mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, October 17, 2019

PITAYA KOMERSIL - TUKAU, MIRI


TANAMAN PITAYA (Hyloratus undatus) di Tukau, Miri,  Sarawak merupakan satu ladang buah pitaya yang berjaya dimana penulis blog membuat tinjauan teknologi. Turut hadir didalam tinjauan ini adalah Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Sarawak En Ngap Dolah dan Pegawai Pertanian Daerah Miri Encik Wargo Ikau. Ketibaan penulis dalam hujan amat lebat keladang ini ditunggu oleh Encik Chia yang mana bersedia menghidangkan beberapa jenis buah-buahan yang ditanamnya iaitu Pitaya Merah, Longan Edaw, Longan Ping Pong, Kelapa Pandan, Jambu Batu dan juga buah pisang. Ladang yang dijaga dengan baik ini mengamalkan sistem pengurusan organik dimana usahawan ini memang tidak atau kurang menggunakan bahan kimia. Dilihat dari jauh lagi sudah dapat dilihat tumbuhan pitaya ini tumbuh dimana ianya berbunga dan berbuah dengan baik. Apa yang penulis blog teliti dimana keseluruhan kebun pitaya ini amat bersih dilihat rumput dipotong dengan menggunakan mesin rumput yang cantik dipandang (Sila lihat foto paling bawah). Di ladang ini juga terletak sebuag Rumah Burung Walit yang dibina dengan kos RN400,000 dan dakwa petani ia telah berjaya mendatangkan hasil sarang burung yang baik kepada Encik Chia. Dakwanya burung walit dari rumah diladangnya ini mendapat makanan daripada hutan Simpa Lambir, Miri yang beribu ekar luasnya berhampiran dengan kawasan Tukau ini. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan kejayaan usahawnan tanaman pitaya di Tukau , Miri untuk bahan rujukkan anda semua.


Tanaman pitaya merupakan tanaman pilihan En Chia kerana sebelum ini beliau ingin menanam kelapa sawit dikawasan kebun seluas 8 hektar ini. Dakwanya kepada saya, nasib baik masa itu beliau membeli buah naga dari supermarket dan kemudian dia membuat maklumat didalam lamanweb bagaimana potensi tanaman pitaya di Sarawak. Ramai kalangan rakannya ketawakan dia bila dia memilih tanaman pitaya kerana antara tanaman lain yang mereka usahakan adalah sayuran, kelapa sawit dan pisang. Kedudukan kebun ini yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Miri (7 minit sahaja) dan dimana setiap kali ada penerbangan akan melalui atas kebun ini dengan rendah. Kini beliau menanam pitaya JENIS MERAH yang kaya dengan anthosianin dikebunnya secara Monokrop (Sila lihat foto disebelah). Peringkat awal penanaman beliau gunakan bahan tanaman iaitu dibeli dari pembekal yang beliau kenali. Benih atau bahan tanaman pitaya ini diambil dari keratan dahan dari pokok digunakan untuk pembiakkan kerana ia lebih cepat matang dan berbuah serta mengekalkan ciri pokok induk yang dipilih jika dibandingkan dengan bijibenih. Keratan dahan dipotong dengan setiap keratan sepanjang 15 - 22 cm. Sebelum menanam kerja-kerja penyediaan tanah dilakukan dengan membajak, menyediakan sistem perparitan dan memasang pagar yang kukuh serta pintu pagar.


Dahan pokok yang cukup matang dan telah mengeluarkan buah dan kayu terasnya bersaiz lebih kurang sebesar batang pensel digunakan untuk pembiakan. Keratan benih  kemudian diletak ditempat kering selama seminggu untuk proses lanjutan bagi membolehkan hujung keratan kering atau pulih dan untuk menggalakkan pengeluaran akar. Pengeringan hujung keratan juga dapat mengurangkan risiko dari jangkitan dan pereputan. Keratan boleh disemai ke dalam semaian pasir atau ke dalam polibeg bersaiz 12.5cm x 17.5cm yang mempunyai saliran yang baik dan diletak di bawah kayu lindungan. Media yang digunakan dalam polibeg ialah satu bahagian pasir dan satu bahagian tanah. Benih ditanam 2 pokok satu point dimana didik memanjat batang kayu belian yang dipacak 2 kaki dalam tanah dan 5 kaki diatas tanah. Pengairan diberikan sehingga pokok tumbuh dengan baik. En Chia mementingkan kerja-kerja penyelenggaraan tanaman terutama kawalan rumpai, membaja ikut jadual dan memetik hasil dilakukan oleh 8 orang pekerja asing yang digajinya. Memang sukar untuk mendapatkan pekerja ladang tempatan walau pun diusahakan beberapa kali tetapi semuanya 'lari'. Penulis blog dapati pokok dijaga baik dan hampir tiada serangan penyakit akibat pemantauan yang kerap dilakukan. bagaimana pun isu batang kayu tumbang akibat tiupan angin kuat atau kayu reput selalu buat semua dan disulam balik dengan segera.


Dilihat buah yang dihasilkan di ladang ini hampur 70% adalah dari gred A yang besar dan mempunyai warna merah terang serta manis (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penulis blog buat ujirasa memang warna isinya juga merah, berjus dengan ia mudah lekang daripada kulitnya. Purata berat buah pitaya daru kebun ini adalah sekitar 400 gram sebiji dan hanya sedikit yang kutang dari 200 gram sebiji. Penilis blog membuat ujirasa dan membawa balik buah yang masak dan enak ini kehotel malahan dapat dikongsi sama dengan rakan-rakan semasa berkunjung ke Pulau Rusukan Besar di WP Labuan. Mereka kata dimana mendapat buah pitaya yang besar, manis dan lembut dimakan selepas aktiviti snorkeling di taman laut pulau yang sangat cantik  ini. Penulis blog beritau rakan-rakan dimana buah ini adalah rendah lemak dan biji-biji kecil dalam buah naga merupakan lemak tidak tepu yang baik untuk kesihatan sebab menambah kolesterol baik dan menghilangkan akan kolesterol jahat. Meraka yang makan akan dapat mengawal gula dalam darah dan bagi pengidap lencing manis, amalkan buah naga untuk mengawal gula dalam darah agar tetap seimbang. ia didakwa juga mampu menurunkan tekanan darah. Amalan makan buah naga mampu mengembalikan tingkat hipertensi seseorang menjadi normal. Baik bagi yang berisiko terkena serangan jantung dan stroke. Penulis blog jelaskan dimana buah pitaya mampu meneutralkan toxin  dalam tubuh seperti mercury, arsenik dan lain-lain jenis toksik yang membahayakan kesehatan. Biasanya semua racun dalam tersebut dapat dineutralkan dengan amalan makan buah pitaya ini. Ia juga baik untuk kesihatan mata kerana kandungan bahan karoten yang membantu menjaga kesehatan mata dan memperbaiki penglihatan. Ada dakwaan dimana makan buah pitaya mampu menurunkan berat badan jika dimakan sebagai makanan ringan hari-hari. Dengan amalan beberapa bulan pula didakwa akan melihat badan anda terlihat ramping dan ideal. Paling unik dimana buah ini mampu mengubati asma dan juga batuk serta beberapa gangguan pernafasan yang sering menyerang anak-anak dan orang dewasa.  


Buah Pitaya atau buah naga sama ada yang Merah atau Putih merupakan sumber Vitamin C yang hebat. Buah ini kaya dengan vitamin C dimana ia dapat untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Buah naga yang dikeringkan terbukti mengandung 10 kali lebih banyak vitamin C yang diperlukan badan. Ia juga kaya dengan sumber Vitamin B1 (thiamin) atau tiamin. Fungsinya untuk memproses karbohidrat dengan pantas dan mampu menghasilkan tenaga untuk badan. Ia juga ada sumber Vitamin B3 (niacin) yang mampu menurunkan kolesterol kerana kandungan vitamin B3 atau niasin di dalamnya. Vitamin ini juga mampu membuat kulit halus dan bercahaya secara semulakadi dari dalam. Terdapat juga Vitamin B12 yang menjadi perangsang nafsu makan yang baik. Terutama bagi orang-orang yang sedang dalam masa penyembuhan, buah naga sangat dianjurkan untuk dikonsumsi. Buah naga ini kaya dengan Serat (Fiber) dimana serat yang cukup tinggi, sehingga berkhasiat untuk mengatasi beberapa masalah pencernaan seperti sembelit atau susah buang air besar. Dalam pada itu dia juga kaya dengan bahan Mineral seperti fosforus (P) dan kalsium (Ca). Keduanya memiliki peranan dalam pembentukan pada organ tulang, gigi, dan perkembangan sel. Paling istimewa adalah kandungan bahan Antioksidan yang tinggi terutama pitaya merah dimana ia amat baik untuk mencegah dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan masalah kesihatan yang lain. Memng kandungan bahan protein merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh badan untuk membentuk hormon, enzim dan sebatian lain yang terkandung didalam buah ini. Jagalah kadar protein dalam tubuh dengan amalan secara teratur buah. Banyak ilmu penanaman buah pitaya yang penulis blog bincang dengan En Chia ini diwaktu hujan dalam pondik dan dikebun selepas huja, Semuga artikel ini mampumemberi inf berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wassalam...!!.
KE TUKAU MIRI... KEDUSUN PITAYA...
KEBUN BERSIH... BANYAK BUAHNYA...
CARA ORGANIK... PENGURUSANNYA...
BUAH BERKUALITI... AMBOI MANISNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1216, Executive Suite,
Hotel Mega, Miri,
Sarawak, Malaysia.
(6 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...