mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, September 24, 2019

BATU GANTUNG - INOVASI PETOLA

INOVASI BATU GANTUNG pada tanaman petola (Luffa acutangula ) merupakan satu amalan agronomi yang pada penulis blog jumpai amat praktikal bagi penanam sayur di TKPM Kg Slim, Daerah Mualim, Perak. Masaalah buah petola yang membengkok sering dikaitkan sebagai buah yang kurang berkualiti atau bergred rendah berbanding dengan buah petola yang bentuknya lurus. Tanaman Petola merupakan tanaman sayur buah yang popular selepas cili, timun dan peria. Ia juga merupakan sejenis sayuran buah dari keluarga Cucubitaceae yang ditanam secara komersial di Malaysia. Walau pun tanaman ini agak mudah ditanam tetapi ilmu teknikal petani perlu tinggi untuk mempastikan penghasilan yang lumayan dan mampu mencapai seperti hasil potensi. Penulis yang memang berpengalaman luas dalam menjalankan kerja-kerja khidmat nasehat terhadap penanaman petola segi semasa bertugas di selluruh negara sering meninjau amalan teknologi penanaman petola. Terkini ramai juga petani yang mengubah kaedah penanaman petola kepada teknologi fertigasi termasuk mengamalkan penanaman secara Teknologi Gantung. Masih ramai juga petani yang menanam petola dengan kaedah konvensional dimana mereka kini lebih banyak berubah kepada kaedah penanaman secara sistem berpara. Penanaman petola secara komersial dijalankan secara meluas di Johor, Pahang dan Kelantan. Pada 2018 seluas 1,361 hektar petola ditanam dengan pengeluaran sebanyak 18,762 metrik tan. Kawasan paling luas ditanam petola pada 2011 ialah Daerah Bera di Pahang (83 ha) diikuti Daerah Kota Tinggi di Johor (72 ha) dan Daerah Tumpat Kelantan (66 ha). Artikel pagi ini  didalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis inovasi penggunaan batu gantung untuk mempastikan buah petola yang dituai menjadi lurus untuk tingkatkan gred petola tersebut untuk dijadikan bahan rujukkan.


Pokok Petola yang ditanam merupakan jenis tumbuhan yang menjalar diatas para dimana ia mula berbunga dan berbuah selepas 4-5 minggu ditanam. Bunga yang keluar ini akan menjadi buah bermula daripada putik sehingga ia sedia dituai apabila buah matang. Bagaimana pun bergantung kepada varieti,  amalan agronomi dan juga keadaan cuaca kualiti buah petola ini akan berbagai bentuknya kerana ada yang bengkok (separuh bulat), separuh bengkok dan ada yang bengkok. Buah petola yang bengkok ini sering digredkan sebagai buah petola yang kurang disukai pengguna (Sila anda lihat foto disebelah). Petani perlu mengasingkan buah petola yang membengkok ini untuk dijual dengan gred yang rendah dan dijual murah. Jika jumlah buah yang membengkok ini banyak maka ianya akan menjejaskan pendatan penanam sayur. Kesbuah membengkok ini disebabkan oleh berbagai faktur seperti faktur genetik, serangan serangga, kekurangan air, kekurangan nutrien atau baja dan kemungkinan oleh faktur angin dan cahaya matahari. Walau pun dari segi rasa petola yang lurus dan tegak ini tiada apa perbezaan akan tetapi pengguna tidak suka dengan petola membengkok ini. 


Inovasi yang penulis blog jumpa adalah oleh beberapa penanam sayur komersil di TKPM SKC Slim, Daerah Mualim, Perak. Ini adalah inovasi mudah (simple inovation) akan tetapi ia amat praktikal. Konsep yang digunakan adalah memberikan pemberat pada putih buah petola selama semingga untuk mempastikan buah tersebut jadi buah yang LURUS dan TIDAK MEMBENGKOK. Batu Gantung ini akan menggunakan alat khas Penggantung Buah Petola yang komponennya terdiri daripada Penyepit Baju Plastilk, Dawai Pengikat Tahan Karat (Coated) dan juga Batu Pemberat Konkrit. Cara membuat batu gantung ini amat mudah dengan membancuh simen dan masukkan kedalam dulang semaian (112 lubang) atau 'sowing tray' dan diletakkan dawai halus sepanjang 15-20 cm ditengah-tengahnya. Biarkan konkrot keras dan dikeluarkan daripada acuan. Mekudian dibahagian atas dawai ini diikat dengan penyepit baju (Plastik) yang kukuh (Sila lihat foto disebelah). Batu gantung ini memang tahan lama dan boleh digunakan beberapa kali musim tanaman petola kecuali penyepit plastik yang mereput selepas lama digunakan tetapi ia mudah diganti dengan penyepit baju yang baru. Selepas diguna ia boleh dikumpulkan dan disimpan dikawasan yang selamat untuk digunakan semula pada musim akan datang. Walau pun cara ini memerlukan modal dan kos tenaga kerja dilaporkan ia mempu meningkatkan pendapatan petani.


Penulis blog berbincang dengan petani yang membuat inovasi tersebut iaitu Encik Ah Peng (Sila lihat foto disebelah) di pondok kebunnya. Dakwanya dia pernah meliha bagaimana ada rakannya yang menggantung putik buah petolanya dengan gunakan pelbagai jenis alat pemberat seperti kayu, batu chipping, besi dan sebagainya dimana beratnya serta cara mengikatnya agak rumit. Kemuidan beliau fikir untuk menggunakan dulang semaian, dwai coated dan penyepit baju plastik dan didapati kaedah ini amat praktikal. Menurut beliau putik bunga petola yang muda berukuran 10 - 15 cm sudah boleh digantung dengan batu gantung dengan lekatkan penyepit baju pada hujung buah selama seminggu. Kemudian ia perlu dicabut semula dan disimpan atau pun digunakan untuk tanaman petola lain yang belum buahnya digantung. Waau pun ada kos tambahan pekerja dan kos membuat batu gantung, beliau dakwa akan mendapat buah yang lebih 95% berbentuk menegak yang pengguna selalu pilih buah tersebut berbanding dengan buah petola bengkok. Antara masaaalah menggantung batu ini adalah ada kalanya batu gantung ini jatuh selepas dipasang, buah patah akibat terlalu berat, masaalah tiupan angin kencang dan juga waktu menggantung sudah lewat (buah sudah membengkok awal). Apa pun ini beliau terus menggantung petola sehingga kini kerana pemborong akan memberikan harga baik untuk kualiti petola yang dihasilkan.


Biasanya buah petola akan dipetik apabila sudah matang untk dikumpulkan, digredkan dan dimasukkan didalam bakul. Buah petola yang bentuknya tegak akan disusun dalam bakul pemasaran dengan mudah berbanding dengan buah petola yang membengkok. Ia akan disusun didalam bakul dengan mudah dan jumlah buah yang bole dimasukkan lebih banyak dan tersusun (Sila lihat foto disebelah). Buah petola yang membengkok semua ada yang dimasukkan didalam bakul pemasaran lain (gred rendah) dan ada juga petani komersil terus membuangnya begitu sahaja di kawasan kebun. Penggunaan batu gantung yang biasa diamalkan oleh beberapa petani penanam sayur komersil di TKPM SKC Slim ini dilaporkan amat praktikal. TKPM SKC Slim ini antara pengeluar sayur utama di Lembah Kelang kerana beberapa orang petani di TKPM ini adalah pembekal sayuran dan buah-buahan utama di Pasar Borong Selayang. Selain daripada petola, tanaman lain yang dihasilkan di TKPM ini adalah sayur daun (Bayam, Kangkong dan Sawi), Limau Kasturi, Jambu Batu, Longan, Nangka, Mangga dan beberapa lagi. Inovasi menggunakan batu gantung kepada buah petola ini pada pennulis blog anim agro technology perlu diketengahkan ideanya kepada penanam petola lain seluruh negara. Semua artikel ini memberi  info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
TANAM PETOLA... ADA CARANYA...
PETOLA TENGAK... ADA PETUA...
BATU DIGANTUNG... PEMBERATNYA...
GRED A... MESTI TEGAK BUAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 701, Junior Suite,
Wiel Hotel, Ipoh,
Perak,
Malaysia.
(21 Muharam 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...