAN VANILLA (Vanilla fragrans) merupakan satu aktiviti pertanian yang agak kurang mendapat perhatian dikalangan petani di Malaysia. Penulis blog berkesempatan untuk membuat tinjauan teknologi di Kebun Vanilla di Kg Parit Bangau, Temerloh, Pahang iaitu Kebun milik Mohd Feizal Mohd Narawi berumur 35 tahun dinamakan 'Amani Vanilla'. Petani muda ini gigih menanam vanila di Pahang dimana dahulu beliau adalah seorang wartawan sambilan yang pernah beberapa kali menulis berita pertanian berkaitan penulis blog semasa bertugas di Pahang. Beliau yang saya kenali semenjak beberapa tahun dahulu pernah menanam cili fertigasi dan beberapa tanaman lain disekitar Temerloh dimana kini menumpukan perhatian kepada penanaman vanilla. Tanaman vanilla beliau seluas 4 ekar berada dibawah naungan pokok kelapa Matag milik keluarganya yang mana bennihnya adalah diterima daripada Jabatan Pertanian Jorak yang kini sudah berumur 12 tahun. Kadar naungan pokok nangka sekitar 30-40% seperti yang diperlukan oleh tanaman vanilla. Tanaman Vanila adalah sejenis tumbuhan keluarga orkid yang berasal dari Mexico dan kini banyak ditanam di kawasan tropika. Dari sejarah dilaporkan dimana tanaman vanila ditemui oleh orang Sepanyol yang diketuai oleh Bernal Diaz del Castillo pada 1952. Saintis dapati ada sekitar 100 jenis spesies vanila tetapi hanya sedikit yang dikenal pasti mempunyai nilai komersil iaitu spesis Vanilla planifolia Andrews dan juga jenis Vanilla tahitensis JW Moore. Penanaman vanilla di Malaysia hanya ada dilaksanakan hanya dibeberapa lokasi seperti di Sabah, Pahang dan Kedah sahaja dan tiada dikomersilkan kerana ia memerlukan kemahiran tinggi dan juga bahan tanaman yang sesuai untuk petani lakukan amalan agronominya. Artikel pada petang ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai hasil tinjauan teknologi ke kebun vanilla milik Mohd Feizal di Temerloh untuk bahan rujukkan anda semua.

Taklimat mengenai aktiviti penanaman vanila di buat oleh Pegawai Pertanian Temerloh iaitu Puan Gan mengenai penglibatan Jabatan Pertanian didalam aktiviti disini. Penerangan terperinci dibuat oleh Mohd Feizal dari segi info sejarah dan aktiviti penanamannya di Temerloh dan beliau dakwa dia mempunyai banyak maklumat tentang penanaman vanilla di Malaysia. Baru-baru ini dakwanya dia telah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Duta Perancis Frederic Laplance dimana beliau merupakan pembekal vanilla segar tempatan kebeberapa buah restoren makanan Perancis di Malaysia. Makanan Perancis menggunakan banyak bahan vanilla segar didalam resepinya. Menurutnya bukan mudah untuk menanam dan menjaga tanaman vanilla di Malaysia kerana belum banyak info dan teknologi selain daripada jaminan pasaran yang tidak menentu. Beliau menunjukkan beberapa foto (laminated phito) kepada penulis blog beberapa amalan teknologi pengurusan tanaman vanilla termasuk penyediaan benih, menanam pokok sokongan, membuat pendebungaan berbantu, membaja, mengawal serangan penyakit, menuai dan menjemur hasil vanilla. Pada beliau yang juga ada membekalkan benih tanaman kepada pengusaha yang ingin menanam vanilla juga memberikan khidmat dan juga penerangan teknikal kepada bakal penanam vanilla.  

Dalam membuat penilaian di kebun, penulis blog dijelaskan bagaimana kaedah pembajaan, kawalan pcuk, cantasan dan sebagainya olehh Feizal. Penulis blog berbincang bagaimana kaedah membuat cantasan sesuai untukk tanaman vanila dimana ia akan memberikan bunga dan buah pod yang optima kelak. Pembajaan tabur sebaiknya dapat disesuaikan dengan didalam lubang (hole fertilizer application) terutama dikawasan tanag yang bercerun. Ini akan membolehkan pengambilan baja yang optima oleh akar pokok vanilla dan juga pokok sokongan. Pokok Sokongan yang digunakan adalah Pokok Glirisidia (Gliricidia spp) yang masih muda berumur kurang 3 tahun dimana ia sudah di gunakan dan dililit oleh batang vanilla. Dari pemerhatian penulis blog pokok gliricidia yang masih muda ini belum sesuai untuk digunakan sebagai pokok sokong kerana sebahagian besar darinya sudah menunjukkan ia akan mati. Perkara ini berlaku kerana lilitan akar vanilla yang masuk kedalam batang dan dahan gliricidia menyerap semua makanan dan air. Kesannya batang utama dan dahan muloai kering dihujungnya dan mula kering dimana mati pucuknya. Apa yang berlaku dimana penulis blog tunjukkan sudah keluar cabang baru dibahagian bawah batang gliricidia yang akan mengggantikan batang yang akan mati dililit parasit vanilla ini. Sebaiknya Feizal mempastikan penjagaan pokok sokong dipulihkan agar pokok vanilanya akan kekal subur dan berbuah. Beberapa cadangan diberikan kepada beliau semasa lawatan dikebunnya.

Terkini kaedah tanaman baru di gunakan iaitu menanam vanilla teknologi vertikal dalam Struktur Rumah Terkawal (Sila lihat foto disebelah). Bantuan kewangan daripada Exco Pertanian Pahang sebanyak RM20,000 untuk membina struktur ini hampir siap semasa tinjauan dilakukan dan dijangka penanaman akan dilakukan dalam seminggu lebih lagi. Dakwanya struktur ini dilengkapkan dengan dinding dan bumbung yang berikan cahaya terbaik disamping menggunakan tiang konkrit yang tahan lama. Tiang GI paip dan plastik hitam yang dipasang ini adalah struktur kukuh berumuran 20 kaki dan 15 kaki memuatkan sekitar 24 tiang sokongan. Percubaan ini akan diperluaskan jika hasilnya memuaskan dan [ertumbuhan poko baik berbanding dengan kaedah konvesional sedia ada. Semua faktur seperti kelembapan, keperluan cahaya dan pembajaan dapat dikawal dengan sempurna didalam struktur ini. Dapat dilihat beberapa peralatan seperti jangkasuhu, moisture meter dan beberapa lagi sudah dipasang didalam struktur.

Laporan terkini dimana penanaman vanilla didalam sistem ini telah siap dilakukan Feizal. Struktur ditutup dan dipasang sebuah pintu keselamatan untuk elakkan sesiapa yang memasukki kedalamnya. Bangunan ini juga dakwa Feizal sesuai untuk digunakan sebagai 'show piece' bagi aplikasi teknologi moden penanaman vanilla berbanding dengan teknologi kovensional dikebunnya. Dibahagian dalam tiang sokong serta disekeliling tiang sokong dan pangkalnya diletakkan dengan sabut kelapa sebagai media yang sesuai untuk pengakaran pokok vanilla (Sila lihat foto disebelah). Dilihat dimana pertumbuhan peringkat awal banilla amat baik dan kerja melilitkan batang vanila mudah dilakukan. Kebersihan lantai dijamin kerana baru crusheran diletakkan dimana ini akan mengurangkan risiko serangan kulat. Bagaimana pun teknologi ini memerlukan penjagaan agak penting terutama semasa melakukan proses pendebungaan dan juga memetik buah kelak yang belum pasti kelak. Dalam pada itu tanaman pokok vanila di tanah seluas 1.2 hektar milik keluarganya sejak 2008 dan mula mengeluarkan hasil empat tahun kemudian. Sejak lama dia hanya bergantung dengan maklumat diperoleh menerusi internet ketika mula menanam pokok vanila itu, berikutan ia belum ditanam secara meluas dan hampir berputus asa apabila 800 benih pokok ditanamnya tidak mengeluarkan hasil selepas beberapa tahun.

Penulis blog diberitahu pada sekitar Mac 2012, beliau terkejut apabila melihat beberapa pokok mengeluarkan bunga dan segera untuk melakukan proses pencantuman bagi mengelakkan bunga berkenaan mati. Bunganya hanya mekar satu hari dan kita kena lakukan proses pencantuman sebelum jam 12 tengah hari. Selepas proses pencantuman dilihat esoknya kita boleh lihat sekiranya ia berjaya atau sebaliknya. Dia kena tunggu selama lapan bulan untuk ia menjadi buah sebelum boleh dituai (Sila lihat foto disebelah). Selepas itu barulah buah berkenaan akan melalui proses pengeringan pada cuaca panas selama satu bulan sebelum boleh dijual. Prosesnya agak rumit dan sebab itu harganya mahal. Sekarang, harga pasaran sekitar RM1,800 bagi sekilogram vanila gred A. Walaupun harganya mahal dan permintaan agak tinggi daripada seluruh dunia dia masih lagi mengusahakan tanaman vanila secara sampingan. Kini ada pembeli dari Asia Barat datang ke kebunnya bagi membeli vanila dikeluarkan dan kemudian mengeksportnya semula ke beberapa negara seperti Jerman dan UK untuk dijadikan rempah ratus. Ia digunakan untuk membuat kek di hotel di luar negara. Permintaannya agak tinggi dan saya sendiri tidak menang tangan menampung permintaan kerana bukan mudah hendak dapatkan hasil dalam tempoh segera.

Dalam perbincangan sambil minum kopi dan soto ayam, Feisal nyatakan dimana vanila yang termasuk dalam spesies orkid yang berasal dari Mexico itu mempunyai potensi kerana ia sesuai ditanam di Malaysia berikutan negara ini terletak di garisan Khatulistiwa. Beliau dakwa antara tiga penanam vanila di Malaysia, selain di Jerantut serta Sabah. Saya masih melakukan penyelidikan dalam usaha menghasilkan vanila organik yang bermaksud tidak menggunakan bahan kimia dan halal digunakan. Kini dengan adanya bantuan daripada kerajaan dapat untuk dia meningkatkan potensi tanaman vanila, antaranya dengan mempermudahkan proses mendapatkan Persijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) dan sijil halal . Sebelum naik kereta apa yang Feizal bisik kepada penulis blog adalah ucapan terimakasih terhadap maklumat teknologi yang telah saya berikan kepada beliau. Katanya ''Saya ingat sayalah orang paling handal dalam penanaman vanilla di Malaysia, tetapi setelah berbincang dengan saya banyak  lagi perkara yang perlu beliau pelajari mengenai tanaman vanilla ini''. Penulis hanya tersenyum sahaja kerana konsep yang diperjelaskan kepada beliau adalah ''Go back to the basic of agriculture''Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!...
KE TEMERLOH...ADA TANAM VANILLA...
MOHD FEIZAL... ITU NAMA PENGUSAHA...
BOLEH DILAWATI... BELAJAR CARANYA...
VANILLA MAHAL... SUKAR MENJAGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,

Room 816, Junior Suite,
Hotel Zenith, Kuantan,
PahangMalaysia.
(14 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...