mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, September 11, 2019

INTERGRASI GETAH DAN KONTAN - TERBAIK

PENANAMAN SEMULA GETAH (Rubber Replanting Program) memerlukan masa lama sebelum pekebun kecil dpat mulakan semua aktiviti menoreh getah. Bergantung kepada jenis klon getah, cara pengurusan kebun dan sebagainya ia mungkin mengambil masa selama maksima 7 tahun atau kurang maka pekebun kecil boleh melakukan pelbagai aktiviti penggunaan tanah kebun getah untuk menjana pendapatan. Pada masa ini dilaporkan dimana sektor pekebun kecil memainkan peranan utama dalam pertumbuhan dan pembangunan industri getah di Malaysia. Pada tahun 2016 sahaja sektor ini menyumbangkan 92.7% daripada pengeluaran negara (673,520 mt) dengan 92.1% daripada kawasan penanaman getah di Malaysia(1.078 juta hektar). Walau bagaimana pun mereka dihimpit dengan masalah produktiviti hasil getah dan pendapatan yang mana ia masih rendah disebabkan saiz ladang yang tidak ekonomik, penanaman klon getah yang berhasil rendah, penerimaan dan pengamalan teknologi getah yang rendah, kekurangan modal dan harga getah yang rendah dan tidak stabil. (Mohamed Senawi et al., 2001). Hasil yang rendah dari pekebun kecil getah dengan purata 1,400 kg / ha / tahun (2016) serta harga getah semasa yang rendah (purata RM 2.20 / kg getah skrap, 2016), menyebabkan penanam getah khususnya pekebun kecil perlu mencari pendekatan alternatif untuk meningkatkan produktiviti ladang dan juga pendapatan mereka. Pelbagai pendekatan telah lama ia diperkenalkan di Malaysia untuk memperbaiki taraf hidup pekebuk kecil getah. Penulis blog yang juga anak kepada pekebun kecil getah dapat merasai akan kesempitan hidup sebagai penoreh getah berpuloh tahun dahulu. Salah satu kaedah adalah melalui integrasi tanaman berasaskan getah bertujuan untuk memaksimumkan pengunaan tanah dan meningkatkan produktiviti ladang disamping penambahan pendapatan sampingan pekebun kecil dengan kaedah yang lebih mampan. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info bagaimana program intergrasi getah dengan kontan dan juga 'mixed farming' mampu menjana pendapatan pekebun kecil getah.

Penulis blog dapat memahami akan beberapa konsep intergrasi tanaman sesuai dengan pokok getah selepas berbincang dengan rakan-rakan di RISDA termasuk Ketua Pengarah RISDA Datuk Wan baru-baru ini di satu majlis rasmi. Antara pilihan tanaman yang popular ditanam sebagai tanaman intergrasi dengan getah adalah pisang, tebu, sayuran (cili, terung, pelbagai sayur daun), keladi, ubikayu, tembikai, jagung, keledek dan sebagainya. Penulis blog dapati di Kelantan ramai pekebun kecil menanam nanas varieti Madu Kaca ditanam bersama anak pokok getah dan mampu memberikan pulangan yang baik seperti di Kg Gual Pasong, Rantau Panjang (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu dua sistem tanaman integrasi sesuai di Malaysia melibatkan tiga eko-sistem integrasi iaitu (i) Sistem di bawah tanaman getah konvensional pokok berumur kurang 3 tahun (Ekosistem 1) dan (ii) Sistem di bawah tanaman getah cara konvensional pokok berumur lebih 3 tahun (Ekosistem 2). Bagaimana pun  berdasarkan pengamalan ujud sistem di bawah Ekosistem 1 dimana penyelidikan yang telah pun dijalankan mendapati densiti cahaya direkodkan adalah di antara 45-85% (PAR) untuk 3 tahun pertama selepas penanaman getah. Keadaan ini sebenarnya membolehkan tanaman jangka pendek seperti nenas, pisang, cili, jagung dann lain-lain sesuai untuk diintegrasikan dibawah ekosistem tanaman getah konvensional. Selepas pokok getah berumur lebih 3 tahun (Ekosistem 2) densiti cahaya berkurangan di antara 15-20% (PAR) hanya tanaman tahan naungan sahaja boleh diintegrasikan terutama tanaman herba seperti tongkat ali, misai kucing, hempedu bumi dan salak. Bagaimana pun terdapat juga pendekatan Tanaman Pepagar (Ekosistem 3) yang telah diperkenalkan dimana ia membolehkan pekebun kecil menambah pendapatan di sepanjang usia tanaman getah (lebih 15 tahun atau sehingga pokok getah ditanam semula) melalui integrasi tanaman jangka pendek (nenas, halia, pisang, cili dan sebagainya) dan tanaman jangka panjang (lada hitam, kelapa dan sebagainya) melalui sistem penanaman dan pengurusan yang baik.

Pada penulis blog, pengetahuan mengenai tanaman intergrasi ini perlu ada pada pekebun kecil untuk mereka mampu dan boleh melaksanakannya. Ini kerana cara penanaman intergrasi ini memerlukan ilmu pengetahuan, kemahiran dan tenagakerja serta sistem pemasaran yang jauh berbeza dengan aktiviti penoreh getah. Dalam pada itu ada keperluan Integrasi Tanaman berasaskan getah yang mesti dikenalpasti dahulu. Pada asasnya integrasi tanaman berasaskan getah mempunyai objektif-objiktifseperti untuk mempelbagaikan aktiviti dalam mengurangkan risiko dan pergantungan kepada tanaman getah. Lazimnya pekebun kecil getah perlu proaktif melbagaikan tanaman supaya tidak bergantung semata mata kepada sesuatu tanaman sahaja seperti tanaman getah. Pada masa harga getah rendah maka pendekatan ini boleh menambah pendapatan pekebun kecil melalui hasil daripada pendapatan tanaman selingan dan ketika harga getah melonjak maka hasil sampingan daripada aktiviti integrasi tanaman ini. ia juga merupakan satu ganjaran dan bonus kepada pekebun kecil getah. Ada yang menanam tebu bersama pisang dengan pokokk getah (Sila lihat foto disebelah). Bagi meningkatan produktiviti tanah dan pendapatan secara mampan pendekatan melalui integrasi tanaman getah dengan tanaman lain samada secara menanam tanaman selingan dibawah tanaman getah (tanaman konversional) atau secara tanaman getah pepagar dijangka aktiviti ini akan meningkatkan produktiviti tanah dan pendapatan secara berterusan dan menjadikan industri perladangan getah lebih mampan dan menarik.

Dalam usaha untuk meningkatkan kepelbagaian ekonomi dari kebun getah yang bersaiz kecil sebaiknya berlaku usaha dimana kebanyakan saiz kebun pekebun kecil di Malaysia adalah kurang daripada 2 hektar dimana dan tidak ekonomik berbanding dengan estet swasta yang luas. Dalam pada itu bagi meningkatkan viabiliti ekonomi kebun bersaiz kecil maka kaedah integrasi tanaman adalah perlu untuk mempastikan produktiviti tanah dan pendapatan adalah baik. Usaha ini akan dapat membantu meningkatkan minat kepada tanaman getah dengan melalui pendekatan yang lebih produktif dan berdaya maju ini akan menarik minat dan menggalakan pekebun kecil dan pengusaha ladang untuk menanam getah dimasa akan datang. Tujuan tanaman intergrasi ini juga didakwa akan dapat membantu mengurangkan tanah getah terbiar dengan usaha melalui aktiviti integrasi tanaman. Kawasan tanah getah yang terbiar akan lebih aktif dan produktif dan mampu meberi pulangan yang menarik. Penanaman buah Salak (Salacca endulis) dibawah pokok getah dewasa mampu memberikan pulangan terbaik kepada pekebun kecil untuk jangkamasa yang lama (Sila lihat foto disebelah). Pokok Salak rendah iaitu kira-kira 2-5 meter tinggi dan hampir-hampir tiada batang. Pokok ini tumbuh berumpun iaitu banyak mengeluarkan sulur anak. Hampir keseluruhan pokok salak berduri tajam terutamanya di pangkal pokok. Pokok Salak adalah jenis diesius Sila baca tanaman salak dengan artikel saya (Sila klik disini). Bunga jantan tersusun rapat dalam jambak berbentuk jejari dan dalam kelompok yang mengandungi kuntum bunga. Tangkai bunga panjang. Bunga betina lebih besar dan lebar dan bertangkai pendek. Buahnya berbentuk hampir bulat atau bujur. Warna kulitnya perang atau perang kemerahan. Kulit ini mempunyai lapisan sisik-sisik leper yang teratur bertindih-tindih dan rapat. Sebiji buah mengandungi 1-3 ulas yang berbiji. Isinya berwarna putih, krim, kekuningan dan mempunyai rasa kelat manis atau manis.

Dibawah Sietem Integrasi Tanaman Getah dengan Tanaman Jangka Pendek (Eco-sistem 1) atau pun lebih mudah dipanggil sebagai Sistem Tanaman getah secara tunggal atau konvensional jarak tanaman getah adalah 6m x 3.7m (450 pokok/ha) (kawasan rata) atau 9 m x 2.5 m (444 pokok/ha)(kawasan berteres). Sistem tanaman ini memberikan peluang dimana tanaman getah memenuhi satu per lima ruang (20%) daripada kawasan penanaman dan selebihnya iaitu empat per lima (80%) daripada kawasan penanaman boleh digunakan untuk diintegrasikan dengan tanaman selingan yang lain bagi meningkatkan produktiviti tanah getah. Transmisi cahaya di bawah tanaman getah konvensional adalah 85% (0-2 tahun), 45% (2-3 tahun) dan > 4 tahun (17-21%) hasil kajian oleh (Abdul Ghani et al., 2003, Abd Ghani, 1991). Ini membolehkan penanaman tanaman jangka pendek dibawah tanaman getah seperti nenas, pisang, jagong, tebu, cili, tembikai dll (Abdul Ghani dan Zulkefly, 2003) dijalankan. Pemerhatian kepada pekebun kecil di Jelebu, Negeri Sembilandilapor berikan pulangan yang lumayan dengan integrasi tanaman getah dan nenas seluas 5.2 hektar iaitu dengan pendapatan daripada tanaman nenas berjumlah RM 47,000 selama 2 tahun hasil aktiviti penanaman (Ghouse 2000). Seorang pekebun kecil di TSB Kg. Kuala Dal, Perak pula dilaporkan telah memperoleh pendapatan sebanyak RM 3,735 /musim melalui integrasi tanaman getah dengan nanas dan pisang. Ketika waktu sukar dan harga getah yang rendah, pekebun kecil getah harus memberi tumpuan kepada tanaman yang bernilai tinggi yang boleh diintegrasikan dengan tanaman getah seperti penanaman nenas hibrid (MD2). Kini dengan menanam nenas hibrid MD2 di bawah barisan getah (ekosistem 1) dengan 50% kawasan yang tersedia yang boleh juga dapat diintegrasikan maka pekebun kecil getah dijangka mendapat pendapatan tambahan sekitar RM 26,059/musim/ha. Walau bagaimanapun, aktiviti ini hanya dapat bertahan selama tiga tahun pertama sahaja sebelum kanopi getah bertaut dan mengurangkan penembusan cahaya di kawasan selingan.  Integrasi tanaman Berasaskan Getah atau Agroperhutani menawarkan beberapa faedah kepada pekebun kecil getah di Malaysia melalui integrasi tanaman getah dengan tanaman tahunan atau tanaman jangka pendek untuk tiga tahun pertama selepas penanaman. Aktiviti ini dapat membantu pekebun kecil getah meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan serta memperbaiki taraf hidup mereka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEBANG GETAH... LAPANG KAWASAN...
BOLEH INTERGRASI... PILIH TANAMAN...
TANAM NANAS MD2... HASIL LUMAYAN...
MEMBACA ARTIKEL... ADA KEFAHAMAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,Room 601, Suite Room,
Impiana Hotel,
Sena, Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(11 Muharam 1441H).



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...