mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, September 23, 2019

USAHAWAN AKAR TERATAI - KOMERSIL

TANAMAN TERATAI (Nelumbo nucifera Gaertn.) mampu menghasilkan hasil terdiri daripada bunga, biji, rizom dan akarnya. Penulis blog baru-baru ini membuat tinjauan teknologi ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) SKC Slim di Daerah Mualim, Perak dimana berjumpa dengan seorang usahawan menanam tanaman teratai. Petani ini menghasilkan rizom atau stolon yang dikutip hasilnya dan dijual di sekitar Lembah Kelang dan Ipoh secara komersil. TKPM SKC Slim adalah kawasan tanah bekas lombong bijeh timah (tin tailing area) yang ada beberapa buah tasek dan kolam sesuai untuk dijadikan kawasan penanaman teratai. En Sam Sing memulakan aktiviti penanaman teratai dikawasan seluas 0.4 hektar dengan 4 buah kolam yang disesuaikan kedalamannya. Kolam buatan ini dibuat dengan membina tebing kolam dengan kedalaman air kolam sekitar 3 kaki dalamnya. Air dialirkan melalui sistem perparitan untuk ianya berlaku air keluar masuk agar paras air berada pada kedalaman sekitar 1 meter. Inii kerana Tanaman teratai adalah tanaman yang hidupnya di air dan berkelembapan tinggi yang sesuai tumbuh dalam kolam atau tasik secara semulajadi. Dibantu oleh seorang pekerja Sam Sing telah pun menanam pokok teratai sejak 5 tahun lalu dengan benih yang diambil daripada spesis yang banyak hasilkan rizom. Beliau menanam semasa kolam kering dimana akar benih teratai dimasukkan kedalam tanah dan dibubuh baja. Air akan dimasukkan secara berperingkat-peringkat sehingga kedalaman air mencecah kedalaman stabil sekitar 1 meter. Kualiti air bersih amat penting keraja jika air tercemar dengan sebarang racun atau logam berat akan menjejaskan kualiti teratai yang dihasilkan kerana tumbuhan akuatik ini adalah menyerap segala yang ada didalam air dan didalam kolam tersebut. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya paparkan aktiviti penanaman teratai sekadar untuk ia dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Menanam benih teratai sesuai dilakukan semasa kolam kering lagi dan dijaga serta di pantau beberapa minggu sehingga pokoknya stabil dalam kelembapan (Sila lihat foto disebelah). Tanaman teratai ini memang jarang diusahakan secara komersil kecuali yang penulis blog lawat di Slim River ini. Tanaman ini disukai kerana bunganya yang indah dengan warna yang cerah. Tanaman teratai berasal dari daratan Asia dan biasanya sering ditemui di kolam atau tumbuh liar di kawasan paya. Meskipun dilihat tanaman teratai seperti terapung di atas permukaan air akan tetapi sebenarnya akar teratai ini terletak di dalam air atau di dasar air itu sendiri. Selain dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan lazimnya teratai juga memiliki khasiat sebagai ubat-ubatan. Bahagian tanaman yang boleh dijadikan sebagai ubat herba adalah hampir kesemua bahagiannya seperti akar, daun, hingga biji. Tanaman teratai memiliki akar yang berongga. Akar tanaman teratai kurang berkembang dengan baik kerana mempunyai bulu akar atau tudung akar. Akar teratai lebih berfungsi sebagai pemegang atau ianya akan menggenggam tanaman supaya ia boleh berdiri tegak. Apa yang penulis blog lihat dimana tanaman teratai memiliki batang yang berguna untuk mengekalkan daun agar terapung di atas air. Ini adalah disebabkan dimana lazimnya sebahagian besar batang teratai memang ia berada di bawah permukaan air. Selain itu juga batang teratai juga berfungsi untuk menyerap nutrient yang diperlukan oleh tanaman. Batang teratai mempunyai ruang udara didalamnya sebagaimana tanaman akuatik yang lain.


Spesis tertentu yang mampu hasilkan rizom dipilih untuk ditanam. Berdasarkan kepada ciri daun lazimnya daun teratai bersifat bulat, lebar, nipis dan bahagian tepi daunnya bergerigi. Berbeza dengan ciri di bahagian batang, daunnya terapung di atas air dimana ini adalah kerana tangkai daun teratai cenderung untuk tumbuh menjalar. Permukaan daun teratai bewarna hijau sedangkan pada permukaan bahagian bawah bewarna keunguan dan memiliki tulang daun besar serta tulang daun kecil. Daun teratai juga mempunyai lapisan yang berungsi untuk membersihkan diri dari kekotoran. Bunga teratai terletak pada tangkai yang merupakan hasil daripada pertumbuhan rizom. Tangkai bunga teratai ini tumbuhnya tegak sehingga bunga teratai boleh muncul keluar daripada permukaan air. Bunga teratai memiliki peringkat warna yang berbeza seperti warna merah muda kemudian memutih pada bahagian atasnya. Teratai juga mempunyai kelopak bunga yang banyak dan berlapis. Akar teratai boleh dijadikan hidangan bersama lauk yang lain jika ia dikutip dengan betul (Sila lihat foto disebelah). En San Sing sehingga kini menghasilkan sebanyak 1,500 kg ubi teratai setiap bulan untuk dihantar ke Pasar Selayang. Bagi kebanyakan masyarakat Cina juga memang ada sejenis sup menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga. Antaranya ialah sup ubi teratai, enak dinikmati ketika panas. Bagi tujuan kepercayaan masyarakat Cina bahan serat pada ubi teratai melambangkan keakraban ikatan kekeluargaan yang tidak akan terputus, sekali gus mengeratkan perhubungan.


Dalam perubatan tradisional Cina ada dakwaan dimana biji teratai yang rasanya manis dimana ia dapat memberi manfaat pada jantung, limpa, buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf. Air rebusan biji teratai lazimnya, diminum untuk merawat cirit-birit dan penyakit keputihan. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan selera makan. Dipercayai, biji teratai yang mengandungi enzim antipenuaan dan kini penyelidik mencari jalan untuk menggunakan biji teratai dalam produk antipenuaan untuk kosmetik masa kini. Sup ubi teratai lazimnya akan dicampur dengan bahan berkhasiat lain untuk dihidangkan (Sila lihat foto disebelah). Pengurusan tanaman teratai ini menurut San Sing perlu diberikan baja mengikut jadual untuk pastikan penghasilan ubi teratai yang berkualiti. Lazimnya setiap 2 bulan beliau akan memasukan baja menggunakan alat khas dipangkal akar tanaman. Baja ini akan ditusuk di pangkal akar atau didasar tanah. Setakat ini belum ada laporan mengenai masaalah serangan serangga dan penyakit dilaporkan pada tanaman teratai ini. Bagaimana pun biasanya pada musim hujan kadar pertumbuhan pokok agak perlahan dan perlu dijaga paras air didalam kolam. Pernah dahulu tebing kolam rintuk atau pecah menyebabkan tanaman beliau rosak dan hanyut dan perlu dipulihan semula dimana ini mengambil masa beberapa bulan. Dalam pada itu bagi meneruskan kesinambungan populasi tumbuhan teratai di dalam kolamnya maka penanaman semula teratai perlu dijalankan untuk menentukan kehidupan tumbuhan tersebut sentiasa berterusan. Ini kerana tumbuhan teratai sesuai untuk tumbuh subur di dalam air yang cetek dengan dasar yang berlumpur. 


Dalam pada itu penulis blog merujuk kepada beberapa artikel mengenai tanaman teratai dan penanamanya dilakukan oleh pihak berkuasa. Memang biarpun kelihatan mudah untuk membiak tumbuhan teratai sebenarnya merupakan tumbuhan akuatik yang sangat sensitif. Terdapat pelbagai faktor sama ada semula jadi mahupun akibat kecuaian manusia boleh menyebabkan kepupusan teratai di dalam tasik atau kolam anaman kpmersil. Antara faktor semula jadi yang boleh menyebabkan kepupusan teratai adalah turun naik paras air dengan secara mendadak akibat kemarau serta banjir yang mana ini akan menenggelamkan tumbuhan tersebut dalam jangka masa yang lama. Selain itu juga dilaporkan dimana ada perbuatan vandalisme pengunjung taman rekreasi yang menyumbang kepada kemusnahan populasi teratai di dalam tasik. Dari laporan tersebut didakwa di kawasan Tasik Chini, Pahang iaitu merupakan antara kawasan tumpuan pelancong untuk melihat keindahan teratai yang menjalar bebas di dalamnya kini telah tergugat tumbuhan teratai apabila berlaku banjir besar diikuti dengan kemarau panjang pada 2016. Kesannya keindahan bunga teratai di tasik tersebut telah berkurangan yang mana sudah tidak seindah seperti sebelumnya. Situasi tersebut sekiranya dibiarkan akan menyebabkan populasi teratai semakin menurun sekali gus boleh pupus. Dikawasan seperti ini perlu ada usaha konservasi telah dilaksanakan bagi mengembalikan populasi teratai seperti sediakala.


Dalam kontek tersebut sebagai usaha menambah ilmu kita bersama penulis blog dapati sama seperti kaedah penanaman teratai yang dilakukan untuk tujuan hiasan sebaiknya cara menanam dengan amalkan dimana anak benih teratai akan disemai di tapak semaian terlebih dahulu. Amalan biasa aktiviti membuat anak benih dengan menggunakan pasu yang direndam dalam air kerana seperti yang kita ketahui teratai adalah tumbuhan akuatik dan memerlukan banyak air. Anak benih teratai yang diambil daripada sumber liar mempunyai kadar kelangsungan hidup yang rendah justeru tumbuhan tersebut perlu disemai di nurseri terlebih dahulu sehingga mampu hidup. Setelah berjaya membesar dengan baik maka anak benih teratai akan dipindahkan ke habitat asal atau mana-mana kawasan tasik yang hendak dipulihara. Teratai akan dikeluarkan daripada pasu dengan cara teliti iaitu menterbalikkannya ketika separuh pasu tersebut yang akan ditenggelami air. Ini bertujuan untuk mengelakkan gumpalan akar teratai yang telah terbina tidak mengalami kerosakan. Biasanya gumpalan akar teratai yang telah dikeluarkan tersebut perlu diampu secara berhati-hati secara menegak. Kemudian keseluruhan gumpalan akar teratai akan terus dibenamkan ke dalam lumpur sepenuhnya menggunakan tangan secara perlahan-lahan. Apa yang perlu dipastikan adalah daun teratai perlu menghadap ke atas permukaan air. Dalam pada itu teratai yang ditanam perlu diberi baja jenis tenggelam untuk beberapa ketika sebelum tumbuhan tersebut mula membiak. Tumbuhan ini mudah membiak jika berada di habitat bersesuaian dan dalam jangka masa dua hingga tiga bulan teratai yang ditanam sudah berkembang biak dengan baik. Pucuk muda atau sulurnya akan menjalar terlebih dahulu untuk membentuk daun sebelum ianya akan menghasilkan bunga. Benih teratai boleh dipilih dari pokok induk yang sesuai (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu bagi  tujuan memastikan teratai dapat berkembang dengan lebih baik, setiap benih akan ditanam pada kadar jarak yang agak jauh diantar satu sama lain. Teratai yang ditanam akan mula menyesuaikan diri selepas ditanam di dalam jangka masa yang terdekat dan perkembangannya boleh dilihat menerusi keaktifan sulurnya bergerak. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua para pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM TERATAI... ADA CARA...
DALAM KOLAM... AKAR DIDASARNYA...
UBI TERATAI... BANYAK KHASIATNYA..
MENINJAU TKPM... ADA DIUSAHANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 709, Suite Room,
Wiel Hotel, Ipoh,
Perak,
Malaysia.
(21 Muharam 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...