mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, October 10, 2019

SAFRON - KENALI DIA

HERBA SAFRON (Crocus sativus Linn) atau Koma-koma merupakan sejenis rempah yang mana ia adalah di antara rempah yang termahal di dunia yang mana harganya boleh mencecah ribuan ringgit perkilo. Apa yang penulis blog faham dimana ia adalah hasil dari perkataan pinjaman Inggeris "saffron" dipercayai berasal daripada perkataan Arab 'za'faran' yang bermaksud kuning. Tumbuhan ini sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi dan didapati merupakan di antara khazanah alam termahal di dunia. Herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' (Gold of the Desert) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love' dalam bahasa Inggeris. Ia memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatannya sejak dari dulu lagi didalam perubatan tradisional. Didakwa dimana di samping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum dimana ia juga turut digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan (komestik) dan perubatan. Nama lain bagi safron adalah Koma-koma dan Kumkum. Dilaporkan dimana Safron atau Koma-koma berwarna kuning keemasan dan diambil dari sekuntum bunga yang berwarna ungu (Sila lihat foto diatas). Pokoknya berasal dari Timur Tengah, Greece, Turki, Iran dan Kashmir. Biasanya safron boleh didapati di pasar-pasar di Morocco dan beberapa bandar lain. Dalam pada itu dilaporkan dimana Safron adalah rempah ratus terhasil daripada stigma bunga safron yang mendapat jolokan si emas hidup. Stigma bunga ini digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara Timur Tengah untuk melazatkan makanan, dijadikan ramuan kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi dan bahan pewarna. Ia kaya dengan Vitamin B2, Asid hidroklorik dan Riboflavin. Malahan ia didakwa sebagai rempah terbaik, paling wangi dan termahal di dunia sehingga mendapat jolokan 'King of Spices'. Bagaimana pun bagi menghasilkan 10 gram stigma safron dilapangan ia memerlukan 1,000 kuntum bunga safron. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM20,000 per kilogram. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan sejenis rempah atau herba yang perlu dikenali di Malaysia dan dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam sebuah laporan media tempatan berjudul ''Saffron Malaysia'' penulis blog membuat rujukan. Harian Metro mulakan tulisan dengan nyatakan dimana Saffron adalah sejenis tumbuhan herba daripada jenis ‘loridacces’ antara khazanah alam yang termahal di dunia yang bunganya berwarna ungu dan stigmanya berwarna merah (Sila lihat foto disebelah). Saffron yang juga dikenali sebagai Za’afaran atau nama saintifiknya Crocus sativus terkenal dengan khasiatnya sejak dahulu lagi. Ia memang digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional. Khasiat dan nilai komersialnya memang tinggi. Namun, penggunaannya masih terhad berikutan harganya terlalu mahal. Saffron kaya dengan vitamin B1 dan B2 (riboflavin dan tiamin) selain banyak lagi bahan yang mempunyai khasiat farmaseutikal cukup tinggi. Warnanya yang menarik serta baunya harum menyebabkan ia sering digunakan sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan terutama rempah-ratus.  Tumbuhan ini hanya ditanam di negara empat musim. Saffron hanya akan berbunga pada musim luruh. Negara yang paling banyak mengeluarkan saffron ialah Iran iaitu kira-kira 90 peratus daripada pengeluaran dunia. Negara lain seperti India, Pakistan, Sepanyol, Perancis juga turut menanam tanaman ini. Saffron turut ditanam di beberapa negara lain yang beriklim Mediteranean.

Terkini dilaprkan dimana sekumpulan penyelidik Institut Sains Biologi (ISB), Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) berjaya menghasilkan saffron serupa dengan yang dihasilkan di negara asal tumbuhan ini. Ketua Penyelidik Prof Dr Rosna Mat Taha berkata, penyelidikan tiga tahun sejak 1 September 2014 itu dibiayai melalui Geran Penyelidikan UM (UMRG) di bawah kluster Frontier Science melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berjumlah RM400,000 (Sila lihat foto disebelah). Tanaman Saffron tidak mudah hidup di laman rumah atau tepi jalan di negara ini kerana ia memerlukan kaedah khusus disebabkan cuaca panas dan hujan lebat tidak sesuai untuk tumbuhan ini. Meraka kini memperoleh biji benih saffron yang dipanggil umbisi atau ‘corm’ dari Iran, Perancis dan Pakistan. Mereka mengenal pasti keadaan sesuai dan rawatan awal untuk membolehkan tumbuhan ini ditanam di negara ini. Apa yang penting adalah kepentingan dan kegunaannya tidak perlu dipersoalkan lagi. Bahagian yang digunakan sebagai rempah ialah bahagian betina bunga iaitu stigma berwarna merah. Kini walaupun memerlukan banyak bunga untuk mereka mendapatkan rempah berkenaan, harganya yang mahal mendatangkan pulangan tinggi dan berbaloi.

Dr Rosna mendakwa dimana kajian lebih menyeluruh untuk bahan yang terkandung dari pelbagai bahagian spesies itu tidak terhad kepada penggunaan stigma sebagai rempah semata-mata. Eksploitasi terhadap semua bahagian bunga, contohnya sangat berguna kerana bunganya yang berbau harum digunakan juga untuk memproses minyak wangi. Kini selepas menyemai ‘corm’ dalam tempoh lima minggu ia akan mengeluarkan anak pokok dan dalam dua bulan ia sudah mengeluarkan bunga (Sila lihat foto disebelah)Kaedah penyelidikan yang dijalankan mendapati tanaman saffron dalam bilik berhawa dingin dengan suhu 20 Celsius berjaya mengeluarkan hasil yang sama dengan saffron di negara asal. Kajian mendapati tanaman saffron di negara empat musim mengambil masa antara tiga hingga empat bulan untuk berbunga berbanding ditanam di sini hanya mengambil masa dua bulan setengah. Apa pun bunganya tidak dapat bertahan lama iaitu hanya lima hingga tujuh hari. Disebabkan tujuan utama untuk memperoleh stigma yang akhirnya perlu dikeringkan juga, perkara ini tidak mendatangkan masalah. Kini penghasilan anak benih dari tisu kultur penting untuk membiakkan saffron kerana secara semula jadi hanya tiga hingga lima corm dihasilkan dalam setahun. Penyelidikannya hasil kerjasama penyelidik Dr Sadegh Mohajer dengan pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) iaitu Nordiyanah Anuar, Asif Khan, Noraini Mahmad, Hashimah Elias, Aziemah Abd Manan, Nor Amirah Md Nor serta pembantu penyelidik Norlina Rawi dan Nor Rashida Ramli. Dakwa mereka kajian mengenai tisu kultur dan pembungaan saffron juga libatkan kajian lain berkaitan kegunaan saffron sebagai solar sel, sebatian yang terkandung dalam ekstrak saffron. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam !!!..
NAMA SAFRON.. IA DIKAJI DI MALAYSIA..
KAJIAN MENANAM... BOLEH BERBUNGA...
TUMBUHAN ASING... TINGGI HARGANYA...
POTENSI BESAR.. BILA KOMERSILNYA?.. 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint aa, Putrajaya,
W. Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(7 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...