Support My Blog

Saturday, August 24, 2019

SUSU LEMBU SEGAR HOLSTEIN - DILANCAR

SUSU LEMBU SEGAR (Fresh Milk) kini telah berjaya dan dihasilkan secara besar-besaran bagi kegunaan manusia. Ia merupakan makanan paling biasa digunakan dalam bentuk susu. Di Pahang kini Syarikat Holstein Sdn Bhd telah menjadi salah satu syarikat terbesar menghasilkan susu segar yang beroperasi di Bandar Muadzam, Rompin dengan beberapa ladang lain diseluruh Semenanjung Malaysia. Penulis blog sempat menghadiri perasmian kilang susu di ladang ini oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asa Tani Malaysia pada 15 Ogos 2019. Sebenarnya kini ladang tenusu telah menjadi business besar dalam kebanyakan negara sehinggakan proses ini kebanyakannya dijalankan secara automatik seperti penggunaan mesin yang mana ia bersambung secara langsung kepada tetek lembu untuk mengepam susu sejumlah besar lembu. Terdapat jenis lembu khas untuk pengeluaran susu segar yang effisien menghasilkan susu iaitu seperti lembu Holstein. Industri tenusu memerlukan kemudahan bagi memproses susu dan barangan lain yang dihasilkan dari susu (keluaran tenusu), seperti krim dan lain-lain. Dari segi teknologi dimana jika sekiranya dibiarkan maka susu segar cenderung untuk berpisah menjadi dua lapisan iaitu kebanyakannya menjadi susu rendah lemak di bahagian bawah dan sebahagiannya naik menjadi lapisan krim tepu lemak dibahagian atas susu layer. Krim sering kali dijual sebagai keluaran berlainan dengan kegunaannya sendiri. Di USA contohnya campuran separuh krim dan separuh susu sering kali dijual dalam jumlah yang kecil dan dikenali sebagai separuh dan separuh lagi seringkali digunakan bagi campuran air kopi atau pun kegunaan seumpamanya. Lazimnya susu yang dihasilkan bagi pengunaan perdagangan perlu melalui beberapa proses. Pemasturan adalah proses memanaskan susu untuk tempoh yang singkat bagi membunuh mikro-organisma merbahaya, diikuti dengan penyejukan bagi simpanan dan pengangkutan. Susu sedemikian masih mudah rosak dan perlu disimpan sejuk oleh pengedar dan pengguna. Susu dijual dengan tarikh luput tercatat pada setiap bekas oleh syarikat tenusu. Proses lain bagi susu perdagangan adalah homogenization, di mana susu yang dihasilkan dalam fasa tunggal (atau lapisan). Susu dijual secara perdagangan biasanya ditambah dengan vitamin D. Kadang kala susu ditambah dengan perasa untuk rasa yang lebih baik seperti Kurma, Coklat, Kopi Strawberri dan sebagainya untuk jenaman 'Farm fresh' keluaran syarikat ini. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info mengenai program lawatan Menteri Pertanian ke projek Holstein Sdn Bhd yang saya turut hadir.


MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub bersama Ketua Pegawai Operasi The Holstein Milk Company Sdn Bhd, Azmi Zainal ketika mebuat lawatan kerja ke ladang tenusu dan merasmikan kilang untuk memprosesan susu (Sila lihat foto disebelah). Kini syarikat Holstein Milk menyasarkan akan tiada lagi susu segar import lima tahun akan datang dengan 100 peratus susu segar tempatan. Sekarang ini kerajaan terus komited didalam mempertingkatkan pengeluaran susu segar tempatan melalui pengimportan sebanyak 10,000 ekor induk tenusu bunting dalam tempoh berkenaan. Kini  kadar Sara Diri (SSL) pengeluaran susu cair dalam negara dapat disasarkan 100 peratus berbanding 61.44 peratus ketika ini. Statistik pada tahun lalu mendapati permintaan terhadap susu segar meningkat kepada 67.1 juta liter setahun dan daripada jumlah itu dimana sebanyak 40.36 juta liter susu adalah daripada dalam negara. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke ladang tenusu dan perasmian kilang pemprosesan susu The Holstein Milk Company Sdn Bhd di Lembah Tenusu Muadzam di Muadzam Shah yang penulis blog hadir sama. Kini dengan adanya lima lembah tenusu di negara ini maka ia dapat meningkatkan kemampuan proses pengeluaran daripada huluan, hiliran dan ‘midstream’. Beliau kini yakin dengan pelbagai perancangan yang kementerian lakukan seperti penjenamaan semula sistem lembu pawah dapat meningkatkan lagi pengeluaran produk susu tempatan. Dinyatakan dimana selain Lembah Tenusu Muadzam, beberapa lembah tenusu yang sedang dan akan dibangunkan berdasarkan peruntukan yang diluluskan kerajaan adalah, Lembah Tenusu Muallim dan Lembah Tenusu Larut-Matang-Selama (LMS) di Perak, Lembah Tenusu Ulu Bernam (Selangor) dan Lembah Tenusu Borneo (Sabah & Sarawak).


Kementerian Pertanian juga mencadangkan supaya kerajaan memilih susu sebagai minuman percuma dalam rancangan pemberian makanan dan minuman berkhasiat untuk murid. Dalam mesyuarat Majlis Eksekutif Tindakan Ekonomi Negara minggu lalu, Kementerian Pendidikan merancang untuk memberikan produk makanan dan minuman berkhasiat kepada murid dan kita mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya memilih susu segar tempatan.  Bagaimanapun idea terbabit masih belum diputuskan lagi. Kita akan memberi fokus kepada susu segar tempatan dan memastikan produk yang dibekalkan itu dijamin kesegarannya serta memenuhi kriteria supaya tidak timbul isu susu basi. Menyentuh mengenai pengeluaran susu segar keluaran syarikat The Holstein Sdn Bhd dimana syarikat terbabit mampu menghasilkan kira-kira enam juta liter susu setahun membabitkan pengeluaran di Lembah Tenusu Muadzam. Syarikat ini sudah mewujudkan seramai 32 stokis dan 620 ‘home dealers’bagi tujuan pemasaran susu keluaran mereka di mana mampu menjana pendapatan antara RM10,000 dan RM25,000 sebulan untuk stokis dan RM700 hingga RM5,000 sebulan bagi ‘home dealers. Dalam majlis terbabit juga, seramai 41 penternak di Lembah Tenusu Muadzam menerima insentif berupa lembu tenusu bunting serta peralatan berkaitan tenusu yang dianggarkan berjumlah RM119,000 setiap seorang dengan nilai keseluruhan sebanyak RM4.879 juta melalui kaedah pembiayaan nisbah 70:30 antara kerajaan dan penternak.


Dalam akhbar Sinar ada artikel bertajuk ''Kerajaan sasar 100 peratus susu segar tempatan'' YB Mnteri juga nyatakan dimana aktiviti tinjauan kilang susu milik The Holstein Milk Company sempena lawatan kerja beliau ke kilang itu hari ini sangat dibanggakan. Bertta dari Maudzam Shah ini nyatakan dimana kerajaan telah menyasarkan 100 peratus kadar sara diri (SSL) pengeluaran susu segar negara dalam tempoh lima tahun. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, SSL bagi susu segar di negara ini berada pada 61.44 peratus berdasarkan perangkaan ternakan 2018. Kini dakwanya permintaan susu segar di negara ini pada 2018 sebanyak 67.1 juta liter dan daripada jumlah itu hanya 40.36 juta liter adalah susu segar tempatan manakala selebihnya 26.74 juta liter diimport dari beberapa negara pengeluar termasuk Australia dan New Zealand. Unjuran 100 peratus SSL susu segar mampu dicapai dalam tempoh sasaran berdasarkan usaha komprehensif kementerian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pemain industri. Keyakinan ini turut disandarkan kepada usaha kementerian mewujudkan Program Pembangunan Industri Tenusu Negara (projek rintis) iaitu inisiatif di bawah Sumber Kekayaan Baharu (SKB) yang sedang dilaksanakan bagi memperkasa dan meningkatkan industri tenusu negara. Beliau berkata demikian pada sidang medianya sempena lawatan kerja dan Majlis Perasmian Kilang Memproses Susu Syarikat The Holstein Milk Company Sdn Bhd, di sini hari ini.


YB Menteri juga menandatangani plak perasmian kilang susu milik The Holstein Milk Company disaksikan Dr Quaza Nizamudin, Loi Tuan Ee dan Azmi (Sila lihat foto disebelah). Kini Program Pembangunan Industri Tenusu Negara merupakan kesinambungan Program EPP 13- Klauster Tenusu pada 2011 dan berakhir tahun hadapan. Melalui Program EPP13 berjaya meningkatkan pengeluaran susu negara daripada 27.02 juta liter pada 2012 kepada 36.61 juta liter pada 2017. Manakala di bawah Program Pembangunan Industri Tenusu Negara, kementerian menyasarkan peningkatan susu segar negara dengan peningkatan sebanyak 20 juta liter melalui pengimportan 10,000 induk tenusu bunting dalam tempoh lima tahun. Beberapa lembah tenusu sedang dan akan dibangunkan di bawah program tersebut termasuk Lembah Tenusu Muadzam ( Pahang dan sebahagian Negeri Sembilan serta Johor), Lembah Muallim,Perak,Lembah Tenusu Larut-Matang-Selama,Perak, Lembah Tenusu Ulu Bernam, Selangor dan Lembah Tenusu Borneo, Sabah, Sarawak. Melalui program ini, enam syarikat termasuk The Holstein Milk Company Sdn Bhd terlibat bagi Skop Transformasi Usahawan Berskala Besar yang dibantu melalui insentif kerajaan berjumlah RM3.2 juta manakala 41 penternak di Lembah Tenusu Muadzam menerima insentif berjumlah RM4.87 juta.


Aktiviti kilang susu milik The Holstein Milk Company mendapat beberapa  insentif ternakan sehingga mampu berjaya menghasilkan susu segar berkualiti di Malaysia. Kita melihat industri tenusu negara mampu berkembang berdasarkan prestasi ditunjukkan Syarikat The Holstein Milk Company di mana syarikat ini jyga berjaya menghasilkan enam juta liter susu setahun melalui kilangnya di Lembah Tenusu Muadzam ini. Syarikat ini jug aturut mewujudkan 32 stokis dan 620 home dealers bagi tujuan pemasaran sekali gus memberi peluang kepada usahawan menceburi bidang penjualan susu dengan meraih pendapatan lumayan dari RM10,000 hingga RM25,000 sebulan (stokis) dan RM700 hingga RM5,000 (home dealers). Pihak kementerian juga mengalu-alukan syarikat termasuk koperasi melabur dalam industri tenusu ini kerana potensinya cukup besar dan mampu berkembang.  Selain itu pihak kementerian juga mencadangkan supaya susu segar keluaran tempatan dibekalkan ke sekolah-sekolah di bawah program bantuan makanan berkhasiat seperti mana dirancangkan Kementerian Pendidikan.


Kerajaan menyasarkan Kadar Sara Diri (SSL) untuk pengeluaran susu segar tempatan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub. Beliau berkata setakat 2018, SSL susu segar sebanyak 61.44 peratus dan usaha untuk meningkatkan pengeluaran giat dilakukan melalui pelaksanaan Program Pembangunan Industri Tenusu Negara yang bermula sejak 2017. "Permintaan terhadap susu segar pada 2018 sebanyak 67.1 juta liter dan daripada jumlah itu, hampir 40.36 juta liter susu segar dihasilkan dalam negara manakala bakinya diimport dari luar seperti New Zealand dan Australia. Pelaksanaan program pembangunan industri tenusu negara menyasarkan peningkatan pengeluaran susu segar negara dengan tambahan sebanyak 20 juta liter melalui pengimportan 10,000 ekor induk tenusu bunting dalam tempoh lima tahun.  Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kilang Pemprosesan Susu Syarikat The Holstein Milk Company Sdn Bhd di Muadzam Shah di sini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam, Pengarah Urusan The Hosltein Loi Tuan Ee dan CEO syarikat Azmi Zainal. Program pembangunan itu melibatkan empat lembah tenusu termasuklah Lembah Tenusu Muadzam di sini, selain diperluaskan ke kawasan berpotensi seperti Lembah Tenusu Muallim di Perak dan Lembah Tenusu Bernam di Selangor. Kini eberapa kementerian mencadangkan produk makanan atau minuman berkhasiat yang sesuai untuk dibekalkan kepada murid sekolah. Kementerian kami cenderung untuk mencadangkan susu segar kerana khasiatnya selain sejarah Jepun yang menunjukkan generasi muda yang diberikan susu segar mempunyai tumbesaran yang lebih baik. Susu segar juga disyaratkan keluaran tempatan untuk menyokong industri tenusu negara dimana selain pemilihan syarikat dalam pembekalan produk itu yang perlu diperhalusi sebaiknya untuk memelihara kualiti susu. Syarikat The Holstein, Salahuddin menyifatkan syarikat susu tempatan itu antara kejayaan industri tenusu negara kerana menghasilkan enam juta liter susu setahun, selain membantu usahawan tani dan penternak menerusi program ladang satelit. Dimaklumkan syarikat ini telah berjaya mewujudkan 32 stokis dan 620 pengedar bagi pemasaran susu. Ini memberikan pendapatan lumayan dengan stokis boleh menjana sehingga RM25,000 sebulan manakala pendapatan bulanan pengedar antara RM700 dan RM5,000. Lawatan penulis blog bersama YBM ini ditunjukkan bagaimana teknologi moden ini mampu menghasilkan susu dalam negara. Semuga anda pembaca anim agro technology semua mendapat info berguna kali ini. Wasallam!!...
KEMUADZAM SHAH... IA AMAT JAUHNYA...
SYKT HOLSTEIN MILK BHD.. LEMBU ADA..
'FARM FRESH'... PRODUK POPULARNYA...
LEMBAH TENUSU.. DI PAHANG BESARNYA...

By,
M Anem,
Sennior Agronomist,

Room 208, Tong Villion Hotel,
Bandar Muadzam Shah,
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(15 Zulhijjan 1440H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...